Rabu, 18 Januari 2017

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SANDIWARA IKAN BILIS

Posted: 18 Jan 2017 07:30 PM PST





SATU LAGI

SANDIWARA

TANGKAP

IKAN BILIS

DIPENTASKAN

UNTUK ALIH

CERITA KENAPA

NAJIB JHO LOW

RIZA NIK FAIZAL

TAK DITANGKAP

Penolong jurutera kanan ditahan SPRM

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penolong jurutera kanan awam yang disyaki menyalahgunakan kuasa dan meminta rasuah di kediamannya di Kampung Sungai Daun di Sik, Kedah.

Sumber berkata, suspek berusia 56 tahun itu ditahan pada jam 11.30 pagi selepas dipercayai melakukan kesalahan terbabit membabitkan projek penyelenggaraan dan naik taraf jalan di daerah Sik.

Menurut sumber lagi, SPRM  juga merakamkan percakapan seramai 12 individu termasuk isteri suspek, dua juruteknik, kakitangan jabatan berkenaan dan tujuh orang kontraktor.

ORAG
ORANG RAMAI

DAH BOSAN

DENGAN

SANDIWARA

TANGKAP 

IKAN BILIS


-----------------

HARI GAGALIS SEDUNIA

Posted: 18 Jan 2017 07:00 PM PST







DIUMUMKAN

hari gagalis sedunia
jatuh pada 14 febuari 
kepada para gagalis
sila berusaha kuat
mencari pasangan

cari minah cun
cari balak kacak
cari yang kiut jambu
agar
nama tidak disenarikan
sebagai gagalis


NOTA
tahun ini
ada senarai baru
GAGALIS SEPANJANG ZAMAN
yb eli wong
yb teresa kok
rahmat harun
sadiqin omar
mimi bintulu
berwaspada
masih ada masa
untuk mengawan






--------------

JUAL AGAMA PUSING PUSING

Posted: 18 Jan 2017 06:30 PM PST






JUAL AGAMA

PUSING PUSING


----------------

KOMPLEK INDUSTRI MILITER

Posted: 18 Jan 2017 06:00 PM PST





KOMPLEK INDUSTRI MILITER







Trump tampak seorang sosok yang luarbiasa kerana sehingga kini berjaya untuk menjadi Presisden AS tanpa mengikuti amalan dan norma2 biasa yang mapan harus dilalui oleh mana2 calon bakal Presiden. 

Beliau mengaplikasikan strategi sendiri dalam mencapai cita ke Rumah Putih seperti tidak mengendahkan kena 'taat sedia ' pada kuasa Kompleks Industri Militer AS (KIMAS), selaku induk korporat atau kapitalis AS. 

Trump pun lupa yang KIMAS akan mengizinkan dia bertindak selama ini, tapi jika Trump terus bertindak secara sehala aje, jentera KIMAS tidak akan berdiam diri dan mungkin jika dia masih buat pekak dan bebal seperti menjalin silratulrahim dengan lebih anjal lagi dengan Rusia, pasti KIMAS tak boleh maaf dan Trump mungkin dilenyapkan. 

Siapa yg nak lawan tauke seperti KIMAS walaupun dia seorang Presiden dilantik oleh rakyat melalui cara demokratik akan dihukum atau dibungkam. on SIAPA DAN APA DONALD TRUMP
Publish | Delete | Spam
UNCLE RAMLI
on 1/18/17


------------------

INI SEMUA DIRANCANG

Posted: 18 Jan 2017 05:30 PM PST





DRAMA UNTUK PRU14
ni semua drama dah dekat pilihanraya...nak tarik sokongan rempitt...lepas ni datang ayahanda rempitt semelayu tolong selesai masalah yg dibuat kunan...

ayahanda kj akan settle semua lu punya masalah...rempitt pun tak ada masalah...terus sokong umno..dedakpon masyukkk...sedap dedak on REMPIT WAJIB BANGUN MELAWAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/19/17







-----------------

CHINA TEMBAM LARI KE MANA?

Posted: 18 Jan 2017 05:00 PM PST






f.b

Kalau anda Jho Low, negara mana anda rasa paling selamat untuk sembunyi sekarang? #ManaJhoLow

Like
Comment
Comments
Din Binjai Seberang Jaya haha
LikeReply1 hr
Firdaus Hafni Ahmad Malaysia la
LikeReply18 mins

-----------------------------

TUAN HAJI MULA NAK TIPU PENEROKA FELDA

Posted: 18 Jan 2017 08:23 AM PST




KETIRISAN DALAM FELDA: TIDAK CUKUP SEKADAR PENGAKUAN TETAPI PERLU TINDAKAN TEGAS  

Pengakuan Pengerusi FELDA yang baru dilantik Tuan Haji Shahrir Abdul Samad bahawa berlakunya ketirisan dalam FELDA termasuk anak syarikatnya merupakan satu langkah yang wajar dialu-alukan.

Ini menunjukkan perbincangan dan pendedahan demi pendedahan mengenai FELDA terutamanya yang dibawa oleh Yang Berhormat Rafizi Ramli mempunyai asas yang kukuh.

Namun, pengakuan dan arahan kepada semua ahli lembaga pengarah Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) sekadar untuk letak jawatan tidak cukup untuk mengembalikan keyakinan kepada pengurusan FELDA.

Malah, keputusan untuk menjual saham Maybank yang dirujuk sebagai menampung keperluan kewangan menunjukkan betapa parah dan dahsyat masalah kerugian dan ketirisan yang berlaku dalam FELDA, yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh FELDA sendiri.

Sebaliknya, tindakan yang lebih penting yang perlu diambil oleh Tuan Haji Shahrir Abdul Samad adalah:-

1.      Berapakah anggaran jumlah ketirisan yang berlaku dalam FELDA dan saya pasti Tuan Haji Shahrir ada maklumat ini memandangkan beliau mengaku ada ketirisan? Umum terutamanya peneroka-peneroka FELDA berhak untuk mengetahui keadaan sebenar. 

2.      Adakah perkara ketirisan ini telah diserahkan kepada pihak berkuasa terutamanya Polis Diraja Malaysia bagi menyiasat jika berlakunya unsur jenayah atau Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) jika terdapat unsur rasuah atau pecah amanah? 

3.      Jika belum, bilakah Tuan Haji Sharir akan membuat laporan polis atau SPRM? 

4.      Apakah perancangan dan tindakan-tindakan yang akan diambil bagi mendapatkan kembali wang yang hilang akibat ketirisan?

Tuan Hajii Shahrir seharusnya tidak berhenti sekadar mengaku bahawa terdapatnya ketirisan dalam FELDA. Sebaliknya, beliau perlu berani untuk mengambil tindakan tegas seperti yang dicadangkan untuk membawa mereka yang berkenaan ke muka keadilan, mendapatkan kembali duit FELDA yang hilang akibat ketirisan dan akhirnya memulihkan keyakinan peneroka-peneroka kepada FELDA.

18 JANUARI 2017
AKMAL NASIR
Pengarah Eksekutif
National Oversight and Whistleblowers (NOW)





----------------

SIRIH PINANG - MANGSA CETAK ROMPAK

Posted: 18 Jan 2017 06:00 AM PST





DARI KITAB

SEJARAH SENI
ALBUM TERLARIS

LEBIH SATU JUTA

TERJUAL

TAPI MANGSA

CETAK ROMAPK

REMPIT WAJIB BANGUN MELAWAN

Posted: 18 Jan 2017 04:30 AM PST




LARANG KAPCAI
kapcai ke atau nak alihkan isu 1mdb..ada penjual dan pemberi pantun.ini la padahnya jadi warga miskin..bukan setakat kena gst, malah kenderaan miskin pun akan dicukaikan..kalo dipantai timur ada larangan naik motor dgn bukan mahram, di kuala lumpor plak terus diharamkan kapcai..

disaudi , xda org naik kapcai..saudi bwk motor besar pakai jubah..sb tu tiada apa2 larangan keatas org arab miskin..yg miskin bukan saudi, yg miskin adalah warga2 yemen, irak, dan dan dan..warga malayu islam cuba mencari2 cabel wasta dgn peniaga2 madu, kurma ajwa atau suplyer2 beras bas mati, bas tak mati...

balik malaysia nanti senang jual madu, kurma dan dan dan..jualan agama semakin kecil dan terhad.. on MUKA KU NAN YANG HODOH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 5:08 PM






---------------------

HABIS SEMUA TERGADAI PADA CHINA

Posted: 18 Jan 2017 04:00 AM PST




HEBAT strategi Najib..

..tergadai aset/ tanah negara kpd Komunis-China.

..hapus subsidi tepung, beras, gula, elektrik, minyak & minyak masak.

..guna aset kerajaan bawak anak-beranak bercuti ke luar negara.

..RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib.

..Felda rugi lebih RM2 bilion.

..syarikat MAS bungkus muflis.

..rancang larang 'kapcai' masuk KL.

..tak serik2 menipu & perbodohkan rakyat..


------------

SILA TEKA BANI MANA?

Posted: 18 Jan 2017 03:30 AM PST





ADAKAH INI

KERJA ORANG

BELANDA?

KERJA ORANG

PERANCHIS

KERJA ORANG

RUSSIA

KEREJA ORANG

BIDAYUH

KERJA ORANG

MELAYU?

INI KERJA

BANI APA?


45,947 pusat judi haram di Negeri Sembilan diserbu tahun lepas

Daripada jumlah itu, hanya 373 serbuan berjaya didakwa berikutan operator judi melakukan aktiviti dalam talian


YANG KENA

TANGKAP

KOMPUTER

YANG LAIN

DAPAT DEDAK






--------------

SELAMAT KAH DONALD TRUMP?

Posted: 18 Jan 2017 12:39 AM PST








CIA DAN TRUMP
Cia yg mulakan hunus pedang ke leher trump, kaitkan trump dgn russia. Jadi ini tindakbalas segera trump sebab 911 adalah kes bawah siasatan fbi (mcm kes 1mdb najib) dan salah satu elemen 911 yang akan disiasat adalah maklumat perisikan anasir antarabangsa iaitu sesuatu yg merupakan kendalian cia, dari keberkesanan pengumpulan hingga pendedahan/penyebaran secukupnya serta langkah menangani sewajarnya. 

Adakah cia akan mengalah mudah lalu menafikan semula penglibatan russia memenangkan trump, atau muncul seorang lagi oswald yg mengasah rifle khas untuk kepala trump? Jeng jeng jeng... on LEDAKAN POLITIK AMERIKA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/18/17






----------------

CHINA MAKIN AGRESIF

Posted: 17 Jan 2017 11:25 PM PST





CHINA MAKIN AGRESIF
Oi tt kupas la sudut sains. Sains kata untuk kestabilan mesti ada kedua-dua ion positif dan jugak negatif. Kalau ion positif je, tak stabil, volatile. Tupasal dalam setiap manusia Tuhan beri jugak nafsu. 

Tapi dah tentu ciri positif mesti jauh melampaui ciri negatif barulah bagus. Jadi macamana bagus sekalipun kau lukis imej trump, dia tetap manusia yang ada kelemahan dan ciri negatif yang perlu kita nampak, sedar, paham, waspada dan tangani seelok mungkin, seperti juga betapa bagusnya mahathir bersama bersatu tapi tetapkita perlu paham, jangka dan sedia dengan putar kilas dia. 

Trump mungkin berterusterang dalam beberapa isu tetapi realpolitik menunjukkan dia hanya separa jujur bila menyatakan kemahuan berbaik dengan russia hanya untuk kelebihan ekonomi negara amerika. 

Jika dilihat situasi global keseluruhan jelas china sedang agresif melebarkan kuasa ketenteraan, setelah negara itu berjaya meledakkan tahap ekonomi mereka hingga mencabar monopoli amerika dalam ekonomi global. Jika on SIAPA DAN APA DONALD TRUMP
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/18/17



--------------

SIAPA DAN APA DONALD TRUMP

Posted: 17 Jan 2017 09:00 PM PST



SIAPA DAN APA DONALD TRUMP

Ketika saya menggarap  tulisan ini - dalam masa 5 hari lagi - Donald Trump akan mengangkat sumpah untuk menjadi Presiden Amerika. Pada Jumaat 20 Januari 2017 Peguam Negara  Amerika akan menjalankan upacara angkat sumpah. Donald Trump akan ditabalkan sebagai Presiden Amerika ke 45.

Ini majlis angkat sumpah untuk Presiden Amerika. Ianya dilakukan dengan adat istiadat dan budaya  Amerika yang bukan feudal. Tetapi penuh   tradisi turun tumurun  yang lahir dari  200 tahun budaya kapitalis Amerika.

Dihari pertabalan ini -  Amerika  sebagai kuasa imperialis terulung, terkuat dalam dunia ini akan memperlihatkan kepada dunia majlis angkat sumpah yang gilang gemilang. Media gergasi seluruh dunia akan membuat liputan khas. Syarikat tv dari semua negara akan berpusu-pusu untuk mendapatkan imej pertabalan ini. 

Siapa yang dijemput, siapa yang datang ke pertabalan Donald Trump adalah mereka yang memiliki nama - mereka yang ada nama. Bukan untuk Mat dan Dol.  Bukan untuk Minah dan Joyah dari Pantai Dalam.

Jemputan yang dijemput datang akan memperlihatan garis politik diri masing-masing. Sosok-sosok yang ada nama tapi  tidak dijemput juga adalah kerana garis politik. Seniman, pelakon dari Hollywood, bintang rock - siapa yang datang akan membawa garis politik. Malah yang dijemput tapi memulaukan majlis ini  dengan sebab garis politik. Pertabalan Donald Trump  sebagai Presiden Amerika ke 45 adalah pertabalan garis politik.

Belum pernah berlaku dalam sejarah Amerika - bakal Presiden - sebelum mengangkat sumpah telah diserang. Serangan sampai tanpa henti-henti. Semenjak  mengalahkan Hillary Trump telah diganggu gugat. Trump telah serang oleh semua media arus perdana Amerika. Trump diperlekeh. Keupayaan politik Trump bukan ditanya malah dituduh  sebagai sifar. 

Untuk memahami apa yang sedang berlaku di Amerika pada ketika ini maka saya wajib menerang untuk kesekian kali tentang makna politik, makna kuasa dan tujuan politik. Ini asas penting bukan hanya untuk memahami politik di Amerika malah untuk memahami politik mana negara pun.

Merebut kerusi politik ialah merebut kuasa. Merebut kuasa bertujuan untuk merebut ekonomi. Merebut ekonomi ialah memiliki dan menguasai punca -punca pengeluaran ekonomi. Dengan memiliki punca-punca ekonomi seseorang akan menjadi kuat. Bila ekonomi kuat maka boleh melebar luas pengaruh. Dengan pengaruh yang luas berkemungkinan mendapat kuasa politik.

Hakikatnya politik dan ekonomi mustahil dapat  dipisah. Semua gerak kerja manusia dalam alam ini bertujuan untuk merebut ekonomi. Agama dan budaya atau bahasa hanyalah alat  senjata untuk merebut ekonomi. Alat-alat ini diguna untuk mengolah persetujuan atau pun digunakan untuk mengumpul sokongan untuk mendapat kuasa.

Hillary Clinton sebagai calon presiden Amerika  telah mendapat sokongan kaum pemodal multinasional. Hillary adalah Puteri Lindungan Wall Street. Wall Street adalah sarang dan pusat kaum kapitalis terbesar dalam dunia.

Hillary disokong kerana  sebelum menjadi calon Hillary telah dilantik sebagai Setiausaha Negara yang ke 67 dalam kabinet Obama.  Sebagai Setiausha Negara  Hillary telah membuktikan kebolehan dirinya untuk mengembangkan  dan mempertahankan kepentingan  kaum pemodal. 

Contoh terbaik ialah Hillary bertanggung jawab membunuh Muamar Gadaffy dan menghancurkan Libya. Bila ditanya tentang Libya Hillary telah menjawab - I came, I saw and He died. Saya datang, saya tengok dan Dia mati - kemudian Hillary ketawa terbahak-bahak. Dia yang mati itu ialah Muamar Gadaffy.

Tuan empunya kilang senjata - the military industrial-complex dan syarikat gergasi cukup senang dengan  Hillary. Sama saperti Obama - Hillary telah membuktikan yang dia bersedia untuk  menjadi budak suruhan yang amat baik lagi setia kepada kepentinagn kaum pemodal internasional.

Barack Obama - dengan imej Budak Itam - telah  dapat  menerus dan melancar tiga perang besar - Iraq, Afghanistan dan Syria. Ini kejayaan Budak Itam. 

Manakala  Hillary jika menjadi presiden akan bersedia untuk melancarkan perang dimana sahaja yang diminta oleh tuan empunya kilang senjata. Malah Hillary telah berkata bahawa dia akan terus meluaskan perang di Syria dan membuat tekanan yang lebih hebat terhadap Russia.

Sebagai Puteri Lindungan Wall Street Si Hillary akan memastikan segala kepentingan syarikat gergasi dan kepentingan koprat tidak akan diganggu oleh Dewan Senat mau pun di Dewan Kongres.

Kenyataan dan garis politik yang diajukan oleh Hillary cukup merdu.  Malah Hillary mengritik Obama kerana tidak berani bertegas dalam kes perang Syria.  Suara merdu Hillary ini sedang menaikkan nafsu syawat tuan pembuat senjata - military industrial-complex. 

Bagaimana dengan Donald Trump?

Trump adalah mimpi Amerika yang menjadi realiti. Trump bukan dari elit politik. Tetapi sosok usahawan Amerika yang berjaya. Dia pernah rebah bangkrap - bangun  kembali untuk meneruskan perniagaan  hingga menjadi kaya raya - billionaire. Ini mimpi Amerika. Mimpi setiap imigran yang datang ke Amerika untuk mencari kaya.

Pandangan politik Trump adalah kanan.  Ini tidak dinafikan. Trump tidak menyamar saperti Budak Itam Obama.  Obama mengajukan pandangan liberal - dengan retorik liberal tetapi membunuh dan mengebom lebih banyak negara berbanding dengan dua Bush yang berfahaman kanan.

Trump juga tidak pernah menjawat apa-apa jawatan politik. Tidak ada pengalaman politik. Yang Trump tahu ialah putar belit perniagaan.  Menjadi kaya raya adalah The Americam Dream - Mimpi  Amerika. Donald Trump adalah contoh terbaik  mimpi ini. 

Sila pergi ke YouTube yang lihat isi kempen Trump. Ketika berkempen Trump menggunakan bahasa yang difahami oleh rakyat bawahan.  Bahasanya  kasar  bukan dari percakapan kelas elit Boston.  Justeru, kaum buruh, kaum pekerja, penggangur, pekerja sementara -  amat senang dengan ucapan Trump.

Betul Trump mencarut. Betul cakap Trump kasar. Betul  Trump tidak suka pendatang haram.  Betul Trump tidak suka kepada warga yang bukan warga Amerika. Trump memiliki sikap pekauman kulit puteh.  Trump  juga amat suka perempuan cun lagi bergetah. 

Sabenarnya sikap ini  bukan hanya dimiliki oleh Trump atau oleh wrga Amerika sahaja - di Malaysia atau dinegara mana pun sikap ini wujud. Sikap ini amat luas. Mendahulukan diri sendiri, kaum keluarga sendiri atau bangsa sendiri bukan satu yangh pelik dan memeranjatkan. Sikap ini wujud dimana-mana dalam dunia ini.

Perbezaan Trump dengan  yang lain ialah  Trump tidak menyamar. Apa yang dia cakap itulah yang dia  maksudkan

Obama pun mencarut. Bill Clinton pun mencarut. Malah Bill Clinton seorang liberal  amat pandai  menyamar. Bill Clinton apabila ditekan  terus mengaku bahawa dia pernah menghidu ganja. Hanya menghidu tidak menghisap.

Minah cun Monica Lewinsky - seorang intern -  mengakui yang dia pernah menghisap konek  Clinton diatas sofa dipejabat Presiden. Bill Clinton menafikan yang dia pernah dihisap. Bill pura -pura tidak tahu. Ini bezanya Bill Clinton yang yang membawa imej elit politik liberal tetapi berbohong.

Obama ketika berkempen berjanji akan menamatkan perang di Afghansitan dan Iraq. Bila menjadi Presiden , Obama bukan hanya meneruskan perang malah memulakan perang Syria.

Trump mahu menutup Amerika dari dimasuki  pendatang haram. Trump mahu mendirikan tembok untuk menghalang pedatang haram masuk dari Mexico. Trump mahu semua kilang milik Amerika  kembali beroperasi  di Amerika bukan di China atau Vietnam.  Trump akan mengenakan cukai kepada syarikat Amerika yang membawa masuk barangan yang dibuat oleh  kilang Amerika diluar negara.

Hakikatnya Donald Trump mahu rakyat Amerika didahulukan. Slogan kempen  Trump ialah - Make America Great Again - Jadikan  Amerika Gagah Perkasa Sekali Lagi. Slogan ini menusuk hati rakyat Amerika. Slogan ini menyakinkan rakyat Amerika bahawa ekonomi Amerika merosot kerana salah pertabiran dari politik liberal yang dibawa oleh Parti Democrat.

Trump tidak mahu  kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan. Ini adalah  intipati kempen Donald Trump.

Kepada warga Amerika yang hilang pekerjaan, yang bekerja satengah masa, yang hidup dengan bantuan Jabatan Kebajikan - slogan dan kempen Donald Trump cukup meyakinkan. Justeru Trump menang.

Malah Trump mempersolakan kenapa NATO - perjanjian ketenteran  Amerika dengan Eropah  yang menelan berbilion dolar wajib diteruskan. oleh Amerika. Trump terus mempersoalkan kenapa  Amerika perlu campur tangan  dan melancarkan banyak perang walhal dalam negara semua  dalam keperiatan.

Paling jelas - sebagai seorang bilionaire - sebagai seorang ahli perniagaan - Trump tidak dapat melihat lojik kenapa Russia terus dianggap musuh.  Adalah masuk akal dan lojik mengikut pandangan Trump jika Russia menjadi rakan niaga.

Malah negara China yang suka putar belit nilai Yuan dilihat oleh Trump sebagai musuh. Tanpa segan silu Trump telah berbual selama 10 minit dengan Perdana Menteri Taiwan. Malah  China yang kini sedang membina bala tentera  di Laut China Selatan telah kena 'herdik' oleh Trump. 

Kenyataan Trump tentang Russia adalah ibu kepada semua ibu yang menyatukan semua kumpulan yang  tidak suka kepada Donald Trump.  

Gerombolan elit politik, elit ekonomi, elit risikan  dan intel, para liberal kiri, para intelektul kurang akal, CIA, NSA, FBI dan para seniman liberal Holywood - mereka semua ini sedang merancang untuk memastikan Donald Trump tidak menjadi  Presiden Amerika yang ke 45.

Pada Jumaat ini - dimajlis Angkat Sumpah - kaum liberal telah mengatur demo untuk memastikan Trump akan terus  berhadapan dengan masaalah.  Jika boleh - saperti Richard Nixon  - pada  9 Ogos 1974 telah disingkir keluar dari Rumah Puteh.

Elit politik, elit ekonomi, CIA , NSA, dan FBI kini sedang merancang untuk menjatuhkan  Presiden Donald Trump. Tetiba keluar kesah skandal sex Trump dalam hotel di Moscow ketika bersama menyaksikan pesta Ratu Dunia. 

Apa dia skandal ini? Tunggu minggu hadapan. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45






--------------------

TAHANAN POLITIK DIBEBASKAN

Posted: 17 Jan 2017 08:30 PM PST





TAHANAN

POLITIK

TERLAMA 

DALAM DUNIA

DIBEBASKAN

TERIMA KASEH

BARACK OBAMA


Obama commutes sentence for political prisoner Oscar López Rivera

Barack Obama has commuted the sentence of Oscar López Rivera, a victory for the Puerto Rican independence activist who is considered to be one of the world's longest-serving political prisoners.
In his final days in office, Obama has issued a record number of pardons and commutations, including granting the release of Chelsea Manning on Tuesday, the US army soldier who became one of the most famous whistleblowers in modern times.
López Rivera, whose commutation was announced on Tuesday along with those of 208 others, has been incarcerated for 35 years for his role in fighting for Puerto Rico's independence.
The 74-year-old, who has spent more than half of his life behind bars, was convicted of "seditious conspiracy" for plotting against the US. The US government had also classified him as a terrorist




---------------