Tukar Tiub |
- SUMBANGAN AGONG
- SPR MENIPU PILIHANRAYA
- SIAPA MILIK SAHAMA UBER
- SATU JEMPUTAN MALAM INI
- HALAL DAN HARAM
- MUKA PAK AJI WAJIB DISOROKKAN
- JANGAN LUPA - ESOK MALAM DI SHAH ALAM
- JANGAN BUAT SILAP BESAR
- WASPADA - BERJAGA JAGA
- HADIAH UNTUK KELING
- PEGAWAI KERAJAAN JADI ULAR
- AL-FATIHAH
- CHINA TERUS BUTUHKAN MALAYSIA
- TUNGGUL MASIH ADA
- TURUN KE JALAN RAYA - SEBELUM PILIHAN RAYA
- INDUSTRI SAMAN
Posted: 11 Jan 2017 07:30 PM PST |
Posted: 11 Jan 2017 07:00 PM PST MUKA BARU SPR 2017 SPR jawab spekulasi tarikh PRU14 SHAH ALAM - Timbul banyak spekulasi mengenai tarikh PRU14 yang dijangka berlangsung tahun ini. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tuan Haji Mohd Hashim Abdullah berkata, perkara ini sudah acap kali terjadi menjelang PRU. "Jika kita lihat, pengkaji politik ada buat kajian mereka semasa dan selepas PRU. Kemudian, ada penganalisis yang akan buat analisis mengenai pihak yang menang dan kalah dan perkara ini menjadi topik debat hangat. SEBELUM PILIHANRAYA TURUN JALAN RAYA ------------------ |
Posted: 11 Jan 2017 06:30 PM PST SIAPA PUNYA SAHAM UBER bila pas dilabelkan menjadikan islam tu wayang politik.. ko labelkan manusia itu jahil agama.. hakikatnya a.k.a real politik ko sudah dpt dihidu rakyat marhaen.. kesedaran akhirnya muncul.. ilmu puncha kemajuan.. wayang puncha kejatuhan.. bodoh puncha kebangangan.. miskin puncha kesusahan.. dedak puncha kebutaan.. SPR Puncha kerosakan.. yg paling ketara.. rakyat puncha kewangan.. apa punye ngok kerajaan najib arini.. tp jgn lupe... kak ros seting uber murah utk bg jobless yg rajin mkn.. rmai bersyukur ng kak ros.. sebelum pru... selepas pru.. ko tgk la.. permit uber setara teksi.. kahkahkah.. on PASTI ISLAM JANGAN TIPU ORANG KAMPONG Publish | Delete | Spam Anonymous on 1/9/17 -------------- |
Posted: 11 Jan 2017 06:00 PM PST |
Posted: 11 Jan 2017 05:30 PM PST |
Posted: 11 Jan 2017 05:00 PM PST MUKA PAK WAJIB DISOROKKAN muka pak aji makan rasuah wajib disorokkan..ini kerana pak aji telah menemui tuhan di kota suci mekah dan madinah.. pak aji telah memberi salam dan selawat kpd nabi ketika mengalami proses haji,..jesteru, sekiranya kemaluan pak aji tidak disorokkan, maka kemaluan tuhan akan terbongkar..ni pak aji yg makan rasuah yg tingkat iman yg rendah.. pak haji yg bergelar presiden ulama dunia haji hadi kluk klak tidak perlu menyorokkan muka walaupun duit rm90juta masuk akaun dan pak haji hadi ni masih belum saman sarawak report.. barangkali kerana proses haji dari hasil curi duit 1mdb, maka sifat tuhan menjadi sifat binatang..oleh itu, bersyukurlah pak2 aji dgn haji dari wang curi 1mdb.. on PAK AJI MAKAN RASUAH Publish | Delete | Spam Anonymous on 1/9/1 -------------- |
JANGAN LUPA - ESOK MALAM DI SHAH ALAM Posted: 11 Jan 2017 06:30 AM PST |
Posted: 11 Jan 2017 05:00 AM PST SAMA SAMA ITAM LEGAM INI ITAM ANONYMOUS GERAKAN BAWAH TANAH ANAK MUDA SEDUNIA INI ITAM LEGAM GERAKAN KELING PULAU PINANG ---------------- |
Posted: 11 Jan 2017 04:30 AM PST BERJAGA JAGA Minta tolong Tukar Tiub beritahu pimpinan Pakatan Harapan-Bersatu sekarang ni berlaku lambakan Cyber Trooper UMNO LAKNATULLAH di portal-portal berita seperti MalaysiaKini dan sebagainya. PH-Bersatu perlu counter perkara ni kalau tak mereka boleh pengaruhi pemikiran rakyat yang baca berita disini. on AL-FATIHAH Publish | Delete | Spam Anonymous at 7:10 PM -------------- |
Posted: 11 Jan 2017 04:00 AM PST HADIAH 200 JUTA RINGGIT TUNAI JIKA KELING INI DAPAT BUKTIKAN DIA MELAYU PPBM ditawar RM200,000 jika buktikan ahli Umno sertainyaShaik Hussein meminta PPBM menderma RM200 kepada masjid jika ia gagal memberikan butiran 200 bekas ahli Umno yang lompat parti. PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Bagan Pulau Pinang menawarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) RM200,000, jika ia mengemukakan nama dan nombor kad pengenalan bekas ahli partinya yang didakwa beralih arah. Shaik Hussein Mydin berkata, beliau dengan senang hati akan mengeluarkan wang untuk membuktikan PPBM berbohong apabila mendakwa hampir 200 orang ahli Umno dari Kampung Tok Sani – kampung di bawah bahagian Bagan – keluar parti dan menyertai parti baru itu. "Sehingga hari ini PPBM Pulau Pinang masih belum mendedahkan butiran ahli," katanya kepada FMT MINTA MAAF JIKA ADA YANG TAK LALU MAKAN LOYA MUNTAH BILA MELIHAT GAMBAR INI --------------- |
Posted: 11 Jan 2017 03:30 AM PST MENGULAR SAWA Semalam kul 11pagi gwa mkn disebuah gerai lusuh, nasi padang yg terkenal di Jln. Raja Sulaiman off JTAR. Meriah gerai tu .. separuh tmpat duduknya dijuburi oleh Peg.MARA .. sambil makan mereka berburak riang .. dari unifomnye, kompom mereka peg. Amanah Rakyat. Berada diluar pejabat tayim kerja seakan bukan satu dosa. Peg.MARA ni nampaknya dah semakin luas takluk pot ngular mereka. Selepas gwa melantak sepingan nasi ngan kari ekor ikan laut dalam, pejeri nenas, sambal padang, air kosong dgn harga rm6 je (tmpat lain rm12 mahu) .. gwa pon belah. Tapi semua peg. MARA tu masih riang menjuburi bangku lohe gerai tersebut. Gwa harap Mappadulung tangkap juga mereka ini. Ngular pon satu jenayah. Kata Sinar lebih setengah juta Penjawat Awam melahap rasuah. Kalau Mappadulung tangkap mereka bermakna lebih setengah juta akan undi Pembangkang .. ini sudah berita baik .. ayuk Mappadulung tangkap. on INI NASEHAT NAJIB Publish | Delete | Spam panglimo potaseh on 1/11/17 ---------------- |
Posted: 11 Jan 2017 02:57 AM PST AL-FATIHAH Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tuan Haji Adenan Satem,72, dilaporkan meninggal dunia pada tengah hari tadi. . Sepanjang hidupnya, Adenan mencatatkan rekod yang cemerlang dalam karier politiknya, kerjaya politiknya bermula pada 1979 apabila beliau bertanding bagi kerusi Dun kawasan Muara Tuang dan berjaya memenangi kerusi berkenaan, bermula dari tahun tersebut, Adenan mencipta pelbagai rekod yang membanggakan. ------------- |
Posted: 10 Jan 2017 11:00 PM PST Duta besar China Yi Xianlang saat membuka zona investasi ini mengatakan "Ini adalah saat bagi China untuk membantu negara-negara lain yang membutuhkan investasi." "Tidak ada kekuatan bisa menghentikan kerjasama dari Cina ke Sri Lanka," tambah Yi Xianlang. CHINA BUTUHKAN MALAYSIA woi sejak merdeka dah kena butoh lah...semua dijual demi wang... apa lagi tinggal...pemakan dedak menjadi hamba wang ringgit...tak makan ringgit huluq dollar...tak makan dollar huluq cina doll.... tak makan cina doll...huluq rumah, tanah, kereta...mudah jual beli....malam pakai kopiah...siang jadi ayaitan duit kah kah kah...akan kenjadi hamba selagi korup....kah kah on INI AKAN BERLAKU DI TANAH MELAYU Publish | Delete | Spam Anonymous on 1/11/17 --------------- |
Posted: 10 Jan 2017 10:00 PM PST YA AMPOON YA MAULANA ADA LAGI TUNGGULNYA Mari kita sama2 memujuk YM Tg Razaleigh supaya sekali lg menawarkan diri sbg calon Presiden Umno. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH ------------------- |
TURUN KE JALAN RAYA - SEBELUM PILIHAN RAYA Posted: 10 Jan 2017 09:08 PM PST SEBELUM KE PILIHAN RAYA KITA TURUN KE JALAN RAYA Jam telah melintasi sembilan malam. Kami masih tersadai di tingkat tujuh Rumah Pasong Dang Wangi.Kami menunggu tim Cawangan Khas (SB) dari Bukit Aman. YB Tian Chua dan siswa Lukman Hakim ada bersama kami. Ada apa lagi agaknya yang diperlukan oleh pihak polis? Ada apa perlunya SB melakukan soal siasat? Tetiba satu kumpulan polis tidak beruniform muncul dari lift. Ini pasti tim SB dari Bukit Aman. Kami dipisah-pisah. Setiap Orang Kena Tuduh (OKT) dikawal oleh dua orang dan dibawa ke bilik masing-masing. Ini bilik siasatan. Dinding ini berlapik dengan bahan lembut macam sponge berwarna biru. Ini untuk dua tujuan - agar perbualan tidak terdengar diluar. Jika OKT meraung pasti tidak juga kedengaran. Malah jika OKT nak hantukkan kepala ke dinding - kepala tidak akan pecah. Tidak ada kes bunuh diri ketika soal siasat. Saya berjabat salam dengan dua lelaki Melayu berumur empat puluhan. Muka klise - muka SB. Mereka tidak memperkenalkan diri mereka. SBlah konon - merahsiakan nama masing-masing. ' Tak ingat lagi ke? SB rambut beruban yang lebih senior bertanya pada saya. Saya cuba membawa ingatan. Gagal. Saya memutar rekod ingatan dimana saya pernah bertemu dengan Si Mamat ini. Gagal. ' Saya juru gambar yang ambil gambar untuk kad pengenalan dulu. Dah lupa ke? Kan saya yang tolong buatkan…. masa awak baru balik dulu…' Dengan bangga dia memperjelas duduk pekara dengan saya. ' Wow! Ini 22 tahun dulu… minta maaf. Dah lama sangat. Apa khabar. Dah naik pangkat. Dulu jaga kamera sekarang dah jadi pegawai penyiasat.' Sepulang dari 20 tahun berkelana saya telah ditahan dibawah ISA selama dua minggu. Sebelum dibebas pihak polis telah menguruskan pemberian kad pengenalan baru untuk saya. Dan SB Senior ini ketika itu ditugaskan mengambil gambar. Bila cerita ini terbuka saya sekali lagi menghulurkan tangan bersalaman. Aduh! Sejarah membuatkan kami bertemu kembali. SB Junior hanya tersenyum melihat dua 'kawan' lama. Kami memulakan siasatan. SB Senior ada membawa beberapa helai kertas A4. Saperti telah dirancang - dia ada beberapa soalan yang wajib diajukan kepada saya. SB Junior memerhatikan SB Senior bertanya dan menulis. Saya tidak tahu antara berdua ini siapa yang lebih tinggi pangkatnya dan apa pangkat mereka. Apa yang saya yakin mereka berdua bukan Ketua Twitter Negara mengikut istilah lukisan Zunar. Paling membosankan bila direman polis ialah pengulangan pertanyaan biodata tentang diri saya. Nama. Umur. Nama emak , ayah , abang , kakak, adik dan dan dan. Berpuluh kali pekara ini telah ditanya. Seharusnya semua maklumat ini telah ada dalam rekod polis. Ini menjadi kemarahan kepada mendiang Ronald Reagan yang telah menghadiahkan dunia kita ini dengan sistem internet yang pada satu ketika dulu hanya dimiliki oleh Jabatan Pertahanan Negara Amerika dan CIA. Tapi kita gagal menggunakan sistem ini sapenuhnya. Kerana saya OKT, saya dikurung maka saya wajib melayan soalan-soalan bodoh ini. Maklumat baru yang ada pada saya hanyalah - ayah, ibu dan abang saya telah meninggal. Dan saya masih lagi belum kawin. Justeru tidak ada anak. Kerana tak kahwin maka seharusnya SB tak tak perlu tanya nama isteri. Tak perlu tanya berapa orang anak - lelaki atau perempuan Oh! Malaysia ku. Inilah hasil dari 60 tahun proses pembebalan yang telah dilakukan oleh United Malays National Organisation terhadap anggota polis. Kemudian diikuti dengan soalan tentang BERSIH5. Pihak SB ingin tahu dari mana dana datang. Apa hubungan dengan Soros. Kedua SB ini membuka telinga untuk mendengar jawapan. Lalu saya terang bahawa saya bukan lagi anggota Jawatan Kuasa Bersih. Tugas saya hanya berkempen dan menghasut. Kemudian sampai soalan apakah saya dibayar oleh Bersih? Bila soalan ini muncul saya ketawa terbahak-bahak. ' Memang Bersih sampai hari ini belum settle bil bil saya….' Saya sengaja meninggalkan kesangsian dalam kepala dua SB ini. Mana tahu jika petir menyambar mereka hingga membolehkan mereka berfikir sekali lagi sebagai umat manusia yang cerdas. Bukan hanya mengikut arahan. Soal jawab kali ini ini agak mesra. Tidak saperti soal siasat oleh 6 orang SB ketika saya ditahan di Bilik Sulit dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri tahun 2001 dahulu. Tetiba muncul satu soalan. Soalan ini pasti telah dirancang oleh Badan Bertindak Jawatakuasa Soal Siasat SB Negara. Untuk saya ini soalan cepu emas. Ini soalan klasik yang wajib diumumkan kepada dunia. Dunia wajib tahu soalan ini. Dan dunia juga wajib tahu jawapan dari Hishamuddin Rais. ' Encik Hisham… kenapa kumpulan anaki.. ananko.. anarr ko…yang tulis-tulis cat A didinding dinding tu… semua orang kata ini pengikut Encik Hisham..mereka sinonim dengan Hisham.' Bila soalan ini muncul mata saya beralih ke kiri dan ke kanan memerhati dua orang SB ini. Saya cuba menyusun fikrah agar mereka ini faham jawapan dari saya. 'Tuan… tolong jangan sangkut pautkan saya dengan kumpulan anarko anaki ini.. kalau Tuan sangkutkan mereka dengan saya dan tuduh mereka ini dari Bangsar maka ini samalah saperti Tuan menuduh Haji Hadi itu seorang Shia…' Saya berhenti dan memerhatikan muka mereka. Beberapa saat mereka cuba menghazam apa yang saya tuturkan. ' Geng Bangsar panggil mereka ini anarko pening. Kalau mereka geng saya maka Haji hadi itu adalah geng Shiah. Kalau mereka geng saya maka Haji Hadi dah jadi Shiah…' Kali ini mereka terbarai ketawa. Rupa-rupanya - bodoh-bodoh alang si SB ini dapat juga mereka faham metapora yang saya utarakan. Hampir 3 jam kami dalam bilik itu. Tetiba masuk seorang lagi SB yang lebih muda. Mungkin dari bilik yang lain yang soal siasat telah selesai. Atau ini tanda semua sudah beres dan boleh tutup kitab. SB senior bertanya ada apa-apa yang lain. Semua geleng kepala. Kami bersalaman. Tamat episod dengan SB. Jam telah lewat. Kami dibawa kembali ke lokap. YB Tian dan Lokman dibawa pulang ke Jinjang. Kenapa kami dipisah-pisah saperti ini saya tidak ada teori. Walau pun semua kami yang ditahan kes Bersih5 dibawah kawalan ASP Tan Shyong Shan dari Dang Wangi. Dalam lokap kami bertukar maklumat tetang apa yang ditanya oleh SB. Armand bercerita yang berjumpa dengan dia seorang Pegawai Besar dari Bukit Aman. Pegawai ini ingin tahu dimana dua orang lagi dari kumpulan Baju Merah Merah yang dikhendaki polis. ' Aku rasa mereka dah ke Danok…' Ini jawapan Armand sambil kami pecah ketawa. ' Esok Isnin kita akan bebas. Lebih baik hari Senin hari Senin ada media. Ahad tak ada media…' Armand Baju Merah memberi kuliah tentang pentingnya media untuk para politikus. 'Sham… minggu depan Perhimpunan Agong UMNO… aku akan masuk ke dewan lambat sikit… ha ha .. bagi dia orang tengok aku masuk..' ' Biar pun saya bersama Tian Chua… bersama Hishamuddin Rais.. tapi mereka gagal mempengaruhi saya….' Armand melawak seolah-olah dia sedang berucap dihadapan Persidangan Pemuda UMNO Malaysia. Esoknya - pagi Senin pagi pembebasan sampai. Tapi kami tidak pula diminta menukar pakaian. Dalam kepala saya bertanya - Apakah reman akan disambung. Kami dimasukkan ke dalam dua buah kereta dan terus dibawa bergerak. Aduh ke mana pulak hendak dipindahkan. Rupa-rupa telah ada arahan agar kami tidak lagi menggunakan lift dari tingkat 1 ke tingkat 7. Di tepi pintu lift ada ruang awam. Mungkin media telah ada disana dan kami tidak mahu dilihat bergari. Sesampai ke tingkat 7 - YB Tian Chua, YB Zuraidah dan Lokman telah menunggu. Mereka tidak memakai pakaian lokap saperti kami. ASP Tan ada bersama. Dia juga tidak memakai uniform. Bila ASP Tan melihat kami masih lagi dengan pakaian lokap dia marah kerana yang bertugas dilokap tidak mendengar arahan yang kami akan dibebaskan. Panggilan talipon dibuat untuk menghantar pakaian kami ke tingkat 7. Akhirnya semua beres. Barang-barang kami dipulangkan. Fahmi Reza merasa tidak puas hati. Dia terus bertanya tentang lukisan dan talipon bimbit masih disimpan polis. Talipon Lokman juga ditahan polis. Talipon bimbit Nokia saya tidak diperlukan oleh polis kerana tidak ada apa-apa maklumat. Inilah kehebatan Nokia cap ayam. ' Bagaimana dengan baju ini? Kepada siapa saya nak pulangkan..' Baju T yang saya pakai itu dipinjamkan oleh seorang pegawai polis di IPK Kuala Lumpur Sabtu lalu. Baju T Bersih5 saya telah dirampas sebagai bahan bukti. 'Ambillah.. tak perlu pulangkan..' Ini arahan dari ASP Tan. Dalam diam-diam saya juga sempat mengambil satu seluar pendek lokap sebagai kenang-kenangn. Saya berdiri memandang ke luar tingkap kaca dari Tingkat 7. Saya nampak dengan jelas banguan Mara, Komplek Pertama , Medan Tuanku dan Maju Junction. ' Itu Isham… tempat aku cari makan… tu banguann yang cat puteh itu.. Pejabat giat Mara..' Si Armand menunjukkan pejabat dia yang tidak jauh dari tempat kami ditahan. Kemudian nama Armand dipanggil. Dia dibebaskan lebih awal dari kami semua. Kami bersalaman. Dari tingkap yang sama saya ternampak diseberang jalan satu kumpulan media telah bersedia menunggu. Saya harapkan si Armand ini akan mendapat liputan. Malah saya berharap dia akan dapat tepokan berdiri ketika di Persidangan Pemuda UMNO nanti. Saya yakin PRU14 yang akan datang si Armand ini akan bertanding. Apa yang telah dirancang oleh YB Howard. YB Tian Chua bersama Armand saya kurang tahu. Tapi saya yakin mereka semua ini ahli politik. Tidak saperti saya tukang hasut. Untuk tukang hasut - apa yang tersurat itulah yang tersirat. Yang tersirat sekarang ialah - sebelum ke pilihanraya PRU14 kita wajib sekali lagi ke jalan raya. Lewat tengah hari kami dibebaskan. Amin. (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon 03-92-21-30-45 ------------------------ |
Posted: 10 Jan 2017 08:30 PM PST AWAS! KERAJAAN HABIS DUIT CUKAI GST TIDAK CUKUP SAMAN JADI INDUSTRI TERBESAR 46,000 saman dikeluarkan kerana guna telefon bimbit semasa memanduMenteri di Jabatan Perdana Menteri menggesa hukuman lebih berat, setanding dengan pesalah yang mengambil minuman keras semasa memandu. BALAKONG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Puan Hajjah Nancy Shukri mahu hukuman lebih berat dikenakan kepada pemandu yang menggunakan telefon bimbit semasa memandu selepas statistik menunjukkan lebih 46,000 saman dikeluarkan polis tahun lepas. Beliau berkata, hukuman kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu hendaklah sama seperti dikenakan ke atas pemandu mabuk. SAH GAMIN TAK ADA DUIT ADA TEMPAT GAJI LAMBAT JAGA JAGA DARI KENA SAMAN DI SABAH MAHKAMAH BERGERAK MULA BERGERAK KOMPAUN DILUPUSKAN ---------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |