Sabtu, 29 Oktober 2016

Tukar Tiub

Tukar Tiub


DIMANA DATUK SUBUH?

Posted: 29 Oct 2016 07:30 PM PDT









SIAPA TAHU

DIMANA 

JANTAN INI

NAMANYA 

DATUK SUBUH
TERLIBAT KES

ROMPAK 

SAMUN CURI

DUIT 1MDB





----------

TANGKAP TANGKAP TANGKAP

Posted: 29 Oct 2016 07:00 PM PDT





JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG

INI AMAT

BAIK
KOMENTAR
lagi ramai akan tahu
lagi ramai akan sedar
lagi ramai akan bertanya
lagi ramai akan berbincang
ini adalah sekolah politik yang baik

satu juta ke dataran merdeka


OSA: Polis akan panggil tiga bekas menteri
KUALA LUMPUR - Polis akan mengambil keterangan tiga bekasanggota kabinet dalam masa terdekat yang didakwa mendedahkan rahsia kerajaan baru-baru ini, kata, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar.

"Kita telah membuka kertas siasatan berhubung perkara ini dan kesemua individu terbabit akan dipanggil memberi keterangan dalam tempoh sehari dua lagi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Siasatan dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan termasuk berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

KUASA DEDAK

SIAPA YG TAHU

WSJ AKAN

DITANGKAP





------------

BUKAN CINA DAP

Posted: 29 Oct 2016 06:38 PM PDT







CINA MANAKAH

YANG BERUNDING

JUAL HARTA

TANAH MELAYU

PADA CINA?

BUKAN CINA DAP

BUAT KERJA

INI KERJA JAHAT

MENTERI 

CINA MCA 

PEKARA INI

AHLI PARTI

KETUANAN MELAYU

TIDAK TAHU




-------------------

APA ITU RAHSIA NEGARA

Posted: 29 Oct 2016 06:00 PM PDT







NAJIB CURI

DUIT 1MDB

BUKAN RAHSIA

30 Oktober 2016
KUALA LUMPUR - Semua pihak diminta tidak memperjudikan keselamatan dan rahsia negara demi mengejar kepentingan politik masing-masing.



ROSMAH GEMOK

HODOH HOTOK

ADAKAH RAHSIA

NEGARA ?

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH






----------------

CARI ROTI HALAL

Posted: 29 Oct 2016 04:54 PM PDT






TIKUS CARI ROTI HALAL
Tikus terbaring atas roti? Adakah:

(a).tikus over kenyang makan roti free flow lalu tertidor atau 

(b).tikus baru je pusing-pusing keliling dapur dan kedai nak survey makanan halal untuknya tetapi tiba-tiba diserang sakit jantung lalu pensan atas roti atau 

(c).tikus sedang berjalan santai nak melintas ke kedai sebelah guna jalan pintas dalam komugi tetapi tak pasal-pasal kena hempap dengan badan rosmah lalu tergolek tak sedar atas roti atau 

(d).ini semua konspirasi cina dap kapir harbi dengan melayu pak turut pkr dengan yahudi antarabangsa yang dengki negara islam wa-rasa-tijah oleh najib on HALAL JAKIM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/29/16




-----------

SIAPA DIA?

Posted: 28 Oct 2016 09:30 PM PDT









JUMPA KE KEDAI
TTiiiiii, anak sapa yg lawa comey lote jadi model topi tuuu?? Dah kawin atau belum? Dah ada pakwe atau gagalis? Kau ada nombor telefon dia tak? Kau kasi email pun boleh.. ID utk facebook atau instagram pun ok jugak. Pleaseeee. on PENYANGAK JENIS EEE
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 6:09 PM



-------------

HALAL JADI HARAM

Posted: 28 Oct 2016 09:00 PM PDT




HARAM JADI HALAL
halal tu, tiga benda saja: pertama, memudaratkan diri sendiri, kedua, memudaratkan keluarga sendiri, ketiga, memudaratkan masyarakat sendiri. siapa yang ajar? 

dari budaya kafir, luar Mesia! (berpuloh tahun dahulu!!!!!) Malangnya, di Mesia, yang HARAM berukar HALAL, yang HALAL bertukar HARAM??? Pelik tapi benar! on HALAL JAKIM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 7:19 PM








------------

HARI BERTANI

Posted: 28 Oct 2016 08:00 PM PDT







MARI BELAJAR

pak tani adalah sosok
 yang hidup 
dengan bercucuk tanam

petanian ialah 
industri cucuk tanam

bertani ialah pada hari ini
hari dewali
 






-----------

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


ALAHAI, KESIANNYA....

Posted: 29 Oct 2016 06:16 AM PDT

shahbudindotcom 

 

Sebagaimana maklumat daripada laman Facebook dan Twitter Najib Razak sendiri, semalam belau dilaporkan menerima kunjungan sekumpulan imam dan pelajar tahfiz di pejabatnya.



Tetapi, plakad bertulisan apa yang mereka pegang itu?

Cuba kita besarkan satu persatu gambar-gambar mereka agar lebih jelas gambaran atau tulisaa yang ada pada plakad tersebut.









Hehehe...mereka menyokong Najib rupanya!! 

Hahaha...yang memuji Bajet 2017 pun ada juga!!

Siapa agaknya yang menyediakan plakad-plakad yang mereka pegang itu?

Para imam dan pelajar tahfiz berkenaan yang menyediakannya atau mereka hanya disuruh memegangnya saja untuk tujuan diambil gambar?

Lihat pula wajah-mereka? Kenapa masam air muka dan macam terpaksa saja?

Alahai, kesiannya...konon inilah bukti Najib masih popular dan disukai.




Tak moleklah serang Ahmad Husni, kata Pemuda Umno

Posted: 29 Oct 2016 06:07 AM PDT

MALAYSIAKINI


Exco Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah meminta semua pihak dalam Umno agar berhenti menyerang bekas menteri kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kerana beliau masih lagi pemimpin Umno.

Armand Azha menambah, tohmahan ke atas anggota Parlimen Tambun itu akhirnya memberi kesan negatif kepada parti.

"Saya rasakan cara serangan terhadap Husni ini tidak baik dan tidak bagus. Husni masih lagi pemimpin Umno dan ahli Parlimen BN. Tidak molek jika Umno serang Ahmad Husni sebegini.

"Ini bukan caranya menyerang kembali pemimpin dalam parti Umno itu sendiri. Saya mohon jasa baik sahabat-sahabat untuk fokus kepada perkukuhkan Umno dengan menceritakan dan memberikan penerangan tentang kekuatan Umno dan lebih ke arah politik khidmat bakti sebagai keutamaan.

"Sebagai pemimpin muda yang dilatih untuk terus menghormati yang lama dan sayangi yang muda rasakan pendekatan kasih sayang lebih baik daripada pendekatan kebencian," ujar beliau, memetik laporan Astro AWANI.

Armand mengulas kenyataan Ahmad Husni berhubung soalannya mengenai 1MDB di Parlimen.

Pada Isnin yang lalu, ketika berucap di Parlimen, Ahmad Husni buat pertama kalinya bersuara secara terbuka terhadap cara kerajaan menangani 1MDB.

"KPI (indeks prestasi utama) saya adalah yang terbaik di kalangan menteri-menteri - sentiasa melebihi 100 peratus.

"(Sebaik sahaja) saya berhenti, anda lihat di media sosial - dua hari selepas saya berhenti, mereka menyerang saya tanpa sebarang sebab.

"Saya tahu siapa 'A', 'B' dan 'C" yang menyerang saya. Mengapa bermain-main? Marilah cintakan rakyat. Kita bekerja untuk rakyat," tambah beliau.

Semasa perbahasan ucapan Bajet 2017, Ahmad Husni meminta kerajaan menyatakan sebab 1MDB ditubuhkan dan sama ada jika sebarang tindakan diambil terhadap pengurusan 1MDB kerana menyalurkan dana syarikat pelaburan negara itu ke "tempat yang salah".

Antara pemimpin Umno yang dilihat membidas Ahmad Husni sebelum ini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyifatkan Ahmad Husni perlu mempunyai sedikit maruah.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan, persoalan yang ditimbulkan Ahmad Husni harus dilihat dari sudut positif dan mendapat perhatian serius kerajaan.

Mengulas lanjut, Armand Azha berkata, semua pemimpin Umno perlu kembali sebagai satu pasukan dan menjadikan kekuatan parti sebagai asas pengukuhan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Apakah Jamal benar-benar mahu 'bermandi darah', tanya DAP

Posted: 29 Oct 2016 05:43 AM PDT

MALAYSIAKINI


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ditanya sama ada beliau akan menahan Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung kenyataan 'bermandi darah' atau melepaskannya sekali lagi.

"Saya ingin bertanya kepada Khalid sama ada polis akan menahan Jamal untuk disoal siasat atas kenyataan 'bermandikan darah' yang dibuat beliau.

"Atau apakah Khalid akan mengatakan sekali lagi ia hanya 'perang mulut' oleh Jamal, sama seperti apabila beliau menolak ikrar Jamal sebelum ini mengenai perang menentang BERSIH 5 sebagai tidak lebih daripada 'perang mulut'?," tanya Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dalam kenyataan hari ini.

Pada hari Khamis yang lalu, Jamal semasa sidang media di ibu pejabat Umno Selangor berikrar untuk menyekat perhimpunan BERSIH 5.

"Kita tidak akan teragak-agak untuk berbuat apa sahaja untuk menghentikan perhimpunan BERSIH...Bagi saya, perjuangan kita akan berterusan walaupun jika bermandikan darah," beliau dilaporkan berkata.

Kok menambah, adalah tidak bijak bagi Khalid untuk mengenepikan apa-apa kenyataan Jamal sebagai pergerakan baju merah yang dipimpinnya kerana mempunyai sejarah keganasan.

"Khalid terlepas pandang fakta penting - bahawa kumpulan baju merah telah bertindak ganas terhadap siri jelajah BERSIH.

"Begitu jua, walaupun Jamal telah membuat kenyataan yang sama pada perhimpunan di Kapar Sabtu lalu dan menjelaskan bahawa 'bermandikan darah' itu bermakna baju merah berlumuran dengan darah sendiri dan bukannya orang lain, polis perlu melihat kenyataan itu secara," ujar Kok.

Beliau berharap Khalid akan memulakan siasatan mengenai perkara ini, kata Kok.

Kok juga mengkritik Umno kerana tidak menyekat Jamal.

"Adalah amat mengecewakan dan tidak bertanggungjawab untuk kepimpinan Umno berdiam diri mengenai 'keterlibatan dalam baju merah' oleh Jamal dan kalangan ahli Umno terhadap BERSIH.

Peluru berpandu dilancar ke arah Mekah

Posted: 29 Oct 2016 05:43 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic



RIYADH: Pemberontak Houthi Yemen melancarkan serangan peluru berpandu balistik di Arab Saudi tetapi ia berjaya dipintas dekat kota suci Mekah, menurut tentera bersekutu pimpinan Arab Saudi, Jumaat.

Tentera bersekutu Arab Saudi telah melancarkan operasi mengebom pemberontak Houthi sejak Mei tahun lalu.

Arab Saudi menggunakan peluru berpandu Patriot untuk memusnahkan misil pemberontak tersebut.

Tentera bersekutu berkata, pemberontak Houthi melancarkan sebuah peluru berpandu ke arah kawasan Mekah petang kelmarin dari kubu kuat mereka di wilayah Saada, berhampiran sempadan Arab Saudi-Yemen.

"Sistem pertahanan udara berjaya memintas dan memusnahkan peluru berpandu itu kira-kira 65 kilometer dari Mekah tanpa sebarang kerosakan" kata kenyataan tersebut.

Houthi mengesahkan pelancaran peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab Saudi dalam satu kenyataan kepada agensi berita rasmi mereka pada Jumaat, tetapi menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jedah, lapangan terbang tersibuk negara itu.

Kumpulan itu mengawal sebahagian besar utara Yemen termasuk ibu negara Sanaa bersama sekutunya, yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh.

Kota suci Mekah terletak lebih 500 kilometer dari sempadan Arab Saudi-Yemen.

Ini kali kedua pada bulan ini pemberontak Houthi melancarkan peluru berpandu pada jarak sebegitu jauh.

Pada 9 Oktober lalu, pakatan tentera Arab Saudi menyatakan, pihaknya memintas sebuah peluru berpandu dekat Taif, lokasi pangkalan udara Arab Saudi yang terletak sekitar 65 kilometer dari Mekah




'Muslihat' Khairuddin keluar PPBM - Dr Azizuddin

Posted: 29 Oct 2016 05:40 AM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Walaupun keputusan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) agak 'pelik' namun ia berkemungkinan merupakan satu strategi politik yang tersendiri.
 
Menurut penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, meskipun terdapat desas desus mengatakan sikap berpuak-puak yang wujud dalam PPBM menjadi punca Khairuddin 'angkat kaki', namun ia 'kurang kukuh' memandangkan matlamat setiap ahli begitu konsisten, iaitu untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
 
"Saya nampak ia lebih kepada strategi, mungkin ada satu yang beliau tengah rancang, jadi mungkin beliau rasa sesuai berada di luar berbanding di dalam parti.
 
"Setakat ini saya lihat agak selari (matlamat), kalau ada krisis, mereka akan mengkritik sesama sendiri, tapi setakat ini nampak selari," katanya kepada Antarapos. 
 
Azizuddin berkata, strategi politik adalah sesuatu yang sangat tidak dapat dijangkakan meskipun pada luarannya menampakkan seolah-olah PPBM mempunyai krisis dalaman.
 
Khairuddin yang juga orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar daripada PPBM semalam, selepas sebulan bergelar ahli parti itu. 
 
Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan itu berkata, keputusan menarik diri dari parti berkenaan bagi memberi fokus kepada kes-kes mahkamah yang dihadapinya termasuk kes dalam dan luar negara yang membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.  
 
Dalam kenyataanya semalam, Khairuddin turut berpesan agar ahli parti itu tidak mengamalkan sikap berpuak-puak, sekaligus menimbulkan tanda tanya bersabit tindakannya keluar parti.  
 
Meskipun begitu, pelbagai pihak melihat tindakan tersebut mempunyai kaitan dengan krisis dalaman parti berkenaan.
 
Beberapa portal sebelum ini melaporkan, krisis berpunca daripada sikap beberapa pimpinan berebut jawatan di peringkat negeri dan pusat. 
 
Khairuddin yang dihubungi Antarapos semalam bagaimanapun enggan menafikan atau mengesahkan wujud perpecahan dalam parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

PKR Sabah dianak tiri, punca pemimpin negeri angkat kaki

Posted: 29 Oct 2016 05:37 AM PDT

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang 'dianaktirikan' pimpinan pusat parti itu dikatakan menjadi punca kepada perletakan jawatan beramai-ramai di kalangan pemimpin parti di negeri berkenaan.
 
Seorang bekas ahli PKR Sabah yang enggan dinamakan mendedahkan, pimpinan PKR yang hanya memberi fokus kepada pergerakan parti di peringkat pusat, menyukarkan PKR Sabah untuk menjalankan kerja-kerja parti.
 
Malah, paling malang, menurut sumber tersebut, pemimpin tertinggi parti yang berpusat di semenanjung tidak pernah tampil ke Sabah untuk bertemu dengan ahli-ahli dan penyokong-penyokong parti itu.
 
"PKR hanya memberi fokus kepada pusat. Kami (PKR Sabah) diperlakukan seperti anak tiri, sebab tu kami semua keluar parti.
 
"Dari semua segi. Pimpinan tidak pernah datang tunjuk muka, bantuan kewangan untuk gerak kerja dan sebagainya. Kami bekerja sendiri tanpa bantuan pusat. Tapi hasil kerja keras kami, PKR (pusat) yang dapat nama," menurut sumber berkenaan.
 
Bekas Pengerusi PKR sabah, Datuk Seri Lajim Ukin sebelum ini bersama ADUN Moyog, Terrence Siambun mengisytiharkan keluar parti pada 2 Oktober lepas.
 
Turut mengikut jejak Lajim dan Terrence adalah bekas Setiausaha Agung PKR Sabah, Datuk Maijol Mahap dan Ketua Wanita PKR Sabah Johair Matlani.
 
Terrence yang juga bekas Ketua Penerangan PKR Sabah kemudian bertindak menyertai parti baru yang diasaskan oleh Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal, iaitu Parti Warisan Sabah (WARISAN).
 
Lajim bagaimanapun sebelum ini mengesahkan tindakannya keluar parti dibuat selepas mengambil kira desakan rakyat Sabah yang mahu parti tempatan menerajui negeri tersebut.
 
Beliau kini menerajui Parti Harapan Rakyat Sabah, yang telah mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 25 Oktober lalu. 
 
 

Polis mulakan siasatan terhadap tiga bekas menteri

Posted: 29 Oct 2016 05:31 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Polis akan mengambil kenyataan daripada 3 bekas menteri Kabinet esok atau Isnin berhubung dakwaan mendedahkan maklumat sulit kerajaan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
 
Mereka ialah bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri pembangunan wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dan bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
 
Mereka membuat kenyataan kritikal mengenai 1MDB di Dewan Rakyat, yang kemudiannya ditegur speaker sebagai berkemungkinan melanggar sumpah kerahsiaan.
 
Laporan polis juga dibuat 2 kumpulan, Jaringan Melayu Malaysia dan Sahabat N87 cawangan Wilayah Persekutuan.
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata: "Kami membuka kertas siasatan dan akan menghubungi mereka untuk disoal secepat mungkin. Mudah-mudahan esok atau lusa," lapor New Straits Times.
 
Khalid dipetik sebagai berkata: "Saya ingin mengingatkan kakitangan kerajaan, sama ada mereka yang masih bekerja atau meninggalkan perkhidmatan, berhati-hati dan bertanggungjawab apabila membuat kenyataan kerana jika mereka mendedahkan rahsia kerajaan, tindakan akan diambil terhadap mereka).
 
"Apabila ia melibatkan rahsia kerajaan, kita perlu berhati-hati kerana terdapat banyak implikasi kerana apabila rahsia kerajaan dinyatakan, ia boleh mengancam keselamatan negara dan ekonomi."
 
Muhyiddin dikatakan mendedahkan maklumat sulit mengenai 1MDB, firma pelaburan negara, ketika berucap pada perbahasan Bajet 2017 di Dewan Rakyat.
 
Menurut laporan itu, maklumat itu diperoleh ketika beliau masih memegang jawatan sebagai timbalan perdana menteri.
 
Muhyiddin digugurkan daripada Kabinet pada Julai tahun lalu selepas mengkritik pengendalian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap 1MDB, dan dibuang daripada Umno awal tahun ini.
 
Beliau kini menjadi presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
 
Menurut laporan itu, Shafie juga mempersoalkan beberapa keputusan kerajaan mengenai 1MDB, manakala Husni berkata negara ini masih boleh menghadapi kesan ekonomi jika isu 1MDB tidak dikendalikan dengan betul.
 
 

Presiden PAS sempat tahnik 15 bayi

Posted: 29 Oct 2016 05:28 AM PDT

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD 


 


MARANG: Sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) sekitar jam 8.00 pagi semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang terus ke rumahnya di Rusila.

Kira-kira jam 9.00 pagi, beliau mula memasuki Masjid Rusila bagi menyampaikan kuliah mingguan pagi Jumaat.

Sesi pengajian itu melibatkan tiga bahagian kitab iaitu mengenai tauhid dengan kitab bertajuk "Beriman Kepada Hari Akhirat".

Bahagian kedua mengenai sirah Nabawiyyah iaitu "Fiqh Al-Harakah" dan bahagian ketiga pula  tafsir al-Quran Karim.

Kuliah akan tamat sekitar jam 10.00 hingga 10.30 pagi dan selepas itu memberi peluang kepada tetamu tertentu yang datang untuk bertemu dengan beliau di rumahnya.

Kebiasaannya, terdapat juga dalam kalangan hadirin yang datang membawa bayi yang baharu lahir untuk ditahnik oleh Tuan Guru.

Semalam, Tuan Guru Abdul Hadi masih sempat mentahnikkan 15 bayi yang baharu dilahirkan antara satu hingga tiga minggu. - HARAKAHDAILY

Perspektif tersendiri polemik RUU 355

Posted: 29 Oct 2016 05:19 AM PDT

ALANG IBN SHUKRIMUN 


 


BAHAGIAN 1: PERSIS 11 SEPTEMBER

Semakin hampir detik perbahasan usul RUU pindaan Akta 355, semakin ramai pihak yang bersuara. Yang menyokong datang dengan segala semangat dan hujahnya. Yang menentang terus berusaha dengan segala helah dan alasannya. Tidak kurang yang meragui, muncul dengan seribu satu persoalan dan pertikaian.

Apapun yang berlaku, saya memiliki beberapa perspektif berkenaan fenomena ini. Saya nyatakan mengikut nombor:

1. Sifat ingin tahu terhadap Islam semakin berkembang
2. Menjelaskan warna kulit sebenar setiap tokoh
3. Pseudo-Salafi dan Neo Muktazilah
4. Fenomena Ruwaibidhoh
5. Peluru takfiri yang diulang-ulang

Untuk tidak membuatkan pembaca bosan, saya keluarkan satu persatu tulisan mengikut nombor perspektif.

1. Dakwah semakin berkembang

Siapa sangka, kini pindaan Akta 355 sudah menjadi bualan sensasi rakyat. Apabila pihak-pihak berpengaruh mula bersuara, perhatian jelata akan dicuri. Yang tak tahu jadi tahu, yang tak suka mengkaji untuk mencari titik sangsi. Yang menentang menjaja keburukannya.

Daripada semua perbahasan, secara tidak langsung ia akan membuka kepada tajuk-tajuk syariat Islam. Orang akan mengkaji sedikit sebanyak tentang perlaksanaan Islam. Orang akan cuba mengenali apa yang terkandung dalam perundangan Islam.

Saya fikir fenomena ini umpama peristiwa 11 September 2001. Walaupun niat di sebaliknya adalah untuk menghalalkan serangan terhadap Iraq atas nama cegah keganasan, namun secara tidak langsung ia menyebabkan masyarakat dunia ingin tahu apa sebenarnya Islam. Al-Quran terjemahan habis di pasaran. Wacana TV dan akhbar hangat mengupas tentang Islam.

Akhirnya peristiwa 11 September melonjak pertumbuhan nisbah pemeluk Islam di Amerika dan negara barat lain dengan pesat sekali sehingga diakui oleh ramai pemerhati dan pengkaji antarabangsa bahawa: "Islam is the fastest growing religion in America".

Saya fikir di sebalik polemik RUU355 ini, ia memberikan sesuatu yang sangat positif kepada perkembangan Islam. Orang yang prihatin tentang isu ini bukan sahaja akan celik agama, mereka juga akan celik undang-undang dan celik politik.

Bagi yang benar-benar mencari solusi untuk menangani masalah jenayah dan keruntuhan sosial dalam negara, mereka insya Allah akan menyokong pindaan ini termasuk kalangan bukan Islam. Walaupun mungkin ada kelemahan, yang pasti inilah satu-satunya cadangan yang ada kerana kebanyakan pihak yang mengkritik dan menentang, hanya membantah semata-mata tanpa membawa cadangan lain.

BAHAGIAN 2: AKHIRNYA TIMBUL JUA

Sebelum ini mungkin ramai tidak jelas pendirian tokoh-tokoh masyarakat tertentu yang banyak menegur mengkritik PAS dalam berbagai isu. Ada di kalangan mereka berniat baik untuk melihat Islam berkembang di negara hari ini, dan ada juga yang memiliki niat terselindung di sebaliknya.

Namun setelah timbul isu RUU355, sedikit sebanyak kita boleh lihat sendiri sikap sebenar dan wajah mereka. Sikap ahli akademik yang berdisiplin adalah mendapatkan penjelasan terlebih dahulu sebelum mengulas apa-apa isu yang timbul. Ahli akademik tidak akan menjadikan sumber sembarangan atau hearsay sahaja untuk menetapkan sesuatu pendirian sebaliknya mengajukan kepada pihak yang terlibat atau merujuk kepada pakar.

Alhamdulillah, ramai pihak bukan ahli politik turut mengambil bahagian dalam mengupas isu ini seperti pengamal undang-undang, pimpinan NGO, jurnalis, pengkaji politik, mufti, tokoh agama dan juga pensyarah. Mereka datang bersemuka dengan pimpinan PAS dan berdialog bagi mendapatkan gambaran sebenar prinsip serta implikasi RUU355 ini. Ada yang akhirnya menyokong, ada yang masih berdiam diri malah ada yang tidak bersetuju. PAS berlapang dada menerima setiap respons asalkan kaedah yang mereka gunakan dalam memahami perkara ini betul.

Malangnya tidak semua mengikut disiplin akademik ini. Atas dasar kebebasan bersuara dan atas kelebihan tidak terikat dengan mana-mana kumpulan, ada sebahagian pihak yang terus mengulas RUU355 tanpa memahami kaedah sebenar tentangnya. Lebih memalukan, persoalan yang mereka timbulkan sudahpun terjawab dalam berbagai tulisan, ceramah serta buku-buku yang dikeluarkan pihak PAS terutama dari  kerajaan Kelantan. Ironinya, dalam mendapatkan gelaran PhD dan apa jua kajian bersifat akademik, mereka begitu detail mengkaji dari sumber-sumber primer. Tetapi di medan realiti, semua pelajaran disiplin ilmu itu tidak diambil kira.

Lebih mengelirukan, di saat terdapat kumpulan yang berfikiran liberal dan sekular yang menentang RUU355 atas alasan syariat Islam tidak boleh menyelesaikan masalah, di saat ada pihak yang mengaku Islam tetapi tidak mahu dikongkong dengan peraturan tuhan, mereka langsung tidak berusaha menangani pihak ini sebaliknya lebih fokus untuk menimbulkan keraguan terhadap usaha memartabatkan syariat Islam oleh PAS.

Bahkan sepanjang polemik ini berlangsung, ada mufti yang mempromosikan pemikiran liberal dan sekular menerusi akaun media sosial mereka. Hujah seperti keadilan sebelum Islam, masyarakat majmuk, kondusiviti, hudud mencacatkan orang Islam, polemik negara teokrasi dan agama terpisah dari konsep pemerintahan ditimbulkan kembali walaupun isu ini telah lama dijelaskan oleh cendekiawan Islam sejak dahulu.

Sekarang kita boleh lihat, kepada pihak manakah kumpulan ini lebih menumpukan serangan; pihak yang berusaha menaikkan taraf Islam di Malaysia atau pihak yang berfikiran liberal seperti seorang peguam yang juga anggota gerakan sesat feminisme Sister In Islam. Mereka lebih intim dengan kumpulan mana, dan lebih kritis terhadap kumpulan mana.

Sepanjang sejarah perjuangan Islam, golongan ini sentiasa wujud. Di saat perjuangan ini masih kabur masa depannya di mata mereka, mereka akan mengambil sikap menjarakkan diri. Tetapi setelah perjuangan ini dilihat cerah masa depannya, merekalah orang yang berada di saf hadapan mengaku segala titik peluh itu milik mereka.

BAHAGIAN 3: PSEUDO-SALAFI & NEO-MUKTAZILAH

Ada pihak yang mendakwa mereka mengikut manhaj salaf dalam beragama. Manhaj salaf adalah menerima nas sebagaimana yang diturunkan tanpa takwilan dan menyerahkan hakikat kepada tuhan. Manhaj salaf sangat ketat dalam menerima sebarang pemikiran baru yang tidak bersumberkan nas.

Namun dalam bab RUU355, sebahagian salafi di Malaysia menggunakan hujah-hujah yang jauh dari manhaj salaf dan sangat mirip kepada muktazilah. Antaranya memperkenalkan prinsip Islam bukan sahaja kena adil, ia juga mesti dilihat adil.

Dari mana datangnya kaedah ini daripada nas? Tiada! Hujahnya hanyalah kerana Nabi tak bunuh orang munafik kerana takut beliau dituduh membunuh sahabat. Lalu dikaitkan jika akta 355 dipinda, ia dilihat tidak adil kerana hanya orang Islam boleh dihukum.

Jika dia merujuk kepada nas, sudah tentu dia akan dapati sejak zaman Nabi SAW sendiri terdapat dua set hukuman. Pertama Firman Allah SWT:

فَإِنْ جَاءُوكَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ

Jika mereka (Yahudi) datang kepadamu (untuk dihakimi), maka hakimilah mereka (mengikut cara Islam) atau biarkan mereka (mengikut cara sendiri). [Al-Maidah: 42]

Ayat ini memberi pilihan kepada Nabi sama ada mahu menghakimi non-muslim dengan cara Islam atau tidak. Pilihan ini Allah yang beri bukan ijtihad Nabi. Adakah Allah dilihat tidak adil dengan membenarkan Nabi membezakan hukuman antara muslim dan non muslim?

Perkara ini disokong dalam sebuah hadis. Dalam Sahih Bukhari bab hudud, pernah Nabi didatangi Yahudi minta dihakimi seorang yang dituduh zina. Maka Nabi memilih untuk dijatuhkan hukuman mengikut kitab Taurat. Walaupun hukumannya sama, ini menunjukkan keanjalan Islam dalam menetapkan dua set hukuman.

Hujah tidak boleh menghukum orang Islam sahaja tanpa melibatkan non muslim sangat dangkal. Apakah ini bermakna tidak adil bagi kerajaan mengambil tindakan terhadap muslim yang minum arak hanya kerana non muslim tidak boleh dihukum? Apakah tidak adil menangkap muslim yang makan di siang hari Ramadhan hanya kerana non-muslim tidak ditangkap?

Jelasnya idea adil dan dilihat adil ini adalah prinsip yang diperkenalkan oleh ahli politik dan pakar perundangan barat, Lord Heward. Jelasnya: "Not only must Justice be done; it must also be seen to be done". Jelas ia bukan dari Islam.

Bahkan, menilai keadilan dengan persepsi manusia sebenarnya merupakan sebahagian idealisme muktazilah yang telah bercanggah dengan ahlu sunnah wal Jamaah. Prinsip kita ahlu Sunnah, kebaikan itu adalah sesuatu yang diputuskan baik oleh syarak, walaupun akal melihat ia buruk. Sedangkan muktazilah mendakwa kebaikan itu adalah apa yang diputuskan oleh akal itu baik tanpa mengambil kira ketetapan syarak.

Salafi sepatutnya dalam hal pelaksanaan syariat, merekalah orang paling terkedepan sebagai pendesak kerana dalam al-Quran dan Hadis terlalu banyak gesaan supaya berhukum dengan syariat Islam. Tapi yang pelik so called salafi di Malaysia lebih selesa berada dengan undang-undang sedia ada, dan begitu skeptikal dengan usaha menaik taraf undang-undang negara ke arah lebih islamik.

BAHAGIAN 4: RUWAIBIDHAH DI MANA-MANA

Sabda Rasulullah SAW

سيأتي على الناس سنوات خدّعات، يُصَدق فيها الكاذب ويُكذَّب فيها الصادق، ويُؤتمن فيها الخائن ويُخوَّن فيها الأمين، وينطق فيها الرويبضة))،
قيل وما الرويبضة يا رسول الله ؟ .. قال: «الرجل التافه يتكلم في أمر العامة

Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipudaya. Pada masa itu yang benar didakwa berbohong dan pembohong dipercayai. Pengkhianat diberi amanah sedangkan yang amanah dituduh khianat. Golongan-golongan ruwaibidhah akan bebas bercakap.
Sahabat bertanya: Apakah itu ruwaibidhah?
Nabi menjawab: Orang-orang bodoh yang bercakap tentang urusan besar.
[HR Ibn Majah, Hakim dan Ahmad]

Apa yang berlaku hari ini semakin menepati sabdaan baginda SAW. Selain dari kita melihat pendusta dipercayai dan pengkhianat diberi amanah, melalui polemik RUU355 ini kita melihat ramai yang orang yang tidak tahu sesuatu bidang bercakap tentang apa yang mereka tidak tahu. Berdasarkan hadis, mereka ini dilabel sebagai bodoh (tolol/jahil).

Dalam memahami konsep pindaan akta 355 ini, mereka perlu memahami dua bidang iaitu perundangan dan syariat Islam. Malangnya ada peguam yang mengulas RUU355 sehingga melanggar batas syariat, dan ada juga agamawan yang mengulasnya di luar konsep perundangan. Semuanya bakal menatijahkan pandangan yang salah. Lebih malang, bukan lulusan undang-undang atau agama, tapi bercakap mengalahkan profesor!

Dalam bidang agama sendiri banyak cabangnya. Tidak boleh diukur dia pakar agama hanya kerana memiliki segulung PhD dalam sesuatu bidang ilmu Islam sahaja. Seorang yang PhD hadis belum tentu dia pakar tafsir. Seorang yang PhD usul belum tentu dia pakar lughah. Seorang pakar fiqh belum tentu dia pakar siasah.

Sistem pensijilan dunia hari ini memberi pengiktirafan mengikut kepakaran dalam suatu tajuk dan bidang tertentu sahaja, tidak secara menyeluruh. Selayaknya jika mahu mengira kepakaran dari sudut sijil, seseorang memperolehi PhD kerana tesis tafsir dalam tajuk kajian huruf nun (ن) dalam al-Quran, maka dia perlu digelar pakar nun sahaja, bukan pakar tafsir.

Contohnya Dr Zakir Naik, dia seorang pakar perbandingan agama. Sangat tepat kalau kita tanyakan tentang soal perbandingan agama kepadanya. Tetapi apabila kita bertanya hukum PTPTN, maka timbullah jawapan yang kabur yang akhirnya dimarahi oleh sekalian pihak kononnya ibarat membela kerajaan yang menindas mahasiswa. Syeikh Albani diiktiraf sebagai mujaddid hadis oleh ulama mutakhir kerana kepakarannya dalam bidang periwayatan hadis. Namun apabila beliau berfatwa tentang permasalahan fiqh, ramai yang tidak bersetuju dengan pendapatnya yang sangat aneh (gharib).

Dalam isu RUU355, perkara ini berlaku lagi. Atas dasar kebebasan bersuara, masing-masing berperanan mengelirukan zaman dengan kata-kata yang tidak berasas. Ada ustaz bidang hadis yang bercakap soal fiqh dan siasah. Maka terbitlah kaedah songsang seperti "Islam tidak hanya perlu adil tapi perlu juga dilihat adil" dan dalam Islam hanya ada satu set hukuman.

Mereka perlu faham, secara analoginya bidang hadis itu ibarat kerja penilaian emas, mana satu emas tulen dan mana satu emas campur atau palsu. Setelah emas tulen diperoleh (hadis maqbul), ia tetap tidak boleh digunakan sehinggalah dijadikan barang kemas atau wang. Maka kerja memproses emas itu adalah kerja orang di bidang fiqh pula.

Lebih parah, si fulan bukan sahaja bercakap soal fiqh yang bukan bidangnya, malah turut bercakap soal perundangan. Dia membuat ulasan, RUU355 ini mengelirukan kerana mengundang memberikan kuasa kepada hakim untuk menetapkan hukuman seberapa banyak yang dia mahu. Dibawa contoh seorang ustaz boleh didenda kerana mengajar tanpa tauliah sehingga beratus ribu ringgit jika RUU355 berjaya digubal.

Akta ini tidak boleh memberi kuasa semudah itu kepada mahkamah syariah.

Ini kerana mahkamah syariah adalah di bawah bidang kuasa negeri. Hakim perlu merujuk kepada peruntukan enakmen negerinya berapakah had yang dibenarkan. Enakmen ini pula perlulah diluluskan dalam Dun dengan sokongan majoriti Adun. Bermakna ia perlu melalui satu lagi peringkat legislatif. Ia bukan kuasa mutlak hakim!

Saya nasihatkan agar kepada mereka yang mahu bercakap dalam bidang yang bukan kemahirannya agar mengkaji teliti dahulu tentang bidang lain itu. Jangan hanya ambil modal dari sembang-sembang kopi atau lepak-lepak mafasid sahaja. Bimbang anda akan tergolong di kalangan ruwaibidhoh.

BAHAGIAN 5: TUDUHAN TAKFIRI TERUS BERLANGSUNG

Sebelum diperjelaskan lebih lanjut, perlulah dibezakan antara tuduhan kafir dan takfiri. Menuduh kafir ertinya menuduh seseorang itu sebagai kafir. Menuduh takfiri pula ertinya menuduh seseorang itu suka mengkafirkan orang.

Takfiri terus menjadi peluru pihak tertentu untuk menyerang PAS. Sejak dari awal penubuhan PAS, pimpinan Umno tidak pernah henti dari membidik PAS dengan peluru ini sehingga membawa kepada berbagai tindakan kejam dan zalim. Kini sebaik sahaja bekas pimpinan PAS pusat keluar dan menubuhkan parti baru, mereka terus melabelkan parti lamanya sebagai ISIS dan takfiri.

Fenomena ini berlaku di setiap belahan dunia. Para asatizah Azhar yang dilantik atas restu kerajaan Mesir mendakwa Ikhwan Muslimin sebagai jemaah takfiri. Mujahidin Chechen dan Kaukasus di Rusia dituduh oleh gerakan sufi yang mesra kerajaan sebagai wahabi dan takfiri. Pokoknya mana-mana gerakan Islam yang cuba membawa idealisme pemerintahan Islam akan dituduh sebagai takfiri.

Tentunya PAS yang gigih mempersada syariah Islam di puncak perundangan negara tidak terlepas dari tuduhan ini. Kata-kata kurang tertib dari individu yang tidak ada kena mengena dengan pendirian PAS dijadikan modal untuk menuduh PAS takfiri.

Pensyarah agama tidak terkecuali dari permainan busuk ini. Sama ada mereka sedar atau tidak, sudah beberapa kali persepsi jahat ini dibentuk oleh mereka. Pertama ketika isu pengkhianatan lompat parti oleh bekas wakil rakyat PAS yang telah berbaiah. Mereka cipta persepsi bahawa PAS ghuluw/ekstremis kerana melakukan bidaah mungkar iaitu dengan mengadakan baiah mentakliq baiah dengan talaq, sedangkan isu utama adalah mengkhianati perjanjian. Dibahas soal syarie atau tidak mengadakan baiah, padahal ianya boleh saja ditimbulkan awal sebelum berlaku kes lompat parti ini. Dibutakan mata hati tentang hukum mengkhianati janji.

PAS tidak pernah menyatakan sesiapa yang menolak RUU355 sebagai kafir. Cuma PAS memahami ianya wajib kerana mengambil kaedah 'kewajipan yang tidak sempurna melainkan dengan sesuatu, maka sesuatu itu hukumnya wajib'. Seperti wuduk, walaupun wuduk hukumnya sunat, tapi boleh jadi wajib kerana kewajipan solat tidak akan tertunai melainkan dengannya.

RUU355 wajib bagi memberi kuasa mahkamah syariah negeri-negeri menetapkan prosedur kehakiman selaras dengan apa yang digariskan dalam al-Quran dan sunnah. Walaupun tidak secara menyeluruh, sekurang-kurang sebahagian dapat dilaksanakan.

Oleh kerana ianya wajib, PAS berusaha memahamkan ahli parlimen Islam tanpa mengira parti berkenaan kewajipan ini supaya mereka tidak dikira berdosa di mahkamah Allah kelak kerana meninggalkan kewajipan ini. Namun tidak sekali PAS beranggapan yang menolaknya adalah kafir. Berdosa dan kafir beza hukumnya. Meninggalkan solat hukumnya berdosa, tapi tidak sampai jatuh kafir walau Nabi perintah supaya rumah mereka dibakar, kecuali mereka percaya bahawa solat itu tidak wajib.

Kata-kata individu tertentu tidak menggambarkan pendirian PAS. Pendirian rasmi PAS setakat ini hanya boleh dikeluarkan oleh Presiden, Setiausaha Agung dan Ketua Penerangan sahaja. Walaupun ada saja pemimpin DAP, PKR yang sokong GST dan TPPA, tetapi PAS tidak menganggap itu adalah pendirian parti mereka.

Apapun semua harus menginsafi sama ada melalui usaha RUU355 atau selainnya, bahawa menjalankan hukum hakam tuhan dalam pemerintahan hukumnya wajib. Sesiapa yang tidak mempercayai kewajipan ini walaupun dengan hatinya maka gugurlah imannya kerana membantah nas al-Quran dan Hadis. Tidak menyokong tidak bermakna kafir, TAPI tidak percaya ianya wajib adalah kufur mengikut jumhur ulama ahlu sunnah. Batas iman dan kufur inilah yang perlu dijelaskan. - HARAKAHDAILY

Tulisan di atas diambil daripada facebook penulis.


'Sinar Sambutan Deepavali Semakin Malap Buat Saya' - Gelandangan

Posted: 29 Oct 2016 05:15 AM PDT

MALAYSIA DIGEST


KUALA LUMPUR: Kemeriahan sambutan Pesta Cahaya atau Deepavali yang sepatutnya dirai dengan penuh kemeriahan hari ini tidak sama dengan apa yang dirasai N. Kanagaraj, 59.

Malah katanya cahaya terang yang diharapkan semakin hambar malah terus malap, jauh dari keceriaan yang pernah dikecapinya satu ketika dahulu, sebelum bergelar gelandangan di ibu negara.

Penghuni Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur di Jalan Pahang itu mengakui, sejak bercerai dengan isterinya dua tahun lalu, hubungan kekeluargaan bersama anak dan cucunya turut terputus.

"Saya ada dua anak di Singapura. Mereka sudah berkahwin dan saya juga sudah ada cucu. Sejak saya bercerai, saya terus tiada perhubungan langsung dengan keluarga termasuklah anak dan cucu saya. Jadi saya tinggal sendirian di sini (Kuala Lumpur)," katanya ketika ditemui pada sambutan Rumah Terbuka Deepavali, Jom Diwali anjuran Institut Onn Ja'afar (IOJ) di sini hari ini.

Dia pada masa sama mengakui, sambutan Deepavali kali ini tidak bermakna apabila bukan sahaja dia tidak dapat meraikannya bersama keluarga, malah lima anggota keluarganya meninggal dunia pada tahun ini.
"Itu yang saya rasa amat sedih kerana bila saya telefon adik saya semalam, dia kata dia ada di Langkawi.

"Selain itu, tahun ini saya tidak boleh sambut dengan begitu meriah dan gembira sebab lima aggota keluarga saya meninggal dunia tahun ini. Jadi dalam tempoh setahun kita tidak boleh terlalu bergembira termasuk ketika sambutan Deepavali," katanya.

Bagaimanapun, baginya, walaupun sambutan Deepavali di pusat transit gelandangan itu tidak semeriah bersama keluarga, namun ia memberi erti yang cukup besar kepada dirinya.

"Apa yang unik saya lihat di sini adalah pusat ini masih baharu dan banyak NGO buat sambutan sekaligus memeriahkan kita yang mana orang macam kami ini yang tidak ada keluarga, rasa macam kami ini sebuah keluarga yang besar," ujarnya.

Justeru, beliau yang masih menantikan peluang pekerjaan terus mengharapkan agar mereka di luar sana tidak memandang rendah kepada golongan gelandangan, kerana itu bukan yang dipinta.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (IOJ), Charles Mohan berkata pihaknya melihat golongan itu sepatutnya tidak dipinggirkan pada setiap perayaan.

"Jom Diwali adalah program susulan daripada Jom Raya yang kita telah adakan pada Hari Raya Aidilfitri.
"Kita adakan ini adalah sebahagian usaha kita untuk memberi suasana dan satu peluang baru kepada golongan gelandangan dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di sekitar KL kerana mereka seringkali dipinggirkan dan kami nak mereka sama-sama merasai kemeriahan sambutan Deepavali sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum," ujarnya.

Tambahnya Charles, pihaknya turut menjalin kerjasama dengan beberapa agensi dan NGO lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Chow Kit dalam meringankan penderitaan gelandangan.- Astro Awani

Sultan Kelantan berjalan malam bersama rakyat

Posted: 29 Oct 2016 05:12 AM PDT

Sultan Kelantan berjalan malam bersama rakyat


KOTA BHARU - Sejarah terus terlakar apabila Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, berkenan berjalan sambil beramah mesra dengan lebih 21,000 rakyat jelata sempena Walkaton D' Raja Kelantan 2016, Let' Go With Me di sini malam ini.

Baginda bersama rakyat jelata memulakan perjalanan sejauh tujuh kilometer bermula dari perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV sehingga ke Jambatan Sultan Yahya Petra dan kembali semula ke stadium.

Baginda berjalan beramai-ramai bersama rakyat bermula jam 10 malam yang tutrut disertai ditemani adindanya, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Turut sama berjalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan kepimpinan kerajaan negeri yang lain.

Acara yang pertama kali diadakan pada sebelah malam itu juga 'bermandi cahaya'  dan terdapat kelainannya dengan kemeriahan tembakan bunga api serta persembahan kebudayaan di setiap 'check point'.

Walaupun hujan lebat pada awalnya namun rakyat jelata tidak berganjak dan terus setia bersama-sama baginda untuk menjayakan program malam ini.

Baginda tiba di perkarangan stadium pada jam 9.40 malam. ‎

Program yang memasuki edisi kelima sebelum ini dikenali sebagai Walk With Me itu merupakan cetusan idea daripada baginda sendiri untuk bersama dengan rakyat jelata dan ia turut dicatat di dalam Malaysia Book of Records.


Nazrey Johani Nafi Dakwaan Hidup Melarat

Posted: 28 Oct 2016 08:13 PM PDT

MALAYSIAN DIGEST


..


Selepas meninggalkan bumi Kuala Lumpur dan menetap terus di Sabah, penyanyi nasyid Nazrey Johani memberitahu dia belum meninggalkan bidang nyanyian.

Memetik laporan Utusan, bekas anggota kumpulan Raihan ini berkata dia masih menjadikan nyanyian sebagai periuk nasi disamping menguruskan sebuah sekolah tahfiz memerlukan tumpuan yang banyak menyebabkan dia berkorban untuk memantau hasil usahanya itu dari dekat.

"Memang selepas berniat untuk membuka sebuah sekolah tahfiz. Saya nekad untuk berpindah terus ke Sabah. Sebab saya mahu bantu orang Sabah, bagi saya tiada orang lain yang faham mengenai tempat ini selain orang yang dibesarkan di sini seperti saya.

"Tetapi tidaklah saya menutup terus peluang saya untuk membuat persembahan. Ironinya selepas ramai yang tahu saya buka sekolah ini, makin banyak pula tawaran untuk bernyanyi. Malah tidak sekadar di Sabah tetapi seluruh negara dan beberapa negara luar," katanya.

Membuka rahsia sebenar kehidupannya kini, Nazrey tidak menolak sebenarnya untuk membuka sebuah rumah tahfiz, dia perlu menjadi lebih kaya dari apa yang orang bayangkan. Katanya, pandangan orang yang mengatakan dia hidup melarat dan miskin langsung tidak benar kerana untuk menjalankan sebuah sekolah memerlukan perbelanjaan yang banyak.

"Saya memerlukan hampir RM20,000 sebulan untuk memastikan sekolah tahfiz itu berjalan dengan baik. Jadi khabar angin mengatakan saya hidup miskin adalah tidak benar. Bahkan saya sebenarnya perlu lebih kaya dari dahulu.

"Namun bukan itu yang mahu sampaikan, apa juga cabaran yang dilalui, saya buat dengan ikhlas untuk membantu menegakkan syiar Islam di bumi Sabah. Alhamdulillah setakat ini ada bantuan yang sampai kepada saya untuk sama-sama membantu sekolah tahfiz ini," katanya.


2 rakyat Malaysia ditahan di Bali cuba seludup dadah

Posted: 28 Oct 2016 08:08 PM PDT

 
Aliff Affan Azhar dan Muhammad Shahzadi Shariff ditahan pada 20 Oktober lalu sebaik tiba di lapangan terbang itu dengan pesawat MAS MH 851 dari Kuala Lumpur.


dadah


BALI: Pegawai Kastam dan Eksais di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Denpasar, di sini, menahan 2 warganegara Malaysia kerana melakukan cubaan menyeludup dadah ke pulau pelancongan itu.

Jakarta Post melaporkan Aliff Affan Azhar dan Muhammad Shahzadi Shariff ditahan pada 20 Oktober lalu sebaik tiba di lapangan terbang itu dengan pesawat MAS MH 851 dari Kuala Lumpur.

Ketua Kastam dan Eksais Ngurah Rai Budi Harjanto berkata pegawainya menemui 70.67 gram marijuana, 2.89 gram syabu, 15 pil ekstasi dan 150 pil nimetazepam (Happy 5).

"Mereka dikatakan menyembunyikan marijuana di dalam stoking. Sementara itu, syabu, ekstasi dan pil Happy 5 ditemui dalam bagasi Aliff," katanya pada sidang akhbar semalam dipetik daripada akhbar itu.

Beliau berkata kedua-dua suspek kelihatan mencurigakan ketika bagasi mereka sedang diimbas di mesin x-ray menyebabkan pegawai menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas beg mereka, selain memeriksa kedua-dua suspek.

Bahagian Dadah Polis Bali akan meneruskan siasatan terhadap kedua-dua suspek dan bahan bukti diserahkan kepada polis semalam.

Jika didapati bersalah mereka boleh dipenjarakan 15 tahun dan denda AS$765,404 setiap seorang atas pendakwaan mengikut Artikel 113 (1) undang-undang Narkotik 2009.

Setakat ini pegawai Kastam dan Eksais Ngurah Rai menggagalkan 38 cubaan menyeludup dadah ke Bali sejak 2014 dengan jumlah rampasan 18,891 kg.

Maria kata KPN mengarut dakwa Bersih sengaja langgar peraturan

Posted: 28 Oct 2016 08:03 PM PDT

 
Mungkin Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak tahu Bersih 2.0 sudah menghantar notis 10 hari kepada polis hari ini


Maria Chin, IGP, Khalid Abu Bakar, Bersih 5, Bersih 2.0

PETALING JAYA: Dakwaan Ketua Polis Negara mengatakan penganjur himpunan Bersih 5 sengaja tidak mahu mengikut peraturan adalah mengarut dan melulu.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menyangkal tuduhan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mendakwa Bersih sengaja mahu polis bertindak ke atas mereka untuk menarik perhatian masyarakat antarabangsa.

"Saya rasa beliau mengeluarkan kenyataan tanpa mengetahui kita sudah pun menghantar notis 10 hari kepada polis hari ini," katanya ketika dihubungi.

Hari ini, Bersih menghantar notis penganjuran himpunan Bersih 5 yang bakal diadakan 19 November ini ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan Brickfields.

"Malah polis Brickfields sudah menghubungi kami memaklumkan sudah menerima notis itu dan meminta saya berjumpa mereka," katanya lagi.

Menurut Akta Perhimpunan Aman 2012, penganjur perlu menghantar notis permohonan kepada polis 10 hari sebelum himpunan dan mendapatkan kebenaran pemilik lokasi.

Berhubung kebenaran pemilik lokasi, Maria berkata seperti himpunan Bersih yang lalu, beliau tidak melihat sebarang isu berkaitan perkara itu.

"Pada Bersih 4, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak benarkan kita masuk kawasan Dataran Merdeka, jadi kita tidak masuk," katanya lagi.

Khalid berkata Bersih sengaja mahu polis mengambil tindakan untuk menunjukkan masyarakat antarabangsa yang pihak berkuasa menyekat kebebasan bersuara dan berhimpun.

Khalid menambah Bersih memang mahu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) menggunakan meriam air ketika himpunan itu nanti.

Maria yakin peserta Bersih akan berkelakuan baik dan tidak bertindak melampau.

Namun beliau mengingatkan Gerakan Merah yang diketuai Datuk Jamal Yunus, yang dijangka mengadakan perhimpunan pada hari sama, agar tidak menggunakan taktik ancaman dan keganasan.

"Dia juga berhak untuk berhimpun. Tetapi saya harap polis akan menahan dia jika menggunakan keganasan. Itu bukan budaya Malaysia," katanya.

Benteng halang pencemaran pecah, LRA Semenyih ditutup semula

Posted: 28 Oct 2016 08:00 PM PDT

 
LRA ditutup 4.15 petang tadi menyebabkan gangguan di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling


Loji rawatan air (LRA) Semenyih


PETALING JAYA: Loji rawatan air (LRA) Semenyih terpaksa ditutup semula berikutan benteng penahan pencemaran Sungai Semenyih pecah.

Kumpulan Air Selangor dalam satu kenyataan hari ini berkata LRA ditutup 4.15 petang tadi selepas benteng di Sungai Buah itu pecah kerana hujan lebat di hulu sungai di Nilai.

Perkembangan ini menyebabkan semua kawasan di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling sedang mengalami gangguan bekalan air.

Kenyataan yang diterima 10.20 malam itu berkata jadual bekalan air sedia ada untuk Zon 1 dan 2 tidak boleh diguna pakai lagi.

Sementara itu, bekalan air disediakan di Pili Air Awam seperti berikut:

PETALING

1. Bangunan Eon Bank, Jalan Bandar 1, Pusat Bandar Puchong
2. Hadapan kolam Lake Edge, Persiaran Setia, Bandar Metro
3. Hadapan Pangsapuri Enggang, Jalan Kinrara 6f, Bandar Kinrara
4. Hadapan Flat Bosnia, Jalan Raya 7/1, Taman Serdang Jaya, Serdang
5. Hadapan Rumah Pam Perindustrian Bukit Serdang, Jalan PBS 14/1, Perindustrian Bukit Serdang
6. Di tepi Jalan USJ 3/1H, USJ 3, UEP Subang Jaya
7. Pusat Service Jalan TP2, Taman Perindustrian Subang UEP
8. Di tepi Jalan USJ3A/1, USJ 3, UEP Subang Jaya

SEPANG

1. Pasar Awam Pekan Dengkil
2. Dewan Orang Ramai Pekan Dengkil
3. Taman Murni, Sungai Pelik
4. Pusat Pengisian Bekalan Air Selangor, Pekan Salak Tinggi

 
KUALA LANGAT


1. Jalan Keli, Taman Sri Putra
2. Jalan Sempadan, Kachong
3. Jalan Merak, Batu 9, Kebun Bharu
4. Jalan Merbuk, Batu 9, Kebun Bharu
5. Simpang Morib
6. Masjid Banting

HULU LANGAT

1. Jalan 3/13, Kajang Utama
2. Jalan Sri Mewah, Taman Sri Mewah
3. Depan Balai Polis Sungai Tangkas, Taman Tropika, Sungai Tangkas
4. Hadapan Pangsapuri Green Villa, Jalan Bestari, Sungai Tangkas
5. Persiaran Hill Park, Taman Hill Park, Bandar Teknologi Kajang
6. Persimpangan Taman Desa Mewah, Bandar Sunway Semenyih

Sementara itu, bekalan air disediakan di Stesen Lori Tangki Air Jumbo seperti berikut:

PETALING

1. USJ 4/5
2. Pusat Kitar Semula Taman Wawasan Puchong
3. Jalan BS 5/28 Bukit Serdang

HULU LANGAT

1. Simpang Jalan Kesuma 3, Bandar Tasik Kesuma
2. Jalan Bandar Tasik Kesuma

Sebelum ini, pencemaran di Sungai Semenyih menyebabkan gangguan bekalan air di daerah yang sama selama 3 hari, menyebabkan penduduk mula merungut.

Dengan perkembangan terbaharu ini, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor Amin Lin Abdullah berkata usaha membina semula benteng yang melencongkan air tercemar dari memasuki Sungai Semenyih sedang dilaksanakan serta-merta.

Bekalan air akan beransur pulih apabila LRA beroperasi semula, tambahnya.

"Bantuan bekalan air akan terus dihantar ke kawasan yang terlibat dan premis kritikal, seperti hospital dan pusat dialisis sehingga bekalan air pulih," katanya.

Keretapi tergelincir: Penumpang bengang bas transit tak cukup

Posted: 28 Oct 2016 07:50 PM PDT

 
Kebanyakan mereka termasuk penumpang yang mahu menyambut perayaan Deepavali mendakwa terpaksa menunggu lebih sejam sebelum dapat menaiki bas ke Stesen Keretapi Ipoh.


ktmb


KAMPAR: Para penumpang Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) kesal kerana Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak menyediakan bas transit mencukupi untuk membawa mereka ke destinasi masing-masing, susulan insiden tren kargo tergelincir di Kampung Bakap berhampiran Stesen Keretapi Batu Gajah awal pagi semalam.

Kebanyakan mereka termasuk penumpang yang mahu menyambut perayaan Deepavali mendakwa terpaksa menunggu lebih sejam sebelum dapat menaiki bas ke Stesen Keretapi Ipoh.

S. Shamila Devi, 34, yang bertugas sebagai pegawai bank di Kuala Lumpur berkata beliau terpaksa menunggu bas transit hampir 2 jam di stesen berkenaan untuk pulang ke Taiping bagi menyambut Deepavali hari ini.

Katanya, beliau tiba di stesen berkenaan kira-kira 7 malam tetapi sehingga 9.30 malam, beliau masih belum dapat menaiki bas yang disediakan.

"Sepatutnya KTMB menyediakan lebih banyak bas kerana mereka tahu jumlah penumpang yang terkandas di sini berdasarkan jualan tiket," katanya semasa ditemui di Stesen Keretapi Kampar di sini, malam tadi.

N. Ramesh, 37, pula berkata beliau bersama isteri serta 2 anaknya dalam perjalanan dari Seremban ke kampungnya di Ipoh untuk menyambut Deepavali.

Katanya, KTMB memberi penerangan berhubung kelewatan ETS dan perkhidmatan bas yang disediakan tetapi beliau tidak menyangka pengangkutan itu tidak mencukupi untuk menampung jumlah penumpang.

"Tak sangka kejadian sebegini berlaku pada malam perayaan Deepavali… anak saya masih kecil dan mereka tidak selesa dengan keadaan begini kerana terpaksa menunggu lama," katanya.

Shariff Abdul, 45, pula kecewa dengan cara pihak pengurusan KTMB menangani masalah itu yang dianggapnya dibuat tanpa pelan kontingensi.

"Sudah lebih setahun saya menaiki ETS untuk berulang alik dari Tanjung Malim ke Butterworth, perkhidmatannya tidak pernah mengecewakan namun, insiden sebegini menunjukkan seolah-olah KTMB tidak menyediakan pelan kontingensi.

"Saya cuba menaiki teksi ke Ipoh sebelum menaiki tren seterusnya ke Butterworth tetapi tambang yang diminta tidak masuk akal," katanya.

Kira-kira 10 malam tadi, semua penumpang yang terkandas di stesen berkenaan dibawa ke Stesen KTM Ipoh.

Sementara itu, Pengurus Komunikasi Korporat KTMB Siti Badariah Wan Hanafi ketika dihubungi berkata pihaknya menyediakan 36 bas untuk membawa penumpang yang terkandas ke Stesen Keretapi Ipoh dan Kampar.

"Perkhidmatan bas yang disediakan mencukupi cuma berlaku sedikit kelewatan kerana jalan raya sesak memandangkan orang ramai mula bercuti sempena Deepavali esok," katanya.

Beliau berkata kerja membaik pulih landasan bagi laluan tren Ipoh-Kampar-Ipoh sedang giat dijalankan dan dijangka mengambil masa selama 48 jam.

Dalam kejadian 3.15 pagi semalam, 2 lokomotif dan 25 gerabak kosong dalam perjalanan dari Kuang, Selangor ke Tasek, Ipoh tergelincir dan menghalang laluan tren arah utara dan Selatan.

Pandikar bukan hakim, mantan menteri tak langgar sumpah kerahsiaan – Kit Siang

Posted: 28 Oct 2016 07:42 PM PDT

kit siang

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menegaskan bahawa tindakan tiga mantan menteri kabinet yang membangkitkan kebimbangan mereka mengenai isu skandal 1MDB di Parlimen baru-baru ini tidak melanggar mana-mana sumpah kerahsiaan.

Menurutnya, pandangan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mendakwa mereka melanggar sumpah kerahsiaan hanyalah bersifat peribadi.

"Pandikar perlu tahu bahawa meskipun beliau memegang jawatan tertinggi daripada dalam pejabat speaker, beliau sebaliknya bukanlah seorang hakim yang berkuasa dalam mahkamah undang-undang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; mantan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal; dan mantan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hadzlah dirujuk sebagai individu yang didakwa melakukan kesalahan itu.

Pandikar dalam sidang medianya semalam berkata, kritikan lantang tiga mantan pemimpin dan pemimpin Barisan Nasional itu akan mendedahkan mereka kepada risiko berdepan tindakan undang-undang mengikut Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Apabila melanggar sumpah kerahsiaan, bermakna (mereka) tidak beretika dan berintegriti," katanya.

Sebaliknya, menurut Kit Siang yang juga merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah, Pandikar adalah pihak yang patut dilihat sebagai tidak mempunyai integriti kerana gagal memahami kepentingan doktrin pengasingan kuasa antara kuasa eksekutif dan kuasa perundangan.

Kenyataan Pandikar itu juga, menurut Kit Siang, menimbulkan persoalan sama ada Speaker mencadangkan agar Peguam Negara dan Ketua Polis Negara untuk mengambil tindakan terhadap trio berkenaan.

"Entah di mana di dunia ini ada Speaker Parlimen yang mencadangkan kepada eksekutif untuk mengenakan tindakan terhadap anggota Parlimen yang merupakan bekas menteri kabinet ekoran ucapan mereka di Parlimen?" soalnya.

Jelasnya juga, tiga mantan menteri itu dilindungi dengan hak keistimewaan untuk bercakap mengenai apa pun perkara di Parlimen, selain perkara-perkara yang melanggar isu sensitif mengikut Akta Hasutan.

"Daripada melindungi anggota Parlimen daripada sebarang pencabulan dari kuasa eksekutif, beliau sebaliknya seolah-olah menyebelahi eksekutif berbanding anggota Parlimen sehingga  mencadangkan supaya eksekutif mengenakan tindakan terhadap mereka," katanya. – Roketkini.com


DAP gesa SPRM siasat kerugian aneh anak syarikat Yayasan Sabah

Posted: 28 Oct 2016 07:40 PM PDT

chanfh

Roketkini.com


TAWAU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara digesa untuk menyiasat dakwaan kerugian RM81 juta yang dialami anak syarikat Yayasan Sabah, Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. (RBJ) yang diberi amanah menguruskan kawasan konsesi perhutanan negeri itu.

Gesaan tersebut dibuat Setiausaha DAP Sabah Chan Foong Hin itu berdasarkan rekod yang diperolehi dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang membuktikan bahawa RBJ telah gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak syarikat Yayasan Sabah.

Akibat kerugian besar itu, Yayasan Sabah didakwa sekali lagi menawarkan Mutual Separation Scheme (MSS) kepada kakitangan RBJ dalam penghujung tahun ini. 

"Yayasan Sabah telah gagal dalam peranannya dalam mengurusi hutan secara mapan yang seharusnya dapat mengekalkan sumber kayu yang berterusan tanpa membelakangi aspek-aspek alam sekitar dan sosial," jelasnya dalam satu kenyataan.

Adun Sri Tanjung itu juga mempersoalkan ketelusan RBJ memandangkan sebagai 'tuan tanah' syarikat tersebut tidak sepatutnya rugi sedangkan kontraktor-kontraktor yang mendapat projek dari RBJ boleh mengaut keuntungan.

Justeru alasan yang diberikan anak syarikat Yayasan Sabah bahawa kekurangan sumber kayu menjadi punca kerugian adalah tidak munasabah.

"Bagaimana RBJ sebagai pengurus kawasan konsesi perhutanan boleh rugi? Adakah RBJ dan Yayasan Sabah diterajui oleh pengurusan yang tidak cekap? Apakah wujud kepincangan pengurusan RBJ dan Yayasan Sabah? Rakyat berhak mengetahui keadaan sebenarnya!" tegas Chan.

Tambahan pula, dua insiden kematian gajah di kawasan konsesi perhutanan RBJ sejak kebelakangan ini seolah-oleh membuktikan bahawa syarikat itu kurang mahir dalam selok belok pengurusan hutan khususnya semasa operasi pembalakan dan perladangan.

Dalam perkara berkaitan, beliau turut mempersoalkan satu lagi anak syarikat Yayasan Sabah iaitu Benta Wawasan Sdn. Bhd. Yang ditubuhkan bagi memulihkan kedudukan dan ekonomi dan kewangan negeri itu dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap hutan.

"Ia telah digunakan untuk menukar bentuk operasi hampir separuh daripada kawasan konsesi Yayasan Sabah daripada perhutanan dan pembalakan kepada perladangan ITP termasuklah kelapa sawit.

"Selepas 20 tahun penubuhannya dan sebahagian besar kawasan Konsesi Yayasan Sabah ditukarkan kepada perladangan kelapa sawit, adakah Benta Wawasan berjaya dalam melaksanakan fungsinya sebagai penjana kewangan dan ekonomi Yayasan Sabah?" soalnya lagi.

Persoalan itu semakin ketara apabila Benta Wawasan hanya memperoleh RM13 juta pendapatan berbanding kerugian dialami RBJ yang mencecah RM81 juta.

"Mungkin tahun 2016, hanya RBJ yang menawarkan MSS tapi tahun-tahun berikutnya pasti banyak lagi anak-anak syarikat yang lingkup dan lama kelamaan Yayasan Sabah yang dahulunya antara agensi pemangkin ekonomi Negeri Sabah akan lenyap jika tidak dengan baik.

"Persoalannya, apakah langkah-langkah atau rancangan-rancangan jangka pendek dan panjang pihak Yayasan Sabah untuk mengatasi masalah ini?

"SPRM sudah menjalankan tugas dengan begitu baik dalam isu rasuah Jabatan Air Negeri Sabah. 
Sampailah masa untuk meluaskan skop penyiasatan agensi-agensi negeri dan juga syarikat-syarikat GLC negeri," gesa Chan. – Roketkini.com


Jasad lelaki ucap selamat tinggal di Facebook dijumpai

Posted: 28 Oct 2016 07:26 PM PDT

MALAYSIAKINI


LIHAT VIDEO DI SINI

Jasad seorang lelaki yang terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang pada Rabu lalu, selepas meninggalkan catatan terakhir di Facebook, ditemui hari ini.

Dalam catatan yang panjang lebar dan tersebar meluas di laman sosial itu, Mohd Sukri Saad, 38, berkata dirinya tertekan oleh "kerajaan yang zalim" dan akan didakwa kerana menjual rokok seludup bernilai RM360.

Berdepan dengan kemungkinan penjara dan denda yang besar, dia mengakui bahawa apa yang dilakukannya itu adalah salah, namun hukuman berkenaan terlalu berat.

"Ya, aku mengaku salah perkara itu salah... tapi hukumannya tak setimpal," katanya sambil membandingkan jenayah yang dilakukan dengan "pengarah yang mencuri jutaan ringgit tetapi kemudiannya dibebaskan dengan jaminan".

Walaupun dia sepatutnya hadir di mahkamah pada Rabu lalu, Mohd Sukri berkata beliau memutuskan untuk tidak berbuat demikian kerana tidak lagi mempunyai wang dan menanggung banyak beban.

"Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang... berniaga kedai runcit kampung je bukan untung besar pun, margin cukup nipis dibebani dengan cukai GST lagi. Memang kerajaan sekarang zalim," katanya.

Mohd Sukri berkata, dia sebaliknya memilih untuk "berkorban sebagai rakyat yang dizalimi...," walaupun menyedari akan dikutuk dan dikritik kerana pilihan itu.

"Chek (saya) tak ada pilihan.... maafkan saya, maafkan saya.... saya tak sangup dipenjara....

"Untuk isteriku, abang amat menyayangimu sayang tapi abang bukan yang terbaik. Carilah yang terbaik nanti demi sayang dan anak-anak...

"Dan untuk adik-beradikku yang lain peliharalah mak, .... baliklah jengok dia... jangan biar dia menangis sendirian kerana rindukan anaknya yang jarang balik.

"Sekian. Sekali lagi maafkan abah.... maafkan abang sayang.... maafkan chek mak... ku tak sanggup lagi menyusahkan orang dengan meminjam duit," katanya.

Menurutnya, pada mula, dia memilih untuk ke penjara, tetapi tidak jadi kerana tidak mahu anak-anaknya akan dilabel sebagai anak-anak banduan.

Dalam surat itu, Mohd Sukri turut merayu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar tidak tertipu oleh Umno, yang dakwanya hanya berpura-pura menyokong rang undang-undang ahli persendirian Hadi yang bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)1965.

"Jangan la tertipu dgn pimpinan Umno, depa wayang je kata dok sokong rang undang undang yang nak dibawa itu agar pembangkang berpecah.

"Bersatulah kembali menjadi pembangkang yang kuat... agar nasib (rakyat) macam aku terbela.

"Nanti dah jadi kerajaan media dah dikawal, senang nak yakinkan rakyat tentang rang (undang-undang) yang nak dibawa itu," katanya,

Mohd Sukri mengakhiri tulisannya dengan "ashaduanlailahailalah....waashaduannamurhadan rasullalah.... maafkan aku."

Catatannya itu yang tersebar di media sosial turut dikongsi bersama oleh ramai orang di Facebook, termasuk oleh ADUN Salor, Datuk Husam Musa yang berkata parlimen perlu usul khas mengenai kematian Sukri.

Menurut pihak berkuasa, jenazah allayarham ditemui pada jam 9 pagi ini, kira-kira satu batu nautika dari tempat dia dipercayai terjun.

Jasadnya telah dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

Motosikal, selipar dan telefon bimbit Mohd Shukri dijumpai pada pagi Rabu lalu di tepi jambatan dan ini mencetuskan operasi mencari oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

TMJ ugut dedah dakwaan rasuah FAM di luar negara pula

Posted: 28 Oct 2016 07:13 PM PDT

MALAYSIAKINI


Pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi amaran untuk menceritakan dakwaan rasuah yang berlaku dalam FAM di luar negara pula.

Tunku Mahkota Johor berkata beliau mempertimbang berbuat demikian dalam Sidang Kemuncak Bola Sepak di Madrid, Sepanyol yang bermula semalam.

Tunku Ismail dijadual memberi ucapan pada persidangan tersebut dan kini mendakwa FAM mahu mengenakan tindakan tatatertib kepada JDT bagi menyelamatkan PDRM dan membantu Pahang dalam Liga Super.

"Saya yang kini berada di Madrid, di mana saya ingin memberi ucapan tentang usaha kita membantu bola sepak tanah air Malaysia dan bola sepak di Asia Tenggara serta beritahu mereka mengenai pencapaian JDT.

"Dan buat masa ini jikalau macam inilah perangai orang FAM, saya akan tukar fikiran," katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi JDT, semalam.

Terdahulu, Tunku Ismail mendakwa JDT tidak dimaklumkan bahawa pemain importnya, Juan Martin Lucero tidak boleh bermain kerana digantung perlawanan ketika bertemu PDRM, 16 Ogos lalu.

Susulan itu, PDRM menghantar surat bantahan kepada FMLLP selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan JDT menurunkan pemain yang sepatutnya digantung.

Menulis di Facebook, Tunku Ismail berkata, beliau akan ceritakan di mata dunia, seluruh dunia betapa "korupnya" FAM.

"Apabila saya sampaikan, dengan secara tidak langsung akan menjatuhkan air muka negara.

"Saya mahu bertanya, adakah mereka mahu air muka bola sepak tanah air ini jatuh oleh kerana mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab dan korup ini? Pilihan itu ada di atas tangan mereka," tegasnya.

Sementara itu tambah beliau, FAM terpaksa memotong mata JDT untuk menyelamatkan pasukan Pahang.

"Mereka perlu menghukum JDT. Ini kerana jika tidak memotong mata JDT, PDRM akan protes kenapa Pahang boleh membuat bantahan selepas 72 jam tetapi PDRM tidak boleh?

"Sepatutnya bukan PDRM yang tersingkir. Tetapi pasukan yang telah membuat bantahan selepas 72 jam iaitu melanggar statut FAM dan undang-undang.

"Saya berjanji akan membunuh korupsi dalam FAM, membantu bola sepak tanah air dan pasukan kebangsaan," katanya.

Tunku Ismail sebelum ini membuat dakwaan menggemparkan bahawa beliau mempunyai bukti terhadap dakwaan rasuah 30 dalam FAM dalam satu pendrive.

Ia kemudian disampaikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Suruhanjaya itu bagaimanapun kemudian berkata tiada sebarang unsur rasuah.

1MDB: Peguam Negara dalam proses jawab permohonan Swiss

Posted: 28 Oct 2016 07:13 PM PDT

Tan Sri Apandi Ali mengesahkan penerimaan permohonan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) daripada Pejabat Peguam Negara Switzerland


apandi


PETALING JAYA: Pejabat Peguam Negara dalam proses menjawab permohonan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) daripada Pejabat Peguam Negara Switzerlang berhubung siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut laporan Malaysiakini, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkkan penerimaan permohonan MLA kedua daripada Pejabat Peguam Negara Swiss, selepas mendakwa pejabatnya belum terima permohonan pertama.

"Kami sudah terima MLA dan sekarang dalam proses menjawabnya," katanya kepada pemberita selepas menerima pelantikan sebagai profesor adjung di Universiti Utara Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

MLA merupakan perjanjian antara negara bagi tujuan mengumpul dan berkongsi maklumat dalam usaha untuk menguatkuasakan undang-undang.

Menurut laporan terdahulu, permohonan MLA kedua daripada Pejabat Peguam Negara Swiss kepada Malaysia dihantar pada 5 Oktober untuk membantu siasatan ke atas dakwaan kemungkiran peraturan sektor kewangan Switzerland yang membabitkan SRC International Sdn Bhd, iaitu anak syarikat 1MDB.

Negara lain yang menjalankan siasatan tersendiri ke atas 1MDB adalah United Kingdom, Singapura, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Luxembourg.

Apandi juga diminta mengulas dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa beliau bersalah kerana mempertahankan Perdana Menteri Najib Razak.

"Saya tak tahu, saya tak boleh komen apa yang beliau katakan sebab saya tak mendengarnya," jawab Apandi.

Ketika dimaklumkan Mahathir membuat pertuduhan itu melalui catatan blog, Apandi belum lagi membacanya maka tidak mahu memberikan sebarang komen.

"Yang terbaik ialah tiada komen lah," kata beliau, menurut portal berita itu.

Pemimpin Umno Tambun kesal gelagat Husni persoal 1MDB

Posted: 28 Oct 2016 07:13 PM PDT

Shakira Buang


Pemimpin akar umbi Umno di Parlimen Tambun kesal dengan tindakan wakil rakyatnya Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang dilihat begitu lantang mengkritik kerajaan sehingga melanggar sumpah kerahsiaan.

Menurut sumber itu yang hanya bersetuju bercakap jika identitinya dirahsiakan, segelintir anggota Umno Bahagian Tambun juga 'keliru' dengan kenyataan yang dilemparkan bekas menteri kewangan kedua itu berhubung pengurusan 1MDB.

"Persoalan yang ditimbulkan oleh beliau mengenai 1MDB bercanggah dengan beberapa penerangan yang beliau lakukan di peringkat akar umbi sebelum ini.

"Kenyataan beliau mengenai isu itu amat berbeza semasa di dalam dan setelah berada di luar kerajaan," kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Semasa perbahasan ucapan Bajet 2017 Isnin lalu, Ahmad Husni meminta kerajaan menyatakan sebab 1MDB ditubuhkan dan sekiranya terdapat sebarang tindakan diambil kerana menyalurkan dana syarikat ke "tempat yang salah".

Ahmad Husni juga menyoal mengapa kerajaan hanya akan dibayar pada tahun 2020 bagi penjualan 60 peratus kepentingan dalam projek Bandar Malaysia kepada sebuah syarikat China.

Beliau turut membangkitkan sama ada imej Malaysia terjejas sekiranya 1MDB tewas dalam kes timbang tara berhubung tindakan International Petroleum Investment Co milik Abu Dhabi menuntut lebih AS$6.5 bilion daripada 1MDB di London.

Adakah Husni akan pertahan 1MDB jika jadi menteri?

Mengulas lanjut, sumber itu mempersoalkan sama ada Ahmad Husni akan membangkitkan persoalan berkenaan sekiranya khidmatnya selaku menteri kewangan kedua tidak ditamatkan pada rombakan kabinet lalu.

"Ada yang mempersoalkan sekiranya beliau disambung tugas selaku menteri kewangan kedua pada rombakan kabinet yang lalu, apakah beliau akan mempertahankan 1MDB?" katanya kepada Malaysiakini.

Sehubungan itu, menurutnya, majoriti anggota Umno kawasan Tambun kini mengambil pendekatan tunggu dan lihat dengan perkembangan sekarang.

"Di Tambun kebanyakan anggota Umno dan kepimpinan akar umbi tenang dengan mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap polemik yang ditimbulkan oleh Datuk Seri Husni.

"Manakala jawatankuasa Umno bahagian nampaknya kukuh dan teguh bersama kepimpinan sedia ada," kata sumber itu.

Tambahnya, hanya segelintir sahaja di kawasan sebuah kampung di Tambun cuba menangguk di air keruh dengan mengelirukan masyarakat setempat termasuk memasang banner sokongan terhadap Husni.

"Mereka ini sebenarnya adalah penentang tegar Husni sebelum ini sehingga bertindak menubuhkan BERSATU.

"Tetapi sekarang seolah-olah sedang dimobilisasikan oleh sesuatu pihak untuk bergerak sebagai penyokong Husni," kata sumber itu.

Ahmad Husni dilantik menjadi menteri kewangan kedua pada April 2009, beberapa bulan sebelum perjanjian pertama 1MDB dengan syarikat PetroSaudi International yang tidak kekal lama.

Bagaimanapun, Ahmad Husni meletak jawatan daripada kabinet dan melepaskan semua jawatan dalam Umno pada Jun 2016.

Sehingga kini Ahmad Husni masih menutup mulut mengenai sebab sebenar meninggalkan kerajaan tetapi dalam satu wawancara tiga bulan kemudiannya mengakui berada di bawah tekanan yang dahsyat susulan skandal 1MDB.