Selasa, 11 Oktober 2016

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SATU SANDIWARA

Posted: 11 Oct 2016 08:09 PM PDT







SANDIWARA

UNTUK TIPU

ORANG RAMAI

SPR TIDAK 

MENYEBELAH

GEROMBOLAN




Tiga puluh peratus cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang disyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak dipersetujui Barisan Nasional (BN), kata Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata antara faktor tidak puas hati itu adalah taburan pengundi yang terlalu berasaskan kaum, jarak persempadanan semula yang jauh serta Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang dikeluarkan daripada kawasan Parlimen.

Beliau memberikan contoh syor persempadanan semula di Sabah yang menimbulkan rasa tidak puas hari parti komponen BN apabila terdapat lebih 10 kawasan baharu yang dicadangkan diwakili kaum tertentu sahaja.
Katanya semua setiausaha agung parti komponen BN sudah mengemukakan maklum balas masing-masing berhubung isu persempadanan semula itu kepadanya.

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH 



-------------------

KENYATAAN BANGANG

Posted: 11 Oct 2016 07:39 PM PDT






YB PAKATAN

BUAT SATU

KENYATAAN

BANGANG

MUSTAHIL 

MALAON SPR

AKAN LETAK 

JAWATAN
KOMENTAR
para yb ini bebal
para yb ini gila 
gila nak jadi wakil rakyat
kelura tuntutan bodoh
menuntut  pengerusi spr letak jawatan 
tuntutan  paling bangang

mustahil malaon ini akan letak jawatan
SPR adalah senjata naji untuk menangh
ini senjata bom nuklear najib
tak ada SPR najib akan mampos
bila najiob tak jadi pm
dia akan ditangakp

kenapa  para yb ini tak sedar

yb ini tak sedar kerana gila
gila tahap gaban nak jadi yb
bukan  gila lawan  kerajaan zalim
bukan gila nak susun rakyat
gila nak jadi yb



Persempadanan Semula: Pengerusi SPR digesa letak jawatan

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Mohd Hashim Abdullah perlu meletakkan jawatan jika tidak mahu dilihat berpihak kepada Umno-Barisan Nasional (BN).
Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Tan Kok Waiberkata, ia ekoran cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dilihat berpihak kepada BN.
"Usul tersebut tidak mencerminkan prinsip demokrasi "satu orang, satu undi" selain memecahkan kawasan mengikut kaum.
"SPR melakukan persempadanan semula yang melanggar prinsip perlembagaan oleh itu pengerusi SPR mesti meletakkan jawatan," katanya yang juga Ahli Parlimen Cheras.
Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan Dr Hatta Ramli turut bersetuju dengan gesaan Kok Wai itu.
Beliau berkata SPR gagal membaik pulih imejnya yang dilihat buruk.sejak dahulu lagi.
"SPR kita padang sebagai organisasi yang berat sebelah dari dulu lagi. Kali ini mereka berpeluang menunjukkan keadilan tapi mereka bertindak sebaliknya.
"Ada dua proses pilihan raya yang menakutkan iaitu menambah kerusi dan persempadanan semula.
"Contoh 11 kerusi di wilayah ini. Ini peluang menjadikan kerusi di Wilayah Persekutuan seimbang tapi SPR tidak melakukannya. Kawasan titiwangsa yang kecil dikecilkan lagi," katanya yang juga ahli Parlimen Kuala Krai.
Sementara itu Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menegaskan satu badan bebas harus diwujudkan bagi menguruskan persempadanan semula kerana SPR tidak lagi boleh dipercayai.
"Kami melihat ini konspirasi BN  dan SPR untuk memenangkan BN dan mengalahkan kerusi pembangkang.
"Satu badan independen, bukan SPR harus diwujudkan bagi menguruskan persempadanan semula," katanya.
SPR melakukan kajian semula persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula 15 September lalu.
Syor kajian semula persempadanan itu mula dipamerkan bagi tempoh satu bulan bermula 15 September hingga 14 Oktober ini, untuk tujuan semakan dan bantahan.


JAWAPAN 

PALING TEPAT

MARI  SUSUN

SATU JUTA

KE JALAN RAYA

19 NOVEMBER



------------

JADI GABAN

Posted: 11 Oct 2016 07:00 PM PDT




JADI GABAN
Gua dah cakap dulu, 1 hari = 1000 tahun. Lu x percaya. Dlm ajaran Islam, matematiknya lain. Contoh ko solat 2 rakaat, akan dapat 100,000 pahala. Walau ko solat tepi tandas sekalipun. Ada tempat ko solat, langsung pahalanya 0. Biasa la kalo 10-9 = 8. Ini pengamiran tahap gaban bro. 

Ko x paham kamiran tahap gaban, lebih baik duduk diam. Padan muka kene main dgn lobai. Org cerdik boleh jadi bodo. Org bodo boleh jadi cerdik. Inilah Islam. Syumul bro.. Cantik kan? on AJARAN BARU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/11/16










------------

KANG KONG OOO KANG KONG

Posted: 11 Oct 2016 06:30 PM PDT





KANG KONG

OOO KANG

OOO KONG

BODOH MACAM

TELO STRATIJI

SUDAH KUKUH

NAMANYA SPR

Pakar: BN kena ada strategi kukuh

SHAH ALAM - BN mampu kekal atau tidak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 14 sukar ditentukan dengan keadaan politik hari ini bagaimanapun, parti itu perlu merangka strategi tertentu untuk terus mentadbir kerajaan.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, BN perlu punyai strategi yang kukuh untuk terus kekal memerintah.

"Semuanya bergantung pada kekuatan dan strategi yang akan dilakukan oleh BN untuk pertahankan kerusi yang sedia ada dan juga cubaan untuk menambah kerusi.

KUKUH LANCAU

KUKUH TIPU

KUKUH PUTAR

KUKUH BELI

INI CARA NAJIB



-----------

MARI KITA BOIKOT

Posted: 11 Oct 2016 06:00 PM PDT






MAARI KITA BOIKOT
Masihkah kau ingat jamal ikan setongkol, bagaimana kita boikot kedai ikan bakar dia hingga gulong tikar di kota damansara dan lain tempat??? Ingat lagi kuasa boikot kita??? Boikot boikot boikot! Boikot big cup depan shell bdr baru k.sgor! Boikot boikot boikot! Boikot aemierulrizaki rambli! 

Boikot boikot boikot! Boikot pemuda umno k.sgor! Boikot boikot boikot! Boikot baju merah! Boikot boikot boikot! Boikot aemierulrizaki rambli! Boikot boikot boikot! Boikot big cup depan shell bdr baru k.sgor! on LAGI MUKA MUSUH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/11/16



-------------

BANGSA SABAH DITIPU LAGI

Posted: 11 Oct 2016 06:00 AM PDT




SKANDAL RASUAH JABATAN AIR SABAH:

KEPERLUAN MENGUKUR TAHAP KETIRISAN DAN RASUAH NEGARA – NOW LANCARKAN INDEKS PEMBAZIRAN KERAJAAN

 

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan pendedahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai skandal rasuah pegawai-pegawai tertinggi di Jabatan Air Sabah yang dikatakan melibatkan sejumlah RM 200 juta nilaian penyelewengan daripada RM 3.3 bilion kontrak.

Namun, pendedahan ini bukanlah kes yang terpencil atau sesuatu yang baharu. Sebelum ini, pegawai-pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah disiasat pada Ogos 2016 manakala Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pula telah didakwa pada Mac 2016 masing-masing atas tuduhan penyelewengan jutaan ringgit dana awam.

Kerisauan kami dan juga rakyat Malaysia secara amnya adalah samada mereka yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan, adakah terdapat pimpinan politik memberi perlindungan kepada mereka untuk aktiviti penyelewengan, adakah dana awam daripada penyelewengan ini dapat dikembalikan kepada rakyat atau kemungkinan besar lebih banyak kes-kes skandal sebegini yang masih belum terbongkar.

Skandal Rasuah Sabah ini membuktikan tahap rasuah dan ketirisan negara berada pada tahap kronik. Ini belum diambil kira skandal yang melibatkan pimpinan tertinggi negara dan 1MDB yang bertaraf antarabangsa. Tetapi malangnya Malaysia hanya bergantung kepada siasatan oleh pihak berwajib atau pembongkaran skandal seperti melalui NOW untuk mengetahui maklumat-maklumat penyelewengan dan juga laporan yang hanya berdasarkan pandangan umum mengenai rasuah yang berlaku dalam negara. 

Menyedari keperluan satu rujukan asas untuk mengukur tahap sebenar ketirisan, NOW telah menjalankan satu kajian empirikal bermula sejak awal tahun ini berdasarkan fakta-fakta ketirisan dan juga kaedah statistik. Hasil kajian ini telah dibukukan dan diperincikan melalui satu indeks yang pertama dalam negara yang dikenali sebagai Indeks Pembaziran Kerajaan - NOW (IPKN).

Majlis pelancaran IPKN akan diadakan pada hari Rabu 19 Oktober 2016 jam 8.30 malam bertempat di INVOKE Space yang terletak di Sungai Besi, Kuala Lumpur https://goo.gl/maps/SR9x31jP5Sz.

Perbincangan yang lebih terperinci akan dibuat mengenai kaedah yang digunapakai untuk menghasilkan IPKN dan juga bagaimana indeks tersebut dapat membantu dalam usaha memerangi rasuah dan ketirisan samada daripada sudut sosial, politik dan ekonomi.

Pendaftaran boleh dibuat di http://bit.ly/govtwastageindexevent. 200 orang peserta yang pertama akan menerima buku Laporan Indeks Pembaziran Kerajaan dwi-bahasa secara percuma.


11 OKTOBER 2016

RAFIZI RAMLI- Ahli Parlimen Pandan

AKMAL NASIR- Pengarah Eksekutif

National Oversight and Whistleblowers (NOW)




------------

SEMUA DI JEMPUT

Posted: 11 Oct 2016 05:30 AM PDT






DIJEMPUT

adalah dicanangkan
adalah diberitahu
kepada semua adik kakak
sema abang tok wan
semua mutu ahcong sami lim
semua donal bien abot raipin

minah cun balak jambu
mat rempit minah kelisa
pelajar anak muda
yang tua yang muda
yang kaya yang berada
yang menggangur tak kerja

generasi y generasi x
generasi taktak
tak kerja
tak belajar
 yang marah kerana hutang

semua
dijemput datang

semua 
dihasut datang
ke kuala lumpur 
sabtu 19 november 2016

bersedia dari sekarang
tempah tiket bas
tempah tiket kereta api
tempah tiket kapal terbang
kumpul kumpul sewa kereta
kumpul kumpul sewa bas
tumpang tumpang kawan kawan

cari cari tempat tido
tumpang tumpang sudara mara
cari cari bujet hotel
kumpul kumpul sewa bilik

satu juta kita ke jalan raya
satu juta kita satu tenaga
satu juta  malaysia baru

masa depan malaysia baru
ditangan kita



-----------

WABAK BADUT MENAKUTKAN

Posted: 11 Oct 2016 05:00 AM PDT



BERITA

mula mula heboh di amerika
badut kelihatan merayau
dalam hutan dan belukar
menakutkan orang ramai
menakutkan kanak kanak
amerika jadi gempar

kemudian badut muncul di united kiongdom
kini badut merebak ke australia
dan diberitakan dah sampai ke new zealand
wabak iniu makin merebak
dimana ada internet badut akan muncul
kah kah kah kah

DI UNITED KINGDOM

Clown sightings: sinister craze is putting our livelihood at risk, say professionals 


Professional clowns have condemned the craze for dressing in clown outfits to scare bystanders, saying it threatens their livelihood and their own safety, and risks permanently damaging the reputation of the artform.
Police forces were called to dozens of incidents over the weekend, as the "killer clown" trend, which originated in recent weeks in the US, swept the UK, fuelled by social media.

DI AMERIKA

Creepy Clown Sightings Sweep The Nation As The Threats Of Violence Become Even More Chilling




All over America sick and twisted people are dressing up like creepy clowns in order to frighten the living daylights out of others.  This trend started back in August, and since then social media has helped it spread like wildfire.  So far there have been creepy clown sightings in 11 different states, and Mississippi and Kentucky have been added to the list since my last article. 

KAH KAH KAH

RAMAI TAK 

SEDAR SEMUA

BERMULA DARI

MALAYSIA

KAH KAH KAH 





















-----------

CARA TUN RAZAK PAKAI

Posted: 11 Oct 2016 02:42 AM PDT





                 CARA TUN RAZAK GUNA
yg berjanggut tu bukan tok janggut padang terap..tok janggut padang terap adalah seorg tua yg mempunyai beribu keris samada berisi atau pun tidak.berisi maksudnya keris itu ada berjin..penubuhan ngo secara rahsia ni ialah cara lama umno terutama daerah sekincan, tanjung karang atau sabak..

rahsia bermaksud ahlinya tak ramai.maknanya wang agihan nanti tak la byk diagih2kan..namun jumlah kos keseluruhan mkn juta rm juga..selain membayar kos2 anak2 muda yg melepak kat cc, melepak kedai kopi, duit2 dedak juga bole digunakan utk bayar ansuran kedai, ansuran renovate rumah dan lain2..

pergerakkan akan dimulakan dgn mencari persatuan2 silat.tak pandai silat tak pe..nanti tok bomoh akan pakaikan ilmu semangat..kalo ada duit bole guna dadah atau sintetik agar tak takut..persatuan2 silat akan dibayar mgikut tindakan ahli.makin keras makin tinggi namun yg dpt cuma tok2 guru atau jurulatih2 terpilih shj..cara yg sama digunakan oleh tun razak ketika 13 mei.tengku dilihat pro cina, dan razak dilihat on BERITA LAWAK TENGAH MALAM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/11/16


























-----------

SEMUA DIJEMPUT DATANG

Posted: 11 Oct 2016 01:00 AM PDT






SABTU AHAD

PAGI - MALAM

MARI KETAWA

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH



-----------

AJARAN BARU

Posted: 11 Oct 2016 12:00 AM PDT






BETUL KE?

betul ke laporan  berita 
yang mula tersebar mengatakan
bahawa 
nik abduh kini berada
di kota london

beliau di london dalam urusan
mencari peguam untuk
menyaman  
sarawak report
dan 
menyaman 
claire rewcastle brown

saje tanya 
kerana pas kata nak saman
maka mengikut ajaran islam
tak boleh bohong
kecuali 
kalau  ada ajaran baru
dimana 10 tolak 1
tak samestinya tinggal 9




----------

INI SUDAH BERAT

Posted: 10 Oct 2016 10:30 PM PDT





MAMAT NI

LUPA METAMATIK

AL-GEBRA

ADALAH HASIL

PEMIKIR ARAB

DIBAITUL HIKMAH

KURUN KE 8

ZAMAN KHALIFAH

HARUN AL-RASHID




Hashim Jasin: 10 tolak 1 tak semestinya 9

Sementara itu, ketika ditanya sama ada PAS akan hilang hilang banyak kerusi jika tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan, Hashim berkata perkara itu cuma andaian.
Katanya, daripada aspek agama, terdapat perkiraan lain yang diambil kira dan bukan sekadar campur tolak Matematik.
"Andaian ini biasalah, ada yang kata kalau kita kerjasama kita akan menang banyak dan kalau bersendirian kita menang sikit.
"Tapi pandangan agama mungkin berbeza.

"Maksud saya kalau kita ada RM10 kita derma RM1 tinggal RM9.

"Tetapi pada pandangan agama mungkin ia akan menjadi RM19. Itu perkiraan dari sudut agamalah," kata Hashim.

BILA ISLAM

JADI MELAYU

IANYA JADI

BANGANG
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH



------------

HUTANG MEMBAWA REBAH

Posted: 10 Oct 2016 10:00 PM PDT





f.b

Korang tahu ker tak...
"KERAJAAN URUS KEWANGAN CARA BERHEMAH" -PM Najib Razak (10/10/2016).
Sbb cara berhemah dia la tu..
- Dlm akaun peribadi Najib masuk 'derma' RM2.6 bilion
- Dlm akaun peribadi Rosmah masuk RM2 juta tunai.
- Rakyat dikenakan bayar GST 6%.
- Hutang negara terus makin naik.
- Pekerja asing dah hampiri suku drpd jumlah penduduk M'sia.
- Pemakan dedak & 'anjing kurap' Baju Merah makin menggila sekarang ini..






































AZ Man Gen klu si penyamun jibby ni mampos cepat lgi bagus...rakyat akan senang hati lagi mendengarnya...menyusahkan kehidupan rakyat jelata ja....tak boleh diharap langsung memimpin negara....tuuuii

Mamam Man Rakyat diperbodohkan sama si najib razak masih boleh sokong BN.bodoh sungguh
LikeReply103 hrs
Dots Wan Rm263.6 bilion up ke Rm848.2 bilion peghhh!!! Berhemah sungguh DSN dan menteri2 kroni2 DSN berbelanje

-------------

PARANG DAN BABI BOLEH TERBANG

Posted: 10 Oct 2016 09:30 PM PDT





JET PEJUANG
Kalau benar parang terbang maka tewaslas negara-negara yang memiliki yang mempunyai peralatan tentera, jet pejuang tercanggih dan aircraft carier...... tibalah pula masanya Malaysia nenjadi negara yang superpower.... on KALAU BENAR PARANG TERBANG
Anonymous
on 10/11/16

TEKNOLOJI BANGANG
Parang terbang ialah teknologi bangang yang tidak pernah wujud untuk membantu memerdekakan negara dari cengkaman penjajah.Sejarah kemerdekaan negara dikuasai penjajah asing silih berganti, belum ada lagi ditulis "parang terbang" menghalau penjajah.Rakyat marhaen lagi percaya kepada batang pisang boleh digunakan untuk melawan serangan ikan todak. on KALAU BENAR PARANG TERBANG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/11/16

BENDE BODOH ZAMAN INTERNET
Kan bebudak Bahalol tuh Apa lagi ada dalam otak mereka pun Paling bagus , nak pau pau pau orang kerja nya Kan bebudak bahalol tuh Kalau ada otak sikit , tak mungkin bebuat bebende bodoh zaman internet sekarang nih Melayu semua tu kan Biasa lah on KALAU BENAR PARANG TERBANG
Anonymous
on 10/11/16






-----------

MENUNGGU RAJA RAJA MELAYU BERSUARA

Posted: 10 Oct 2016 08:46 PM PDT




YA AMPOOON

YA MAULANA


'Majlis Raja-Raja boleh nyatakan hilang kepercayaan ke atas Najib'

Hari ini rakyat menanti dengan penuh debar akan keputusan Majlis Raja-Raja yang akan bermesyuarat pada 11 Okt - 13 Okt 2016 bagi membincangkan hal-hal yang bersangkut paut dengan kepentingan rakyat dan negara.
Di saat rakyat sedang berhempas pulas dengan keperitan hidup menanggung kos kehidupan yang meningkat akibat dari Najib dan kerajaan Umno BN yang ampunya angkara adalah tidak wajar Majlis Raja- Raja membiarkan keadaan menjadi lebih buruk.
Kerosakan ekonomi kewangan negara berpunca dari korupsi,1MDB dan isu salah guna kuasa Najib dengan mencengkam institusi perundangan membawa kesan kepada kehilangan kepercayaan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa.
Adalah suatu yang sangat tidak wajar untuk membiarkan Najib terus berdiri gagah sebagai perdana menteri dengan menyerang dan bertindak terhadap rakyat yang membongkar segala penyelewengan yang dilakukannya dan dengan mencengkam institusi perundangan melindungi perbuatan jenayah yang dilakukan.
Apa yang lebih menyedihkan apabila Raja-Raja iaitu kuasa Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dalam urusan keselamatan dan pengistiharan darurat dirampas oleh Najib melalui Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diwujudkan dengan menyalah-gunakan kuasa majoriti mudah di Parlimen memansuhkan kuasa baginda.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada kali ini sangat penting untuk Raja-Raja menterjemahkan ungkapan 'Raja dan rakyat berpisah tiada'.
Tanpa rakyat tiadalah Raja.Walaupun sukar untuk Majlis Raja-Raja khususnya Seri Paduka untuk memecat Najib tetapi paling kurang Majlis Raja-Raja boleh memperakui kandungan 'Deklarasi Rakyat' yang ditandatangani 1.2 juta rakyat Malaysia dan menyatakan hilang kepercayaan kepada Najib tetapi tidak dapat bertindak untuk memecatnya kerana halangan undang undang.
Walaupun ada pertikaian dalam mentafsirkan kandungan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam Perlembagaan, tetapi sudah cukup bagi saya untuk mengubat luka hati rakyat Malaysia serta memberi makna 'Raja dan rakyat berpisah tiada'.
Ampun Tuanku
#RajaDanRakyatBerpisahTiada

#SelamatkanMalaysia
#DaulatTuanku
#RakyatBerserah
#DemiRakyat

MAHFUZ OMAR 
Ahli Parlimen Pokok Sena



----------

LAGI MUKA MUSUH

Posted: 10 Oct 2016 08:11 PM PDT







f.b


































Tolong boikot kedai dia kasi melingkup... Bru dia tau erti penyesalan..















Otai BERSIH added 3 new photos.
11 hrs
Nahh...admin kantoi kan lagi sekor anjing kurap rupa2 mamat ini Pemuda Umno Bahagian Kuala Selangor.Meniaga big cup di depan shell bandar baru Kuala Selangor.
Ayuh kite biokot perniagaan nya kasi melingkup..!!!.
Sebab dia tgh sedaya upaya viral org yg ugut boikot bisnes dia.






----------------

BETUL KE BERITA INI?

Posted: 10 Oct 2016 07:52 PM PDT




BETUL KE?

kabar makin merebak
kerajaan tak ada duit lagi

kawan kawan pulang dari london
bawa berita pelajar 
pemegang biasiswa
sudah dua bulan tak dapat duit

dari australia ada berita
mengatakan pelajar biasiswa
yang buat Phd wajib pulang
buat Phd di kampong

berita tersebar
150 orang  pelajar
 tersangkut
di mesir

apa sudah terjadi?

saje tanya
kerana nak gelodak
untuk BERSIH5








------------