Rabu, 17 Ogos 2016

Tukar Tiub

Tukar Tiub


LANCAU YANG AMAT BERHORMAT

Posted: 17 Aug 2016 07:37 PM PDT








INI TULISAN

AZIZULHASNI


Terima kasih MB walau dulu tak bantu pun

Di sebalik kejayaannya meraih pingat gangsa di temasya Olimpik Rio de Janeiro awal pagi tadi, pelumba basikal negara Azizulhasni Awang masih 'menyimpan rasa' terhadap kerajaan Terengganu.
Dalam tulisan penghargaan di Facebooknya hari ini, raja keirin Asia itu meluahkan rasa 'terima kasih' khas untuk Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman.
"Saya dan Fatehah (Mustapa) masih ingin mengucapkan terima kasih walaupun MB (menteri besar) tidak berkenan untuk membantu saya dan Fatehah, dua anak jati Negeri Terengganu yang berjuang di peringkat dunia dan Olimpik ini.
"Terima kasih kerana tidak sudi membelikan sebuah basikal RoadBike untuk kegunaan kami dalam persiapan sukan Olimpik walaupun sudah dihantar proposal (cadangan) lebih kurang setahun sebelum Olimpik Rio," katanya.
Azizulhasni meraih gangsa dalam saingan akhir kategori keirin di Veledrom Olimpik, awal pagi tadi


INI JAWAPAN

ENCIK LANCOW

YANG AKUI

DIRINYA YANG

AMAT 

BERHORMAT

LANCHOW

BERHORMAT

TANGKAP SATU

LAGI PUKE MAK


Kenyataan Menteri Besar Terengganu Mengenai Kejayaan Azizul Hasni

1. Saya ingin menjelaskan bahawa perkara yang diluahkan oleh Azizul Hasni yang sedang tersebar di media sosial tiada dalam makluman saya.


2. Apa pun saya bersedia untuk berjumpa sendiri dengan Azizul bagi menyampaikan rasa bangga seluruh rakyat Terengganu atas kejayaannya di Olimpik.

3. Saya juga bersedia mendengar sendiri luahan hati Azizul itu dengan hati yang terbuka.

4. Kerajaan Negeri Terengganu juga sedang menilai ganjaran yang bersesuaian dengan kejayaan Azizul Hasni.

5. Kerajaan Negeri Terengganu sedang membuat persiapan khas untuk meraikan kepulangan Azizul Hasni nanti.

6. Kerajaan Negeri Terengganu akan mewujudkan satu galeri khas untuk anak anak negeri Terengganu yang berjaya dalam sukan, termasuklah kejayaan Azizul Hasni di Olimpik.

YAB Ahmad Razif
Abdul Rahman
Menteri Besar Terengganu
17 Ogos 2016





---------------

JANGAN LUPA TANGKAP PUKE MAK

Posted: 17 Aug 2016 07:00 PM PDT






JANGAN LUPA

TURUN SABTU

27 OGOS 2016

TANGKAP MO1

& PUKE MAK







Tangkap MO1 macam tangkap Pokemon, seru Isham Rais

 Sidang akhbar itu diadakan oleh NGO berkenaan untuk menyokong himpunan #TangkapMO1.






-----------

SATU LAGI MISTERI

Posted: 17 Aug 2016 06:38 PM PDT






SATU LAGI

MISTERI

KEMUNCULAN

ENCIK LANCHOW

SIAPA DIA

ENCIK LANCHOW








--------------

MOHON PENCERAHAN

Posted: 17 Aug 2016 06:00 PM PDT




         MOHON PENCERAHAN
Wow! Apa kelulusan nak jadi mooftee? Kena khatam quran berapa kali? Kena ada PhD ke? Skill cium tangan perlu tak? Atau cuma perlu skill jilat kasut boss?? Mohon pencerahan on DEDAK BUKAN MURAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/18/16








-----------

DUA PULUH LIMA

Posted: 17 Aug 2016 04:37 PM PDT







MUSTAHIL

LUPA



-------------

ZAHID SAMAN NAJIB

Posted: 17 Aug 2016 06:00 AM PDT







DI L.A

DI NEW YORK

DI ZURICH

DI PARIS

DI K. LUMPUR

PUKE MAK DAH

KENA SAMAN




Zaid fail saman, mahu Najib pulangkan AS731 juta dan RM42 juta


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Zaid Ibrahim hari ini memfailkan tindakan wakil bagi pihak rakyat Malaysia ke atas Najib bagi pelanggaran kewajipan fidusiari.
Beliau menuntut Najib memulangkan AS$731 juta yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya kepada kerajaan.
Zaid juga menuntut supaya wang RM42 juta, yang menurut Najib diterima daripada anak syarikat dana berdaulat negara, 1MDB - SRC International Sdn Bhd - juga dikembalikan kepada kerajaan dan 1MDB.
Beliau menamakan Najib, 1MDB, kerajaan dan anak tiri Najib, Riza Aziz dalam saman itu.
Zaid memfailkan tindakan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
MASA DAH

SAMPAI KITA

TANGKAP

PUKE MAK

PADA 27 OGOS

DATARAN 

MERDEKA



-------------

DUIT PENCEN LESAP

Posted: 17 Aug 2016 05:30 AM PDT





DUIT PENCEN KENA REMBAT
bukan setakat duit pencen...semua duit dalam malaysia atau luar negara akan disapu oleh anak beranak... masih juga golongan makan dedak cium tangan pahlawan bugis....kalau bugis lanun bertopeng badut... badut dengan bergincu... nampak saja macam ular sawa tapi lebih berbisa dari king cobra...kah kah kah...

lemah kita memikir...main lagu sama sejak berzaman...masih anggap cina musuh...yang puak makan babi ini lebih baik dari puak halal...kumut kamit tapi masyuk tetap masyuk kah kah kah... sekurang kurangnya mereka menipu membohong kah kah semua tau kalau tak tipu bukan cina...tapi yang melayu apa cerita... kalau tak rasuah bukan melayu kah...ooops sorry...bugia kah kah kah kah on DUIT PENCEN TAK SAMPAI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 4:38 PM





----------------

LAGI SOKONGAN SAMPAI

Posted: 17 Aug 2016 05:00 AM PDT




TURUN TURUN

LAGI RAMAI

LAGI TURUN

LAGI CEPAT

KITA MERDEKA




Pemuda DAP akar umbi diarah ke demo 'Tangkap MO1

Sudah lebih dua minggu penyitaan aset atas "kekayaan Rakyat Malaysia yang "dicuri" diumumkan Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS).

Hingga kini kita masih belum lagi nampak apa-apa tindakan diambil ke atas pihak-pihak yang bertanggungjawab, khasnya "Malaysian Official 1" (MO1) yang disebut tidak kurang daripada 36 kali dalam laporan kes DOJ tersebut.

DAPSY ingin menegaskan tidak ada penafian langsung daripada kerajaan BN atas kesahihan tindakan DOJ tersebut dan tidak ada penafian Perdana Menteri Najib Razak bahawa beliau sebenar-benarnya MO1 yang dinamakan tersebut.
Jumlah wang rakyat yang terlibat dalam kes penyitaan oleh DOJ ini lebih daripada AS$1 bilion (RM4 bilion).

Wang ini sekiranya digunakan untuk membiayai biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebanyak RM240 juta setahun yang dihentikan Januari lepas, mencukupi untuk menampung keperluan biasiswa selama 16 tahun.

TANGKAP

PUKE MO1

TANGKAP 

PUKE MAK MO1




-------------

TURUN TURUN TURUN

Posted: 17 Aug 2016 04:30 AM PDT





TANGKAP 

PUKE MON

ATAU

TANGKAP 

PUKE MAK





Tangkap MO1 macam tangkap Pokemon, seru Isham Rais

Rakyat Malaysia diminta menyertai perhimpunan #TangkapMO1 pada 27 Ogos supaya mereka boleh menangkap Malaysian Official 1 (MO1) seperti menangkap Pokemon.
"Saya ingin bertanya, bagaimana kita tangkap MO1, kerana Malaysian official 1 masih belum diketahui," kata aktivis sosial Hishamuddin Rais.
"Jadi saya nak tanya anak-anak muda, dapatkah kita tangkap MO1 pada petang itu? Kerana itu saya menyeru seluruh rakyat Malaysia datang beramai-ramai, kita tangkap dia (MO1) macam kita tangkap Pokemon," katanya dalam sidang akhbar yang diadakan bersama BERSIH dan sembilan NGO lain.
Pengarah Eksekutif Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel turut bersetuju dengan Hishamuddin dan secara berseloroh berkata MO1 mungkin adalah Pokemon paling
sukar ditangkap.

Sidang akhbar itu diadakan oleh NGO-NGO berkenaan untuk menyatakan hasrat mereka menyokong perhimpunan #TangkapMO1 oleh kumpulan yang dikenali sebagai Gerakan Anak Muda



-----------------

APA DIA KENCING SEDAP

Posted: 17 Aug 2016 04:00 AM PDT






PRU14: Ini Kencing Sedap kata:

Apa kau ingat negeri kelantan ni bapak kau yang punya ke????Bahalol punya manusia. on ARAHAN TUHAN KE?
Publish | Delete | Spam
Kencing sedap
at 4:08 PM


PRU14: Ini Nik Amar kata: Pas tidak benarkan parti lain bertanding di kelantan kecuali PKR..


---------------

JANGAN FRUS MENONGGENG

Posted: 17 Aug 2016 01:00 AM PDT






KESAH CINTA

MINAH SPRAY



   DULU GAGALIS




MINAH SPRAY
kali terakhir gua nampak minah yg pegang spray tu kat dataran pemuda, pj state. jantung gua laju, fokus gua hilang, mulut gua gagap, rokok gua padam. sampai ke tahun ni, gua masih setia merindu. tolonglah TT share contact yg benar secret admirer gagalist on PAKATAN HARAPAN AKAN KALAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/17/16


MINAH SPRAY TELAH
DITENDANG KELUAR
DARI KELAB GAGALIS

JANGAN FRUS 
MENONGGENG
di china ada 500 juta anak dara
di india ada 500 juta anak dara
di vietnam ada 18 juta anak dara
di siam ada 20 juta anak dara
di afrika ada 100 juta anak dara

di rusia ada 150 juta anak dara

di german ada 57 juta anak dara
tak percata tanya ton ton wi

UNTUK SECRET ADMIRER
sila cuba nasib disana

--------------

SOKONGAN DARI UTARA

Posted: 17 Aug 2016 01:00 AM PDT



SOLIDARITI GERAKAN ANAK MUDA DAN MAHASISWA DARI PULAU PINANG UNTUK KEMPEN #TANGKAPMO1

Hari ini, negara sedang diuji dengan dengan krisis kepimpinan dan salah guna kuasa yang amat merisaukan. Isu penyelewengan dana 1MDB seperti yang pertama didedahkan oleh Wall Street Journal
dahulu, kini telah memasuki fasa baru apabila Jabatan Keadilan Negara Amerika Syarikat (Department of Justice atau DOJ) membuka kertas siasatan yang turut menamakan Malaysian Official 1 sebagai antara dalang utama kes ini.
Apa yang sedang berlaku hari ini menjadi antara topik perbincangan dan kritikan masyarakat dunia, yang tentu sekali mencalarkan maruah dan nama negara. Penafian demi penafian yang dikeluarkan oleh pemerintah tidak mampu untuk menutup kesalahan dan kerosakan yang telah berlaku.

Desakan dan kritikan yang dikeluarkan oleh masyarakat sivil serta pihak oposisi bukan sahaja tidak didengari, malah didiamkan dengan pelbagai tindakan termasuklah penangkapan, penahanan, danpendakwaan terpilih ke atas mana-mana individu dan kumpulan yang lantang bersuara.

Tambah menggusarkan adalah apabila pemerintah hari ini turut mula memperkenalkan undang-undang drakonian baharu yang ternyata hanya bertujuan untuk memperkasakan kedudukan mereka.

Dalam berhadapan dengan situasi sebegini, tindakan kumpulan mahasiswa pimpinan Saudari Anis Syafiqah daripada Universiti Malaya yang menggerakkan kempen dan himpunan #TangkapMO1 adalah sebuah usaha yang mampu memberikan harapan semula kepada usaha menyelamatkan negara daripada kerosakan yang sedang berlaku.

Perhimpunan yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 27 Ogos akan datang wajar diberi sokongan yang jitu oleh semua lapisan masyarakat. Menghadirkan diri untuk bersetiakawan bersama anak-anak pelajar ini adalah tanggungjawab kita bersamasebagai warga negara yang perihatin dan cintakan negara ini.

Atas dasar setiakawan dan tanggungjawab, kami warga Pulau Pinang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang baik dari gerakan mahasiswa, badan bukan kerajaan, gerakan masyarakat sivil, parti politik, individu bebas, dan sebagainya memberi sokongan penuh kepada kempen #TangkapMO1.

Mobilisasi masyarakat dan kerja-kerja kempen akan diadakan di negeri Pulau Pinang untuk mengajak lebih ramai lagi warga negeri ini turun ke Kuala Lumpur demi menjayakan himpunan aman #TangkapMO1.

Kami juga mengulangi seruan yang sama dibuat oleh teman-teman Demi Malaysia di Kuala Lumpur semalam dengan memohon agar pihak berkuasa tidak mengulangi tindakan kekerasan dan tangkapan besar-besaran peserta himpunan aman seperti yang pernah berlaku pada siri-siri himpunan yang pernah diadakan tahun lepas. Tindakan sedemikian hanya menambahkan masalah dan menimbulkan ketidak senangan orang ramai terhadap pihak berkuasa. Himpunan aman yang bakal diadakan ini adalah hak
demokrasi warga negara ini.

Kami berharap, usaha kecil ini dapat memberi suntikan yang diperlukan oleh kempen #TangkapMO1, dan seterusnya menyumbang kepada perjuangan yang dikongsi bersama ini. Kami ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan dan sokongan kepada kempen tersebut.





--------------

DUIT PENCEN TAK SAMPAI

Posted: 17 Aug 2016 12:30 AM PDT





JHO LOW

AMBIL DUIT

PENCEN JUGA?

SAJE TANYA

JANGAN MARAH


ISU KELEWATAN PEMBAYARAN PAMPASAN PENCEN OLEH LTAT BERTERUSAN, MENTERI PERLU CAMPUR TANGAN

Sejak saya mula menyuarakan mengenai kelewatan pembayaran pampasan pencen kepada pesara tentera oleh LTAT seawall Mac 2016, LTAT begitu pantas mengambil tindakan setiap kali saya mengeluarkan kenyataan. Lazimnya LTAT membalas kenyataan saya dalam tempoh 24 jam dan diteruskan dengan tindakan undang-undang. LTAT juga begitu gah mencabar saya menghantar senarai pesara tentera yang belum mendapat bayaran pampasan walaupun itu sebenarnya tugas mereka.

Walaupun sebenarnya saya kurang selesa dengan sikap bongkak yang dipamerkan oleh kepimpinan dan pengurusan LTAT (apatah lagi mereka ini adalah bekas-bekas jeneral yang sepatutnya prihatin dengan kebajikan dan kesusahan pesara tentera), saya tetap membawa isu ini tanpa mengira karenah LTAT yang mengambil tindakan saman dan lain-lain.

Saya berkeras menyuarakan perkara ini kerana sehingga kini tidak ada tanda-tanda bahawa masalah kelewatan pembayaran pampasan pencen oleh LTAT kepada pesara tentera telah diselesaikan. Saya terus menerima aduan terutamanya melalui laman media sosial oleh pesara-pesara tentera bahawa mereka masih belum menerima pampasan walaupun ada yang telah bersara/berhenti lebih 6 bulan. Saya juga telah menyemak sendiri beberapa laman berkaitan Jabatanarah Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) yang sering dijadikan alasan sebagai punca kelewatan pembayaran pampasan pencen kepada pesara.

Saya sertakan beberapa petikan aduan kepada saya dan komen-komen di laman Facebook UGAT (https://www.facebook.com/pages/Jabatan-Urusan-Gaji-Angkatan-Tentera-UGAT/278003592283252) seperti berikut:

Saya juga pada mulanya ingin menulis surat kepada Pengarah UGAT untuk memohon satu temujanji agar saya mendapat penerangan dari UGAT mengenai punca berlaku kelewatan bayaran pampasan pencen kepada pesara.

Malangnya, saya tidak dapat mencari sebarang maklumat mengenai UGAT yang membolehkan orang awam atau pesara menghubungi mereka di laman-laman utama Angkatan Tentera seperti Direktori Kementerian Pertahanan (http://www.mod.gov.my/ms/hubungi-kami/direktori.html) atau Direktori Markas Angkatan Tentera (http://www.mafhq.mil.my/index.php/my/mengenai-kami/direktori?view=employee&id=65)

Setiap kali saya menimbulkan isu kelewatan pembayaran pampasan kepada pesara, LTAT berkeras bahawa tidak berlaku kelewatan kerana LTAT telah membayar mengikut masa piawai setelah LTAT menerima dokumen dari UGAT. Apabila pesara menghubungi UGAT untuk mendapat jawapan, mereka menghadapi kesukaran untuk berhubung kerana telefon tidak diangkat. Jika pun mereka hadir sendiri ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan pegawai UGAT, kosnya terlalu mahal dan menambahkan beban mereka sedangkan pampasan pencen itu adalah wang mereka yang mereka carum selama ini.

Akhirnya pesara tentera tidak ubah diperlakukan seperti bola apabila disepak dari LTAT ke UGAT balik ke LTAT dan berpusing ke UGAT. Bayaran pampasan pencen mereka masih terlewat dan kalau dibayar pun ia berlaku berbulan-bulan selepas mereka tamat perkhidmatan.

Ini satu penganiayaan kepada pesara tentera dan sepatutnya sebarang masalah komunikasi dan pentadbiran di antara UGAT dan LTAT diselesaikan dengan secepat mungkin agar pesara tentera mendapat pampasan pencen dalam tempoh yang segera selepas mereka tamat perkhidmatan. Lebih teruk lagi, sepanjang penganiayaan ini berlaku saya tidak dengar Menteri Pertahanan, Hishamuddin Hussein campur tangan untuk menyelesaikan masalah ini. Beliau cepat ambil kesempatan menggunakan isu LTAT untuk mengkritik saya tetapi tidak dapat menyelesaikan masalah pentadbiran dalaman LTAT dan Angkatan Tentera sehingga kelewatan bayaran pampasan berterusan.

Oleh yang demikian, saya membuat permohonan terbuka untuk berjumpa dengan Pengarah UGAT agar saya dapat mendengar sendiri masalah yang dihadapi UGAT sehingga menyebabkan kelewatan ini (seperti yang dipersembahkan oleh LTAT). Saya boleh dihubungi di email rafizi.ramli@gmail.com sekiranya UGAT sudi duduk berbincang dengan saya; memandangkan saya tidak ada maklumat bagaimana berhubung dengan UGAT.

Saya juga mendesak supaya Hishamuddin  Hussein memberi kenyataan segera dan mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan perkara ini dengan berjanji bahawa segala proses dan prosedur akan diperkemaskan secepat mungkin dan semua pesara yang belum menerima pampasan dibayar dalam tempoh seminggu.

Jika ini tidak berlaku saya akan mula menjelajah ke kem-kem tentera di seluruh negara untuk "menghasut" angkatan tentera dan pesara tentera mengenai kegagalan  Hishamuddin Hussein dan Umno (Baru) menjaga kebajikan mereka.
  
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN





-----------

AJEN FBI TERUS MENCARI

Posted: 16 Aug 2016 10:38 PM PDT





AJEN FBI TERUS MENCARI

Siapa dia Malaysian Official 1? Semua orang bertanya. Satu Malaysia bertanya. Hingga ke hari ini siapa dia Malaysian Official 1  masih menjadi tanda tanya. Ini betul betul kesah pelik lagi ajaib. Pelik lagi memelikkan. Hairan yang menghairankan. Siapa dia MO1 ini?

Pada tahun lapan puluhan dulu ketika Indonesia dibawah Suharto ada satu kes pelik. Setiap pagi  di Jakarta akan ditemui  dua atau tiga mayat bergelimpangan. Semua ditembak mati. Ini  berlaku berbulan bulan. Penemuan mayat ini menjadikan Indonesia gempar. Lalu media Indonesia memanggil kes ini 'Kes Penembak Misterius'.

Akhirnya Penembak Misterius ini terbongkar. Penembak ini adalah  soldadu Indon yang diberi arahan  oleh Suharto untuk membunuh 'kaki busuk' di Jakarta dan juga musuh politik Presiden. Habis cerita.

Kita di Malayia sekarang  sedang  berhadapan dengan  kes misterius. Kes kita ini  lebih besar dari kes Penembak Misterius Jakarta. Kes kita bertaraf global. Bertaraf dunia. Bertaraf Rumah Puteh.

Kes ini bermula dengan sidang akhbar Peguam Negara Amerika Puan Loretta Lynch pada 20 julai 2016 yang lalu di Washington DC. Dalam sidang akhbar ini Puan Loretta telah menyatakan niat kerajaan Amerika untuk merampas harta milik Riza Aziz a.k.a Anak Rosmah dan harta milik Jho Low a.k.a China Tembam.

Kertas pertuduhan, atau lebih tepat lagi  gua panggil buku tuduhan  kerana tebalnya  136 muka surat.  Biasanya di mahkamah kertas pertuduhan hanya empat lima helai. Pada hemat gua, kalau 136 muka surat ini  sah sebuah buku.

Dalam hal tuduhan mahkamah dan tuduhan dari pendakwa gua agak arif.  Gua telah  banyak kali  mendapat kertas pertuduhan tapi tak  pernah sampai tiga muka surat.

Contohnya  terbaik kertas pertuduhan  yang dapat kita lihat gambarnya ada terpampang dalam portal Sarawak Report. Ianya tak sampai 10 keping. Ini  kes pertuduhan terhadap Najib bukan terhadap Malaysian Official I. Gua perlu ingatkan -  kertas pertuduhan ini tidak dapat dipastikan sah  atau hanya fitnah. Ini kerana Kevin Morais yang dikatakan tukang draf kertas pertuduhan itu telah menjadi arwah.  Habis cerita.

Buku Pertuduhan 136 muka surat ini   telah disediakan oleh Department of Justice America (DOJ) atau Jabatan Keadilan Amerika .  Dalam  buku ini ada disebut 36 kali Malaysian Official 1. Jangan tuduh gua buat fitnah. Kalau tuan tuan tidak percaya sila baca  kertas pertuduhan ini di laman DOJ. Kalau tak tahu jalan sila tanya Lebai Google.

Ingat atau tidak minggu lalu gua ada tulis tentang Timbalan Pengarah FBI Encik Andrew McCabe yang ada bersama di sidang akhbar Puan Loretta. Encik Andrew ini mengekepali satu jawatan yang besar. Anak buah dan para ajen FBI dibawah Encik Endrew ini berselirat dalam dunia. Ada di Bangkok, ada di Dubai dan ada berapa orang sedang berkerja keras  di Kuala Lumpur termasuk seorang yang sedang menginap di Rumah Tumpangan Gian Seng Brickfield.

Gua sudah baca buku 136 muka surat itu. Gua sudah tonton rakaman video Puan Loretta sebanyak lima kali. Memang pelik apabila Puan Loretta hanya menyebut:Malaysian Official 1.

Fikir punya fikir gua dapat pencerahan bahawa sabenarnya perkataan Malaysian Officiall 1 ini  adalah kata rahsia yang memiliki banyak  makna. Pada fikrah gua yang sontot ini Puan Loretta menggunakan Malaysian Official 1 dan tidak menggunakan nama saperti Muhamad Azalina bin Lebai Purtan atau Salleh bin Said Kerouk atau Rahman anak lelaki Dahlan kerana  FBI tidak mahu sosok yang menjadi sasaran  ini gelabah dan menghilangkan diri  dalam gua Batu Belah Batu Bertangkup.

Apakah ini sahaja  rahsia  Peguam Negara Amerika apabila menyebut Malaysian Official 1?

Sabar dulu masih ada cerita dalam cerita. Sebaik saja Puan Loretta selesai bersidang akhbar kita mula terdengar pancutan suara Ketua Menteri Melaka. Mamat Lokoi ini berkata bahawa  sidang akhbar DOJ itu tanda Amerika ingin melancarkan perang terhadap Bani Melayu. Amerika dikatakan ingin membantai Bani Melayu sama saperti Amerika menyerang Iraq. Hebat. Ini berita gempaq lagi menakutkan.

Kenyataan ini disambut pula oleh Menteri Besar Kedah. Mengikut fikrah  MB yang hanya bersijil LCE ini -  ada  warga yang telah belot menjual maklumat dan dokumen negara  kepada Amerika. Pembelot ini wajib dihukum. Ini juga berita  hebat lagi menakutkan kerana siapa belot akan menerima hukuman mati.

Paling  menarik ialah jawapan Najib. Awalnya saperti biasa Najib  senyap menikus menunggu arahan  Rosmah.

Tetiba tanpa dijemput  dan tanpa ditanya Najib  telah menafikan bahawa dia   kenal dengan Malaysia Official 1. Najib dalam ucapannya kepada Mesyurat Agong  Parti Ketuanan Melayu di Kuala Pilah telah berkata bahawa kes merampas harta Anak Rosmah dan harta China Tembam oleh DOJ tidak  ada sangkut paut dengan dirinya. Dia bukan orang Rembau  dan bukan berasal dari keturunan China Batu Uban. Najib  adalah cucu Pati dari Sulawesi.

Malah Najib telah menerangkan kepada 30 juta rakyat  Malaysia bahawa  Anak Rosmah dan China Tembam tidak akan kaitan langsung dengan dirinya dan dengan  syarikat 1MDB.

Penafian dari Najib ini meleset gagal. Ianya tidak mengubah apa-apa. Berita Puan Loretta Lynch dan kes rampas harta Anak Rosmah dan China Tembam ini tidak mudah lenyap. Media dunia terus menerus menggali dan mencungkil berita dibelakang berita. Hinggakan Anak Perempuan Rosmah yang langsung tidak tahu menahu tentang kes ini diburu media.

Warga Malaysia terutama yang arif internet terus mencari dan bertanya siapa Malaysian Official 1?

Pertanyaan orang ramai - pertanyaan 30 juta rakyat Malaysia mati tergantung. Panglima Jawa Zahid Hamidi senyap sepi. Tidak  mengeluarkan jawapan. Menantu Abah merangkap Ketua Pemuda United Malays National Organisation senyap menikus. Tidak bersuara melawan dakwaan DOJ.

Paling senyap terus  tidak bersuara ialah  Tuan Haji Ahmad Maslan dan  Tuan Haji Hasan Malek. Dua sosok ini biasanya amat pandai bercakap tetapi bila berhadapan dengan Puan Loretta mereka menjadi senyap sepi.  Lalu gua bertanya apakah mereka ini terlalu takut melihat muka Encik Andrew McCabe? Atau mereka telah bosan dan menyampah melihat muka Rosmah  yang membuatkan mereka hilang jawatan.

Sebenarnya selama tiga minggu ini ajen-ajen FBI anak buah Encik Andrew di Kuala Lumpur terus mengumpul maklumat. Mengikut data mereka kumpulkan jelas  menunjukkan penyokong Malaysian Official 1 tidak ramai.

Kalau tidak ramai yang menyokong Malaysian Official 1 apa akan berlaku?
Cilaka sabenarnya. Bijak rupa-rupanya Puan Loretta Lynch ini.  Hebat taktik dan strateji  Encik Andrew ini. Tanpa menyebut nama siapa dia Malaysian Official 1 - FBI telah dapat tahu kekuatan Malaysian Official 1. Dari segi rancangan Amerika ini penting kerana FBI ingin tahu kalau kalau akan muncul beratus ribu warga Malaysia yang menyokong Malaysian Official 1.

FBI berwaspada sebelum membuat langkah saterusnya. Jika tangkapan hendak dijalankan maka FBI tidak mahu ada serangan balas dari penyokong Malaysian Official 1.

FBI gentar - kalau kalau berjuta warga  Malaysia yang bangun bertempik dan melaungkan - Saya Malaysian Official 1. Atau berjuta-juta baju  T akan dijual dengan tulisan :FU Amerika I Am MO1. Atau akan muncul dalam FB atau Twitter atau Instagram yang berslogan: KAMI SEMUA MALAYSIAN OFFICAL1. Macam berlaku kepada Adam Adli dahulu. Semua anak muda dan mahasiswa mengaku - We are all Adam Adli - kami semua Adam Adli. Amin.

Gua rasa pada tahap ini ajen FBI di Kuala Lumpur merasa lega - separuh kerja telah selesai. Mungkin kerana ini gua tidak ternampak lagi anak buah Encik Andrew di  Rumah Tumpangan Gian Seng. Gua dengar berita dari Haji Desas bin Lebai Desus bahawa ramai anak buah Encik Andrew telah berpindah ke Rembau. Kenapa Rembau?

Untuk ajen-ajen FBI semua nampak jelas bahawa Malaysian Official 1 tidak ada penyokong. Dari sini kes 1MDB masuk ke fasa kedua. Ajen FBI  akan membuka kembali arkib berita. Mereka meneliti kembali semua berita yang telah berlaku 10 atau 15 tahun yang lalu. Kerja ini amat ulit tapi inilah cara kerja ajen negara kapir. Ulit tetapi menjanjikan jawapan yang tepat.

Dari Haji Desas yang rapat dengan pegawai Arkib Negara  - gua diberitahu bahawa ajen FBI sedang  menyelidik  berita berita yang bersangkutan dengan  First Lady of Malaysia atau FLOM.

Bila perkataan FLOM ini muncul maka gua teringat jelas bagaimana Raja Petra anak raja  kerabat Selangor ini  menerangkan dengan tuntas  siapa sebenarnya FLOM.

Pekara ini berbangkit  apabila Najib mula menjadi Perdana Menteri dan  isterinya Rosmah telah menobatkan dirinya sebagai First Lady Of Malaysia. Bukan Fat Lady of Malaysia saperti tohmahan beberapa laman web yang bencikan Rosmah.

Raja Petra telah menerangkan dengan panjang bulat bahawa First Lady of Malaysia ialah Raja Pemaisuri Agong. FLOM mengikut Raja Petra bukan isteri Perdana Menteri. Ini tulisan dan pandangan Raja Petra 10 tahun dahulu. Mungkin sebelum dedak sampai. Kadang kala bila dedak sampai kita boleh beralih pandanga.Wallah hu alam.

Bila Haji Desas memberi gua tahu apa kajian ajen FBI di Arkib Negara maka gua berdebar-debar. Gua  berfikir-fikir.  Kalau FBI menganggap First Lady of Malaysia ini Raja Pemaisuri Agong maka  Malaysian Officail 1 pasti Yang Di Pertuan Agong.

Cisss.. mustahil. Ini semua karut. Mustahil  Yang DiPertuan Agong - Raja Malaysia Yang Berdaulat ini  tidak ada tersangkut paut dengan Anak Rosmah dan China Tembam. Mustahil. Gua tidak percaya. Ampon Tuanaku.

Maka siapa dia Malaysian Officail 1 masih satu yang misterius. Masih lagi misteri.  Gua yakin tim FBI - anak anak buah Encik Andrew  masih bekerja keras mencari.  Tapi pekara ini bertambah pelik kerana pada Sabtu 27  Ogos ini Anak Muda akan berhimpun untuk menangkap Malaysian Official 1. Apakah Malaysian Official 1 ini Pokemon Go yang boleh ditangkap? Kenapa tim FBI banyak menginap di Rembau? Tunggu minggu hadapan. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45


--------------------

PEMBETULAN MAKLUMAT

Posted: 16 Aug 2016 10:09 PM PDT





PEMBETULAN


TON TON WI
BUKAN GRADUAN
UNIVERSITY BERLIN
TON TON WI
GRADUAN YALE
TON TON WI
FASEH BAHASA 
GERMAN KERANA 
TON TON WI SUKA NONTON
FILEM GERMAN
HARAP MAKLUM



-------------

HUSAM SAMAN DI NEW YORK

Posted: 16 Aug 2016 09:39 PM PDT





INI SAMAN 

KITA SEMUA

TAHNIAH




Aib jika kami tidak bertindak, kata Husam selepas saman kes 1MDB

Husam Musa menyifatkan, adalah satu perkara yang mengaibkan jika tidak dibuat sebarang tindakan untuk mengambil balik wang yang dicuri melalui 1MDB.
Tindakan ini tidak berniat untuk berlawanan dengan mana-mana pihak di Malaysia tetapi sekadar menuntut hak rakyat.
"Kami akan maklumkan kepada Yang Dipertuan Agung dan Perdana Menteri tentang tindakan ini agar dapat kerjasama semua pihak dalam tindakan ini dan doakan kejayaannya," kata bekas naib presiden Pas itu dalam sidang media pagi ini bersama Matthias Chang.
Husam dan Matthias mengambil tindakan saman sivil ke atas lapan individu dan syarikat di Amerika Syarikat bagi menuntut gantirugi dari mereka diatas kehilangan wang 1 Malaysia Development Berhada (1MDB).
Saman itu difailkan di Mahkamah Daerah New York Selatan Khamis, 11 Ogos lepas (Jumaat 12 Ogos waktu Malaysia) oleh sebuah firma guaman di sana.
Lapan defendan yang dinamakan Husam dan Matthias adalah Riza Shahriz bin Abdul Aziz, Low Taek Jho, Golman Sachs Group Inc, Timothy Leissner, Christopher Joey McFarland, Red Granite Pictures Inc, Debra Whelan Johnson, Metropolis 1X Capital Advisors.
Red Granite Pictures adalah penerbit filem Wolf of Wall Street; syarikat yang diasaskan bersama Christopher Joey McFarland; Riza Aziz dan Jho Low, ahli perniagaan dari Pulau Pinang yang dikatakan kawan kepada Riza.
Bank pelaburan Goldman Sachs turut dinamakan bersama bekas pengurus banknya Timothy Leissner, yang mengatur bon dengan nilai berbilion dolar daripada 1MDB. Timothy didakwa mengambil sogokan dalam bentuk komisen.
Turut dinamakan ialah pengurus perniagaan Riza, Debra Whelan Johnson dan syarikatnya, Metropolis 1X. Mereka dituduh menguruskan wang Riza dengan pengetahuan ia diselewengkan.
Menurut dokumen mahkamah, Matthias dan Husam mendakwa semua defendan sedar menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB untuk kepentingan peribadi masing-masing, termasuk menganjurkan parti untuk bintang Hollywood Leonardo DiCaprio.
Dalam sidang media hari ini Husam berkata, tujuan tuntutan ini dibuat difokuskan kepada usaha untuk membawa balik harta yang dicuri atau dirompak dari rakyat Malaysia.
"Kita fokus kepada harta yang dicuri bukan pencuri atau perompaknya," kata Husam dalam sidang media yang penuh sesak dengan wartawan dan jurugambar itu.
Turut serta bersama Husam adalah Datuk Zainur Zakaria, bekas presiden Majlis Peguam Malaysia yang banyak membantu tindakan ini.
Zainur dalam kenyataannya hari ini berkata, tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika adalah bagi pihak kerajaan mereka manakala tindakan Husam dan Matthias adalah bagi pihak rakyat Malaysia.
Ini berikutan kegagalan pegawai yang dilantik oleh kerajaan gagal melaksanakan tugas ini.
"Pegawai kita yang sepatutnya bertindak lebih kepada mencari makan saja," kata Zainur kesal dengan kelemahan dan kegagalan mereka bertindak bagi pihak negara.
Matthias pula berkata, semua pihak patut bersama menyokong tindakan ini kerana ia adalah 'class action' iaitu mereka berdua hanya mewakili wakyat negara ini.
"Apabila kita menang nanti, wangnya adalah milik negara bukan dapat kepada kita pun," katanya.
Matthias juga berkata, semua pihak patut mengucapkan terima kasih kerana peguam Amerika sedia mengambil kes ini secara sukarela dengan bayaran yang berpatutan sahaja.

LARI KEMANA

FBI KEPONG

CABUT KEMANA 

SAMAN SUDAH

SAMPAI




----------------------

ARAHAN TUHAN KE?

Posted: 16 Aug 2016 09:00 PM PDT






INI ARAHAN

TUHAN KE?

SAJE TANYA

MANA TAHU

DAH ONLINE


Hanya PAS, PKR boleh bertanding PRU di Kelantan, kata Amar

 | August 16, 2016
Timbalan menteri besar itu berkata Parti pembangkang lain perlulah memberi laluan kepada PAS dan PKR untuk menentang BN di negeri itu.





KOTA BHARU: PAS tidak membenarkan parti selain PKR untuk bertanding di Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata naib presidennya Mohd Amar Nik Abdullah.
Amar berkata jika benar parti pembangkang ingin mengambil semangat satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang, mereka perlulah memberi laluan kepada PAS dan PKR untuk menentang BN di negeri itu.
"Kalau kita nak ambil semangat satu lawan satu dengan BN ini, maknanya parti selain PAS dan PKR, tak boleh bertanding di Kelantan (pada PRU akan datang). (Jadi) jangan kacaulah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Hari Sayyidatina Khadijah di sini, hari ini.

APA MAKNA 

MAKNANYA

JIKA AMANAH

BERTANDING

PAS AKAN

LINGKUP



---------------

DEDAK BUKAN MURAH

Posted: 16 Aug 2016 08:30 PM PDT



BARU HANG

TAHU HANG

INGAT DEDAK 

MURAH?



FACE BOOK

TAHNIAH.!!! Jawatan Mufti kini setaraf Exco Negeri.. elaun & faedah dapat sama.

Tetapi.. kenapa ramai para mufti sini tak berani bersuara terhadap kemungkaran pemerintah? Sekalipun begitu jelek rasuah, kezaliman & pembohongan.

Info: Gaji Mufti Negeri

S'wak: RM27,000
Sabah: RM16,335
S'gor: RM15,000
Pahang: RM14,000
Terengganu: RM14,000
Kedah: RM14,000
P.Pinang: RM12,109.29
NS: RM10,888
Kelantan: RM10,000
Perlis: RM8,000
Melaka: RM7,000
Perak: [Tiada info]
Johor: [Tiada info]

Kredit : Malek Hussin




------------

SIAPA DIA DICARI FBI?

Posted: 16 Aug 2016 07:50 PM PDT





MALU UNGKA
wah masing2 yg membela mo1 tidak sedar sedang mendedahkn dn percaya yg mo1 itu memang najib. klu tk..tkkn dia guna istilah menjatuhkn kepimpinan negara. 

klu bukan najib sepatutnya dia suruh najib ambik tindakn terhadap mo1 yg mengkhianati negara. akhirnya semua yakin yg mo1 itu adalah najib samada penjilat atau pembangkang yg masih malu2 ungka dn buat bodoh adalah najib sendiri helo najib...

kau nafi kau mo1. dh tu kenapa tk bertindak segera menangkap mo1 yg mengkhianati negara. mengaku jela mcm chua soi lek .... i am the man. on MB KEDAH HANYA ADA LCE
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/16/16






-----------------