Ahad, 7 Ogos 2016

dollah yankee

dollah yankee


Sampai bila mahu tipu daaa..?!

Posted: 07 Aug 2016 06:25 AM PDT

Sejak beberapa hari lalu, watak-watak dalam UMNO sudah mula 'bertelagah' sesama sendiri (kerana tidak disediakan skrip) dalam menjawab isu "Siapa 'Malaysian Official 1' ?" dan hal-hal yang berkaitan dengannya. (maklumlah yang dok ada semua jenis 'mangkuk-hayun')
Di Indonesia, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam temubual bersama media televisyen tempatan di sana dengan tegas (telah buat lawak) mempertahankan bahawa "dirinya, Kerajaan Malaysia dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)" tidak terlibat secara langsung dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.(Kah..Kah..Kah..memang lawak habis!)
Sementara di tanah air, ironinya, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dengan lantang pula mengatakan bahawa hasil siasatan hampir setahun pihak DOJ melalui FBI untuk menyita aset yang dipercayai 'dicuri' melalui 1MDB seolah-olah mengatakan bahawa Putrajaya sememangnya telah didapati bersalah.
Semalam, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga Majlis Tertinggi UMNO berkata hanya orang bodoh sahaja (ahli-ahli umno lah tuu..) yang tidak tahu bahawa 'MO1' itu merujuk kepada perdana menteri, tetapi sedikit cerdik apabila kata Najib tak terlibat dalam saman sivil berkenaan.
Namun, kenyataan yang paling boleh mengundang ketawa kita semua (ketawa sampai terkentut-kentut) adalah datangnya dari tidak lain dan tidak bukan dari Datuk Bung Mokhtar sendiri, apabila beliau berkata tiada siapa pun tahu siapa 'MO1', ia boleh jadi sesiapa sahaja, boleh jadi saya, kita semua.
Sudah terang lagi bersuluh, dalam dokumen saman setebal 136 muka surat tersebut dinyatakan ciri-ciri 'MO1', antaranya mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Riza Aziz dan merupakan individu yang mempunyai kuasa tertinggi dalam pentadbiran negara dan 1MDB.
Tidak mungkin rakyat marhaen seperti kita mampu dilabel sebagai 'MO1' yang disebut sebanyak 36 kali dalam saman berkenaan.
Saman sivil DOJ itu bukan sahaja bertujuan untuk merampas aset-aset curi Riza Aziz dan Jho Low, tapi membawa bersama pelbagai pertuduhan penglibatan 'MO1' dalam usaha terancang individu-individu tersebut menjarah berbilion dolar AS wang rakyat Malaysia.
Ekoran daripada pendedahan-pendedahan tersebut negara dapat malu di mata dunia, sehingga digelar sebagai antara negara terasuah di dunia!
Itu sebabnya, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang ada berpesan supaya pentadbiran Najib mengeluarkan Kertas Putih dan kenyataan rasmi kerajaan bagi menafikan tuduhan DOJ terbabit.
Kerana beliau sedar bahawa ketiadaan tindakan konkrit dari pihak kerajaan Malaysia terhadap saman sivil itu tidak boleh lagi dipertahankan lagi. Malah digesanya supaya agensi-agensi kerajaan melakukan siasatan semula untuk menjernihkan kembali reputasi negara di persada antarabangsa.
Sampai bila agaknya pihak UMNO mahu rakyat ketawakan mereka?

Tukar Tiub

Tukar Tiub


BANI MELAYU YANG BEBAL

Posted: 07 Aug 2016 07:40 PM PDT







HIDUP MELAYU

HIDUP LAYU

HIDUP KRONI




Najib dulu hapus, Tajuddin kini cadang kementerian khas untuk Bumiputera

Seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno tampil mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan kementerian khas bagi membantu ekonomi Bumiputera ketika Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) mendakwa lebih AS$3.5 bilion (RM14.1 bilion) dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa diseleweng sejak 2009 oleh sekutu-sekutu Malaysian Official 1.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,  Tajuddin Abdul Rahman seperti dipetik dilapor berkata, pada masa ini pelbagai agensi seperti Jabatan Perdana Menteri (JPM), Majlis Amanah Rakyat (Mara) serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melaksanakan agenda memperkasakan ekonomi Bumiputera.
"Jadi sudah tiba masanya untuk kita pusatkan agenda tersebut agar pelaksanaannya dapat dilakukan di bawah satu pentadbiran dengan menubuhkan sebuah kementerian baharu supaya usaha tersebut lebih mudah," ujarnya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita Umno Bahagian Segamat semalam.
HIDUP

BANI KETUANAN

MELAYU

HIDUP

PUKE MAK

OPSSS..SORI

HIDUP POKEMON




----------------

ANAK MUDA SABAH BANGUN MELAWAN

Posted: 07 Aug 2016 07:00 PM PDT





ANAK MUDA

SABAH

BANGUN

MELAWAN



Projek 'Tangkap Malaysia Official 1' merebak ke Sabah

Projek anak muda untuk menangkap 'Malaysia Official 1' kini merebak ke Sabah apabila mereka juga akan menganjurkan perhimpunan yang sama di Sabah pada 27 Ogos ini.
Ia bakal menambahkan kepanasan politik di negeri itu dengan tindakan keluar beramai-ramai dari Umno oleh penyokong bekas naib presidennnya,  Mohd Shafie Apdal.
"Anak muda dan mahasiswa Sabah menyambut baik kempen #TangkapMalaysiaOfficial1 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 27 ogos 2016 ini.
"Kami melihat himpunan ini diadakan sebagai tanda protes kepada kegagalan Najib menyelesaikan kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga menyaksikan Jabatan Kehakiman Negara (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mengumumkan senarai nama yang terlibat dalam pengkhianatan berbilion ringgit dana awam itu," kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka.
Ia ditandatangani oleh Mukmin Nantang, Koordinator Himpunan #TangkapMO1 Sabah.
HEBAT 

MAKAN HEBAT

SUDAH MEREBAK

SUDAH MENULAR

BUKAN API

DALAM SEKAM

API MEMBARA





------------

FUKWA FUKWI

Posted: 07 Aug 2016 06:30 PM PDT






HEBAT LEBAT

FATWA BARU

YANG MENARIK

TAK DA SIAPA

IKUT FATWA 


Hormati fatwa mufti agar jauhi Pokemon Go

Pandangan mufti bukan dibuat secara semberono dan telah mengambil kira pelbagai aspek.

Masyarakat terutamanya umat Islam dinasihat menghormati pandangan mufti dan institusi berkaitan berhubung fatwa meminta mereka menjauhi aplikasi permainan Pokemon Go atas faktor 'maslahah' dan kemudaratan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Asyraf Wajdi Dusuki berkata umat Islam tidak wajar meremehkan pandangan atau fatwa dikeluarkan itu terutama di media sosial walaupun mereka tidak bersetuju dengannya.

KAH KAH KAH

1MDB RASUAH

BUNUH KEVIN

TERBANG BALAK

TAK MAHU 

KELUAR FUKWA

POKIE MOK NI  

ADA FUKWA

TU PASAL

DIPANGGIL

PEMAKAN DEDAK

FUKWA FUKWI



------------

KENDURI RAYA DAPUR JALANAN

Posted: 07 Aug 2016 05:48 PM PDT





KENDURI 

RAYA  

KELMARIN


TERIMA KASEH YANG DATANG
YANG MENYUMBANG 
 
TAMU YANG DIMULIAKAN
 


LEMANG KETUPAT
RENDANG

YANG CUN

YANG BERI MINUMAN

YANG BERI KUEH RAYA


YANG DUDUK MAKAN

CHE PAN BERKARAK OKAY

BERGUMBIRA
DENGAN KAK AJAH

HIBURAN DARI
MAN SETAN 
DENGAN KUMPULAN 
D'MALAIKAT

YANG CUBA NASIB

PENANGGAH BERJOGET
-------------

Biaqpila

Biaqpila


LAWAK AHAD: KETUM

Posted: 06 Aug 2016 06:00 PM PDT


Seorang guru membuat ujikaji mengenai bahayanya ketum jika diminum..

" Murid-murid mari kita lihat apa jadi pada cacing sekiranya diletak kan kedalam air sejuk dan air ketum"..

Maka seekor cacing diletak dalam air sejuk, nyata cacing masih mampu hidup

Seekor lagi cacing diletak kan kedalam air rebusan ketum, lantas cacing itu mati dgn cepat skali..

Cikgu bertanya kepada murid murid..

" Jadi murid-murid air manakah yang akan kamu minum setelah melihat ujikaji ini? "

Murid2 pon menjawab..

" Kami akan minum ketum cikgu sebab cacing dalam perut akan mati "




DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Tarian gelek: Puteri Kota Bharu mohon maaf

Posted: 07 Aug 2016 08:00 AM PDT


Sekumpulan empat ahli Puteri mempersembahkan tarian gelek di hadapan perwakilan, pemimpin MT serta UMNO Bahagian Kota Bharu
Sekumpulan empat ahli Puteri mempersembahkan tarian gelek di hadapan perwakilan, pemimpin MT serta UMNO Bahagian Kota Bharu


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Bharu memohon maaf kepada semua pihak dan mengakui kesilapannya apabila menyelitkan persembahan tarian gelek pada majlis perasmian persidangan sayap parti itu kelmarin.

Ketuanya, Wan Salmiah Wan Ghani berkata, pihaknya telah mengambil iktibar daripada kejadian itu dan memberi jaminan tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

Katanya, persembahan tarian gelek oleh sekumpulan empat ahli Puteri di hadapan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Tajudin Rahman, Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Fatmi Che Salleh dan Ketua Wanita Bahagian, Madihah Abdul Aziz sebagai tudak wajar.

"Kami juga telah menerima teguran dan nasihat dari pemimpin pelbagai peringkat, kami akur dan amat menyesali di atas kesilapan dari pihak kami sendiri.

"Kami juga sedar bahawa kami masih baru dalam politik dan banyak lagi yang perlu kami pelajari. Insiden ini juga telah memberi satu pengajaran yang amat berharga kepada kami walaupun pahit," katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merasmikan persidangan perwakilan pergerakan itu di Kota Bharu.

Tarian gelek itu kemudian menjadi viral secara meluas di media sosial dan aplikasi whatsapp sehingga menimbulkan reaksi serta persepsi negatif dalam kalangan netizen.

Menurut Wan Salmiah, dengan permohonan maaf itu, beliau berharap isu berkenaan tidak akan dipanjangkan lagi.

"Kami berharap isu ini tidak akan dipanjangkan lagi dan semoga semua pihak dapat memaafkan dan memberi peluang kepada kami untuk memperbaiki kesilapan di masa hadapan," katanya. - MalaysiaGazette

Finas, PFM bunuh industri filem, kata menteri

Posted: 07 Aug 2016 07:36 AM PDT

 
Pengarah Komunikasi BN itu berkata tidak ada tempat untuk pemprofilan bahasa dalam industri kreatif


rahman


PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyeru Lembaga Perfileman Negara (Finas) dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) menarik balik keputusan tentang 28 pencalonan di Festival Filem Malaysia (FFM) tahun ini.

Beliau berkata demikian menyentuh perbalahan sekitar pengasingan filem lantaran daripada amalan lazim badan itu untuk mengasingkan kategori filem terbaik mengikut bahasa pengantar masing-masing.

"Saya berharap Finas dan PFM tarik balik keputusan itu kerana pada saya ia membunuh industri yang mereka cuba selamatkan.

"Tidak ada tempat untuk pemprofilan bahasa dalam industri kreatif. Jangan gunakan untuk mengawal kreativiti mereka. Izinkan ia bercambah dan perhatikan hasilnya!" katanya di Twitter.

Perbalahan tercetus apabila filem seperti Ola Bola dan Jagat dicalonkan untuk filem terbaik, lakon layar terbaik dan pengarah terbaik dalam kategori filem bukan bahasa Melayu, dan bukan dalam kategori utama.

"Saya penyokong kuat industri kreatif termasuk mereka yang berbakat dan bekerja keras dalam industri wayang. Mereka wajah negara ini," katanya.

Semalam, PFM menjelaskan perbezaan kategori untuk bahasa Melayu dan bahasa bukan Melayu bertujuan untuk memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam filem tempatan.

PFM berkata 70% daripada dialog satu-satu filem itu perlulah dalam bahasa Melayu untuk ia dicalonkan dalam kategori filem terbaik.

Pelaon dan pembikin filem Afdlin Shauki mengumumkan akan memboikot festival tahun ini, manakala juru sinematografi Mohd Noor Kassim menarik balik pencalonannya untuk sinematografi terbaik.

Polis minta Gelombang Kuning jangan ganggu sidang DUN

Posted: 07 Aug 2016 07:31 AM PDT

 
Ketua Polis Terengganu tidak akan berkompromi keatas mana-mana pihak tidak kira pangkat yang didapati sengaja menimbukan huru hara


Sidang-Dewan-Undangan-Negeri-(DUN)-Terengganu


KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu mengingatkan orang ramai agar tidak menimbulkan provokasi dan kekecohan semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke 14 yang akan berlangsung esok.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata pihaknya tidak akan berkompromi dan akan bertindak tegas ke atas mana-mana pihak tidak kira pangkat atau kedudukan yang didapati dengan sengaja menimbulkan kekecohan atau huru hara semasa persidangan itu.

"Jangan cemari persidangan DUN dengan insiden yang boleh menimbulkan rasa kurang selesa dan huru hara kepada mana-mana pihak.

"Sekali lagi saya mengingatkan orang ramai agar tidak membuat kecoh pada persidangan itu berlangsung…biar ia berlansung dengan aman tanpa apa-apa (insiden)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, Polis Terengganu mengesan satu gerakan bergelar 'Gelombang Kuning' yang dipercayai cuba mengaitkan pihak Istana Terengganu dalam memprotes kepimpinan kerajaan negeri.

Polis tidak menolak kemungkinan gerakan yang sama akan cuba membuat provokasi pada sidang DUN esok yang boleh menggugat ketenteraman awam.

"Jadi saya menyeru kepada orang ramai supaya tidak terlibat dengan gerakan gelombang kuning ini kerana ia menyalahi di bawah Akta Hasutan.

"Dan jangan mempercayai terdapat sokongan daripada pihak-pihak tertentu dan jangan cuba mengaibkan Istana di dalam gerakan ini," katanya.

MUSIM PEMIMPIN UMNO MENGAUTAKAN ORANG MELAYU

Posted: 07 Aug 2016 07:27 AM PDT

shahbudindotcom


Daripada 1 Ogos hingga 15 September depan, semua UMNO bahagian akan mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing. Pemimpin tertinggi UMNO, khususnya yang berjawatan menteri dan timbalan menteri akan bertebaran pada setiap hujung minggu untuk melakukan perasmian di sana sini.

UMNO bahagian yang  tertentu pula, mungkin bernasib baik dapat menjemput Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri untuk merasmikannya.

Selain kehadiran pemimpin itu bertujuan untuk melakukan perasmian, udang di sebalik batunya ialah untuk menonjolkan kepimpinan dan meraih undi bagi pemilihan UMNO yang akan datang. Ada yang ingin mengekalkan jawatan, ada juga yang mahu naik lebih tinggi daripada jawatan sekarang.

Maka, ucapan bercorak mempertahankan Melayu dan mengecam Cina adalah lumrah yang biasa kedengaran. Tun Mahathir yang akan menubuhkan parti baru serta mereka yang keluar UMNO, pasti sekali akan menjadi kecaman ramai kali ini.

Dalam masa yang sama, UMNO akan digambarkan sebagai parti yang terbuka, sedia menerima kritikan, manakala yang meninggalkan parti dilabel sebagai penderhaka kepada Melayu.

Oleh kerana tahun ini juga panas dengan isu saman Jabatan Kehakiman AS, isi-isi ucapan akan dilebarkan lagi kepada mengajak orang Melayu untuk mempertahankan negara daripada campurtangan negara asing.

Memandangkan pemimpin yang bercakap itu memakai baju Melayu, bersongkok dan lengkap bersampin, malah ada juga memakai tengkolok, maka bertepuk soraklah yang mendengarnya seolah-olah mereka itulah penyelamat Melayu.

Sedarlah wahai Melayu, sebenarnya mereka itulah pengauta Melayu.

Di sebalik bercakap berkenaan Melayu, menjaga Melayu, hak Melayu mesti dipertahankan dan sebagainya, siapakah di antara pemimpin-pemimpin Melayu tersebut yang tidak ada tauke Cina di belakang mereka?

Siapakah yang menjadikan tanah rizab Melayu semakin pupus sejak puluhan tahun lalu?

Siapakah yang menjual IPP, tanah 1MDB, memberi kontrak berpuluh ribu juta kepada negara China serta tunduk kepada kemahuan Singapura dalam beberapa perkara yang mahu dilakukan di negara sendiri?

Jika tindakan Jabatan Kehakiman AS cuba digambarkan kononnya sebagai percubaan campurtangan asing, siapakah yang menjemput APCO, meletakkan pegawai orang putih di Jabatan Perdana Menteri, menandatangani TPPA dan bangga bermain golf dengan Barack Obama?

Sementara rakyat Malaysia seharusnya berterima kasih kepada AS kerana tindakan mereka itu bertujuan mengembalikan harta curi kepada kita, pemimpin yang bersongkok dan berbaju Melayu tadi dalam masa yang sama seolah-olah mahukan kita menyokong aktiviti pencurian dan penyamunan melakukan pencucian wang dengan membeli harta-harta di luar negara.

Yang kelakar, Najib sendiri lupa apa yang telah dilakukannya. Setelah membuang, menggantung dan memecat mereka yang menegur dan mengkritiknya, di Selangor semalam, beliau berkata, perbezaan pendapat bukanlah  sebab mereka perlu menolak UMNO yang telah berjasa besar kepada negara.

Janganlah disebabkan perbezaan pendapat, kita boleh tolak parti yang begini besar jasanya. Kalau tak setuju, buatlah secara proses dalam parti, kata beliau.

Apakah Najib lupa, daripada timbalan presiden UMNO sehingga kepada ketua cawangan, habis semua digantung atau dipecat hanya kerana menegurnya secara dalaman?

Kenapa baru sekarang bercakap soal proses dalam parti?

Selain itu, dulu ramai pemimpin UMNO yang mengatakan agar menunggu pilihanraya jika ingin menyingkirkan Najib, kini setelah Tun Mahathir menubuhkan parti baru dan semakin hampir ke arah itu, mereka yang sama berlainan nada dengan menyatakan, tindakan tersebut hanya akan memecah-belahkan rakyat dan terbukti mahu menjatuhkan kerajaan.

Adakah suatu kesalahan menjatuhkan kerajaan melalui pilihanraya?

Apakah menjatuhkan Najib bermakna tumbang Melayu dan tumbang UMNO bermakna jatuh Melayu?

Inilah antara auta-auta kepada Melayu diseluruh negara sepanjang mesyuarat perwakilan UMNO tahun ini.

Menjelang tarikh akhir mesyuarat perwakilan UMNO pada 15 September nanti, pasti macam-macam lagi pengautaan akan terus kedengaran untuk melekakan orang Melayu yang dilakukan oleh pemimpin yang berwajah seperti duit syiling, depan Melayu lain penampilannya, depan tauke Cina dan depan Obama lain pula rupa wajahnya.

Hakikatnya, pemimpin-pemimpin UMNO adalah jenis manusia yang tidak pernah melihat cermin untuk melihat perilaku mereka sendiri.


Saya boleh kerjasama jika Chow jadi KM, kata timbalan KM P Pinang

Posted: 07 Aug 2016 07:20 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Rashid Kasnon TKM P PinangRashid Kasnon TKM P Pinang


Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Rashid Hasnon berkata beliau boleh bekerja bersama Chow Kon Yeow jika pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri itu dilantik sebagai ketua menteri Pulau Pinang yang baru.

Rashid, yang juga Timbalan Pengerusi PKR negeri berkata beliau mengenali Chow sejak 1998, semasa kedua-dua mereka memulakan kerjaya dalam politik.

Baru-baru ini Chow dinamakan sebagai "pilihan sesuai" untuk menggantikan Lim Guan Eng sebagai ketua menteri sekiranya berlaku apa-apa ke atas Lim.

"Kami telah melalui banyak perkara bersama-sama, dan jika beliau dipilih sebagai ketua menteri, saya tiada masalah untuk bekerja dengannya," katanya kepada pemberita semasa ditemui pada persidangan Maqasid Syariah di sini hari ini, lapor Free Malaysia Today hari ini.

Rashid berkata walaupun pilihan raya negeri tidak jadi diadakan, hubungan antara PKR dan DAP di negeri ini terus baik dan keputusan PKR untuk menolak cadangan DAP bagi diadakan pilihan raya negeri dibuat selepas beberapa mesyuarat oleh pemimpin tertinggi kedua-dua parti.

DAP membatalkan cadangan untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN) ekoran ia tidak mencapai kata sepakat dalam Pakatan Harapan.

Walaupun Amanah tidak mempunyai masalah dengan cadangan itu, PKR merasakan ia tidak mempunyai kewajaran untuk dibuat buat masa ini.

Senario semakin ‘tertekan’ di Terengganu

Posted: 07 Aug 2016 06:43 AM PDT

THE MALAYSIAN TIMES


terengganu


BAGAN DATOH : Kepimpinan UMNO di Terengganu perlu  menyelesaikan segera kemelut politik di negeri itu untuk mengelak ia daripada membebankan rakyat, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin yang pernah menggalas tanggungjawab sebagai pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu berkata kemelut itu perlu diselesaikan bermula dari peringkat perhubungan negeri, bahagian dan cawangan.

"Ini bukan kali pertama, tetapi ia boleh ditangani jika ada iltizam politik  dan keseriusan dalam kalangan ahli (dan pemimpin)," katanya dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh 2016 di sini hari ini.

Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Sejak awal minggu lalu Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal saling mengkritik sesama sendiri hingga timbul spekulasi akan berlaku pilihan raya negeri.

Pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu, UMNO Terengganu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti tipis dua kerusi. UMNO menang 17 kerusi DUN, PAS (14) dan PKR (satu).

Sementara itu di DUNGUN, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berpendapat  Ahmad Razif dan Ahmad seeloknya bersemuka bagi menyelesaikan kemelut antara mereka.

Beliau berkata pertemuan melibatkan 'tuan punya badan' lebih baik daripada diwakili pihak lain kerana sebarang keputusan haruslah daripada mereka sendiri kerana mungkin wakil mempunyai agenda tersendiri.

"Pergerakan Pemuda harap akan ada penyelesaian terhadap kemelut yang sedang melanda UMNO atau negeri Terengganu. Sudah pasti kami harap bahawa semua pihak akan memberi kerjasama kepada Ahmad Razif untuk terus menerajui kerajaan negeri.

"Kita mahu mengelak sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan atau satu kemungkinan di mana terpaksa diadakan pilihan raya negeri," katanya.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Dungun dan ketiga-tiga sayap bahagian itu hari ini.

Beliau turut menyatakan Pemuda UMNO akan terus menyokong Ahmad Razif kerana beliau adalah pemimpin yang sah dan dipilih oleh presiden parti serta mendapat perkenan Sultan Terengganu.

Semetara itu,  "Kalau benar sayangkan parti…bertenang,cukup-cukuplah menyalahkan sesama sendiri, selesaikan secara baik, ketepikan ego masing-masing."

Ia pesanan beberapa veteran UMNO kepada Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, berhubung kemelut

terbaharu yang melanda politik Terengganu. Ketika ditemui Bernama, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik Datuk Abu Bakar Ali berpendapat perbincangan merupakan penyelesaian terbaik,malah beliau berharap Ahmad memberi peluang kepada Ahmad Razif mentadbir negeri mengikut cara tersendiri dengan dibantu barisan Exco dan UMNO negeri.

"Bantulah beliau (Ahmad Razif) mentadbir dengan baik. Jika beliau tidak mendapat bantuan daripada lain-lain, takkan berjaya. Beliau baru sahaja memegang pentadbiran selama dua tahun. Tolonglah beliau…ini tiba-tiba baru sahaja ambil alih dah diminta itu ini," kata Abu Bakar, yang menceburi bidang politik sejak 1970 dan menjadi Adun Kemasik bermula 1986 selama lima penggal.

"Masing-masing diberi peluang mentadbir. Setelah tamat giliran kita, berilah peluang untuk pengganti melaksanakan tanggungjawab pula. Andai kita asyik mecari silap dan mengheret persengketaan, siapa yang rugi?," tegasnya.

Bekas Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid yang mempunyai pendapat sama, berkata langkah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bukanlah mudah kerana ia perlu melibatkan Istana dan imej kepimpinan parti.

"Seboleh-bolehnya biarlah sokongan padu terus diberi kepada Ahmad Razif dan inilah masa untuk bersatu padu bukannya mencari salah sesiapa," kata Rosol yang dilantik sebagai Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu.

Sementara itu, penganalisis politik yang juga Pensyarah Jabatan Kenegaraan dan Peradaban Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Hamdan Aziz bersetuju dengan pandangan Ahmad Razif beberapa hari lepas bahawa ibu segala masalah adalah bilangan majoriti Barisan Nasional (BN) yang terlalu kecil.

Pada pilihan raya umum lepas, BN Terengganu hanya memenangi 17 kerusi manakala pembangkang pula 15 kerusi iaitu PAS 14 dan satu lagi dimenangi PKR.

"Jika seorang anggota BN keluar parti dan memihak kepada pembangkang, bilangan kerusi akan menjadi seri iaitu 16-16 dan memungkinkan pembangkang untuk menjadi pemerintah," katanya.

Hamdan berkata beliau bagaimanapun yakin BN tidak akan mengambil risiko dengan mengadakan pilihan raya negeri dalam kedudukan politiknya yang tidak begitu stabil.

Buat masa sekarang, pemimpin di negeri ini haruslah berlapang dada dan berfikir secara rasional untuk tidak menyalahkan sesama sendiri selain tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh memburukkan lagi keadaan, katanya.

Beliau berkata semua pihak perlu memberi ruang dan peluang kepada Ahmad Razif untuk terus berkhidmat sebagai menteri besar sehinggalah pilihan raya umum akan datang.

Lantaklah pembangkang nak gelar Pemuda macai, balaci - Khairy

Posted: 07 Aug 2016 06:32 AM PDT

 
 


"Lantaklah jika parti pembangkang gelar kita macai atau balaci kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Pemuda UMNO jangan peduli kerana kita bertanggungjawab mempertahankan parti dan Presiden,".

Itu kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam ucapannya ketika merasmikan serentak Mesyuarat Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sepang malam tadi.

Tegasnya, Pemuda UMNO selaku tangan dan jentera kepada parti mestilah berani menyahut apa juga cabaran yang dibawa pihak pembangkang.

"Kita mesti memastikan mereka (pembangkang) nampak bahawa Presiden kita tidak keseorangan apabila dicaci dan difitnah.

"Apa yang diucapkan oleh Presiden parti kita, itulah yang kita bawa dan sebutkan di mana sahaja agar sampai kepada rakyat biarpun kita mendapat pelbagai gelaran," katanya.

Jelasnya, pembangkang tahu kepimpinan kerajaan telah dipilih secara demokratik tetapi masih lagi tidak berpuas hati dan tidak akan pernah puas hati.

"Apa pun, kita tidak boleh berasa selesa dengan apa yang telah kita capai hari ini lebih-lebih lagi setelah menang besar dalam pilihan raya negeri Sarawak, pilihan raya kecil Sunga Besar dan Kuala Kangsar.

"Parti-parti pembangkang kini diterajui oleh nama-nama besar seperti Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal.

"Walaupun ada ahli UMNO yang mengatakan mereka adalah adalah parti serpihan, kita jangan sombong dan angkuh kerana mereka juga ada pengaruh sendiri," ujarnya.

Tegas Khairy, walaupun agenda utama mereka adalah untuk menjatuhkan Najib, Pemuda UMNO mesti sentiasa bersedia untuk menjadi benteng untuk menghalang serangan pembangkang.

"Memang UMNO masih lagi mendapat sokongan majoriti orang Melayu tetapi pada sama, kita mesti yakin dan bersedia untuk menjadi benteng penghalang pembangkang pada bila-bila masa diperlukan,' katanya. - MalaysiaGazette


Angin kencang, ribut petir di beberapa kawasan

Posted: 07 Aug 2016 06:31 AM PDT

MALAYSIA GAZETTE




Ribut petir dijangka berlaku di perairan Perak, Johor, Kelantan, Selat Melaka, Samui, Labuan, Pantai Barat dan Sulu dijangka berterusan sehingga pagi ini.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Kedah, Perlis dan P.Pinang bermula pada Selasa ini sehingga Jumaat.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. - MalaysiaGazette


Enam Exco Terengganu boikot DUN hanya khabar angin

Posted: 07 Aug 2016 06:25 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 

KUALA TERENGGANU: Seorang Exco Terengganu hari ini menafikan spekulasi yang tersebar kononnya enam Exco kerajaan negeri akan memboikot Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) esok sebagai protes terhadap Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.  
 
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan negeri, A Latiff Awang sebaliknya berkata, ia hanyalah satu provokasi dan khabar angin yang berniat jahat untuk menghuru-harakan keadaan semasa.
 
"Tidak ada itu (enam Exco mahu pulaukan sidang DUN). Saya rasa itu hanya khabar angin dan provokasi. Ia tidak mungkin berlaku kerana tahap kesepaduan kami dalam kalangan wakil rakyat cukup tinggi.
 
"Kami sayang dan cintakan kerajaan ini serta negeri Terengganu. Tidak mungkin ada Exco yang akan melakukan perkara luar jangka seperti itu," katanya dipetik Berita Harian.
 
A Latiff sebelum itu hadir mewakili Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman merasmikan dan menyampaikan hadiah pada Pertandingan Pidato Transformasi Terengganu Baharu (TTB) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) 2016 di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.
 
Ketua Umno Bahagian Marang itu juga berkata, pihaknya yakin semua barisan Exco dan ADUN Barisan Nasional (BN) akan berdiri teguh bersama Ahmad Razif untuk memastikan pentadbiran kerajaan negeri berjalan lancar.
 
A Latiff turut menafikan wujud sebarang perbincangan atau pakatan antara kalangan Exco dan wakil rakyat untuk menggulingkan Ahmad Razif pada persidangan DUN esok. 
 
Ditanya mengenai keyakinannya sama ada persidangan DUN esok akan berjalan lancar, beliau menaruh harapan sidang DUN esok berjalan lancar dan tertib.
 
Malah, beliau berharap persidangan kali ini dapat memberi impak positif untuk kerajaan negeri.
 
 

Pokemon Go: Hormati pandangan mufti dan institusi berkaitan - Asyraf Wajdi

Posted: 07 Aug 2016 05:59 AM PDT

MALAYSIA GAZETTE




Masyarakat terutamanya umat Islam dinasihat menghormati pandangan mufti dan institusi berkaitan berhubung fatwa meminta mereka menjauhi aplikasi permainan Pokemon Go atas faktor 'maslahah' dan kemudaratan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata umat Islam tidak wajar meremehkan pandangan atau fatwa dikeluarkan itu terutama di media sosial walaupun mereka tidak bersetuju dengannya.

Beliau berkata pandangan itu dibuat setelah pihak berkenaan mengambil kira pelbagai aspek dan prisip.

"Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan permainan Pokemon Go bukan dibuat secara semborono kerana ia melibatkan prinsip Islam dan penyelidikan secara holistik sebelum fatwa tersebut dikeluarkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tangga Batu 2016 di sini, hari ini.

Jumaat lepas Mufti berkenaan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dilaporkan berkata karektor Pokemon dan aplikasi permainan Pokemon Go tidak dibenarkan untuk umat Islam atas faktor 'maslahah' dan kemudaratan.

Keputusan itu, katanya, hasil mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos.

Semalam, Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dilaporkan berkata permainan Pokemon Go lebih banyak mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan.

Katanya, kajian dibuat Jabatan Mufti Pulau Pinang sebelum ini juga menunjukkan aspek negatif permainan itu melebihi perkara positif.

Asyraf Wajdi berkata sebagai umat Islam, mereka yang terlibat perlu mempunyai cara yang lebih terhormat dalam menyatakan pendapat.

Bukan meremeh sesuatu perkara seperti yang terjadi dalam isu ini di media sosial, kata beliau.

Beliau berkata, "Mufti telah memberikan pandangan dan hukum agama maka kita hormatlah ia walaupun ia tidak diwartakan sebagai fatwa dan tidak ada kuasa perundangan".

Dalam pada itu, beliau berkata bukan semua orang boleh mengeluarkan fatwa atau pandangan mereka dalam isu berkaitan Islam selain golongan mufti di setiap negeri.

"Hari ini ada kecenderungan muncul ustaz segera di Facebook, WhatsApp dan Instagram yang mengeluarkan pelbagai 'fatwa' baharu yang tidak berasas dan ia boleh mewujudkan keadaan kelam-kabut," katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyokong keputusan mesyuarat jawatankuasa perundingan Wilayah Persekutuan itu.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha berkata keputusan tersebut adalah selari dengan pandangan hukum oleh negara-negara Islam lain yang telah membuktikan permainan itu menjadi penyebab insiden yang membahayakan sehingga meragut nyawa.

"Permainan ini juga nyata mendatangkan kesan yang negatif kepada golongan kanak-kanak dan remaja," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru, katanya, JAKIM menyeru umat Islam di negara ini agar menghindarkan diri dari permainan tersebut.-- BERNAMA


JAKIM sokong Pokemon Go diharamkan

Posted: 07 Aug 2016 05:56 AM PDT

 
 
Othman Mustapha
Othman Mustapha


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyokong keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan tidak membenarkan umat Islam melibatkan diri dengan aplikasi permainan Pokemon Go.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha berkata, larangan itu dibuat setelah jawatankuasa berkenaan mengambil kira pelbagai faktor termasuk permainan itu boleh membawa kemudaratan.

"Keputusan ini selari dengan pandangan hukum oleh negara-negara Islam lain yang telah membuktikan permainan Pokemon Go ini menjadi penyebab insiden yang membahayakan sehingga meragut nyawa.

"Permainan ini juga nyata mendatangkan kesan yang negatif kepada golongan kanak-kanak dan remaja," katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Othman menyeru umat Islam di negara ini menghindarkan diri dari permainan itu, selaras dengan kaedah syarak Saddu Al-Zara'I iaitu perlu mencegah atau menyekat jalan yang boleh membawa kepada kerosakan serta kemudaratan diri.

Pada 1 Ogos lalu, mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah berbincang dan memutuskan permainan Pokemon Go dan Pokemon adalah tidak dibenarkan bagi umat Islam berdasarkan nas dan juga faktor maslahah serta kemudaratan yang berlaku.

Justeru, jawatankuasa berkenaan berharap masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan tidak terlibat dalam aplikasi permainan itu. - MalaysiaGazette

Kerajaan tidak halang Pokemon Go

Posted: 07 Aug 2016 05:46 AM PDT

MALAYSIA GAZETTE
 



Kerajaan tidak akan menghalang permainan Pokemon Go selagi ia tidak melanggar undang-undang.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, tidak bersalah untuk bermain Pokemon Go selagi individu berkenaan bertanggungjawab ketika bermain dan tidak menceroboh kawasan terlarang.

Kata Nur Jazlan, kementeriannya setakat ini belum menerima sebarang aduan mengenai Pokemon Go, walaupun aplikasi itu mencetus kebimbangan di seluruh dunia apabila ada yang menceroboh kawasan bahaya atau tempat persendirian untuk menangkap Pokemon.

Menurutnya, walaupun Kementerian Dalam Negeri tidak mengeluarkan garis panduan mengenai Pokemon Go, tetapi pemain dinasihatkan jangan terlalu taksub sehingga melanggar undang-undang ketika menangkap Pokemon.

"Jika ia merupakan tempat atau kediaman persendirian, pemain tidak harus menceroboh demi menangkap Pokemon.

"Selagi ia tidak melanggar undang-undang, maka kerajaan tidak akan menghalang permainan ini," katanya kepada China Press.

Aplikasi Pokemon Go dilaporkan sudah boleh dimuat turun di Malaysia mulai Sabtu.

Beberapa tempat popular di ibu negara seperti Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan pusat beli-belah Sungai Wang menjadi 'destinasi strategik' untuk menangkap makhluk Pokemon'.

Polis telah mengingatkan orang ramai supaya jangan menangkap Pokemon semasa memandu.

Sinchew Daily melaporkan di Kuantan, seorang pemuda menerima saman dengan kompaun RM300 kerana bermain Pokemon Go semasa memandu.

"Apabila polis trafik melihat aplikasi Pokemon Go pada telefon pintar, dia tahu kami sedang menangkap Pokemon.

"Polis itu tersenyum sebelum memberi amaran tidak mengguna telefon semasa memandu. Dia seterusnya mengeluarkan saman," kata pemandu itu.


Krisis Terengganu: Amanah tunggu dan lihat perkembangan sidang DUN esok - Salahuddin

Posted: 07 Aug 2016 05:43 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Amanah mengambil pendirian untuk tunggu dan lihat berhubung perkembangan politik Terengganu yang dilanda krisis kepimpinan, demikian kata Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub.
 
Ujarnya, pelbagai kemungkinan boleh berlaku apabila sidang DUN bermula esok, memandangkan krisis yang berlarutan itu boleh membawa kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut di negeri berkenaan.
 
"Saya rasa kita tunggu sampai esok kerana DUN Terengganu akan bersidang dan ada pelbagai kemungkinan yang akan berlaku, mungkin ada undi tidak percaya (terhadap Ahmad Razif).
 
"Mungkin ada usul yang dikemukakan oleh kumpulan dalam Umno itu sendiri, jadi Amanah mengambil sikap untuk melihat dulu perkembangan itu sehingga esok sebelum kita membuat apa-apa keputusan atau pendirian tentang isu Menteri Besar Terengganu ini," katanya selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Amanah di ibu pejabat parti, hari ini.
 
Krisis politik Terengganu kembali hangat apabila berlakunya pergeseran antara Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dengan bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said.
 
Ia berikutan tindakan Ahmad Said yang memberi kata dua kepada Ahmad Razif agar berundur sebelum beliau mengambil langkah susulan yang akan merubah keadaan politik di negeri itu.
 
Dalam pada itu menurut Salahuddin, kemelut yang melanda Terengganu kini hanya boleh diselesaikan sekiranya kerajaan Umno-BN setuju untuk mengadakan pilihan raya mengejut bagi mengukur sokongan rakyat terhadap kerajaan negeri kini.
 
"Isu ini telah berlarutan agak lama dan saya yakin dan percaya isu ini mampu diselesaikan segera sama ada diadakan pilihan raya negeri kerana sekiranya isu itu tidak selesai bagaimana kerajaan negeri akan membuat bajet negeri bagi tahun hadapan. Ia perlu kepada satu kerajaan baru untuk meluluskan bajet tersebut," katanya.
 
Ahmad Said sebelum ini pernah membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif pada sidang DUN, Mac lalu, namun ditolak Speaker, Datuk Mohd Zubir Embong.
 
Beliau dikatakan sekali lagi akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif dalam sidang DUN yang bermula esok.
 
Malah beliau dalam kenyataan terbarunya menyatakan tidak berminat dengan pilihan raya negeri.
 
Sebaliknya menurut ADUN Kijal itu, beliau hanya ingin melihat penggantinya, Ahmad Razif meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar berkuat kuasa serta merta.
 
Ahmad Razif yang dipetik dari wawancara sebuah akhbar hari ini bagaimanapun berkata, peletakan jawatannya tidak akan menyelesaikan kemelut politik di negeri berkenaan.
 
Malah ADUN Seberang Takir itu turut berkata beliau tidak mempunyai masalah malah tetap bersedia menghadapi PRN sekiranya keadaan 'memaksa' dan bagi memastikan maruah parti tidak tercabar.
 
Amanah sentiasa buka pintu rundingan dengan PAS
 
Dalam pada itu, Salahuddin turut mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan di mana PAS Terengganu tidak akan menyokong usul undi tidak percaya yang bakal dibawa Ahmad Said.
 
"Itu terpulang kepada PAS untuk melanjutkan idea itu dengan semua pihak supaya objektif kita tercapai bukan setakat Terengganu tapi untuk kepentingan rakyat selepas PRU akan datang.
 
"Perbincangan itu sentiasa terbuka, itu sikap yang Amanah jelaskan dari awal lagi, dan kenyataan saya semalam dalam konteks yang lebih besar. Iaitu untuk kita menghadapi Umno BN satu lawan satu dalam PRU akan datang, itu penjelasan yang saya tegaskan daripada awal lagi," katanya.
 
Awal hari ini, Takiyuddin berkata PAS tidak akan bekerjasama dengan Ahmad Said untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN pimpinan Ahmad Razif.
 
Ujarnya, parti itu berpegang kepada pendirian bahawa proses untuk memilih teraju negeri dan negara harus dilakukan melalui cara demokrasi menerusi pilihan raya umum.
 
Namun begitu, Takiyuddin berkata, pihaknya sentiasa memerhati situasi semasa sekiranya pilihan raya negeri tidak dapat dielakkan dan demi kepentingan rakyat, PAS sentiasa bersedia menawarkan khidmat termasuk menerajui kerajaan Terengganu.
 
 

Cari Pokemon tak dapat apa-apa!

Posted: 06 Aug 2016 11:11 PM PDT

Cari Pokemon tak dapat apa-apa!
 

"CARI Pokemon, tak dapat apa-apa. Cari al-Quran, dapat pahala!"

Itu mesej yang disampaikan dalam video promo terbaharu World #QuranHour yang mengajak golongan muda mencintai al-Quran.

Video berdurasi 49 saat itu secara sinis menyindir seorang pemuda yang leka mencari Pokemon yang kemudian diajak bersama-sama menyertai program World #QuranHour yang bakal berlangsung jam 9 pagi pada 9 Zulhijjah nanti.

"Jangan hanya menghabiskan masa mencari Pokemon sepanjang hari. Luangkanlah masa bersama kami," kata mesej yang turut disampaikan pada ruangan video tersebut.

Video itu dimuatnaik menerusi laman akaun Facebook World #QuranHour sejak malam tadi dan telah ditonton oleh 14,000 pelayar setakat ini.

Aplikasi permainan maya, Pokemon GO sudah boleh dimuat turun di negara ini, hari ini.

Para pengguna telefon pintar boleh memuat turun permainan augmented reality yang mencetus fenomena di seluruh dunia ini di Apps Store bagi pengguna iPhone dan Play Store bagi pengguna Android.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berpendapat, karakter Pokemon dan aplikasi permainan Pokemon Go tidak dibenarkan untuk umat Islam atas faktor 'maslahah' dan kemudaratan.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos lepas.


Ketegasan kuatkuasakan undang undang penggubahan wang haram

Posted: 06 Aug 2016 11:03 PM PDT

DR SYED ISKANDAR SYED JAAFAR
 
 
Akta penggubahan wang haram kini menjadi perhatian seluruh dunia dalam melawan pengganas.Akta penggubahan wang haram kini menjadi perhatian seluruh dunia dalam melawan pengganas.


Selepas insiden yang di kenali ramai sebagai 9-11, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan Konvensyen mengenai aktiviti penggubahan wang haram dan menjadikannya sebagai datu kesalahan serius dimana kebanyakan negara seluruh dunia telah menerima pakai Konvensyen berkenaan dengan kelulusan Parlimen negara masing masing.

Di negara kita umpamanya ianya di luluskan pada tahun 2001 dan di kenali sebagai AMLATFAPUAA 2001 (Anti Money Laundering, Anti Terrorist Financing And Proceed of Unlawful Activities Act 2001) Di samping itu juga Parlimen kita meluluskan pelbagai undang undang lain termasuk Mutual Assistance In Criminal Matters Act 2002.

Skop penguatkuasaan undang undang penggubahan wang haram adalah berbentuk global selari dengan era dunia tanpa sempadan yang membawa maksud sekiranya wang yang asalnya sah di sisi undang undang dan melalui beberapa proses tertentu yang menyalahi undang undang dan berakhir di negara lain dengan pembelian harta harta menerusi pelbagai perjanjian jual beli maka negara berkenaan berhak mengambil tindakan tegas menahan, mendakwa dan menghukum semua pihak yang terlibat termasuk juga pihak yang bersubahat bersama penjenayah sekalipun wang berkenaan berasal dari negara lain.

Fokusnya ialah wang berkenaan yang di ambil secara salah telah di belanjakan di negara lain justru negara berkenaan berkuasa bertindak di bawah undang undang penggubahan wang haram negara masing masing.

Ketatnya elemen AMLATFAPUAA 2001 yang diguna pakai di Malaysia yang turut di guna pakai secara intipatinya di seluruh dunia ini ialah contohnya sekiranya seseorang pegawai bank umpamanya mengesyaki ada sesuatu yang pelik dengan satu satu akaun bank umpamanya kemasukkan wang yang begitubanyak ber- mee mee, ber- mihun mihun, ber- kue teow kue teow, ber-laksa laksa maka ianya menjadi tanggung jawap pegawai bank berkenaan melapor terus kepada pihak berkuasa secara diam diam tanpa perlu memaklumkan pegawai atasannya kerana tiada siapa yang benar benar tahu siapa yang terlibat dalam urusan yang disyaki sebagai aktiviti penggubahan wang haram berkenaan.

Pihak berkuasa pula perlu amanah dan bertanggung jawap sebaik sahaja menerima laporan sulit mana mana pegawai bank agar tidak berlaku perkara perkara yang tidak di ingini umpamanya kebocoran maklumat sulit perbankan yang boleh menyebabkan nyawa pihak yang melapor terancam.

Orang yang di syaki terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram boleh di tahan dan mereka yang di tahan di bawah AMLATFAPUAA 2001 tidak akan dapat menikmati prosedur prosedur jenayah biasa yang diperuntukan kepada penjenayah penjenayah biasa di bawah Kanun Acara Jenayah. Hak hak yang dituduh amatlah sedikit sekali jika di siasat dan di dakwa di bawah AMLATFAPUAA 2001.

Justru Akta ini melayan tertuduh seolah olah seperti telah bersalah sebelum di buktikan bersalah oleh Mahkamah walaupun maxims biasa perundangan ialah tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.

Akta ini juga meletakkan tanggung jawap melapor kepada pihak berkuasa aktiviti aktiviti di syaki sebagai penggubahan wang haram kepada pelbagai badan dan pengamal professional malah tanggung jawap dan skop siasatan juga di perluas kepada pelbagai badan penguatkuasa undang undang termasuklah Bank Negara Malaysia, PDRM, SPRM dan sebagainya.

Firma firma guaman umpamanya di wajibkan melapor sekiranya terdapat aktiviti aktiviti mencurigai oleh klien mereka.

Penjenayah yang melakukan penggubahan wang haram ada kalanya terlepas pandang yang pergerakan jumlah wang yang besar sentiasa di pantau oleh pihak berkuasa seluruh dunia.

Justru dana bagaimana besar termasuk samada yang sah atau tidak sah sekalipun akan dapat di kesan pergerakkannya keluar masuk ke sesuatu akaun dengan di pantau oleh pelbagai badan penguatkuasaan undang undang samada dalam negara ataupun di peringkat antarabangsa.

Justru jika ada yang mengaku menerima derma peribadi dalam jumlah yang besar dan tertinggi di dunia maka pergerakan wang daripada akaun penderma dan berakhir kepada akaun si penerima derma akan jelas dapat di kesan segala rekod transaksi atas talian setiap urusniaga.

Maka jika tiada sebarang rekod dijumpai maka kemungkinan besar jawapan derma adalah satu bentuk pembohongan yang perlukan siasatan lanjut oleh para pegawai penyiasat daripada agensi penguatkuasaan berkaitan.

Amat tidak logik umpamanya untuk membawa lebih daripada 20 pesawat komersial A380 atau Boieng 737 700 yang sarat dengan wang tunai kerana ianya satu satu penjelasan yang tinggal sekiranya menerima derma dengan cara tidak dapat dibuktikan oleh apa apa rekod pemindahan daripada penderma.

Begitu juga bila di katakan sebahagian daripada derma telah dipulangkan, tentunya ada rekod rekod atas talian untuk pemulangan wang yang sebegitu banyak atau sekali lagi pemulangan wang berkenaan di angkut secara fizikal menerusi puluhan pesawat komersial.

Seterusnya begitu juga jika dikatakan sebanyak USD94 juta tunai diterima sebagai hadiah oleh seorang pemuda yang tiada apa apa pengalaman dalam pembikinan filem untuk digunakan bagi pembikinan sebuah filem. Justru sepatutnya ada rekod rekod pergerakan asal wang berkenaan daripada mana hinggalah ianya berjaya di masukkan ke dalam akaun si penerima derma.

Jika tiada sebarang rekod, maka satu kemungkinan lain ialah memulangkan berkenaan dengan begitu banyak pesawat komersial secara fizikal. Dan jika ini juga tidak dapat di buktikan oleh saksi saksi berserta dokumen dokumen penyata dan sebagainya, maka ianya makin jelas boleh disimpulkan yang wang berkenaan mungkin di curi daripada mana mana sumber.

Pergerakkan wang wang haram boleh di kesan dengan mudah sekalipun telah melalui beberapa proses masuk keluar ke pelbagai akaun untuk pelbagai sebab yang di reka. Sebab sebab yang di reka juga mudah untuk di semak dandiketahui kerana kesemua sebab biasanya sepatutnya mempunyai pelbagai dokumen sokongan yang boleh di sahkan jika perlu.

Sistem perbezaan undang undang sivil dan jenayah memang di amalkan oleh negara seluruh dunia namun ianya tetap ada perbezaan daripada sesebuah negara.

Amerika umpamanya boleh menjadikan tindakan sivil sebagai juga berakhir dengan pelbagai tindakan tindakan jenayah. Ini jelas bila umpamanya yang mengumumkan tindakan sivil itu ialah peguam negara mereka sendiri di samping memperkenalkan salah seorang pegawai kanan yang berada dalam pasokan tindakan sivilnya ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.

Tindakan menyita aset aset yang dibeli menggunakan wang haram di Amerika adalah campuran permulaan tindakan sivil dan berakhir dengan tindakan jenayah. Umpamanya di negara kita untuk pengedar dadah yang biasanya akan di hukum gantung sampai mati, juga akan di sita harta harta yang di syaki di perolehi atau dibeli menerusi hasil pendapatan aktiviti aktiviti pengedaran dadah.

Justru jenayah serius pengedaran dadah juga boleh melibatkan aktiviti penggubahan wang haram di Malaysia umpamanya menggunakan wang hasil dadah untuk membuka pelbagai perniagaan perniagaan yang sah di sisi undang-undang.

Demikian juga adalah tidak tepat untuk mengandaikan kerana negara kita tidak komplen mengenai kehilangan dana berbiliion dollar Amerika maka pihak negara luar tidak berkuasa mengambil apa apa tindakan. Ianya mungkin sedikit benar sebelum insiden 9-11 namun selepas insiden berkenaan kebanyakkan negara negara seluruh dunia menerima pakai konvensyen PBB berkaitan Penggubahan Wang Haram yang secara jelas membolehkan mana mana negara yang dilibatkan menerusi pergerakkan wang wang haram di atas talian negara negara berkenaan untuk mengambil tindakan di bawah pelbagai provisi jenayah penggubahan wang haram di negara masing masing.

Untuk lebih seimbang, perlu juga di sebut disini tentang wujudnya prosedur di bawah AMLATFAPUAA 2001 dimana permohonan boleh di buat untuk mengeluarkan sedikit wang wang yang telah di sita untuk tujuan membayar gaji pekerja pekerja serta menyara hidup keluarga tertuduh. Mahkamah berkuasa memberikan pertimbangan sewajarnya berdasarkan fakta kes, saksi saksi dan dokumen dokumen berkaitan yang di kemukakan semasa membuatpermohonan berkenaan.

AMLATFAPUAA 2001 tidak akan memulangkan semula apa apa wang yang di sita sekalipun sekiranya Mahkamah mendapati tiada kesalahan telah dilakukan. Justru permohonan perlu di buat pada Mahkamah selepas keputusan tidak bersalah di sampaikan oleh YA Hakim.

Negara luar tidak akan campurtangan dalam penguatkuasaan undang undang jenayah negara kita umpamanya kesalahan mencuri, merompak, menyamun, menipu, pecah amanah dan sebagainya kerana ianya kesalahan di bawah Kanun Kesiksaan yang di dakwa mengikut prosedur prosedur di bawah Kanun Acara Jenayah negara kita.

Namun negara luar berhak mengambil tindakan jenayah penggubahan wang haram sebaik sahaja wang wang haram ini melalui sistem pergerakkan secara atas talian di negara negara mereka, apatah lagi di negara akhir wang berkenaan di belanjakan atau di joli. Justru salah faham mengenai negara luar tidak mempunyai kuasa langsung amatlah perlu di betulkan.

Seterusnya penahanan penjenayah VVIP oleh pasokan penguatkuasaan undang undang tidak memerlukan sebarang arahan daripada Yang Di Pertuan Agong ataupun Peguam Negara kerana jenayah serius telah berlaku.

Di bawah Akta Polis 1967, IGP berkuasa penuh terhadap pasokan PDRM dalam hal hal jenayah menerusi 'full command and control of the police force'. Menteri juga tidak berkuasa ke atas IGP justru masyarakat menanti tindakan IGP apatah lagi pasukan PDRM sendiri yang mana maruah pakaian seragam PDRM perlu di hormati demi menjaga moral anggota dan pegawai PDRM yang akan melihat penjenayah di banteras tanpa memilih bulu.

Gelaran Di Raja

Cuma satu anugerah kepada pasukan polis persekutuan (kini PDRM) yang di kurniakan oleh Yang Di Pertuan Agong pada tahun 1958 berbanding dengan kuasa Yang Di Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera di sebut dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan dan turut di sahkan berkali kali dalam beberapa seksyen di bawah Akta Angkatan Tentera 1972.

Seterusnya, IGP juga tidak perlu bertanyakan kebenaran Peguam Negara untuk menahan mana mana VVIP yang melakukan jenayah berat memandangkan kuasa Peguam Negara berbeza dengan kuasa IGP. Kuasa Peguam Negara ialah kuasa mendakwa namun Mahkamah turut mempunyai kuasa mengarahkan siasatan dan pendakwaan jika berasas di bawah Kanun Acara Jenayah.

Justru, sistem perundangan kita yang telah sedia baik tidaklah perlu dipersia siakan begitu sahaja. Yang mustahak sekali ialah semua yang di amanahkan untuk menjalankan tugas cuma perlu mula belajar menjalankan tugas dengan betul serta, 'without fear or favour' bagi menjaga kedaulatan undang undang serta menjamin keluhuran perlembagaan persekutuan yang merupakan undang undang tertinggi negara kita—sesuailah dengan gaji dan pelbagai faedah menarik yang dibayar oleh rakyat untuk menjaga kepentingan rakyat tanah air kita sendiri, InshaaAllah.

* Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar adalah Peguambela & Peguamcara.

Isu jambatan Pulau Pinang ketiga ditutup, kata Fadillah

Posted: 06 Aug 2016 11:00 PM PDT

BERNAMA
 
 
Permohonan Lim Guan Eng dianggap tidak munasabahPermohonan Lim Guan Eng dianggap tidak munasabah


Kementerian Kerja Raya menganggap isu pembinaan jambatan Pulau Pinang ketiga dan tiga jalan iringan seperti yang dicadangkan kerajaan Pulau Pinang sudah ditutup berikutan ketiadaan dokumen sokongan mengenainya yang dikemukakan kepada kementerian itu.

Dalam satu kenyataan, Menteri berkenaan, Datuk Seri Fadillah Yusof, juga menegaskan bahawa beliau tidak ingin terlibat dengan politik kenyataan akhbar 'ping-pong' yang tidak diperlukan berhubung projek yang dicadangkan itu.

"Saya adalah Menteri Kerja Raya dan saya berada di sini untuk bekerja demi manfaat semua, termasuk Pulau Pinang - bukan untuk melibatkan diri dengan politik kenyataan akhbar ping-pong.

"Saya anggap perkara ini sudah ditutup, tetapi akan melihatnya kembali sebaik sahaja Kerajaan Pulau Pinang sedia bekerjasama dan laporan yang diperlukan dikemukakan tahun depan seperti yang dijanjikan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng," katanya.

Dalam kenyataan bertarikh 4 Ogos, Fadillah mengingatkan Lim bahawa sebarang projek infrastruktur besar untuk pengangkutan, khususnya yang merentasi laut, tidak boleh wujud secara bersendirian dan akan mempunyai kesan terhadap aliran trafik di sekitar jalan sedia ada atau jalan yang dirancang serta laluan laut.

Beliau berkata kementerian itu akan dianggap mengabaikan tanggungjawabnya sekiranya ia meluluskan sesuatu projek yang boleh memberi kesan negatif kepada lalu lintas di kawasan sekitar atau menimbulkan kesulitan di pelabuhan berdekatan.

Menurut beliau, kementerian itu juga ingin melihat laporan kajian kemungkinan dan reka bentuk yang memerlukan kerajaan Pulau Pinang menanggung kos hingga RM305 juta.

"Adalah tidak logik sekiranya kementerian saya meluluskan sesuatu projek infrastruktur besar melibatkan kos berbilion ringit hanya berdasarkan surat setebal dua halaman, tanpa menerima sebarang dokumen sokongan, unjuran penjajaran laluan dan aliran trafik," katanya.

Fadillah berkata kerajaan Pulau Pinang mengesahkan bahawa kajian kemungkinan dan reka bentuk terperinci mengenai tiga jalan iringan berkenaan telah 100 peratus siap, manakala laporan mengenai terowong pula sudah 83 peratus siap.

"Kementerian kami mengemukakan permintaan sebanyak lima kali dalam tempoh tiga bulan lepas agar mereka mengemukakan dokumen itu bagi menyokong permohonan mereka, tetapi mereka berulang kali enggan berbuat demikian," katanya.

Fadillah juga berkata kementerian itu menganggap permohonan untuk membina jambatan Pulau Pinang ketiga tidak lagi bersifat mendesak berikutan kelewatan dalam memulakan pembinaannya.

"YB Lim memberitahu akhbar minggu lepas bahawa beliau telah mengemukakan laporan itu, tapi sekarang, apa yang mengejutkan ialah beliau berkata beliau hanya boleh mengemukakannya menjelang awal tahun depan," kata Fadillah.

Cakap Rahman Dahlan 'hanya orang bodoh tak tahu MO1' diserang netizen

Posted: 06 Aug 2016 10:58 PM PDT

ARIF ATAN
 
 
Hanya orang bodoh tak tahu MO1 kata Abdul Rahman DahlanHanya orang bodoh tak tahu MO1 kata Abdul Rahman Dahlan


"Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu," ujar Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan malam tadi.

Bagaimanapun, kenyataan Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud pada sidang media selepas merasmikan perhimpunan agung tahunan Umno bahagian Kepong itu hanya mengundang 'serangan' netizen.

Lebih mengundang kritikan pengguna Facebook apabila ahli Majlis Tertinggi Umno tersebut menafikan Malaysian Official 1 yang disebut 36 kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) itu sebagai merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kalau tak Najib MO 1 (Malaysian Official 1), siapa lagi? Hanya orang bodoh sahaja yang tidak tahu macam Rahman Dahlan," bidas Annuar Salleh.

Pengguna Facebook, Ishak Majid pula berkata, "macam cakap kat diri sendiri je" manakala Low Kam Fai menulis, "Percubaan yang baik tetapi langsung tidak masuk akal dan buat kamu (Rahman Dahlan) kelihatan bodoh atau terencat."

Sementara itu, Lee Sau Min berpendapat panggilan Malaysian Official 1 merupakan ganti nama seseorang yang berkuasa atau berautoriti dalam menentukan sesuatu keputusan.

"Ganti nama sering digunakan untuk menunjukkan kedudukan, kuasa dan peranan," jelasnya lagi.

Tidak kurang 'tajamnya', apabila Anjang Aki menganggap kenyataan Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut menjejaskan nama baik kalangan guru yang mendidiknya sebelum ini.

"Jawapan dan penjelasan yang begitu dangkal dan dungu, maka sudah diketahui taraf mana minda dan kecerdikan Rahman Dahlan ini. Sayang, memalukan guru-guru yang pernah mengajarnya dulu," tegasnya.

Dokumen undang-undang yang diumumkan oleh Peguam Negara AS, Loretta Lynch pada 20 Julai lalu memaklumkan Malaysian Official 1 sebagai pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia dan memegang jawatan yang berkuasa dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Turut dinyatakan sebanyak AS$731 juta (RM2.95 bilion) disalurkan dari 1MDB ke dalam akaun bank milik Malaysian Official 1.

Untuk rekod, The Wall Street Journal pada Julai tahun lalu mendedahkan sejumlah wang hampir AS$700 (RM2.6 bilion) juta dipindahkan ke akaun peribadi Najib.

Tidak lama selepas itu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu rakaman video yang kemudiannya viral memberitahu Najib mengakui memperoleh wang itu daripada seorang individu di Timur Tengah.

Terpaksa berhenti di tepi lebuh raya, ‘wabak’ Pokemon undang bahaya?

Posted: 06 Aug 2016 10:54 PM PDT

ARIF ATAN


Nahas jalan raya selepas ini dibimbangi bakal berpunca daripada ketagihan PokemonNahas jalan raya selepas ini dibimbangi bakal berpunca daripada ketagihan Pokemon


Golongan muda terutamanya dilihat mulai dilanda 'wabak' ketagihan permainan telefon bimbit baharu, Pokemon Go apabila mulai dilancarkan secara rasmi di Malaysia semalam.

Laman Facebook, Pokemon Go Malaysia setakat hari ini dengan lebih 59,000 pengikut turut memuatkan perkongsian pengalaman mereka yang cuba untuk menangkap makhluk animasi tersebut.

Antaranya, Khalif Samsudin ketika dalam perjalanan dari Bangi ke rumahnya di Shah Alam melalui Lebuhraya Baru Pantai lewat tengah malam tadi.

"Terpaksa stop tepi highway (bagi signal walaupun tetap salah) just untuk tangkap this majestic creature Pikachu!" akuinya meceritakan pengalamannya mencari dan menangkap karakter maya Pokemon seperti Pikachu di lokasi alam nyata.

Sementara itu, pengguna Facebook, Ainul Azie Azuren mengakui seronok dengan permainan yang boleh dimuat turun secara percuma menerusi Android atau telefon iPhone itu.

"Wah, bestnya dapat Pikachu. First time main jadi ketagih. Lepas ni kena slow down sikit. Memang bahaya, haha," ujarnya lagi.

Pada masa sama, Facebook 'Pokemon Go Malaysia' juga menjadi ruang bagi ramai lagi anak muda berkongsi cara dan tips permainan berkonsepkan integrasi dunia nyata dan maya itu.

Selepas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengumumkan pengharaman Pokemon Go dan Pokemon itu kelmarin, Kelantan akan memutuskan status permainan siber itu bulan depan manakala Kedah pula akan menelitinya lebih lanjut.

Bakal parti Mahathir bukan serpihan dan boleh celakakan Umno, kata Bung Moktar

Posted: 06 Aug 2016 10:37 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Parti Mahathir boleh celakakan Umno kata Bung MokhtarParti Mahathir boleh celakakan Umno kata Bung Mokhtar


Parti baharu yang bakal ditubuhkan Tun Mahathir Mohamad tidak boleh dianggap enteng (remeh) atau seolah ia hanya parti serpihan dan tidak mendatangkan apa-apa ancaman kepada Umno. Inilah masanya untuk Umno fokus ke arah memperkuatkan parti supaya beri keyakinan kepada ahli dan rakyatnya.

Malah parti Tun Dr Mahathir Mohamad itu mampu 'mencelakakan' Umno jika penubuhan parti itu dianggap remeh oleh ahli dan kepimpinan Umno.

Kebimbangan itu disuarakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin yang senada dengan kenyataan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin bahawa parti baharu Dr Mahathir mampu bertahan lama dan bergerak jauh.

"Kalau ahli Umno leka, maka kesilapan besar akan berlaku dan Umno bakal 'dicelakakan' oleh parti pembangkang," katanya seperti dilaporkan FMT.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu juga mengakui, status parti tertua tidak akan memberi jaminan kepada Umno, parti Melayu itu untuk kekal memerintah.

"Walaupun Umno sebuah parti yang berjaya tetapi sejarah tidak akan membantu Umno untuk terus kekal sebagai pemerintah, kecuali Umno sendiri melibat gandakan usaha ke arah itu," katanya.

Terdahulu kebimbangan sama disuarakan Khairy apabila mengingatkan pemuda Umno supaya tidak mengambil mudah penubuhan parti baharu Dr Mahathir dengan beranggapan parti kecil itu tidak akan bertahan lama.

Katanya, adalah terlalu angkuh untuk menganggap sedemikian kerana parti baharu itu ditunjangi nama-nama besar seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir selain Dr Mahathir sendiri.

Perkembangan terkini dalam Umno khususnya di Sabah memang jelas kritikal  selepas Datuk Seri Shafei Afdal meninggalkan parti itu.

Di bahagian Semporna kini tidak mempunyai ketua bahagian, naib ketua bahagian, pengerusi tetap, ketua wanita dan ketua pemuda kerana keluar kesemuanya didkwa keluar daripada daripada Umno bersama beberapa barisan ahli jawatankuasanya.

"Tidak tahu siapa yang hendak dipilih menjadi ketua kerana pemimpin yang ada hanyalah timbalan ketua bahagian Semporna iaitu Datuk Seri Nasir Tun Sakaran sedangkan ada juga dalam kalangan ahli yang mahukan Ramlee memimpin Umno Bahagian Semporna.

"Begitu juga dengan ketua wanita dan pemudanya yang masih belum ada pengganti apalagi barisan ahli jawatankuasa yang difahamkan tinggal dua orang yang masih setia bersama Umno. Akibatnya, mesyuarat tidak boleh diadakan kerana ramai yang berminat untuk mendapatkan jawatan yang telah dikosongkan itu," katanya seperti dipetik.

Sebelum ini, jawatan ketua bahagian Umno Semporna disandang oleh bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, naib ketua Adun Sulabayan, Jaujan Sambakong, pengerusi tetap ialah Datu Eranza Datu Saribu, Ketua Wanita, Manismuka Dara dan Ketua Pemuda, Mohd Aziz Jamman.

Kesemua pemimpin itu telah mengambil keputusan keluar parti bersama Mohd Shafie yang digantung tugas sebagai naib presiden Umno kerana mengkritik presiden parti, Datuk Seri Najib Razak secara terbuka atas pentas parti pembangkang.

Fasa SRC: Perkara belum selesai dalam skandal 1MDB

Posted: 06 Aug 2016 10:37 PM PDT

MALAYSIAKINI


Pengumuman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bulan lalu bahawa ia telah merampas kira-kira AS$ 1 bilion aset yang diperolehi melalui dana yang didakwa dicuri daripada 1MDB menandakan satu peristiwa penting dalam mendedahkan skandal global itu.

Ini kerana buat pertama kali jejak yang lengkap dan terperinci mengenai wang yang disalahgunakan telah diletakkan dalam rekod awam.

Dalam kenyataan 136 mukasurat, DOJ menggariskan bagaimana AS$ 3,657 bilion (RM14.7 bilion) telah dicuri dari 1MDB dalam tiga fasa, yang disebut sebagai fasa Good Star, fasa Aabar-BVI dan fasa Tanore.

Bagaimanapun, penyiasat Switzerland seawal Januari tahun ini telah merujuk kepada empat fasa dan meletakkan jumlah keseluruhan yang disalahgunakan kira-kira AS$ 4 bilion (RM16 bilion).

Dalam satu kenyataan meminta bantuan bersama Malaysia pada 29 Januari, Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland menyifatkan tiga daripada empat komponen itu seperti 'PetroSaudi', 'Genting / Tanjong' dan 'ADMIC'.

Ini pada dasarnya sama dengan fasa disebut oleh DOJ.

OAG menamakan jejak wang itu berdasarkan syarikat yang terlibat dalam urus niaga perniagaan dengan 1MDB tetapi telah digunakan bagi pengubahan wang haram sedangkan DOJ menggunakan nama entiti luar pesisir di mana wang itu kemudian dialihkan.

Fasa keempat, yang tiada dalam makluman DOJ, telah disebut oleh OAG sebagai 'SRC'.

Ini adalah merujuk kepada SRC International Sdn Bhd, anak syarikat 1MDB yang kemudiannya diletakkan di bawah kementerian kewangan pada tahun 2012.

OAG Swiss dalam emel kepada Malaysiakini mengesahkan bahawa dana SRC adalah sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan.

"Pelaburan SRC juga disiasat dalam rangka prosiding jenayah yang dibuka pada bulan Ogos 2015," katanya.

Fasa SRC, seperti tiga fasa lain yang dinyatakan dalam makluman DOJ itu, dimulakan dengan pengumpulan dana besar-besaran.

Saya terima hakikat akan masuk 'ke dalam', kata Lim

Posted: 06 Aug 2016 10:35 PM PDT

Susan Loone


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau mungkin akan dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa ke atas tawaran hartanah, di mana pemimpin DAP itu mendakwa ia adalah rekaan BN sebagai sebahagian daripada sekatan ke atas pemimpin pembangkang.

Lim yang tetap mengatakan tidak bersalah atas tuduhan rasuah itu berkata kepada ahli-ahli parti di Kuching pada malam Jumaat supaya tidak "tawar hati" dan meneruskan perjuangan untuk "menyelamatkan Malaysia".

"Mereka berkata, kamu mahu mengadakan pilihan raya negeri kerana kamu mahu mengalihkan perhatian. Kerana kamu mahu untuk menyelamatkan Lim Guan Eng," kata Lim pada majlis makan malam kutipan dana bagi menampung kos guaman beliau.

"Tetapi sama ada kita menang pilihan raya ini, saya tidak fikir kamu boleh menyelamatkan Lim Guan Eng. Kita tidak boleh menyelamatkan Lim Guan Eng kerana BN mahu menghabiskan Lim Guan Eng. Saya telah menerima itu," katanya.

Lim telah ditangkap pada 29 Jun dan didakwa pada hari berikutnya atas dakwaan menggunakan kedudukannya untuk membeli rumah di bawah nilai pasaran, iaitu kesalahan yang membawa sehingga dua tahun penjara.

Beliau juga berdepan tuduhan kedua menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan untuk dirinya dan isterinya dengan meluluskan permohonan untuk menukar tanah pertanian kepada tanah kediaman.

Sekiranya sabit kesalahan ia membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda.

Jika hukuman penjara atau didenda lebih RM2,000, Lim akan dilucutkan kerusi di dewan undangan negeri dan dihalang daripada politik selama lima tahun.

"Saya telah menerima hakikat bahawa saya akan masuk (Penjara). Tetapi saya akan berjuang dengan pelbagai cara. Saya tidak akan berundur. Dan walaupun anda tidak boleh menyelamatkan Lim Guan Eng, kami percaya anda masih boleh menyelamatkan Malaysia.

"Anda masih boleh selamatkan Pulau Pinang. Anda masih boleh selamatkan Sarawak. Anda masih boleh selamatkan semua negeri di Malaysia,"kata Lim.

"Kita tidak akan kecewa dengan kekalahan kita di Sarawak. Kita tahu ia adalah sukar apabila anda mempunyai seorang Ketua Menteri baru yang mengatakan semua perkara yang betul, tetapi tidak semua perkara yang tidak baik."

Semasa majlis makan malam itu, yang dihadiri sekurang-kurangnya 500 penyokong dan pemimpin DAP Sarawak, Lim berkata komponen pembangkang telah mendesak sebelum akur kepada permintaan PKR untuk tidak mengadakan pilihan raya kerana mungkin pertembungan pelbagai penjuru.



Pakar beri amaran tindakan penyerang solo 7 Ogos 2016 Militan Daesh Gambar hiasan KUALA LUMPUR - Berikutan cara terbaru yang digunakan kumpulan pengganas Daesh untuk menyebarkan propaganda mereka melalui Internet, para pakar memberi amaran kepada rakyat Malaysia tentang bahaya serta ancaman penyerang solo yang menjalani radikalisasi kendiri. Menurut mereka, rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan Daesh menyeru rakan senegara mereka supaya berjuang bersama kumpulan itu setelah kumpulan pengganas tersebut mengiktiraf kumpulan Abu Sayyaf yang berpangkalan di selatan Filipina sebagai sebahagian daripada anggota "khalifah" Negara Islam. Penganalisis politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malik berkata kini, Daesh menggalakkan penyokong mereka "berjihad" di negara masing-masing, tanpa perlu membentuk sebarang pertubuhan. Beliau merujuk kepada video menggerunkan selama 21 minit yang dimuat naik di media sosial pada 23 Jun yang menyeru rakyat Malaysia supaya menyertai saudara mereka di Filipina yang diamanahkan Daesh menerajui "tentera khalifah" tersebut. Video itu menunjukkan rakyat Malaysia, Mohd Rafi Udin, juga dikenali sebagai Abu Aun al-Malysi, menyeru mereka yang bersimpati dengan Daesh, tetapi tidak dapat ke Mindanao, supaya melancarkan "jihad" mereka secara bersendirian di bumi Malaysia dengan menggunakan apa jua cara yang mereka mampu. Mohd Rafi berkata, mereka yang melafazkan sumpah taat setia kepada gerakan "khalifah' itu, walaupun hanya di dalam hati, perlu membunuh semua pihak yang menentang mereka, tanpa mengira tempat dan dengan apa jua cara sekali pun. “Bunuhlah mereka di mana saja kalian ketemu mereka. Kalian punya kenderaan, langgarlah mereka. Kalian punya senjata atau hanya pisau kecil, tikamlah dada mereka. Jangan kalian takut,” kata Mohd Rafi dalam video itu. Menurut Maszlee, apa yang jelas daripada video itu ialah Daesh menggalakkan penggunaan kaedah baharu untuk melakukan kemusnahan - serangan secara solo. “Serangan secara solo dilakukan individu yang menjalani radikalisasi kendiri dan bersimpati dengan Daesh. Mereka sanggup melakukan serangan secara bersendirian dan menganggapnya sebagai suatu ‘jihad’. “Inilah yang berlaku di Puchong. Seruan Rafi Udin itu jelas sekali merupakan suatu perintah daripadanya kepada penyerang solo. Ia bukan serangan yang diatur atau dirancang dengan kemas. Beberapa individu yang bersimpati dengan kumpulan itu menyahut seruan tersebut untuk melancarkan serangan secara bersendirian," katanya. Pada 28 Jun, lapan orang cedera apabila sebutir bom tangan meletup di sebuah pusat hiburan di Puchong. Polis kemudian mengsahkan letupan itu adalah angkara dua penyokong Daesh. Ketika menyuarakan kebimbangan serupa, pakar geostrategi Prof Dr Azmi Hassan berkata propaganda Daesh merupakan" lakonan kelas satu" yang mampu menawan simpati orang ramai terhadap kumpulan itu. Menurut beliau, ikrar taat setia kumpulan Abu Sayyaf terhadap Daesh akan mendorong mereka yang bersimpati dengan Daesh untuk menyertai kumpulan itu. “Tanpa perlu pergi ke Syria atau Iraq, sekarang mereka boleh pergi ke selatan Filipina dan berjuang di samping Abu Sayyaf. Ini memberi tekanan secara langsung kepada negara kita kerana radikalisasi boleh berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya. Azmi berkata penggabungan itu juga bermakna Abu Sayyaf akan mendapat bantuan dalam bentuk wang dan kepakaran daripada Daesh. Walaupun tidak pasti sama ada Abu Sayyaf sudah menerima bantuan itu, tetapi kata beliau, hubungan tersebut adalah sesuatu yang amat berbahaya bagi Malaysia dan rantau ini. - Bernama

Posted: 06 Aug 2016 10:32 PM PDT

SINAR HARIAN
Militan Daesh
Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Berikutan cara terbaru yang digunakan kumpulan pengganas Daesh untuk menyebarkan propaganda mereka melalui Internet, para pakar memberi amaran kepada rakyat Malaysia tentang bahaya serta ancaman penyerang solo yang menjalani radikalisasi kendiri.

Menurut mereka, rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan Daesh menyeru rakan senegara mereka supaya berjuang bersama kumpulan itu setelah kumpulan pengganas tersebut mengiktiraf kumpulan Abu Sayyaf yang berpangkalan di selatan Filipina sebagai sebahagian daripada anggota "khalifah" Negara Islam.

Penganalisis politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malik berkata kini, Daesh menggalakkan penyokong mereka "berjihad" di negara masing-masing, tanpa perlu membentuk sebarang pertubuhan.

Beliau merujuk kepada video menggerunkan selama 21 minit yang dimuat naik di media sosial pada 23 Jun yang menyeru rakyat Malaysia supaya menyertai saudara mereka di Filipina yang diamanahkan Daesh menerajui "tentera khalifah" tersebut.

Video itu menunjukkan rakyat Malaysia, Mohd Rafi Udin, juga dikenali sebagai Abu Aun al-Malysi, menyeru mereka yang bersimpati dengan Daesh, tetapi tidak dapat ke Mindanao, supaya melancarkan "jihad" mereka secara bersendirian di bumi Malaysia dengan menggunakan apa jua cara yang mereka mampu.

Mohd Rafi berkata, mereka yang melafazkan sumpah taat setia kepada gerakan "khalifah' itu, walaupun hanya di dalam hati, perlu membunuh semua pihak yang menentang mereka, tanpa mengira tempat dan dengan apa jua cara sekali pun.

"Bunuhlah mereka di mana saja kalian ketemu mereka. Kalian punya kenderaan, langgarlah mereka. Kalian punya senjata atau hanya pisau kecil, tikamlah dada mereka. Jangan kalian takut," kata Mohd Rafi dalam video itu.

Menurut Maszlee, apa yang jelas daripada video itu ialah Daesh menggalakkan penggunaan kaedah baharu untuk melakukan kemusnahan - serangan secara solo.

"Serangan secara solo dilakukan individu yang menjalani radikalisasi kendiri dan bersimpati dengan Daesh. Mereka sanggup melakukan serangan secara bersendirian dan menganggapnya sebagai suatu 'jihad'.

"Inilah yang berlaku di Puchong. Seruan Rafi Udin itu jelas sekali merupakan suatu perintah daripadanya kepada penyerang solo. Ia bukan serangan yang diatur atau dirancang dengan kemas. Beberapa individu yang bersimpati dengan kumpulan itu menyahut seruan tersebut untuk melancarkan serangan secara bersendirian," katanya.

Pada 28 Jun, lapan orang cedera apabila sebutir bom tangan meletup di sebuah pusat hiburan di Puchong. Polis kemudian mengsahkan letupan itu adalah angkara dua penyokong Daesh.

Ketika menyuarakan kebimbangan serupa, pakar geostrategi Prof Dr Azmi Hassan berkata propaganda Daesh merupakan" lakonan kelas satu" yang mampu menawan simpati orang ramai terhadap kumpulan itu.

Menurut beliau, ikrar taat setia kumpulan Abu Sayyaf terhadap Daesh akan mendorong mereka yang bersimpati dengan Daesh untuk menyertai kumpulan itu.

"Tanpa perlu pergi ke Syria atau Iraq, sekarang mereka boleh pergi ke selatan Filipina dan berjuang di samping Abu Sayyaf. Ini memberi tekanan secara langsung kepada negara kita kerana radikalisasi boleh berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya.

Azmi berkata penggabungan itu juga bermakna Abu Sayyaf akan mendapat bantuan dalam bentuk wang dan kepakaran daripada Daesh.

Walaupun tidak pasti sama ada Abu Sayyaf sudah menerima bantuan itu, tetapi kata beliau, hubungan tersebut adalah sesuatu yang amat berbahaya bagi Malaysia dan rantau ini. - Bernama


Shafie ibarat 'nakhoda kapal hilang kompas'

Posted: 06 Aug 2016 10:29 PM PDT

SINAR HARIAN
Shafie Afdal
Shafie Afdal


KOTA KINABALU - Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal diibaratkan seperti 'nahkoda kapal kehilangan kompas' kerana tidak tahu haluan politiknya.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Kinabalu, Mohd Bahrin Abd Karim berkata, sejak mengumumkan keluar daripada Umno, pendirian politik Mohd Shafie tidak konsisten, malah kini bersekongkol dengan pembangkang yang pernah dikritiknya dahulu.

"Dia (Shafie) menjaja slogan Sabah untuk orang Sabah, tetapi belum lagi memilih parti mana untuk dijadikan landasan.

"Jika benar dia mahu berjuang untuk Sabah, bermakna dia bukan sehaluan dengan konco-konconya seperti bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya ketika ditemui
selepas perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kota Kinabalu hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Bahrin mengingatkan rakyat negeri ini supaya berhati-hati dan berwaspada dengan taktik politik Mohd Shafie kerana matlamat utama beliau adalah untuk perjuangan politiknya sahaja.

Beliau berkata, sepanjang Mohd Shafie dalam kabinet Persekutuan, tidak banyak perubahan dan kemajuan dibawanya untuk negeri ini.

"Masih ramai penduduk luar bandar tidak menikmati kemudahan yang sepatutnya disalurkan semasa dia menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah seperti bekalan elektrik, air dan perumahan luar bandar," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Bahrin turut menjelaskan bahawa Mohd Shafie bukan pelopor atau antara pemimpin yang bertanggungjawab membawa Umno ke negeri ini seperti dakwaan pelbagai pihak.

"Dalam rekod, namanya tidak tersenarai sebagai ketua penaja di mana-mana bahagian. Sepanjang menjadi Naib Presiden Umno pun, Mohd Shafie hanya sekali-sekala menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Umno Sabah.

"Ini menunjukkan sikap ego beliau yang melihat kita di Sabah mungkin rendah statusnya berbanding dia sebagai Naib Presiden Umno ketika itu," katanya. - Bernama


Semua negeri digesa haram Pokemon Go

Posted: 06 Aug 2016 10:26 PM PDT

Pokemon GO


IPOH - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menggesa semua negeri mengisytiharkan permainan siber Pokemon Go dan Pokemon sebagai haram.

Menurutnya, tindakan itu perlu dibuat memandangkan permainan berkenaan dibimbangi mempunyai unsur perjudian selain mampu melalaikan masyarakat termasuk umat Islam.

"Perkara berkaitan pengharaman permainan ini saya ada ulas sejak minggu lepas lagi. Sebarang perkara yang melibatkan perjudian dan melalaikan, ia adalah haram.

"Bagi saya, pengharaman permainan ini perlu dibuat dan melibatkan semua negeri di Malaysia," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, perkara yang sudah sedia haram juga tidak perlu dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Fatwa Negeri sepertimana hukum ditetapkan terhadap arak.

"Tak perlu perbincangan sebab permainan itu sudah jelas haram dan bertentangan dengan Islam," katanya.

Sebelum ini, Wilayah Persekutuan menjadi negeri pertama yang mengisytiharkan permainan siber Pokemon Go dan Pokemon sebagai haram.

Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan, Isnin lalu, selepas penelitian bersandarkan nas dan faktor maslahah serta kemudaratan yang boleh berlaku.

Kelmarin, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos lalu memutuskan karakter Pokemon dan aplikasi permainan Pokemon Go tidak dibenarkan untuk umat Islam atas faktor 'maslahah' dan kemudaratan.

Katanya, setelah meneliti pendapat para ulama dan fatwa yang dikeluarkan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini memudaratkan.

"Di samping itu, mengiakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa dan ditambah boleh membawa kepada perjudian, maka kami berpendapat bahawa hujah dikemukakan tentang hukum bermain Pokemon sebagai haram, mempunyai asas kuat.

"Manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes-kes yang sudah berlaku seperti pengintipan pihak luar, pencerobohan ruang peribadi, faktor keselamatan serta kemalangan, kelalaian dan sebagainya," katanya.

Zulkifli berkata, pihak jawatankuasa Mufti Wilayah Persekutuan mengesyorkan agar masyarakat memilih bentuk permainan yang mencergaskan minda, tidak melalaikan, serta tidak mempunyai usur khurafat.

Untuk rekod, setakat ini, Pokemon Go telah diharamkan di Arab Saudi.

Tamat perlawanan, padang kecoh

Posted: 06 Aug 2016 10:23 PM PDT

SINAR HARIAN
Tamat perlawanan, padang kecoh
- Foto Sinar Harian
 

SEKURANG-kurangnya dua penyokong pasukan bola sepak JDT dan seorang jurufoto akhbar NSTP cedera dipercayai akibat terkena balingan objek keras dalam kekecohan yang berlaku di Stadium Perak di Ipoh, malam tadi.‎

Kekecohan berlaku selepas tuan rumah, Perak kalah 0-1 kepada pasukan pelawat 'The Southern Tigers' dalam saingan Liga Super.

Ketika penyokong JDT berada di tengah padang bagi meraikan kemenangan itu, provokasi tercetus sehingga menyebabkan para penyokong kedua-dua pasukan saling membaling botol minuman selain turut melontar mercun.

Setengah jam kemudian, kira-kira 1,000 penyokong JDT diarahkan oleh pihak keselamatan untuk berkumpul di tengah padang sebagai langkah keselamatan selama hampir satu jam.

Sementara itu, jurufoto NSTP yang cedera, Supian Ahmad, 36, mendakwa beliau diserang penyokong JDT di tengah padang selain dipijak di beberapa bahagian badan.

"Kamera saya yang bernilai kira-kira RM30,000 juga dirampas dan saya mengalami kecederaan di kaki, mata dan perut akibat dipijak," katanya. - Bernama