Jumaat, 22 Julai 2016

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MESYURAT TERGEMPAR

Posted: 22 Jul 2016 07:30 PM PDT







MENTERI

KEEWANGAN

DAN

PENGERUSI

LEMBAGA 1MDB

AKAN 

MENGADAKAN

PERJUMPAAN

TERGEMPAR 

DENGAN PM

DI PEJABAT PMO

UNTUK JAWAB

TUDUHAN 

LORETTA LYNCH

PEGUAM NEGARA

AMERIKA


-----------

PERLU BERTINDAK SEGERA

Posted: 22 Jul 2016 06:30 PM PDT




BERTINDAK SEGERA
Umno perlu bertindak segera:

 A. Tawarkan (tukar) loretta ke pmo 

B. Umumkan (paksa) loretta bersara atas sebab: (a)peribadi (b)keluarga (c)perniagaan (d)kesihatan 

C. Dakwa (jel) loretta bawah akta: (a)rahsia rasmi kerajaan (b)whistleblower protection (c)memerangi agung (d)hudud 

D. Tempatkan (kebumi) loretta dalam:
(a)tong drum isi simen ketika masih hidup 
(b)kereta rentung dibakar ketika telah pengsan didera 
(c)hutan puncak alam ketika telah berkecai tulang temulang dic4 on 
SELESAIKAN KES 1MDB SDENGAN CEPAT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/22/16






----------

APA CINA TEMBAM CURI

Posted: 22 Jul 2016 05:30 AM PDT




CINA TEMBAM

CURI DUIT 1MDB

BELI HARTA INI

SEKARANG HARTA

KENA RAMPAS


In addition to funding "The Wolf of Wall Street," staggering amounts of stolen cash were spent on luxuries that the feds are seeking to have forfeited, including:
  • 1 - A-  $5.5 million Vincent van Gogh drawing.
  • 2 - Two paintings by Claude Monet valued at $92.5 million.
  • 3 - A - $240 million stake in the Park Lane Hotel at 36 Central Park South.
  • 4 -The $50.9 million penthouse at the Walker Tower in Chelsea.
  • 5 - A $35 million Bombardier jet.
  • 6 - The $44.8 million L'Ermitage hotel in Beverly Hills.
  • 7 - A $30.5 million penthouse at the Time Warner Building at 80 Columbus Circle, which was bought sight unseen.
Starting in 2009, Low made headlines for spending millions in clubs with celebrities for whom he was footing the bill, including Lindsay Lohan, Paris Hilton, Jamie Foxx and DiCaprio, who accompanied him on yachts, jets, casinos, nightclubs and ski trips all over the world.
MELAYU 

KENA TIPU

------------

MASIH TAK PERCAYA KE?

Posted: 22 Jul 2016 04:30 AM PDT



Ringgit headed for biggest weekly drop due to oil, 1MDB controversy


The Malaysian ringgit is headed for its biggest weekly drop in 10 months due to lower crude oil prices and the controversial reports involving state-owned fund 1MDB, reports Bloomberg.
Brent crude suffered a 2.8 percent decline in five days and this has affected the outlook for oil-exporting country's revenues.
Furthermore authorities in Singapore and the United States have started moving into forfeiting assets linked to alleged fraud involving 1MDB and this is affecting the currency.
The report stated that this latest episode plaguing 1MDB could contribute to the ringgit's biggest annual drop since 1997, last year.

Read more: https://www.malaysiakini.com/news/349486#ixzz4FAhYZaT8



KAH KAH KAH

WOIT

GUA SUDAH 

BILANG TAPI

LU TAK CAYA

KAH KAH KAH

SEKARANG

MAMPOOOOS

KAH KAH KAH

MATI DALAM TONG DRUM

Posted: 22 Jul 2016 02:00 AM PDT




DI AMERIKA

FBI SIASAT 

TANGKAP 

DAKWA

DIMALAYSIA

MASUK TONG

DRUM TIDOO

DENGAN SIMIN


Jangan campur tangan urusan AS, kata Mat Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH) menggesa semua pihak agar tidak mencampuri urusan dan menghormati hak Amerika Syarikat bagi mengambil tindakan berhubung wang haram yang masuk ke negara itu.
Presidennya, Mohammad Sabu berkata sebelum ini kerajaan menentang campur tangan Amerika Syarikat ke atas mana-mana negara, justeru Malaysia juga tidak boleh campur tangan dalam hal-hal negara lain.
"Amerika Syarikat sekarang ini mahu mendakwa mereka yang terlibat membawa wang haram masuk ke negara mereka. Mereka tidak berkompromi kepada orang yang melakukan kesalahan di negara mereka.
"Maka jangan pula kita campur tangan jika mereka mahu mengambil tindakan kepada individu membawa wang haram ke negara mereka, seperti juga kita tidak mahu mereka campur tangan hal ketenteraan dan kepolisan dalam negara kita," kata Mohammad dalam satu kenyataan.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) Rabu lalu mengemukakan saman sivil untuk menyita lebih AS$1 bilion aset didakwa diperolehi melalui dana 1MDB.
Ia sebahagian daripada dana AS$3.5 bilion yang disalahgunakan dan aset lain yang terlibat termasuk rumah agam dan mewah, karya seni, jet peribadi dan kutipan filem 'The Wolf of Wall Street'.
Dalam saman DOJ Amerika Syarikat yang difailkan, AS$731 juta dana 1MDB didakwa mengalir ke akaun bank rasmi 'Malaysian Official 1'.
DOJ menyifatkan tokoh itu sebagai "pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga mempunyai kedudukan berkuasa dalam 1MDB".
Mengulas lanjut Mohammad atau lebih mesra dengan panggilan mat Sabu meminta semua pihak tidak terlalu naif dalam perkara tersebut.
"Jangan kita terlalu naif. Apabila Amerika Syarikat mahu memburu pesalah wang haram masuk ke negara mereka, kita pula kata Amerika cuba nak campur tangan urusan negara," kata Mat Sabu.
Menurutnya, di Malaysia peguam negara yang mahu memulakan siasatan ke atas 1MDB telah dipecat manakala pegawai yang mahu menyiasat kes tersebut dijumpai 'mati di dalam tong drum'.
Malah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat oleh polis dan beberapa pegawainya juga dipecat serta ditukar ke bahagian lain, dakwanya.
"Jangan kita terlalu naif. Apabila Amerika Syarikat mahu memburu pesalah wang haram masuk ke negara mereka, kita pula kata Amerika cuba nak campur tangan urusan negara," kata Mat Sabu.
Menurutnya, di Malaysia peguam negara yang mahu memulakan siasatan ke atas 1MDB telah dipecat manakala pegawai yang mahu menyiasat kes tersebut dijumpai 'mati di dalam tong drum'.
Malah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat oleh polis dan beberapa pegawainya juga dipecat serta ditukar ke bahagian lain, dakwanya.
"Timbalan perdana menteri, menteri dan menteri besar dan pegawai tinggi kerajaan yang mempersoal 1MDB, juga kemudian dipecat.
"Tiada penjelasan menyeluruh terhadap pembunuhan dan pemecatan ini. Ini semua menimbulkan spekulasi buruk ke atas Malaysia.
"1MDB dan perdana menteri dilihat begitu kebal dalam isu ini. Sepatutnya sudah ada satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat keseluruhan isu ini," tambah Mat Sabu.
SAPA MATI

DALAM TONG

SAJE TANYA

TAKUT LUPA




-------------

LAGI FITNAH MEDIA KAPIR HARBI

Posted: 22 Jul 2016 01:00 AM PDT




FITNAH 

CNN MEDIA

KAPIR HARBI

CNN BUAT FITNAH
NAJIB CURI DUIT RAKYAT
NAJIB ORANG MELAYU
NAJIB ORANG ISLAM
MENGIKUT 
LOJIK NOH OMAR
CNN HINA MELAYU
CNN HINA ISLAM
BILA NAK SAMAN CNN
SAJE TANYA
NAK TENGOK
KUAT ISLAM TAK

DI BERI TAHU

Posted: 22 Jul 2016 12:09 AM PDT









PENGUMUMAN



SIAPA TAHU
DIMANA NIK FAIZAL
BERADA
KALI AKHIR DILIHAT
DIA BERADA DI KLIA
SAJE TANYA
MANA TAHU
KALAU KALAU
FBI SEDANG CARI


--------------

SELESAIKAN KES 1MDB SDENGAN CEPAT

Posted: 21 Jul 2016 11:39 PM PDT






The US attorney general, Loretta Lynch, said the funds defrauded from the Malaysian people were used to pay for luxury real estate in the US and Europe, gambling expenses in Las Vegas casinos, a London interior designer, more than $200m in artwork by artists including Van Gogh and Monet, and the production of films including the Oscar-nominated The Wolf of Wall Street.



CADANGAN

LORETTA LYNCH
PEGUAM NEGARA
AMERIKA PERLU
DITUKAR ATAU
DIPINDAHKAN 
KE PMO PURTAJAYA
BARU KES 1MDB
DAPAT SELESAI


--------------

JANGAN SEBAR FITNAH

Posted: 21 Jul 2016 10:45 PM PDT




The US attorney general, Loretta Lynch, said the funds defrauded from the Malaysian people were used to pay for luxury real estate in the US and Europe, gambling expenses in Las Vegas casinos, a London interior designer, more than $200m in artwork by artists including Van Gogh and Monet, and the production of films including the Oscar-nominated The Wolf of Wall Street.

JANGAN FITNAH

JANGAN SEBAR 

TOHMAH

MEMANG BETUL
HADI  PENASEHAT
KEPADA NAJIB


INI SAHEH
 GAMBAR HADI
TAPI 
INI BUKAN GAMBAR
HADI CARI
LORRETA LYNCH
PEGUAM NEGARA AMERIKA
YANG TUDUH NAJIB
CURI DUIT
JANGAN FITNAH



-----------

ORANG BODOH KERJA BODEK

Posted: 21 Jul 2016 10:15 PM PDT





KEPADA

PAK APANDIR

sila bawa tulisan ini
dan beri kepada
puan ainon mohd
untuk diterjemahkan
atau 
sila jumpa johan jafaar
atau 
pergi ke DBP 
untuk terjemahan
NOTA
orang ramai tahu
pak apandir bodoh
kerja lain tak ada
hanya pandai bodek



The U.S. case ups the ante by putting the American government's word behind the charges. The lawsuit doesn't name Mr. Najib and no charges were brought against him, but there are 32 references in the complaint to "Malaysian Official 1," who allegedly received hundreds of millions of dollars in funds siphoned from 1MDB.

A person with direct knowledge of the investigation said "Malaysian Official 1" is Mr. Najib. Descriptions of the official in the filings include information about Mr. Najib's position at 1MDB along with other identifying details.

Mr. Najib's press secretary noted the civil lawsuits filed by the Justice Department and said the Malaysian government will fully cooperate with any lawful investigation.


PAK APANDIR

MEMALUKAN

ANAK BINI

TAPI

NASIB BAIK

BODOH BELUM

MEREBAK






--------------

SAKMONGKOL - AK47

Posted: 21 Jul 2016 09:39 PM PDT







DIBERI TAHU

beberpa pembaca tt
telah bertanya apa
jadi dengan blog
SAKMONKOL
ini jawabnya:
jangan risau 
ini berita baik
blog ini sedang dikemas
blog ini sedang diteknoloji
blog ini akan muncul
bukan belot
bukan makan dedak
sila tunggu dan nanti
tt akan buat pengumuan












--------

PAK PANDIR TAK TAHU BAHASA INGGERIS

Posted: 21 Jul 2016 09:00 PM PDT




MASALAH 

BESAR

TAK TAHU B.I



Peguam Negara: Najib tidak dinamakan sebagai defendan

PUTRAJAYA - Najib tidak dinamakan sebagai defendan atau dikatakan melakukan sebarang salah laku jenayah dalam saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Peguam Negara, Mohamed Apandir Ali.

Mohamed Apandir turut memandang berat terhadap sindiran dan dakwaan-dakwaan yang dibuat terhadap Perdana Menteri mengenai apa yang dikatakan salah laku jenayah berhubung tindakan sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

"Peguam Negara ingin menjelaskan bahawa tindakan sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat langsung tidak menamakan Perdana Menteri sebagai defendan atau dikatakan telah melakukan salah laku jenayah," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pada masa ini, siasatan sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia mengenai perkara-perkara berkaitan 1MDB.


PAK PANDIR

KAKI BODEK

SEKOLAH LARI

BAHASA INGERIS

TAK FAHAM

-------------

NEGARA KAPIR HARBI BERTINDAK

Posted: 21 Jul 2016 08:38 PM PDT






F.BOOK


TERKINI... 3 buah negara.. AS, S'pore & Switzerland telah mulakan langkah sita aset berkaitan 1MDB.
Cayalah Najib.. ‪#‎MalaysianOfficial1‬ kini dah femes satu dunia dgn skandal dana berbilion2 ringgit !!!
MAKIN LAMA kebobrokan disorok, satu persatu tembelang 1MDB BAKAL DITELANJANGKAN.






















--------------------

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


‘Kita haling seorang ulama’

Posted: 22 Jul 2016 08:25 AM PDT


Tuan Guru Salleh Musa
Arwah Tuan Guru Salleh Musa.


SIK - "Kita kehilangan seorang ulama yang banyak berbakti kepada negara,bangsa,dan agama" demikian luahan pembantu peribadi Allahyarham Tuan Guru Salleh Musa.


Khairul Nazwan Bzul Qarnain, 20,berkata, arwah sebelum ini disahkan mengidap jangkitan kuman di paru-paru sejak tiga bulan lalu.

Menurutnya, ketika itu berat badan tokoh ulama itu semakin merosot.

"Sebelum ini tuan guru berisi namun selepas sakit beliau semakin kurus. Arwah juga hilang selera makan,tidak beberapa lalu makan nasi,"katanya kepada Sinar Harian sebentar tadi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tuan Guru Salleh Musa meninggal dunia]

Tambahnya, jenazah kini sedang dalam proses di bawa pulang dari Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar ke Madrasah Ar-Rahmaniah Sik.

"Jenazah akan disolatkan di Madrasah Ar-Rahmaniah esok," katanya.

Tiada asas NGO memfailkan semakan kehakiman mengenai TPPA

Posted: 21 Jul 2016 07:04 PM PDT

BERNAMA
 
 
Mahkamah Tinggi menolak permohonan ABIM, Unggas Malaysia dan TERAS atas alasan bahawa oleh kerana kerajaan belum menandatangani TPPA, maka ia tidak boleh membuat keputusan mengenainya.Mahkamah Tinggi menolak permohonan ABIM, Unggas Malaysia dan TERAS atas alasan bahawa oleh kerana kerajaan belum menandatangani TPPA, maka ia tidak boleh membuat keputusan mengenainya.


Mahkamah Rayuan  diberitahu bahawa penandatanganan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) merupakan keputusan inheren eksekutif berkaitan hubungan perdagangan dengan negara lain.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan berhujah bahawa tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan tidak mempunyai asas untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mengetepikan keputusan kerajaan menandatangani TPPA.

Katanya keputusan sama ada hendak menandatangani TPPA atau tidak bukan merupakan isu yang wajar dicampur tangan oleh mahkamah dan tindakan pertubuhan itu memfailkan permohonan semakan kehakiman adalah menyalahgunakan proses mahkamah.

Shamsul berkata permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas Malaysia) dan Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Melayu Malaysia (TERAS) juga hanya bersifat akademik kerana TPPA ditandatangani pada 4 Feb tahun ini.

Beliau juga berkata semakan kehakiman juga bersifat pramatang kerana TPPA tidak ditandatangani ketika semakan kehakiman itu difailkan.

Beliau seterusnya berhujah bahawa NGO berkenaan tidak membuktikan mereka mempunyai locus standi untuk memfailkan semakan kehakiman itu kerana mereka tidak menunjukkan dari segi mana pemeteraian perjanjian dengan 12 negara lain itu memberi kesan buruk terhadap mereka.

Shamsul, yang mewakili responden -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kerajaan Malaysia -- mengemukakan hujahnya dalam rayuan yang dikemukakan tiga NGO berkenaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 12 Jan tahun ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak memberi kebenaran kepada tiga pertubuhan itu untuk memohon semakan kehakiman dalam usaha mereka menghalang kerajaan menandatangani TPPA.

Mahkamah Tinggi menolak permohonan ABIM, Unggas Malaysia dan TERAS atas alasan bahawa oleh kerana kerajaan belum menandatangani TPPA, maka ia tidak boleh membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili ketiga-tiga NGO berkenaan, berhujah bahawa mahkamah boleh mendengar permohonan semakan kehakiman tentang keputusan eksekutif dan perkara berkaitan dasar sekiranya isu berkenaan menjejaskan Perlembagaan Persekutuan.

Kata beliau, anak guamnya mempunyai locus standi untuk memfailkan permohonan itu kerana mereka adalah pertubuhan bukan kerajaan yang memberi fokus terhadap hak orang Melayu dan Islam, iaitu isu yang boleh mempunyai percanggahan dengan TPPA.

Kata beliau: TPPA menuntut bahawa apa sahaja keutamaan yang kita beri kepada diri kita sendiri, kita juga perlu memberinya kepada pelabur asing kita dan sekiranya kita tidak memberi hak itu kepada rakyat kita yang lain (bukan-bumiputera) tetapi memberinya kepada pelabur, ia melanggar hak bumiputera."

Panel tiga hakim yang dipengerusikan hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan 26 Julai sebagai tarikh untuk memberi keputusan mahkamah berhubung rayuan itu. Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli.

Rohana berkata mereka memerlukan masa untuk berbincang tentang penghujahan.

Siasatan Amerika Syarikat terhadap 1MDB malukan negara

Posted: 21 Jul 2016 07:01 PM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Nik Nazmi Nik AhmadNik Nazmi Nik AhmadInisiatif Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menyiasat dana yang diselewengkan, 1MDB amat memalukan negara memandangkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak sering mempertahankan 1MDB dan melepaskan anak syarikat Kementerian Kewangan itu daripada sebarang kesalahan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, walaupun negara-negara lain seperti Singapura, Switzerland, Hong Kong dan Amerika Syarikat terus menyiasat kes 1MDB berdasarkan aktiviti-aktiviti penipuan yang dijalankan, kerajaan pimpinan Najib tetap menidakkan penyelewengan yang berlaku dan sehingga kini masih belum mengambil sebarang tindakan terhadap mana-mana individu, malah menutup kes ini.

"Semalam merupakan hari yang sungguh bermakna di dalam sejarah negara kita dan dunia, kerana Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) sudah memfailkan satu kes ke atas beberapa individu yang berkait dengan 1MDB dalam satu inisiatif perolehan aset. Ini juga merupakan kes terbesar di dalam sejarah AS.

"Pegawai kerajaan AS menyatakan bahawa pegawai-pegawai 1MDB telah menggunakan dana pelaburan negara itu seperti akaun bank peribadi, dan rakyat Malaysia telah ditipu dalam skala yang begitu besar sekali," ujarnya.

Ahli keluarga Najib sendiri iaitu Riza Aziz dan juga rakan karibnya, Jho Low telah dinamakan sebagai individu yang disiasat kerana dipercayai membeli aset di AS serta membiayai produksi filem Wolf of Wallstreet menggunakan dana yang diperolehi daripada 1MDB.

Siasatan yang bakal dilakukan Jabatan Keadilan AS ini, jelas Nik Nazmi sedikit sebanyak memberi harapan kepada negara yang telah dirompak oleh mereka yang diamanahkan untuk mentadbir.

"Setiap tuduhan yang dibuat, dan seringkali dinafikan oleh pihak berkuasa, bagaikan telah dibuktikan dengan jelas melalui tindakan ini.

"Sememangnya perkara ini masih belum jumpa penyelesaiannya, namun begitu apa yang jelas di sini adalah kerajaan wajib membuka semula penyiasatan terhadap kes ini, dan bertindak dengan jujur untuk membawa mereka yang bertanggung jawab terhadap skandal besar ini ke muka keadilan," tegas beliau.

Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia menuntut ahli kabinet sedia ada dan yang terdahulu supaya bertanggungjawab ke atas jenayah terbesar negara ini kerana sentiasa mempertahankan 1MDB.

Anggota kabinet Najib ini, katanya sedikit sebanyak bersekongkol sama ada dengan berdiam diri atau secara vokal menidakkan sebarang salah laku.

"Rakyat mestilah menuntut keadilan kerana kita bukan sahaja hilang duit berbilion, malah mereka yang tamak ini juga telah membebankan kita, anak-anak kita dan beberapa generasi akan datang dengan hutang melampau," ujarnya.

Rakyat ujarnya, dipaksa membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST), dipotong peruntukan pendidikan dan kesihatan, membayar tol dan tambang kenderaan awam yang tinggi, malah menanggung kenaikan caj parkir awam akibat ketirisan dana awam.

Pimpinan tertinggi MIC hadir tayangan perdana filem Rajinikanth

Posted: 21 Jul 2016 06:58 PM PDT

 
Filem yang menjalani penggambaran di beberapa lokasi di Malaysia itu turut menampilkan pelakon tempatan seperti Rosyam Nor dan Norman Hakim.


kabali


KUALA LUMPUR: Ratusan peminat bintang legenda filem Tamil, Rajinikanth meredah hujan dan kesesakan lalu lintas bagi menonton tayangan perdana filem terbarunya 'Kabali' di sebuah pawagam malam semalam.

Pawagam bergema dengan tepukan gemuruh peminat Rajinikanth yang mula berkumpul seawal 6 petang di pawagam itu, apabila pelakon handalan itu muncul di layar perak dalam tayangan bermula 10 malam itu.

Turut hadir ialah Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam, timbalannya Datuk Seri S.K. Devamany, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan, pelakon Datuk Jalaluddin Hasan dan Norman Hakim serta pelakon India, Dhansika yang turut berlakon dalam filem itu.

Dalam filem gangster itu, Rajinikanth atau nama sebenarnya Shivaji Rao memegang watak dikenali sebagai Kabaliswaran yang turut menjadi judul filem tersebut.

Filem yang menjalani penggambaran di beberapa lokasi di Malaysia itu turut menampilkan pelakon tempatan seperti Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim, Zack Taipan serta pelakon terkenal Taiwan, Winston Chao.

Filem ke-159 Rajinikanth itu turut mempunyai versi yang dialih suara ke bahasa Malaysia.

Dr Subramaniam, dalam ucapan sebelum tayangan filem itu, menyambut baik langkah diambil mereka yang bertanggungjawab menerbitkan filem itu untuk menjalani penggambaran di beberapa lokasi di Malaysia.

Beliau mengambil perhatian bahawa kira-kira 1,000 rakyat Malaysia turut mengambil bahagian dalam menjayakan filem itu dan wang yang dibelanjakan untuk menghasilkan filem itu turut menyumbang kepada ekonomi negara.

Seorang peminat Rajinikanth, G. Sundaran, 42, berkata walaupun basah kuyup akibat hujan, beliau tidak mahu melepaskan peluang menonton aksi pelakon kegemarannya itu.

Beberapa peminat terdiri daripada orang Melayu juga tidak melepaskan peluang untuk menonton tayangan perdana itu.

Lagi pemilik kenderaan tentera ditahan

Posted: 21 Jul 2016 06:56 PM PDT

 
Selepas gimik pelancar roket Zawara Coffee, sebuah lagi kenderaan yang dilupuskan Angkatan Tentera Malaysia ditahan.


Lagi pemilik kenderaan tentera ditahan


PUTRAJAYA: Polis semalam menahan seorang individu dan merampas kenderaan tentera yang dilupus di kuarters penjawat awam di Presint 18, tiga hari selepas menahan sebuah trak dilengkap pelancar roket yang merupakan gimik pengiklanan sebuah restoran.

Bernama melaporkan polis menemui kenderaan berwarna hitam dan berceloreng di kawasan letak kenderaan kuarters berkenaan kira-kira 2.15 petang semalam.

Seorang lelaki berumur 32 tahun mengaku pemilik kenderaan pacuan empat roda Pinzgauer itu direman untuk disiasat di bawah Seksyen 171 Kanun Keseksaan kerana memiliki peralatan mirip pihak berkuasa.

Lelaki itu mendakwa ia merupakan kenderaan tender daripada Kementerian Pertahanan yang dibeli daripada syarikat besi buruk di Pulau Pinang akhir tahun lalu.

Kenderaan itu juga lulus ujian Puspakom dan kemudian dihantar ke Klang, Selangor bagi penukaran warna supaya tidak terlalu mirip seperti kenderaan tentera, menurut polis Putrajaya yang menyoal lelaki itu.

Selasa lepas, polis menahan sebuah trak dilengkap pelancar roket selepas ia mencetuskan keadaan panik di Cyberjaya.

Bagaimanapun, ia merupakan gimik pengiklanan Zawara Coffee, yang berkata pelancar roket palsu itu digunakan bagi melambangkan "tenaga" daripada meminum kopi.

"Sebab itu kita juga tulis 'take a shot', ia melambangkan kopi espresso," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Zawara Coffee Sdn. Bhd, Kamarul Ariff kepada FMT.

Syarikat itu turut meminta maaf sekiranya ia menimbulkan kebimbangan dan berjanji akan mengubahsuai kenderaan itu.

Dua lelaki yang ditahan susulan itu dibebaskan ikat jamin dan kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana mengubah suai kenderaan.

Amalkan ketelusan, Washington beritahu Malaysia

Posted: 21 Jul 2016 06:54 PM PDT

 
AS berkata sektor niaga amat memerlukan ketelusan dan iklim pelaburan yang baik sebelum mempertimbangkan Malaysia 


The White House


WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat berkata Malaysia perlu menunjukkan tadbir urus baik dan ketelusan.

Seruan itu dibuat sehari selepas Jabatan Kehakiman AS memfailkan permohonan menyita aset berkaitan syarikat milik negara, 1MDB, bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion), atas tuduhan salah laku dan pengubahan wang secara haram.

Saman sivil itu dilihat sebagai duri dalam hubungan antara kedua-dua negara yang bertambah akrab di bawah pentadbiran Presiden Barack Obama yang sudah dua kali melawat Malaysia.

Jurucakap White House, Josh Earnest berkata Obama pada tahun lalu memberitahu Najib pentingnya ketelusan dan tadbir urus baik.

"Bagi sektor niaga yang mempertimbangkan Malaysia, mereka mahu melihat petanda negara itu mempunyai iklim perniagaan yang baik," kata Ernest.

Najib semalam berkata Malaysia akan memberi kerjasama penuh kepada penyiasat antarabangsa kes 1MDB, susulan tindakan Jabatan Kehakiman itu.

Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mempersoalkan "tuduhan dan sindiran" terhadap Najib dalam saman itu.

Katanya, tidak ada satu pun siasatan pihak berkuasa di serata dunia terhadap 1MDB mendapati salah guna dana.

Tindakan AS merupakan kes terbesar pernah dibawa sebuah unit "kleptokrasi" di bawah Jabatan Kehakiman yang bertujuan merampas hasil daripada kegiatan rasuah luar negara.

Apakah Yahudi akan dituduh dalang tindakan AS?’

Posted: 21 Jul 2016 06:52 PM PDT

 
Ariff Sabri berkata Umno yang mengaku pejuang agama dan akidah kini dimalukan.


Mohd Ariff Sabri


PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP Datuk Mohd Ariff Sabri mempersoalkan sama ada pemimpin Barisan Nasional (BN) akan menggunakan taktik menyerang Yahudi bagi meraih sokongan orang Melayu susulan tuduhan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat terhadap 1MDB.

"Adakah mereka akan guna taktik lama dengan menipu rakyat Malaysia khususnya orang Melayu bahawa ini semata-mata sebuah konspirasi jahat dengan Jabatan Kehakiman Amerika dikuasai Yahudi?

"Pada masa yang sama menuduh Yahudi memang bengang dengan Najib yang dianggap penjaga dan pembela akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, pelopor wasatiyah dan penganjur maqasid syariah?" soal wakil rakyat Raub itu dipetik lidah rasmi DAP, Roketkini.com.

Ariff berkata saman yang dikemukakan Peguam Negara AS dua hari lalu itu memalukan, dan berlaku ketika pemimpin Umno yang mengaku "pejuang Melayu dan Islam" sibuk dengan isu kafir harbi dan isu dikaitkan agama yang lain "tetapi membutakan mata dengan penyelewengan rasuah terbesar yang dilakukan pemimpin".

"Malaysia ialah sebuah negara Islam yang ada belasan mufti, ribuan Qadhi, jutaan ustaz yang sibuk mengkafir-harbikan orang lain tapi tutup kedua mata, bila orang Islam sendiri mencuri dan rasuah," katanya.

Saman yang difailkan Jabatan Kehakiman di Los Angeles itu bertujuan merampas aset yang "terbabit dalam dan boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB".

Ia turut menamakan anak tiri perdana menteri, Riza Aziz, seorang penerbit filem Hollywood, kerana dituduh menggunakan dana 1MDB sebanyak RM256 juta dalam pembikinan filem "The Wolf of Wall Street" yang dibintangi Leonardo DiCaprio.

Pelajar kolej maut kenderaan terbakar di plaza tol

Posted: 21 Jul 2016 06:50 PM PDT

 
Pelajar itu yang memandu kereta jenis Nissan Sentra dipercayai berada di laluan kanan plaza tol berkenaan sebelum cuba memotong sebuah kereta untuk ke laluan kiri.


Loke Yew


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej swasta rentung apabila kereta dipandunya terbabas dan terbakar di Plaza Tol Loke Yew menghala ke Pandan Jaya di sini, hari ini.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP Shafie Daud berkata kejadian berlaku kira-kira 7 pagi selepas pelajar itu Rhaveen a/l Sugumaran, 19, yang sebelum itu menumpangkan ibunya ke Jalan Pantai Baharu, meneruskan perjalanan menuju ke kolejnya di Kuchai Lama.

Katanya pelajar itu yang memandu kereta jenis Nissan Sentra dipercayai berada di laluan kanan plaza tol berkenaan sebelum cuba memotong sebuah kereta untuk ke laluan kiri.

"Kegagalan berbuat demikian, dia merempuh pembahagi konkrit menyebabkan kereta tersebut terbakar serta-merta.

"Dia tidak dapat keluar dari kereta pada masa itu kerana dia tersepit di tempat duduknya," kata Shafie ketika dihubungi.

Shafie berkata mayat Rhaveen telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

1MDB: Anifah temui duta AS di Putrajaya

Posted: 21 Jul 2016 06:38 PM PDT

Bernama
1MDB: Anifah temui duta AS di Putrajaya
1MDB: Anifah temui duta AS di Putrajaya. - Gambar fail
 
 
PUTRAJAYA: Malaysia belum menerima sebarang permintaan dari Amerika Syarikat bagi mendapatkan maklumat atau bukti untuk  memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kembali aset-aset yang dikatakan dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyatakan perkara ini dalam pertemuannya dengan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Joseph Y. Yun di Kementerian Luar di Putrajaya semalam.

BACA: 1MDB nafi disaman DOJ

BACA: Tiada bukti wang 1MDB digelapkan - Peguam Negara

BACA: Tiada lagi perkara yang disembunyi - Salleh Said Keruak


Pertemuan itu diadakan susulan sidang media oleh Peguam Negara Amerika Syarikat pada 20 Julai mengenai tindakan memfailkan saman sivil, menurut kenyataan dari kementerian.

"Bagaimanapun, Malaysia bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan mana-mana siasatan ke atas syarikat-syarikat Malaysia selaras dengan protokol antarabangsa asalkan Malaysia dan Amerika Syarikat bekerjasama dalam perkara ini," kata kenyataan itu.
Kementerian berkata Malaysia amat menghargai hubungan dua halanya dengan Amerika Syarikat dan meminta negara itu memperakui pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia bagi menangani isu 1MDB.