Rabu, 6 Julai 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


KENAPA JADI BEGINI?

Posted: 06 Jul 2016 08:30 AM PDT

shahbudindotcom


Apakah insiden menghalau media ini dalam pengetahuan Perdana Menteri, Najib Razak dan PMO?

Kenapa jadi begini? 

Apakah masih ada kesalahan yang tidak boleh dimaafkan?
 
 
 
 
Bukankah 1 Syawal merupakan hari untuk bermaaf-maafkan, merapatkan hubungan sesama insan dan melupakan persengketaan lalu?

Lagi pula namanya pun rumah terbuka, kenapa perlu mereka dihalau?

Atau apakah Najib dan PMO tidak mengetahui sama-sekali mengenainya?

Jika begitu, siapa yang memberi arahan halau sedemikian? 


Pengaruh militan paling kuat di IPT

Posted: 06 Jul 2016 08:18 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Kerajaan akan mendapatkan kerjasama bekas militan tempatan yang berjaya dideradikalisasi untuk membantu meningkatkan kesedaran umum mengenai ancaman keganasan.


Zahid-Hamidi_isis_student_600


PUTRAJAYA: Institusi pengajian tinggi (IPT) dikenal pasti sebagai tempat yang dikhuatiri mempunyai pengaruh paling kuat kumpulan keganasan militan, dedah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Ini bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di negara-negara lain," katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota Jemaah Menteri di Seri Perdana hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan akan mendapatkan kerjasama bekas militan tempatan yang berjaya dideradikalisasi untuk membantu meningkatkan kesedaran umum mengenai ancaman keganasan.

Katanya, selain media massa, mereka yang terbabit juga akan dibawa ke IPT untuk tujuan tersebut.

"Kami akan meminta agar mereka bersama pihak berkuasa dan muncul untuk beri kesedaran kepada rakyat dan mereka yang mungkin terpengaruh dengan sentimen IS (Daesh) agar tidak terlibat dalam aktiviti yang sedang berlaku," katanya.

Ahmad Zahid berkata, beberapa langkah juga sedang diambil Kementerian Dalam Negeri dan polis bagi mengelakkan insiden keganasan seperti serangan bom di sebuah premis hiburan di Puchong pada 28 Jun lepas, daripada berulang.

"Saya ingin menegaskan polis sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi apa jua keadaaan.

"Kita tidak akan melepaskan seorang pun jika mereka lakukan perbuatan yang mengancam keselamatan negara dan mengganggu ketenteraman rakyat," katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa juga akan terus memantau tindakan-tindakan berunsur keganasan terutamanya di media sosial dan sistem komunikasi lain supaya pengaruh tersebut tidak menular di negara ini.– BERNAMA

Walau diasingkan, pengikut Ahmadiah tetap sambut Syawal meriah

Posted: 06 Jul 2016 08:18 AM PDT

Ajaran Ahmadiah dianggap sesat, namun pengikutnya menjalani tuntutan agama seperti umat Islam lain, termasuk berpuasa dan menyambut Aidilfitri

islam1_ramadan


KUALA LUMPUR: Barangkali ramai menganggap penganut Ahmadiah seakan-akan makhluk asing, sama sekali berlainan dengan umat Islam lain baik dari segi ritual mahu pun ajarannya.

Walaupun dikategorikan keluar ajaran Islam oleh pihak berkuasa agama, penganut Ahmadiah di Malaysia menjalani tuntutan agama seperti umat Islam lainnya, termasuk puasa di bulan Ramadan dan merayakan Hari Raya Aidilfitri.

"Sama sahaja dengan orang Islam lain," kata pemimpin komuniti Ahmadiah Malaysia, Ainul Yaqeen Sahib.


FMT bertemu Ainul di Darussalam, bangunan sederhana tiga tingkat di Kampung Nakhoda, Batu Caves, yang menjadi pusat komuniti aliran itu di Malaysia sejak tahun 1950-an lagi.

Setiap kali Ramadan, katanya lagi, mereka menganjurkan majlis berbuka puasa sekali seminggu (kebiasaannya pada hari Sabtu) yang disertai penganut aliran itu yang tinggal berdekatan.

"Ramai di sini, anggota dari Shah Alam, Klang dan Ampang akan datang. Kami makan bersama-sama, solat maghrib, isyak dan tarawih dan selepas itu kuliah atau sesi perkongsian," katanya lagi.

Mereka turut mengamalkan budaya kunjung mengunjung ke rumah dan juga penduduk sekitar pada hari lebaran.

"Dulu masyarakat di sini kekok untuk terima. Sekarang mereka lebih memahami memandangkan kami sudah lama hidup bersama.

"Kecuali untuk solat Aidilfitri, kami menyewa tempat sendiri. Dan diadakan makan-makan bagi meraikan ahli yang datang dari jauh serta orang di luar jemaah yang mahu melihat sambutan kami," katanya lagi.
Aliran Ahmadiah diasaskan Mirza Ghulam Ahmad pada 1889 di Qadian, India, justeru mendapat nama Qadiani.

Apa yang memisahkan Ahmadiah dengan aliran Islam yang lain adalah pegangan mereka bahawa pengasasnya, Mirza Ghulam Ahmad, merupakan Imam Mahdi dan juga Isa al-Masih.

Pada 1975, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal-Ehwal Ugama Islam Malaysia menetapkan penganut Ahmadiah sebagai terkeluar daripada Islam.

Fatwa itu diperkukuhkan lagi apabila mesyuarat Majlis Raja-raja ke-101 pada tahun sama mempersetujui fatwa itu.

Al-Quran sama, kiblat sama

Ainul berulang-kali menegaskan Ahmadiah hanyalah salah satu daripada banyak aliran dalam Islam.

"Al-Quran yang kami baca ini bukan cetakan Ahmadiah. Pihak berkuasa agama kata kami menukar ayat dalam al-Quran. Saya minta mereka periksa naskhah kami, mereka terdiam dan gagal membuktikannya.

"Dan anda sendiri lihat kami bersolat jemaah tadi, bukan?" katanya lagi.

Kitab rujukan dan terjemahan al-Quran pelbagai bahasa memenuhi rak-rak buku di ruang tamu Darussalam. Antaranya adalah Sunan At-Tirmidzi, Sunan Abu Daud, Sahih Bukhari dan Muslim – perawi Hadis yang turut menjadi rujukan umat Islam aliran Sunnah di seluruh dunia.

Yang berbeza, kata Ainul lagi, adalah penafsiran teks agama memandangkan aliran itu memiliki sumber rujukannya sendiri.

Namun hakikatnya, penganut aliran ini tidak lekang daripada diskriminasi dan penindasan pihak berkuasa dan penganut aliran majoriti.

Pada Mei 2010, pengganas menyerang dua masjid Ahmadiah di Lahore dengan bom tangan dan senapang automatik, menyebabkan 86 terbunuh dan lebih 120 cedera.

Pada 6 Februari 2011, sejumlah 1,500 orang mengepung kawasan Ahmadiah di Cikeusik, Banten, Indonesia dan memukul sehingga mati tiga penganut aliran itu dan mencederakan lima yang lain.

Rakaman pembunuhan itu yang tersebar di YouTube menggemparkan seluruh dunia.

Walaupun pesimis dengan pihak berkuasa agama di sini, Ainul tetap berharap Ahmadiah diterima sebagai salah satu aliran dalam Islam.

"Apa yang kami hadapi sama seperti Syiah dan Wahabi. Kerajaan hanya mengiktiraf satu aliran sahaja, walhal ia terbahagi banyak. Kemahuan itu sebenarnya menolak al-Quran dan kata-kata Nabi sendiri.

"Allah sendiri berfirman, Dia boleh mencipta satu umat jika dimahukan-Nya, tetapi Allah tidak berbuat demikian. Rasulullah juga bersabda umatnya akan berpecah kepada 73 golongan. Ini tidak boleh dinafi dan harus terjadi," katanya lagi.


Tiga pelajar maut, kereta terputus dua

Posted: 06 Jul 2016 08:12 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Akibat pelanggaran itu, enjin kereta itu turut tercabut dan badan kereta "melekat" pada batang pokok.


acdnt_dead_600__1


KLUANG: Tiga pelajar lelaki terbunuh manakala seorang lagi parah apabila kereta yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas lalu melanggar sebatang pokok di KM32 Jalan Yong Peng, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, pemandu kereta Proton Iswara Aeroback, Muhammad Nabil Fahmi Bakhtiar, 17, bersama dua rakan, Basrie Bunawan dan Mohamad Nor Fitri Mohamad Sabtu, kedua-dua berusia 19 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Seorang lagi penumpang, Nur Muhammad Amin Saiman, 17, mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Kluag untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham berkata, ketika kejadian, semua sahabat karib itu dalam perjalanan dari Kluang ke Paloh.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Muhamad Nabil dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sepohon pokok besar di bahu jalan arah bertentangan.

"Akibat pelanggaran itu, kereta tersebut terputus dua dan enjin tercabut sementara badan kereta pula melekat pada batang pokok," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

KPN didakwa gagal sekat militan IS tempatan

Posted: 06 Jul 2016 08:02 AM PDT

ARIF ATAN
 
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.


Kepimpinan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilihat gagal menyekat kemasukan pengaruh militan IS ke Malaysia ekoran beberapa kejadian keganasan berlaku, kata Pemuda Amanah Nasional, Mohd Fakhrurazi Mokhtar.

Menurutnya, rakyat tambah terkejut apabila dua anggota polis berpangkat rendah turut ditahan selain 13 individu lagi yang dipercayai terjebak dengan aktiviti IS di negara ini.

"Ini kelemahan anggota polis di bawah pimpinan KPN (Ketua Polis Negara) sendiri," ujarnya kepada Malaysia Dateline hari ini.

Mengulas pengesahan Khalid semalam tentang wujudnya militan IS tempatan sebagai dalang dalam letupan di sebuah pusat hiburan di Puchong, 28 Jun, Fakhrulrazi berkata, insiden tersebut berlaku pada ketika tumpuan polis lebih kepada aktiviti pemimpin parti pembangkang.

"Dakwaan Khalid bahawa kumpulan IS tempatan diarah menyasarkan pemimpin kanan kerajaan termasuk Perdana Menteri, pegawai polis, hakim dan pusat hiburan amat menimbulkan kehairanan kepada rakyat Malaysia," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru supaya Khalid benar-benar serius menangani ancaman militan IS dengan tidak  menjadikan fokus polis untuk memantau penggunaan media sosial yang didakwa sebagai saluran kepada arahan serangan bagi kepentingan politik pihak tertentu.

"Kita tidak nafikan komitmen anggota polis keseluruhannya dalam usaha membanteras kegiatan pengganas di negara ini.

"Namun, sikap KPN sebelum ini yang terlalu menumpukan pemimpin dan aktivis politik parti pembangkang mengundang kekecewaan sebilangan rakyat Malaysia," jelasnya.

Beliau berkata, segenap lapisan rakyat termasuk di pihak Pakatan Harapan sama sekali menolak ekstremisme yang dibimbangi menjejaskan keamanan masyarakat.    "Kita menyokong sepenuhnya apa sahaja pendekatan dan langkah berkesan oleh pihak PDRM untuk memerangi ancaman militan daripada merebak ke negara ini," tambahnya lagi.

Posted: 06 Jul 2016 07:54 AM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: 'Karenah birokrasi', 'tak buat kerja', 'agihan tidak menyeluruh' dan sebagainya, adalah sebahagian cabaran yang dihadapi institusi zakat lantaran persepsi negatif segelintir masyarakat.
 
Tanggapan yang dilemparkan tanpa usul periksa atau mendapat maklumat yang tepat, sedikit sebanyak mencemarkan imej institusi berkenaan. 
 
Inilah antara asam garam yang perlu ditelan institusi zakat ekoran salah faham masyarakat yang tidak mengetahui peranan atau gerak kerja institusi berkenaan.
 
Menurut Pengurus Besar Dakwah dan Syariah Lembaga Zakat Selangor (LZS), Adibah Abdul Wahab, tidak ada istilah institusi zakat khususnya LZS, 'tidak buat kerja' kerana setiap pegawai mempunyai Petunjuk Prestasi Utama atau KPI.   
 
"Kalau ada yang mengatakan bahawasanya institusi zakat ini hanya menunggu saja di kaunter, itu saya boleh nafikan sama sekali. Sebab pegawai kita di lapangan ada KPI iaitu sasaran kerja tahunan yang mana mereka kena beroperasi kenal pasti kawasan yang belum masuk lagi. Kami namakan ia Skuad Jejak Kemiskinan (SJK)," katanya ketika diwawancara Antarapos.   
 
SJK telah ditubuhkan sejak 2011 bagi menjejaki golongan yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan yang layak untuk diberikan bantuan zakat. 
 
Malah ujar Adibah, LZS turut mengamalkan empat kaedah dalam pemberian bantuan kepada asnaf zakat di negeri ini. 
 
Pertama, individu tersebut tampil sendiri memohon bantuan; kedua, penolong amil qariah yang akan mencari asnaf di kawasannya dan dicadangkan kepada LZS; ketiga, melalui pemantauan atau kegiatan turun padang pegawai LZS sendiri dan keempat, melalui pelaporan pihak ketiga di mana sesiapa saja boleh membuat laporan kepada LZS mengenai individu yang dirasakan wajar menerima zakat.
 
Selepas mendapat maklumat dan menjalankan temuduga terhadap calon asnaf, maka fasa kedua atau bantuan kepada mereka yang layak pun bermula. 
 
Justeru, dengan empat kaedah tersebut, maka tidak timbul isu yang mengatakan pihak LZS 'tidak buat kerja' dalam mengagihkan bantuan kepada golongan asnaf.
 
Dalam pada itu, Adibah turut menangkis tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan bantuan zakat terlalu sukar untuk dimohon ekoran karenah birokrasi di sesetengah institusi zakat. 
 
"Kalau orang tanya kenapa (nak pohon) zakat seolah-olah susah, kena isi borang, ada birokrasi. 
Sebenarnya kami di LZS, tak ada niat begitu. Kenapa kita perlu susahkan mereka? Duit zakat ini adalah amanah LZS, itu yang kita pegang. Kita pegang amanah daripada orang yang membayar. Adakah mereka berpuas hati jika duit ini kita tabur saja?
 
"Bila mereka mengatakan bahawa mereka menghadapi masalah kewangan, jadi kami kena dapatkan maklumat seperti maklumat keluarga, maklumat aset, dan kita kena pergi ke lapangan, ini yang penting," tambah beliau.
 
Selain dilemparkan pelbagai persepsi negatif, ujar Adibah, perkara yang merumitkan lagi keadaan adalah institusi zakat juga terpaksa berdepan dengan situasi di mana masyarakat kini lebih gemar menyebarkan sesuatu perkara menerusi media sosial tanpa memperoleh maklumat yang tepat terlebih dahulu.
 
Tindakan sedemikian bukan saja mencemarkan imej institusi zakat, bahkan ia juga akan mewujudkan krisis keyakinan masyarakat terhadap institusi itu, seterusnya akan menjejaskan nilai kutipan zakat.
 
"Institusi zakat ini institusi yang kita sayang, yang menjadi penaung kepada golongan yang susah dan memerlukan, menjadi istitusi yang memberi kemudahan untuk yang membayar zakat, jadi kita kena pelihara.
 
"Oleh itu sebarang maklumat yang kita nak kongsi mengenai institusi zakat ini perlulah maklumat yang membina. Ianya boleh jadi dalam bentuk teguran, tetapi teguran yang membina, dan bukan yang mengeruhkan suasana," ujar beliau. 


Letupan bom Puchong: Seorang lagi ditahan

Posted: 06 Jul 2016 07:48 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Seorang daripada dua suspek yang disyaki terbabit dalam letupan bom ke atas pusat hiburan di Puchong minggu lalu, ditahan polis.
 
Akhbar Oriental Daily memetik Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa sebagai mengesahkan Jasanizam Rosni, 33, kini dalam tahanan polis.
 
Menurut akhbar itu, Jasanizam ditahan di sekitar Batu Pahat, Johor petang semalam.
 
Seorang lagi suspek, Md Saifuddin Muji, 28, yang dipercayai bersubahat melancarkan serangan ke atas pusat hiburan Movida pada 28 Jun lalu, dipercayai masih berada di selatan Semenanjung dan dia dikatakan membawa bersamanya bom tangan.
 
Susulan penahanan Jasanizam, polis percaya dapat memberkas Saifuddin tidak lama lagi.
 
Sementara itu, The Star Online melaporkan Jasanizam dan Saifuddin adalah kawan baik dan mereka bekerja sebagai peniaga pasar malam.
 
Adik Jasanizam, Irsyad Rosni, 23, berkata Saifuddin akan memandu ke rumah mereka di Parit Raja untuk membawa abangnya berniaga di pasar malam berhampiran rumahnya.
 
Jelasnya, ayah mereka meninggal dunia beberapa tahun lalu dan Jasanizam bersama isteri serta tiga anaknya tinggal di rumah keluarganya untuk menjaga ibunya berusia 66 tahun.
 
Beliau berkata, Jasanizam yang jarang meninggalkan rumah untuk tempoh lama, tidak pulang ke rumah sejak hujung minggu lalu.
 
"Selagi tidak tahu cerita sepenuhnya, lebih baik kami kekal bertenang. Tetapi ini adalah hari raya yang sunyi bagi kami," katanya kepada The Star Online.
 
Manakala ahli keluarga Saifuddin pula kali terakhir melihatnya di Kampung Parit Gantung di Seri Merlong, Rengit pada Jumaat lalu dan sejak itu mereka gagal menghubunginya.
 
Abang Saifuddin yang enggan namanya disiarkan berkata, adiknya akan pulang ke rumah selepas berniaga di pasar malam.
 
"Dia bukan jenis yang selalu keluar rumah," katanya sambil menambah ibunya sedih dan terkejut apabila mengetahui anaknya terbabit dalam serangan di Puchong itu.
 
Isnin lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan letupan bom di Puchong adalah serangan pengganas IS pertama di negara ini.
 
Susulan itu, dua lelaki dipercayai bertanggungjawab melempar bom tangan ke arah pusat hiburan itu ditahan ketika bekerja di sebuah kilang di Pelabuhan Klang pada 1 Julai lalu.
 
 

JAIS sokong pembentangan RUU pinda akta Mahkamah Syariah

Posted: 06 Jul 2016 07:44 AM PDT

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menggesa seluruh umat Islam di negara ini supaya bersyukur dengan pembentangan Rang Undang-undang PAS meningkatkan kuasa mahkamah Syariah.
 
Menurut laporan Malay Mail Online, Jais dalam khutbah sempena Hari Raya hari ini turut mengucapkan terima kasih kepada mahkamah sivil ekoran penolakkan permohonan semakan kehakiman Sisters In Islam (SIS) mencabar fatwa Selangor yang melabelkan pertubuhan itu sebagai 'sesat dan menyeleweng'.
 
"Kami amat bersyukur atas kemenangan pembentangan usul Enakmen Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Parlimen, demi meningkatkan martabat mahkamah Syariah di negara ini.
 
"Kami juga amat berterima kasih dengan keputusan yang dicapai oleh Bahagian Rayuan dan Kuasa Khas Mahkamah Tinggi menolak permintaan Sisters in Islam dalam mencabar kesepakatan yang dicapai oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor mengenai liberalisme di negeri Selangor …" petik kata khutbah yang dibacakan di masjid-masjid negeri pada hari pertama hari Raya.
 
Jais kemudian menggesa umat Islam untuk mengetepikan perbezaan dan bersatu menegakkan akidah dan Syariah atau 'jalan' Islam.
 
Pada bulan Mei lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan rang undang-undang persendirian berhubung pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di Dewan Rakyat yang juga dilabelkan sebagai RUU hudud.
 
Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan bahawa kerajaan telah membenarkan Presiden PAS itu membentangkan RUU hudud sebaliknya hanya membentangkan RUU Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 bagi meningkatkan hukuman sedia ada.
 
 

Seorang maut, tiga parah ketika dalam perjalanan pulang beraya

Posted: 06 Jul 2016 07:38 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
TUARAN: Seorang maut, manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan lima kereta di Jalan Tuaran-Tenghilan, di sini, tengah hari tadi. 
 
‎Semua mangsa lelaki yang belum dikenal pasti identiti dipercayai dalam perjalanan pulang selepas beraya ketika nahas jam 1.30 tengah hari. 
 
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Ferdinand Lawrence, berkata 10 lagi cedera ringan dalam kemalangan itu selepas lima kereta bertembung. 
 
Katanya, bomba menerima panggilan pada jam 1.56 tengah hari dan menghantar lima anggota ke lokasi berkenaan. 
 
"Mangsa yang maut di lokasi kejadian sudah dikeluarkan orang awam ketika pasukan bomba tiba. ‎
 
"Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan seorang pemandu yang tersepit sebelum operasi tamat pada jam 3 petang," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi. 
 
‎Ferdinand berkata, mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Tuaran.
 
 

Rumah Perlindungan Nur Hati, 'syurga' insan kurang bernasib baik

Posted: 06 Jul 2016 07:38 AM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
AMPANG: Suara anak-anak kecil yang riang bermain riuh kedengaran saat krew Antarapos menjejakkan kaki di hadapan rumah teres satu tingkat ini.
 
Siapa menyangka, di sebalik keriangan dan keceriaan anak-anak kecil ini, tersembunyi seribu kisah duka yang melatari kehidupan mereka, meskipun masih terlalu mentah untuk memahami sejarah pahit akibat kesilapan ibu bapa sendiri.
 
Anak-anak kecil ini adalah sebahagian daripada penghuni Rumah Perlindungan Nur Hati, sebuah kediaman yang menempatkan insan kurang bernasib baik yang lahir daripada remaja yang menjadi mangsa rogol serta keterlanjuran pasangan.
 
Menurut pengasas rumah perlindungan ini, Muhammad Zaid Mohd Shah, 34, selain menempatkan anak-anak tidak sah taraf, ia juga menempatkan ibu tunggal, remaja bermasalah, kanak-kanak mangsa dera, warga emas dan mualaf.
 
"Yang mengasaskan adalah ibu saya sendiri kerana sifat kasih sayangnya. Saya ingat lagi dari saya kecil, mak saya tak boleh lihat orang susah. Ada orang susah saja dia akan bawa balik, dia akan tolong. 
 
"Sehinggalah rumah ini makin ramai pada 2004 dan kita daftarkan sebagai Pertubuhan Kebajikan Nur Hati kerana kita nak elak masalah di belakang hari sebab kita menjaga ramai penghuni yang tidak sah taraf dan pelbagai masalah sosial," ujarnya. 
 
Menurut Muhammad Zaid, sejarah bagaimana tertubuhnya Rumah Perlindungan Nur hati ini adalah berdasarkan pengalaman hidup beliau dan adik-beradik yang ditinggalkan insan bergelar ayah ketika masih kecil. 
 
Keperitan ibunya yang dipanggil umi dalam membesarkan mereka lima adik beradik menjadi titik bermulanya rumah itu mula menerima golongan kurang bernasib baik.
 
"Permulaannya, umi sangat merasa simpati dengan orang-orang yang bermasalah kerana kita pernah alami masalah rumah tangga. 
 
"Dari situ terdetiknya perasaan berkasih sayang, rasa simpati dengan kanak-kanak yang terbuang, remaja bermasalah dengan ibu tunggal mangsa penderaan. Dengan sendirinya umi orang yang sangat tersentuh dan naluri umi keibuan," ujar wanita berusia 60 tahun itu.
 
Setakat ini, Rumah Perlindungan Nur Hati menempatkan 47 penghuni. Daripada jumlah itu, enam daripadanya bayi, 16 orang kanak-kanak, lapan orang remaja, enam ibu tunggal, empat warga emas dan selebihnya mualaf.
 
Selain itu, rumah perlindungan ini turut berperanan sebagai rumah transit bagi gadis yang mengandung akibat terlanjur dengan teman lelaki. 
 
Sejak tahun 2000, rumah perlindungan ini berjaya menyelamatkan beratus gadis malang yang hilang arah dan tempat bergantung selepas ditinggalkan kekasih dan dibuang keluarga akibat terlanjur.
 
"Di sinilah kita beri sokongan moral kepada mangsa seperti itu supaya dia bertahan dan dia dapat melahirkan anak dengan selamat. Kes transit ini kebanyakannya kita cuba serahkan kepada keluarga supaya anak (bayi) itu tak putus salah silah," kata Muhammad Zaid.
 
Ketika ditanya mengenai pengisian yang diterapkan kepada penghuni di sini, ujar Muhammad Zaid, pelbagai aktiviti disusun sesuai dengan peringkat umur masing-masing.
 
"Di sini, untuk kelas, kita ada kelas pengajian. Agak padat juga, cuma pada bulan Ramadhan ini kita kurangkan aktiviti itu sebab kita ada program di masjid. Program terawih dan sebagainya.
 
"Sebelum ini kita ada program seperti hari Isnin kita ada kelas Tasawuf, Selasa ada penghayatan sunnah, Rabu pula pengajian Islam, dan Khamis kelas pengajian Al-Quran. Terapi jiwa lebih kepada agama. Dalam masa yang sama saya lajnah pemuda di Masjid Bukit Indah, jadi program-program kita buat secara bersama daripada masjid ini," ujar beliau.
 
Sementara itu bagi penghuni dewasa, mereka akan mengikuti kursus kemahiran seperti menjahit manik dan membuat kek cawan.
 
Bergerak secara sendirian atas nama NGO, Rumah Perlindungan Nur Hati ada kalanya berdepan dengan kekangan kewangan. Ini kerana perbelanjaan bulanan termasuk sewa tiga unit rumah, utiliti, persekolahan dan sebagainya memakan belanja yang besar. 
 
Ujar Muhammad Zaid, pihaknya sedang berusaha mendapatkan bantuan atau dana daripada badan berwajib, namun proses tersebut agak sukar kerana masalah melibatkan dokumentasi.
 
Bagaimanapun, cabaran getir tersebut akhirnya dibalas dengan 'kemanisan' apabila ramai pihak mula tampil memberi perhatian dan sumbangan, selepas artikel mengenai rumah perlindungan itu diviralkan seorang insan. 
 
"Tapi kuasa Allah itu hebat, memang kita percaya dan yakin. Waktu saya di Dhoha, orang di rumah beritahu rumah Nur Hati diviralkan. Selesai ibadah umrah, saya pulang ke hotel dan buka telefon bimbit, beratus panggilan telefon, ada juga orang terus nak hantar sumbangan. Kita sangat terkejut, Ya Allah, Allah terus makbulkan (doa).  


Ejen hartanah maut ditembak di leher

Posted: 06 Jul 2016 07:36 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut manakala anaknya parah selepas kenderaan yang mereka naiki ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki menunggang motosikal di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG Jalan Klang Lama, di sini, petang ini. 
 
Dalam kejadian itu kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun sedang memandu kenderaan jenis Toyota Vellfire bersama lima orang anak berusia antara dua hingga 13 tahun serta seorang pembantu rumah. 
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, berkata mangsa yang bekerja sebagai ejen hartanah itu ditembak lima das menerusi cermin tingkap sebelah pemandu. 
 
"Satu peluru mengenai lehernya, manakala anak perempuannya yang berusia lapan tahun di tempat duduk penumpang hadapan dipercayai terkena tembakan pada sisi sebelah kanan kepala. 
 
"Ada saksi mendakwa melihat suspek berlegar-legar menaiki sebuah motosikal di sekitar kawasan kejadian tidak lama sebelum tembakan," katanya di sini, tadi. 
 
Buat masa ini polis belum dapat memastikan motif kejadian dan identiti suspek. 
 
"Anak mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan namun kita belum dapat memastikan tahap kecederaannya. 
 
"Tembakan berlaku di tengah simpang jalan yang dikelilingi beberapa restoran, dan kita yakin ada saksi melihat kejadian ini dengan jelas selain kita akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada berhampiran tempat kejadian," katanya.
 
Mayat mangsa dihantar ke PPUM untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
 
 

Solidariti di luar penjara Anwar pada malam Raya

Posted: 05 Jul 2016 09:27 PM PDT

MALAYSIAKINI


Kira-kira 100 penyokong berkumpul di luar penjara Sungai Buloh untuk menunjukkan perpaduan atau solidariti dengan mantan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini adalah tahun kedua, beliau menyambut Aidilfitri di penjara.

Kumpulan berkenaan berkumpul di persimpangan di luar penjara pada jam 9 malam, memandangkan jalan menuju ke pintu penjara itu telah dikepung.

Para peserta begitu bersemangat dengan menyalakan pelita dan lilin, dan meletakkannya di sekitar persimpangan sementara menunggu ketibaan keluarga Anwar.

Ketika Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyampaikan ucapannya, seorang wanita yang berusia meluru ke hadapan untuk menyerahkan kepadanya sebatang lemang dan sebungkusan kuih raya.

"Ah Soh (Makcik) juga telah memberikan saya buku 'The Three Kingdoms'," kata Nurul dengan senyuman simpul.

"Katanya, saya mesti menyerahkan buku ini kepada Anwar dan seluruh kepimpinan Pakatan, kerana jelas sekali kamu tidak menggunakan strategi terbaik dalam perang menentang BN.

"Oleh itu, sila baca 'The Three Kingdoms'," kata Nurul, merujuk kepada wanita yang menyerahkan kepadanya kuih raya berkenaan.

Menurutnya, wanita itu, Gan Siew Kin, telah menyokong mereka sejak 1998.

Gan kemudiannya memberitahu Malaysiakini bahawa dia telah mencari terjemahan bahasa Inggeris buku ini untuk sekian lama akhirnya seorang rakannya menjumpanya di Beijing.

'The Romance of the Three Kingdom' adalah sebuah novel sejarah yang berkisah ketika China dalam keadaan bergelora kira-kira 1,200 tahun lalu apabila empayar itu telah dibahagikan kepada tiga kerajaan yang berperang.

"Saya memberikan mereka biskut dan makanan kerana ia Hari Raya," kata Gan.

Bersama-sama dengan penyokong, pelbagai pemimpin pembangkang turut hadir.

Mereka termasuk Presiden PKR yang juga adalah isteri Anwar, Datuk seri dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PKR Tian Chua, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran dan ADUN Hulu Kelang Saari Sungib.

Hadir sama adalah kartunis Zunar bersama-sama dengan penyanyi Dayangku Intan, yang menyanyikan beberapa lagu Hari Raya untuk menghiburkan orang ramai.

Pada akhir majlis itu, penyokong menyalakan bunga api dan merakamkan gambar dengan pemimpin pembangkang yang hadir.

Wan Azizah berkata pada tahun lalu, keluarga mereka hanya dibenarkan melawat Anwar pada hari kelima Aidilfitri.

"Tahun ini, mereka kata kita boleh melawat Anwar pada hari kedua raya," katanya.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah meliwat - dakwaan liwat keduanya dalam satu dekad - dalam perbicaraan yang dikecam oleh pejuang hak asasi manusia.

Nurul mahu polis jelaskan motif pembunuhan aktivis PKR

Posted: 05 Jul 2016 09:25 PM PDT

MALAYSIAKINI


Berikutan penangkapan suspek yang didakwa membunuh aktivis PKR Bill Kayong, naib presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar mahu pihak polis membongkar motif pembunuhan berkenaan.

"Kita ... mahu kepastian motif di sebalik pembunuhan Bill Kayong - yang bersama dengan (Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo), adalah sasaran berterusan ancaman dan ugutan bunuh itu.

"Adakah pembunuhannya dikaitkan dengan nasib tanah adat pribumi (atau) aktiviti pembalakan haram?

"Kita tidak boleh membenarkan sabitan membunuh menutup motif yang lebih besar terhadap perbuatan keji itu," katanya dalam satu kenyataan.

Walaupun menyambut baik tindakan polis menyelesaikan kes itu, Nurul Izzah menggesa pendakwaan yang menyeluruh dan tertuduh dihukum dengan hukuman maksimum.

Kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan membawa hukuman mati mandatori.
Kayong, 43 adalah calon PKR bagi kerusi DUN Bekenu semasa pilihan raya negeri Sarawak pada bulan Mei lalu, dan juga pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Teo.

Beliau amat dikenali dengan kerja-kerjanya sebagai seorang aktivis yang memperjuangkan hak tanah adat (NCR) kaum pribumi.

Bapa kepada dua anak itu ditembak mati di lampu isyarat Jalan Kuala Baram, Miri berhampiran sebuah pasar raya pada pagi 21 Jun.

Pada 30 Jun dan 1 Julai, pihak polis menahan enam orang termasuk seorang wanita yang berumur di antara 22 dan 41 untuk disoal siasat berhubung pembunuhan itu.

Semalam, menerusi satu tweet, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kes pembunuhan itu berjaya diselesaikan.

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


ISLAM DAN FAHAMAN EKSTRIMISMA

Posted: 06 Jul 2016 08:09 AM PDT