Rabu, 29 Jun 2016

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MENGOLAH PERSETUJUAN

Posted: 29 Jun 2016 08:00 PM PDT




DARI FAIL SEJARAH

muka hadapan


ARKIB : 12/04/2001

Pakatan sulit reformasi -- Polis dedah rancangan cetus demonstrasi militan besar-besaran



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz4D37mHNiC 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


KUALA LUMPUR 11 April - Polis hari ini mendedahkan satu kumpulan sulit yang dianggotai oleh lebih 20 orang aktivis reformasi telah diwujudkan bagi mencetuskan demonstrasi jalanan besar-besaran bercorak militan menjelang pilihan raya umum 2004.
Kumpulan tersebut didapati telah mengadakan 12 perjumpaan sulit sejak 6 Januari tahun ini hingga 4 April lalu bagi merealisasikan perancangan mereka itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai berkata, tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan itu adalah sebahagian daripada keputusan yang dibuat oleh aktivis reformasi tersebut pada akhir tahun lalu.
Selain tindakan tersebut, tegasnya, aktivis reformasi juga akan melibatkan diri dalam proses demokrasi yang normal dan sistem pilihan raya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Bukit Aman petang ini. Turut hadir Pengarah Cawangan Khas, Datuk Yusuf Rahaman.
Norian menjelaskan, sehubungan itu polis setakat ini telah menahan tujuh aktivis reformasi terbabit di bawah Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, hari ini dan semalam.
Mereka ialah Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Mohamad Ezam Mohd. Noor, 34; Naib Presiden Keadilan, Chua Tian Chang (atau Tian Chua), 37; Hishamuddin Rais, 50, Saari Sungib, 43; N. Gobala Krisnan, 41; Raja Petra Raja Kamarudin, 49, dan Abdul Ghani Haroon, 36.
Norian menegaskan aktivis reformasi itu juga mempunyai perancangan terpenting dalam masa terdekat ini iaitu menganjurkan demonstrasi jalanan yang dipanggil `Black 14' secara besar-besaran di ibu negara pada hari Sabtu ini.
Bagaimanapun tegasnya bagi mengelirukan pihak keselamatan, perhimpunan tersebut dipanggil `Perhimpunan Penyerahan Memorandum Rakyat Mengenai Hak Asasi Manusia' dengan rancangan mengumpulkan lebih kurang 50,000 yang akan berhimpun di sekitar ibu negara.
``Perhimpunan serta perarakan ini berpotensi menjadi rusuhan,'' tegas Norian.
Ketua Polis Negara memberitahu kegiatan reformasi yang bermula pada bulan September 1998 adalah merancang untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan secara besar-besaran dan bersiap sedia untuk bertindak secara militan melalui beberapa pendekatan;
û pi9016 Melaksanakan langkah-langkah tertentu untuk mendapatkan bahan letupan termasuk bom dan pelancar roket, menggunakan `molotov cocktail', `ball bearing' serta berbagai senjata berbahaya untuk menyerang pihak keselamatan bagi menimbulkan huru-hara semasa demonstrasi jalanan di ibu negara pada bulan Oktober 1998.
* Mendapatkan bantuan dan sokongan guru-guru silat serta mempengaruhi sebilangan bekas pegawai dan anggota keselamatan supaya menyertai gerakan mereka.
Norian berkata, bagi membendung trend militan gerakan reformasi tersebut, polis telah mengambil tindakan ke atas 28 orang aktivis reformasi di bawah Seksyen 73 (1) ISA 1960 antara 20 September 1998 hingga 24 Disember 1998.
``Tindakan-tindakan polis itu telah dapat meredakan keadaan buat sementara waktu,'' katanya.
Beliau menambah pada pertengahan tahun 1999, aktiviti gerakan reformasi muncul kembali dengan berselindung di sebalik platform sebuah parti politik.
Bagaimanapun, katanya, sebilangan daripada mereka telah menjalankan kegiatan-kegiatan yang boleh mewujudkan ketegangan kaum melalui isu-isu keagamaan dan perkauman.
Norian berkata, di antaranya ialah menyebarkan berita-berita palsu yang menggemparkan seperti dakwaan bahawa ramai orang Melayu telah dikristiankan semasa pilihan raya kecil Lunas yang lalu.
``Ciri-ciri militan semasa pilihan raya kecil itu juga dilakukan oleh aktivis reformasi melalui perbuatan ganas dengan mengancam, mengugut dan menakut-nakut para pengundi serta orang ramai,'' ujarnya.
Menyentuh mengenai penahanan ketujuh-tujuh aktivis reformasi itu Norian memberitahu ia dilakukan kerana terdapat maklumat-maklumat mengenai penglibatan mereka dalam kegiatan yang boleh memudaratkan keselamatan negara,''
``Pihak polis perlu menjalankan siasatan rapi di atas maklumat-maklumat tersebut,'' jelas beliau.
Norian berkata, pihak polis akan membuat beberapa lagi tangkapan untuk siasatan kes yang sama dan pihak polis juga sedang menyiasat mengenai kemungkinan penglibatan pihak luar negara dalam kumpulan ini dalam membantu merealisasikan rancangan mereka.
``Adalah jelas aktivis reformasi sanggup melaksanakan kegiatan-kegiatan di luar perlembagaan dan undang-undang demi mencapai matlamat mereka.
``Oleh itu tindakan di bawah Seksyen 73 (1) ISA diambil kerana pihak polis percaya ada alasan-alasan untuk menahan mereka di bawah Seksyen 8 ISA kerana telah bertindak dengan cara yang memudaratkan keselamatan negara,'' tegas beliau lagi.
Oleh: KAMARUZAMAN MOHAMAD dan AZIAN ABD. 


----------

TURKEY BERBAIK DENGAN ISRAEL

Posted: 29 Jun 2016 07:38 PM PDT



FALSE FLAG
ini semua false flag utk alih perhatian dr Erdogan yg dah minta maaf kat rusia. nak alihkan perhatian yg Erdogan songlap beribu2 tong minyak dr Iraq dan Syria. nak alih perhatian bgmn turki guna ambulan utk bekal senjata pd penggansas. bukan itu saja, israel special intelligence services pun dah angkut semua peralatan jentera berat dr kilang2, penapis minyak gas Syria ke turki. bila tgk video errdogun baca quran terus sokong puji betapa islamik dia. padahal dibelakang tabir, dia akan pulihkan hubungan dgn Israel.

bila pecah berita pembunuhan2 rohingya, errdogun terus pergi lawat dgn bini dia. bini siap nangis padalah pd masa yg sama laki dia bekal senjata bunuh umat Islam Syria dan Iraq. hingga kini, lawatan errdogun tak ada makna sbb rohingya masih kena bunuh. semua utk donya - political mileage. on AL-FATIHAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/29/16


--------

RAMBUT NABI

Posted: 29 Jun 2016 07:18 PM PDT



HANG ADA APA

DEPA ADA

RAMBUT NABI

MANA TERER

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

























Ustaz Abu Syafiq with Fatma Azqi and 7 others.
RAMBUT NABI MUHAMMAD DI DADA SAYA. alhamdulillah
Syukur kepada Allah dibulan Ramadhan bulan dapat Tabarruk dgn rambut Nabi Muhammad.
Rambut baginda yg saya pakai ini hanya 1inci sahaja.
Ia dijaga oleh ulama Islam yg thiqah bersama sanad yang sahih.
Saya tahu Nabi Muhammad meninggalkan Quran dan Sunnah Baginda hingga kini saya sentiasa berusaha beramal dgn Q&S.
Bertabarruk ambil berkat dgn kesan Baginda adalah juga diajar oleh Baginda Nabi Muhammad sendiri.
Saya pakai mcm tali tag diikat bersamanya rambut Nabi tu bukan tangkal..
Ia adalah bertujuan supaya ia terpelihara. Supaya ia tidak terhilang atau terlupa. Mcm org pakai tag nk masuk ofis bertujuan ia selamat bukan bertujuan menyerupai rantai perempuan. Ia harus.
Saya memakainya juga tidak bererti saya paling mulia di alam ini tetapi menzahirkan cinta kpd baginda dan waktu yg sama ikut Sunnah serta bertabarruk dgn athar Nabi Muhammad.
Perbanyakkan selawat ke atas baginda Nabi Muhammad dan kejari Lailatul Qadar..
Dan jangan sibuk bid'ahkan orang sana sini mcmlah kita sunnah sangat.
Jom selawat..
.....
ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT.
ALLAH TIDAK DUDUK ATAS ARASY
LikeShow more reactions
Comment


----------

SEJARAH PERJUANGAN REFORMASI

Posted: 29 Jun 2016 06:00 PM PDT





DARI FAIL SEJARAH



Kumpulan reformasi cuba guling kjaan guna bom, pelancar bom

Polis hari ini mendakwa tujuh pemimpin yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak semalam berusaha menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi besar-besaran dan di luar batasan undang-undang.
Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai berkata demikian dalam sidang akhbar bagi menjelaskan tangkapan pemimpin Parti Keadilan Nasional dan aktivis reformasi di Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman petang ini. [Teks penuh di bawah]
Mereka adalah Naib Presiden parti itu Tian Chua, Ketua Pemudanya Mohamad Ezam Mohd Nor, Setiausaha Pemuda N Gobalakrishnan, pengerusi jawatankuasa penganjur perhimpunan 'memorandum rakyat' Saari Sungib dan penulis tamu malaysiakini serta juga aktivis reformasi Hishamuddin Rais.
Sementara dua tangkapan terbaru membabitkan pengendali laman web FAC (Kempen Bebaskan Anwar) Raja Petra Kamaruddin dan aktivis Pemuda Keadilan Abdul Ghani Haroon.
Menurut Norian, kumpulan reformasi sejak September 1998 cuba menggulingkan kerajaan dan bertindak secara militan dengan mendapatkan bom dan pelancar bom, selain menggunakan bom petrol (molotov cocktail), bebola penggalas (ball bearing) dan senjata-senjata berbahaya.
Peralatan itu didakwa digunakan untuk menyerang anggota keselamatan bagi menimbulkan keadaan huru-hara ketika demonstrasi jalanan seperti yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur pada Oktober tiga tahun lalu.
Memudaratkan negara
"Adalah jelas aktivis reformasi sanggup melaksanakan kegiatan-kegiatan di luar perlembagaan dan undang-undang demi mencapai matlamat mereka," kata Norian.
Kata Norian, polis bertindak di bawah seksyen 73 (1) akta itu kerana pihaknya percaya terdapat alasan-alasan untuk menahan mereka di bawah seksyen 8 kerana "bertindak dengan cara yang memudaratkan keselamatan negara."
Di samping itu, polis juga mendakwa kumpulan reformasi dalam tempoh tiga tahun ini cuba mendapatkan bantuan guru-guru silat, selain mempengaruhi sebilangan bekas pegawai dan anggota keselamatan supaya menyertai gerakan tersebut.
Kata pegawai tinggi polis itu lagi, polis telah menangkap 28 orang aktivis reformasi di bawah akta yang sama antara 20 September hingga 24 Disember 1998 "bagi membendung aliran militan gerakan tersebut."
Aktivis reformasi juga didakwa menyebarkan berita-berita palsu yang menggemparkan seperti ramai orang Melayu telah dikristiankan semasa pilihanraya kecil Lunas, Kedah November tahun lalu.
Dua pendekatan
Polis juga percaya 20 anggota kumpulan reformasi telah bertemu sebanyak 12 kali di Kuala Lumpur antara 6 Januari hingga 4 April tahun ini bagi menjayakan perhimpunan 'Black 14'.
Menurut kenyataan rasmi polis lagi, kumpulan reformasi merancang untuk mengumpul kira-kira 50,000 orang pada perhimpunan itu di depan pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Sabtu ini.
"Perhimpunan serta perarakan ini berpotensi menjadi rusuhan," kata Norian lagi.
Menurut kajian polis, akhir tahun lalu aktivis gerakan itu telah membuat ketetapan untuk menggunakan dua pendekatan bagi mencapai matlamat mereka iaitu:
- akan terus melibatkan diri dalam proses demokrasi yang normal serta sistem pilihanraya,
- melalui cara-cara di luar perlembagaan, (mereka akan) mencetuskan demonstrasi jalanan secara besar-besaran dan bercorak militan menjelang pilihanraya umum 2004.
Kenyataan Akhbar Ketua Polis Negara Mengenai Penangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960
Pada 10 dan 11 April, 2001 pihak polis telah menangkap dan menahan tujuh orang aktivis reformasi di bawah seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960. Mereka yang ditangkap dan ditahan adalah:
1.1 Mohamad Ezam bin Mohd Nor, 34 tahun;
1.2 Chua Tian Chang (Tian Chua), 37 tahun;
1.3 Nisamuddin Md Rais atau Hishamuddin Rais, 50 tahun;
1.4 Saari bin Sungib, 43 tahun;
1.5 Gobalakrishnan a/l Nagapan, 41 tahun;
1.6 Raja Petra Raja Kamaruddin, 49 tahun; dan
1.7 Abdul Ghani bin Haroon, 36 tahun;
2. Tangkapan dan penahanan ini dilakukan kerana terdapat maklumat-maklumat mengenai penglibatan mereka dalam kegiatan yang boleh memudaratkan keselamatan negara. Pihak polis perlu menjalankan siasatan yang rapi di atas maklumat-maklumat tersebut. Kegiatan reformasi yang bermula pada bulan September 1998 merancang untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan secara besar-besaran dan bersiap-sedia untuk bertindak secara militan dengan mengambil beberapa pendekatan seperti berikut:
2.1 Telah melaksanakan langkah-langkah tertentu untuk mendapatkan bahan letupan, termasuk bom dan 'grenade launcher' (pelancar bom);
2.2 menggunakan 'molotov cocktail' (bom petrol), 'ball bearing' (bebola penggalas) serta berbagai-bagai senjata berbahaya untuk menyerang pihak keselamatan bagi menimbulkan keadaan huru-hara semasa demonstrasi jalanan di sekitar Kuala Lumpur pada Oktober 1998; dan
2.3 mendapatkan bantuan dan sokongan guru-guru silat serta mempengaruhi bekas sebilangan bekas pegawai dan anggota keselamatan supaya menyertai gerakan mereka.
3. Bagi membendung trend militan gerakan reformasi tersebut maka pihak polis telah mengambil tindakan ke atas 28 orang aktivis reformasi di bawah seksyen 73 (1) ISA 1960 antara 20 September hingga 24 Disember 1998. Tindakan-tindakan pihak polis tersebut telah dapat meredakan keadaan buat sementara waktu.
4. Pada pertengahan tahun 1999, aktiviti gerakan reformasi muncul kembali dengan berselindung di sebalik platform sebuah parti politik di mana sebilangan daripada mereka telah menjalankan kegiatan-kegiatan yang boleh mewujudkan ketegangan kaum melalui isu-isu keagamaan dan perkauman.
Ini termasuk penyebaran berita-berita palsu yang menggemparkan seperti dakwaan bahawa ramai Melayu telah dikristiankan semasa pilihanraya kecil Lunas (Kedah). Ciri-ciri militan semasa pilihanraya kecil itu juga telah dilakukan oleh aktivis reformasi melalui perbuatan ganas dengan mengancam, mengugut dan menakut-nakutkan para pengundi serta orang ramai.
5. Pada akhir tahun 2000 aktivis reformasi telah membuat ketetapan untuk menggunakan dua pendekatan berikut bagi mencapai matlamat mereka:
5.1 Akan terus melibatkan diri dalam proses demokrasi yang normal serta sistem pilihanraya; dan
5.2 Melalui cara-cara di luar perlembagaan dengan mencetuskan demonstrasi jalanan secara besar-besaran dan bercorak militan menjelang pilihanraya umum 2004.
6. Ke arah merealisasikan perancangan tersebut, satu kumpulan sulit yang dianggotai oleh lebih kurang 20 orang aktivis reformasi telah diwujudkan di Kuala Lumpur. Sejak 6 Januari hingga 4 April 2001, sebanyak 12 perjumpaan sulit telah diadakan oleh kumpulan ini bagi merancang untuk mempengaruhi rakyat membudayakan demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram secara militan.
Antara perancangan terpenting gerakan reformasi dalam masa yang terdekat ini adalah untuk menganjurkan demonstrasi jalanan yang dipanggil 'Black 14' secara besar-besaran di Kuala Lumpur pada 14 April, 2001.
Bagi mengelirukan pihak keselamatan, perhimpunan tersebut dipanggil 'Perhimpunan Penyerahan Memorandum Rakyat Mengenai Hak Asasi Manusia' di mana mereka merancang untuk mengumpulkan seramai lebih kurang 50,000 orang yang akan berhimpun di sekitar Kuala Lumpur. Perhimpunan serta perarakan ini berpotensi menjadi rusuhan.
7. Adalah jelas aktivis reformasi sanggup melaksanakan kegiatan-kegiatan di luar perlembagaan dan undang-undang demi mencapai matlamat mereka. Oleh itu tindakan di bawah seksyen 73 (1) ISA 1960 diambil kerana pihak polis mempercayai ada alasan-alasan untuk menahan mereka di bawah seksyen 8 ISA 1960 kerana telah bertindak dengan cara yang memudaratkan keselamatan negara.
Tarikh: 11 April, 2001



-------------

DEMO ANTI ISRAEL

Posted: 29 Jun 2016 10:30 AM PDT








JUMAAT INI 

DEMO 

ANTI ISRAEL


HIMPUN MASJID

TABUNG HAJI




------------

SILA FIKIRKAN

Posted: 29 Jun 2016 06:04 AM PDT



SILA FIKIR

SILA RENUNG

SAJE TAYANG

JANGAN MARAH
Thiam Kah Meng Sbb dapat dedak.
LikeReply152 mins
Khaliquzzama Bin Abdul Rauff Barisan pemimpin laknat.
LikeReply37 mins
Abdul Latif Satu parti dipimpin oleh ulamak tersohor ,satu lagi dipimpin oleh Mat Sabu. Kalau tu pun tak faham lg tak tau la.


-------------

AL-FATIHAH

Posted: 29 Jun 2016 05:38 AM PDT




AL- FATIHAH\

41 killed in suicide attack at Istanbul airport

ISTANBUL — At least 41 people died and dozens more were injured late Tuesday after three suspected Islamic State terrorists blew themselves up at Ataturk International Airport, according to Turkish officials.
Turkish Prime Minister Binali Yildirim said three suicide bombers were responsible for the attack and all initial indications suggest the Islamic State group was behind it.
He said the attackers arrived at the airport in a taxi and blew themselves up aft


------------

SELAMAT BERBUKA

Posted: 29 Jun 2016 04:08 AM PDT







SELAMAT 

BERBUKA

hari ini kuala lumpur panas
tadi gua di putrajaya
terasa panas 

gua tak ada apa spesial
hanya tunggu raya
hari ini pun gua
panaskan makanan kelmarin

gua ada buah perah
gua ada petai
biskut dan keju
macam berbuka petang kelmarin
kah kah kah


spesial hari ini
hanya untuk jai dan ezi
gua buka satu tin
makanan spesial
nak beri tahu mereka
gua ada good news dari mahkamah

RAYA KITA

BILA?






------------

KES BELUM SELESAI

Posted: 29 Jun 2016 02:00 AM PDT



BERIMANLAH
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kepada Al Qur'an yang diturunkan Allah", mereka berkata: "Kami hanya beriman kepada apa yang diturunkan kepada kami". Dan mereka kafir kepada Al Qur'an yang diturunkan sesudahnya, sedang Al Qur'an itu adalah (Kitab) yang hak; yang membenarkan apa yang ada pada mereka. Katakanlah: "Mengapa kamu dahulu membunuh nabi-nabi Allah jika benar kamu orang-orang yang beriman?" 


Katakanlah: "Taatilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir". kalu tak beriman denagn Quran nak pangge apa pulak? Allah pun pangge kapir ada pulak manusia nak tunjuk pandai tak boleh pangge kapir mana belajar mari bukan Islam sama lah kapir orang Islam pun boleh jadi kapir tau tak??? on MEMBACA IMEJ GUNA SEMIOTIK
Anonymous
on 6/28/16

PETUNJUK
Muga muga Allah beri petunjuk di jalan yg di rehdoei. on MEMBACA IMEJ GUNA SEMIOTIK
Anonymous
on 6/28/16

PERLAHANKAN SPEAKER MASA AZAN
Muka mcm ni... Cubo ko suruh perlahankan volume speaker tu masa azan.. Dia akan kumpulkan semua bala tentera.. Mengangkat pedang dan memfisbililahkan dirinya dan pedangnya agar mati syahid... Padahal.. Suruh kurang 5 point je volume tu ....dia takan fikir banyak punya.. Sebab ruang diantara telinga dio.. Cuma ada ball barring...kakakkakakaka.....patutlah SOMPLAK..... PUIK... INI MUKA MOTHER FUCKER KATA ORANG AUSTRALIA.... KAKAKAKKAKAKAKA on MEMBACA IMEJ GUNA SEMIOTIK
DIDI KOTA BELUD
on 6/28/16

MATA KECIK
Muka dililit daging- mufti ni bukan saja cukup makan malah makan berlebih lebihan hingga muka berbonggol bonggol mcm belakang unta. Mungkin terlebih makan sebab selaku iring alsultan melantak makan besar. Tidak suka berlapar, rezeki dari Ilahi berdosa ditolak katanya. Hidung kembang dan lebar - pandai cari makan dgn cara belit belit dan putar putar. 

Mata kecik warna kuning dan mulut kecik - suka tido, ntah la samada mufti ni rajin buat kuliah agama atau tidak, mulut mcm tu org malas bercakap. Bercakap bila boss suruh saja. Muka hitam berjeragat - jarang berwuduk, suka bertayamum sapu debu di muka. Efek kolesterol juga kelihatan di muka kesan tabiat makan yg buruk. Telinga dan cuping besar - pekak badak, hanya dengar cakap/arahan boss saja. Misai jarang - keturunan jawa mungkin. Muka sembab - kaki tido. Hanya bangun bila boss panggil. Kalau org bawahan yg panggil dia akan melenting marah sebab tidur diganggu. Secara keseluruhan, muka mcm ni gila harta dunia. Minat mercedes benz, on DARI ILMU SEMIOTIK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/28/16

KOMPENI
Anjing kompeni on DARI ILMU SEMIOTIK
ampel70
on 6/28/16



PUASA NI
KAH.. KAH.. KAH.. No komen la TT. aku puasa ni... nanti kurang pahala puasa aku tahun ni takut kena isi borang baru untuk qada puasa. apa la lu TT! Aku tengok gambar tu pun aku dah nak rasa lain macam. on DARI ILMU SEMIOTIK
Anonymous
on 6/28/16




--------

DEMO JUMAAT INI

Posted: 29 Jun 2016 01:09 AM PDT






JUMAAT INI 

DEMO

ANTI ISRAEL


KUMPUL  


MASJID 

TABUNG HAJI







































------------

TADI KAMI BUAT SEJARAH

Posted: 29 Jun 2016 12:15 AM PDT













BARU PULANG

DARI 

MAHKAMAH

PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA



KES SAMAN KERAJAAN
kes baru selesai
kes panjang 12 tahun
baru selesai tengah hari ini
ustaz badrul, pak din, pak abu tian dan gua
pada 4 april 2001 ditangakp oleh polis
di tahan dibawah ISA
norian mai ketua polis
buat kesah bohong 
menuduh kami pengganas
ini untuk mengolah persetujuan rakyat
agar kami halal di ISAKAN


LAWAN DALAM PENJARA
ketika kami dalam penjara
kaum keluraga kami lawan keputusan
penangkapan kami

awalnya kami 10 orang
termasuk ezam, lokman,
ghani harun, gobala , raja petra
mereka tarik diri tinggal kami 5 orang
yang setia pada garis reformasi

penangkapan kami telah dibuktikan
oleh mahkamah persekutuan
sebagai MALA FIDE atau BERNIAT JAHAT
maka pada tahunn 2005
satelah kami keluar darai tahanan KAMUNTING
kami mula kan kes saman NORIAN MAI

mahkahamh tinggi 
telah memberi kami pampasan
kerajaan merayu menolak
jumlah pampasan tersebut

lalu kes ini dibawa sekali lagi
ke MAHKAMAH PERSEKETUAN
untuk didengari oleh 5 hakim


hujah kerajaan pampasan ini terlalu banyak
wajib dikurangkan lagi
ini pun telah dikurangkan dalam
mahkamah tinggi

pagi tadi pada jam 12.13 mula bicara
hampir satu jam bicara

pendakwa buka mulut dulu
kemudian pihak kami

KEPUTUSAN
mahkamah persekutuan
menolak rayuan kerajaan
ertinya kami menang
pampasan kami tidak digangggu


MENANG
kemenangan ini untuk semua
bekas tahanan ISA
untuk semua yang pernah ditahan
di bawah ISA
inilah kemenangan untuk mereka
puluhan ribu warga yang telah
melalui apa yang kami
kami 5 orang hanya simbolik
untuk puluhan ribu yang pernah
di tahan diseksa di hina
semasa dalam ISA

TERIMA KASEH
puluhan ribu kawan kawan
yang membantu
yang memberi kami semangat
mereka ini adalah pejuang anti -ISA
tanpa mereka mustahil kami teguh berjuang

pada kaum keluarga
yang sedih 
yang sama berkorban
yang juga merasakan seksaan ISA
kerana anak menantu ayah
suami abang ditahan di kamunting

kepada PEGUAM peguam
yang saban minggu datang membantu
yang berkorban tanpa mengira masa
tanpa menerima bayaran

kepada NGO
yang tegak teguh berdiri
melawan kezaliman 
melawan ISA

terima kaseh terima kaseh


BULAN PUASA

BERSEJARAH



---------

DUIT ZAKAT BERTAMBAH

Posted: 28 Jun 2016 09:00 PM PDT






F.BOOK


SEDARKAH ANDA... SETIAP TAHUN kutipan zakat seluruh negara cecah bilion2 ringgit..
2014: RM2.45 bilion
2013: RM2.26 bilion
2012: RM1.92 bilion
2011: RM1.63 bilion
2010: RM1.36 bilion
2009: RM1.19 bilion
2008: RM1.04 bilion
(Sumber: Jabatan, Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR))
TETAPI KENAPA jumlah penerima zakat kian bertambah ??
NAMPAK TAK !!!




--------------