Sabtu, 11 Jun 2016

dollah yankee

dollah yankee


Teruskan bodoh anda dengan mengundi BN/umno

Posted: 11 Jun 2016 05:29 PM PDT


Cerita lah apa pun tentang keburukan-keburukan yang umno/BN telah buat kepada rakyat dan bagaimana duit-duit negara telah dirembat... 

kita cerita tentang pemimpin-pemimpin umno yang telah rembat duit Bank Bumiputra dan tak bayar sampai lingkup dan tutup bank tu, tapi bila tiba pilihanraya umno menang juga.

Kita cerita pula tentang hal-hal MARA dan penyelewengan-penyelewengan yang telah berlaku, kita cerita juga tentang penyelewengan-penyelewengan dalam Tabung Haji, bila ada pilihanraya umno/BN menang lagi.

Kita cerita juga pasal PKFZ, pasal lembu-lembu yang tak duduk dalam kandang tapi duduk dalam kondomunium, kita tambah cerita bagaimana penyelewengan yang berlaku dalam PPRT dimana duit untuk orang-orang susah dan miskin dirembat, tapi bila ada pilihanraya umno/BN tetap menang juga.

Untuk dua pilihanraya yang akan berlaku kali ini isu-isu untuk di cerita adalah lebih hebat lagi iaitu 2.6 beliyun dan dalam akaun siapa wang itu telah dimasukan. 

Lepas tu kita tunggu lah tengok pada 18 haribulan malam nanti apakah keputusan yang telah dibuat olih orang-orang melayu kita yang mengawal dan memegang 60 % undi di dua tempat itu.

dollah yankee -
Tak tau nak kata apa dah kat orang-orang melayu kita ni...

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


UMNO angkuh sehingga menderhaka kepada Majlis Raja-Raja

Posted: 11 Jun 2016 03:45 PM PDT


Pada 3 Disember 2015, Dewan Rakyat telah meluluskan sebuah rang undang-undang bernama rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 (RUU MKN 2015) walaupun mendapat bantahan daripada kalangan ahli parlimen pembangkang.
Bantahan ahli parlimen pembangkang yang terdiri daripada ahli-ahli parlimen DAP, Amanah dan PKR adalah berkaitan dengan kuasa Perdana Menteri yang telah mengambil atau melebihi kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung dalam mengisytiharkan sesuatu kawasan keselamatan.
Dewan Negara seperti biasa kemudiannya meluluskan RUU MKN 2015 pada 22 Disember 2015 tanpa sebarang pindaan.
RUU MKN 2015 tersebut kemudiannya dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja Melayu oleh Peguam Negara semasa Mesyuarat Majlis Raja-raja kali ke-240 pada 17 Februari 2016.
Setelah ditaklimatkan oleh Peguam Negara, Majlis Raja-Raja berpendapat bahawa beberapa peruntukan di dalam RUU MKN 2015 tersebut perlu diperhalusi semula.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad dalam suatu kenyataan menyebut bahawa "Bagi maksud tersebut Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-raja Yang ke-240 akan mewasalkan warkah kepada YAB Perdana Menteri."
Pada 18 Februari 2016, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula dilaporkan berkata bahawa kerajaan mengambil maklum pandangan Majlis Raja-Raja bahawa beberapa peruntukan dalam rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara perlu diperhalusi.
Pada 19 Februari 2015 pula, akhbar Sin Chew Daily melaporkan bahawa Peguam Negara akan mengkaji semula RUU MKN 2015 selaras dengan nasihat Majlis Raja-Raja agar ianya diperhalusi semula.
Namun, pada 20 Mac 2016, Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang telah dilaporkan oleh Sinar Harian bahawa beliau mengharapkan agar RUU MKN 2015 dipercepatkan pindaan selaras dengan tuntutan Majlis Raja-Raja.
Beliau berkata, "Saya menyokong saranan Majlis Raja-Raja yang mahu rang undang-undang itu diperhalusi. Beberapa pindaan harus dibuat tanpa membuang masa demi kebaikan negara."
Seterusnya pada 24 Mac 2016, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim dalam menggulung perbahasan ucapan titah di-Raja di Dewan Rakyat menyatakan bahawa Kerajaan akan membuat sembah taklimat sekali lagi kepada Majlis Raja-raja berhubung RUU MKN 2015 dalam masa terdekat.
Ironinya ialah semakan di laman sesawang Warta Kerajaan menunjukkan bahawa RUU MKN 2015 telah diwartakan pada 7 Jun 2016 dengan catatan "Tarikh Perkenan Diraja pada 18 Februari 2016 menurut Fasal 4A Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan."
Perlu diambil perhatian bahawa Perkara 66 Fasal 4A memperuntukkan bahawa mana-mana rang undang-undang yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agung untuk perkenan Diraja samada ia diperkenankan atau tidak tetap akan menjadi suatu akta sekiranya melebihi tempoh 30 hari.
Merujuk kepada Warta Kerajaan bahawa RUU MKN 2015 telah diwartakan pada 7 Jun 2016 setelah perkenan Diraja mengikut Perkara 66 Fasal 4A, maka jelas kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri yang didokong oleh Umno dan Barisan Nasional telah mengabaikan titah Majlis Raja-Raja malah melakukan penghinaan dan penipuan di Parlimen.
Bagaimana Menteri di Jabatan Perdana Menteri boleh memaklumkan kepada Dewan Rakyat pada 24 Mac 2016 bahawa suatu taklimat semula akan dilakukan kepada Majlis Raja-Raja sedangkan RUU telah diiktiraf mendapat perkenan Diraja pada 18 Februari 2016?
Tarikh 18 Februari 2016 yang disahkan sebagai tarikh perkenan Diraja mengikut Fasal 4A Perkara 66 adalah sehari selepas Majlis Raja-Raja meminta RUU diperhalusi.
Sewajarnya RUU MKN 2015 diperhalusi semula, dibawa pindaan ke Parlimen untuk dibahaskan dan kemudiannya disembah taklimatkan semula kepada Majlis Raja-Raja sebelum diwartakan tetapi sebaliknya berlaku. Kerajaan terus mewartakan tanpa pindaan malah tanpa taklimat dan perkenan Majlis Raja-Raja.
Lihatlah bagaimana Umno yang kononnya mempertahankan Melayu dan Raja-Raja Melayu memperlakukan tindakan derhaka ini kepada bangsa dan Raja-Raja.
Ya, ia dibenarkan oleh Perlembagaan yang mereka pinda menghapuskan sedikit kuasa Raja-raja, dan sekarang mereka terus melakukan penderhakaan. Umno cukup angkuh. Angkuh sehingga menderhaka kepada Majlis Raja-Raja.
Adakah ini juga salah DAP?
*Zulhazmi Shariff merupakan ahli DAP cawangan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Kit Siang gesa ambil kira pandangan Raja-raja sebelum laksana Akta MKN

Posted: 11 Jun 2016 03:41 PM PDT


SEKINCHAN, 12 JUN: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berharap supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil kira pandangan Majlis Raja-raja Melayu yang telah menitahkan supaya Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) diperhalusi sebelum ia dilaksanakan.
Menurut Kit Siang, sementara tarikh sebenar penguatkuasaan Akta itu masih belum ditetapkan, adalah wajar untuk pindaan terhadap Akta berkenaan dapat dilakukan, selaras dengan pandangan dan tuntutan Majlis Raja-raja Melayu.
"Ini adalah penting kerana Akta ini bersangkut paut dengan hak asasi manusia, malah ia juga mengenai demokrasi, Perlembagaan negara dan kuasa Raja-raja Melayu," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Akta MKN mendapat tentangan hebat daripada blok pembangkang ekoran pelaksanaannya yang membolehkan penguatkuasaan darurat di sesuatu kawasan keselamatan yang diisytiharkan oleh majlis berkenaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
UMNO-Barisan Nasional telah berjanji untuk memperhalusi Akta berkenaan supaya ia dapat diselaraskan dengan tuntutan Majlis Raja-Raja, namun parti pemerintah itu ternyata tidak berbuat demikian apabila Akta tersebut diwartakan Selasa lalu tanpa mengambil kira titah Majlis Raja-raja.
Menurut warta, Akta MKN berkenaan menerima perkenan Diraja berdasarkan Fasal 4A Perkara 66, Perlembagaan Persekutuan.
Fasal berkenaan memperuntukan mana-mana rang undang-undang secara automatik menerima perkenan jika Yang di-Pertuan Agong tidak berbuat demikian dalam masa 30 hari dari tarikh ia dikemukakan kepada baginda.
Terdahulu Kit Siang bersama-sama calon Amanah bagi pilihanraya kecil Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur dan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim serta kepimpinan yang lain menyantuni penduduk pelbagai kaum di sekitar pekan Sekinchan. – Roketkini.com

KALAU BEGITU, PAS JUGA PATUT DIPANGGIL PIS, BUKAN PAS

Posted: 11 Jun 2016 03:39 PM PDT


Boleh tahan juga Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan ini cuba memperlekehkan Parti Amanah Negara atau yang disebut oleh sesetengah orang sebagai PAN sebagai singkatannya, manakala pimpinannya lebih suka parti tersebut dikenali dengan nama Amanah.

Katanya, parti tersebut telah mengkhianati perjuangan PAS, justeru tidak layak dipanggil Amanah,  tetapi lebih sesuai dipanggil PAN.

Berucap dalam kempen di Sungai Besar, beliau berkata, "kalau ada "mata-mata" PAN di sini balik beritahu bos masing-masing sebab apa nak dipanggil Amanah?"

Nampak dah tiada modal muslimat Pas ini bercakap, merapu semacam sampai perkataan Amanah pun menjadi isu besar baginya.

Kalau betul Wan Hasrina mahu Parti Amanah Negara dikenali sebagai PAN, maka PAS juga mulai sekarang tidak boleh lagi disebut sebagai PAS.

Ini kerana nama sebenar PAS ialah Parti Islam Semalaysia. Jika disingkatkan ia sepatutnya jadi  PIS, bukan PAS.

Mengapa PAS tidak mahu dikenali sebagai PIS, tetapi menggunakan PAS?

Kalau PAS, ia singkatan untuk apa?

Jika PIS boleh menukar namanya kepada PAS, apa masalahnya Parti Amanah Negara disebut Amanah?

Adakah perkataan amanah itu milik peribadi Ketua Dewan Muslimat PIS Selangor sehingga orang lain tidak boleh menggunakannya? (SH 11/06/2016).

PAKATAN HARAPAN HARAP DR TERMIZI ‘HENTAM’ NAJIB DI PARLIMEN.

Posted: 11 Jun 2016 02:48 PM PDT

40 peratus pengundi atas pagar masih berbelah-bahagi, kata penganalisis

Posted: 11 Jun 2016 03:04 AM PDT


Sungai Besar dan Kuala Kangsar dijangka hadapi pilihan raya kecilSungai Besar dan Kuala Kangsar dijangka hadapi pilihan raya kecil
Undi kira-kira 40 peratus pengundi atas pagar dilihat sebagai 'insentif' yang perlu direbut calon yang bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini.
Penganalisis politik berpendapat elemen menarik itu mampu memberi kejutan khususnya selepas PAS meninggalkan Pakatan Rakyat.
Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat, penganalisis politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia berkata mereka sebelum ini kebanyakannya menyokong PAS dan Pakatan Rakyat, namun setelah PAS keluar, menyebabkan mereka berbelah-bahagi untuk mengundi pihak yang mana.
"Mungkin mereka (yang kecewa dengan perpecahan itu) akan beralih ke Amanah (Parti Amanah Negara) atau BN atau mereka tidak mengundi langsung...apa-apa boleh berlaku tanpa kita jangka," katanya kepada Bernama.
Samsu Adabi yang juga pakar dalam bidang Politik Islam dan Minoriti Muslim menjelaskan peratusan pengundi atas pagar itu dibuat berdasarkan purata pembahagian undi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) iaitu 30 peratus kepada BN, 30 peratus kepada Pakatan Rakyat manakala 40 peratus lagi adalah pengundi atas pagar.
Selain itu, katanya 30 peratus undi untuk Pakatan Rakyat (kini Pakatan Harapan) telah berpecah dua sejak PAS keluar daripada pakatan tersebut.
"Mungkin sekarang pembahagian undi akan jadi 20 peratus kepada Amanah yang mewakili Pakatan Harapan dan hanya 10 peratus kepada PAS atau mungkin sebaliknya," jelas beliau.
PRK Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara BN, PAS dan Amanah selepas kekosongan kerusi Parlimen itu susulan penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lalu.
Pada PRU13, Allahyarham Noriah menewaskan calon PAS Mohamed Salleh M Hussin dengan majoriti 399 undi.
Dalam pada itu, Samsu Adabi yakin calon BN Budiman Mohd Zohdi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang mampu memenangi pilihan raya kecil kali ini dengan majoriti lebih besar kerana beliau turut disenangi masyarakat Cina.
"Walkabout, sesi ceramah dan lawatan ke rumah golongan yang memerlukan turut membantu daripada segi meraih sokongan penduduk, lebih-lebih lagi pengundi kaum Cina. Namun begitu sebarang kejutan tidak boleh diperkecilkan kerana PAS dan Amanah mungkin tampil dengan kejutan masing-masing," katanya.
Turut berkongsi pandangan yang sama, Pakar Geostrategi Prof Dr Azmi Hassan yakin BN boleh memenangi PRK kali ini kerana Budiman disenangi penduduk Sungai Besar, menjadikannya satu bonus kepada BN, sekali gus mampu mencatat peningkatan undi majoriti.
Beliau juga menjangkakan laluan sukar bagi calon Amanah Azhar Abdul Shukur, untuk 'menawan' kerusi Parlimen Sungai Besar berbanding dua pencabar iaitu Budiman dan calon PAS Dr Abdul Rani Osman.
Menurutnya, meskipun ketiga-tiga calon memasuki gelanggang PRK dengan taring yang berbisa, calon BN dan PAS dilihat lebih menonjol kerana profil dan reputasi kedua-dua calon itu bukanlah sesuatu yang asing di peringkat negeri Selangor.
"Ia bagaimanapun agak sukar bagi calon Amanah yang tidak pernah menyandang sebarang jawatan dalam politik. Malahan penglibatan beliau dalam politik juga kurang menyerlah berbanding yang lain," tambahnya.
Oleh Muhammad Audi Md Ghazali

Khalid bertegas tiada khadam atau 'taiko' dalam Pakatan Harapan

Posted: 11 Jun 2016 03:02 AM PDT


Khalid anggap Pas lebih ikut DAPKhalid anggap Pas lebih ikut DAP
Ketua Penerangan Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad, bertegas tidak wujud soal mana-mana parti komponen DAP, Amanah dan PKR menjadi "khadam" kepada parti lain dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) yang sama seperti mana yang didakwa sesetengah pihak
PH menggunakan prinsip "hujah yang tepat dan baik" dalam setiap perbincangan yang dilakukan bagi mencapai kata sepakat secara bersama.
"Dalam PH tidak ada mana-mana parti yang menjadi 'bos'.
"Dalam PH yang berkuasa adalah hujah yang paling baik dan yang paling tepat.
"Dan semua (parti komponen PH) akan mengalah apabila mendengar hujah yang baik dan tepat, walaupun dari mana ia datang," katanya dalam siri ceramah umum PH, semalam seperti dilaporkan Roketkini.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, prinsip berkenaan sudah pun digunakan ketika berlakunya pertikaian dalam meletakkan calon PH di Parlimen Sungai Besar.
Ketika hari penamaan calon semakin hampir, katanya, PKR masih mahu terus berunding dengan PAS bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru, Amanah akur dengan keputusan itu.
Akhirnya, PKR pula terpaksa akur dengan keputusan Amanah yang bertegas mahu untuk meletakkan calon di sini, selepas rundingan PKR-PAS menemui kegagalan, tambahnya.
"Satu lagi contoh, DAP. Parti DAP cadangkan Mohamad Sabu, kemudian kami berbincang.
"Selepas perbincangan panjang, akhirnya, keputusannya kita letak Ustaz Azhar, anak tempatan, orang yang ada kebolehan, yang mempunyai potensi, yang boleh bersuara di Parlimen bagi warga Sungai Besar.
"DAP pun akur dengan keputusan itu. kalau kata DAP 'taiko' dalam PH, kehendak dia kita kena ikut, tapi tidak (terjadi dalam hal itu)," ujarnya.
Ceramah berkenaan turut disertai Calon PH bagi Parlimen Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dan pemimpin PH yang lain.

Bersatu dengan Umno isu lama, kami disingkir kerana itu, kata Asmuni

Posted: 11 Jun 2016 03:00 AM PDT


Pas dan Umno semakin rapatPas dan Umno semakin rapat
Kenyataan Ketua Pemuda Pas bahawa parti itu berazam untuk bersatu dengan Umno bukan perkara baharu, kata Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi.
Malah katanya, akibat menentang usaha pengabungan Pas dan Umno menyebabkan bekas pimpinan Pas yang kini menubuhkan Amanah disingkirkan daripada parti itu.
"Kami memang tahu daripada dulu. Sebab itulah kami ditendang daripada Pas.
"Kami kumpulan yang menentang penggabungan Umno dengan Pas. Usaha ini dilakukan sejak selepas pilihan raya 2008 cuma mereka cuba nak menafikan," kata beliau dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.
Asmuni yang juga bendahari agung Amanah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Nik Abduh dalam Sinar Harian hari ini bahawa Pas bukan sahaja berniat malah berazam untuk bersatu dengan Umno kerana matlamat penubuhan parti Islam itu adalah untuk menyatukan umat di atas jalan yang betul termasuk penyatuan parti politik.
Asmuni turut mempersoal tujuan Pas bertanding di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar sekiranya ingin bergabung dengan Umno.
"Kalau nak bergabung bertanding lawan Umno buat apa? Kalau nak bergabung bagitahu penyokong di bawah. Jadi mereka tidak terus berada dalam kekeliruan.
"Pemimpin di atas kata tak ada usaha untuk bergabung dengan umno. Yang pertengahan kata mereka akan bekerjasama dengan Umno.
"Apa maksudnya bekerjasama dengan Umno? Dalam pilihan raya berlawan antara satu sama lain. Apa semua ni?"soalnya.
Beliau turut mengulangi pendirian bahawa Pas bertanding di Kuala Kangsar hanya untuk memenangkan Umno Barisan Nasional.
"Kehadiran mereka dalam pilihan raya ini tidak serius tetapi untuk memudah cara kepada kemenangan Umno Barisan Nasional.
"Kita pun ada maklumat serba sedikit perangkaan-perangkaan mereka tidak menunjukkan usaha untuk mencapai kemenangan," katanya.
Sementara itu, setiausaha organisasi Amanah Suhaizan Kaiyat semalam berkata, maklumat yang diperoleh daripada Laporan Persiapan Dan Gerakerja PAS PRK P067 Kuala Kangsar memaklumkan jumlah undi target Pas di Kuala Kangsar adalah 8,713 sahaja sedangkan undi yg diperolehinya dlm PRU13 adalah 13,136.
"Ini bermakna Pas tidak mahu menang dalam PRK Kuala Kangsar sebaliknya hanya mahu mendapat undi lebih besar daripada Amanah seterusnya mahu memberi kemenangan kepada parti mesranya BN," katanya.

NIK ABDUH INGIN PAS BERSATU DENGAN UMNO? TAKBIRRRRR....IDUPP MELAYU....

Posted: 11 Jun 2016 01:33 AM PDT

MEMANG BENAR BN JANJI LIMA KALI BINA JAMBATAN MANONG – AMANAH

Posted: 11 Jun 2016 01:12 AM PDT

PAS TIDAK SERIUS PRK K. KANGSAR, MAHU BERGABUNG DENGAN UMNO?

Posted: 11 Jun 2016 01:09 AM PDT

PAS DAPAT NIKMAT, SOKONG PERBUATAN SALAH NAJIB – DR MAHATHIR

Posted: 11 Jun 2016 01:06 AM PDT

PILIHANRAYA SG BESAR HARI INI: SAMM EDAR RISALAHSKANDAL BALAK KELANTAN DAN

Posted: 11 Jun 2016 12:29 AM PDT



**10,000 booklet penerangan kes Anwar Ibrahim terbitan SAMM akan diedarkan.

** juga turut akan dilancarkan ialah booklet bukti skandal balak Kelantan... Pas = Umno


11 Jun, bersama SAMM di PRK Sg. Besar

Program Edaran Bubur Lambok & risalah penerangan Bersama Solidariti Anak Muda Malaysia-SAMM Selangor Dan Per3 Selangor berserta Calon Amanah Ustaz Azhar*
Di : Bazar Ramadhan Sungai Besar
Jam. : Jam 5.00 petang
Tarikh : 11/6/2016
Program Iftar Anak Muda Bersama Calon Amanah Ustaz Azhar*
Tempat :Restoren Ayam Kampung Tali Air 8, Sungai Leman, Sekinchan.
Jam : 6.45 petang
Tarikh. : 11.6.2016
Di jemput beramai-ramai..

BERAPA BAG YANG DI ANGKUT DALAM PESAWAT? ANGGARAN 24-30..ANDA BILANG SENDIRI

Posted: 11 Jun 2016 12:21 AM PDT








APA DALAM BEG ROSMAH? (VIDEO MESTI TONTON)




14 mins · 

Pihak Datin Seri Rosmah Mansor telah mengakui secara terbuka bahawa beliau telah menggunakan jet peribadi ACJ319 A6-CJE yang dibayar oleh rakyat untuk menerima satu anguerah di Turki. Beliau juga tidak menafikan bahawa anak beliau, Nooryana Najwa Najib juga telah menaiki jet tersebut dan ditanggung oleh rakyat.

Hari ini saya paparkan rakaman video Datin Seri Rosmah Mansor menaiki pesawat tersebut sebagai bukti lanjut.

Daripada video ini, saya lontarkan lagi soalan-soalan yang wajar dijawab oleh Datin Seri Rosmah Mansor dan Dato' Seri Najib Tun Razak seperti berikut:

1. Berapa orang pegawai yang mengiringi Datin Seri Rosmah Mansor menaiki pesawat tersebut?

2. Kenapa beg-beg besar tidak disimpan di bahagian simpanan beg ("luggage") sedangkan ini adalah jet peribadi dan ada ruang yang besar dan selesa untuk menyimpan beg-beg besar tanpa mengganggu keselesaan di dalam pesawat? Apa guna menyewa jet peribadi mewah tetapi ruang mewah dipenuhi dengan beg-beg besar?

3. Berapa beg-beg besar yang dibawa menaiki pesawat dan disimpan di ruang mewah?

4. Siapa pemilik beg-beg besar ini?

5. Apa kandungan beg-beg besar ini?

6. Adakah beg-beg besar ini membawa wang tunai? Jika ya, adakah pengisytiharan membawa keluar wang tunai telah dibuat dengan pihak berkuasa yang sewajarnya?

Ini adalah soalan-soalan yang akan bermain di fikiran rakyat apabila mereka meneliti rakaman video ini. Datin Seri Rosmah tidak boleh memberi alasan beliau tidak perlu memberi jawapan kerana apabila perjalanan dan sebahagian dari kegiatan beliau ditanggung oleh rakyat, maka rakyat berhak untuk mengetahui setiap perkara yang dibuat secara telus dan benar.

Saya telah menanyakan beberapa professional yang telah berkhidmat lama di dalam industri penerbangan. Mereka sependapat bahawa adalah janggal untuk menyewa sebuah jet peribadi tetapi tidak menggunakan sepenuhnya kemudahan dengan membawa naik beg-beg besar ke dalam ruang mewah pesawat sehingga boleh mengganggu keselesaan penumpang yang membayar sewa yang mahal.

Adalah adil untuk saya bertanyakan soalan ini: apakah kandungan di dalam beg-beg besar itu yang sangat berharga hingga ia perlu dibawa ke dalam ruang mewah pesawat?

Saya akan menunggu jawapan dari Datin Seri Rosmah seperti biasa.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN