Khamis, 9 Jun 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


BELILAH, APA DITUNGGU LAGI....

Posted: 09 Jun 2016 04:17 AM PDT

shahbudindotcom

Perdana Najib Razak mengakui beliau mengimpikan mahu memiliki kereta limosin canggih "The Beast"  seperti kegunaan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
 
 
 
 
Jika seorang nelayan di Kuala Sungai Pahang yang menzahirkan impian seperti itu, ia tentu saja dikatakan "angan-angan Mat Jenin", tetapi apabila Najib yang dalam akaun peribadinya pernah ada wang sekurang-sekurangnya RM2,600 juta, mengimpikan kenderaan sedemikian rupa bukanlah sesuatu yang mustahil baginya.

Najib sebenarnya mampu untuk membeli sebuah, tiga buah atau sepuluh buah sekali pun kereta kalis peluru seperti itu.

Dengan memiliki limosin hebat itu, sekurang-kurangnya Najib bukan saja akan disayangi oleh Amerika Syarikat, bahkan lebih dipuja dan disanjung oleh rakyat Malaysia.

Belilah, apa ditunggu lagi....


Isteri PM belanja RM86 juta untuk sewa jet mewah peribadi, dakwa Rafizi

Posted: 09 Jun 2016 04:14 AM PDT

BORHAN AHMAD
 
 
 Kemasan dalam jet pribadi mewah yang disewa isteri perdana menteri.Kemasan dalam jet pribadi mewah yang disewa isteri perdana menteri.


Datin Seri Rosmah Mansor didakwa membelanjakan RM86 juta wang rakyat untuk menyewa jet mewah peribadi ACJ316 A6-CJE untuk kegunaannya selama dua bulan, dakwa ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Kerajaan Malaysia pula menyewa jet peribadi tersebut untuk tempoh dua bulan atas alasan satu lagi jet peribadi sedang disenggara, kata Rafizi dalam satu kenyataannya hari ini.

Ruangan keemasan bilik mandi dalam jet mewah.Ruangan keemasan bilik mandi dalam jet mewah.Menurut Rafizi, angka RM86 juta itu diperolehi berdasarkan semakan beliau dengan syarikat-syarikat yang menawarkan khidmat menyewa jet peribadi mewah ACJ319 menunjukkan bahawa kadar sewaan adalah mengikut jam; iaitu USD15,000 setiap jam.  

Rafizi membuat andaian ini selepas Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor mengesahkan dakwaan beliau sebelum ini.

"Saya hanya ingin mempersoalkan kewajaran membelanjakan RM86.4 juta dana rakyat dalam keadaan rakyat benar-benar tersepit akibat GST, penghapusan subsidi, kenaikan harga, potongan mendadak biasiswa dan pembiayaan pendidikan melalui MARA, PTPTN dan lain-lain," katanya.

Beliau menyenaraikan beberapa contoh mudah bagaimana RM86.4 juta ini boleh dibelanjakan untuk rakyat:

1.    Ia boleh menanggung biasiswa penuh untuk pelajar paling cemerlang di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan (awam atau swasta) sebanyak RM45,000 untuk kursus ijazah bagi 1,920 pelajar cemerlang

2.    Ia boleh diberikan sebagai pinjaman MARA sebanyak RM20,000 kepada seramai 4,320 anak-anak Bumiputra untuk membiayai pendidikan mereka

3.    Ia boleh digunakan untuk menghantar 86 daripada 300 pelajar cemerlang SPM 2013 yang sepatutnya belajar di universiti ternama seluruh dunia tetapi biasiswa itu dibatalkan atas alasan kerajaan tidak cukup wang

4.    Jika diberi kepada pelajar miskin yang cemerlang di sekolah dalam bentuk Biasiswa Kecil Menengah sebanyak RM500 seorang, jumlah ini akan memanfaatkan 172,800 keluarga

Oleh itu, katanya, tidak ada alasan yang boleh diberikan oleh mana-mana pemimpin Umno/Barisan Nasional untuk mewajarkan pembaziran tahap mega yang dianggarkan memakan RM86.4 juta wang rakyat ini.

Rafizi Ramli minta rakyat buat undi protes terhadap PM.Rafizi Ramli minta rakyat buat undi protes terhadap PM."Oleh sebab itu, pemimpin dan calon BN di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar tidak lagi boleh bercakap mengenai membela rakyat selagi mereka tidak berani menegur Datin Seri Rosmah Mansor agar berhenti bermewah menggunakan wang rakyat seperti ini," kata Setiausaha Agung PKR itu.

Sehubungan itu, beliau menyeru supaya pengundi-pengundi yang selama ini menyokong Umno/BN tetapi rasa jelek dengan pembaziran wang rakyat seperti ini memilih untuk membuang undi protes dengan mengundi calon Pakatan Harapan dari AMANAH di kedua-dua kerusi; atau pun tidak keluar mengundi langsung di dalam PRK ini.

Anak perempuan PM juga tumpang jet peribadi disewa kerajaan

Posted: 09 Jun 2016 04:06 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Kelibat anak perempuan Rosmah keluar daripada kereta untuk menaiki jet peribadi. Foto ehsan Rafizi RamliKelibat anak perempuan Rosmah keluar daripada kereta untuk menaiki jet peribadi. Foto ehsan Rafizi Ramli


Anak perempuan Perdana Menteri turut menumpang jet peribadi yang disewa khas kerajaan sehingga menimbulkan tanda tanya siapa yang selayaknya menggunakan kemudahan mewah itu.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan media berkata, jika kesibukan tugas dan jadual ketat dijadikan alasan kenapa isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan jet peribadi ACJ319 A6-CJE, mengapa anak beliau, Nooryana Najwa Najib turut sama di dalam penerbangan itu?

"Adakah anak kepada menteri-menteri juga dikira sebagai VVIP? Saya boleh sahkan bahawa anak Datin Seri Rosmah Mansor turut sama menaiki pesawat tersebut dan saya sertakan gambar-gambar berikut sebagai bukti," katanya.

Anak perempuan Rosmah diiring masuk ke pesawat khas yang disewa kerajaan. Foto ehsan Rafizi RamliAnak perempuan Rosmah diiring masuk ke pesawat khas yang disewa kerajaan. Foto ehsan Rafizi RamliRafizi turut mempersoalkan alasan yang diberikan Pegawai Khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor bahawa menyewa jet peribadi bukanlah 'perkara baru' bagi kerajaan Malaysia.

Malah Rizal menjelaskan bahawa jet itu disewa Kerajaan Malaysia bagi tempoh dua bulan untuk kegunaan pembesar negara (VVIP).

"Setiap kali saya mendedahkan pembaziran akibat dari kos menggunakan jet peribadi, alasan-alasan inilah yang akan digunakan dengan mengheret nama DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
"Kalau pun jet-jet peribadi ini adalah satu keperluan kepada pembesar-pembesar, siapa yang secara rasminya diiktiraf sebagai pembesar VVIP yang boleh menggunakan jet peribadi ini?
"Urusan bagaimana yang membolehkan mereka menggunakan jet peribadi ini? Tidakkah ada panduan dan had penggunaan supaya wang rakyat tidak dibazirkan?" soal beliau.

Rafizi turut menyifatkan alasan Rizal bahawa jadual Rosmah yang ketat dan tidak sesuai untuk menggunakan penerbangan komersil sebagai dangkal dan menghina rakyat.

Menurutnya, semasa Kelantan dilanda banjir teruk di akhir 2014, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak lewat pulang dan menggunakan penerbangan lain untuk pulang ke Malaysia dari Hawaii sedangkan jet peribadi rasmi kerajaan yang digunakan beliau melencong ke arah yang bertentangan dengan singgah di Los Angeles dan kemudiannya di Indianapolis.

"Sehingga sekarang Datin Seri Rosmah Mansor tidak menjawab soalan saya sama ada jet itu singgah untuk memantau kerja-kerja naik taraf jet peribadi yang baru dibeli ketika itu," kesal Rafizi.

Beliau turut mencabar calon-calon BN dan Pas supaya mendesak Perdana Menteri menyiarkan secara terbuka senarai penuh perjalanan dan kos terlibat bagi semua jet-jet peribadi yang ditanggung oleh rakyat bagi tahun 2015 dan 2016.

"Kegagalan mereka berbuat demikian memberi makna mereka juga bakal gagal menegur pembaziran kerajaan jika dipilih ke Parlimen kelak," ujarnya.

PAN ugut media guna 'AMANAH'

Posted: 09 Jun 2016 03:58 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA KANGSAR: Parti Amanah Negara (PAN) hari ini mengugut media yang merujuknya sebagai "PAN" supaya menggunakan nama "Amanah" atau berdepan tindakan dilarang menghadiri sidang media parti itu.
 
"Masih ada media yang merujuk kami sebagai PAN. Tidak kira apa kecenderungan anda, sebagai media marilah kita bersikap profesional," kata Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi dipetik portal Free Malaysia Today (FMT).
 
"Jika tidak mungkin, kita perlu kecualikan sebahagian daripada anda daripada (membuat liputan) sidang media kami yang akan datang. Harap dapat sampaikan kepada editor anda."
 
Menurut Asmuni, "Amanah" adalah nama yang diiktiraf Pendaftar Pertubuhan dan penggunaan "PAN" mengelirukan pengundi.
 
Asmuni dalam pada itu mempersoalkan mengapa PAS lebih berminat menyerang pembangkang.
 
"Kami tidak berperang dengan mana-mana parti pembangkang. Tiada guna parti itu halakan serangan kepada Pakatan Harapan. Bukan kami yang mentadbir negara dan Perak," kata Asmuni.
 
"Kenapa berterusan serang kami dan bukannya BN. Adakah itu tanda hubungan kerjasama dan solidariti dengan mereka? Jika ya, nyatakan secara terbuka."
 
Kenyataan Asmuni itu sehari selepas bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman, yang mewakili PAS menentang PAN dan BN di Sungai Besar, menolak sebarang kemungkinan partinya akan bergabung dengan Umno.
 
"Kalau ada kerjasama dengan Umno, saya yang akan jadi orang pertama tinggalkan PAS. Tidak ada rancangan seumpama itu," Rani dipetik sebagai berkata.
 
Sementara itu, Asmuni menyeru PAS supaya menumpukan usaha melawan BN.
 
"Musuh politik kita adalah BN dan kita tiada masa untuk berperang sesama sendiri. Inilah permintaan dari kami," katanya

Pemimpin Umno sekolahkan Rafizi dalam isu 'jet' Rosmah

Posted: 09 Jun 2016 03:48 AM PDT

MALAYSIAKINI


Seorang pemimpin veteran Umno hari ini menempelak tindakan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang dikatakan kerap kali membuang masa dengan cubaan untuk menggambarkan salah laku perdana menteri dan isterinya.

Walhal, kawasan Parlimen yang diwakili oleh Rafizi iaitu Pandan pula tidak dijaga dengan baik.

Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, Rafizi seperti mahu menunjukkan kebodohannya apabila tidak dapat membezakan keperluan pemimpin atas urusan rasmi membabitkan kepentingan negara.

"Ini bermakna wakil rakyat itu kurang cerdik," kata Syed Ali dalam laman blog beliau.

Syed Ali berkata, wakil rakyat yang berhemah akan bekerja 100 peratus untuk kepentingan rakyat di kawasan yang diwakili mereka dan bukannya sibuk menabur fitnah dan adu-domba.

Justeru, beliau menasihatkan Rafizi supaya 'kembali' ke kawasan (Pandan) untuk membantu rakyat daripada bersusah payah menabur fitnah untuk memburukkan pemimpin UMNO.

"Tetapi malangnya, wakil Rakyat Pandan itu dilihat begitu lembab memberikan khidmat kepada pengundi di kawasan tersebut, sebaliknya hanya ghairah untuk mencari salah pemimpin UMNO terutama Najib dan isteri," tambahnya.

Pada masa yang sama, Syed Ali turut melahirkan rasa kesal dengan perbuatan Rafizi yang dengan sengaja membuka aib orang lain dengan niat jahat.

"Rafizi selongkar fitnah Najib dan isteri, kemudian sebar menerusi media sosial, perbuatan itu amat terkutuk kerana sengaja membuka aib orang lain dengan niat jahat," tegasnya.

"Inilah tabiat buruk Rafizi, yang juga Setiausaha Agung PKR yang tidak habis-habis melemparkan fitnah terhadap Datin Seri Rosmah Mansor dengan pelbagai tuduhan karut dan tidak berasas," ujarnya.

Beliau turut berhujah bahawa penggunaan jet kerajaan oleh Rosmah adalah bersesuaian dengan kedudukan sebagai isteri perdana menteri.

"Rosmah adalah isteri Perdana Menteri Malaysia dan kedudukan beliau dari segi protokol adalah layak," ujar beliau lagi.

'Sewa jet peribadi RM86.4 juta boleh biayai biasiswa'

Posted: 09 Jun 2016 03:44 AM PDT

MALAYSIAKINI


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini berkata anggaran sekitar RM86.4 juta dibelanjakan oleh kerajaan untuk menyewa jet peribadi selama untuk dua bulan.

Jet berkenaan kononnya digunakan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor semasa lawatan beliau ke Istanbul, Turki bulan lalu.

Rafizi berkata, berdasarkan pemeriksaan dengan syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan menyewa jet, kadar setiap jam bagi pesawat Airbus ACJ319 adalah AS$15,000.

Ini bermakna RM86.4 juta dibelanjakan untuk menyewa pesawat itu selama dua bulan atau bersamaan 1,440 jam.

Wang RM86.4 juta, kata Rafizi, boleh digunakan untuk membiayai pengajian 1,920 pelajar cemerlang di universiti-universiti tempatan.

Jumlah yang sama juga boleh digunakan sebagai pinjaman Majlis Amanah Negara (Mara) berjumlah RM20,000 setiap satu kepada 4,320 pelajar bumiputera.

Selain itu, jumlah yang sama juga boleh digunakan untuk menghantar 86 daripada 300 pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM 2013 ke luar negara, katanya.

Pemimpin Umno / Barisan Nasional, kata Rafizi, tidak lagi boleh memberi alasan bagi mewajarkan perbelanjaan itu.

"Saya tidak mahu lagi mendengar alasan. Semakin mereka cuba mewajarkannya, semakin terserlah kebodohan mereka," katanya.

'Saya diupah baca teks oleh Chegubard'

Posted: 09 Jun 2016 03:41 AM PDT

Pengaturcara komputer bebas yang sebelum ini mendakwa ditipu dalam penjualan 900,000 nama bagi menipu tanda tangan dalam projek memorandum Deklarasi Rakyat hari ini tampil dengan akuan bersumpah (SD) terbaru untuk menafikan yang terdahulu.

Dalam SD pertamanya, Azharuddin Othman, 30, mendakwa beliau dimaklumkan nama-nama berkenaan akan digunakan untuk memorandum Deklarasi Rakyat untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan urus niaga dijalankan secara atas talian dengan Ema atau juga dikenali sebagai Ratu Naga.

Namun, segala berubah hari ini.

"Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak mengenali individu yang bernama Ema atau juga 'Ratu Naga' dan tidak pernah menjalankan apa-apa urusan dengannya.

"Sebelum ini, saya telah diupah untuk mengadakan sidang akhbar berdasarkan teks yang diberikan oleh orang yang mengupah saya iaitu Badrul Hisham Shaharin ," kata beliau dalam SD terkini itu.

SD itu tersebar di beberapa laman Facebook termasuk Otai Bersih dan Kelab Mukhriz Mahathir.

Syarul Ema juga, sebelum ini, telah menafikan pernah mengadakan sebarang urusan dengan Azharuddin.

Dalam SD terkini, Azharuddin berkata, beliau telah menandatangani dokumen baru untuk mengelakkan tindakan undang-undang.

Bagaimanapun, Badrul Hisham atau 'Chegubard' yang dilihat terbabit dalam SD pertama oleh Azharuddin itu mendakwa SD terbaru sebagai palsu.

"Kalian seolah-olah gembira menyebarkan SD palsu," katanya dalam laman Facebook yang merujuk kepada Otai Bersih dan Kelab Mukhriz Mahathir.

Ingatkan rumah tak ada elektrik, rupa-rupanya...

Posted: 09 Jun 2016 03:38 AM PDT

Ingatkan rumah tak ada elektrik, rupa-rupanya...
Anak mangsa menunjukkan salah sebuah daripada lima buah kereta milik bapa dan adiknya yang ditoreh penjenayah sebelum menyamun mangsa.
 
 
SETIU - Sepasang suami isteri cedera di tangan, kaki dan muka selepas ditetak  penyamun bersenjatakan parang  di rumahnya  di Kampung Hulu Kekabu dekat  Kampung Guntung, di sini,  kira-kira jam  3.30 pagi tadi.

Dalam kejadian tersebut, mangsa Zaromi Mohd Zain, 48, dan isteri, Zubaidah Mat, 54, diserang dua lelaki yang menceroboh rumah mereka selepas bertindak menendang pintu utama rumah.

Anak mangsa, Mohamad Zainiman, 23, berkata, sebelum  kejadian kira-kira jam 3 pagi, dia yang sedang tidur di dalam sebuah bilik tersedar apabila berasa panas dan mendapati rumah gelap akibat terputus bekalan elektrik.

Menurutnya, dia keluar ke ruang tamu dan mendapati bapanya yang sedang tidur di ruang tamu turut terjaga.

"Pada mulanya kami menyangka bekalan elektrik terputus namun selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba ayah dan saya terdengar bunyi pintu dapur rumah seperti ditendang.

"Kami terkejut dengan bunyi kuat itu  tetapi belum lagi  mengesyaki sesuatu buruk  sebelum suspek beralih menendang pintu utama rumah selepas gagal membuka pintu dapur itu," katanya yang ditemui  di rumahnya, hari ini.

Mohamad Zainiman berkata lagi, selepas menyedari rumahnya ditendang penjenayah, dia bersama bapa , ibu dan seorang adiknya bertindak menahan pintu itu dari dalam rumah untuk mengelak penjenayah dapat membuka dan masuk.

Namun suspek terus bertindak menendang pintu  menyebabkan ensel pintu tercabut ditambah pula bapanya yang cedera parah di tangan ketika menahan pintu itu akibat dilibas oleh suspek menggunakan parang melalui celah pintu yang terbuka .

"Dalam keadaan gelap dan kelam kabut itu, akhirnya suspek berjaya masuk ke dalam rumah kemudian terus menetak muka ayah saya yang sudah terjatuh.

"Saya dapat melihat  kedua-dua suspek memakai helmet  dan menutup muka dengan kain berdasarkan cahaya lampu suluh yang diguna suspek.

"Saya juga nampak sebilah parang panjang  di tangan salah seorang daripada mereka dan seorang lagi memegang objek menyerupai pistol," katanya yang mengakui sakit badan dan pinggang setelah ditendang  beberapa kali oleh suspek.

Pas kutuk gambar badut Abdul Hadi

Posted: 09 Jun 2016 03:25 AM PDT


Pas kutuk gambar badut Abdul Hadi
Poster gambar badut yang diubah suai daripada gambar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


BANDAR KUALA KANGSAR - Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria menyelar tindakan pihak menampal poster Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diubah suai menjadi badut.

Tegasnya, provokasi tersebut merupakan tindakan terdesak bagi memburukkan Pas sempena kempen PRK Kuala Kangsar.

Menurutnya, tidak perlu melakukan perkara sedemikian kerana bukannya Abdul Hadi bertanding di Kuala Kangsar.

"Provokasi ini semuanya bermula daripada pemasangan 'billboard' semalam. Macam-macam mereka kata, cakap kita bersama Umno.

"Kalau kita mahu bersama Umno, kita tidak akan bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Macam mana boleh kata kita sokong Umno?

"Sekarang zaman politik matang. Kerja-kerja burukkan individu itu cerita lama," katanya kepada Sinar Harian.

Ketika ditanya adakah beliau tahu pihak yang melakukan provokasi itu, Razman menegaskan beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak.

Ujarnya, semua pihak seharusnya mengelak melakukan provokasi seperti itu kerana ia akan menimbulkan suasana tidak harmoni.

"Kita menyelar tindakan pihak melakukan provokasi seperti ini. Nampak mereka ini terdesak untuk meraih sokongan.

"Mereka bimbang dengan sokongan diterima Pas jadi mereka cuba lakukan pelbagai cara untuk cetus provokasi seperti ini," ujarnya.


Lima sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

Posted: 09 Jun 2016 03:22 AM PDT

Lima sekeluarga tinggal sehelai sepinggang
Rumah dihuni selama 20 tahun musnah dijilat api.


KOTA BHARU - Lima sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman yang dihuni selama 20 tahun, hangus sekali gus dalam kebakaran di Kampung Belukar Panji, di sini hari ini.

Mangsa, Bilal Mohamad, 56, berkata, rumahnya itu ditinggalkan kosong selepas dia keluar bekerja di bengkel membaiki kereta tidak jauh dari kediamannya.

"Saya serta tiga anak dan isteri yang menjaga ibunya di hospital, meninggalkan kediaman kira-kira jam 9 pagi dalam keadaan dikunci dan terurus dengan baik, namun terkejut menerima panggilan kira-kira jam 11 pagi daripada jiran memberitahu rumah saya terbakar.

"Apabila pulang kerumah, saya lihat hampir keseluruhan kediaman hangus  termasuk barang-barang dalam rumah tidak dapat diselamatkan,"katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya, hari ini.

Bilal berkata, hanya kereta jenis Proton Saga dan motosikal anaknya yang dapat diselamatkan oleh jiran memandangkan api marak begitu cepat.

"Saya pada mulanya cuba untuk menghampiri kawasan rumah, namun dihalang jiran ekoran kebakaran cepat merebak memandangkan rumah saya dibina berasaskan kayu dan separa batu.

"Memang agak sedih memandangkan baru sahaja empat hari kita berpuasa dan kejadian ini berlaku pada bulan Ramadan,"katanya.

Bilal berkata, dia mengharapkan agar pihak tertentu dapat memberi bantuan untuk mendapatkan kediaman baharu memandangkan tidak mempunyai tempat tinggal lain.

"Setakat ini saya tidak tahu punca api datang dari mana, memandangkan isteri tidak memasak  untuk hidangan sahur dan berbuka dan menyerahkan kes ini untuk siasatan pihak bomba,"katanya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zaini Bidin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 12.05 tengah hari dan sampai di tempat kejadian hampir 15 minit kemudian.

"Ketika kami sampai hampir 95 peratus kediaman itu terbakar dan pihak kami mengalami kesukaran untuk memadamkan kebakaran apabila pili bomba agak jauh dan sumber air terbuka tiada di kawasan itu.

"Namun api dapat dikawal dengan kekuatan tiga jentera termasuk, jentera Balai Kota Bharu, Unit Paramedik dan Tangki Air (Water Tangker) bersama 14 anggota kita berjaya mengawal api dari merebak ke kediaman berhampiran," katanya.


Siasat siapa punya angkara, tegas Pas

Posted: 09 Jun 2016 03:20 AM PDT

SINAR HARIAN


Siasat siapa punya angkara, tegas Pas
Kontraktor-kontraktor menurunkan papan tanda kontroversi yang dipasang berdekatan lampu isyarat. - Foto Sinar Harian oleh SAHRIFUDIN ABDUL RAHIM


KUALA KANGSAR - Pas hari ini meminta polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat papan iklan kempen dipasang di sekitar kawasan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, yang menuduh parti itu kini bergabung dengan Umno.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata Pas bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit sekiranya polis membantu mereka melakukan siasatan.

"Papan iklan itu menuduh Pas sedang berusaha untuk bergabung dengan Umno serta dituduh turut bersekongkol dengan isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad)," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata tindakan berbaur fitnah lebih menjurus kepada strategi pihak tertentu untuk meraih sokongan pengundi dengan memburuk-burukkan parti Pas.

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Ahli Parlimennya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pengundian PRK itu yang bakal berlangsung 18 Jun ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara BN, Pas, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bebas. - Bernama


Curi peralatan kuih raya, wanita dipenjara sehari

Posted: 09 Jun 2016 03:18 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Tertuduh mencuri acuan biskut, pisau kek, berus pastri, penggelek plastik dan papan kuih siput kerana mahu berniaga kuih sempena raya ini.


wanita_polis_curi_600


KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri peralatan membuat kuih raya dan beberapa barang lain di sebuah pasar raya, seorang wanita dihukum penjara sehari dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu ke atas Mazileen Mubarak Ali, 29, selepas dia mengaku bersalah mencuri 15 jenis peralatan membuat kuih dan juga makanan kucing yang bernilai RM114.60 milik Sogo Department Store, di sini pada 6.30 petang, semalam.

Antara barang itu ialah acuan biskut, pisau kek, berus pastri, penggelek plastik dan papan kuih siput.

Terdahulu, Mazileen yang bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan dalam rayuannya berkata dia mencuri kerana mahu menjalankan perniagaan kuih raya dan ini merupakan kesalahan pertamanya.

Dia juga memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan suaminya tidak bekerja dan dia perlu menanggung ibu bapanya yang sudah tua.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh.

Mahkamah memerintahkan wanita itu menjalani hukuman tersebut dari tarikh dia ditangkap pada 8 Jun dan jika gagal membayar denda dia boleh dipenjara 10 hari.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda dan bagi kesalahan kali kedua atau lebih boleh dikenakan hukuman penjara dan juga denda atau sebatan.– BERNAMA

Calon AMANAH pinjaman DAP, kata PAS

Posted: 09 Jun 2016 03:16 AM PDT

 
Mustafa juga mendakwa DAP mengatur Tun Dr Mahathir Mohamad untuk turun berkempen untuk AMANAH.


mustafa-dap-amanah


PETALING JAYA: Mengulangi tuduhannnya yang AMANAH didalangi DAP, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata PAS sebenarnya berdepan dengan DAP dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Sungai Besar.

"Berdasarkan laporan dari lapangan dan pemerhatian saya, strategi dan kerja-kerja untuk calon PAN dibuat oleh DAP," lidah rasmi PAS, Harakahdaily melaporkan, menggunakan "PAN" sebagai singkatan AMANAH.

"Jadi secara realitinya pertandingan tiga penjuru pada PRK Sungai Besar, PAS berdepan dengan BN dan DAP," tambahnya seperti dipetik Harakahdaily.

Malah Mustafa melabelkan calon AMANAH, Azhar Abdul Shukur, sebagai "pinjaman" DAP.

Pemimpin veteran PAS itu turut mendakwa DAP mengatur bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk turun berkempen pada PRK Sungai Besar nanti.

Minggu lepas, Mustafa berkata satu undi untuk AMANAH adalah undi untuk DAP.

PRK Parlimen Sungai Besar diadakan serentak dengan PRK Kuala Kangsar pada 18 Jun.

PAS diwakili Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman akan ditentang Azhar dan calon BN, Budiman Mohd Zohdi.

PRK itu diadakan ekoran kematian Tan Sri Noriah Kasnon dari BN dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pada 2013, Noriah menewaskan calon PAS, Mohamed Salleh M. Hussin dengan majoriti tipis 399 undi.

BN tak pasang poster besar elak pembaziran

Posted: 09 Jun 2016 03:11 AM PDT

 
Keputusan itu diambil juga bagi menghormati bulan Ramadan.


Datuk-Razali-Ibrahim


KUALA KANGSAR: BN meminimumkan penggunaan poster bersaiz besar di PRN Kuala Kangsar bagi mengelakkan pembaziran dan menghormati bulan Ramadan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, keputusan itu telah dibincangkan di peringkat pucuk pimpinan parti.

"Kita kena tahu, ini bulan untuk kita beribadat dan berpuasa. Kita juga lihat suasana hari ini kita tidak boleh membazir.

"Ekonomi kita dalam keadaan yang terkawal tetapi membazir dalam bulan Ramadan tidak patut," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu selepas meninjau Bilik Gerakan BN di Kuala Kangsar hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tidak banyak poster besar calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kelihatan di kawasan Parlimen itu.

Berdasarkan tinjauan wartawan, kebanyakan poster calon BN hanya dapat dilihat di beberapa lokasi dan saiznya juga tidak besar.

Sementara itu, Ahli Parlimen Muar itu menggesa AMANAH supaya menghormati budaya masyarakat Kuala Kangsar dan menghormati bulan Ramadan.

"Kita datang tempat orang kena hormat. Saya tidak mahu komen strategi mereka, tetapi kena saling menghormati satu sama lain agar tidak menimbulkan sensitiviti kaum di sini," katanya.

Semalam, ucapan Ahli Parlimen Seremban-DAP, Anthony Loke pada ceramah AMANAH tergendala seketika apabila seorang pemuda memarahi penganjur kerana mengadakan ceramah ketika umat Islam menunaikan solat Tarawih.

Pemuda yang mendakwa penganjur tidak menghormati Islam itu mengugut akan membawa rakan-rakannya membuat kecoh jika AMANAH tidak menunggu sehingga selesai solat Tarawih.

AMANAH bertanding hanya untuk lawan PAS

Posted: 09 Jun 2016 03:07 AM PDT

 
Razali berkata, ia berbeza dengan pendekatan BN yang mahu berkhidmat untuk rakyat dan meneruskan perjuangan Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar. 


Razali-Ibrahim_amanah_dap_600


KUALA KANGSAR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim mendakwa AMANAH bertanding di PRK Kuala Kangsar semata-mata untuk melawan PAS.

Katanya, ia berbeza dengan pendekatan BN yang mahu berkhidmat untuk rakyat dan meneruskan perjuangan Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

"Saya rasa AMANAH ini bertanding untuk melawan PAS sebab dia serpihan daripada parti itu kerana dia tidak setuju dengan parti itu. Jadi bila lawan PAS dia juga lawan BN, dia nampak PAS dan BN macam bersama. Itu sahaja.

"Bukan kerjasama, sebab PAS pun bertanding. Jadi pada saya itu masalah dia.

"Pada kita di BN kita bertanding sebab pengundi dan niat untuk teruskan kerja-kerja Allahyarham. Bagi kita tidak fikir sesiapa pun lawan kita," katanya selepas meninjau Bilik Gerakan BN di Kuala Kangsar hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas papan iklan gergasi berundur provokasi dan fitnah menunjukkan BN dan PAS seolah-olah bergabung.

Papan iklan itu tertera logo syarikat 1MDB dengan slogan 'BN PAS Sehati Sejiwa, Rasis Rasuah Sama Sekali' di atas kepala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Muar itu berkata, AMANAH dan PAS juga dilihat cuba menarik pengundi untuk menewaskan pihak lawan.

"Dia sedang berebut undi sesama dia. Siapa yang bekerja lebih dan membuat strategi betul dia akan dapat, tetapi dalam kumpulan yang tidak sama," katanya.

Faktanya Umno yang khianati tanah orang Melayu Perak

Posted: 08 Jun 2016 10:29 PM PDT

IDRIS AHMAD
Idris AhmadIdris Ahmad


Umno Perak terutama Dato' Zamri ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak antara orang yang lantang menuduh Dato' Seri haji Nizar boneka kepada China DAP kerana beri tanah kepada orang China di Perak.

 Modal yang sama juga sedang difitnah oleh jentera Umno/BN kepada pengundi Bukit Gantang. Fitnah kalau undi Pas/Pakatan Rakyat bermakna menggadai tanah orang melayu kepada bangsa asing.

Ini adalah jawapan kepada Dato' Zamri dan kuncu-kuncu Umno, bahawa yang khianat tanah orang Melayu ialah pemimpin Umno, bukan Pas, bukan DAP dan bukan PKR

Fakta yang Dato' Seri haji Nizar kemukakan sudah cukup untuk membuktikan Umno pengkhianat kepada orang Melayu bukan Pakatan Rakyat. Sebagaimana kita sudah buktikan Umno kepala bapa penderkahaka kepada Raja-Raja Melayu.

Sekarang fakta menunjukkan Umno yang khianat tanah orang melayu dan rakyat di negeri Perak.

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli).

Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.

Melayu sangatkah Umno, sehingga buat bising fasal tanah 3000 ekar yang diberi kepada orang China yang memang haknya untuk dapat kerana mereka adalah rakyat di negara ini, mereka bukan China Singapura atau China Vietnam.

Kalau Umno tuduh Pakatan Rakyat boneka China dan khianat tanah orang Melayu kenapa tanah yang dipohon oleh Tuan Guru Haji Abdul Latif (Pondok Pak Teh Kroh Grik Perak) sejak 1996 telah diluluskan oleh Exco PR pada 2008 sebanyak 45 ekar.

Kalau kerajaan yang dipimpin oleh Dato' Seri Haji Nizar boneka China sudah tentulah permohonan ini tidak diluluskan. Adakah pemimpin Umno ingat Pak Teh ini China Taiwan sehingga permohonan beliau tidak diluluskan.

12 tahun Pak Teh menunggu kelulusan. Tiba-tiba kerajaan yang kononnya boneka China meluluskan permohonan tersebut walaupun tidak sampai sepuluh bulan memerintah.

Manakala Umno yang mendakwa tonggak orang Melayu telah kianat kepada bangsa sendiri walaupun tanah itu untuk kegunaan pondok.

Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu;

◾22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.  5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

◾200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

◾Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

◾9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

◾Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

◾Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

◾26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

◾300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.

◾Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

◾13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.

◾Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

◾Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

◾Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

 Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

◾Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.

Sebenarnya slogan Umno "Hidup Melayu" perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu "di mana Umno kuat di situ Melayu merempat".

* Tulisan asal dari blog Idris Ahmad, ahli parlimen Bukit Gantang yang disiar 17 Mei 2009.

Rosmah guna jet peribadi kerana jadual ketat

Posted: 08 Jun 2016 10:08 PM PDT

 
 
Pegawai Khas isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor menjelaskan Datin Seri Rosmah Mansor terpaksa menggunakan pesawat peribadi untuk menghadiri sebuah majlis di Istanbul, Turki pada 27 Mei lalu kerana beliau terpaksa jadualnya yang ketat.

Ini kerana, menurutnya, Rosmah perlu menghadiri Mesyuarat Agong Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

"Isteri Perdana Menteri menempuh perjalanan hampir 13 jam ke Istanbul hanya untuk menerima anugerah dan menyampaikan ucapan. Beliau (kemudiannya) bergegas pulang selepas majlis tersebut.

"Mana mungkin Rosmah dapat menghadiri semua acara-acara penting sekiranya mengikuti jadual penerbangan pesawat komersil," katanya dalam satu kenyataan media kepada Malaysiakini.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam pendedahan terbarunya hari ini mempersoalkan tindakan isteri perdana menteri menggunakan jet peribadi untuk menerima 'Anugerah Kebajikan Kanak-kanak 3G' bagi pihak PERMATA.

Menurut Rizal, pendedahan itu bersifat jahat kerana Rafizi cuba memesongkan pandangan rakyat bahawa isteri perdana menteri sedang melakukan suatu pembaziran.

"Tuduhan ini jelas merupakan suatu fitnah apabila mengatakan lawatan ini bersifat bermewah-mewah," katanya.

Rizal juga menjelaskan bahawa pesawat peribadi itu bukannya disewa khas untuk kegunaan Rosmah semata-mata.

"Pesawat ACJ319 No Pendaftaran A6-CJE adalah pesawat gantian yang disewa oleh kerajaan Malaysia bagi kegunaan kenamaan-kenamaan negara termasuk Yang di-Pertuan Agong, Permaisuri Agong dan kenamaan lain," katanya.

Menurutnya, kerajaan menyewa pesawat itu selama dua bulan sebagai gantian kepada pesawat ACJ320 yang kini dalam tempoh penyelengaraan.

"Pesawat tersebut adalah pesawat gantian kerajaan maka atas sebab itu penerbangan ini menggunakan Pangkalan Udara Subang.

"Rosmah adalah isteri perdana menteri Malaysia dan kedudukan beliau dari segi protokol adalah layak," katanya.

Rizal kemudianmya menyindir Rafizi dengan berkata tidak perlu bagi lepasan MCKK untuk bertanya soalan sedemikian.

"Satu sahaja soalan saya untuk YB Rafizi pula, siapakah penternak ikan yang dimaksudkan oleh Latifah Koya," katanya mengakhiri kenyataan medianya itu.

Kami mahu lawan BN, bukan pembangkang lain, kata Amanah Perak

Posted: 08 Jun 2016 10:04 PM PDT

HAZAYANI ZAKARIA
 
 
Asmuni Awi bersama rakan-rakannya dalam sidang media Pakatan HarapanAsmuni Awi bersama rakan-rakannya dalam sidang media Pakatan Harapan


Parti Amanah Negara (Amanah) mengulangi pendirian bahawa mereka  mahu menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan tidak berminat untuk bergaduh dengan parti pembangkang lain.

Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi berkata, parti pembangkang lain yang menyertai PRK Kuala Kangsar harus menyerang BN, bukan Amanah dan Pakatan Harapan.

"Kita tak mahu berbalah dengan parti pembangkang yang lain. Kita nak menggantikan BN. Dalam konteks pilihan raya ini kita nak menangkan calon kita untuk menggantikan calon BN dulu untuk membolehkan Amanah menghantar wakil ke  parlimen nanti.

"Kalau ada lagi parti-parti yang turut serta dalam pilihan raya kecil ini yang serang kami, kami minta tolong fokuskan serangan kepada BN. Pakatan Harapan tak memerintah Malaysia dan Perak," katanya dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.

Ditanya pemberita sama ada beliau merujuk kepada Pas, Asmuni berkata mereka boleh menilai sendiri parti mana yang sering menyerang Amanah.

Bagaimanapun kenyataan Asmuni itu dipercayai ditujukan kepada Pas yang turut bertanding di PRK Kuala Kangsar.

Pas sebelum ini sering mendakwa Amanah mengikut telunjuk DAP dan menolak hudud dilaksanakan di Malaysia.

Asmuni juga berkata, Amanah tiada masa untuk bergaduh dengan Pas sebaliknya memberi fokus kepada isu rakyat dalam kempen mereka.

"Kita tak mahu berbalah dengan parti pembangkang lain. Kita tak ada masa. Kita fokus isu rakyat, kepentingan rakyat,  visi dan misi Pakatan Harapan dan Amanah. Jadi kita tak ada masa nak layan," katanya.

Kempen PAN di Kuala Kangsar terus hambar

Posted: 08 Jun 2016 09:55 PM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
KUALA KANGSAR: Walaupun menampilkan Presidennya, Mohamad Sabu sebagai penceramah, kempen Parti Amanah Negara (PAN) di beberapa kawasan di sini masih lagi gagal menarik khalayak yang ramai khususnya kaum Melayu.
 
Ceramah anjuran parti itu di Taman Seri Manong, malam tadi hanya dihadiri kurang 40 hadirin walaupun ia diadakan selepas solat sunat tarawih bagi memberi peluang untuk lebih ramai penduduk hadir.
 
Selain Mohamad atau Mat Sabu, turut tampil sebagai penceramah adalah Naib Presiden PAN, Hasanudin Yunus dan calon PAN, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli.
 
Seperti yang dijangka, kempen PAN mengitar isu lapuk bersabit beberapa isu nasional membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
 
Ahmad Termizi menyifatkan tindakan memberi undi kepada PAN akan menyelamatkan negara sekaligus turut 'mempunyai jawapan kepada Allah' kerana sudah melaksanakan tanggungjawab yang sebenarnya.  
 
"Iktikad kita, usaha dan ikhtiar manusia tidak memberi bekas kepada qada dan qadar Allah. Tapi kita akan dipertanggungjawabkan terhadap usaha dan ikhtiar kita.
 
"Sama-samalah kita berusaha untuk memastikan kita melakukan tanggungjawab kita menyelamatkan negara supaya kita ada jawapan di hadapan Allah, supaya ada jawapan kepada anak cucu kita yang akan bertanya mengapa kita tidak melakukan sesuatu ketika ada peluang untuk melakukan perubahan," katanya di hadapan hadirin. 
 
Ahmad Termizi yang tiba pada jam 11.00 malam hanya sempat meluangkan masa kira-kira tujuh minit menyampaikan ceramahnya sebelum bergegas meninggalkan lokasi ceramah untuk agenda lain.
 
Orang ramai terus bersurai sebaik saja Ahmad Termizi menghabiskan ceramah beliau.
 
Termizi akan berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid, calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad dan seorang calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
 
 

DAP mengaku naikkan papan tanda 'Cina babi' di Sungai Besar

Posted: 08 Jun 2016 09:53 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mengaku menaikkan papan tanda kontroversi  yang tertera perkataan 'Cina babi' kononnya untuk menyatakan fakta yang benar.
 
Papan tanda itu menampilkan gambar calon Barisan Nasional, Budiman Mohd Zohdi berpeluk dengan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos dengan kapsyen 'Panggil Cina Babi tidak salah'.
 
Bagaimanapun kapsyen itu bukanlah diungkapkan calon BN sebaliknya disebut oleh Jamal, menurut papan tanda itu.
 
"Ia dibuat oleh kami (DAP). (Kami meletakkannya) petang ini (petang Rabu). Kami hanya menonjolkan fakta bahawa apa yang dia (Jamal) sebagai Ketua Umno Sungai Besar katakan mengenai orang Cina," kata Pua dipetik portal Malaysiakini.
 
Bagaimanapun, papan tanda itu diturunkan selepas diarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Menurut SPR, perbuatan DAP itu melanggar peraturan pilihan raya.
 
"Kami mahu mengetengahkan isu-isu ini . Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya telah memutuskan ia melanggar peraturan pilihan raya selepas menerima adun dan papan iklan telah diturunkan," kata Pua.
 
 
 

Pak Cik ini buat songkok sejak 56 tahun lalu

Posted: 08 Jun 2016 09:48 PM PDT

SINAR HARIAN

Pak Cik ini buat songkok sejak 56 tahun lalu
Satu-satunya pembuat songkok secara tradisional Pulau Pinang, Haja Mohideen O.S.M. Mohd Shariff, mula sibuk menyiapkan tempahan songkok di kedainya yang terletak di dinding sisi Masjid Nagore di Lebuh King hari ini. - Foto Bernama
 

SEBULAN sebelum puasa setiap tahun, beliau akan sibuk untuk menyiapkan beratus tempahan daripada pelanggan termasuk dari Singapura untuk mendapatkan songkok buatan tangannya.

Pembuat songkok terkenal Pulau Pinang, Haja Mohideen Mohd Shariff, 68, belajar membuat songkok daripada bapanya ketika berusia 12 tahun.

Dia berkata, kemahiran yang dipelajari daripada arwah bapanya itu kini dipindahkan kepada menantunya, Abdul Kader Mydin yang membantu di kedainya, OSM Mohd Shariff bersebelahan Masjid Nagore, di sini.

"Selalunya kami menerima tempahan untuk pelbagai jenis songkok  sebulan sebelum Ramadan dan setiap tahun dalam masa ini kami perlu menghasilkan 700 songkok untuk memenuhi permintaan," katanya.

"Bagaimanapun, saya gembira dia (Abdul Kader) boleh meneruskan perniagaan keluarga saya kerana songkok buatan tangan adalah industri yang hampir mati," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kebanyakan songkok yang dijual di pasar raya di buat dengan mesin dan boleh dikeluarkan dengan banyak tetapi kualitinya berbeza dengan yang dibuat dengan tangan.

Hari ini, pembuatan songkok adalah perusahaan yang hampir mati, dan tinggal hanya sebilangan kecil pembuat songkok yang meneruskan perusahaan tradisi ini.

Haja Mohideen berkata proses membuat songkok bermula dengan rangka dalam yang dibuat daripada 18 lapisan, terdiri daripada kertas surat khabar lama yang dijahit dengan satu lapisan kertas coklat dan lapisan kain.

"Ia kemudian dipotong menjadi bentuk bujur untuk bahagian atas, mengikut saiz kepala sementara rangka berbentuk segi empat tepat daripada bahan yang sama  digunakan untuk membuat bahagian dinding atau tepi songkok.

Mencantumkan rangka atas yang bujur dengan rangka tepi songkok merupakan satu proses yang perlu dilakukan dengan cermat," katanya.

Dia berkata songkok yang telah siap mesti boleh "duduk tegak" di atas permukaan yang rata sebelum ia boleh muat dengan sempurna di atas kepala seseorang pelanggan dan keunikan songkok buatan tangan ini ialah setiap satu mempunyai lengkok berbeza berbanding dengan buatan mesin yang kesemuanya sama.

Haja Mohideen berkata banyak pasukan beruniform seperti polis, tentera dan kadet selalunya menempah songkok dalam warna coklat, ungu dan hijau dalam jumlah yang banyak.

Dia berkata kedua-dua mereka (bersama Abdul Kader) mampu menyiapkan 15 songkok sehari dalam masa sekurang-kurangnya 13 jam dan kebanyakan songkok buatan tangannya dihantar ke peniaga di Kuala Lumpur, Melaka dan Singapura.

"Kami biasanya tidak berniaga pada hari Ahad tetapi sebulan sebelum dan semasa Ramadan, kami membuka perniagaan setiap hari dari pukul 11 pagi sehingga hampir tengah malam untuk memenuhi permintaan pelanggan," katanya.

Beliau berkata, kabanyakan pelanggannya lebih menggemari songkok baldu hitam atau biru dengan ketinggian sederhana, 8.9 sm manakala yang mempunyai kelim berwarna perak atau emas khusus untuk kerabat diraja.

Harga sebuah songkok bergantung kepada saiz, jenis kain dan corak dan kebanyakan songkok OSM Shariff dijual antara RM23 ke RM35 setiap satu. - Bernama


Sedia air percuma sempena Ramadan

Posted: 08 Jun 2016 09:46 PM PDT

Sedia air percuma sempena Ramadan
Air disediakan pekerja yang beragama Islam.
 


MELAKA - Percaya amalan bersedekah yang diamalkan dalam Islam mempunyai manfaat besar mendorong seorang peniaga berbangsa Cina dan bukan beragama Islam membuat amal sempena Ramadan.

Lok Tian Chai, 37, bersama seorang lagi rakannya Alex Soh, 39, mengusahakan kedai telekomunikasi di Taman Seri Telok Emas, di sini sejak 17 tahun lalu.

Yang menariknya, setiap kali Ramadan, mereka menyediakan air minuman untuk diberikan secara percuma kepada masyarakat Islam berbuka puasa.

Malah, amalan itu sudah dilakukannya sejak lima tahun lalu.

Tian Chai berkata,  dia percaya setiap pemberian dalam bentuk sedekah sudah pasti akan mendapat balasan kembali pada masa akan datang.

"Kami telah lakukan aktiviti ini sejak lima tahun lalu dengan menyediakan bungkusan air minuman kepada masyarakat Islam untuk dibawa pulang untuk berbuka puasa.

"Kami lakukan setiap hari sepanjang Ramadan mulai jam 6 petang dan akan diedarkan secara percuma kepada sesiapa sahaja yang melalui kawasan kedai kami," katanya.

Menurutnya, pada mulanya dia bercadang untuk memberi sumbangan dalam bentuk wang.

"Tetapi apabila berfikir balik, kami bimbang duit akan disalahgunakan dengan membeli perkara tidak berfaedah. Akhirnya kami putuskan untuk membuat sumbangan dalam bentuk air minuman. Apatah lagi ia sangat bermakna menjelang umat Islam hendak berbuka puasa," katanya.

Tian Chai berkata, dia pernah cuba hendak memberhentikan aktiviti tersebut seketika, tetapi ada ramai yang bertanya mengenai air percuma itu.

"Orang ramai khususnya masyarakat sekitar Telok Emas memang sudah mengetahui tentang hal ini, sebab itu mereka akan bertanya biarpun sehari kami tidak menyediakan air ini, " katanya.

Upah pekerja Islam bungkus air

Menurut Tian Chai, untuk menyediakan air minuman berkenaan, dia mengupah pekerja Islam setiap hari sehingga ia dibungkuskan.

"Biasanya, kami akan buat satu balang yang akan dilakukan oleh pekerja Islam yang kami upah setiap hari untuk membungkus dan seterusnya mengagih-agihkan air ini.

"Setiap hari kami akan tukar-tukar jenis air berselang-seli. Kalau hari ini air sirap, esok kami akan tukar air sirap bandung dan seterusnya sarsi, limau, tebu dan sebagainya," katanya yang turut menampal jadual waktu berbuka puasa di kedainya.

Selain itu, menurutnya, sehari dalam bulan Ramadan, dia juga akan mencari sejumlah golongan fakir miskin, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) untuk diberikan sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur seperti beras, gula dan minyak masak.

"Kami akan cari sendiri nama-nama terbabit menerusi kenalan dan penduduk kampung yang kemudian kami pilih satu hari untuk diagihkan," katanya.

Menurutnya, programnya  pernah mendapat sokongan daripada Adun Telok Emas, Datuk Latiff Tamby Chik yang turut hadir menyerahkan sumbangan itu.

"Misalnya, tahun ini pun sudah ramai masyarakat yang tanya saya, sama ada kami ada anjurkan atau tidak. Bagi saya, ini sudah jadi satu kebiasaan dan perlu diteruskan selagi dikurniakan rezeki oleh tuhan. Saya akan berkongsi dengan masyarakat tanpa mengira agama," katanya.

Tian Chai berkata, dia juga gemar dan tidak mahu ketinggalan mengadakan aktiviti mengagihkan bubur lambuk yang selalu dilakukannya pada penghujung Ramadan setiap tahun.

"Bubur lambuk ini kami upah dengan masyarakat kampung dan meminta mereka menyediakan dalam bentuk bungkusan supaya senang diagihkan kepada orang ramai yang berpuasa.

"Bagi saya, apa yang dilakukan adalah satu kepuasan dan secara tidak langsung hubungan kami dengan masyarakat terjalin semakin erat tanpa mengira kaum dan agama," katanya.


Ceramah Pakatan Harapan diganggu

Posted: 08 Jun 2016 09:42 PM PDT


‎Ceramah Pakatan Harapan diganggu


KUALA KANGSAR - Ceramah Pakatan Rakyat di Taman Sri Emas malam tadi dicemari dengan insiden gangguan hampir empat lelaki di sini.

Kesemua pemuda itu mendakwa penduduk di taman ini.

Kekecohan pertama berlaku kira-kira jam 8.40 malam, ketika Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar sedang berucap.

Kejadian itu menyebabkan Sivakumar terpaksa berhenti selepas seorang lelaki hadir di hadapan pentas dengan menyatakan bahawa ceramah itu mengganggu ketenteraman awam.

Ceramah itu kemudiannya dihentikan selama 15 minit.

Gangguan kedua pula berlaku ketika Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke sedang berucap, kira-kira jam 9.30 malam.

Sekempulan pemuda itu menyatakan alasan yang sama iaitu ceramah ini mengganggu penduduk dan meminta semua ceramah tidak kira daripada Pakatan Harapan, BN dan Pas bermula jam 10 malam bagi menghormati bulan Ramadan.

Setiausaha Agong PKR, Rafizi Ramli ketika ditemui Sinar Harian selepas berucap di pantas sama berkata, beliau berharap semua yang terlibat dalam berkempen memahami latar belakang budaya masing-masing.

"Memang betul memang Islam nak solat sebagainya. Mungkin yang bukan Islam ada ruang dia juga asalkan masing-masing tahu batasan.

"Kalau boleh kita cuba elakkan berlakunya sebarang gangguan," katanya.


RM500 untuk penjawat awam sempena Aidilfitri

Posted: 08 Jun 2016 09:38 PM PDT

MALAYSIAKINI


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dalam kenyataan semalam, beliau berkata bantuan khas RM250 akan turut dinikmati 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka.

"Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 Jun ini," katanya sambil menambah ia melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 bilion.

"Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2016," kata perdana menteri.

Najib menarik perhatian bahawa penjawat awam akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai ini yang melibatkan anggaran implikasi kewangan RM1.1 bilion.

KSN: Tak perlu sekat penjawat awam guna internet

Posted: 08 Jun 2016 09:31 PM PDT

MALAYSIAKINI


Tiada keperluan untuk menyekat akses kemudahan internet di kalangan penjawat awam dengan tujuan menghalang kebocoran maklumat kerajaan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Susulan pengumuman kerajaan Singapura untuk mengenakan sekatan kemudahan internet di pejabat kerajaan ke atas penjawat awam mereka bermula Mei tahun depan, beliau berkata isu kebocoran maklumat bukan lagi menjadi isu utama di negara ini.

Malah katanya menyekat penggunaan internet tidak secara keseluruhannya mampu menghalang kebocoran maklumat.

"Kalau tidak ada internet sekalipun, masih ada lagi cara komunikasi lain yang boleh digunakan," katanya ketika ditemui pemberita semasa Majlis Berbuka Bersama Anak-anak Yatim dan Asnaf Rumah Nur Kasih Bestari, Kuala Lumpur semalam.

Mengakui terdapat kes kebocoran data dan maklumat kerajaan, Ali Hamsa berkata kerajaan mempunyai proses sedia ada untuk mengambil tindakan ke atas pegawai yang mengeluarkan maklumat rahsia kerajaan.

"Terdapat kes-kes tertentu seperti penyebaran maklumat rahsia melalui aplikasi Whatsapp dan pegawai yang terbabit telahpun dipanggil dan dikenakan tindakan tatatertib," katanya.- Bernama