Ahad, 5 Jun 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


NAMA NAJIB JANGAN SESEKALI DILUPAKAN....

Posted: 05 Jun 2016 07:42 PM PDT




Mesej paling penting dalam pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun nanti ialah untuk menghantar mesej penolakan terhadap kepimpinan Najib Razak.

Kalahnya BN nanti dalam pilihanraya itu, walaupun mungkin tidak merubah apa-apa atau Najib boleh saja terus berdegil untuk kekal sebagai Perdana Menteri, tetapi sekurang-kurangnya harapan rakyat untuk melihat perubahan dalam PRU 14 semakin ternampak sinarnya.

Kemenangan BN pula pasti akan menambahkan lagi "kembangnya kepak" Najib untuk terus memimpin dan menghadapi pilihanraya umum akan datang dengan keyakinan yang semakin bertambah.

Oleh yang demikian, pilihan yang ada bagi Pakatan Harapan selain berusaha sedaya mungkin memastikan kekalahan BN ialah menjadikan Najib sebagai sasaran utama sepanjang kempen dan ceramah yang akan diadakan. 

Pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar harus disedarkan mengenai beban yang terpaksa mereka tanggung selagi Najib tidak berjaya diundurkan dan bagaimana banyak kemanfaatan dapat dijelmakan sekiranya ketiadaannya dapat dijadikan kenyataan.

Daripada kenaikan kos sara hidup, beban GST, peningkatan hutang negara, Perdana Menteri dan keluarga paling bermewah dan membazir, terpalit dengan skandal kewangan terbesar dunia, 1MDB yang ditubuhkannya sedang disiasat oleh sekurang-kurangnya 7 buah negara, duit beribu-ribu juta pernah ada dalam akaun peribadinya, didedahkan media terpalit dengan penggubahan wang haram dan sehinggalah kepada pandangan buruk antarabangsa terhadap Malaysia, semuanya adalah Najib puncanya.

Daripada enam Perdana Menteri yang kita ada setakat ini, Najib ternyata mencipta rekod paling buruk untuk negara.

Tugas menyedarkan pengundi itu tentulah menjadi tanggungjawab Pakatan Harapan yang meletakkan calon Amanah di kedua-dua pilihanraya ini, dan bukannya boleh disandarkan kepada Pas, meskipun kedua-dua berlawan dengan calon BN juga. 

Pakatan Harapan adalah gabungan pembangkang yang lengkap dan mewakili semua kaum serta selayaknya menawarkan kerajaan alternatif kepada rakyat. Pas pula hanya mewakili satu kaum saja dan tidak  mungkin mampu membawa sebarang perubahan. 

Lagi pun, Pas juga awal-awal lagi mengatakan mereka tidak mahu berebut kuasa dengan BN dan selesa jika dapat menjadi penasihat kerajaan saja.

Dengan itu, calon Amanah sebenarnya menggalas amanah yang cukup besar di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Sementara Pas dilihat lebih banyak menyerang Amanah dan DAP dengan pelbagai versi ciptaan dan khayalan mereka sendiri, manakala UMNO hanya berdiam diri, Pakatan Harapan sebaliknya tidak harus terleka daripada terus  mendedah dan membongkar serta memberi tumpuan sepenuhnya mengenai keburukan Najib kepada rakyat dan negara.

Sebagaimana resepi kejayaan BN di Sarawak baru-baru, ada kemungkinan gambar dan poster Najib dalam pilihanraya kecil ini tidak sebanyak seperti dilambakkan dalam pilihanraya umum lalu. 

Namun demikian, sama ada BN meletakkan gambar Najib atau tidak, menjual rekaan sisi baik Najib atau sebaliknya, fokus Pakatan Harapan tidak harus tersasar.

Dua pilihanraya ini adalah mengenai Najib dan untuk mengundurkan Najib. Dan ia tentunya juga selari dengan kesediaan Tun Mahathir Mohamad yang telah mengesahkan akan turun berkempen untuk memastikan kekalahan BN di kedua-dua kawasan itu. (SH 05/06/2016

Apa khabar projek MyBeras?

Posted: 05 Jun 2016 07:32 PM PDT


Saya rasa amat kecewa dengan sikap kerajaan Barisan Nasional yang sekali lagi menipu golongan miskin dengan janji kosong projek MyBeras.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa lebih 200,000 keluarga miskin tegar akan mendapat bantuan 20kg beras setiap bulan ketika membentangkan Pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari tahun ini.
Projek ini, kononya akan membantu golongan miskin tegar yang mengalami kos hidup yang semakin meningkat. Selain daripada itu, program tersebut juga berniat untuk membantu golongan yang terjejas akibat kejatuhan harga komoditi getah dan kelapa sawit serta keadaan ekonomi negara yang agak murung.
Perdana Menteri dengan bangganya mengumumkan bahawa kerajaan melalui projek ini akan menolong golongan berpendapatan rendah yang terpaksa menanggung kos hidup yang meningkat.
Ketika itu, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan bahawa projek ini akan bermula pada 1 Mac 2016 dan berterusan sehingga Disember 2016. Beliau juga menjanjikan bahawa beras yang akan diberikan adalah jenis ST10 dan ST15 iaitu beras bekualiti tinggi.
Bukan main kata-kata semangat beliau, " Kita tidak mahu melihat seorang pun rakyat Malaysia kelaparan kerana tidak mampu membeli beras" Apa sudah jadi dengan janji ini? Capati?
Sehingga hari ini golongan miskin tegar masih belum menerima segenggam beras pun di bawah projek ini. Bermacam alasan diberikan oleh pihak kementerian berhubung dengan projek pemberian beras percuma ini.
"Kalau tak boleh bagi, jangan diumumkan. Ini adalah satu penipuan kepada golongan fakir miskin". Bukankah ini juga merupakan satu perbuatan yang berdosa?
Pada mulanya Perdana Menteri mengumumkan lebih 200,000 keluaraga miskin tegar akan menerima bantuan ini. Kemudian Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani pula mengumumkan hanya kelurga yang didaftarkan di bawah e-kasih yang layak untuk mendapat MyBeras.
Beliau membuat kepastian seramai 85,401 keluarga miskin tegar yang didaftarakan di bawah e-kasih yang sebenarnya layak. Jumlah penerima yang dijanjikan pada awalnya telah dipotong separuh. Bukankah ini merupakan satu penipuan?
Tarikh yang dijanjikan ialah 1 Mac 2016. Kemudian ditangguh ke tarikh yang lain iaitu pada bulan Mei. Alasan yang diberikan oleh Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani seperti mana yang dilaporkan oleh Bernama, "Sepatutnya MyBeras sudah dilaksanakan, tetapi kita tidak mahu ia dipolitikkan sebab sekarang pilihanraya sudah hampir. Jadi kita tunggu selepas pilihanraya Sarawak"
Pilihanraya Sarawak sudah berlalu. Projek MyBeras masih tidak dapat dilaksanakan pada bulan Mei. Alasan Menteri ialah pihaknya perlu menyemak senarai penerima dengan teliti bagi memastikan hanya mereka yang layak sahaja yang menerima MyBeras.
Kemudian, tarikh baru yang dijanjikan ialah 1 Jun 2016. Peliknya, sekali lagi kerajaan telah menangguhkan tarikh pelaksanaan projek MyBeras. Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Dr Ismail Bakar telah mengumumkan bahawa projek ini ditangguhkan lagi kerana pihaknya masih belum mencari mekanisme terbaik untuk mengedarkan beras itu kepada golongan miskin tegar.
Perdana Menteri dan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani seharusnya berasa malu kerana tidak dapat menunaikan janji. Adakah ini disebabkan kerajaan tidak ada wang untuk membiayai projek yang bertujuan membantu golongan fakir miskin? Dijangka projek ini akan menelan perbelanjaan RM100 hingga RM120 juta.
Saya berharap kerajaan akan menepati janji kepada warga miskin sekurang-kurangnya dalam bulan Ramadhan ini. – Roketkini.com
*Kenyataan Media Ahli Parlimen Batu Gajah & Timbalan Pengerusi DAP Perak

UMNO yang gadai Melayu, kenapa marah DAP?

Posted: 05 Jun 2016 07:22 PM PDT



Dalam muktamar Pemuda PAS baru-baru ini kita dapat melihat penonjolan retorik yang penuh dengan hasrat buruk sangka yang tidak terkawal terhadap DAP, lebih-lebih lagi sejak PAS mula menjalin hubungan mesra dengan UMNO.
 Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd. Hafiz Alias menyuarakan tuntutan mengekalkan 'tanah milik Melayu' dengan meminta semua konstituansi di Pulau Pinang menentang dan memperbetulkan apa yang diuar-aurkannya sebagai kononnya ketidaksamarataan sosial yang dibelenggu oleh kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah DAP.
Menurut beliau populasi "Orang Melayu di Pulau Pinang adalah kedua terbanyak iaiitu 43.6 peratus namun hanya memiliki 20.1 peratus tanah di negeri ini." Dengan kenyataan itu PAS nyata cuba menyemarakkan emosi perkauman sejajar dengan muslihat UMNO yang sentiasa mencari helah mengaitkan isu-isu tertentu dengan dakwaan perkauman.
PAS nampaknya sengaja buat-buat lupa dengan dosa tindak-tanduk UMNO yang lalu yang ternukil dalam lipatan sejarah. Umum mengetahui bahawa UMNO telah banyak "merampas" tanah-tanah milik kaum Melayu dengan membelinya dengan harga murah dan dijual dengan harga tinggi.
Contohnya kes Kampung Terang di Balik Pulau di mana 31 pemilik tanah (Melayu) menjualkan tanah mereka pada Januari 2012 kepada Maison Heights Sdn Bhd dengan jumlah harga RM8,563,983.00 yang kemudian menjualkannya kepada Kay Pride Sdn. Bhd. pada May, 2012 dengan harga RM13,457,664.00 – untung sebanyak RM5 juta dalam hanya 5 bulan.
Ini terang-terangan merupakan suatu eksploitasi sistem sedia ada dan apa lebih menyedihkan adalah ia juga merupakan suatu eksploitasi terhadap orang Melayu dengan cara amat jijik.
Jangan kita lupa bahawa dua daripada anggota Lembaga Pengarah Maison Heights pada masa itu adalah Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Pengerusi Pilihanraya Barisan Nasional, Datuk Omar Faudzar. Kes-kes skandal tanah yang dirancang para pemimpin UMNO jelas memperlihatkan betapa hipokritnya mereka menuduh orang lain sedangkan mereka adalah petualang Melayu dalam senyap.
Tuduhan terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang ini bukanlah yang pertama kali dan akan berterusan dari masa ke semasa. Pada masa yang lalu PAS pernah cuba memburuk-burukkan imej dan reputasi DAP sebagai kononnya sebuah parti yang anti-Islam dan anti-Melayu. Kes Kampung Mutiara dan Kampung Chetty diputarbelitkan dan dijadikan isu dengan manabur fitnah dan niat untuk memecahbelahkan keharmonian dan perpaduan penduduk di Malaysia.
Hakikatnya, apa yang ketara ialah bahawa Kerajaan Pulau Pinang di bawah pemerintahan DAP telah berusaha sedaya mungkin untuk membantu menyelesaikan masalah penduduk dengan pemaju berhubung sebarang isu berkaitan pembangunan. Contohnya kes-kes Kampung Permatang Tok Subuh di Bukit Mertajam, Kampung Chetty dan Kampung Batu Feringghi di mana para penghuni di kawasan-kawasan tersebut dipaksa keluar oleh pemaju di mana sebahagian mereka tidak diberi pampasan.
Nyata sekali bahawa dua komponen yang menjadi elemen keadilan sosial ialah makanan yang cukup dan perumahan asas untuk semua manusia. Pihak Pakatan Harapan telah bertindak tegas dan mengambil langkah-langkah demi keadilan sosial untuk mempertahankan hak-hak kemanusiaan mereka agar terjamin. Dengan melindungi hak-hak semua penduduk negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan kedudukan, Pulau Pinang merupakan satu-satunya negeri yang menjamin kesejahteraan rakyatnya.
Percaturan yang dipermainkan PAS dengan menuduh DAP dan Pakatan Harapan dengan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas dan tanpa bukti-bukti kukuh menyerlahkan betapa gusarnya PAS ketika ini untuk menawan hati sekutu politik elit yang baru sehingga langsung tidak mengendahkan fakta-fakta dan sejarah yang ternyata boleh membuktikan siapa yang benar-benar menggadai orang Melayu.

Mujahid jawab tohmahan Cikgu Pa tentang Amanah dan DAP

Posted: 05 Jun 2016 07:16 PM PDT


Pas dibuai mimpi tentang hubungan parti itu dengan PKR kata Mujahid. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari SallehPas dibuai mimpi tentang hubungan parti itu dengan PKR kata Mujahid. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh
Naib Presiden Amnah, Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa menganggap kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Dato' Mustafa Ali bahawa "undi AMANAH adalah undi untuk DAP" amat mengelirukan.
Kenyataan ini terpampang di dada akhbar Sinar Harian tempoh hari katanya menunjukkan ada beberapa perkara yang Mustafa Ali tidak cermat dalam kenyataannya dan tidak patut keluar dari mulut ahli politik veteran seperti beliau yang membuat rumusan pra-matang terhadap AMANAH yang didakwa tajaan DAP.

"Saya kesal sebagai ahli politik veteran, Mustafa Ali masih belum memahami bahawa yang dipertarungkan dalam mana-mana pilihan raya ialah perkara substantif tentang apa yang dibawa oleh parti masing-masing.
"Sampai bila orang lama seperti beliau hendak matang menunjukkan jalan kehadapan kepada generasi muda ahli politik jika beliau hanya ulang tayang sahaja menyalahkan orang lain tetapi gagal mengkritik diri sendiri?" soal beliau
Menurut beliau tidak adil masalah Pas dan Amanah dipertanggungjawabkan ke atas DAP untuk menutup kelemahan pimpinan Pas yang gagal berubah mengikut keperluan semasa dan gagal memenuhi janji 52 peratus undi yang diberikan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu.
"Amanah tidak lahir dari DAP tetapi ia lahir dari kecelaruan PAS yang menjejaskan kelahiran politik baharu nasional yang dinantikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jika sokong Amanah bererti sokong DAP katanya, maka apa salahnya jika kita kembali kepada isu substantif seperti jika DAP menentang rasuah, jika DAP menentang perkauman sempit, jika DAP berjaya mempraktikkan dasar pemerintahan telus dan berkebajikan dan jika DAP melaksanakan ketelusan, di mana salahnya jika AMANAH bersama dalam hal demikian?
"Maknanya jika sokong Amanah dikatakan sokong DAP ia bagus dalam konteks melawan rasuah.
"Adakah Pengarah Pilihan Raya Pas itu bermaksud demikian atau ia bermaksud secara negatif iaitu jangan sokong Amanah kerana ia menyokong DAP yang mahu lawan rasuah dan lain-lain?
Adakah Mustafa Ali tidak menyokong parti yang mahu lawan rasuah dan melawan parti yang rasuah?" soalnya lagi.
Jika ia bukan tentang semua di atas katanya, maka logik Mustafa Ali mungkin berpandukan kepada logik Umno iaitu naratif perkauman bahawa DAP ialah parti Cina dan Amanah menyokong agenda Cina-DAP.
"Saya kurang mahu percaya bahawa itulah kehendak Mustafa Ali tetapi melihatkan naratif Pas hari ini saling tak tumpah naratif Umno, saya cenderung kepada memahami kenyataan Mustafa Ali hanyalah mengulangi naratif Umno yang telah pun kita dengar selama ini.
"Saya mengharapkan perkara baru dari seorang veteran Pas tetapi ternyata Pas kehabisan peluru dan terpaksa memakai peluru Umno, dan amat malang sekali ia datang dari seorang veteran Pas," katanya.
Hakikatnya kata beliau, pertembungan yang sebenar dalam pilihan raya kecil kali ini ialah, Amanah melawan parti rasuah yang mana presidennya terpalit dengan skandal 1MDB dan sumbangan RM2.6 bilion.
"Kekuatan moral parti itu sudah reput hanya media perdana yang menutup kereputan itu dan parti Mustafa Ali mahukan isu Melayu-Islam jadi jambatan antara PAS dan UMNO lalu menutup isu sebenar berkenaan dengan kerajaan yang gagal dan demokrasi yang tidak berfungsi.
"Amanah tidak perlu melawan Pas jika ia komited kepada melawan rasuah, Amanah hanya melawan Umno/BN dan pengundi hanya perlu memilih parti mana yang lebih serius melawan rasuah," katanya
Bagi beliau Amanah adalah komponen dalam Pakatan Harapan (PH) bersama DAP dan PKR.
" Amanah mewakili PH, amat mengelirukan apabila Mustafa Ali mengulangi bahawa PKR masih ada hubungan dengan Pas malah mengugut untuk putus hubungan.
"Hubungan apa? Sama ada Pas bermain mata dengan rakan rasmi Amanah iaitu PKR atau PAS merasai bahawa blok ke-3-nya dengan IKATAN tidak membawa apa-apa makna," katanya
Mujahid yakin usaha Mustafa Ali membawa naratif Umno ke atas Amanah dalam menentukan sikapnya ke atas hubungan Amanah-DAP kepada pengundi dua pilihan raya kecil ini membuat saya tertanya-tanya, apakah mengundi PAS pada 18 Jun nanti sama sahaja seperti memberi undi kepada UMNO/BN?

Beliau amat meyakini bahawa pertembungan dalam dua pilihan raya kecil ini hakikatnya hanyalah antara BN lwn PH dan bukan PAS lwn Amanah lawan Umno seperti yang didakwa Pengarah Pilihan Raya PAS semasa membuat penggulungan di Muktamarnya baru-baru ini.

Tun M sindir keris PAS lebih panjang daripada UMNO

Posted: 05 Jun 2016 03:05 PM PDT


 | June 6, 2016
Nasionalisme kini diukur berdasarkan kepanjangan keris. Lebih panjang keris lebih nasionalis. Sekarang mereka (PAS) sedar mereka orang Melayu, sindir Dr Mahathir.
mahathir-keris
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata PAS kini sebuah parti yang lebih nasionalis daripada UMNO.
Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu menyindir parti Islam itu susulan pemimpinnya menggunakan keris, lebih panjang berbanding yang pernah digunakan UMNO pada majlis perasmian Muktamar PAS ke-62 Khamis lalu.
Katanya, PAS sebelum ini pernah mengkritik UMNO apabila parti itu menggunakan keris dan memakai busana baju Melayu menjelang perhimpunan agung UMNO setiap tahun.
Namun Mahathir berkata perbuatan itu nampaknya kini terbalik dan meresap ke dalam jiwa pemimpin PAS pula.
"Sebelum ini mereka kritik UMNO sebagai nasionalis. Sekarang mereka lebih nasionalis kerana keris mereka lebih panjang daripada UMNO.
"Kita ukur nasionalis berdasarkan kepanjangan keris. Lebih panjang keris lebih nasionalis. Sekarang mereka sudah sedar mereka orang Melayu," sindir Dr Mahathir pada sidang media selepas merasmikan pelancaran buku 'Perjuangan Tanpa Noktah & The Misunderstood Man' di Saloma Bistro hari ini.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang paling menjadi tumpuan kerana memotong pulut besar dengan keris panjang semasa majlis perasmian muktamar Khamis lepas, sehingga mendapat kritikan banyak pihak termasuk musuh politik mereka.
Pada masa sama Mahathir turut menafikan kononnya beliau terkejut dengan buku merwarna yang memaparkan wajahnya karya aktivis Fahmi Reza.
Katanya, apa yang dilakukan Fahmi itu terhadap beliau tidaklah seteruk gambar badut mirip Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Suka hati la dia (Fahmi) nak buat apa, saya dah 22 tahun jadi PM.
"Mereka (Fahmi) boleh buat apa yang mereka suka. Tengok Najib teruk lagi (merujuk kepada gambar muka badut yang dilukis Fahmi)," katanya.

Bryce Canyon National Park employs a group of astronomy rangers to help guests spot planets and stars
In Ireland, there's a statue made of glass that's lit by 5,000 candles open to summer night visits
There's a cave in Oregon that's lit by 2,000 genetically modified fruit bats, emitting ultraviolet rays
There's a walking night tour of the ancient city in Petra, Jordan that's lit by 1,500 candles
A night tour of Prague teaches about the city's infamous history, such as the legend of Templar Knights
Wood smoke and 80 braziers light up the Moshassuck and Providence Rivers for tourists
Whistler's Ziptrek Twilight Tour is a zip-line adventure perched 150 feet up in British Columbia
Kona, Hawaii has a manta ray population that can be seen underwater at night via special lighting
In Fiji, swimming pigs are given food that light up their tummies at night for tourists to watch
There's a submarine tour of the ocean's night sea creatures off the coast of Monterey in California
Question
1/10
Your score
0
What Are The Best Night Owl Travel Spots?
TRUE
FALSE
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
You scored a ridiculous
3/10
CHALLENGE
YOUR FRIENDS

Kuala Kangsar mesti mengundi tolak GST, protes 1MDB

Posted: 05 Jun 2016 02:53 PM PDT





KUALA KANGSAR, 6  JUN: Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar merupakan platform terbaik bagi rakyat Perak menunjukkan bantahan terhadap segala dasar membebankan serta penyelewengan yang berlaku dalam pemerintahan kerajaan Barisan Nasional, kata Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar.
Jelasnya, PRK Kuala Kangsar perlu dianggap sebagai satu referendum untuk membuktikan rasa tidak puas hati rakyat terhadap skandal 1MDB dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang amat menghimpit kehidupan rakyat.
"Jika BN menang dalam pilihanraya kecil ini, kerajaan akan menganggap rakyat bersetuju dan tidak peduli tentang pelepasan wang berbilion ringgit dalam skandal 1MDB.
"Malah, kerajaan juga akan menganggap ini sebagai satu pengiktirafan rakyat terhadap cukai GST yang dikenakan selama ini, dan kemudian mendorong kerajaan menaikkan lagi kadar GST pada masa depan," jelasnya dalam satu kenyataan.
Sivakumar yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak meminta pengundi Kuala Kangsar memilih calon Pakatan Harapan dari Parti AMANAH, Dr. Ahmed Termizi Ramli yang merupakan seorang profesor dalam bidang fizik nuklear untuk mewakili mereka di Parlimen.
Katanya, Dr. Ahmed Termizi merupakan seorang anak tempatan yang menonjolkan potensi cemerlang dan telah banyak berkhidmat untuk negara melalui pelbagai pencapaian serta penemuan dalam bidang akademik.
"Walaupun ramai mengatakan pilihanraya kecil ini bakal melihat pertembungan tiga penjuru, namun kita harus ingat bahawa perlawanan sebenar ialah antara Pakatan Harapan dan BN.
"Ia merupakan satu perjuangan menentang kezaliman dan ketidakadilan yang semakin teruk berlaku di negara kita. Rakyat Perak perlu mengambil peluang ini untuk membetulkan segala yang tidak betul dalam negara kita dengan mengundi calon Pakatan Harapan," ujarnya.
Dr. Ahmed Termizi, 61, merupakan seorang profesor lulusan Sarjana Muda Fizik dari Universiti Leeds (1975) dan Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan Radiologi dari University of Salford (1980).
Beliau kemudiannya menyambung pengajian dalam bidang Diploma Fizik Pengionan dan PhD dalam bidang Fizik Perubatan dari Universiti Swansea, Wales (1984).
Menghabiskan persekolahannya di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Dr. Ahmed Termizi bersara sebagai Profesor Gred B di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan kini bergiat aktif dalam politik.
Bapa kepada sembilan cahaya mata itu merupakan Ahli Jawatankuasa Biro Antarabangsa dan Biro Pilihanraya AMANAH Nasional, Ahli Jawatankuasa Biro Politik AMANAH Perak serta Naib Ketua AMANAH Kuala Kangsar selain aktif dalam Pertubuhan IKRAM Malaysia.
Sejak 1987, beliau telah mengendalikan 19 projek penyelidikan, menghasilkan 11 buku ilmiah, 97 kertas jurnal antarabangsa dan 79 kertas pelbagai persidangan berkaitan dengan bidang fizik.
Dr. Ahmed Termizi yang merupakan Ahli Senat UTM itu juga lantang membantah pembinaan loji nadir bumi Lynas yang membahayakan penduduk di Gebeng, Kuantan.
Atas sumbangan besarnya kepada negara, beliau dianugerahkan Pingat Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) oleh Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shahdan serta pernah dipilih melaksanakan tugasan di bawah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa.
Pada pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun ini, Dr. Ahmed Termizi bakal berentap dengan Datin Mastura Abdul Yazid daripada BN dan Dr. Najihatussalehah Ahmad daripada PAS.
Kerusi itu kosong setelah penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu. – Roketkini.com

Pemilihan calon bukti Amanah bukan alat DAP, kata Khalid Samad

Posted: 05 Jun 2016 02:47 PM PDT


Khalid anggap Pas lebih ikut DAPKhalid anggap Pas lebih ikut DAP
Amanah membuktikan kemampuannya berdiri atas pendirian sendiri seperti dapat dilihat pada penentuan calon bertanding.
Menangkis tohmahan Amanah yang kononnya mengikut telunjuk DAP,
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, partinya menghargai pandangan rakan Pakatan Harapan itu sebelum membuat keputusan.
"Mulanya DAP cadangkan Mohamad Sabu (Presiden Amanah) sebagai calon di Sungai Besar. Di Kuala Kangsar pada peringkat awal, DAP cadangkan Datuk Seri Nizar sebagai calon bertanding.
"Namun, selepas perbincangan mendalam, Amanah memilih Ustaz Azhar Ab Shukur di Sungai Besar dan Dr Ahmad Termizi Ramli di Kuala Kangsar walaupun kita menghargai pandangan DAP," jelasnya pada sidang media di Pejabat Amanah Sungai Besar selepas penamaan calon hari ini.
Mengulas lanjut, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berpendapat Pas pula sebaliknya memilih calon yang dianggap mengikut kehendak DAP.
"Orang yang kata (Amanah) tunduk pada DAP, dia pula yang pilih calon paling mudah diterima DAP meskipun dipertikai ahli-ahlinya sendiri.
"Tanyalah pada pengundi Cina. Dr Rani paling disukai (mereka). Siapa sebenarnya yang tunduk pada DAP? Jangan cakap lain tapi tindakan lain," bidasnya lagi.
PRK Sungai Besar berlaku ekoran kematian penyandangnya iaitu Tan Sri Noriah Kasnon selain Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad bagi kerusi Kuala Kangsar, dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Calon BN, Pas sudah banyak tugasan, hanya calon Amanah mampu khidmat terbaik

Posted: 05 Jun 2016 02:42 PM PDT


Calon BN dan Pas sudah banyak tugas hanya calon Amanah boleh tumpu khidmat untuk rakyat Sungai BesarCalon BN dan Pas sudah banyak tugas hanya calon Amanah boleh tumpu khidmat untuk rakyat Sungai Besar
Kedua-dua calon BN dan Pas tidak terjejas jika gagal memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar memandangkan mereka masing-masing merupakan Adun yang masih berkhidmat.
Sebaliknya, pengundi di parlimen itu bakal memperoleh lebih banyak manfaat jika memilih Amanah pada 18 Jun ini, ujar calon parti berkenaan, Ustaz Azhar Ab Shukur.
"Budiman masih Adun Sungai Panjang. Dr Rani Osman pula Adun Meru. Mereka kalau kalah pun tidak berlaku apa-apa masalah.
"Bahkan, penduduk Sungai Besar boleh dapat dua wakil rakyat yang akan saling bersaing untuk beri perkhidmatan terbaik.
"Ini sudah tentu menguntungkan rakyat sendiri," jelasnya pada sidang media di Pejabat Amanah Sungai Besar tengah hari tadi.
Beliau berkata, penglibatannya dengan kerja-kerja kebajikan bersama masyarakat tempatan sebelum ini akan membantu tugasnya jika diberi peluang memenangi PRK ini.
"Saya sendiri turun kepada mereka (rakyat setempat), tidak galakkan mereka datang ke pejabat," tambahnya lagi.
Untuk rekod, seramai 42,892 pemilih berdaftar di P.093 Sungai Besar bakal membuang undi pada 18 Jun ini.

TUN M ATUR JADUAL TURUN KEMPEN TENTANG BN DI DUA PRK

Posted: 05 Jun 2016 04:46 AM PDT

MAT SABU AJAK PENYOKONG PAS UNDI AMANAH, JANGAN BAZIR PELUANG

Posted: 05 Jun 2016 04:30 AM PDT

Calon tempatan kelebihan Amanah di pertembungan empat penjuru Kuala Kangsar

Posted: 05 Jun 2016 04:04 AM PDT


image
KUALA KANGSAR, 5 JUN: Penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar hari ini berjalan lancar dan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Bebas, PAS, BN dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Proses penamaan calon bermula jam 9 pagi tadi berjalan lancar dengan kehadiran ribuan penyokong dari parti-parti yang bertanding.
Calon Bebas diwakili Izat Bukhary Ismail Bukhary, PAS oleh Najihatussalehah Ahmad, Mastura Mohd Yazid mewakili BN manakala Dr. Ahmad Termizi Ramli mewakili Amanah.
Berucap di hadapan penyokong setelah pencalonan diterima, calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan (PH) Dr. Ahmad Termizi berkata Pakatan Harapan perlu menang dalam PRK Kuala Kangsar demi memperjuangkan negara yang bersih daripada gejala rasuah.
"Ini juga satu persediaan kepada Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 dan membentuk kerajaan yang lebih baik," ujar anak jati Kuala Kangsar itu.
Selain pimpinan PH negeri, turut memberi sokongan kepada calon Amanah ialah Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Parlimen Kuala Kangsar memiliki 32,949 pengundi yang berdaftar berdasarkan daftar pemilih SPR sehingga Mei lalu.
Ia meliputi 15,334 pengundi dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan dan 17,298 dari DUN Manong. – Roketkini.com

Sempena Ramadan, Pulau Pinang mulakan program Ibu Emas

Posted: 05 Jun 2016 04:03 AM PDT


Lim Guan Eng Pulau Pinang
GEORGE TOWN, 5 JUN: Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini mengumumkan program penghargaan Ibu Emas sebagai imbalan untuk pengorbanan serta sumbangan yang telah dicurahkan lebih 50,000 wanita yang berdaftar dalam program tersebut.
Setiap peserta yang berdaftar akan menerima sumbangan penghargaan sebanyak RM100 setiap tahun dan bayaran kali pertama akan diagihkan mulai esok ke akaun bank peserta.
"Minggu depan kerajaan negeri akan memulakan program penghargaan ibu emas untuk mengiktiraf sumbangan ibu yang tidak keluar rumah bekerja demi jaga anak, suami dan keluarga.
"Untuk IBU EMAS yang belum berdaftar, mereka boleh berbuat demikian di pejabat kerajaan negeri dan juga wakil rakyat kerajaan negeri Pakatan," umum Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam Perutusan Ramadannya, hari ini.
Selain itu, Ahli Parlimen Bagan itu turut mengumumkan bonus tiga perempat bulan gaji untuk semua anggota pentadbiran negeri.
Pemberian Bonus Raya itu meningkat satu perempat bulan gaji berbanding setengah bulan gaji yang diterima penjawat awam yang terlibat tahun lalu, tambahnya.
"Di samping itu, kerajaan negeri ingin menegaskan bahawa bantuan kepada sekolah agama rakyat akan diteruskan. Sejak 2008, kerajaan negeri telah menghulurkan peruntukan sebanyak RM41.6 juta iaitu jumlah yang jauh lebih besar berbanding dengan peruntukan yang diberikan sebelum 2008.
"Sekiranya kos pengambilan tanah untuk sekolah agama diambil kira, maka jumlah yang diperuntukkan adalah kira-kira RM45 juta," katanya.
Dalam aspek tanah pula, Kerajaan Negeri telah menyumbang tanah bernilai RM80 juta untuk membina Kompleks Kehakiman dan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang di Jalan Scotland sebagai lambang penghormatan kepada agama Islam.
"Sungguhpun pembinaan Kompleks Mahkamah Syariah ini di bawah kerajaan Persekutuan sudah lewat 21 bulan, adalah diharapkan ia boleh siap sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri," tambahnya.
Dalam kenyataan yang sama, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua penganut agama Islam di Malaysia, khususnya. – Roketkini.com

VIDEO DAN GAMBAR GAMBAR PENAMAAN CALON

Posted: 04 Jun 2016 11:50 PM PDT

KREDIT GAMBAR DARI FB  RAKAN  LAMANREFORMASI LAMAN RAKYAT