Selasa, 31 Mei 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Sumbang tanah mahal tanda penghormatan kepada Mahkamah Syariah, tetapi projek lewat 21 bulan

Posted: 31 May 2016 07:07 PM PDT

guan eng

GEORGE TOWN, 1 JUN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang menzahirkan rasa kecewa dengan kelewatan 21 bulan projek Ibu Pejabat Mahkamah Syariah Negeri, meski telah diberi tempoh lanjut sebanyak dua kali.
Kompleks tersebut yang sepatutnya siap pada 1 Oktober 2014, hanya siap setakat 87 peratus pada penghujung April, ekoran masalah kewangan dan pengurusan syarikat kontraktor IHS Utara Malaysia Sdn Bhd.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam lawatan kerjanya ke tapak projek yang belum siap itu, mempersoalkan kelewatan projek terbabit yang dikerjakan secara usaha sama antara Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang dan juga agensi Kerajaan Pusat.
Bercakap kepada pemberita, Guan Eng memberitahu bahawa Yang Di Pertua Negeri Tun Dato' Seri Utama Abdul Rahman Abbas juga turut menyuarakan kebimbangan terhadap kelewatan projek tersebut, selain orang ramai yang menyangka ia salah Kerajaan Negeri.
Kes istimewa, penghormatan buat Mahkamah Syariah
'Kita sumbangkan tanah kerajaan negeri yang begitu mahal nilainya sebagai pengiktirafan dan tanda kita menghormati institusi mahkamah syariah,' ujar beliau kepada Roketkini selepas sessi taklimat oleh Jabatan Kerja Raya yang mengelola projek terbabit.
Menurutnya, bukanlah menjadi amalan untuk sesebuah kerajaan negeri untuk memperuntukkan tanah yang mempunyai nilai tinggi untuk tujuan membangunkan mahkamah.
'Ini kes istimewa. Kita buat pengecualian kerana ini mahkamah syariah,' jelas beliau sambil menambah bahawa tanah seluas 2.93 ekar di simpang Jalan Scotland dan Jalan Batu Gantung itu dianggar bernilai RM81 juta.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP membuat lawatan kerja hari ini bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Abd Rashid Hasnon, Exco Datuk Abdul Malik Kassim, ditemani wakil-wakil Ahli Majlis DAP dari Selangor dan Pulau Pinang.
Projek yang menelan kos hampir RM30 juta ini telah diberikan Perakuan Kelambatan dan Kelanjutan Masa sebanyak dua kali pada 1 Januari 2015 dan 28 April tahun yang sama. Namun setakat kelewatan sehingga 29 April 2016, pihak kontraktor telah dikenakan Denda Ganti Rugi Ditetapkan sebanyak RM2,163,603.
"Sememangnya kita bersimpati dengan badan kehakiman syariah di sini, tapi Kerajaan Negeri yang terpaksa berdepan dengan rakyat dan menjelaskannya.
"Saya harap, tiada lagi penangguhan selepas ini memandangkan sebelum ini sudah dua kali mengalami kelewatan, ini adalah muktahir, projek ini akan siap menjelang 30 Jun 2016 nanti seperti yang dijanjikan.
"Saya sudah tidak mahu lagi janji demi janji diberikan tetapi tidak ditunaikan," tegasnya.- Roketkini.com

Kerajaan Pulau Pinang teruskan sumbangan berkala RM600 seorang untuk 2,396 pemandu teksi

Posted: 31 May 2016 07:04 PM PDT


Guan Eng-Teksi
BUTTERWORTH, 1  Jun 2016 : Seramai 2,396 pemandu teksi menerima insentif RM600 seorang daripada Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini sebagai menghargai khidmat mereka kepada rakyat.
Insentif yang disampaikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini merupakan pemberian kedua untuk tahun ini, serta yang kelapan sejak diperkenalkan pada 2013.
Menurut Guan Eng, sejak 2013, RM4.663 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk semua pemandu teksi yang sah berdaftar di Pulau Pinang.
"Semua pembayaran ini berjaya diteruskan kerana kerajaan negeri menjalankan pentadbiran bersih yang tidak makan wang untuk memastikan rakyat boleh mendapat wang.
"Tiada negeri lain di Malaysia selain Pulau Pinang yang menyediakan bayaran insentif kepada semua pemandu teksi yang berdaftar," ujarnya dalam majlis penyampaian insentif itu di Seberang Perai Arena dekat sini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih berkata, kerajaan negeri sedia mendengar setiap keluhan pemandu-pemandu teksi negeri itu kerana telah berperanan sebagai duta kecil negeri Pulau Pinang.
"Sebagai contoh, kerajaan negeri faham dengan kesesakan lalu lintas yang dihadapi oleh rakyat negeri ini.
"Atas sebab itu, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif memulakan kajian menyeluruh berkenaan keadaan semasa sistem pengangkutan dan lalu lintas di Pulau Pinang," jelasnya.
Ia antara lain terkandung di dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang yang merangkumi bas, teksi, kereta kabel, LRT/monorel dan feri atau teksi air yang menelan belanja RM27 bilion. – Roketkini.com

BN HADAPI LALUAN SUKAR TARIK PENGUNDI DI KUALA KANGSAR

Posted: 31 May 2016 07:02 PM PDT

HIDUP MELAYU PAS UMNO

Posted: 31 May 2016 04:16 AM PDT



Selama ini, Pas selalu berbangga dengan perjuangan Islam yang dibawanya dan menolak sama sekali sebarang bentuk pengagungan terhadap bangsa.

Bagi Pas, perjuangan mengenai bangsa adalah assabiyah dan tidak termasuk dalam senarai yang dibenarkan oleh Islam.

Malah, kerap juga kita mendengar, di akhirat nanti yang ditanya malaikat ialah keIslaman seseorang dan bukan sama ada seseorang itu Melayu, Cina, India atau  sebagainya.
Sebab itu, jubah dan kopiah putih adalah tradisi pakaian yang amat dibanggakan dalam Pas kerana ia dilihat lebih melambangkan keIslaman yang tiada tolok bandingnya berbanding berbaju Melayu dan bersampin.

Tetapi sejak berbaik-baik dengan UMNO, Pas nampaknya sudah mula berbeza.

Buat pertama kali di Muktamar Pemuda Pas yang berlangsung di Kelantan, ciri-ciri pakaian Melayu telah ditampilkan. 
Pimpinan Pemuda Pas, Nik Abduh Nil Aziz dan lain-lain barisan kepimpinannya tampil segak dengan pakaian seperti pahlawan Melayu, siap dengan tanjak dan keris terselit di pinggang.

Mujur tidak ada adegan cium keris, kalau tidak, sebiji macam Pemuda UMNO.

Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden Pas yang menjadi perasmi muktamar juga hadir lengkap sepersalinan bak Pahlawan Melayu zaman dulu-dulu.
Sebelum ini, jika kita masih ingat,  Hadi Awang juga rela berpakaian Melayu merah jambu sedondon dengan Najib Razak di sebuah majlis multaqa ulama sedangkan selama ini pakaian yang menjadi kebiasaan Presiden Pas ialah jubah yang kerapkali  dipakai bersama kot berwarna gelap.

Apa sudah jadi kepada Pas sebenarnya? Kenapa baru sekarang mahu menunjuk ciri-ciri keMelayuan sedangkan berpuluh-puluh tahun lamanya hanya ciri Islam yang ditekankan?

Apa tujuan perubahan ke arah Melayu ini dilaksanakan? 

Tidak memadaikan dengan Islam saja dijadikan modal dendangan dalam perjuangan, lalu soal bangsa juga mahu diheret sama?

Apakah Pas akan mula menyeimbangkan resepi  agama dan assabiyah dalam hidangan perjuangannya selepas ini atau sewalnya bermula di Sungai Besar dan Kuala Kangsar?
Mungkinkah selain Allahu Akbar, kita juga bakal mendengar laungan Hidup Melayu di mana-mana program Pas tidak lama lagi?

Akhirnya, mana satu slogan yang betul - "Pas ganti UMNO" atau "Pas bersama UMNO?" (SH 31/05/2016).

PILIHAN PALING SESUAI - PKR DI SUNGAI BESAR, AMANAH DI KUALA KANGSAR

Posted: 30 May 2016 09:26 PM PDT


Di Sungai Besar, UMNO terlebih dahulu mengumumkan nama calonnya dengan menamakan Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zuhdi untuk bertanding dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 18 Jun depan.

Kemudian Pas mengumumkan  Adun Meru, Dr Rani Osman sebagai ayam tambatannya untuk bertanding di kerusi Parlimen tersebut.

UMNO letak Adun, Pas pun ikut letak Adun.

Di Kuala Kangsar pula, Pas yang lebih dahulu mengumumkan seorang wanita iaitu Dr Najihatussalehah Ahmad sebagai calonnya.

Apabila UMNO mengumumkan calonnya, mereka juga memilih seorang wanita iaitu Mastura Mohd Yazid, balu Wan Khairil Wan Ahmad untuk dipertaruhkan bertanding di kerusi yang pernah diisi oleh suaminya sejak 2013 yang lalu.

Pas letak wanita, UMNO juga ikut letak wanita.

Mula-mula Pas tiru UMNO, kemudian UMNO pula tiru Pas.

Secara formal tidak ternampak wujud kerjasama antara kedua-dua parti itu, tetapi dalam soal calon seperti tersirat elemen senada, seirama dan saling bahu membahu antara Pas dan UMNO.

Meletakkan Dr Rani dan Dr Najihatussalehah, kedua-duanya orang luar Sungai Besar dan Kuala Kangsar sedangkan ada calon tempatan yang lebih sesuai, memperlihatkan Pas hanya ingin memecahkan undi dan bukan untuk menang kerusi.

Di Sungai Besar, jika pun Pas ingin meletakkan Adun juga sebagai calonnya, memilih Salehan Mukhyi, wakil rakyat Sabak yang berjiran sebelah dengan Sungai Besar adalah lebih tepat berbanding Dr Rani yang didatangkan lebih jauh iaitu dari Meru.

Begitu juga di Kuala Kangsar, memilih Raja Ahmad Iskandar Raja Yakob, Yang Dipertua Pas kawasan tersebut sebagai calon akan memberi banyak kelebihan kepada Pas jika dibandingkan dengan Dr Najihatussalehah yang berasal dari Pasir Salak.

Tetapi Pas seperti menolak untuk meletakkan calon yang boleh menang di kedua-dua kawasan itu.

Bermakna sekarang pertandingan tiga penjuru tidak lagi dapat dielakkan. Hanya menunggu Pakatan Harapan saja yang belum mengumumkan siapa calonnya.

Adakah Amanah akan bertanding di kedua-dua kerusi itu atau salah satunya akan ditandingi oleh PKR?

Melihat kepada calon UMNO dan Pas yang diketengahkan, peluang Pakatan Harapan untuk menang adalah terbuka di kedua-dua kawasan itu dengan syarat dapat meletakkan calon yang betul dan memastikan undi bukan Melayu benar-benar berpihak kepada mereka.

Berdasarkan UMNO meletakkan Budiman dan Pas meletakkan Dr Rani di Sungai Besar, seiring dengan Pas pula menjadi sebahagian daripada komponen dalam kerajaan negeri, maka lebih sesuai jika PKR bertanding di situ.

Walaupun berlaga sesama sendiri, ia akan memberi kelebihan kepada PKR kerana kerajaan negeri Selangor sedang diketuai Azmin daripada parti tersebut. Meletakkan calon PKR juga seolah-olah untuk menambah seorang lagi wakil kerajaan negeri untuk  bersuara di dalam Parlimen.

Ditambah dengan salah satu DUN dalam Sungai Besar sudah pun dikuasai oleh DAP melalui Adunnya, Ng Suee Lim, kelebihan mendapatkan undi bukan Melayu yang berjumlah 33 peratus nyata berpihak calon PKR yang mewakili Pakatan Harapan.

Namun demikian, sekiranya Amanah mahu diberi peluang bertanding di Sungai Besar, maka parti itu mesti meletakkan kalangan pemimpin utamanya sebagai calon. Lebih baik dan ternampak keberanian jika Mohamad Sabu sendiri yang bertanding.

Di Kuala Kangsar, sebagaimana yang sudah dimaklumi bahawa calon BN, Mastura Mohd Yazid sudah mula dilihat sebagai beban dan mendatangkan banyak masalah, manakala calon Pas pula bukan dipilih untuk menang, ia memberi umpama tuah terbuka buat Pakatan Harapan.

Calon yang paling sesuai mewakili Pakatan Harapan di kawasan itu ialah Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak sebelum ini. Beliau dikenali ramai di seluruh Perak dan ada rekod kerja sebagai pemimpin yang cukup membanggakan.

Dengan Mastura berasal dari Negeri Sembilan, malah masih ahli UMNO Chembong dalam bahagian Rembau,  Dr Najihatussalehah dari Pasir Salak dan Nizar sebagai Adun Changkat Jering, bekas Menteri Besar Perak itu ternyata lebih hampir dengan Kuala Kangsar berbanding pesaing-pesaingnya.

Calon yang betul, kelemahan calon lawan, kedudukan Pas yang bukan lagi pembangkang berwibawa, banyaknya isu berkaitan Najib Razak yang boleh dimanfaatkan sebagai bahan kempen serta bantuan kempen oleh Tun Mahathir dan grup Selamatkan Malaysia, kecuali memang sudah ditakdirkan Tuhan,  di atas kertas semua kelebihan adalah berpihak kepada Pakatan Harapan sama di Sungai Besar mahu pun di Kuala Kangsar. (SH 31/05/2016).

PEMIMPIN MCA, MIC, GERAKAN HANYA BERETORIK TENTANG HUDUD – TINJAUAN

Posted: 30 May 2016 09:22 PM PDT

Tukar Tiub

Tukar Tiub


HUDUD DI DUHUH

Posted: 31 May 2016 06:30 PM PDT






HUDUD OOO HUDUD
Akhir nya Najib terima juga hudud. Walaupung cara beransur, berensot dan berputar macam siput babi bergerak. Itu lah anugerah Allah yg paling besar untuk Najib. Hanya yg terpilih je dapat. Bayangkan pelacur yg bagi anjing minum pun dapat syurga .. ini kan Najib yg berkorban untuk sekejap terima, sekejap tak terima hudud .. yg penting terima hudud tu dapat kaver isu yang sebenar masa kempen PRK nanti.

 Dulu sebelum PRU13 dah terima hudud .. lepas tu diam .. nah sekarang PRK di dua kawasan Melayu .. maka Najib tanpa toleh kiri kanang terus terima hudud tapi INGAT bukang terima hukum hudud? Faham ye .. beza hudud dan hukum hudud .. ontah lahai den pon tak faham. on HUDUD KENA HUDUD
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 5/28/16




----------

MANA SATU YANG CUN FUSE

Posted: 31 May 2016 06:00 PM PDT







INI SUARA

MAT KUPANG

CAKAP BETUL2

MANA YG BETUL


 | May 31, 2016
Nik-Mohamad-Abduh_pas_umno_600
Hakikatnya PAS menyokong UMNO memartabatkan mahkamah syariah, tetapi melawan UMNO melaksanakan GST dan TPPA More ››

KOTA BHARU: Pemuda PAS berasa kesal dengan tohmahan kononnya parti Islam itu merestui 'kezaliman' UMNO dan mahu bergabung dengan parti Melayu itu.
Menggayakan baju melayu warna putih yang dipadankan dengan jaket hitam tanpa lengan, sampin dan tengkolok hijau, serta berkeris, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tampil menjelaskan konsep bekerjasama untuk mencapai kebaikan yang telah diulangi parti itu berulang kali.
"Saya ingin menegaskan bahawa tohmahan kononnya PAS merestui kezaliman UMNO malah mahu bergabung dengan UMNO-BN, adalah fitnah yang tidak berasas.


KAH KAH KAH
woit mana  betul?
musuh gerombolan
punahsehat gerombolan
kerjasama gerombolan
dana dari gerombolan
ajen gerombolan
barua gerombolan
kah kah kah
mana yang betul
ahli pas cun fuse
semua melayu cun
satu dunia cun fuse
kah kah kah

CUNTT FUSSE



----------

GADUH GADUH

Posted: 31 May 2016 06:00 AM PDT





GADUH 

BERMULA

INI BERITA

AMAT  BAIK





Syed Rosli sahkan tanding PRK sebagai calon bebas

SHAH ALAM - Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail mengesahkan bahawa beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar sebagai calon bebas.

Menurut Syed Rosli, kedua-dua calon daripada BN dan Pas bukan merupakan anak tempatan dan keadaan itu akan menyebabkan pihak berkenaan gagal untuk memahami kehendak serta keperluan rakyat di Kuala Kangsar.

"Di sini saya ingin umumkan secara rasminya yang saya akan bertanding pada PRK Kuala Kangsar sebagai calon bebas.

"Saya selaku anak jati Kuala Kangsar merasakan kedua-dua calon dari Pas dan BN yang bukan anak tempatan ini sudah semestinya gagal memahami apa kehendak dan keperluan rakyat Kuala Kangsar,"tulisnya di laman sosial Facebook hari ini.


GADUH JANGAN

TAK GADUH

PUKUL LIGAT

TENDANG RAPAT

KAH KAH KAH

----------

SATU HARI DI MAHKAMAH

Posted: 31 May 2016 05:19 AM PDT





                INI GUA BOSAN 
             MENUNGGU LAMA


HARI INI
gua satu hari
dimahkamah
bersama anak muda
yang berani
SALUT


Black 505: 15 aktivis, termasuk Adam Adli disabitkan bersalah

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman bersalah kepada 15 aktivis kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan merusuh di luar Parlimen pada Jun 2013.
Mereka termasuk anggota PKR, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, aktivis Adam Adli dan Safwan Anang.
Hakim Mahkamah Sesyen Abdul Rashid Daud memutuskan bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah kepada kes pendakwaan.
"Lima tertuduh dikenakan denda RM2,000 bagi pertuduhan pertama pada perhimpunan haram di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan manakala 10 lagi tertuduh didenda RM4,000 bagi pertuduhan kedua kerana merusuh di bawah Seksyen 147," katanya.
Abdul Rashid berkata, sekiranya mereka gagal membayar denda itu, mereka boleh di penjara selama tiga bulan bagi pertuduhan pertama dan enam bulan bagi pertuduhan kedua.
Badrul Hisham, Adam Adli, Edy Nor Reduan dan tujuh yang lain didenda sebanyak RM6000 kerana menghadapi dua pertuduhan.
Selain itu, lima lagi peserta lain Muhammad Aiman Hakim Zainal Arifin, Mah Chee Hoe, Tong Chan Sang, Abdullah Hassan dan Annie Ooi Siew Lin didenda sebanyak RM2,000 kerana berhimpun secara haram.
Pada Julai 2013, Chegubard, Adam bersama-sama dengan 31 yang lain didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur kerana menyertai perhimpunan haram, menyeru peletakan jawatan ketua-ketua dan ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).








-----------

DUNIA KITA HARI INI

Posted: 30 May 2016 10:00 PM PDT






PERANG DINGIN

BAHAGIAN DUA

JAGA JAGA

WASPADA



Target Russia. Target China. Target Iran
By Pepe Escobar
May 30, 2016 "Information Clearing House" - "SCF " -  Not a day goes by without US Think Tankland doing what it does best; pushing all sorts of scenarios for cold – and hot – war with Russia, plus myriad confrontations with China and Iran.

That fits into the Pentagon's Top Five existential threats to the US, where Russia and China sit at the very top and Iran is in fourth place – all ahead of «terrorism» of the phony Daesh «Caliphate» variety.

Here I have come up with some concise realpolitik facts to counterpunch the hysteria – stressing how the Russian hypersonic missile advantage renders useless the whole construct of NATO's paranoid rhetoric and bluster.

Turkey is Preparing an Offensive Military Operation in Northern Syria

China lashes out at US defense secretary criticisms: China on Monday lashed out at criticism from U.S. Defense Secretary Ashton Carter, accusing him of harboring a Cold War mentality and saying Beijing has no interest in "playing a role in a Hollywood movie" of Washington's design.
Russian-Chinese passenger jet to take on Boeing & Airbus: The project is part of a reported $13 billion aviation cooperation deal signed in 2014 during President Vladimir Putin's visit to China.



-----------

TON TON FILEM JERMAN

Posted: 30 May 2016 09:18 PM PDT










ADA 5,000

AHLI PAS

CARI MAKAN

DG KERAJAAN

PKR SELANGOR

TERMASUK 

DIN POULET






Saya sudah serik kerjasama dengan PKR, kata presiden Pas

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengakui parti itu sudah serik untuk bekerjasama dengan parti pembangkang terutamanya PKR.
Ini kerana kata beliau, PAS berkerja sepanjang masa sedangkan parti pembangkang lain hanya hadir ketika musim pilihan raya sahaja.
"Terang-terang saya sebut, banyak pilihan raya kita beri kepada rakan kita ini (PKR). Masa pilihan raya, dia datang, lepas pilihan raya, dia tak datang, jadi orang PAS yang bekerja.
KAH KAH KAH
dengar koba
ton ton wi pun
jadi tukang amin
kerajaan PKR selangor
kah kah kah
tanpa ton ton wi
susah nak tengok
filem jerman
kah kah kah

FILEM JERMAN


----------



SOTONG MAKIN BANGANG

Posted: 30 May 2016 08:39 PM PDT






TAHUKAH 

DIMANA LETAK

OTAK SOTONG

JIKA TAHU

SILA KONGSI

MAKLUMAT





Abdul Hadi selar DAP tak beradab, puji MCA, MIC, Gerakan

Tatkala Presiden Pas dilapor mengecam DAP kerana membantah pembentangan Rang Undang-undang Persendirian mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 oleh beliau di Dewan Rakyat petang semalam, tanpa disedari parti komponen BN khususnya MCA yang dipuji beliau kerana 'lebih beradab' rupa-rupanya turut mengecam tindakan Ahli Parlimen Marang itu.
Presiden MCA Liow Tiong Lai dilaporkan menyerang Umno dan Pas secara terbuka dalam isu pembentangan rang undang-undang berkaitan hudud di parlimen, lapor Malaysiakini.

KAH KAH KAH

nating to say

i rest mi kes

mi lord

too ngoook 

too bodoh

kah kah kah

NGOOK NGANG

-------------

ADA NIKMAT TANGAN DIPOTONG

Posted: 30 May 2016 08:00 PM PDT






NIKMAT POTONG TANGAN
Nikmat-nya Ramai yang ngak tahu kalao tangan dah di-potong , ada banyak ke-lebehan-nya. Contoh .. 

1- Senang dapat lesen penjaja dari dewan bandaraya anda(dapat lesen, kita pajak kepada Mat Bangla) 

2- Dapat Kad OKU dan nikmati-lah segala diskaun , servis dan barangan FREE 

3- "Lesen" sebagai budak jaga kereta ditempat parkir awam..satu kereta 5 ringgit beb.. 

4- OKU dapat wang derma depan masjid 

5- Makan dan minum FREE dari Dapur Jalanan 

6- Akan terima wang bulanan dari Social Welfare 

7- "BR1M version Potong Tangan" ...kita jangan lupa ber-Terima Kaseh kepada Mat Monggol 

8- Semua anak yang bersekolah akan dapat bantuan PTA . Pakaian sekolah , makanan dan buku perchuma... 

9- *Munkin SOCSO pon akan buat bayaran kot 

10- Ni belum kira bayaran dari pihak insuran Potong lah tangan tanpa was-was. on TANGAN PUTUS -MACAM MANA NAK CARI MAKAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/31/16



------------

HUDUD POTONG SEMUA

Posted: 30 May 2016 07:18 PM PDT







FACE BOOK

Inilah wajah sebenar UMNO & BN pergunakan agama (hudud) utk menyelamatkan legasi Umno utk kekal memerintah sampai kiamat.
Bila sebahagian pemimpin DAP tidak setuju dgn hudud, DAP dilabel sbg anti-Islam.
TETAPI jika pemimpin2 & menteri dalam BN terutaman MCA, MIC, GERAKAN menentang & ugut nak letak jawatan menteri dalam kabinet jika hudud dilaksanakan, MENGAPA MCA, MIC & GERAKAN TIDAK DICOP 'anti-Islam' ?? !!
MENGAPA pemimpin UMNO Najib Razak & kuncu2nya terus membisu bila pemimpin2 dlm BN sendiri ugut, tolak & menentang hudud !!!






------------