Ahad, 8 Mei 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Berparti atau tanpa parti, Husam tetap harapan Malaysia, kata Wan Ji

Posted: 07 May 2016 09:28 PM PDT


Wan Ji Wan HussinWan Ji Wan Hussin
Dipecat dari parti bukan titik noktah bagi tokoh pembela rakyat seperti Adun Salor, Datuk Husam Musa kata pendakwah muda yang kini ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ustaz Wan Ji Wan Husin.
Husam menurut beliau adalah satu simbol kepada perjuangan menegakkan kebenaran dan pembela rakyat tertindas di negara ini yang sepatutnya jadi idaman kepada mana-mana parti atau kumpulan untuk duduk bersama mereka.
Sebuah parti yang mengaku berjuang Islam dan memecat orang seperti Husam adalah pelik dan luar biasa," katanya.
Bagi Wan Ji, rakyat Malaysia mula melihat bintang Husam ketika beliau berada di parlimen sesi 1999 - 2004.
"Ketika itu beliau satu-satunya ahli parlimen yang dilihat mampu berhadapan dengan kelicikan dan kemampuan Dr. Mahathir Mohamad yang berjaya mengekalkan dirinya sebagai perdana menteri hingga 22 tahun," katanya yang lebih dikenali sebagai Ustaz Maqasid.
Pendedahan-pendedahan Husam di parlimen kata belaiu bukan sahaja menjadi perhatian dan kepuasan rakyat umum kerana membela mereka malah sekali sekala menarik perhatian Mahathir sendiri yang melihat Husam kerkebolehan tinggi.
Menurutnya lagi sebaik di bawa balik oleh arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menjadi Exco Kelantan pada 2004, Husam melakar sejarah demi sejarah mengemudi ekonomi Kelantan yang disisih dan ditekan dari segenap penjuru oleh kerajaan pusat Barisan Nasional.
"Dengan sumber terhad khususnya dinafikan royalti minyak, beliau telah menggerakkan program kebajikan untuk rakyat dan inisiatif-inisiatif ekonomi negeri yang jelas luar biasa dan bukan jenis berfikir secara biasa-biasa," katanya.
Semua ini katanya diakui banyak pihak dan hampir semua setuju bahawa kerajaan Kelantan yang tinggal majoriti satu kerusi selepas pilihan raya 2004, berjaya menang selesa pada 2008 hasil inisiatif-inisiatif kebajikan dan ekonomi yang diketuai Husam.
"Saya langsung tidak risau pemimpin jenis berfikir luar biasa seperti ini untuk bergerak dengan parti atau tanpa parti," kata beliau ketika ditemui selepas program pelancaran tiga cawangan sulung Amanah kawansan Kubang Kerian malam tadi.
Semasa menyampaikan ceramah pada majlis itu beliau yakin rakyat Kelantan mampu membuat pilihan terbaik dalam pilihan raya akan datang.
"Saya yakin Pakatan Harapan, yang tentunya akan diketuai Amanah di Kelantan akan turun bertanding di semua kerusi bagi memastikan Umno dihalang dari berkuasa di Kelantan.
"Kalau kerajaan negeri sekarang telah gagal meyakinkan rakyat untuk meneruskan legasi Tok Guru Nik Aziz, Pakatan mesti turun menawarkan sebuah kerajaan Islam yang lebih baik menggantikan pentadbiran yang semakin tidak disukai rakyat di negeri ini," katanya.

Di sebalik PRN Sarawak, Ilham Centre buktikan mereka sangat berwibawa

Posted: 07 May 2016 09:25 PM PDT




Ilham Centre kini menjadi pusat kajian yang dipercayai, PRN Sarawak menambahkan kewibawaan mereka.Ilham Centre kini menjadi pusat kajian yang dipercayai, PRN Sarawak menambahkan kewibawaan mereka.Ilham Centre, sebuah firma kajian bebas terus meningkatkan namanya apabila ramalan yang mereka buat tentang pilihan raya Sarawak hampir 100% tepat.
Beberapa jam sebelum pengundian bermula, Ilham sudah membuat ramalanbahawa Barisan Nasional (BN) akan menang besar dalam pilihan raya ini dengan DAP mempunyai enam kerusi selesa dan empat kerusi berpotensi.
PKR pula diramalkan mempunyai dua kerusi selesa (Krian dan Batu Lintang) dan dua kerusi berpotensi menang iaitu Telang Usan dan Ba'kelalan.
PAS dan Amanah pula diramalkan akan gagal memenangi sebarang kerusi.
Keputusan yang diumumkan oleh SPR membuktikan ramalan awal Ilham Centre berdasarkan kajian mereka ini benar apabila BN mendapat 72 dari 82 kerusi yang dipertandingkan, DAP mendapat tujuh kerusi berbanding 12 dalam pilihan raya lalu manakala PKR mendapat tiga kerusi.
Dalam ramalan awalnya yang disiarkan oleh Malaysia Dateline pagi semalam, Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar meramalkan, DAP selesa di enam kerusi iaitu  Padungan, Bukit Assek, Pelawan, Dudong, Pending dan Kota Sentosa.
Beliau juga meramalkan, DAP berpotensi menang di Meradong, Senadin, Bawang Assan dan Batu Kitang.   PKR pula diramalkan selesa di Kerian dan Batu Lintang dan berpotensi menang di Telang Usan dan Ba'kelalan.
Dalam ulasannya, 10 jam sebelum mengundi, Hisomuddin meramalkan, TeamAdenan bakal memberikan hasil yang lumayan untuk Barisan Nasional (BN) walaupun momentum mereka sedikit terganggu dengan tragedi yang melanda sebuah helikopter VIP.
Hisomuddin BakarHisomuddin Bakar"TeamAdenan cukup popular untuk dikalahkan dalam pilihan raya ini dan mereka terlalu dominan," kata Hisomuddin kepada Malaysia Dateline.
Beliau menjangka, DAP terpaksa berjuang keras di hari pembuangan undi hari ini untuk mengekal bilangan 12 kerusinya manakala PKR pula terpaksa berusaha keras untuk mempertahankan 3 kerusinya.
Sebagai sebuah parti baru, Parti Amanah Negara (Amanah) pula sekurang-kurangnya berjaya memperkenalkan diri mereka dalam pilihan raya negeri Sarawak ke 11 kali ini sahaja walaupun sukar untuk menang ekoran populariti yang dimiliki oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Saten, ulas Hisomuddin.
Selain membuat kajian lapangan, Pengerusi Eksekutif Ilham, Hisomuddin Bakar (gambar)turut menjadi penal tetap dalam Astro Awani bagi membuat analisis segera dalam banyak kali pilihan raya.
Ilham Centre mula membuat kajian pilihan raya bermula pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada tahun 2008 ketika calon PAS, Mohamad Abdul Wahid Endut menang dalam pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya umum 2008 itu.
Telahan beliau PAS akan menang dengan angkanya tepat sekali.
Selepas itu, Ilham juga membuat kajian tentang pilihan raya Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Permatang Pauh, Kuala Selangor dan lain-lain lagi yang menunjukkan kajian mereka hampir tepat kalau tidak tepat 100% pun.
Ilham yang dimiliki dan diuruskan oleh sekumpulan anak muda lepasan Universiti Malaya (UM) bukan sahaja membuat kajian politik dan pilihan raya tetapi juga menerbitkan buku-buku yang berkaitan dengan politik dengan jenama Ilham Books.

dollah yankee

dollah yankee


Deklarasi Rakyat di Penang petang tadi

Posted: 08 May 2016 06:20 AM PDT


Sekumpulan besar hadirin di Pusat Konvesyen Strait Quay Pulau Pinang menyaksikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkongsi pentas yang sama.
Acara bertajuk "Quo Vadis Malaysia?" (Ke mana Malaysia?) itu dianjurkan oleh Institut Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada jelajah Deklarasi Rakyat di seluruh negara.
Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dalam majlis itu mendakwa ini jumlah terbesar yang pernah menghadiri acara berkaitan dengan Deklarasi Rakyat.
Mahathir sendiri agak gembira melihat jumlah hadirin walaupun ia sudah dijangka kerana Pulau Pinang diperintah oleh pembangkang.
Dalam ucapannya, Mahathir akhirnya mengakui bahawa pihak pembangkang mempunyai peranan dalam demokrasi.
Mahathir, adalah individu yang memenjarakan lawannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri semasa beliau menjadi Perdana Menteri dari 1987 hingga 2003.
Beliau berkata pembangkang tidak bersetuju dengan pendapat beliau tetapi itu bukan satu masalah.
Beliau menambah bahawa lawannya pada masa tertentu mengambil sikap terlalu peribadi sehingga menolak untuk duduk semeja dengan kerajaan.
Beliau berkata ia adalah okay untuk pembangkang tidak bersetuju dengannya, walaupun tidak berapa menyukai pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng.

"Saya memerlukan mereka untuk memberitahu saya jika saya telah melakukan perkara betul, jika tidak saya akan berfikir bahawa saya melakukan semua dengan betul," kata Mahathir.
"Mereka adalah seperti cermin, kadang-kadang kamu perlu cermin untuk beritahu bagaimana hodohnya kamu," kata Mahathir.

Komentar Kini

Komentar Kini


Adapun orang orang yang kafir

Posted: 07 May 2016 09:09 PM PDT



Sebut sahaja pasal orang orang kafir semua sedia maklum dan faktanya mereka amat benci dengan orang baik terutama sekali nabi nabi. Top of FormAllah subhanahu wataala beritahu menerusi Al Quran bahawa orang kafir amat benci dengan Nabi Muhammad SAW.Bukan nabi Muhammad sahaja yang mereka benci malah semua nabi nabi dan para rasul mereka amat benci dan membunuhnya.

Pendek kata semua nabi nabi yang diutuskan tidak diterima oleh penduduk setempat. Dengan itu  mereka berhijrah. Hinggakan Nabi Ibrahim as bapa para nabi dan khalilullah dan nabi Isa as  yang merupakan kalimullah dan rohnya serta para nabi yang lain yang semuanya mempunyai darjat yang tinggi dan kedudukan yang mulia telah dipandang hina oleh kaum keluargnya sendiri.Nabi Zakaria as dan Nabi Yahya as di bunuh hidup hidup. Nabi Musa as dikejar untuk dibunuh dan Nabi Isa as dibunuh dan disalib atas alasan tebus dosa.

Nabi Muhammad SAW hendak dibunuh oleh bapa saudaranya  sendiri Abu Jahal dan Abu Lahad, akan tetapi digagalkan Allah sepertimana firmanNya yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika orang orang kafir (Quraisy) memikirkan sedaya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu dan membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipudaya dan Allah mengagalkan tipudaya (mereka),kerana Allah sebaik baik pembalas tipudaya" (surah al-Anfal ayat 30).

Acapkali percubaan dilakukan oleh orang orang kafir untuk membunuh Nabi Muhammad SAW akan tetapi Allah menyelamatkannya hingga berjaya berhijrah ke Madinah.Fakta sejarah, demikian betapa bencinya orang orang kafir terhadap manusia yang mulia. Apa pun orang baik kalangan mukmin juga ramai yang jadi mangsa, termasuk ribuan ulama dibunuh hidup hidup.

Peliknya, orang Islam telah diperintah oleh Allah supaya berkeras dengan kafir dan berlembut sesama muslim. Akan tetapi, ini sudah terbalik.Mereka berlembut dengan orang kafir dan berkeras  sesama muslim, malah sudah ada yang marah apabila kita kata kafir jahat, zalim dan kejam. Allah larang kita jadi macam kafir dan jangan ikut kafir, akan tetapi hari ini kebanyakan orang islam sudah jadi macam kafir dan ikut apa yang kafir kehendaki.Seronok pula dengan orang kafir.

Paling sedih sekali, Mustafa Kamal Ataturk (1881-1938) walaupun ada yang kata dia masih muslim, tetapi munafik. Tapi bagi penulis dia adalah seorang Yahudi (kafir) kerana telah mengubah sejarah umat Islam dengan sejarah Islam modern,(konon), iaitu menukar undang undang Islam kepada undang undang kafir. (Eropah).

Mustafa Kamal (1924-1938) meruntuhkan perpadun orang muslim dan misahkan kalimatnya serta menceraiberaikan penyatuan ummah, memutarbelit Islam dan menjatuhkan khalifah Islamiah yang merupakan tanda hakiki bagi perpaduan umat Islam.
Peliknya, semua lidah rakyat jelata Negara tersebut dan orang Islam memujinya dan manyamakan dirinya sama dengan pahlawan muslim sebelum ini walaupun jelas apa yang dilakukan itu suatu yang amat buruk implikasinya kepada imej Islam.

Paling aneh lagi dia memegang kuasa dalam segala perkara hingga menjadi seorang pemimpin yang tidak dapat dicabar, memecat para pemimpin yang tidak sebulu dengannya seperti memecat Muhammad VI dan memilih Abdul Majid bin Abdul Aziz menggantikannya.termasuk membunuh sesiapa yang menentangnya.

Paling malang sekali dia telah menghapuskan pemerintahan Khalifah dan mengumumkan pemerintahan sekular, Menghapus kementerian syariat , menghapuskan kementerian  wakaf dan menutup mahkamah syariat dan menggantikannya dengan mahkamah sivil (kafir)

Dia menghapuskan syariat Islam dan menggantikanya dengan peraturan dan undang undang Eropah (kafir).Menutup seluruh sekolah dan institusi Islam termasuk mengubah undang undang individu dan hukum harta pusaka dengan undang undang system keluarga Eropak (kafir).Menutup sebahagian besar masjid yang terdapat di Turki dan mengubahnya menjadi berbapa muzium dan gudang seperti masjid Aya Sufia masjid paling terkenal didunia islam.

Sehingga saat ini masjid bersejarah itu masih berupa muzium, miskipun banyak pihak mendesak dan menuntut supaya dibuka semula. Setakat hari ini masjid al Fatih yang dijadikan Farmasi dan masjid Aya Sofia belum ada tanda tanda akan dibukan semula.

Yang paling menyayat hati sekali , memansuhkan rukun Islam iaitu tidak membenarkan rakyatnya berpuasa, kerana puasa yang diwajib pada bulan Ramadan itu dikatakan boleh menjejaskan ekonomi Negara.

Dia melarang para penasihat untuk melaksanakan tugas menyebarkan kebenaran (dakwah) kalimat yang baik seperti melarang tutup aurat yang telah diwajibkan Islam. Wanita muslimat diwajibkan berpakaian Eropah  yang mempamerkan aurat dan melucutkan kerakyatan kepadan mereka yang berhijab.

Dia melarang lelaki memakai jubah dan serban dan mewajibkan berpakaian Eropah dan topi.Menghentikan pembelajaran disemua tempat dan halaqah.Menutup tempat tempat menghafal Al-Quran. Menghapuskan huruf Arab dan menggantikan dengan huruf Latin.
Mengharamkan khutbah dan azan dalam bahasa Arab serta menghapuskan segala system yang dinisbahkan baik dekat mahupun jauh kepada agama, kerana bencinya dengan Al Quran.termasuk menutup beberapa percetakan Arab yang terdapat di Turki khususnya di Istanbul.Ia sangat memusuhi pemikiran islam yang muncul untuk memajukan islam dan orang muslim, Juga melakukan serangan terhadap segala perkara yang berunsur islam yang berkaitan dengan orang Islam.

Tidak dinafikan ada orang islam yang bangun menentang, tetapi 90 peratus menyokong dan memuji tindakan jahat dan kejam itu,sehingga  Mustafa Kamal  berjaya bertindak membunuh hidup hidup dan memenjarakan rakyatnya yang menentang kerajaan sekular itu menerusi mahkamah kemerdekaan.

Yang menghairankan kita mengapa orang Islam tidak pernah percaya dengan penegasan Allah terhadap orang kafir sepertimana FirmanNya yang bermaksud: "Bagaimana boleh dikekalkan perjanjian kaum kafir musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu dan tidak akan menghormati perjanjian setianya. Mereka menjadikan kamu hati hanya dengan mulut mereka. Sedang hati mereka menolaknya: dan kebanyakan mereka adalah orang orang yang fasik" (surah At- Taubah ayat 8)

Kita enggan menerima bahawa kafir itu musuh Allah, musuh Nabi SAW dan musuh Islam sepertimana  firkmannya yang bermaksud: "Jika mereka dapat menguasa kamu, nescaya mereka menjadikan musuh yang merbahayakan kamu dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan serta mereka suka kalaulah juga kamu menjadi kafir seperti mereka"( surah Al-Mumtahanah ayat 2).

Yang peliknya ada pula yang marah marah dengan penulis apabila menulis rencana mengenai Yahudi dan kristian. Bukan setakat itu sahaja malah ada yang mengatakan pendapat  itu adalah pendapat rasisme yang menjejas dan memburukkn imej Islam dengan alasan ia boleh menghalang kemajuan Islam dan sampai bila bila tidak boleh maju.

Mereka tidak sedar yang mereka telah menjadi lidah lidah kafir mengatakan kristian tidak bahaya,tak apa. boleh. Yahudi tidak salah dan tak apalah dan boleh, sedangkan tindakan itu menjurus untuk menghancurkan Islam sepertimana pernah berlaku dan di lakukan oleh Mustafa Kamal Ataturk di Turki (1924-1938)  dahulu dan kini (1924-2016)masih belum ada tanda tanda untuk kembali  mendaulatkan Islam.Tidak dinafikan sudah ada tanda tanda tapi hanya tanda tanda kecil sahaja.

Oleh kerana ada yang mengatakan Mustafa Kamal itu seorang munafik macam juga Abdullah bin Ubay maka sebagai kesimpulannya mari kita lihat firman Allah yang bermaksud: "Maka apakah yang menyebabkan kamu (berpecah) dua golongan terhadap kaum munafik itu,Pada hal Allah telah menjerumuskan mereka (kedalam kekufuran) disebabkan apa yang telah mereka usahakan. Adakah kamu pula hendak memberi pertunjuk kepada orang orang yang telah disesatkan oleh Allah.Pada hal sesiapa yang telah disesatkan oleh Allah, maka engkau tidak sekali kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya. Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu, janganlah kamu mengambil (seorangpun) diantara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah kepada jalan Allah (untuk menegakkan Islam). Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka dimana sahaja kamu menemuinya dan jangan sekali sekali kamu mengambil (seorangpun) diantara mereka menjadi teman rapat atau penolong" (surah An Nisa ayat 88-89).
Kini orang Islam lebih seronok dengan kafir,malah gemar dan cenderung menolong orang orang kafir dan mengambil menjadi teman rapat dan wali (sebagai calon) dalam pilihanraya yang akhirnya mereka tawan dan membunuh orang orang Islam dimana mana sahaja mereka berada dan menemuinya sepertimana yang berlaku di Palestin,Bosnia, Kemboja, Thailand, Filipina,Myammar dan sebagainya.