Nuffnang

Pengikut

Tukar Tiub

0
sumber :-

Tukar Tiub


HANG TUAH WUJUD ATAU TIDAK?

Posted: 04 May 2016 07:10 PM PDT





HANG TUAH

WUJUD ATAU

TIDAK?


Wujud ke Hang Tuah ini?..Apakah beliau hanyalah watak imaginasi atau benar-benar wujud?.. Persoalan ini akan dijawap oleh ahli sejarah terkemuka Prof. Emeritus Dr. Ahmat Adam..

Kami menjemput anak semua bangsa yang berminat dengan kajian sejarah Melayu untuk hadir ke syarahan umum ini pada:


Hari/Tarikh: Rabu 11th Mei 2016
Tajuk: "Laksamana Melaka dalam sejarah kebudayaan Melayu: Benarkah namanya Hang Tuah?"
Tempat: Kelab Bangsar Utama, 52 C, Jalan Kemuja, Bangsar Utama
Waktu: 8.30pm-1030pm


Siaran langsung di www.radiobangsarutama.com

Nota kuliah akan disediakan, namun kuantiti terhad..First come first served!..





-----------------

GAYA HIDUP BARU

Posted: 04 May 2016 06:40 PM PDT





INI TANDA

EKONOMI 

MENGECUT




1,000 kakitangan MAB hilang kerja hujung bulan ini

Sekitar 1,000 kakitangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) akan kehilangan pekerja apabila kontrak sementara yang disandang mereka lupus hujung bulan ini.
Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam), Ismail Nasaruddin berkata, keadaan ini pastinya menambah keperitan di kalangan ahli-ahlinya terutama mereka yang berkeluarga.
"Apakah yang membimbangkan lagi ialah masih ramai di kalangan mereka yang diberhentikan sebelum ini masih belum bekerja dan mengharapkan bantuan dari kerajaan.
"Ini sungguh mengecewakan dan suatu skim pembuangan pekerjaan harus dilancarkan secepat mungkin bagi membantu mereka yang kehilangan keupayaan untuk bekerja," jelasnya dalam kenyataan.
Kira-kira enam bulan yang lalu, hampir 3,000 bekas kakitangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang kemudiannya menukar nama kepada MAB telah memfailkan aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan atas alasan mereka diberhentikan secara tidak wajar.

woit

awas waspada

jaga jaga

bersedia cari

tanah untuk

bercucuk tanam

tanam makanan

untuk selamat

GAYA HIDUP



--------------

ADA APA APA KE?

Posted: 04 May 2016 06:08 PM PDT






SORONG TARIK

SORONG TARIK

ADA APA KE?



Jabatan Peguam Negara nafi tutup kes SD penjual banglo

Peguam Negara belum membuat sebarang keputusan berkaitan kes berkenaan dan ia masih dalam proses kajian.

Jabatan Peguam Negara menafikan dakwaan bahawa ia telah membuat keputusan berhubung dengan kes ahli perniagaan Phang Li Koon yang menjual banglo miliknya di Jalan Pinhorn, Jelutong kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.
"Jabatan Peguam Negara ingin menegaskan bahawa sehingga kini Peguam Negara belum membuat sebarang keputusan berkaitan kes berkenaan dan ia masih dalam proses kajian dan tindakan Peguam Negara," kata Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan hari ini.
Ini di sebalik kenyataan Ketua Polis Pulau Pinang  Abdul Ghafar Rajab yang dipetik pelbagai media bahawa Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk menutup kes berkenaan.
ADA TAWAR 

MENAWAR KE

SAJE TANYA

JANGAN MARAH



------------

SEBELAS NEGARA SEDANG SIASAT

Posted: 04 May 2016 06:00 AM PDT





SEBELAS BUAH

NEGARA

SEDANG SIASAT

BUKAN LAPAN


Tak tahu kenapa AG Pandi the Pandir suruh tutup kes dan hentikan penyisatan dan kenapa IGP macam orang peram telor tak buat apa2. Dikhabarkan juga AG tak mahu cooperate sangat dengan badan penyiasat Switzerland. Latest, negara2 yang sedang menyiasat, 11 buah negara;

1. Australia
2. Hong Kong
3. Singapore
4. Thailand
5. UAE
6. Switzerland
7. United Kingdom
8. Luxembourg
9. USA
10. Scotland
11. Cayman 

Peta dunia di bawah menunjukan 9 buah negara, sebelum Scotland (Bank Scotland juga mukthair ni terlibat) dan juga Cayman (memberikan maklumat transaksi aliran wang kepada badan penyisat Swiss dan USA). Makin hari makin banyak negara yang nak katoikan Najib, Jho Low, Al Husainy, Qubaisy, Sharol dan rakan2 penyamun yang sewaktu dengan nya. Semua negara2 yang terlibat memberikan kerjesama antara mereka tanpa Malaysia. Mereka tak ambil pot kalau Pandi the Pandir nak beri kerjasama atau tidak. Agaknya mereka kata pada AG Pandi, "f@#k off, go to hell, we don't need your help".  Sampai bila Najib boleh bertahan?



----------

APA KHABAR KU LI

Posted: 04 May 2016 05:30 AM PDT




APA KHABAR

PAK UNGKU

ADA SEHAT

APA BERITA

SAJE TANYA

KHABAR 

MANA TAHU

KALAU KALAU













------------

SIAPA HILLARY

Posted: 04 May 2016 04:30 AM PDT




NOTA:

hillary clintit

akan jadi presiden

tak caya tunggu

kah kah kah



HILARY AKAN MENANG
ya benar wahai bro tt.. hilary akan menang..isyarat sudah dihantar oleh obama kapada kaum2 pemodal agar hilary dipilih..kalo trump menang maka kedai ekor, kedai toto akan diupgrade jd mini las vegas..lebih byk kasino akan dibina. ini kan mningkatkan peluang2 pekerjaan, so bekas igp pegerusi genting bole letak jawatan dan diserahkan kpd hajee hajee yang tauliah..

hidup suatu perjudian..seperti sang ustaz atau ustazah yang memperjudian nasibnya dgn menyokong parti lanun yg melanun secara terang terangan..hasilnya dpt bermain golf secara live atau ada simulasi agar tak malu kalo tersalah lenggok..pemain2 judi ekor ni bukan keje senang, saban hari dan malam mereka bermusyawarah, bedebat dan melakukan kira2 matematik agar dpt merugikan sang pemodal yang kaya atas kebenaran atau lesen sah halal yg diberikan oleh kerajaan..

warga agama yg cukup makan dengan melakukan skodeng dan tunduk kepda pemegang botol besar, maka warga ini perlu dibiayai olehh tokwey2 judi agar mlakukan tugas amar maaruf on BERITA BAIK UNTUK UMAT MANUSIA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/3/1


----------

AKAUN SIAPA PULAK?

Posted: 04 May 2016 12:30 AM PDT






AKAUN SAPA

PULAK NI?




Laporan: Siasatan terhadap 1MDB, akaun individu di HK dibeku


Akaun beberapa individu di bank di Hong Kong telah dibekukan ekoran siasatan di seluruh dunia terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB), lapor Bloomberg.
Memetik sumber-sumber yang enggan dinamakan, syarikat media yang berpusat di New York itu, melaporkan bahawa individu-individu yang tidak dinamakan itu, disiasat oleh negara-negara di luar Malaysia.
Bagaimanapun, tidak jelas sama ada pihak berkuasa Hong Kong telah mengarahkan akaun-akaun itu dibekukan atau sama ada bank-bank itu bertindak atas kehendak mereka sendiri.
Sementara itu, agensi anti-rasuah Hong Kong dan pihak polis berkata mereka tidak mengulas mengenai kes-kes individu.
Pada September tahun lepas, polis Hong Kong mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan terhadap satu siri deposit yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ini, lapor Financial Times, adalah berkenaan dengan deposit bank lebih AS$250 juta yang didakwa dibuat di cawangan Credit Suisse di sana.
1MDB telah menjadi subjek pelbagai siasatan, dari Singapura hingga ke Switzerland.
Najib, yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB, berdepan dengan gesaan supaya meletak jwatan, terutamanya dari pengkritik nombor satu beliau, bekas Perdana Menteri,  Mahathir Mohamad. Najib juga secara konsisten menafikan sebarang salah laku.
Peguam Negara Mohamed Apandi Ali pada Januari lalu turut membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berhubung dengan derma RM2.6 bilion dan dalam kes SRC International.
KAH KAH KAH

woit

ini mesti akaun

anwar ibrahim

akaun najib 

di ambank KL

bukan hong kong

kah kah kah

WAKRAK KOK



------------

TAHNIAH ZUNAR

Posted: 03 May 2016 11:30 PM PDT








TAHNIAH

SALUT!


Zunar terima anugerah antarabangsa untuk keamanan 2016

Kartunis politik Zunar menerima anugerah '2016 Cartooning for Peace Award' di majlis yang berlangsung di Palais Eynard di Geneva, Switzerland, semalam.
Selain Zunar, kartunis Kenyan, Gado, juga menerima anugerah yang sama dan hasil karya mereka dipamerkan di Lac Leman di Geneva.
Turut hadir majlis itu ialah Presiden Kehormat Swiss Foundation Cartooning for Peace, Kofi Annan, yang juga bekas setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Ahli Majlis Perbandaran Geneva, Guillaume Barazzone.
Mengulas mengenai anugerah itu, Zunar berkata ia memberi kekuatan baru kepadanya untuk meneruskan perjuangannya.
"Hak asasi manusia dan kebebasan bersuara di Malaysia kini berada dalam keadaan yang sangat parah," kata Zunar dalam satu kenyataan semalam.
Bakat, katanya, bukanlah keistimewaan, tetapi adalah tanggung jawab. Oleh itu, tegas Zunar, menjadi tanggungjawabnya sebagai kartunis untuk menggunakan seni sebagai senjata bagi menentang pemerintah zalim.
"Senjata ampuh bagi mana-mana rejim di dunia ialah dengan menanamkan ketakutan dan intimidasi untuk menakutkan rakyat. Lakaran seni dapat memimpin rakyat untuk merentasi garisan ketakutan.
"Apabila kita berhadapan dengan krisis moral, tiada ruang untuk merungut dalam diam. Kita mesti bangun dan melaungkan suara dengan kuat dan jelas.
"Bersikap neutral adalah satu bentuk pelarian dari kenyataan bagi mereka yang hidup dalam zon yang selesa. Bagaimana saya boleh bersikap neutral, sedangkan pen saya juga punya stand," katanya sambil berikrar akan terus berjuang melalui kartun sehingga "ketitisan dakwat terakhir".
Beberapa karya Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque, yang mengkritik kerajaan telah diharamkan dan dirampas.
Beliau ditahan polis sebanyak dua kali, pada tahun 2010 dan 2015, atas dakwaan menghasut.
ketawalah kamu

sebelum ketawa

diharamkan


-----------

MENCARI HIDUP BARU

Posted: 03 May 2016 10:08 PM PDT






HIDUP BARU

Saya mahu bertanya - jika tetiba leterik padam apa akan terjadi. Jika tetiba air paip terputus apa akan terjadi. Tetiba bahan bakar minyak petrolium habis - siapakah antara kita di Malaysia ini yang akan  merasa selamat?  
Selamat yang saya maksudkan memberi makna kehidupan harian berterusan  tidak terganggu gugat. Hidup mereka saperti biasa. Hidup mereka saperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Anak bini kaum keluarga sahabat taulan semua bahagia memagari hidup.

Siapa agaknya yang akan terselamat?

Jangan terperanjat jika saya katakan yang akan terselamat ialah -   anak manusia warga suku bangsa Penan, warga Senoi, Jakun, Semelai, Temiar  - Orang Asal Semanjung dan  kaum suku bangsa Dayak  dan suku banga Iban di Sabah Sarawak.

Manakala di Afrika warga yang tinggal jauh dari kota akan selamat. Warga kais pagi makan pagi mengumpul makanan akan selamat. Suku bangsa yang masih menetap dalam hutan belantara pasti akan selamat. Warga Masai dan suku kaum Afrika yang tinggal dalam Padang Pasir Kalahari juga akan selamat.

Manakala di Amerika Latin - warga asal yang tinggal dalam hutan Amazon akan meneruskan hidup mereka saperti biasa. Suku kaum Korgi akan terus selamat dikampong kampong mereka atas Gunung Andes.

Bangsa-Bangsa  Asal diseluruh dunia ini sama  di Asia , Afrika atau Amerika Latin tidak ambil pusing sama ada Bursa Saham New York ditutup atau dibuka.  Bursa saham bukan bahan bual mereka. Sama ada  bahan bakar petrol ada dipasaran dunia atau tidak - ianya tidak  akan  menggangu mereka. 

Di Malaysia suku bangsa Penan dan Senoi tidak akan peduli sama ada stesen Astro atau RTM akan memancar program atau tidak. Mereka tidak ambil pot kalau Amerika runtuh. Tidak ambil pot  kalau Dolar pupus dan nilai  Yuan naik mendadak. Mereka juga tidak peduli   kalau Najib akhir ditangkap oleh FBI untuk dibawa ke mahkamah New York. 

Dunia mereka bukan dunia kita. Apakah  yang saya lakar ini satu kebenaran.

Saya cukup yakin warga yang akan terganggu kehidupan mereka ialah warga kota. Warga kota atau warga moden adalah warga yang paling lemah daya fikir. Paling pantas menjadi menjadi kelam kabut.  Jika  rutin kehidupan mereka beralih maka akan terhambur sumpah seranah. Buktinya cukup senang - jika ada para pembaca tinggal di bilik, flet atau kondo yang tinggi - tetiba kuasa leterik putus. Bagaimana perasaan?

Atau sekali sekala DBKL datang untuk melawat tangki air.  Tetiba  paip air ditutup untuk beberapa jam. Bagaimana perasaan?

Saya memberi istilah bahawa kita semua ini warga moden. Tetapi sabenarnya lebih tepat lagi kalau saya katakan bahawa kita ini Warga Pengguna atau Warga Konsumer atau Warga Pemakai. Kita mengguna, kita memakai  tetapi kita tidak pernah menjadi pengeluar benda  dan barangan yang kota guna pakai.  Kita hanya 'consume' - kita menjadi konsumer yang setia. 
Kita tidak menjadi pengeluar kerana barangan yang di perlu guna pakai kita dapati melalui pertukaran duit.

Duit ini kita dapati apabila kita bertukar  masa yang kita ada , tenaga kita , kebolehan dan daya fikir kita. Kita jual masa kita. Jual jual tenaga kita. Kita jual  masa kita kepada pembeli termahal. Jual  daya fikir dan intelek kita. Semua untuk mendapat duit. Duit ini digunakan untuk mendapat barangan yang kita tidak buat.

Apa yang saya tulis ini ialah lingkaran asas sistem ekonomi. Ada yang mengeluar dan ada yang membeli.  Ada permintaan ada pengeluaran. Jadi apa masaalah nya dengan sistem ini?

Sistem ekonomi kapitalis ini telah melahirkan satu gaya hidup yang membawa nilai, memperkukuh falsafah, menetaskan pandangan dunia dan  memberi pandangan agama. 

Apakah ini satu kesalahan? 

Pada ketika ini menjadi konsumer bukan satu jenayah. Malah menjadi konsumer dirayakan sebagai satu kejayaan. Dalam budaya ekonomi kapitalis  mengumpul benda sebanyak mungkin akan dinobatkan sebagai kejayaan. Justeru Robert Kouk, Ananda, Soros, Daim , Syed Mokhtar, atau Rockefeller dijadikan sosok contoh untuk diikuti sebagai lambang kejayaan.

Betul. Sosok sosok ini dirayakan dalam satu masa yang lampau. Kini tidak lagi.

Hari ini budaya konsumer  yang dinobatkan oleh sosok-sosok  ini telah  menjadi salah satu punca yang menjadikan  bumi kita demam. Budaya konsumer yang lahir dari sistem ekonomi kapitalis ini telah terbukti memudaratkan kita semua. Semua yang saya maksudkan ialah kesemua umat manusia. 

Justeru saya mencadangkan untuk kita sesama  mencari selamat. Masanya telah sampai agar  kita meninggalkan  budaya konsumer. Meninggalkan    agama dimana  kita menyembah kereta. Meninggalkan agama dimana memiliki benda  menjadi  rukun iman. Meninggalkan agama dimana kita bertawaf dengan harta dan kekayaan. 

Telah sampai masanya kita meninggalkan agama dan kepercayaan yang menganggap  suku kaum Penan yang bercawat di Sarawak sebagai Orang Liar. Meninggalkan agama yang percaya bahawa Orang Asal yang hidup tanpa rumah batu dalam hutan  di Gua Musang sebagai kaum yang tidak bertamadun.

Pada hemat saya masanya telah sampai untuk kita semua melihat kembali nilai diri kita. Melihat kembali pandangan dunia  kita. Dan mentafsir kembali  falsafah pegangan hidup kita sebelum kita menuduh  warga yang bercawat, warga yang tidak ada talipon bijak, warga yang tidak menonton Astro  sebagai warga yang ketinggalkan zaman.

Pada hemat saya budaya konsumer telah menjadikan kita warga yang paling  lemah. Fikrah  warga moden lemah kerana kehidupan kita bersandarkan pembuatan orang lain.
Pada hemat saya tamadun moden hari ini sedang diserang oleh dua malapetaka. Pertama sistem ekonomi kapitalis ini telah sampai ke tahap tepu. Ianya tidak  dapat berkembang lagi. Dalam keadaan sademikian  dari hukum sejarah maka kaum pemodal antara bangsa akan meledakkan perang dunia.

Kemungkian ini tidak dapat diketepikan. Perang dunia Pertama dan Kedua semuanya dilakukan kerana sistem ekonomi kapitalis berhadapan dengan masalah.

Malapetaka kedua ialah bencana alam yang sedang dialami bukan hanya oleh warga Chuping Perlis tetapi pemanasan dunia hari ini sedang memanaskan warga  seluruh dunia. 

Mustahil tidak terbaca bagaimana sembahyang hajat telah dijalankan di Temerloh kerana Sungai Pahang telah susut. Ikan patin dalam sangkar mati kekeringan. Mustahil tidak terbaca bagaimana empangan Bukit Merah Perak samakin kering.  

Chuping, Bukit Merah dan Temerloh ini hanya tiga tempat yang saya tuliskan namanya. Sebenarnya ada ribuan juta  wilayah dan kawasan dalam dunia kita ini sedang mengalami perubahan cuaca. Ada berjuta Chuping. Ada beratus ribu Sungai Pahang yang makin susut. Ada ratusan ribu empangan Tanah Merah  menjadi kering. Jutaan ekar kawasan lembah pertanian menjadi mangsa kemarau. Padang  pasir  saban hari sedang memakan  kawasan cucuk tanam.  Panen gagal. Kebakaran berlaku disana sini. Semua ini adalah tanda tanda malapetaka.

Saya tidak mahu dilihat sebagai pembawa maklumat songsang yang menakut-nakutkan pembaca.  Saya tidak mahu dilihat sebagai pembawa maklumat gelap yang menakutkan. Tetapi dalam  masa yang sama  dari pengamatan saya, dari pembacaan saya - secara jujur saya akui bahawa saya merasa takut melihat apa yang sedang berlaku sekarang.

Saya akui - saya amat-amat takut apabila membaca berita Sungai Pahang di Temerloh susut. Saya menjadi takut apabila saya melihat gambar sungai Pahang  cetek berlumpur. Gambar ini  terpampang dalam akhbar kita.

Sabenarnya kesedaranlah  yang melahirkan ketakutan. Jika saya tidak sedar maka saya tidak akan takut. Maka saya tak ambil pot. Kerana saya sedar apa yang berlaku maka saya cuba mencari jawapan. Apabila saya temui jawapan maka saya anggap jawapan ini satu pencerahan. Pencerahan ini wajib saya kongsi bersama. Berkongsi pencerahan secara beramai-ramai pada hemat saya hanyalah satu satunya jalan untuk kita sesama menyelamatkan alam ini.
Justeru - mari kita  kembali  kepada persoalan awal - siapa yang selamat jika malapetaka sampai.

Mari kita amati cara hidup, budaya hidup Orang Asal. Cara suku kaum Penan bercucuk tanam. Mari kita pelajari budaya gotong royong Orang Asal atau  Penan.  Lihat bagaimana mereka berkerja bersama-sama mementingkan komuniti dari mementingkan diri sendiri. Lihat bagaimana hidup  mereka berani dan merdeka.

Mendahulukan komuniti dari mendahului diri sendiri adalah pandangan dunia yang amat-amat bertentangan dengan  falsafah dan gaya hidup budaya kapitalis. Dalam budaya agama konsumer kapitalis mementingkan diri sendiri demi keuntungan  adalah rukun iman pertama.

Inilah perbezaan hakiki antara padangan dunia  kaum kapitalis dengan pandangan dunia kaum Penan. Kaum Penan mementingkan orang ramai. Kaum kapitalis mementingkan diri sendiri.

Hari ini ketika bumi berhadapan dengan potensi dua malapetaka. Kita sebagai umat manusia  diberi pilihan - untuk diri sendiri atau untuk kebaikan umum. Untuk keuntungan pribadi atau untuk keuntungan orang ramai.
Saya tahu apa yang saya pilih justeru ini adalah tulisan-tulisan akhir saya sabelum saya dipenjarakan. Jika leterik padam dan air terputus saya masih ketawa. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45

-------------

SERATUS AIR TERJUN

Posted: 03 May 2016 09:30 PM PDT







SERATUS JERAM
YANG WAJIB

DILAWATI

NOTA:
lu nak tahu dimana
lu cari sendiri






------------

DUNIA TERUS BERGOLAK

Posted: 03 May 2016 09:00 PM PDT






DUNIA TERUS

BERGOLAK




Free speech in Iraq suffers after closure of Al Jazeera, says HRW: The decision of Iraq's Communications and Media Commission to shut down Al Jazeera's Baghdad bureau is "nothing but an effort to clamp down on freedom of expression," said Human Rights Watch in a statement published Monday.
Dozens of Kurdish militants killed in air strikes, clashes: Turkish military: At least 42 Kurdistan Workers Party (PKK) militants were killed in air strikes and clashes on Monday and Tuesday and three soldiers died, the Turkish military said on Tuesday.
Turkey parliament mayhem : Video - Turkey parliament mayhem : Scuffles break out between members of Turkey's ruling AK Party and pro-Kurdish opposition party during a discussion on whether to remove politicians' immunity.
'Dozens killed' in rebel rocket attack on hospital in Syria: The latest airstrike comes days after an attack on a clinic in a rebel-held part of Aleppo killed 27 medical staff and patients, including Dr Muhammad Maaz, one of the last paediatricians in the area.
Renewed Fighting Kills Some Two Dozen in Aleppo, Syria: Renewed fighting between the Syrian goverment forces and rebel groups killed some two dozen people in the Syrian city of Aleppo on Tuesday amid a flurry of diplomatic efforts to try to renew the cease-fire there.
Cessation of hostilities in Aleppo to be announced in coming hours - Lavrov: According to UN special envoy Staffan de Mistura, the stalled Syria peace talks could be resumed if an Aleppo ceasefire is agreed. He added that there is now a possibility to relaunch the ceasefire by extending local truces.
US forces arrive in southern Yemen: Report: Yemen's al-Masirah television channel on Sunday quoted Tom Bawman, the National Public Radio's Pentagon reporter, as saying that the troops had arrived in Yemen on April 25.
The American Jewish scholar behind Labour's 'antisemitism' scandal breaks his silence: Norman G. Finkelstein talks Naz Shah MP, Ken Livingstone, and the Labour 'antisemitism' controversy.




--------------

PROGRAM DEKLARASI RAKYAT

Posted: 03 May 2016 08:39 PM PDT





PULAU PINANG

AHAD INI


TANDA TANGAN DISINI:

https://docs.google.com/forms/d/1vuIKdnzoDln2d5_v07kz1vgUZByV4EILmecK7NjYh54/viewform?c=0&w=1




-------------

DARI ENAM JADI LAPAN

Posted: 03 May 2016 08:08 PM PDT





DARI ENAM

DAH JADI

LAPAN 

INI KES FBI

The Royal Bank of Scotland (RBS) is the latest financial institution to come under investigation on the transfer of funds linked to 1MDB.
Royal Bank of Scotland Probes into 1MDB Investigations
Business Finance News - 1 day ago
More news for bank of scotland 1mdb

Royal Bank of Scotland disiasat berkaitan skandal 1MDB - Malaysiakini

www.malaysiakini.com/news/340024
Translate this page
Malaysiakini
1 day ago - The Royal Bank of Scotland (RBS) merupakan institusi kewangan terbaru di bawah siasatan berkaitan pemindahan dana yang dikaitkan ...

Royal Bank of Scotland sucked into 1MDB probe - CNBC.com

www.cnbc.com/.../royal-bank-of-scotland-sucked-into-1mdb-prob...
CNBC
4 days ago - Royal Bank of Scotland has become embroiled in the global investigation into alleged corruption relating to Malaysia's state investment fund, ...

Royal Bank of Scotland sucked into 1MDB probe - FT.com

www.ft.com › Companies › Financials › Banks
Financial Times
4 days ago - Royal Bank of Scotland sucked into 1MDB probe. Emma Dunkley and Caroline Binham in London and Jeevan Vasagar in Singapore. Share.
A wealth Management sign sits beneath a Coutts logo outside the building that houses Coutts & Co., a private banking unit of Royal Bank of Scotland


PERGHH!!!.. Satu dunia, 8 NEGARA nak siasat dakwaan pengubahan wang haram, melibatkan ratusan juta dolar terhadap dana kekayaan negara 1MDB.
SWITZERLAND sedang siasat..
SINGAPORE sedang siasat..
HONG KONG sedang siasat..
AMERIKA SYARIKAT sedang siasat..
UNITED KINGDOM sedang siasat..
AUSTRALIA sedang siasat..
LUXEMBOURG sedang siasat..
Kini SCOTLAND pula nak siasat skandal ‪#‎1MDB‬
TETAPI KENAPA siasatan di Malaysia SUDAH 'DIBERSIHKAN' slps perlantikan AG baru Apandi Ali ??!!.. Siapakah penyangak sebenar dlm skandal 1MDB ??
Cayalah Najib.. Nama Najib Razak kini dah femes satu dunia dgn skandal dana berbilion2 ringgit !!!
Kami rakyat M'sia tumpang bangga malu jer.
























-------------

SEMUA KAKI REMBAT

Posted: 03 May 2016 07:40 PM PDT




REMBAT BALAK

BUKAN REMBAT

BABI HUTAN

TOK HAJI KE

TOK ALIM KE

TOK ULAMA 

SEMUA KAKI

BALAK HUTAN



Husam: Pembalakan di Kelantan 'tebang 

habis', musnahkan hutan 

KOTA BARU, 3 Mei — Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa mempersoal kegagalan kerajaan Kelantan pimpinan PAS dalam menangani isu pembalakan haram di negeri ini.
Husam yang juga bekas pengerusi jawatankuasa perancangan ekonomi, kewangan dan kebajikan negeri berkata Jabatan Perhutanan Kelantan sepatutnya bertindak segera kerana mempunyai anggota dan pegawai yang ditugaskan mengawal selia hutan daripada dicerobohi.
"Ada anggota dan pegawai hutan duduk dalam kawasan hutan, takkanlah orang dah curi sampai 20,000 ekar (8,093 hektar), baru tahu ada kecurian,"katanya sambil mempertikai alasan 'laluan sulit' sebagai penyebab kejadian itu.
"...kalau dibersihkan seluas 20,000 ekar atau 5,000 ekar (2,023 hektar) pun orang boleh tahu," katanya pada sidang berita di sini semalam.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/husam-pembalakan-di-kelantan-tebang-habis-musnahkan-hutan#sthash.7pGYRhj0.dpuf



WOIT
bila banjir sampai
mak tok aji kaki balak
akan bermusyawarah
lalu keluar fakwa
banjir melanda kerana
banyak mak siah
kah kah kah 
tak habis habis dengan mak siah
mat balak tidak disebut
kah kah kah
kemudian towkay balak
sponsor gi haji gi umrah
khalas 

HAJI BALAK


-----------

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT