Ahad, 1 Mei 2016

dollah yankee

dollah yankee


Ahli2 umno pun tak percaya .

Posted: 01 May 2016 08:53 PM PDT


30 April 2016
KUALA LUMPUR - Najib hari ini mengulangi pendirian bahawa kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. 8 % beb!

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


‘HATI-HATI PROPAGANDA BN, PEMIMPIN DATANG 5 TAHUN SEKALI’ – AMANAH

Posted: 01 May 2016 05:44 PM PDT

Bersama Doktor Pakar - Dr Safari Elis • Dr Safari Kasmiran • Dr Shahbudin

Posted: 01 May 2016 03:59 AM PDT

Demi rakyat, Adun bukan Umno di Terengganu perlu diberi peruntukan

Posted: 01 May 2016 01:23 AM PDT

Sebagai anak jati Terengganu saya mengikuti dengan teliti perkembangan politik TerengganuSebagai anak jati Terengganu saya mengikuti dengan teliti perkembangan politik Terengganu
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mencadangkan agar kerajaan minoriti Umno di Terengganu memberi sedikit peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang bukan dari Umno agar seluruh rakyat di negeri itu mendapat khidmat wakil rakyat masing-masing yang sewajarnya.
Beliau berkata, hasil perbincangan dengan pemimpin daripada partinya dan Amanah Terengganu, mereka mendapati pendekatan tersebut perlu dipertimbangkan bagi mengurangkan ketidaktentuan politik ketika pentadbiran kerajaan perlu menumpukan usaha-usaha menambah hasil negeri.
"Sebagai anak jati Terengganu, saya mengikuti dengan teliti perkembangan politik Terengganu yang terus bergolak sejak dua tahun lepas. Saya mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa dengan Azan Ismail (Adun Bandar), Pengerusi PKR Terengganu dan Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Terengganu), Pengerusi Amanah Terengganu.
"Hakikatnya ketidakstabilan politik di Terengganu yang berpunca dari perpecahan dalaman Umno Terengganu yang parah akan terus memangsakan rakyat Terengganu yang masih lagi rata-ratanya membawa pulang pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan," ujarnya yang juga Setiausaha Agung PKR.
Mengakui suasana politik di Terengganu lebih banyak ditentukan oleh Umno dan Pas yang dilihat sama kuat ketika Pakatan Harapan mempunyai pengaruh besar di pantai barat, beliau berkata, kedudukan Dun Terengganu pada masa ini menyebabkan kemelut pentadbiran hanya boleh diredakan buat sementara waktu oleh Umno dan Pas sahaja.
Sehubungan itu, Rafizi menyeru supaya pimpinan Umno dan Pas di Terengganu mempertimbangkan supaya Umno terus membentuk kerajaan negeri tetapi berfungsi sebagai kerajaan minoriti.
"Walaupun ia kerajaan minoriti, pentadbiran Umno di Terengganu boleh kekal stabil dengan syarat blok kedua terbesar iaitu PAS memberi jaminan ia tidak akan membuat sebarang undi tidak percaya kepada pentadbiran Umno itu sehinggalah Pilihanraya Umum 14 (PRU14) kelak," tambahnya lagi.

Selepas beberapa hari kempen, 5 calon Amanah berpeluang menang

Posted: 01 May 2016 01:22 AM PDT


Lima calon Amanah yang dijangka berpotensi untuk menang dalam Dun yang ditandingi mereka dalam PRN Sarawak.Lima calon Amanah yang dijangka berpotensi untuk menang dalam Dun yang ditandingi mereka dalam PRN Sarawak.
Selepas beberapa hari kempen berjalan, sekurang-kurangnya lima dari 13 calon Parti Amanah Negara (Amanah) menunjukkan peningkatan dalam pencapaian mereka apabila kerusi mereka dikategorikan sebagai kelabu oleh Bilik Gerakan BN dan juga media di Sarawak.
Menurut sumber, kerusi Sebuyau, Balingian, Kabong, Damak laut dan Beting Maro kini dimasukkan dalam kategori kelabu oleh Barisan Nasional (BN) yang membawa makna boleh dimenangi oleh lawan mereka.
Sebuyau ditandingi tiga penjuru oleh tiga calon iaitu Datuk Haji Julaihi Haji Narawi (PBB), Haji Wan Abdillah Bin Wan Ahmad (Pas) dan Andrew Anak Jain (Amanah).
Demak Laut pula ditandingi satu lawan satu antara Dr Haji Hazland Bin Abang Haji Hipni (PBB) dan pengerusi Amanah Sarawak, Mohammad Fidzuan Zaidi.
Di Kabong pula, calon BN Mohamad Chee Kadir (PBB) akan berdepan dengan Novert Sullang (DNP) dan Jini Bin Sahini (Amanah).
Di Balingian pula pertembungan satu lawan satu antara Abdul Yakub Arbi (PBB) dan Nurzaiti Binti Hamdan (Amanah).
Di Beting Maro, calon BN, Razaili Haji Gapor (PBB) akan berdepan dengan Hamidah Binti Mokhtar (Pas) dan Andri Zulkarnean Hamden (Amanah).
Selain itu, dua lagi calon Amanah dijangka memberikan tentangan sengit kepada lawan masing-masing iaitu N26 Gedong yang diwakili oleh Rapelson Richard Hamit dan N.16 Muara Tuang yang diwakili oleh Abang Abdul Halil Abang Naili.
Rapelson, seorang OKU kini mendapat simpati pengundi selepas beliau diserang kerana kekurangan beliau padahal calon Amanah ini mempunyai banyak kelebihan termasuk menjadi orang kepercayaan anak Sarawak untuk memperjuangkan isu tanah di negeri ini.
Beliau akan berhadapan dengan calon BN, bekas menteri muda kerajaan negeri, Datuk Haji Mohd Noroden Haji Majais (PBB) yang sebelum ini bertanding di Simunjan.
Sementara itu, Abang Abdul Halil, seorang jurutera yang mewakili Amanah di Muara Tuang pula dikatakan bergerak sejak sekian lama di sini untuk bertanding kali ini.
Sebagai Setiausaha Amanah Sarawak, Abang Naili, bekas aktivis Ikram banyak dibantu oleh jentara dari NGO Islam itu.

Pas jemput Perkasa ke muktamar tahunan ke-62

Posted: 30 Apr 2016 10:09 PM PDT


Keputusan ini diambil berikutan Perkasa Pertubuhan Pribumi Perkasa yang kian cenderung kepada PASKeputusan ini diambil berikutan Perkasa Pertubuhan Pribumi Perkasa yang kian cenderung kepada PAS
Dalam usaha meningkatkan kerjasama dengan Perkasa, PAS menjemput badan bukan kerajaan itu ke Muktamar Tahunan kali Ke-62 parti awal Jun depan.
Mengumumkan demikian di sini hari ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari berkata, "Keputusan ini diambil berikutan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa) yang kian cenderung kepada PAS sejak kebelakangan ini
Sementara itu Ketua Pemuda PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata PAS kini mengamalkan politik matang dan sejahtera selepas mengalami krisis dalam pakatan pembangkang (Pakatan Rakyat) tahun lepas.
"Kami kini membuka peluang kepada semua pihak untuk mengenali kita secara terbuka," katanya.
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebelum ini berkata muktamar ke-62 bermula 2 hingga 4 Jun depan itu akan memberi tumpuan kepada persiapan parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.
Muktamar itu bakal dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan dan pemerhati dan dijadual berlangsung di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa.
Mohd Amar berkata muktamar tahunan bagi tiga sayap parti itu - Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan diadakan pada 31 Mei dan 1 Jun.

Tujuh kerusi DAP di kawasan bandar dalam bahaya, jangan pecahkan undi pembangkang

Posted: 30 Apr 2016 10:04 PM PDT

aziz pic

SARIKEI, 1 MEI: Tujuh daripada 13 kerusi yang dipecahkan melalui persempadanan semula daripada 12 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dimenangi DAP dalam pilihanraya negeri yang lalu kini berada dalam 'senarai bahaya'.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata Barisan Nasional telah melaksanakan kempen mereka berasaskan kepada empat strategi:
* Kesan Adenan
* Kesan Najib
* Politik wang
* Politik intimidasi dan takutkan pengundi.
Katanya, kempen DAP pula dalam pilihanraya Sarawak berteraskan kepada dua strategi:
* Mempertahan dan memenangi kesemua 13 DUN yang dipecahkan daripada 12 kerusi DUN yang telah dimenangi DAP dalam pilihanraya negeri yang lalu, serta mencatat kemenangan di beberapa kawasan majoriti pengundi Dayak di 18 lagi kerusi DUN yang ditandingi DAP; dan
* Mempersiapkan DAP Sarawak untuk menyediakan rancangan bagi memenangi kerajaan negeri Sarawak dalam pilihanraya negeri ke-12 pada 2021 jika DAP berjaya memperlihatkan ia bukan sahaja mampu mempertahankan kerusinya di kawasan bandar di Kuching, Sibu, Sarikei, Bintangor, Bintulu dan Miri, tetapi juga mendapat sokongan di kawasan luar bandar seperti Tasik Biru, Mambong, Serian, Simanggang, Pakan, Mulu dan Murum.
Dalam satu kenyataan media di sini, beliau berkata, memang menggembirakan jika DAP berjaya menang beberapa kerusi luar bandar tetapi pada masa yang sama, amat mengecewakan jika DAP kalah di kawasan bandar, terutamanya jika hilang beberapa kerusi daripada 13 kerusi yang dipecahkan daripada 12 kerusi yang disandang oleh DAP.
Sehubungan itu, Kit Siang mahu mobilisasi kempen digerakkan segera kerana tujuh daripada 13 kerusi ini berada dalam 'senarai bahaya' di pertengahan kempen itu.
"Di Batu Kitang, misalnya, walaupun calon DAP, Abdul Aziz Isa, kini berada di depan, ada kemungkinan calon Barisan Nasional boleh menyelit untuk menang kerana undi pembangkang boleh berpecah.
"Cabarannya ialah sama ada jentera pilihanraya DAP dapat sampai kepada pengundi pembangkang untuk meyakinkan mereka bahawa undi mereka harus disatukan untuk disalurkan kepada calon DAP sahaja bagi mengelakkan perpecahan undi yang boleh memberi kemenangan kepada Barisan Nasional," katanya.
Pada masa yang sama, tambah beliau, perlu ada mobilisasi sokongan untuk memastikan DAP boleh mempertahankan kesemuanya 13 kerusi yang dipecahkan daripada 12 kerusi asalnya di samping memenangi beberapa kerusi majoriti pengundi Dayak pada hari mengundi 7 Mei ini. – Roketkini.com

BN tak pernah tepati janji hormati Tanah Adat, kini masanya untuk berani ubah

Posted: 30 Apr 2016 10:01 PM PDT

N78_paulraja_sarawak_

Antara masalah utama yang membelenggu rakyat tempatan adalah isu tanah adat yang seharusnya dihormati pemerintah tetapi dirampas oleh syarikat-syarikat besar yang digelar "Big Six" yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kroni Barisan Nasional.
Mengikut hasil tinjauan Paul yang juga graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di kebanyakan kawasan tanah adat di sekitar daerah ini, kebanyakan tanah-tanah berkenaan telah dirampas syarikat-syarikat yang mendapat 'restu' BN melalui pengeluaran provisional lease (PL) atau pajakan sementara.
Sehubungan itu, Paul berkata, janji yang ditabur Pemangku Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, untuk menyelesaikan permasalahan yang melibatkan tanah adat hanyalah janji kosong yang tidak pernah ditunaikan.
"Ini bukan sahaja penindasan, bagi saya ini adalah satu perkara yang akan mendatangkan kesan yang memudaratkan kehidupan penduduk tempatan kerana tanpa tanah mereka tiada tempat tinggal dan untuk mencari sumber kehidupan," katanya kepada Roketkini.com.
Pada tahun 1996, Paul membawa dan mewakili penduduk tempatan dalam satu kes di mana pihak pemerintah, BN Sarawak melalui pihak polis telah menangkap 42 Orang Kayan Uma Bawang yang mempertahankan tanah Adat mereka.
Selain aktif sebagai peguam, beliau turut menyumbangkan tenaga dalam lapangan aktivisme dengan mengasaskan Kongres Kebangsaan Dayak, sebuah NGO yang konsisten memperjuangkan isu seperti tanah Adat dan pekerjaan penduduk tempatan.
Mengenai saingan yang bakal dihadapinya dalam pilihanraya negeri Sarawak pada 7 Mei ini, Paul mengakui agak kecewa kerana terpaksa bertanding dengan rakan dari Pakatan Harapan, iaitu Paul Baya, yang mewakili PKR.
Katanya, tindakan di saat akhir pihak PKR meletakkan calon di kerusi yang sepatutnya ditandingi DAP seperti yang telah dipersetujui pucuk pimpinan kedua-dua pihak akan hanya memecahkan undi pembangkang.
Bagaimanapun, katanya, beliau akur dengan keputusan yang dibuat kepimpinan tertinggi parti dan berjanji untuk komited melaksanakan tugasnya sebagai calon.
"Musuh utama kita tetap Barisan Nasional, bukan PKR," tegas Paul Raja yang kini berusia setengah abad dan berketurunan Dayak-Kelabit.
Selain calon daripada PKR, kerusi yang ditandinginya itu bakal mendapat tentangan hebat daripada calon terus BN, Datuk Gerawat Gala dan calon bebas, Roland Dom Mattu.
DUN Mulu merupakan salah satu daripada 11 kerusi baru yang diperkenalkan untuk pilihanraya kali ini setelah persempadanan semula dibuat. Bilangan pengundi di kawasan berkenaan adalah 8,600 dengan pecahan peratusan mengikut kaum; Orang Ulu, 70.4 peratus, Iban (22.5%), Cina (3.7%), Melayu dan Melanau (1%) dan lain-lain (2.4%). – Roketkini.com





KALAU NAJIB PUN TAK TAHU, PENCACAI LAGILAH TAK TAHU APA-APA

Posted: 30 Apr 2016 09:54 PM PDT



SHAHBUDIN HUSIN

Berucap di Johor Bahru, Jumaat lalu, Muhyiddin Yassin membidas Najib Razak yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tidak tahu mengenai transaksi kewangan 1MDB yang tidak dapat disahkan berjumlah AS$7 bilion atau RM28,000 juta, meskipun sudah didedah dalam Laporan PAC, baru-baru ini.

"AS$7 bilion mengalir kepada pihak yang tak tahu siapa terima, siapa yang luluskan?

"Najib perlu bertanggungjawab, tapi dia tak pernah jelaskan soal itu," kata Muhyiddin di depan ribuan hadirin.

Sebetulnya memang Najib tak tahu apa-apa pun, yang beliau tahu hanyalah tandatangan saja. Sebab itu, bukan saja duit hilang dia tak tahu, duit SRC International masuk dalam akaun sendiri pun dia tak tahu.

Mujur dia masih tahu berbelanja dan agih-agihkan duit daripada akaun peribadinya. Itulah Najib....
Pencacai?

Kalau Najib tak tahu, pencacai lagilah tak tahu apa-apa. Tak hairan mengapa jawapan mereka bukan saja berbeza-beza, tapi semuanya tak betul belaka. Mereka jawab main bedal saja, mungkin ikut berapa banyak dedak yang diterima.

Sekarang ini bila semakin banyak isu 1MDB terdedah, semua diam belaka. Rahman Dahlan, Salleh Said Keruak, Shabery Cheek, Azalina Othman Said, Nazri Aziz, Annuar Musa, Ahmad Maslan dan yang lain-lain semuanya sudah hilang suara mengenai 1MDB.

Hakikatnya, Najib dan pencacainya sama saja - tak tahu apa-apa. Itulah wajah pemimpin dan kerajaan yang kita ada.

KEMPEN PRN: BN TAWAR HADIAH, PAS GUNA NAMA TOK GURU NIK AZIZ

Posted: 30 Apr 2016 09:48 PM PDT

MENANGKAN CALON PH UNTUK KUAT SEMAK DAN IMBANG – AMANAH

Posted: 30 Apr 2016 09:45 PM PDT

LEBIH 5 DEKAD PERINTAH, BN GAGAL ATASAI MASALAH KEMUDAHAN ASAS

Posted: 30 Apr 2016 09:42 PM PDT