Ahad, 17 April 2016

kalam Perantau

kalam Perantau


PRN11: BN yakin bentuk kerajaan negeri, menang 60-70 kerusi DUN Sarawak?

Posted: 17 Apr 2016 10:00 AM PDT

Oleh : Shuhaimi Al-Maniri

Dalam pilihan raya negeri ke-11 (PRN11) , jumlah kerusi sebanyak 82 DUN dipertandingkan berbanding 71 kerusi pada PRN10 yang diadakan pada April 2011. Dari segi pertambahan 11 kerusi, menjadikan 82 kerusi DUN kesemuanya telah mencatat angka terbesar berbanding persempadanan semula kawasan pilihan raya di Sarawak 1985, 1995 dan 2005.

Sebelas (11) kerusi baharu turut menjadi rebutan berikutan persempadanan semula kawasan pilihan raya tahun lepas adalah; Dun Gedong di Parlimen Batang Sadong, Dun Stakan di Parlimen Kota Samarahan, Dun Batu Kitang di Parlimen Stampin, Dun Serembu di Parlimen Puncak Borneo, Dun Tellian di Parlimen Mukah, Dun Samalaju di Parlimen Bintulu, Dun Murum di Parlimen Hulu Rajang, Dun Selirik di Parlimen Kapit, Dun Long Lama di Parlimen Baram, Dun Serian di Parlimen Tribon dan Dun Kabong di Parlimen Saratok.

Amat luar biasa dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya Sarawak 2015, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperlihatkan mereka mengambil satu tindakan untuk membezakan tugasan dan tanggungjawab seorang wakil rakyat negeri dengan wakil rakyat Parlimen.

Keanehan tanpa penglibatan persempadanan kerusi Parlimen ada rasionalnya kerana BN tidak mempunyai undi majoriti 2/3 untuk mengubah kerusi parlimen. Perbezaannya, persempadanan 2015 di Sarawak hanya melibatkan kawasan DUN tetapi tidak melibatkan perubahan dan penambahan kawasan pilihan raya Parlimen.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima notis pembubaran daripada Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar pada 1 April selepas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengumumkan pada 31 Mac lepas tarikh pembubaran pada 11hb April 2016 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) diadakan selepas dipersetujui Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

BN Sarawak masih berpecah!

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang juga Pengerusi BN Negeri Sarawak dilaporkan yakin Barisan Nasional (BN) Sarawak mampu mengekalkan kerajaan negeri yang ada sekarang akan terus berkuasa pada penggal akan datang dengan memenangi sekurang-kurangnya 60 hingga 70 kerusi dalam pilihan raya negeri ke-11 ini dengan barisan calon yang ada dalam ‘Pasukan Adenan’,.

Dengan tindakan politik yang ditunjukkan oleh Adenan sekarang begitu disenangi rakyat Sarawak ekoran bebberapa tindakan beliau yang mengutamakan kepentingan rakyat, pemerhai politik yakin BN tidak bermasalah untuk membentuk semula sebuah kerajaan yang baru selepas PRN ke-11 nanti. Cuma yang sedang diperhatikan sekarang adalah berapa kerusi yang bakal diperolehi oleh pembangkang dalam pilihanraya kali ini.

Malah satu kelainan adalah Adenan terpaksa meletakkan calun terus BN terutama bagi mengambil hati dan sokongan dari parti-parti serpihan komponen BN Negeri Sarawak seperti Parti Rakyat Bersatu (UPP) serpihan kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan juga Parti Tenaga Rakyat (Teras) adalah parti serpihan daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Parti Parti Rakyat Bersatu (UPP), yang diketuai Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Datuk Seri Wong Soon Koh, dan Parti Tenaga Rakyat (Teras), yang diketuai Menteri Pembangunan Sosial negeri Tan Sri William Mawan yang diiktiraf sebagai pro-BN walaupun tidak diterima secara rasmi sebagai komponen BN kerana UPP dan Teras belum lagi diterima sebagai anggota BN, manakala SPDP, SUPP dan PRS tidak mahu parti itu berada dalam gabungan itu.

Kedua-duanya berharap dapat mempertahankan kerusi DUN yang telah dimenangi atas tiket BN sebelum ini. Wong telah menyandang kerusi Bawang Assan selama lima penggal. Mawan pula berharap dapat mempertahankan kerusi Pakan, yang disandangnya selama lima penggal.

Selain Wong, UPP mempunyai tiga anggota dewan undangan negeri daripada masyarakat Dayak dan mereka masih berpengaruh di kawasan masing-masing. Di samping Mawan, empat anggota Teras menduduki kerusi dewan undangan negeri, tiga daripada mereka adalah menteri muda. Ramai yang ternanti-nanti keputusan Adenan mengenai kedudukan Adun UPP dan Teras ini. Semuanya berharap dicalonkan semula diatas tiket BN. Ini yang memeningkan pasukan Adenan.

Setakat ini hanya Parti Bersatu Bumiputera (PBB) yang diketuai Tan Sri Adenan Satem diperuntukan dengan 40 kerusi dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang dipimpin oleh Tan Sri Dr James Masing diberikan 11 kerusi yakin dapat memenangi semua kerusi yang ditandingi bagi membolehkan BN memperolehi majority mudah dalam Dun sebelum ditambah dengan kerusi-kerusi lain yang ditandingi oleh SUPP dan SPDP selain dari calon terus dari parti-parti UPP dan Teras yang pro-BN.

Setakat ini belum dapat dipastikan berapa kerusi akan diperolehi oleh parti-parti pembangkang, yang tidak dikatakan tidak selesai membahagikan kerusi dikalangan mereka. Dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 pada 2011 yang lalu, BN berjaya memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan dan16 kerusi selebihnya dimenangi oleh pembangkang dan bebas, iaitu DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1).

Satu perkara yang pasti bagi seorang Ketua Menteri yang pertama kali diuji dalam pilihanraya yang dipimpinnya sendiri, beliau bukan sekadar mahukan kemenangan, tetapi satu kemenangan besar bagi BN-Pasukan Adenan, dan oleh itu, beliau mungkin memanfaatkan semua peluang yang ada untuk mencapainya sehingga beliau tersasul 'mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh pembuangan yang dikehendakinya pada 30hb April 2016, satu perkara yang musthail dipatuhi oleh SPR bila diumumkan secara terbuka.


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


[LIVE][190416] BM14 - Ust Shamsuri Hj Ahmad

Posted: 16 Apr 2016 11:00 PM PDT

[LIVE][180416] NE1 - Ust Shamsuri Hj Ahmad

Posted: 16 Apr 2016 10:59 PM PDT

[LIVE][170416]Soal Jawab Muamalat (Siri 2) - Dr Zaharuddin Abd Rahman

Posted: 16 Apr 2016 10:57 PM PDT

Komentar Kini

Komentar Kini


Yahudi boleh, yang tak boleh zionis?

Posted: 17 Apr 2016 05:07 PM PDT



Datuk Dr Daniel Zainal Abidin dalam Halagah TV 9 Sabtu petang (2 April 2016) berkata, Rasulullah SAW tidak ada masalah dengan Yahudi di Madinah.

Lantas dikatanya, boleh berkawan dengan yahudi. Yang tidak boleh zionis.Macam mana boleh berkata demikian, sedangkan yahudi itu zionis dan zionis itu yahudi

Tidak dinafikan Rasulullah SAW pernah bermuamalah dengan yahudi dan menyuap makanan kepada seorang Yahudi Buta.

Fakta sejarah Rasulullah SAW menghalau Yahudi dari bumi Madinah. Kalau Rasulullah SAW tidak ada masalah dengan yahudi di Madinah mana mungkin dihalaunya yahudi keluar.

Bukan setakat itu sahaja, malah Rasulullah SAW pernah memerintah Saidina Omar RA menghalau Yahudi Dari bumi Madinah.

Fakta sejarah yang sedia maklum sehingga hari ini tiada seorang yahudi yang tinggal di Madinah. Arab Saudi  menerusi polisi dan dasarnya tidak membenar kafir memasuki bumi Madinah dan Mekkah.

Oleh itu, mengatakan Rasulullah SAW tidak ada masalah dengan yahudi di Madinah suatu pembohongan terhadap Allah dan Rasulnya.

Fakta sejarah, yahudi telah mengkhianati perjanjian yang dibuat bersama Rasulullah SAW ketika memerintah Madinah.

Apakah mengkhianati perjanjian yang dibuat bersama  itu tidak beri masalah kepada kerajaan yang di terajui Rasulullah SAW.

Sehingga tergamak berkata, Rasulullah SAW tidak ada masalah dengan yahudi di madinah sedangkan fakta sejarah banyak masalah yang dilakukan oleh yahudi disamping masalah yang di lakukan golongan Munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubay.

Yang peliknya macam mana Dr Daniel Zainal Abidin dalam Halaqah TV 9 Sabtu petang (2 April 2016) boleh berkata demikian sedang ia bercanggah dengan fakta sejarah yang kita sedia maklum itu.

Orang orang yahudi bani Nadhir menaruh harapan dengan janji orang orang munafik bahawa mereka tetap bersama yahudi yang telah diberi kata putus oleh Rasulullah SAW agar keluar dari bumi Madinah.

Mereka melengah lengahkan perlaksanaan pengusiran kerana percaya dengan janji janji orang munafik dan Rasulullah SAW mengarahkan supaya membuat persiapan untuk memerangi mereka.

Oleh kerana terlalu takut dengan serangan yang akan dilakukan oleh Rasulullah SAW. Mereka bertindak dan bersetuju keluar Dari bumi Madinah.

Dengan itu, orang orang yahudi meroboh rumah rumah mereka sendiri supaya tidak diduduki oleh orang orang islam. Sebahagian mereka pergi kekhaibar dan sebahagian lagi pergi ke Azra'aat, sam.

Oleh kerana sesetengah orang islam mengatakan jangan buruk sangka dengan ada orang yahudi, kerana ada yang memeluk Islam atas sebab Allah sahaja yang boleh memberi hidayah sesiapa dikehendakinya.

Kita tidak dimaklumkan berapa ramai jumlah  yahudi di kampong tersebut, Akan tetapi Fakta sejarahnya hanya dua orang sahaja yang masuk islam, iaitu Yasmin bin Umair dan Abu Saad bin Wahb.

Macam mana Dr Daniel boleh kata yahudi boleh buat kawan yang tak boleh zionism.sedangkan Zionist  dicipta pada tahun 1890 oleh Nathan Birnbaum(yahudi).

Definisi amnya bermaksud pergerakan kebangsaan untuk mengembalikan orang-orang Yahudi ke tanah air mereka untuk medaulatkan semula Yahudi di Land of Israel.

Penulis tidak faham mengapa boleh berkata demikian sedangkan berkata begitu seolah olah menunjukkan kita gemar dan cenderung menolong orang kafir (yahudi) yang jahat dan mengkhianati Rasulullah SAW.

Sedarkah kita bahawa gemar dan cenderung tolong orang kafir adalah sifat orang munafik yang telah dinyatakan oleh Allah dalam Al Quran agar kita tidak mengeluar sebarang kenyataan yang bercanggah dengan ajaran islam yang dibawa oleh Nabi SAW.


Sejak penubuhan negara Israel pada tahun 1948, Zionisme telah datang untuk memasukkan pergerakan  pembangunan negara Israel dan perlindungan  Yahudi di Israel melalui sokongan bagi Angkatan Pertahanan Israel.

Dari penubuhannya, Zionisme menyokong ketara dengan matlamat rohani. Yahudi daripada pelbagai kepercayaan - kiri, kanan, agama dan sekular - membentuk gerakan Zionis dan bekerja bersama-sama ke arah matlamat menghalalkan cara.

Perbezaan pendapat dalam falsafah telah membawa kepada perpecahan dalam gerakan Zionis-tahun demi tahun beberapa kaedah yang berasingan telah muncul dan menekankan: Zionisme politik; Zionisme Agama; Zionisme Sosialis dan Zionisme Wataniah.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


KITA SEMAKIN PANAS

Posted: 17 Apr 2016 06:43 PM PDT







DUNIA

SEMAKIN PANAS

SILA TANYA

SALAH SAPA?

Empangan Beris kritikal, kata MB Kedah

ALOR SETAR - Empangan Beris di Kedah disahkan berada pada paras kritikal dan hanya mampu bertahan selama 30 hari, manakala empangan Muda pula berada pada paras berjaga-jaga dan hanya mampu bertahan selama 50 hari lagi.

Menteri Besar Kedah  Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, empangan Beris berada pada paras 38.99 peratus manakala 93.73 meter atau 43 peratus bagi empangan Muda.

Bagaimanapun, dua lagi empangan utama iaitu Pedu dan Ahning masih berada pada paras selamat iaitu 68.9 peratus (91.53 meter) dan 75.4 peratus (106.89 meter).

WOIT

INI TANDA JELAS

MUSTAHIL TIDAK

FAHAM FAHAM


------------

CALON TETAP PRESIDEN

Posted: 17 Apr 2016 06:00 PM PDT






SUARA HATI

KU LI

CALON TETAP

PIEM MALAYSIA



Ku Li ulangi pendirian tidak sokong mana-mana pihak

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak menyokong mana-mana pihak sama ada Najib mahupun Mahathir Mohamad.
Katanya sebagai ahli Umno, pendiriannya lebih berpihak kepada parti selagi perkara yang diputuskan parti berkenaan tidak bertentangan dengan undang-undang yang ditetapkan.
JUGA CALON

TETAP PRESIDEN

PARTI UNITED

MALAYS

NATIONAL

ORGANISATION


--------------

SILA AMBIL PERHATIAN

Posted: 17 Apr 2016 06:00 AM PDT






SILA AMBIL 

PERHATIAN

saiful al-juburhari
tidak ada 
pertalian darah dengan
adel al-juburie
dua dua
pakar putar alam


SAIFUL AL-JUBURHARI


ADEL  AL- JUBUREI



-------------

BERITA PUTAR ALAM

Posted: 17 Apr 2016 05:30 AM PDT




BERITA MAKIN

SERONOK

SEKARANG

BUKAN DERMA

KINI JADI

PELABURAN

PULAAAAAAK







Funds deposited into Malaysia PM's accounts not donation, but investment: Saudi minister

Saudi Arabia's Foreign Minister Adel al-Jubeir that the funds were not a political donation from the Saudi government, but rather that they had been part of a business deal.

KUALA LUMPUR: Saudi Arabia's Foreign Minister Adel al-Jubeir says he accepts the Malaysian attorney-general's opinion that there had been no wrongdoing with respect to the funds that went into Malaysian Prime Minister Najib Razak's personal account.
But he also said he believes that the funds were not a political donation from the Saudi government, but rather that they had been part of a business deal.
"It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia," the Foreign Minister said in an interview on Thursday.
KAH KAH KAH

kejap derma

kejap pelaburan

kah kah kah

mana satu hoi

kah kah kah

PUTAR ALAM




---------------

BERITA KURANG SOPAN

Posted: 17 Apr 2016 05:00 AM PDT







BERITA 

KURANG SOPAN

DARI  AMERIKA








Asia Pacific




Malaysia's Leader, Najib Razak, Faces U.S. Corruption Inquiry





The embattled prime minister of Malaysia, facing mounting political turmoil and a parade of inquiries at home and abroad into a sovereign wealth fund that he oversees, is now coming under the scrutiny of American investigators as well.

A federal grand jury is examining allegations of corruption involving the prime minister, Najib Razak, and people close to him, according to two people with knowledge of the investigation




-------------

TOK ARAB MENTAL

Posted: 17 Apr 2016 02:30 AM PDT






TOK ARAB

 MENTAL

kalau percaya cakap menteri luar arab ni...ibarat percaya ziana zain nyanyi depan rosmah on TOK ARAB PUTAR ALAM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 3:11 PM









----------

MANUSIA BERBUDI BAHASA

Posted: 17 Apr 2016 02:00 AM PDT




MASIH ADA

YANG BERBUDI

BERBAHASA

MEMBERI

MERASA


MASA DEPAN CERAH

Posted: 17 Apr 2016 01:00 AM PDT







HEBAT
BETUL KE

BERITA INI

WOW! KALAU

BETUL MEMANG

EEEBAAAT


SPRM kepung balai polis

Butterworth: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang terpaksa mengepung Balai Polis Ayer Itam dekat sini, sebelum menahan lima anggota balai berkenaan, awal pagi Sabtu.

Dalam serbuan jam 3 pagi itu, kesemua mereka yang ditahan dipercayai terbabit dalam satu kes rasuah.

Kesemua mereka ditahan ketika berada di dalam bilik balai berkenaan.

Pengarah SPRM Pulau Pinang,  M Samarajoo dipetik berkata, semua lima anggota berkenaan kini masih ditahan untuk siasatan lanjut berhubung laporan yang diterima pihaknya.

"Mereka kini ditempatkan di lokap SPRM untuk siasatan lanjut dan akan dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan diambil," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang,  Abdul Ghafar Rajab, mengesahkan serbuan dan penahanan anggotanya itu.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/131232#sthash.ZO9oHfM0.dpuf


KAH KAH KAH

woit

kalau benar ini

nampaknya

masa depan kita

makin cerah

kah kah kah

tahniah salut

tapi apa jadi 

kes 1MDB?

kah kah kah

SATU EM DI BI


-----------

FBI SAMPAI -SEMUA LARI

Posted: 17 Apr 2016 12:39 AM PDT





FBI SUDAH 

MARI

ARUL KANDAR

MAHU LARi



Jabatan Keadilan Amerika ke Malaysia siasat 1MDB

Siasatan global ke atas skandal 1MDB semakin meluas apabila pegawai-pegawai Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dilaporkan telah memohon butiran urusan firma pelaburan negara itu daripada Deutsche Bank dan JPMorgan.

Memetik sumber perbankan, Reutersmelaporkan pegawai Amerika telah melawat ke Kuala Lumpur dan bercakap dengan mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan firma itu.
Reuters juga dilaporkan bercakap kepada sekurang-kurangnya tiga sumber di ibu negara Malaysia itu.
Mereka berkata JPMorgan dan Deutsche bukan sasaran siasatan pada peringkat ini, tetapi hanya diminta untuk memberikan butiran
US Justice Dept travels to M'sia for 1MDB probe
Official from the United States Justice Department travelled to Malaysia to meet several individuals in its investigation into 1MDB, Reuters reported citing unnamed sources.
This comes after Sarawak Report said the US Justice Department is seeking extradition of an individual detained in Abu Dhabi in relation to the 1MDB investigation.
Malaysiakini has contacted the US Justice Department for confirmation
The 1MDB scandal is investigated by authorities in Switzerland, United Kingdom, United States, Luxembourg, Singapore and Hong Kong.

Read more: https://www.malaysiakini.com/news/336095#ixzz44bpEF6UK




KAH KAH KAH

gwa sudah cakap

FBI sudah mari

arul  berhenti

arul mahu lari

cabut cabut 

lari lari lingkup

kah kah kah

TANGKAP SEMUA


-------------

AKAN POTONG STIM

Posted: 16 Apr 2016 11:18 PM PDT






DEBAT

DUA JAY

Debat: KJ tak kisah, 'live' atau tidak
KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memberitahu kesediaannya untuk berdebat dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung kemerosotan prestasi Harimau Malaysia itu dengan satu syarat.

Katanya, perbahasan tersebut perlu ke arah positif bukannya sebagai medan menuding jari dan mencari kesalahan mana-mana pihak.

"Saya bersedia (debat) terbuka ke tertutup, (secara langsung di) TV ke tidak (langsung) ke, saya sentiasa bersedia dengan siapa pun. Sama ada FAM, TMJ, Tengku Mahkota Pahang, tengku mana-mana...sesiapa sahaja.


KAH KAH KAH

woit

nanti ada 

arahan tweet

debat  mudarat

debat  bahaya

debat subkudis

kah kah kah

potong stim

kah kah kah

tak dapat 30RM

kah kah kah

POTONG STIM

--------------

GEMPA BUMI BESAR AKAN SAMPAI

Posted: 16 Apr 2016 10:30 PM PDT




AWAS 

BERJAGA JAGA

AMARAN TELAH

DIBERI
M 4.6 Earthquake
4km NNE of Uto, Japan
An earthquake with magnitude 4.6 occurred near Kumamoto, Kyushu, Japan at 19:46:50.90 UTC on Apr 16, 2016 ..


5 Major Earthquakes In 48 Hours As A Seismologist Warns 'Catastrophic Mega Earthquakes' Are Coming


Why is the crust of the Earth shaking so violently all of a sudden?  Over the past 48 hours, there have been five major earthquakes globally, and one prominent seismologist has declared that "catastrophic mega earthquakes" could be on the way.  In fact, seismologist Roger Bilham of the University of Colorado has made headlines all over the world by warning that "current conditions might trigger at least four earthquakes greater than 8.0 in magnitude".  If his projections are accurate, our planet could be on the precipice of a wave of natural disasters unlike anything that any of us have ever experienced before.



-------------

LAUT CHINA SELATAN MAKIN TEGANG

Posted: 16 Apr 2016 09:30 PM PDT




REGIME CHANGE
regime change regime change..selat melaka wajib dikuasai..seperti mana panama paper, begitu juga la terusan suez panama..sume wajib dikuasai..politik tanah melayu kacau.kapitalis tak bole jual barang..tak bole kuasai selat melaka sb china pun dan masuk jarum..kalo ini gagal, laluan sutera pertama terpaksa digerakan..jauh dan mahal..

sejarah makin terukir dengan jelas, najib isteri rosmah menjadi sejarah wujudnya malaysia di planet bumi ini..seisi dunia semakin mengenali malaysia termasuk tukang2 karut tanah melayu kumpulan baju merah..utk itu maka zakar naik wajib dilagukan.zakar naik yg dulu diberi gelaran tokoh maal hijrah dimalaysia, kini dicerca dan dihina.warga melayu begitu sensitif dgn agama..

walhal sblm islam magic dtg tanah melayu, org2 melayu di nusantara adalah beragama hindu..bila lebai syeihkh dtg, tetiba melayu mengkastakan diri ditempat tinggi..walhal agama asal melayu adalah hindu..dlm sunni ada amalan syiah, dlm syiah ada amalan sunni, tapi kedua2 amalan sunni dan on APA MAKNA BERITA INI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/11/16



-------------

HANG KAT MANA SEKARANG?

Posted: 16 Apr 2016 08:39 PM PDT






TIM FBI

SEDANG CARi

SATU ARAB

DUA MALAYSIA

Add caption





















HANG 

KAT MANA

SEKARANG

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

MANA TAHU

KALAU PERGI

NEGARA CINA

KAH KAH KAH


---------------

MUHYIDDIN MAKIN TEKAN

Posted: 16 Apr 2016 07:43 PM PDT





BERITA BAIK

UNTUK SATU

MALAYSIA

 | April 16, 2016
muhyiddin_najib_600
Jika Najib tidak berhenti, negara akan terus berdepan dengan masalahMore ››

MUAR: Bekas Timbalan Perdana Menteri,  Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak akan berputus asa mendesak Najib supaya berundur dari jawatan Perdana Menteri.
Katanya, tindakan itu perlu dilakukan bagi menyelamatkan negara daripada terus menanggung beban dan kerugian terutamanya berhubung skandal dalam 1MDB.
"Ada tanya boleh berjaya ke usaha saya ini? Saya jawab berjaya atau tidak bukan isunya. Tetapi jika anda (rakyat) tidak melakukannya sekarang dan biar dia (Najib) terlepas, dia akan terus berkuasa dan kekal selamanya.
"Kalau Najib tidak berhenti, negara kita akan terus berdepan masalah," katanya.

KAH KAH KAH

woit

perang hebat

makin luas

makin bising

meledak dum 

dum tam tam

kah kah kah

TERUSKAN LAGI

------------