Nuffnang

Pengikut

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Amanah dan Pas bertembung, penganalisis jangka hanya 10 kerusi pembangkang ada potensi di PRN Sarawak

Posted: 12 Apr 2016 05:46 PM PDT

Malaysia Dateline

Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis jangka hanya 10 kerusi BN bermasalahDr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis jangka hanya 10 kerusi BN bermasalah
Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 bakal menyaksikan Amanah dan Pas akan bertembung sekurang-kurangnya di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).
Sumber yang dipercayai memberitahu Malaysia Dateline hari ini, ketiga-tiga kerusi terbabit adalah N16 Muara Tuang, N27 Sebuyau dan N29 Beting Maro.
Perkembangan ini bakal menyaksikan perlawanan lebih daripada tiga penjuru selain calon tradisi dari komponen BN serta kemunculan calon bebas yang lazim mewarnai senario PRN Sarawak.
Penganalisis trend politik Sarawak, Prof Madya Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis menyifatkan pembangkang tidak mempunyai banyak peluang ekoran jumlah pengundi yang berpecah mengikut sempadan baharu.
Menurut pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, pembangkang yang sebelum ini menawan 15 daripada 71 kerusi dipertandingkan pada PRN 2011 barangkali cuma kekal berkuasa di 10 Dun yang dilabelkan 'kawasan hitam' oleh BN.
Oleh sebab itu, Dr Mohd Faisal dalam pembentangan kertas kerja, "Kesan Kepimpinan Adenan Satem dalam PRN Sarawak 2016" dilaporkan yakin pemilihan calon yang menepati selera pengundi tempatan akan menjamin kemenangan besar BN.
Namun, pada masa sama Pakatan Harapan (Amanah, PKR dan DAP) mahupun Pas masih ada peluang untuk menawan sejumlah kerusi Dun yang disebut Dr Mohd Faisal sebagai 'kawasan kelabu'.
Sebanyak 10 kerusi yang disifatkan 50/50 untuk dimenangi BN atau pembangkang pada PRN kali ini iaitu Padungan, Pending, Batu Lintang, Repok, Meradong, Bukit Assek, Pelawan, Kidurong, Pujut dan Krian.
Terdahulu, Amanah mengumumkan akan meletakkan calon di 13 kerusi manakala Pas pada pengumuman 6 April lalu mengesahkan akan bertanding di 11 kerusi.
Bagi kerusi Beting Maro, Pas mempertaruhkan satu-satunya calon wanita yang merupakan Setiausaha Dewan Muslimat Negeri Sarawak, Hamidah Mokhtar, 26.
Kerusi tersebut nampaknya menjadi harapan Pas untuk menimang 'anak sulung' selepas BN hanya menang tipis dengan majoriti 391 undi pada PRN 2011.
Sementara itu, Bendahari Pas Sarawak, Zulkifli Ramzi, 38, disebut sebagai calon di Dun Muara Tuang manakala Ustaz Haji Wan Abdillah Wan Ahmad, 44, diumumkan bertanding di Sebuyau.
Perlawanan lebih tiga penjuru ini menyaksikan Amanah dan Pas berebut undi di negeri yang dianggap sebagai deposit tetap rejim BN itu seperti terbukti pada penguasaan menyapu 55 daripada 71 kerusi dipertandingkan pada PRN 2011 lalu.
Bahkan, penghinaan daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke atas Amanah kononnya khadam DAP ibarat isyarat kepada gendang perang.
Kenyataan Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia yang umum pada Majlis Pengumuman Calon Pas itu bukanlah satu reaksi yang mengejutkan walaupun parti itu tampil dengan slogan 'Sejahtera Untukmu Sarawak' pada PRN kali ini.
Panggilan itu hanya sambungan episod bahasa kesat yang menjadi faktor kepada perpecahan Pas seterusnya kelahiran Amanah pada tahun lalu sebagai parti Islam yang progresif dan ramah bukannya marah-marah.
Ketika Pas terus menampakkan taring menyerang Amanah, kepimpinan parti yang sinonim dengan warna oren itu setakat ini tampil 'cool' berdepan sebarang bentuk provokasi.
Bagi Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, politik kebencian dan lebih bersifat kebudak-budakan bukan satu sikap yang relevan dengan tuntutan rakyat untuk politik yang sihat.
"Biarlah Pas dengan perangainya yang mutakhir ini semakin suka untuk melabel dan meletakkan pelbagai gelaran yang tidak baik kepada orang lain," ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline, 8 April lalu.
Menurut bekas pemimpin Pas itu, Amanah yang bergerak atas landasan tuntutan Maqasid Syariah bukanlah parti yang 'hidup' dengan sifat negatif justeru tidak melayan apa jua bentuk reaksi emosional.
"Amanah mengambil sikap untuk tidak mempedulikan sebarang komen yang dikeluarkan oleh Pas. Kita mahu melalui proses politik yang lebih matang dan berjiwa besar.
"Amanah bukan parti yang ditubuhkan atas sikap berdendam, rasa sakit hati dan memaki hamun," tegasnya lagi.
Sementara itu, penggunaan gelaran "khadam DAP" turut dipersoal aktivis budaya kerana jelas melampaui batas apatah lagi datang dari parti yang menggunakan jenama Islam.
Menurut Timbalan Presiden Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Kassim Muhamad, Hadi berkemungkinan besar gagal memahami realiti terdesaknya rakyat yang mengharapkan perubahan sehingga hanyut dalam sentimen sempit politik kepartian.
"Penggunaan kata oleh Hadi terlalu keras. Beliau sebagai agamawan selain politikus wajar melunakkan bahasanya kerana hakikatnya, rakyat perlukan perubahan.
"Rakyat sudah cukup lama menderita. Pas di bawah Hadi dapat menghayati hakikat ini?" bidas pesara kerajaan itu lagi ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Tohmahan 'khadam DAP' oleh Hadi yang dapat ditafsir sebagai terlalu yakin dengan keupayaan partinya dilihat tidak berpijak di bumi nyata memandangkan PRN kali ini berlangsung selepas penyusunan semula sempadan pilihan raya sekaligus pertambahan jumlah kerusi.

1MDB TETAP PERLUKAN SURUHANJAYA DIRAJA, NAJIB DAN JHO LOW MESTI DIJADIKAN SAKSI WAJIB

Posted: 12 Apr 2016 05:25 PM PDT



Walaupun seperti ada percubaan untuk mengalih perhatian dengan membesar-besarkan isu Lim Guan Eng dan tanah Taman Manggis serta larangan ceramah Dr Zakir Naik, batu besar yang menjadi masalah kepada semua rakyat Malaysia  sekarang tidak lain ialah 1MDB.

Kita tidak harus terperangkap dengan isu-isu lain yang mungkin sengaja diada-adakan untuk mengalih perhatian dan mengurangkan tumpuan terhadap 1MDB.
Dulu Najib Razak dan 1MDB sendiri menjanjikan laporan audit menyeluruh mengenai syarikat itu akan menjawab segala-galanya. Malangnya apabila laporan audit  disiapkan, ia kemudian diletakkan di bawah  OSA atau Akta Rahsia Rasmi yang menyebabkan ia menjadi rahsia kepada semua rakyat daripada membaca dan mengetahuinya.

Lalu, pertanyaan ramai termasuk makcik Felda ialah mengapa dijadikan rahsia rasmi negara jika tidak ada perkara yang mahu dilindungkan?
Sudah lupakah janji sebelum ini yang meminta semua orang menunggu laporan audit sambil mengatakan laporan audit  1MDB akan menjawab segala-galanya?

Disebabkan laporan audit telah diOSAkan, lantas menyebabkan Laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen tidak mampu menjawab banyak perkara tentang 1MDB ini.

Selain itu, terdapat pula beberapa saksi penting yang menurut Tony Pua ditolak untuk dipanggil memberi keterangan oleh Hasan Ariffin, Pengerusi baru jawatankuasa tersebut yang dilantik menggantikan Nur Jazlan yang dinaikkan pangkat sebagai timbalan menteri di tengah-tengah kemelut 1MDB pada 28 Julai 2015 yang lalu.

Antara saksi yang tidak dipanggil itu ialah wakil Bank Negara, Jho Low, salah seorang bekas CEO 1MDB, Hazeem Abdul Rahman dan sudah tentu Najib sendiri yang tandatangannya semua orang tahu adalah "nyawa"  kepada perjalanan syarikat pelaburan itu.

Malah, seperti yang disebut juga oleh Tony Pua sebelum ini, untuk mendesak agar bekas Pengerusi 1MDB, Mohd Bakke Salleh memberi keterangannya pun hanya menjadi kenyataan setelah beberapa kali desakan dilakukan.

Maka itulah sebabnya laporan PAC banyak cacat celanya dan kecuali pemakan dedak yang berpuas hati dengannya.

Itulah juga yang antara punca menyebabkan kedudukan Aabar Investment PJS Ltd, syarikat yang ditubuhkan di British Virgin Island misalnya, terus menjadi misteri berpanjangan meskipun telah menerima sebanyak AS$3.51 bilion atau lebih kurang RM14,000 juta secara keseluruhan sebagai sekuriti deposit daripada 1MDB.

Dalam kenyataan terbaru kepada London Stock Exchange, IPIC atau International Petroleum Investment Company menafikan Aabar Investment PJS Ltd itu adalah anak syarikat kumpulan mereka atau ada menerima sebarang pembayaran  daripadanya serta menanggung liabitinya.

Makna mudahnya, syarikat itu tidak ada kena mengena dengan IPIC yang ada perjanjian perniagaan dengan 1MDB.

Jadi, kepada siapa sebetulnya duit 1MDB sebanyak itu telah disalurkan dan ke mana akhirnya wang RM14,000 juta tersebut pergi?
Dalam hal ini, oleh kerana beberapa saksi penting tidak dipanggil, laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen bukan saja tidak menjawab banyak persoalan, malah disebabkan seluruh dunia turut bercakap mengenainya dan media antarabangsa juga tidak henti-henti mendedahkannya, ia secara tidak langsung mendedahkan lebih banyak misteri 1MDB.

Perjalanan masa juga bakal menyaksikan banyak lagi perkara berkaitan Aabar Investment PJS Ltd, Jho Low, Khadeem Al Qubaishi dan Mohamed Badawy Al Husseiney akan terdedah kepada kita semua.

Laporan PAC sebenarnya telah gagal sama sekali. Tiada kebenaran yang diserlahkan, selain mahu  menjadikan bekas CEOnya, Shahrol Azral sebagai kambing hitam untuk menutup segala kecurangan 1MDB.

Paling wajar untuk dilakukan sekarang ialah dengan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang diletakkan di bawah tanggungjawab Majlis Raja-Raja dan Parlimen untuk menyiasat 1MDB secara menyeluruh dan saksi-saksi penting seperti Najib dan Jho Low mesti serta wajib dipanggil untuk memberi keterangannya.

Tanpa memanggil mereka itu umpama memesan kari kepala ikan tetapi tiada kepala ikan yang dihidangkan dalam pinggan.

Begitu juga dengan wakil daripada Bank Negara dan segala dokumen transaksi kewangan 1MDB di luar negara mesti diusahakan sedaya upaya untuk diperolehi.

Sessi pendengaran Suruhanjaya Diraja itu pula mestilah dibuat secara terbuka sebagaimana siasatan terhadap mata lebam Anwar Ibrahim dahulu.

Ketika itu, barulah boleh dipercayai segala-galanya akan terdedah.

Tetapi, sebagaimana pernah disebut oleh Zaid Ibrahim, yang paling berkesan sekali untuk mendedahkan kebenaran mengenai 1MDB ini tidak lain ialah melalui pertukaran kerajaan dalam pilihanraya.

Oleh kerana skandal kewangan melibatkan 1MDB ini merupakan yang terbesar dalam sejarah dunia moden, maka tidak dapat dielakkan "cagaran" untuk membersihkannya perlulah sebesar kerajaan BN juga. (SH 12/04/2016).

1MDB BAYAR BERBILION RINGGIT KEPADA SYARIKAT PALSU?

Posted: 12 Apr 2016 05:21 PM PDT

‘DI U.K, PM GUNA KLIP KERTAS DIAUDIT, DIHEBAHKAN KEPADA UMUM’

Posted: 12 Apr 2016 05:20 PM PDT

PRN SARAWAK: PAKATAN HARAPAN SATU LAWAN SATU HADAPI BN

Posted: 12 Apr 2016 05:18 PM PDT


Tukar Tiub

0
sumber :-

Tukar Tiub


MAHU PERUBAHAN

Posted: 12 Apr 2016 06:00 PM PDT

 
 
 
 
MAJORITI
 
MAHU
 
PERUBAHAN
 
 
Undi sokong siapa: 585 pilih 'Mahu Perubahan'
 
SHAH ALAM – Berdasarkan undian yang dijalankan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim di Facebooknya, seramai 585 pengikutnya memilih 'Mahu Perubahan'.
 
Sementara itu, 172 lagi pengikut beliau memilih 'Sokong BN' dan 107 memilih 'Sokong Pembangkang' manakala 36 memilih 'Lain-lain Pandangan'.
 
"Mohon maklum bahawa jumlah undian setakat 10.54 malam, 11 April 16. Jumlah keseluruhan ialah 900, jumlah komen 887. Terima kasih," tulisnya.
 
Sebelum ini, beliau memuat naik status di akaun rasminya itu yang meminta pengikutnya membuat undian pada status berkenaan.
 
"Banyak kawan-kawan bilik sebelah mengemukakan undi fasal Najib. Saya akan komen selepas ini. Saya ingin bertanya kawan-kawan dan pengikut saya.
 
"Sokong BN tulis 1, Sokong Pembangkang tulis 2, Mahu Perubahan tulis 3 dan Lain-lain pandangan tulis 4. Berilah pandangan ikhlas. Semoga ALLAH SWT memberkati," katanya.
 
Pada status sama beliau memberitahu bahawa daripada 222 jumlah kerusi Parlimen, BN 134, DAP 37, PKR 29, PAS 13, Amanah 8.
Setakat ini undian itu masih berlangsung tanpa disebut tarikh akhir undian berkenaan.


KAH KAH KAH
 
woit yb
 
bila lagi
 
dah ramai
 
minta berubah
 
tak kan tak
 
faham faham
 
kah kah kah
 
HAMPEH LOOH

-----------

TABUNG HAJI

Posted: 12 Apr 2016 05:00 AM PDT








BERTUANKAN LANON
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Duit tabung haji 30k masuk dalam tombolok ptptn .. Cian Cik Kak kita ni, duitnya licin kene balun. Cik Kak dah abih belajar ye, tapi lom keje lagi ye, tapi dah ada hutang 30k .. tu lah jadi nya kita duduk didalam negara yang bertuankan lanon. Abang dulu belajar di ITM, semuanya free .. ostel, soru, entot pon free, malahan peralatan belajar semuanya free, walhal negara kita masa tu belum baligh lagi, ekonomi pon suam kuku je, tapi pendidikan bumiputera adalah paling diutamakan.
 
Kerajaan ekhlas bagi pendidikan, tak de serampang dua mata .. bagi pendidikan pada Si Miskin, akhirnya Si Kaya yang terpancut happy ending kenyang membuyut .. lepas tu berlindung di sebalik igama dan perkauman .. cilaka punya pemimpin melayu. Tadi Cik Kak ada sebut ptptn sapu duit Cik Kak ada heeekmahnya .. memang beetul ada heeekmahnya, iaitu Cik Kak jom sesama kengkawan dan kita, londehkan Najib dan Kak Mah, selewatnya pada PRU 14 nanti, itu saja cara nak ajar mereka. on TABUNG HAJI APA BERLAKU
panglimo potaseh
on 4/12/16


------------

CERITA MALAM JUMAAT

Posted: 12 Apr 2016 02:00 AM PDT





KHAMIS MALAM

CERITA

MALAM JUMAAT

KAH KAH KAH



---

AL-FATIHAH

Posted: 12 Apr 2016 01:45 AM PDT




AL-FATIHAH

PAK SAID ZAHARI WAFAT
TAHANAN POLITIK 17 TAHUN
DI PENJARA HARRY LEE


Ikon kewartawanan Said Zahari meninggal dunia

Perkara itu diberitahu oleh anaknya Norman Said melalui tulisan di Facebook.









------------

FBI TELAH SAMPAI

Posted: 12 Apr 2016 01:00 AM PDT







BERAPA RAMAI

TIM FBI

TELAH DATANG

KE MALAYSiA

SAJE TANYA

JANGAN MARAH






First 1MDB Arrest - Former Senior Fund Manager Faces US Extradition Request In Abu Dhabi EXCLUSIVE!


The first 1MDB related arrest has taken place at the request of the United States, in a move that will send shock waves and shivers through the Malaysian political establishment and also in related businesses in Hollywood and Las Vegas.


Sources close to Department of Justice officials in the United States have confirmed to Sarawak Report that the former CEO of Aabar, Mohamed Al Husseiny (top right), has been detained by the authorities in Abu Dhabi, who are now processing an extradition request by the US Department of Justice, relating to charges concerning 1MDB.

Al Husseiny, who originated from Kenya, holds US citizenship, despite having moved to Abu Dhabi.

This is the first outward move in an investigation that has been ongoing in the United States and other jurisdictions for several months, into the disappearance of billions of dollars from the Malaysian development fund.


BACA DISINI:
http://swk.global.ssl.fastly.net/2016/03/first-1mdb-arrest-former-senior-fund-manager-faces-us-extradition-request-in-abu-dhabi-exclusive/
--------------

EKONOMI AKAN MELEDAK

Posted: 11 Apr 2016 11:30 PM PDT



HATI HATI

DENGAN KERJA

HATI HATI

DENGAN DUIT

EKONOMI AKAN

Economic Collapse Is Erupting All Over The Planet As Global Leaders Begin To Panic



Mainstream news outlets are already starting to use the phrase "economic collapse" to describe what is going on in some areas of our world right now.  For many Americans this may seem a bit strange, but the truth is that the worldwide economic slowdown that began during the second half of last year is starting to get a lot worse.  In this article, we are going to examine evidence of this from South America, Europe, Asia and North America.  Once we are done, it should be obvious that there is absolutely no reason to be optimistic about the direction of the global economy right now.  Thewarnings of so many prominent experts are now becoming a reality, and what we have witnessed so far are just the early chapters of a crushing economic crisis that will affect every man, woman and child in the entire world.
Let's start with Brazil.  It has the 7th largest economy on the entire planet, and it is already enduring its worst recession in 25 years.  In fact, at the end of last year Goldman Sachs said that what was going on down there was actually a "depression".
But now the crisis in Brazil has escalated significantly.
I want to share with you an excerpt from a recent article entitled "Brazil: Economic collapse worse than feared".  I know, that title sounds like it comes directly fromThe Economic Collapse Blog, but I didn't write it.
It actually comes from CNN
Amid political chaos, Brazil's economic collapse is worse than its government once believed.
In the midst of rising calls to impeach President Dilma Rousseff, Brazil's central bank announced Thursday that it now expects the country's economy to shrink 3.5% this year.
That's worse than the central bank's previous estimate for a 1.9% contraction. The darker forecast matches what the International Monetary Fund projected for Brazil — Latin America's largest country — and what many independent economists have suspected.

-------------

TABUNG HAJI APA BERLAKU

Posted: 11 Apr 2016 10:19 PM PDT





FACE BOOK
Ya Allah !!! Adakah ini benar2 terjadi dalam Tabung Haji ??

Ada sesiapa boleh bagi pencerahannya & kebenarannya..

















------------

BILA AKU LIHAT GAMBAR ITU

Posted: 11 Apr 2016 09:30 PM PDT




 DARI ARKIB




BILA AKU LIHAT GAMBAR ITU



bila aku terlihat gambar itu
lalu aku teringat kota beirut
lalu aku teringat sabra dan shatila
lalu aku teringat tal al zaatar
lalu aku teringat kamar aku
yang aku tiduri di kota beirut


ah! apakah ianya masih selamat
atau ianya telah lama runtuh
diledak oleh mig
atau kini telah menjadi 
laluan kereta

yang segar hanya ingatan

yang selamat hanyalah lamunan
yang terpahat berkurun kurun
saperti air terjun jeram toi

lalu aku teringat

jejak jejak muda
yang aku tinggalkan
di gigi pantai liban
lalu aku teringat ledakan grenade
lalu aku tergambar keindahan rpg
lalu aku teringat 
nyanyian kalashinkov
lalu aku teringat ketika
aku mencelupkan badan
ke laut tengah 
jiwa aku sedang berdendang 
dengan sonata kalashinkov


ah! berkelana lagi hati ini

bagaikan semalam 

yang tak sudah sudah
bagaikan panas semakin terik
bagaikan jerebu 
yang tak mahu hilang
bagaikan hati yang putus cinta

ah! hati ini berkelana lagi



bila aku melihat gambar itu
lalu aku teringat 
akan pembelotan
lalu aku teringat
akan pengkhianatan


nah!
akhirnya pembelotan
akhirnya pengkhianatan
wajib dibayar dengan harga
yang paling mahal


sebelum dakwat oslo itu dilecok
sebelum dakwat itu kering
sebelum pejanjian itu dimetri
aku telah tercium
bau pembelotan
bau pengkhianatan

kepada kawan-kawan 

yang bersama di kota beirut
apakah kau masih ingat lagi
apakah kau masih  setia
pada janji 
pada revolusi
pada darah yang terpercik
antara tiang lampu
dan tembok bangunan

kepada kawan-kawan 

yang bersama di kota beirut
dimana kamu sekarang
apakah telah pulang ke kota paris
atau telah pulang ke al-gadir
atau telah pulang ke adis ababa
atau kini menjadi suami yang setia
atau seorang pemadat yang tegar


kepada yang telah gugur
mustahil dapat aku bisikan sekali lagi
kesah kita dengan chai dan khalwa
labon dipetang musim bunga yang indah
tentang rasuah dan saudi arabia
tentang moscow dan peking
tentang yasser arafat dan george habash
tentang pembelotan dan pengkhianatan


nah!
bila aku lihat gambar itu
pada pagi raya ini
maka aku tahu
pembelotan dan pengkhianatan
wajib dibayar dengan harga
yang paling mahal

kepada  kau kawan aku

yang belum aku kenali
kepada kau yang membaca puisi ini
saperti petang itu dikota beirut
dimana aku dan kawan kawan
hanya ditemani oleh chai dan kahwa
sedang berlabon panjang
tentang yasser dan george
tentang pengkhianatan dan pembelotan

kau yang membaca puisi aku ini

kau yang sedang diiringi indah
oleh ketupat dan rendang
kau yang didendang 
sonata mercun dan bunga api
kau yang sedang mamakai baju baru
kau yang bersongkok dan berpantalon baru
kau yang berselfie dengan keluarga
kau yang sedang bersalaman dan bermaafan

jangan sesekali kau lupa

untuk berlabon tentang selangor
untuk tahu siapa itu hadi
untuk tahu siapa itu khalid
kerana pembelotan
kerana pengkhianatan
akan dibayar dengan
harga yang paling mahal 
saperti pembayaran yang sedang
ditunaikan oleh warga gaza

- pagi raya 2014- 

-----------

MAKIN DEKAT DENGAN FBI

Posted: 11 Apr 2016 08:18 PM PDT






MUSTAHIL

NAJIB TAK 

TAHU  DUIT

ADA BILION


 | April 11, 2016
shahrol.najib
Najib Razak dikatakan menandatangani dokumen perjanjian kerjasama 1MDB dan Petro Saudi.More ››

KAH KAH KAH

woit

takkan sorang

kena  panggil

oleh tim FBI

kah kah kah

rompak sama2

tak kan bila

tangkap hanya

sorang saje

mana keadilan

kah kah kah

BILION BILION

-------------

MAKAN DEDAK

Posted: 11 Apr 2016 07:30 PM PDT






MAKAN DEDAK
UMNO dan hubaya2 dedaknya akan terus pusing dan pusing berita sehingga semuanya happy ending. Kesemua jabatandan agensi kerajaan sibuk mengupdate dan mendobi data2 supaya tersusun baik an teraudit cantik2 hujug tahun Berpuluh ribu skandal dah bertahun terjadi. Akhirnya apa kita dpt?? 

Letih layan isu ja. Tiada penguasa dan major criminal pun kene dakwa dan jauh sekali ada ura2 ditangkap.. Kes altantuya dah clear, beli scorpene dah beres, NFC dah selamat, duit KWAP dan TH dah senyap, duit MARA pun dah selesai...skrg 1mdb dan LTAT pula tunggu giliran ja untuk happy ending menjelma.. Dlm masa yg sama, skandal baru terus dicipta dan berjalan secara diam-diam. 

Bukan sedikit.. juta2...puluh2 juta..ratus2 juta..ribu2 juta juga akan dikebas...Ada derang kesah? Sumernya dah ada balaci yg bersedia tolong cuci dan cover. Jabatan dlm kerajaan bukannya ditubuh utk kesenangan rakyat, ianya utk penguasa dan kumpulan penyangak gerombolan bersenang lenang terus merembat wang sambil menari berbogel on BARU SEDAR AKAN NASIB
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/10/16







----------

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT