Rabu, 6 April 2016

Komentar Kini

Komentar Kini


80% penagih dadah adalah Melayu

Posted: 06 Apr 2016 05:16 PM PDT


Kita diberitahu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed,  80% daripada 127,606 penagih dadah di dalam negara ini adalah Melayu.

Khabar ini, berdasarkan rekod Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), antara tahun 2013 sehingga 2015, 80% daripada 127,606 penagih dadah adalah Melayu.

Khabar ini adalah kahbar yang benar dan khabar yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapapun.

Sesungguhnya dadah adalah musuh Negara juga penagihnya sejumlah 80 peratus itu adalah musuh Negara yang berbahaya.

Kita dikhabarkan bahawa Negeri yang mempunyai bilangan penagih paling ramai ialah Pulau Pinang dengan 18,889 kes.

Persoalan yang timbul, mengapa lapan puluh peratus orang melayu. Pasti ada yang tidak kena dengan bangsa melayu ini.

Melayu adalah bangsa penduduk asal tanah melayu sebelum nama Negara ini ditukar kepada Malaysia pada tahun 1963.

Tanah Melayu adalah Negara orang melayu.Istilah Melayu bermakna suatu bangsa yang mendiami Negara ini sejak sekian lama.

Kita tidak boleh lupa bahawa tanah melayu telah di jajah oleh Portugis sejak 1511 hingga 1641 selama 130 tahun.Dijajah oleh Belanda sejak 1641 hingga 1824 selama 183 tahun. 

Di Jajah oleh Bristish 1 sejak 1824 hingga 1942 selama  118. Dijajah oleh Jepun 1942 hingga 1945 selama 3 tahun dan dijajah oleh British 2 sejak 1945 hingga 1957. selama 12 tahun.446 tahun tanah melayu dijajah.

1957 tanah melayu merdeka.Selepas namanya ditukarnya kepada nama Malaysia maka penduduk yang mendiami Negara ini pelbagai kaum dan bangsa. Ada China dan ada India dan kaum kaum lain di Sabah dan Sarawak.

Mengapa melayu? tidak china dan tidak India 80 peratus menjadi penagih dadah di Negara ini. Mungkin jumlah penduduk China dan India manoriti.

Sesetengah mengatakan Melayu memang bangsa yang pemalas. Menteri dalam negeri pernah berkata Melayu malas. Malas bekerja. Malaslah punca orang Melayu jadi begitu.Betulkah begitu.

Akan tetapi perlu dingat, Melayulah yang jadi perdana menteri .timbalan perdana menteri. melayu yang jadi menteri dan timbalan menteri.

Pasti puncanya duduk disini. Jika melayu malas pasti perdana menteri dan timbalan perdana menteri, menteri menteri dan timbalan timbalan menteri pun malas.Bukan malas kerja. Kerja rajin tetapi malas fikir mengenai nasib bangsa sendiri.

Mereka lebih utamakan diri sendiri dan  pentingkan diri sendiri berbanding pentingkan rakyat dan bangsanya yang pemalas.

Jika orang melayu Malas perdana menteri dan timbalan perdana menteri dan para pemnerilah yang wajar lakukan inisiatif agar orang melayu jadi rajin menerusi system pendidikan negara.

Yang peliknya, perdana menteri dan timbalan perdana menteri dan para menteri dan para timbalan  menteri asyik duduk kumpul harta untuk jadi jutawan dan membiarkan orang melayu pada papa kedana dan hidup menderita.

Dan selari dengan istilah Malaysia. Malay bahasa Engglish. Diterjemahkan kepada bahasa melayu, malay itu, Melayu.

Kita sedia maklum bahawa melayu bangsa penduduk satu Malaysia.Persoalan yang timbul perkataan "sia" diambil dari perkataaan apa pula.

Diambil daripada perkataan Asiakah, kerana Malaysia duduk dibawah Negara Negara Asia.

Akan perlu dingat, perkataan "sia" itu adalah istilah bahasa melayu iaitu "sia sia" yang maknanya tidak memberi faedah. Tidak mendatang apa apa faedah.

Maka sesungguhnya pembangunan ekonomi Negara tidak memberi manfaat kepada orang melayu.Malah orang melayu sudah dipinggirkan oleh kerajaan yang memerintah.

Bukan setakat itu sahaja malah orang melayu dihalau keluar dari bandar bandar oleh kerajaan orang melayu sendiri kerana tidak boleh bersaing dengan bangsa China yang mendapat peluang peluang keemasan dari parti umno yang membela orang melayu konon.

Kini, orang china dibawa masuk kekampung kampung melayu oleh para pemimpin Melayu yang pentingkan diri sendiri dan sedang asyik mengumpul harta sebanyak mungkin untuk simpan dalam bank bank diluar Negara.

Bayangkan ia sia sia sahaja.Perlu juga ingat kata kata sia jika ditambah dengan huruf L di belakangnya jadilah ia "sial".

Sial, pada istilahnya ia tidak bagus dan buruk. Ia sepadam dengan 80 peratus penagih dadah adalah Melayu. Demikian status qua orang melayu di Negara satu Malaysia ini.


Tukar Tiub

Tukar Tiub


SURAT DARI PENJARA

Posted: 06 Apr 2016 07:15 PM PDT




FACE BOOK


this reminds me Saidah of reading Tukar Tiub's various letters, official and not, from Kamunting - one of which mentioned Rehman on the eve of his NST return, after AM went down Jaafar?




















surat gwa

dari penjara

taiping

--------------

JOHOR MULA PERANG

Posted: 06 Apr 2016 06:30 PM PDT





JENG JENG JENG

HAJI DESUS

KATA EMBEE

NAK KENA

TENDANG



 | April 6, 2016
shahrir
Rakyat Johor telah terbukti menerima kepimpinan Najib Razak dan hubungan kerajaan negeri dengan Pusat juga terjalin baik. More ››


KAH KAH KAH

woit

ini namanya

berita baik

ini namanya

kacau bilau

ini namanya

dah mula retak

ini namanya

perang dalaman

ini namanya

bubuh minyak

kah kah kah

PERANG LAGI

------------

SYABAS TEHRAN

Posted: 06 Apr 2016 06:00 PM PDT




SYABAS

TAHNIAH

DARI JAI

DAN EZI



Iranian man who killed dog sentenced to 74 lashes
The dog was hurled against a car and then beaten to death with a shovel.
TEHRAN: An Iranian man has been sentenced to 74 lashes for killing a dog, the judiciary-linked Mizan news agency reported Wednesday, after an online video showed him hurling the animal repeatedly against his car.
The man was arrested earlier this year in the northwestern province of Ardebil following a complaint by the local head of the society for the protection of the environment.
A video went viral on social networks showing the man hurling the dog against his car and then beating him to death with a shovel.
The court also ordered the man to take weekly lessons for a year on how to care for animals, Mizan reported. It said the man was apparently the dog's owner but did not say why he killed it.






--------------

SATU LAGI PESANAN DARI ABANG TUA

Posted: 06 Apr 2016 06:30 AM PDT





SATU LAGI

PESANAN

DARI ABANG TUA



ALL CHANGE PLEASE

Posted: 06 Apr 2016 06:00 AM PDT






ALL



CHANGE


BERITA SOHEH

DATANG DARI

HAJI DESAS

ANAK LELAKI

LEBAI DESUS




Desas-desus Johor pula akan dapat MB baru

Selepas Kedah, terdapat desas-desus bahawa Johor akan menjadi negeri seterusnya membuat penukaran menteri besarnya.
Menurut tulisan di laman Facebook Shukur Mohamad - anak kepada Speaker DUN Johor  Mohamad Aziz, beliau mendakwa terdapat gerakan untuk menukar Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Malah beliau turut mendakwa, gerakan itu diketuai oleh seorang timbalan menteri yang namanya tidak didedahkan.
"Ada satu gerakan yang sedang dibuat oleh seorang timbalan menteri untuk mencantas menteri besar  Mohamed Khaled Nordin (kanan).
"Gerakan ini kononnya hendak meletak timbalan menteri ini menjadi menteri besar Johor bagi pihak Najib menjaga dan mengekang ahli Umno Johor," tulisnya.

KAH KAH KAH

woit

ini berita baik

pakatan boleh

menui lebat

kah kah kah

tapi awas silap2

semua tutup

semua lingkup

kah kah kah

ALL CHANGE



------------

APA KHABAR TO MB

Posted: 06 Apr 2016 05:30 AM PDT








APA KOBA

TOK EMBEE

ADA SEHAT

ADA SELAMAT

ADA SAPA SAPA

DATANG JUMPA

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KALAU KALAU

HARI INI FBI

DATANG JUMPA



---------

JOHOR MULA BERBERANG

Posted: 06 Apr 2016 05:00 AM PDT





APA KHABAR

TOK EMBEE

ADA BAIK

TUKANG CARI

ADA CARI

TUKANG BAWA

ADA BAWA KE?


Gerakan guling MB Johor oleh kumpulan Najib – Ahli UMNO

 | April 6, 2016
Kumpulan itu didakwa diketuai seorang timbalan menteri yang akan dilantik sebagai Menteri Besar baharu jika Khaled Nordin berjaya disingkirkan.
PETALING JAYA: Gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar Johor, Mohamed Khaled Nordin didakwa sedang giat dijalankan oleh kumpulan penyokong Najib.
Kumpulan penyokong Presiden UMNO itu diketuai oleh seorang timbalan menteri yang akan menjadi Menteri Besar Johor yang baharu bagi menggantikan Mohamed Khaled.
Gerakan menjatuhkan Mohamed Khaled dikatakan bagi mengawal UMNO Johor supaya tidak menentang Najib.
Dakwaan itu dibuat oleh seorang ahli UMNO, Syukur Mohamad menerusi posting di Facebooknya.
"Ada satu gerakan yang sedang dibuat oleh seorang timbalan menteri untuk mencantas Khaled Nordin. Gerakan ini kononnya hendak meletak timbalan menteri ini menjadi MB Johor bagi pihak Najib menjaga dan mengekang ahli UMNO Johor," tulisnya.
Ketika dihubungi FMT, Syukur berkata, gerakan mencantas Mohamed Khaled kerana Menteri Besar Johor itu dilihat gagal mengawal pemimpin UMNO cawangan daripada menentang kepimpinan Presiden UMNO.
Ini kerana, katanya, gerakan menentang Najib bermula di Johor dengan penubuhan Gerakan Ketua Cabang Malaysia (GKCM).
Syukur berkata, dia mempunyai bukti terhadap dakwaan itu dan sedia diheret ke mahkamah ataupun Lembaga Disiplin parti.
"Kalau saya tiada bukti, tak mungkin saya membuat pendedahan seperti ini. Saya juga sedia diheret ke mahkamah jika ada pihak tidak berpuas hati," katanya.
Ditanya siapakan timbalan menteri yang dimaksudkan itu, Syukur berkata, belum tiba masanya untuk didedahkan kerana banyak lagi maklumat berangkai yang akan disebarkan selepas ini secara berperingkat.

KAH KAH KAH

boleh selamat?

boleh tido lena 

boleh duduk 

senang ke?

kah kah kah

semua berubah

yang berubah

pun diubah

kah kah kah

ALL CHANGE

---------------

SILA KLIK IKLAN

Posted: 06 Apr 2016 04:30 AM PDT











DERMA DAPUR 

JALANAN



iKLAN
jika anda lihat 
ada iklan
sila klik iklan itu
iklan dalam blog ini
tanpa pembaca klik
ianya menjadi iklan percuma

duit dari iklan 
dihadiahkan kepada
  dapur jalanan


-----------

MALAM INI RUMAH PASONG JINJANG

Posted: 06 Apr 2016 03:21 AM PDT



MALAM INI

BERSETIAKAWAN

JAM 9:00

RUMAH PASONG

JINJANG



-----------

PROGRAM PENCERAHAN

Posted: 06 Apr 2016 01:30 AM PDT




JUMAAT MALAM

Baca Puisi Madrasah Seni
"Teater Atas pokok"





Dedikasi Kampung Banda Dalam
Tema "Menghargai Warisan"

Penampilan beberapa adegan lakonan dan lagu oleh :

Yassin Salleh
Sani Sudin
Saidin Omar
Bohari Ibrahim
Nadhilah Suhaimi
Nizam Yamin
Fairul Pujangga
Surya Suryani

8 April 2016 (Jumaat)
Jam 9:00 malam


Madrasah Tarbiyah
Kampung Banda Dalam




SABTU SIANG


-------------

KITA INI HENDAK KE MANA?

Posted: 06 Apr 2016 12:17 AM PDT









KITA INI

DARI MANA

HENDAK KEMANA

SAJE TANYA

TAKUT LUPA
sila baca disini:
http://www.malaysiakini.com/columns/336699



---------------

JENG JENG JENG - SUDAH SAMPAI

Posted: 05 Apr 2016 11:38 PM PDT





JENG JENG JENG

ADA APA APA?

TAK ADA DEBAR




PAC: Laporan 1MDB siap sepenuhnya


KUALA LUMPUR - Laporan berhubung Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kini siap sepenuhnya, kata Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw.

Beliau berharap laporan itu dapat dibentang pada persidangan Dewan Rakyat Khamis ini "jika tiada sebarang kecemasan atau hal-hal lain".

"Memang hasrat kita untuk bentangkan laporan itu Khamis ini, tetapi bergantung pada banyak perkara termasuk pindaan di saat akhir dan percetakan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Dr Seng Giaw yang juga ahli Parlimen Kepong berkata, PAC bersidang sehingga pukul 9 malam tadi bagi memuktamadkan laporan tersebut.

KAH KAH KAH

edith piaf kata:

rien de rien

kah kah kah

FBI kata apa?

kah kah kah

FBI kata:

continue cari

kah kah kah

RIEN de ZERO


----------

AMARAN ABANG TUA

Posted: 05 Apr 2016 10:18 PM PDT





KITA INI HENDAK KE MANA?


Ketika saya menggarap tulisan ini sabenarnya saya lakukan dengan latar kesedihan  dan kekecewaan. Saya sedih apabila saya memahami apa yang sedang  berlaku ke atas muka bumi ini. Dalam masa yang sama saya merasa kecewa kerana saya merasakan diri  saya tidak dapat melakukan apa-apa. Saya terkapai-kapai menjadi saksi  melihat kemusnahan alam dan muka bumi ini.

Pada tahun 1992 stesen TV BBC telah membuat sebuah filem dokumentri The Elder Brothers' Warning - Amaran Dari Abang Tua  arahan Alan Eriera. Filem BBC ini panjangnya hampir 1 jam satengah. Apabila stesen Public Broadcasting Service dari Amerika membeli program ini maka ianya perlu di pendekkan 5 minit. Ketika itu saya warga kota London - justeru saya mendapat peluang menjadi pembantu Horacio Queiro  Tuan Penyunting untuk memendekkan filem yang menggunakan celuloid 16mm. Dua minggu kami bekerja di Soho.

Selama dua minggu sambil bekerja sambil saya menghayati  naratif yang dibawakan oleh filem ini. Dokumentri ialah tentang gaya hidup bangsa Kogi. Mereka tinggal di pergunungan Sierra Nevada de Santa Marta  di Colombia. Wilayah Kogi ialah 19,000 kaki dari permukaan laut diatas  pergunungan Andes di Amerika Latin.

Masyarakat Kogi yang hidup dipergunungan bersalji ini amat mesra alam.  Dari pemahaman saya masyarakat  Kogi memiliki falsafah hidup sama saperti yang dimiliki Orang Asal datuk nenek moyang saya sebelum kami dipengaruhi oleh budaya Arab.

Untuk masyarakat Kogi sama saperti  Jakun, Senoi atau Temiar - mereka percaya semua wujudiah dalam dunia memiliki roh dan semangat.  Manusia, binatang, pokok, batu atau air adalah  bentuk pisikal. Semua bentuk pisikal ini memiliki roh dan semangat. Justeru apa saja yang kita usik bermakna kita  mengusik jisim dan roh. 

Dalam filem ini masyarakat Kogi telah memberi amaran kepada kita - Adik Muda. Kita semua yang duduk dibawah gunung dianggap oleh Kogi sebagai Adik Muda. Kogi yang  tinggal diatas puncak gunung menganggap diri mereka Abang Tua.

Abang Tua telah memberi amaran kepada Adik Muda. Amaran kepada kita semua agar 'berhenti' melakukan apa yang sedang kita lakukan kepada alam ini. Abang Tua kita memberi tahu bahawa salji  semakin berkurangan di Pergunungan Andes. Takungan air salji semakin susut. Ini tanda-tanda bala dan malapetaka  akan sampai. Bila salji diatas gunung kurang bermakna air dibawah gunung akan susut. Bila air kurang musim kering akan sampai.

Amaran dari Abang Tua ini disampaikan melalui  BBC pada tahun 1992. Ini empat belas tahun dahulu. Hari ini  bumi manusia semakin hangat.

Malaysia sebuah negara tropikal yang cuaca  biasanya tidak pernah melitasi 30 darjah Centigrade. Kini semua telah berubah.  Sekolah di Kedah dan Perlis - ketika saya menulis ini - masih ditutup kerana panas. Langkawi dan Chuping terus dibakar matahari. Dari laporan media saya difahamkan banyak daerah di Utara Tanah Melayu telah menjadi kering kontang kerana hujan tak sempai-sampai lebih dari satu bulan. Rekod panas yang melintasi 39 darjah Centigrade telah pernah dirakam untuk pertama kalinya dibumi Malaysia.

Yakinlah ini  satu perubahan hakiki. Ini satu ledakan perubahan cuaca yang membawa implaksi yang amat mendalam. Amaran dari Abang Tua kelihatan tepat dan betul. Hanya Adik Muda yang engkar tidak mahu mendengar.

Apakah kita  semua - anak semua bangsa  dalam bumi manusia ini tidak mahu mendengar amaran demi amaran tentang pemanasan dunia? Atau anak semua bangsa  tidak memahami apa yang sedang berlaku.Soalan ini selalu saya tanya kepada diri saya sendiri. Saya tidak memiliki jawapan.

Tetapi saya memahami apa yang sedang berlaku terhadap alam ini. Saya memahami kenapa pemanasan dunia hari ini berlaku. Sama saperti pembacaan dan hujah saya terhadap politik - dimana punca kuasa politik ialah ekonomi. Dalam isu pemanasan  bumi manusia juga saya menggunakan ekonomi sebagai punca. 

Dunia moden kita yang berpaksikan sistem ekonomi kapitalis telah mengajukan satu budaya gaya hidup konsumer. Falsafah budaya kapitalis ini ialah - kita membeli, kita  mememilik dan kita  memakai maka  kita bahagia. Memilik dijadikan asas untuk mencapai kebahagian. Lagi banyak yang kita miliki, lagi banyak benda yang kita punya maka lagi bahagialah hidup kita. Ini adalah ajaran falsafah budaya kapitalis. Kamu membeli maka kamu wujud. Kamu memiliki maka kamu bahagia. Harta milik individu menjadi rukun iman  budaya kapitalis.

Saya telah lama cuba  membawa pencerahan untuk menunjukkan kepada anak semua bangsa bahawa sistem ekonomilah yang melahirkan budaya yang kita guna pakai hari ini.  Budaya inilah yang sedang membawa kita semua ke dalam kancah malapetaka ini. Hakikatnya  krisis pemanasan bumi ini adalah hasil perbuatan manusia sendiri. Lahir dari budaya yang kita amalkan.

Kekeringan salji di Andes, di Himalaya atau di Khutub Utara hanyalah manifestasi tentang sakit yang sedang dialami oleh bumi manusia. Apakah masih ada yang sangsi tentang ke wujudnya pemanasan dunia? Apakah masih ada yang tidak sedar tentang hakikat ini? 

Untuk memahami secara jujur apa yang sedang berlaku maka telah sampai masanya kita menganalisa pemanasan bumi ini secara menyeluruh. Bukan penganalisaan tempat tempatan. Bukan penganalisan terpisah pisah. Kita wajib melihat permasalahan pemanasan dunia ini secara menyeluruh. 

Sama saperti  memahami krisis  Orang Pelarian  Perang masuk ke Eropah pada ketika ini  bukan kerana Turki membuka sempadan. Atau kerana Greece kurang pengawalan. Atau kerana Sweden mengalukan kemasukan Orang Pelarian. Bukan. Bukan. Bukan.

Orang Pelarian Perang bermula dengan perang. Perang bermula di Syria, di Libya, di Afghanistan dan di Palestin. Syria diserang kerana apa? Syria diserang kerana enggan memberi laluan paip minyak milik Saudi/Amerika.  Kaum pemodal syarikat minyak melobi politikus di Rumah puteh untuk menyerang Syria.  Libya dan Afghanistan diserang kerana apa? Kerana minyak. Orang Pelarian Perang muncul dari perang. Perang muncul kerana perebutan ekonomi. Justeru  semuanya kembali kepada kepentingan ekonomi. Ekonomi ini ialah  sistem ekonomi kapitalis.

Pemanasan dunia hari ini juga wajib dianalisa secara radikal dan total. Jika penganalisaan kita tidak radikal maka wujudiah kita di bumi manusia ini hanya mengotorkan oxygen dan mengambil ruang. Segala analisa dengan bergantang-gantang data ilmiah akan dilihat hempeh jika tidak disebutkan semua ini  berpunca dari sistem ekonomi kapitalis.

Selama lebih dari 200 tahun samenjak Revolusi Industri berlaku bumi manusia ini telah dijajah oleh sistem ekonomi kapitalis. Pada awalnya urusan   jual beli  dari negara ke negara melalui kapal layar. Atau saudagar datang berniaga dengan menaiki caravan dari China melintasi  Iran ke nagara Arab menuju ke Eropah. Ini di zaman Mercentile Capitalism.  

Kini semuanya telah berubah. Dari Mercentile Capitalism ianya beralih menjadi Kapitalis Industrial. Dari Kapitalis Industrial menjadi kuasa imperialis dimana wilayah dijajah untuk mendapatkan keuntunagn maksima. Jangan sesekali dilupakan keuntungan maksima adalah rukun iman  kaum kapitalis.

Hasilnya kita melihat Selat Melaka menjadi selat yang paling sibuk dalam dunia. Pantai dan pesisiran Selat Melaka yang 40 tahun dahulu landai berpasir kini menjadi wilayah paling kotor dalam dunia.  Selat Melaka kotor kerana banyak kapal lalu lalang. Kapal lalu lalang kerana membawa barang perniagaan. Berniaga ialah sistem kapitalis.

Justeru tidak salah jika   saya katakan pantai  Telok Kemang Batu Lapan Port Dickson menjadi kotor kerana sistem kapitalis. Jika kekotoran ini  bukan diwujudkan oleh sistem kapitalis samalah saperti menolak hakikat Perang Syria bukan kerana bahan bakar petrolium.

Para saintis sebulat suara bersetuju dan menerangkan bahawa bumi manusia ini menjadi panas kerana ruang udara  diatas muka bumi ini sedang dibungkus oleh  carbon dioxide atau Co2. 

Co2 ini muncul kerana pembakaran minyak dan arang batu. Co2 ini tahun demi tahun bertambah dan terkumpul diruang udara. Pada ribuan tahun dahulu. Semenjak kun fi ya kun - Co2 ini disedut  oleh tumbuh-tumbuhan, dedaun kayu kayan dan laut. Kini satengah dari Co2 ini tidak lagi disedut  oleh dedaun pokok dan laut. Co2 makin banyak berkumpul diruang udara. Ini yang menjadikan bumi manusia panas.

Ribuan tahun  dahulu  Co2 boleh disedut oleh deduan hijau. Kalau dulu Co2 disedut oleh hijauan daun kayu dan dimuntahkan sebagai oxygen. Kenapa sekarang tidak boleh disedut untuk dibersihkan oleh daun daun kayu? Kenapa tidak berlaku lagi sekarang?

Jawabnya banyak hutan telah ditebang oleh manusia. Manusia menebang hutan untuk mengambil balak. Balak di Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak makin pupus. Ini belum diambil kira hutan Amazon yang makin mengecut. Hutan Amazon ini mengeluar 30% dari udara oxygen untuk umat manusian di muka bumi ini. 

Apabila kayu  ditebang yang ikut sama gugur ke bumi ialah dedaun kayu. Semakin kurang hutan semakin kurang dedaun kayu. Maka semakin banyak Co2 yang tidak dibersihkan  memasuki ruang udara. 

Kenapa balak ditebang?  Sila tanya Nik Abduh dari Kelantan, sila tanya  Taib Mahmud  dan Ting Pek Kiing dari Sarawak, sila tanya Musa Aman dari Sabah. Sila tanya cukong Rimbunan Hijau dari Sarawak dan  sila tanya Felda.

Bila saya tuduh ' global warming' - pemanasan dunia ini disebabkan oleh  Nik Abduh, atau oleh Felda   atau oleh Ting Pek Kiing atau Taib Mahmud atau oleh towkay balak atau oleh sistem kapitalis pasti ramai yang mengatakan Hishamuddin Rais telah gila. Dia telah dipengaruhi Abang Tua  dari gunung Andes. Tetapi inilah fakta. Inilah hakikat bahawa kita semua bertanggung jawab. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45 

---------------

MALAM JEMPUTAN MENONTON

Posted: 05 Apr 2016 09:46 PM PDT





MALAM INI

JEMPUTAN


RABU | 6 April 2016 | 8.30 Malam
KELAB BANGSAR UTAMA
SEMUA JEMPUT HADIR

Tayangan & Diskusi Dokumentari

"Pulau Buru, Tanah Air Beta"

Filem arahan Rahung Nasution mengisahkan dua tahanan politik yang pernah dibuang ke pulau buru pada zaman Orde Baru yaitu Hersri Setiawan dan Tedjabayu Sudjojono, yang kembali ke pulau tempat masa-masa tergelap kehidupan mereka.

Hersri kembali ke sana bersama anak perempuan dan istrinya untuk menunjukkan tempat-tempat saat dia berdiam selama sembilan tahun, sejak 1969 sampai 1978.

RABU | 6 April 2016 | 8.30 Malam
KELAB BANGSAR UTAMA
SEMUA JEMPUT HADIR

--------------

APA ITU PANAMA PAPERS

Posted: 05 Apr 2016 09:16 PM PDT





APA DIA PANAMA PAPERS
Sama seperti media gerombolan, pabila media barat mengheboh-hebohkan sesuatu isu, maka kena bijak sedikit membaca antara garis. Ini bukan bermakna apa yang diberitakan bukan sesuatu yang tidak benar, cuma kena faham bahawa untuk kita yang bukan dalaman, iaitu insiders, memang benar apa yang dikhabarkan tu berita yang memang berita, ini termasuk anak Najib.

 Itu adalah collateral damage. Tetapi sesiapa dibelakang tabir yang membenarkan perkara ini berlaku ada tujuan yang kita tidak sedar. Sedarlah bahawa perang dunia sedang berlanjutan, cuma tidak seperti yang dua sebelum. Tetapi memang ada peperangan sedang berlaku. Sesiapa yang cuba menentang hegemoni dollah(r) akan dikenakan.

Pepe Escobar panggil ini sebagai hybrid war. Brazil sedang dilanda sekarang. Sebab? Sebab Brazil ada dalam BRIC. Russia pun kena. China pun kena. Afrika Selatan dan India tunggu sebab terkuat ialah yang tiga tiga sebelum ini. on APA DIA PANAMA PAPERS
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/5/16


-----------

BAJU BADAK

Posted: 05 Apr 2016 08:49 PM PDT






BUKAN SATU

YANG GANJIL

BUKAN SATU

YANG PELIK




Najib beli 4 baju sehari untuk Rosmah? MP buat laporan polis

Seorang ahli parlimen pembangkang membuat laporan polis terhadap Najib berhubung dakwaan bahawa beliau memindahkan sejumlah AS$14 juta (kira-kira RM55 juta) antara tahun 2011 dan 2014 ke gedung fesyen tempatan Jakel Trading.
Laporan Lim Lip Eng kepada Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini adalah berdasarkan butiran perbelanjaan Najib yang diterbitkan oleh akhbar The Wall Street Journal minggu lalu.
Bercakap kepada Malaysiakini, Ahli Parlimen Segambut mendedahkan bahawa beliau telah membuat penelitian berhubung perkara itu.
"Kami telah periksa beberapa pakaian yang bernilai RM10,000 setiap satu di Jakel
"Jadi, adakah Najib membeli 5,500 pakaian dari Jakel untuk (suaminya ) Rosmah (Mansor) dalam tempoh empat tahun? Satu tahun bersamaan 365 hari, yang seterusnya bermakna 1,375 pakaian. Ini adalah kira-kira empat pakaian sehari.
"Jika laporan WSJ itu benar, ini lebih buruk daripada Imelda Marcos," katanya.
KAH KAH KAH

woit 

yb lim tak faham

berela ela kain

berkodi kodi kain

diperlukan untuk

selimutkan badak

kah kah kah

kain datang dg lori

dari kilang terus

kah kah kah

tak faham ke?

anak mak badak 

kencing berdiri

kah kah kah

MEMBADAK


-----------

LAUT CHINA SELATAN TEGANG

Posted: 05 Apr 2016 08:16 PM PDT






APA MAKNA

BERITA INI?

'Isytihar Sabah zon keselamatan, tembak bot penceroboh'
Seorang ahli parlimen BN hari ini menggesa kerajaan mengisytiharkan perairan Pantai Timur Sabah sebagai zon keselamatan dan menembak mana-mana kapal dan bot yang mencerobohi perairan negara.
Jumat Idris (BN-Sepanggar) membuat gesaan itu berikutan penculikan Jumaat lalu di perairan Ligitan oleh sekumpulan lelaki bersenjata.
"Tutup sempadan perairan kita dengan Filipina dan kita istiharkan (kawasan itu) sebagai zon keselamatan supaya kita boleh tembak mana-mana kapal dan bot yang memasuki perairan kita.
"(Ini) sebagai satu jalan untuk musnahkan kes-kes penculikan ini daripada berterusan," katanya semasa perbahasan tergempar penculikan di Sabah.

BRO

lu ingat tak

apa gwa bilang

laut cina selatan

south china sea

wilayah rebutan

lu lupakah?

kalau lu lupa

lu cium dipap

kah kah kah

KAH KAH KAH

--------------

PEMIMPIN NEGARA DIMALUKAN

Posted: 05 Apr 2016 07:50 PM PDT




PEMIMPIN 

 MELAYU ISLAM 

DIMALUKAN



MAT SOTONG BUAT FATWA

Posted: 05 Apr 2016 07:16 PM PDT






RAKYAT WAJIB

100% SOKONG

INI FATWA

TUAN HAJI HADI




Isu 1MDB: Hadi enggan menghukum sebelum dibuktikan

Tuan Haji Abdul Hadi Awang berkata, semua penyelewengan harus ditolak dan ia bukan sahaja khusus terhadap 1MDB.

Bagaimanapun, Abdul Hadi yang tidak menamakan mana-mana pihak berkata, seseorang itu tidak boleh didakwa sebagai bersalah sebelum siasatan dilakukan terlebih dahulu.
"Kita bukan saja khusus dalam 1MDB. Semua penyelewengan kita tolak. Tapi perlu disiasat terlebih dahulu.

KAH KAH KAH

betul tuan haji

wajib ada 4 saksi

wajib nampak

duit masuk bank

wajib dilihat duit

keluar masuk 

ke dalam dompet

wajib mata lelaki

mata tino tak leh

kah kah kah

kalau pakai 

cermin mata?

so how?

saje tanya

jangan marah

PUNTAT MUNTAT



----------