Jumaat, 25 Mac 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


APAKAH JAWATAN KU LI SELEPAS TANDATANGAN DEKLARASI KELANTAN?

Posted: 25 Mar 2016 05:17 AM PDT

VIDEO YANG PERLU DI TONTON DAN FAHAM

Posted: 24 Mar 2016 10:11 PM PDT














Tukar Tiub

Tukar Tiub


KENAPA - WHY - POURQUOI

Posted: 25 Mar 2016 07:00 PM PDT






APA ITU

TUJUH BELAS

WHAT WAS

SEVENTEEN

POURQUOI

DIX-SEPT














Ketua polis enggan mohon maaf pada keluarga Aminulrasyid

 KUALA LUMPUR, 25 Mac — Ketua polis negara tidak mahu memohon maaf kepada keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati ditembak polis pada 2010, walau pihak berkuasa itu didapati cuai dalam kes itu. - See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/ketua-polis-enggan-mohon-maaf-pada-keluarga-aminulrasyid#sthash.F5fOhhGH.dpuf

------------

TERIMA KASEH

Posted: 25 Mar 2016 06:00 AM PDT






170,08.36

SETAKAD INI

sahabat mat sabu
telah berjaya mengumpul
RM 170,08.36
terima kaseh
sila teruskan


MAY BANK

5642 5857 6644








----------------

KETAWA SAMBIL MELAWAN

Posted: 25 Mar 2016 05:00 AM PDT




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
KARTUN UNTUK RAKYAT...Please share
More cartoons/buy Zunar's books/donate @
www.zunar.my / text: 011 23858695



---------

SATU PANDANGAN

Posted: 25 Mar 2016 04:30 AM PDT







AGAMA ROSAK
agama rosak dengan sikap penganut bila bukan islam masuk islam yang hitam terus jadi putih lagi hebat dari islam turun temurun hitam lagi hebat arabiah salah silah hukum hakam macam macam macam dah sembang dengan nabi...kah kah kah..ramai jabatan dah bagi mat black jaga...ketua setiausaha negara...ketua twitter negara...
 
ketua gabenor bank negara...ketua ketua jabatan... kaji sejarah melayu...mat black mengaku islam ini membawa kebaikan atau kemusnahan ???? sejarah mengajar umat manusia agar tidak membuat kesilapan dua kali...tapi bagi manusia kekal kuasa kedudukan pangkat...sejarah digunakan... Pecah perintah ugut fitnah desak...buruk nama..kempen ...asal matlamat tercapai...kah kah kah on BUAT KERJA MASING MASING



--------------

KE MAHKAMAH LAGI

Posted: 25 Mar 2016 02:00 AM PDT




Permohonan Hisham Rais cabar imigresen 15 April

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 15 April ini untuk mendengar permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan aktivis Hishamuddin Md Rais bagi mencabar tindakan Jabatan Imigresen yang melarangnya ke luar negara pada Disember tahun lepas.

Timbalan Pendaftar Nor Hasniah Ab Razak menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes dalam kamarnya, yang dihadiri peguam Melissa Sasidaran mewakili Hishamuddin.

GWA MAHU CUBA
MANA TAHU
KAH KAH KAH



------------

ANAK MUDA BERSEDIA!

Posted: 25 Mar 2016 01:00 AM PDT





 
PERLAWAN
 
DITERUSKAN

ANAK MUDA
 
BERSEDIA
Jom Turun! #MansuhGST #UndurNajib
Plse share...























---------------

KULIAH AZMI SHAHROM

Posted: 25 Mar 2016 12:00 AM PDT


 
 
 
KULIAH AZMI SHAHROM
DI UNIVERSITI BANGAR UTAMA
MALAM KELMARIN
 


------------

PEROMPAK ANAK BERANAK

Posted: 24 Mar 2016 11:00 PM PDT




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 SANAK SAUDARA
untung depa no..semua sanak saudara...keluarga bahagia..rompak secara keluarga...pahlawan bugis rompak cara bugis...pahlawan jawa rompak cara jawa...pahlawan terpelajar rompak cara terpelajar...
 
sayang ilmu yang dibeli tidak menjadikan manusia lebih baik...sayang norma manusia tidak membangun seimbang dengan pembangunan duniawi...kah kah kah...menantu abah dok risau...beri peluang najiba untuk buang...sama puak juak nie...mula menyalak demi pegang jawatan...dah ramai anjing dapat tulang...
 
paling kuat menyalak dapat habuan tulang..anjing mana dah cerdik...dah tahu sapa penyamun dah tau sapa orang baik akan disinggirkan kah kah kah...lumrah dunia selagi ada kuasa jawatan pangkat...buatlah duit selagi ada semua...kah kah kah demi agama bangsa tanahair...akan dijual semua kah kah kah maju negara rakyat ternoda...kah kah on PANDAI BUAT TEATER
 
 

---------

SATU JEMPUTAN

Posted: 24 Mar 2016 10:30 PM PDT






 


MALAM SENIN

JEMPUT DATANG 
 
 
DI AMPANG










MUAFAKAT SELAMATKAN MALAYSIA DI PADANG MPAJ, PANDAN INDAH PADA HARI ISNIN, 28 MAC 2016 8 MALAM

Pakatan Harapan akan memulakan siri perhimpunan "Muafakat Selamatkan Malaysia" di setiap negeri bermula dengan Lembah Klang pada hari Isnin, 28 Mac 2016 bermula jam 8 malam di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah.

Muafakat Selamatkan Malaysia pada 28 Mac 2016 ini adalah penting kerana ia adalah perhimpunan umum di luar dewan yang pertama sejak peristiwa Deklarasi Rakyat ditandatangani. Berbeza dengan acara Kongres Rakyat pada 27 Mac 2016 yang berbentuk tertutup dan hanya 1,500 orang jemputan dibenarkan hadir, Muafakat Selamatkan Malaysia mengumpulkan semua pimpinan dan aktivis pelbagai latar belakang dan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk turun menzahirkan desakan agar Dato' Seri Najib Tun Razak berundur.

Sekretariat Penganjur mengesahkan bahawa pihak polis (melalui Ibupejabat Polis Daerah Ampang Jaya) telah dimaklumkan mengikut kehendak Akta Perhimpunan Aman. Sebanyak 400 kain rentang telah dipasang di seluruh Lembah Klang dan 50,000 risalah dicetak untuk diedarkan.

Berikut ialah maklumat-maklumat penting yang perlu diketahui orang ramai yang ingin menyertai Muafakat Selamatkan Malaysia pada 28 Mac 2016 kelak:

      i.        Lokasi
Muafakat Selamatkan Malaysia akan diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Jalan Pandan Utama, Pandan Indah 55100 Kuala Lumpur.

Orang ramai digalakkan menggunakan LRT. Stesen LRT terdekat ialah STAR LRT Pandan Indah. Petugas Sekretariat akan berada di sepanjang jalan di antara STAR LRT ke Padang MPAJ untuk memberikan panduan arah kepada orang ramai yang hadir.

Bagi orang ramai yang memandu, lebuhraya terdekat ialah Jalan Lingkaran Tengah II (Middle Ring Road II). Jika anda memandu dari arah utara (Gombak) ke selatan (Sungai Besi), ambil MRRII dan keluar di persimpangan Jalan Pandan Utama (papan tanda Mahkamah Ampang, Hospital Ampang dan Menara MPAJ). Jika anda memandu dari arah selatan (Sungai Besi) ke arah utara (Gombak), ambil MRRII dan buat satu pusingan-U selepas Tesco Ampang, kemudian keluar di persimpangan Jalan Pandan Utama.

Kawasan-kawasan yang disediakan untuk parkir akan diumumkan pada hari Sabtu, 26 Mac 2016. Sekretariat Penganjur menyediakan 50 orang pembantu trafik untuk membantu parkir.

Orang ramai digalakkan hadir seawal mungkin memandangkan kemungkinan trafik yang sesak.

    ii.        Masa dan Acara
Program akan dimulakan tepat jam 8 malam dan dihentikan selewat-lewatnya 1130 malam. Sekretariat Penganjur telah menghantar surat kepada Prasarana Malaysia untuk melanjutkan tempoh masa operasi keseluruhan LRT sehingga 1230 malam pada hari itu.

Acara akan diselang selikan dengan ucapan pendek pimpinan/tokoh/aktivis, nyanyian, sajak dan video ke arah kemuncak ucapan-ucapan pimpinan utama menjelang jam 1045 malam.

   iii.        Lagu Tema
Saudari Wan Aishah Wan Ariffin (Aishah) akan mendendangkan satu lagu patriotik yang disusun semula khas untuk Muafakat Selamatkan Malaysia. Satu lagu baru akan dilancarkan kemudian sebagai "single" bersama-sama dengan lagu patriotik ini dan dijual kepada orang ramai.

   iv.        Kehadiran pimpinan
Jemputan telah dihantar kepada pimpinan politik dari Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan PAS. Jemputan juga dihantar kepada aktivis reformasi, penggiat media, sasterawan, pimpinan NGO dan lain-lain. Senarai penuh kehadiran akan diedarkan kepada media dan orang ramai pada hari Ahad, 27 Mac 2016.

     v.        Keselamatan dan Petugas
Selain dari 50 pembantu trafik, kelancaran dan keselamatan program akan dibantu oleh 100 orang petugas dari Skuad AMK, ARIF dan sukarelawan dari Pandan.

Saya menyeru seberapa ramai rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan bersetuju dengan misi Selamatkan Malaysia untuk turun beramai-ramai menyertai Muafakat Selamatkan Malaysia di Padang MPAJ, Pandan Indah pada 28 Mac 2016 ini. Moga ia menjadi pencetus kepada gelombang kebangkitan rakyat yang boleh menyedarkan Najib bahawa masa untuk beliau berundur sudah sampai.


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN-------

RASUAH UMRAH

Posted: 24 Mar 2016 10:00 PM PDT







LAWAK SERAM
JUAL AGAMA
JUAL LONGGOK


















Laporan SPRM 'Khairy taja umrah Pemuda Umno' ditangguh


Pemimpin akar umbi Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail hari ini menangguhkan hasratnya untuk membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Syed Rosli menaklumkan kepada Malaysiakini bahawa dirinya tidak sihat dan akan membuat laporan pada hari lain.
Penolong Setiausaha Pemuda Umno, Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Selangor itu dijadualkan membuat laporan berkenaan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pagi ini
KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
tetiba abang kita ini sakit perut
kah kah kah
tetiba abang kita ini sakit
kah kah kah
ini mesti kena bomoh
kah kah kah
bomoh bawak beg
kah kah kah
soalan nya bomoh mana?
kah kah kah
hari senin ini abang ok ke?
sakit lagi ke?
kah kah kah
sila ambil tai tai kam
MAT PUTAR ALAM



------------

BANK NEGARA TERUSKAN LAGI

Posted: 24 Mar 2016 09:00 PM PDT









PERANG BERTERUSAN
PERANG BELUM BERHENTI




Bank Negara akan teruskan tindakan terhadap 1MDB

1MDB dilapor mengabaikan arahan Bank Negara untuk mengemukakan bukti bahawa syarikat pelaburan negara itu tidak dapat membawa pulang dana AS$1.83 bilion yang berada di luar negara.
Menurut Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz, 1MDB tidak memberikan sebarang alasan
"Mereka (1MDB) tidak mematuhi arahan, (oleh itu) bank pusat itu akan mengambil tindakan penguatkuasaan pentadbiran yang sesuai seperti yang dibenarkan oleh undang-undang di mana bank beroperasi," katanya pada sidang media hari ini.
Sehubungan itu, katanya, Bank Negara sedang meneruskan "tindakan penguatkuasaan pentadbiran yang sesuai" terhadap 1MDB kerana tidak mengemukakan bukti berkenaan.
Walau bagaimanapun, ini (tindakan susulan) memerlukan kelulusan Jabatan Peguam Negara sebelum sebarang tindakan boleh diambil terhadap 1MDB, katanya.
"Bank Negara merancang untuk mengemukakannya (cadangan untuk tindakan)," kata beliau.
KAH KAH KAH
woit
gwa sudah royak
perang belum tamat
kah kah kah
perang belum selesai
kah kah kah
perang berteruan
kah kah kah
FBI BILA SAMPAI?


---------------

YA AMPOOON YA NA NA

Posted: 24 Mar 2016 08:18 PM PDT




YA AMPOOON
YA MAULANA
YA HA BIBI
YA  NA NA


Ku Li meterai Deklarasi Kelantan sokong Najib sebagai PM

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menandatangani Deklarasi Kelantan bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahaginya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Tengku Razaleigh sebentar tadi menandatangani Deklarasi Kelatan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Najib Razak," kata Ketua Penerangan Umno Kelantan,  Annuar Musa dalam Facebook.


KAH KAH KAH
TERGOLEK DOG
KAH KAH KAH


----------

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Selangor rangka pelan induk air, jamin kelangsungan bekalan 50 tahun

Posted: 25 Mar 2016 05:58 AM PDT

OLEH: NAZLI IBRAHIM


RAWANG: Kajian Sumber, Pembekalan, Permintaan dan Pengagihan Air Untuk Selangor dirangka bagi memastikan bekalan air di negeri itu mencukupi sehingga 50 tahun akan datang.

Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kajian dijadikan sebagai pelan induk itu dijalankan syarikat perunding lantikan Kerajaan Negeri.

AZMIN

"Kerajaan Negeri sudah pun melantik perunding untuk membuat kajian terperinci mengenai kajian ini untuk dijadikan pelan induk atau 'blue print' pembekalan air.

"Kita pasti dengan kajian ini nanti, Kerajaan Negeri dapat memastikan sumber baru untuk kegunaan masa depan dan semua sistem agihan sedia ada serta merealisasikan matlamat mewujudkan sistem agihan efektif," katanya.

Mohamed Azmin berkata demikian pada Majlis Penyerahan Mitigasi 2 kepada Kerajaan Selangor di Rumah Pam Matang Pagar, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut matlamat mewujudkan sistem agihan efektif, Mohamed Azmin berkata sistem agihan penyambungan saling (interconnection) diperlukan berikutan kecekapannya memastikan bekalan air tidak terjejas sekiranya Loji Rawatan Air (LRA) henti tugas kerana LRA lain dapat menampung bekalan air yang diperlukan.

Katanya lagi, selain merangka pelan induk, Kerajaan Negeri juga akan menjalankan kempen kesedaran penggunaan air dengan berhemah yang akan dilancarkan pada Ahad ini.-nR-


Johor Harap Kerajaan Persekutuan Pertimbang Ganti Tambak Johor

Posted: 25 Mar 2016 05:51 AM PDT


tambak johor
Tambak Johor


JOHOR BARU: Kerajaan negeri Johor berharap Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan cadangan Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar agar Tambak Johor digantikan.

Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Ismail Karim akan menyerahkan perkara itu kepada Kerajaan Persekutuhan kerana ia melibatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.

Beliau berkata, cadangan Sultan Ibrahim untuk menggantikan Tambak Johor dengan terowong atau jambatan ayunan adalah baik kerana ia akan menambah baik aliran perairan di Selat Johor.

Ismail berkata, beliau berharap isu berkenaan dapat dibincangkan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong di Putrajaya pada Mei ini.

Pecat Tun M dari jawatan umpama ‘membunuh diri’

Posted: 25 Mar 2016 05:46 AM PDT




DETIK DAILY


KUALA LUMPUR : Veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid berpendapat, langkah memecat Tun Dr Mahathir Mohamad dari jawatan yang masih dipegangnya di Yayasan Kepimpinan Perdana dan Proton diibaratkan seperti mahu `membunuh diri'.

Beliau berkata, tindakan itu akan membolehkan bekas Perdana Menteri itu 'bebas untuk menjelajah.Pada pendapat saya, Mahathir tak peduli pun, tak rugi pun (dipecat). Kalau beliau tidak mempunyai apa-apa posisi, dia bebas menjelajah


"Sekarang beliau terpaksa kerja. Mahathir ini, jenis orang yang suka bekerja, kalau awak bagi dia kerja, dia kerja. Memecat Mahathir dari posisi yang dipegang umpama bunuh diri kerana beliau mempunyai tujuh hari untuk `berjalan'," katanya dalam satu wawancara bersama Free Malaysia today di pejabatnya kelmarin.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai langkah yang akan terjadi sekiranya kerajaan memecat Dr Mahathir daripada jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan yang masih disandangnya itu.
 
Awal bulan ini, kerajaan bertindak memecat jawatan Dr Mahathir sebagai Pengerusi Petronas kerana penglibatannya dalam Deklarasi Rakyat.

Dalam pada itu, bekas Menteri Besar Kedah itu turut percaya pemecatan Dr Mahathir sebagai Pengerusi Petronas akan memberikan impak yang negatif kepada badan berkaitan kerajaan tersebut.

Katanya, mana-mana individu yang menggantikan Dr Mahathir sebagai Pengerusi Petronas tidak mampu melakukan apa yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu kerana beliau telah melakukan banyak sumbangan kepada syarikat berkenaan.

"Pastikan sahaja, penggantinya tidak memberikan konsesi milik Malaysia kepaada negara lain," ujarnya.
Sanusi turut ditanya pihak yang dikhabarkan akan menjadi Pengerusi Petronas iaitu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah.

"Secara tradisi, Pengerusi Petronas ialah bekas Perdana Menteri dan hanya ada dua bekas Perdana Menteri lepas ni Pak Lah paling layak.

"Mungkin selain Pak Lah, Najiblah yang paling layak jika dia diturunkan," sindirnya
 
 

Sarawak: BN tukar calon sedia ada, tidak yakin menang DUN Layar

Posted: 25 Mar 2016 05:41 AM PDT

geraldrogeranding

Oleh Hafiz Zainuddin


BETONG: Pengunduran Adun Barisan Nasional bagi kawasan DUN Layar, Tan Sri Alfred Jabu, untuk digantikan dengan anaknya Gerald Rentap, adalah amalan politik keluarga yang menyebabkan BN semakin tidak popular dan hilang sokongan pengundi setempat.

Berikutan gagal mendapat sokongan penuh rakyat setempat, BN menggunakan taktik lama dengan kempen menakut-nakutkan dan ugutan akan menarik semula projek dan subsidi jika tidak bersetuju dan menyokong mereka, kata calon berpotensi DAP untuk DUN Layar, Gerald Roger Anding.

Jelas beliau, taktik jahat BN itu berbeza dengan perkhidmatan yang diberikan DAP melalui banyak program dan aktiviti seperti projek air graviti, kem-kem kesihatan percuma, kelas membaca dan sebagainya.

"Pendekatan DAP ini memberikan kesan yang positif. Kebanyakan golongan muda sudah tidak percayakan BN tetapi golongan berusia masih yakin dengan BN. Tetapi sejak DAP aktif di Layar, golongan berusia juga telah ramai menunjukkan sokongan kepada kita," katanya kepada Roketkini.com.

DUN Layar diwakili oleh Jabu yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak selama sembilan penggal, namun masih banyak masalah dan janji tidak ditunaikan.

Menurut Gerald, pengumuman Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, yang mengesahkan kerusi Layar akan diisi oleh anak Jabu, menguatkan lagi spekulasi bahawa kedudukan BN di Layar semakin tidak popular.

"Terlalu banyak janji Jabu dalam pilihanraya lalu yang belum ditunaikan seperti janji membuat jalan, bekalan air dan elektrik untuk rumah-rumah panjang di kawasan hulu," katanya.

Pengerusi DAP Betong itu mendedahkan, pembangunan kemudahan infrastruktur yang sangat perlahan ini menyebabkan penduduk Layar bosan dan semakin curiga dengan setiap janji yang ditaburkan BN.

"Selain projek infrastruktur, satu contoh yang saya boleh beri seperti projek stesen pertanian Layar yang sepatutnya membantu golongan petani tempatan.

"Malangnya, kita tidak nampak aktiviti yang benar-benar dilaksanakan dan banyak stesen pertanian terutamanya di bahagian hulu telah ditutup," ujar beliau. – Roketkini.com


DAP seru badan kehakiman selesai segera saman Mahathir terhadap Najib

Posted: 25 Mar 2016 05:40 AM PDT

lim-lip-eng21

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Mahkamah dan badan peguam diseru menyelesaikan segera kes saman yang difailkan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas dakwaan mengingkari tanggungjawab fiduciari dan pelanggaran undang-undang sebagai penjawat awam.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, berkata rakyat meletakkan harapan terakhir kepada badan kehakiman bagi menyelesaikan kes itu dengan segera serta masih percaya bahawa ia mampu mendedahkan kebenaran berkenaan skandal tersebut.

Saman itu dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua bekas pemimpin UMNO yang  mendakwa Najib cuba menjejaskan siasatan-siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion ke akaun peribadinya.

"Tiga bekas pemimpin UMNO itu sedang melakukan apa yang terbaik untuk rakyat Malaysia yang selari dengan undang-undang bagi menyelamatkan negara ini.

"Ia membuktikan bahawa mereka dan seluruh rakyat Malaysia yang lain, termasuk saya, masih yakin dengan badan kehakiman walaupun banyak dakwaan mengatakan mahkamah lebih memihak kepada golongan yang berpengaruh," kata Lip Eng dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, kes itu perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan Najib dan kerajaan UMNO-BN terus cuba menutup skandal berkenaan dan menghalang rakyat dari mempersoalkannya sehingga tamat pilihanraya umum ke-14.

"Saya bimbang jika saman ini mengambil masa yang panjang di mahkamah, Najib sebagai defendan boleh terus menolak semua persoalan tentang dua skandal itu daripada dibincangkan.

"Saya hampir pasti juga bahawa calon-calon BN dalam pilihanraya negeri Sarawak akan datang bakal menggunakan saman ini sebagai justifikasi untuk melarikan diri daripada soalan-soalan berkaitan dua skandal tersebut.

"Malah, ia akan turut memberi kesan kepada media kerana terpaksa lebih berhati-hati melapor isu itu untuk mengelak dari masalah undang-undang yang tidak diingini disebabkan tindakan saman ini, termasuk semasa kempen PRU14 akan datang," katanya.

Kegagalan menyelesaikan kes itu dengan segera, katanya, turut mampu menyebabkan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dihentikan pada bila-bila masa, justeru beliau menggesa mahkamah dan badan peguam menyelesaikan kes itu secepat mungkin. – Roketkini.com


Ahli Parlimen DAP dakwa SPRM serbu pejabat Lim

Posted: 25 Mar 2016 05:34 AM PDT

MALAYSIAKINI




Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik hari ini mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengubah rancangan dan memilih "menyerbu" Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang di tingkat 28, bangunan Komtar, semalam.

Menurut Ng, sehari sebelum itu, SPRM melalui satu kenyataan media menjemput Lim Guan Eng untuk "datang pada bila-bila masa" untuk membantu dalam siasatan berkaitan pembelian sebuah banglo milik ketua menteri itu pada RM2.8 juta di Jalan Pinhorn.

"Tetapi keesokan harinya, pegawai SPRM mengubah rancangan mereka dan memilih untuk menyerbu pejabat KM di tingkat 28, Komtar.

"Mengapa SPRM berdolak-dalih dengan cara supaya Lim membantu siasatan?" soal Ng yang juga adalah setiausaha publisiti DAP negeri, dalam satu kenyataan hari ini.

Malaysiakini berada di pejabat Lim sekitar jam 3 petang semalam tetapi gagal melihat dua pegawai SPRM yang datang ke pejabat ketua menteri itu.

Mereka beredar pada kira-kira jam 5 petang.

Kedua-dua pegawai itu dipercayai meneliti beberapa dokumen yang berkaitan dengan banglo kontroversi yang didakwa dibeli Lim di bawah harga pasaran.

Ini adalah lawatan kedua bagi kakitangan SPRM juga telah mengunjungi pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada Isnin lalu.

Walau bagaimanapun, Lim ketika itu masih di Kuala Lumpur bagi menghadiri sesi sidang Dewan Rakyat dan hanya pulang ke Pulau Pinang hari ini untuk mesyuarat dengan semua wakil rakyat DAP.

Polis belum terima notis anjur himpunan pada 2 April desak Najib letak jawatan

Posted: 25 Mar 2016 05:28 AM PDT

BERNAMA


 Hari Peringatan Polis ke 209 hari ini. Hari Peringatan Polis ke 209 hari ini.Polis masih belum menerima notis lengkap daripada penganjur perhimpunan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan yang dijadualkan di ibu negara, 2 April ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak penganjur harus mengikuti peraturan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Mana-mana pihak yang ingin membuat perhimpunan harus memaklumkan pihak polis terlebih dahulu.

"Sekiranya tidak ada notis lengkap, pihak polis akan mengambil tindakan tegas sekiranya mana-mana pihak cuba melanggar akta ini," katanya kepada pemberita selepas turut sama menyertai Program 'Trim & Fit' PDRM sempena Hari Peringatan Polis ke 209 hari ini.

Pakatan Harapan mengumumkan rancangan mengadakan perhimpunan bagi menuntut peletakan jawatan perdana menteri pada 2 April ini di Dataran Merdeka.
 

Mengulas mengenai perhimpunan tertutup yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam, Ahad ini, Khalid berkata pemantauan akan dibuat dan sekiranya didapati terdapat ucapan yang berbaur hasutan, tindakan akan diambil.

Pas-Ikatan: 'Pembesar suara' parti kecil sertai blok politik ketiga, kata Mohd Zuhdi

Posted: 25 Mar 2016 05:26 AM PDT

MALAYSIA DATELINE


Dr Mohd Zuhdi MarzukiDr Mohd Zuhdi MarzukiBlok ketiga yang menggabungkan Pas dan Ikatan akan menjadi 'pembesar suara' kepada parti-perti kecil, badan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh-tokoh perseorangan, kata Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Beliau menjangkakan lebih banyak parti, badan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh perseorangan akan menyertai blok ketiga.

Penyertaan kumpulan-kumpulan tersebut katanya akan menjadikan blok ini 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah' dengan blok-blok yang lain, malah berkemungkinan ia akan menjadi lebih besar.

"Pembentukan blok Ketiga ini, biarpun dipandang sinis oleh pihak-pihak tertentu, diyakini akan menjadi 'pembesar suara' kepada parti-parti kecil, NGO dan tokoh perseorangan.

"Sebelum ini, suara kumpulan dan toko ini yang mewakili pelbagai latar belakang masyarakat tidak begitu didengari disebab jangkauan mereka yang begitu terbatas. Dengan wujudnya blok ketiga suara mereka akan menjadi bergema dan sekaligus memberi manfaat kepada masyarakat yang diwakili," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zuhdi juga, keterbukaan Pas untuk duduk semeja dengan mana-mana kumpulan dan tokoh yang mewakili pelbagai latar belakang masyarakat adalah satu usaha untuk mengangkat suara mereka di peringkat nasional.

Kemunculan kumpulan-kumpulan ini ujarnya, mungkin dianggap sifar oleh sesetengah pihak, tetapi apabila suara-suara mereka digabungkan ia akan bergema.

"Blok-blok politik yang angkuh perlu diingatkan keangkuhan mereka boleh sahaja diranapkan oleh kuasa sifar, kerana sebarang angka yang didarabkan dengan sifar akan menjadi sifar pula," tegasnya.

Beliau menambah, daripada pemerhati PPP, selepas pilihan raya umum ke-13 PRU ke 13, muncul banyak parti kecil yang mewakili pelbagai segmen masyarakat dan dianggarkan tidak kurang dari 20 parti baru telah didaftarkan sejak 2013.

"NGO dan tokoh-tokoh perseorangan di Malaysia juga semakin mempunyai pengaruh yang cukup besar untuk mencorakkan landskap politik Malaysia. Meskipun NGO dan tokoh perseorangan tidak menyertai politik secara langsung, tetapi suara mereka mula bergema sehingga memungkinkan ia merubah corak dan budaya politik dalam negara ini.

"Contoh yang paling menonjol hari ini ialah gabungan ratusan NGOs dan puluhan tokoh-tokoh perseorangan di bawah Kongres Rakyat yang tampil memperjuangkan isu-isu nasional seperti Perjanjian Perkongsian Trans pasifik (TPPA) dan Sistem Dwi Bahasa (DLP)," katanya.

Pada 16 Mac lalu, Pas mengumumkan permuafakatan baharu bersama Ikatan yang dipimpin bekas menteri Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sebuah sekretariat akan diwujudkan antara Pas dan Ikatan yang disertai kepimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk merangka dan berbincang agenda kerjasama berkenaan.

Pas umum calon PRN Sarawak 6 April di Bintulu

Posted: 25 Mar 2016 05:23 AM PDT

MALAYSIA DATELINE


Ketua Pengarah Pilihanrayanya Datuk Mustafa AliKetua Pengarah Pilihanrayanya Datuk Mustafa Ali

Pas dijangka mengumumkan senarai calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada 6 April ini.

Menurut Ketua Pengarah Pilihanrayanya Datuk Mustafa Ali pengumuman calon-calon itu akan dibuat oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Memetik dari laporan Harakahdaily, pengumuman itu akan dibuat di Bintulu bermula jam 8.00 malam.

Pas meletakkan calon di 11 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada PRN kali ini iaitu Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem pada 29 Januari lalu memilih untuk mengadakan PRN pada 30 April, manakala tarikh penamaan calon 18 April.

Bagaimanapun, keputusan mengenai tarikh penting itu terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pada 20 Mac lalu, Adenan menyatakan bahawa beliau akan menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dalam tempoh terdekat ini bagi menentukan tarikh pembubaran DUN yang sesuai.

Bagaimanapun, Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri enggan mendedahkan tarikh pertemuan berkenaan akan diadakan.

"Selepas ini, saya akan menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud bagi menasihati beliau pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak tidak lama lagi.

Dr Vida diberi amaran patuhi peraturan di kawasan teknikal

Posted: 25 Mar 2016 05:18 AM PDT

BERNAMA


Terdapat beberapa peraturan perlu dipatuhi Dr Vida ketika berada di bangku simpanan, termasuk memakai pakaian berbeza daripada pemain yang beraksi di padang.Terdapat beberapa peraturan perlu dipatuhi Dr Vida ketika berada di bangku simpanan, termasuk memakai pakaian berbeza daripada pemain yang beraksi di padang.

Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Seri Dr Hasmiza Othman diberi amaran agar mematuhi peraturan ketika berada di kawasan teknikal bagi menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan The Red Warriors.

Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) Kevin Ramalingam berkata terdapat beberapa peraturan perlu dipatuhi ketika berada di bangku simpanan, termasuk memakai pakaian berbeza daripada pemain yang beraksi di padang.

"Beliau perlu mematuhi peraturan di kawasan teknikal seperti elakkan menggunakan telefon bimbit, pakaian tidak boleh sama dengan yang dipakai oleh pemain di padang, itu sebab pemain yang berada di bangku simpanan memakai bib agar tidak sama dengan rakan sepasukan yang sedang beraksi.

"Selain itu, beliau tidak boleh meninggalkan kawasan teknikal untuk bertemu dengan penyokong dan perkara-perkara seumpama itu. Ia adalah peraturan biasa dalam bola sepak yang perlu dipatuhi," katanya kepada Bernama.

Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida, dikatakan berselfie bersama pemain di kawasan teknikal.
Kevin menegaskan bahawa Hasmiza mungkin tidak dibenarkan memasuki kawasan teknikal jika terus melanggar peraturan-peraturan tersebut.

"Jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, maka kami tiada pilihan bagi memastikan tiada sesiapa melanggar peraturan. Kami memang inginkan sesuatu yang menghiburkan tetapi tidaklah sampai ke tahap ini, yang menjejaskan peraturan," katanya.

Kevin berkata Dr Vida dibenarkan memasuki kawasan teknikal menerusi pendaftaran oleh Kafa sebagai pegawai pasukan, dan FMLLP selaku entiti swasta yang menguruskan Liga Malaysia (Liga M) sejak awal musim ini, akur berdasarkan peraturan itu

Saman Tun M terhadap Najib 'tidak kemana' - Peguam

Posted: 25 Mar 2016 05:15 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyaman Datuk Seri Najib Razak untuk menuntut ganti rugi akibat cuai dalam menjalankan tugasnya sebagai Perdana Menteri, 'tidak akan kemana'.
 
Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berpandangan saman berjumlah RM2.6 juta yang difailkan semalam itu akan ditolak sebelum sempat ia dibicarakan.
 
"Tun M (Mahathir) memang berhak untuk menyaman. Namun untuk kes ini dibicarakan (bagaimanapun) meritnya di mahkamah, saya tidak rasa Tun M mempunyai 'locus standi'.
 
"Besar kemungkinan kes ini akan ditolak dari peringkat awal tanpa ia sempat mendengar merit kes ini (di mahkamah)," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
 
Mengulas mengenai locus standi, Mohd Khairul berkata Mahathir bukanlah individu yang terkesan secara langsung atas dakwaan yang dikemukakan terhadap Najib.
 
"Walaupun kelihatan tuntutan Tun M sebagai sesuatu yang logik dan berasas, tetapi beban pembuktian dan memenuhi keperluan undang-undang untuk meneruskan saman ini sangat berat dan sukar. 
 
"Hanya keajaiban yang memungkinkan ia boleh diteruskan sehingga ke peringkat perbicaraan penuh.
 
"'Locus standi' adalah hak untuk mengemukakan saman. Seseorang yang berhak untuk saman adalah seseorang yang terkesan secara langsung dengan sesuatu kejadian berkenaan. 
 
"Tun M mendakwa PM cuai dalam tugasnya, maka beliau kena buktikan kecuaian itu telah mendatangkan kesusahan dan kerugian secara langsung terhadap dirinya," kata Mohd Khairul lagi.
 
Hujah itu senada dengan reaksi yang diberikan oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menyatakan Mahathir tidak mempunyai 'locus standi' untuk berbuat demikian.
 
Malah beliau juga menyifatkan tindakan Mahathir itu sekadar gimik untuk meraih publisiti.
 
Semalam Mahathir dan bekas ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin dan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan mengemukakan saman terhadap Najib.
 
Mereka mendakwa Najib melanggar kewajipan fidusiari dan misfeasans dalam jawatan awam, dengan didakwa mengkompromikan pelbagai siasatan terhadapnya berhubung dengan skandal 1MDB.
 
Ketiga-tiga individu ini, yang merupakan antara individu yang bersetuju dan menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.
 
 

Pak Lah Penasihat Petronas baharu

Posted: 25 Mar 2016 05:09 AM PDT

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Abdullah menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditamatkan perkhidmatan sebagai Penasihat Petronas oleh Jemaah Menteri pada 11 Mac lalu.


Abdullah-Badawi-Petronas


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang baharu.

Pelantikan yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri itu akan berkuat kuasa 1 April ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Abdullah menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditamatkan perkhidmatan sebagai Penasihat Petronas oleh Jemaah Menteri pada 11 Mac lalu.

"Keputusan menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibuat oleh kabinet kerana beliau tidak lagi mendukung kerajaan yang sedia ada, khususnya dalam melancarkan 'Deklarasi Rakyat' bersama pemimpin pembangkang," kata Najib dalam satu kenyataan, lapor Bernama.

Pada 11 Mac lalu Jemaah Menteri sebulat suara menamatkan pelantikan Mahathir sebagai penasihat Petronas kerana berpendapat beliau tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada dan beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan.

‘Sayang ibu’ ungkapan akhir anak angkat kepada Zainun

Posted: 25 Mar 2016 05:07 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Muhammad Asyraaf Abdullah meninggal dunia setelah terperangkap di dalam sebuah kereta rosak milik bapanya, semalam.


Muhammad Asyraaf Abdullah


LANGKAWI: 'Sayang ibu' menjadi ungkapan terakhir diingati Zainun Mohamad, 38, yang diucapkan anaknya, Muhammad Asyraaf Abdullah yang meninggal dunia setelah terperangkap di dalam sebuah kereta rosak milik bapanya di sini, semalam.

Zainun, 38, berkata Muhammad Asyraaf, 4, meluahkan perkataan itu pada malam sebelum arwah hendak tidur dan tidak menyangka ia akan menjadi petanda, anak angkatnya itu akan meninggalkannya buat selama-lamanya.

"Beberapa hari ini pun Asyraaf nampak lebih manja dan minta disuapkan kalau nak makan," katanya dalam keadaan sebak ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Kelibang di sini.

Menurutnya, dia berada di tempat kerja di sebuah kompleks beli-belah di sini, apabila beliau menerima panggilan telefon dari suaminya, Ariffin Zainuddin, 43, pada jam 4 petang semalam, mengatakan anaknya tidak sedarkan diri selepas terperangkap di dalam kereta yang terletak bersebelahan rumah mereka.

"Asyraaf dibawa ke hospital dan apabila saya tiba di sana, saya diberitahu anak saya sudah tiada lagi," katanya.

Zainun berkata, Muhammad Asyraaf biasanya ditinggalkan bersama pengasuh sekiranya beliau bekerja, namun setelah Ariffin tidak bekerja sejak beberapa bulan lepas, arwah tinggal bersama-sama suaminya.

"Arwah ni memang jenis anak yang aktif dan sebelum ini pun saya memang nampak dia selalu bermain dalam kereta yang rosak tu tapi tak ada apa-apa yang berlaku," katanya.

Meminati karektor animasi Ultraman, Muhammad Asyraaf katanya suka dibawa ayahnya bersiar-siar dan pernah berkata: "Kita jalan dan sembang jauh-jauh".

Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di sini malam tadi. Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Nor Saidi Nayan turut menziarahi keluarga Zainun dan menyerahkan sumbangan kepadanya.
-BERNAMA

Ibrahim Ali gembira disamakan dengan Donald Trump

Posted: 25 Mar 2016 05:03 AM PDT

 
Ibrahim tidak menduga Nur Jazlan mengiktirafnya sama dengan calon presiden Amerika Syarikat mewakili Republikan itu.


ibrahim ali


PETALING JAYA: Datuk Ibrahim Ali gembira Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyamakannya dengan calon presiden Amerika Syarikat mewakili Republikan, Donald Trump.

Pengiktirafan itu sesuatu yang tidak diduga sama sekali.

"Ini juga membantu meningkatkan nama negara Malaysia menjadi lebih terkenal. Saya sungguh-sungguh teruja dan memang saya kagum dengan Donald Trump kerana Donald Trump bukan manusia hipokrit," kata Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) itu menerusi satu kenyataan.

Jazlan menyamakan Ibrahim Ali dengan Donald Trump di satu majlis pelancaran zamalah perpaduan belia Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), hari ini.

Jazlan melahirkan rasa terkejut seorang rasis dan kurang cerdik seperti Donald terpilih mendahului penamaan calon presiden mewakili Republikan.

"Donald Trump juga tidak pernah cakap depan lain dan belakang lain," jawab Ibrahim; "Dia tidak malu memperkata sesuatu apa yang dia fikir betul. Tidak berpura-pura dan tidak pembohong."

Ibrahim sempat berseloroh dengan menggelarkan Donald Trump: Ibrahim Ali of America.

"Ertinya Donald Trump adalah tokoh tidak hipokrit dan saya – Ibrahim Ali – sudah lama mengguna moto perjuangan anti-hipokrit. Saya baru edar pelekat 'reject hypocrite'," katanya.

MARA beri diskaun 50% bayar balik pinjaman pendidikan

Posted: 25 Mar 2016 04:59 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Diskaun diberikan bagi mengalakkan peminjam membuat bayaran balik





PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memberikan diskaun sebanyak 50 peratus kepada peminjam pendidikan Mara yang telah membuat pinjaman pada 2010 dan tahun-tahun sebelumnya.

Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata pemberian diskaun itu mengikut jumlah baki pinjaman yang belum dijelaskan dan perlu dibayar dalam satu bayaran dan tawaran ini untuk tempoh setahun bermula April ini.

"Sedikit sebanyak Mara dapat manfaat supaya hutang lama itu dapat dibayar, kita boleh gunakan wang itu untuk membiayai pelajar sekarang," katanya kepada pemberita selepas menjadi ahli panel dalam Program PERSADA CityTalk bertajuk 'Perumahan Mampu Milik Generasi Masa Depan' di Kompleks Tabung Haji, di sini hari ini.

Annuar berkata diskaun itu diberikan kerana peminjam pada masa itu tidak mendapat potongan apabila membuat bayaran berbanding peminjam selepas tahun 2010, di samping menggalakkan peminjam untuk membuat bayaran balik.

Dalam perkembangan lain, Annuar berkata kredibiliti Mara tidak terjejas ekoran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap anak syarikatnya Mara Incorporated Sdn Bhd.

Beliau berkata siasatan itu adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan tidak perlu timbul sebarang spekulasi.

Pada 18 Mac lepas, Annuar menyerahkan beberapa maklumat terkini berkaitan pembelian hartanah di Melbourne, Australia oleh anak syarikatnya Mara Incorporated Sdn Bhd kepada SPRM bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Ia berhubung dakwaan terhadap beberapa pegawai tinggi Mara dan seorang bekas ahli politik telah membelanjakan jutaan ringgit dana kerajaan Malaysia untuk membeli sebuah blok pangsapuri yang dikenali Dudley International House di Melbourne.– BERNAMA

Pandikar selar Azalina pikul kuasa speaker

Posted: 25 Mar 2016 04:55 AM PDT

Zulaikha Zulkifli

   


Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyelar tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman kerana didakwa mendahului kuasanya berhubung halangan soalan berkaitan RM2.6 bilion tidak boleh dibangkitkan di Dewan Rakyat kerana dianggap subjudis.

Menurut Pandikar, tindakan yang dilakukan Azalina itu dilihat cuba melangkaui atau 'pre-empt' kuasanya sebagai seorang speaker.

"Di sini, menteri telah pre-empt isu ini. Anda memikul kuasa speaker yang mana ia salah. Jadi, jangan ada mana-mana menteri yang mengulanginya. Itu adalah kuasa speaker.

"Kalau tidak, menteri-menteri ini orang anggap telunjuk speaker," katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.
Minggu lalu, Azalina berkata, soalan berhubung 'derma politik' RM2.6 bilion yang berada di akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lagi boleh dibangkitkan di Parlimen.

Beliau berkata ini kerana perbincangan itu adalah subjudis berikutan semakan kehakiman yang difailkan oleh Badan Peguam Malaysia terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Badan Peguam mengheret Apandi ke mahkamah kerana keputusannya untuk tidak meneruskan dakwaan terhadap Najib dan 'membersihkan' perdana menteri daripada sebarang salah laku berhubung sumbangan RM2.6 bilion dan dana RM42 juta milik SRC International.
Tiada niat ambil alih tugas speaker

Sementara itu, Azalina dalam kenyataan media selepas itu berkata beliau tiada niat langsung untuk mengambil alih tugas Speaker Dewan Rakyat.

"Kenyataan saya sebelum ini pada 16 dan 17 Mac 2016 adalah atas kapasiti sebagai Menteri yang bertanggungjawab menjawab isu berkaitan RM2.6 Bilion.

Katanya tuduhan pembangkang adalah tidak benar kerana kerajaan telah menjawab isu berkenaan di parlimen melalui pernyataan menteri pada 3 Disember tahun lalu

Katanya lagi, jawapan bertulis diberikan sebanyak enam kali kepada pertanyaan-pertanyaan di Dewan Rakyat pada 8, 9, 10 dan 15 Mac 2016 iaitu sehari sebelum Majlis Peguam memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.



"Keadaan ini dikuatkan lagi apabila Tun Dr. Mahathir turut memfailkan writ saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," katanya.


Dr M: Saya terkesan dengan penyalahgunaan Najib

Posted: 25 Mar 2016 01:37 AM PDT

Hafiz Yatim





Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa beliau secara peribadi terjejas dengan dakwaan proses hukum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam penyata tuntutan 37 muka surat itu, beliau dan dua lagi pihak lain yang memfailkan sama ke atas perdana menteri, Mahathir berkata siasatan polis terhadapnya dan penyingkirannya sebagai penasihat Petronas adalah contoh penyalahgunaan itu.

Mahathir berkata, beliau secara terbuka mengisytiharkan penarikan balik sokongannya kepada Najib dan membidas perdana menteri kerana "penyalahgunaan proses hukum" semasa perhimpunan BERSIH 4, tahun lalu.




"Berikutan itu, saya telah disoal-siasat oleh polis pada 6 November, di mana polis turut mengesahkan bahawa saya pada ketika itu sememangnya disiasat atas tuduhan kononnya mengeluarkan kenyataan yang bersifat fitnah ketika kehadirannya dalam perhimpunan BERSIH 4.0.

"Saya juga sering dan berterusan menulis di weblognya di www.chedet.cc di mana saya menyuarakan teguran dan bidasan terhadap salah laku Najib dalam isu 1MDB dan skandal-skandal berkaitan,
termasuklah pemberhentian mengejut dan mendadak Peguam Negara pada ketika itu, Tan Sri Abdul Gani Patail dan perlantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai penggantinya.

"Dalam satu tulisan, saya menyatakan bahawa Apandi tiada kredibiliti bagi melepaskan Najib daripada sebarang tuduhan jenayah dan salah laku yang timbul daripada siasatan terhadap salah laku jenayah berkaitan RM2.6 bilion dan jumlah-jumlah lain daripada SRC International yang dimasukkan ke dalam akaun-akaun peribadi bank Najib Razak," katanya.

Semenjak itu, Mahathir berkata, beliau sekali lagi dituduh memfitnah Apandi dan diambil keterangan oleh polis pada 24 Februari lalu.

Mengenai Petronas, beliau memetik keputusan kabinet untuk menyingkirkannya dari jawatan itu.

"Pada 11 Mac lalu, Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan suatu kenyataan bahawa memandangkan saya kini tidak lagi menyokong pentadbiran kerajaan yang memerintah kini, maka kabinet sebulat-suara memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan saya sebagai penasihat Petronas," katanya.

Mahathir bersama bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Umno Langkawi Anina Saadudin menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta kerana kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam.

Mahkamah arah defendan, termasuk IGP bayar RM414k

Posted: 25 Mar 2016 01:34 AM PDT

MALAYSIAKINI




Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan defendan, termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk membayar ganti rugi kepada keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati terkena tembakan polis enam tahun lalu.

"Hakim memutuskan bahawa plaintif (ibu dan kakak Aminulrasyid) berjaya membuktikan bahawa defendan bertanggungjawab terhadap kematian Aminulrasyid.

"Dalam erti kata lain, plaintif berjaya memenangi kes terhadap kerajaan berhubung tembakan polis yang membunuh Aminulrasyid enam tahun lalu," kata peguam N Surendran kepada pemberita selepas keputusan itu diumumkan oleh Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.

Ganti rugi RM414,800 termasuk RM100,000 bagi kemungkiran awam yang dilakukan oleh Khalid yang ketika itu Ketua Polis Selangor.

Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos RM50,000.

Saman berkenaan difailkan pada 17 April 2013 oleh kakak remaja itu, Nor Azura, 46, atas kapasiti sebagai pentadbir harta Aminulrasyid, bersama ibunya, Norsiah Mohamad, 67, masing-masing sebagai plaintif pertama dan kedua untuk menuntut ganti rugi atas alasan kecuaian Koperal Jenain Subi, 54, dan tiga yang lain. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam penghakimannya, Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim berkata pihak plaintif berjaya membuktikan bahawa Jenain merupakan anggota polis yang melepaskan tembakan ke arah kereta dinaiki Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di Shah Alam pada pagi 26 April 2010.

"Kita sedia maklum bahawa memang anggota polis diberi kuasa untuk ambil tindakan cegah jenayah dan sebab itu mereka dibekalkan dengan senjata. Kita tidak mempertikai perkara itu tetapi semua kuasa ada hadnya, bagaimana ia (senjata) digunakan.

"Jadi dalam kes ini, tindakan polis adalah terikat dengan IGPSO (Perintah Tetap Ketua Polis Negara) dalam keadaan manakah mereka dibenarkan untuk lepaskan tembakan.

"Dalam keterangannya, defendan pertama (Jenain) memberitahu tujuan beliau lepaskan tembakan adalah untuk berhentikan kereta BET 5023 (yang dinaiki Aminulrasyid) kerana cara pemanduan yang berbahaya. Dalam kes ini adakah semasa di Jalan Tarian mewajarkan defendan pertama untuk tembak?

"Dalam keadaan jalan yang lengang antara 1 dan 2 pagi, di kawasan perumahan, dalam keadaan Aminulrasyid cuba lari dari polis dan tiada tembakan balas. Dalam keadaan ini, saya berpendapat defendan pertama bertindak berlebihan, cuai dan melulu serta melanggar IGPSO apabila melepaskan tembakan," katanya.

Mengenai tuntutan terhadap defendan ketiga (Khalid), Ahmad Zaidi berkata pihak plaintif telah memanggil wartawan yang melaporkan sidang akhbar oleh defendan ketiga untuk memberi keterangan dan pihak plaintif juga telah memberi notis kepada Khalid, namun pihak defendan memilih untuk tidak memanggil bekas Ketua Polis Selangor itu memberi keterangan.

Menurutnya dalam keadaan itu, beliau mendapati keterangan wartawan berhubung sidang akhbar berkenaan juga dapat dibuktikan.

"Mahkamah dapati plaintif berjaya buktikan tindakan defendan ketiga dalam memberikan sidang akhbar adalah bertujuan untuk cuba menutup kesalahan dilakukan oleh defendan pertama. Defendan ketiga cuba cakap bahawa anggotanya mempunyai alasan kuat untuk menembak Aminulrasyid sebab dia seorang yang dikaitkan dengan jenayah berikutan penemuan parang dalam kereta dinaiki Aminulrasyid.

"Bagaimanapun, tidak dibuktikan bagaimana parang itu ada, apa tujuan dikatakan ada senjata, kalau ia (parang) tiada? Justeru, plaintif telah buktikan wujudnya salah laku kepada masyarakat umum," katanya.

Keluarga Aminulrasyid diwakili peguam N. Surendran dan Latheefa Koya manakala peguam Zulkifly Omar mewakili Jenain dan Peguam Persekutuan Norhasmanita Abdul Manap mewakili defendan-defendan lain.

Pada November 2013, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang melepaskan dan membebaskan Jenain daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid ketika mengejarnya di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010.

Ketika membebaskan Jenain pada 2012, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Jenain tidak berniat menyebabkan kematian Aminulrasyid, tetapi menembak kereta yang dipandu remaja berumur 15 tahun itu dengan tujuan menghentikannya.

Sementara itu, Norsiah yang ditemani Nor Azura ketika ditemui pemberita berkata keputusan mahkamah hari ini telah membersihkan nama Aminulrasyid sepenuhnya.

"Nama anak saya telah dibersihkan... tiada lagi cacian, umpat dan keji. Saya bersyukur doa saya dimakbulkan Allah," katanya sebak.

Islam juga tak suruh Melayu jadi barat

Posted: 25 Mar 2016 01:22 AM PDT

Mohd Asri Zainul Abidin

 


ULASAN Ada pihak mengkritik Melayu yang meniru budaya Arab termasuk menggunakan istilah-istilah seperti iftar, 'idil fitr dan lain-lain.

Ya, kita pun akui bahawa Islam pun tidak memerintahkan kita mengamalkan budaya atas dasar kearaban Arab. Islam itu bukan agama perkauman Arab.

Namun perlu disedari bahawa sebahagian perkataan Arab itu telah menjadi istilah yang dipakai dalam keilmuan Islam termasuk iftar, haji, masjid, sujud, rukuk dan seumpamanya.

Tiada salahnya kita menggunakan istilah-istilah ini seperti mana banyak istilah Inggeris kita guna dalam bidang yang lain.

Bahkan banyak istilah Arab itu lebih mendekati maksud syarak dalam kerangka istilah ilmu.

Lebih daripada itu, al-Quran berbahasa Arab yang tidak boleh ditukar ganti dengan bahasa lain.

Apa yang boleh, sekadar terjemahan maksud ayat-ayat al-Quran bagi yang gagal memahami teks Arabnya yang asal.

Namun bacaan al-Quran kekal dalam bahasa Arab. Al-Quran bahasa Arab dan Nabi kita Muhammad SAW juga berbahasa Arab.

Islam tidak memaksa kita memakai jubah ataupun mensyaratkan Muslim mesti memakai jubah. Tapi, tiada salah ataupun ganjil seseorang Melayu memakai jubah.

Adil untuk setiap budaya

Apatah lagi di peringkat dunia, jubah telah sekian lama menjelma sebagai pakaian sarjana.

Itu sebabnya, hasil dari tamadun ilmu yang umat Islam kembangkan di zaman kegemilangannya, sehingga hari ini, jubah telah menjadi pakaian graduan di seluruh dunia pada hari mereka menerima ijazah.

Tidak mengapa untuk kita menyatakan tidak setuju ikut budaya Arab sebab kita Melayu. Namun, yang ganjilnya, jika kita tidak pernah pula mengkritik budaya Barat sehingga ia menjadi ikutan bukan sahaja dalam pakaian bahkan tingkah laku kita dalam semua perkara, baik dan buruk.

Ada orang Melayu yang sudah tiada Melayu lagi sekalipun pada upacara 'kemelayuan'.

Hari diangkat menjadi 'ketua Melayu' pun tiada pakaian Melayu dan cara Melayu. Budaya dan pakaian begitu Barat sekali. Tidak pula kita nilai dengan kritis.

Tiada salahnya untuk kita kritik budaya yang tidak sesuai dengan identiti baik kita, tapi dengan sikap adil untuk setiap budaya bukan dengan mentaliti yang double-standard.

Islam tidak menyuruh Melayu menjadi Arab. Tidak pula supaya Melayu menjadi Barat. Apa yang disuruh adalah seperti Surah al-Hujurat iaitu kenal-mengenal antara satu sama lain.

Sudah pasti antara tujuannya untuk mengambil manfaat dari budaya yang baik dan menghindari budaya yang tidak baik.

Isunya bukan Arab ataupun Barat, tapi menilai antara yang positif dan negatif.

*  DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN mufti Perlis.

Tiga ditahan reman kes pembelian aset MARA di Australia

Posted: 24 Mar 2016 09:39 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic


PUTRAJAYA: Mahkamah Majistret di sini memerintahkan tiga suspek ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kontroversi pembelian aset Dudley International House di Melbourne, Australia.

Dua suspek yang bergelar 'Datuk' adalah bekas pegawai MARA Inc dan pengarah syarikat berusia 42 tahun.

Keputusan tahanan reman dibuat oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman. Ketiga-tiga lelaki terbabit ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pagi semalam dan mereka diwakili peguam, Datuk K Kumaraendran.

Sebelum ini, akhbar Australia, The Age, dalam laporannya mendakwa beberapa pegawai tinggi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan seorang bekas ahli politik membelanjakan jutaan ringgit dana kerajaan Malaysia untuk membeli satu blok pangsapuri, Dudley International House, di Melbourne pada harga melebihi nilai pasaran.

Dudley International House ialah bangunan lima tingkat seluas 30,279 kaki persegi yang menempatkan 112 bilik termasuk asrama pelajar, dibeli oleh MARA untuk kegunaan pelajar Malaysia tajaannya apabila melanjutkan pelajaran di Australia.

Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa, Sabtu lalu hadir ke SPRM bagi menyerahkan beberapa maklumat terkini berhubung pembelian unit hartanah berkenaan.

Beliau dilaporkan berkata, penyerahan maklumat berkenaan didorong rasa tanggungjawabnya untuk membantu pihak SPRM menjalankan siasatan dalam kes berkenaan.

Annuar juga mahu kes berkenaan diberi perhatian serius kerana keupayaan pihak MARA terbatas bagi menjalankan siasatan berhubung kes terbabit.

Tambah beliau, MARA tidak seharusnya menyembunyikan apa-apa maklumat mengenai pembelian blok pangsapuri Dudley International House pada 2013 dan perkara itu perlu diselongkar secara habis-habisan.

Ahmad Bashah dilantik Presiden KFA

Posted: 24 Mar 2016 09:37 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic


ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah secara rasmi dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) selepas diputuskan melalui Kongres Luar Biasa petang ini.

Keputusan itu dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat yang berlangsung selama sejam berakhir jam 3 petang di Bilik Gerakan, Blok B Wisma Negeri Darul Aman di sini.

Dengan pelantikan itu, Ahmad Bashah secara rasminya menggantikan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dalam ucapan sulungnya selaku Presiden KFA, beliau berharap prestasi semasa Kedah dapat dikekalkan dan dipertingkatkan pada masa depan.

Beliau juga berharap pasukan Kedah berjaya merangkul kejuaraan pada tahun ini dalam keadaan yang lebih mencabar.

"Suasana dan keadaan sekarang sudah berlainan berbanding ketika kita merangkul tiga kejuaraan pada tahun 2006.

"Namun, saya percaya kita boleh mengembalikan zaman kegemilangan pasukan Kedah jika semua yang terbabit terutama dalam kalangan KFA sendiri memainkan peranan masing masing," katanya.

Ahmad Bashah turut mengumumkan pelantikan Datuk Yusof Ismail sebagai Bendahari KFA yang baharu menggantikan Datuk Aminuddin Omar.

MH17: Malaysia, empat negara JIT fail tuduhan selepas siasatan jenayah selesai

Posted: 24 Mar 2016 09:36 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SEPANG: Malaysia dan empat negara lain yang menganggotai Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) akan memfailkan pertuduhan selepas selesainya siasatan jenayah mengenai perbuatan menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17.
 
"Apabila ada laporan itu (selepas selesai siasatan), kami akan failkan pertuduhan bagi mendapatkan maklumat sebenar tentang kejadian itu dan memberi keadilan kepada mangsa (nahas itu)," kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
 
Bercakap pada sidang media semalam, beliau berkata JIT - yang dianggotai pakar dari Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine - sedang mencari jalan lain untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab dalam kejadian itu, termasuk menggunakan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
 
Pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 menyebabkan kesemua 298 orang penumpang dan anak kapal terkorban.
 
Pada Julai tahun lepas, Malaysia, yang disokong anggota JIT lain, mendesak supaya sebuah tribunal antarabangsa ditubuhkan bagi membicarakan mereka yang bertanggungjawab dalam kejadian itu, tetapi Rusia menggunakan kuasa vetonya di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyekat pembentukan tribunal itu.
 
Liow berkata pakar dari JIT berada di Kuala Lumpur pada Selasa untuk mencari cara bagi meneruskan kes MH17.
 
"Peguam Negara kami dan (rakan sejawatannya dari) negara lain sedang berganding bahu untuk mencari cara terbaik membawa kes ini ke mahkamah," katanya.
 
Mengenai Penerbangan MH370 pula, Liow berkata Malaysia akan menghantar satu pasukan ke Afrika Selatan dengan secepat mungkin bagi mencari lebih banyak serpihan pesawat yang hilang itu.
 
Katanya pasukan pencari itu akan berlepas sebaik sahaja pihak berkuasa Afrika Selatan memberi kelulusannya.
 
Liow berkata usaha mencari akan bertumpu di sepanjang garis pinggir laut setelah serpihan pertama dijumpai di La Reunion Island di Lautan Hindi.
 
 

Jumaah Diraja Johor: Berita TMJ di TV3 diputar belit

Posted: 24 Mar 2016 09:30 PM PDT

MALAYSIAKINI




Jumaah Diraja Johor berharap kecelaruan akibat laporan TV3, berkaitan kenyataan Tunku Mahkota Johor yang menurutnya telah diputar belit, tidak berlarutan.

Yang dipertuanya Datuk Abd Rahim Ramli berkata Tunku Mahkota tidak pernah meletakkan pendirian untuk memihak atau menghentam mana-mana pihak.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga menafikan menujukan kritikan terhadap Tun Mahathir Mohamad dalam krisis perlembagaan 1992 yang menyaksikan penghakisan kuasa istana.
Berikut kenyataan penuh Abd Rahim:

Saya menarik perhatian kepada berita TV3 pada 23 Mac 2016 dan memaklumkan semoga kecelaruan ini tidak berlarutan sebagaimana yang disampaikan oleh DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor semalam yang telah diputarbelitkan.

Apa yang sebenarnya yang dimaksudkan oleh baginda yang utama sekali adalah berkenaan tidak mahu sejarah hitam 1992 berulang kembali.

DYAM Tunku Mahkota Johor juga tidak pernah meletakkan pendiriannya untuk memihak kepada mana mana pihak atau menghentam mana-mana pihak.

Kenyataan tersebut adalah untuk mengingatkan pemimpin yang memegang jawatan supaya sentiasa berkhidmat dengan jujur dan telus untuk rakyat.

Tumpuan seharusnya untuk negara ini terus maju ke hadapan. Baginda mahukan agar Bangsa Johor sentiasa bersatu demi mengekalkan perpaduan antara semua kaum.

Terdapat isu tanah air yang lebih besar perlu ditangani segera dan bukannya menjadikan kenyataan dari DYAM Tunku Mahkota Johor sebagai pengalih perhatian daripada isu tersebut.


Suhakam diakreditasi semula dengan status 'A'

Posted: 24 Mar 2016 09:24 PM PDT

BERNAMA




Suruhanjaya Hask Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) diakreditasi semula dengan status 'A' oleh Jawatankuasa Penyelarasan Antarabangsa (ICC) Institusi Kebangsaan bagi Penggalakan dan Perlindungan Hak Asasi Manusia.

Naib Pengerusi Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee menerima sijil penganugerahan akreditasi semula itu bagi pihak suruhanjaya tersebut pada Mesyarat ICC ke-29 di Geneva pada Selasa.

Dalam kenyataan hari ini, Khaw berkata Suhakam menjalani proses pengakreditasian semula pada November 2015 dan disyorkan Jawatankuasa Kecil ICC mengenai Akreditasi supaya diberi status 'A', yang kemudian diterima Biro ICC.

"Pengakreditasian semulanya sebagai Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRI) dengan status "A" untuk lima tahun lagi dari 2016 hingga 2020 merupakan suatu pengiktirafan dan perakuan oleh rakan setaranya mengenai sumbangannya dalam melindungi dan mempromosi hak asasi manusia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," katanya.

Beliau berkata, berikutan pengakreditasian semula itu, Suhakam akan terus menunaikan mandat serta fungsinya untuk memupuk, melindungi dan memenuhi hak asasi manusia di negara ini.

Ia akan dilaksanakan secara lebih giat dan bersemangat, dengan matlamat akhirnya untuk memastikan hak asasi manusia dinikmati semua pihak di negara ini dengan berlandaskan amalan kesaksamaan dan tidak bersifat menindas, kata beliau.

Menurut beliau, suruhanjaya itu juga akan terus mengambil bahagian dalam forum antarabangsa mengenai isu kemanusiaan.- Bernama


Taklimat sekali lagi RUU MKN pada Majlis Raja-Raja

Posted: 24 Mar 2016 09:22 PM PDT

BERNAMA




Kerajaan akan membuat sembah taklimat sekali lagi kepada Majlis Raja-Raja berhubung Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pada masa ini, Jabatan Peguam Negara, MKN dan Jabatan Perdana Menteri sedang menyediakan peraturan-peraturan di bawah Fasal 42 RUU itu yang akan mengambil kira pandangan Majlis Raja-Raja.

"Peguam Negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali), MKN dan JPM telah memberikan sembah taklimat kepada mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 16 Februari lepas mengenai RUU MKN 2015.

"Majlis Raja-Raja telah ambil maklum dan minta RUU itu diperhalusi dan mewujudkan semak dan imbang bagi kestabilan dan keuntungan negara," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam.

RUU MKN 2015 yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan, telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Disember lepas dan kemudian diluluskan oleh Dewan Negara pada 22 Disember.

Shahidan menjelaskan mekanisme semak dan imbang diperuntukkan dalam RUU itu bagi beberapa perkara termasuk mengenai pengisytiharan kawasan keselamatan yang perlu dibentangkan di Parlimen dengan seberapa segera.

Mengenai dakwaan bahawa RUU itu akan menghakis kuasa Majlis Raja-raja, beliau berkata ia tidak memberi kesan langsung kepada keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Majlis Raja-Raja.

"Kuasa, kedudukan dan kedaulatan Majlis Raja-Raja masih kekal seperti yang diperuntuk di bawah Perlembagaan Malaysia. Rang undang-undang ini hanya untuk mengukuhkan mekanisme pengurusan keselamatan negara dalam menghadapi ancaman keselamatan negara yang semakin dinamik dan kompleks.

"Ia saling melengkapi dan mengukuhkan perundangan sedia ada... ia juga bertujuan meningkatkan perkongsian maklumat dan risikan antara entiti kerajaan dan pengisytiharan kawasan keselamatan," jelas beliau.- Bernama