Isnin, 21 Mac 2016

Tukar Tiub

Tukar Tiub


APA RAHSIA ITU?

Posted: 21 Mar 2016 07:09 PM PDT








JENG JENG JENG

APA RAHSiA ITU

JENG JENG JENG



 Ahmad Said masih mahu simpan 'rahsia besar'

Bekas menteri besar Terengganu  Ahmad Said berkata beliau masih menunggu masa sesuai untuk mendedahkan "rahsia besar" berkaitan Najib.
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, beliau meminta semua pihak menunggu terlebih dahulu kerana perkara itu akan didedahkan apabila tiba masanya.

KAH KAH KAH

SATU DUNIA

TAK SABAR

APAKAH INI 

ALBUM KEDUA

ZIANA ZAIN

KAH KAH KAH


-------------

BERJUA JUTA DUIT LESAP

Posted: 21 Mar 2016 06:45 PM PDT








DULU REMAT

RIBU RIBU

DULU REMBAT

JUTA JUTA

SEKARANG

BILION BILION





22 Mac 2016
KUALA LUMPUR -  Najib telah mengarahkan supaya siasatan berhubung isu penyelewengan dana kerajaan berjumlah lebih RM100 juta di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dilakukan dengan serta merta.
Ketua Setiausaha Negara (KSN),  Ali Hamsa berkata perdana menteri juga turut mengarahkan semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan supaya meningkatkan lagi tahap pemerhatian, ketelusan dan akauntabiliti.

Beliau berkata, kerajaan amat bimbing dengan laporan bahawa sejumlah RM100 juta dana kerajaan kemungkinan diseleweng daripada KBS.

Kenyataan itu susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jumaat lepas, menahan sembilan orang termasuk seorang Setiausaha Bahagian KBS yang dikatakan menerima suapan dianggar mencecah RM20 juta.

Pegawai kanan berusia 56 tahun itu bersama lapan individu lain termasuk seorang wanita, ditahan SPRM kerana disyaki mendalangi satu sindiket menyeleweng dana kerajaan bernilai RM107 juta. -

MENANTU ABAH

TAK KOMEN

KES 1MDB

TAK KOMEN

DEKLARASI

SENYAP AJE

NAPA? ADA APA?

TUP TUP JENG

ADA KES BESAR

KAH KAH KAH



--------------

CUACA MAKIN BERUBAH

Posted: 21 Mar 2016 06:00 PM PDT








BERJAGA JAGA

IKLIM MAKIN

BERUBAH



Panas melampau - sekolah di Kedah, Perlis tutup 2 hari


Arahan penutupan itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, 
Mahadzir Khalid.

Semua sekolah di Kedah dan Perlis ditutup selama dua hari bermula esok berikutan cuaca panas melampau.
Arahan penutupan itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Mahadzir Khalid.
Menulis di laman Facebook, katanya, keadaan cuaca panas itu berikutan fenomena El Nino.
Bagaimanapun, menurut Mahadzir, penutupan itu hanya membabitkan murid-murid sahaja.
Malaysia kini mengalami cuaca panas dan kering disebabkan fenomena El Nino dan Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan keadaan itu hanya akan berakhir pada Mei atau Jun.
Sementara itu, Kementerian Pendidikan (KPM) menyatakan sebanyak 853 sekolah termasuk 621 sekolah rendah dan bakinya sekolah menengah serta 413,786 pelajar di Kedah dan Perlis terlibat dalam penutupan sekolah itu.
Mereka terdiri daripada 397,832 murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah serta 15,954 murid prasekolah.

PANAS 

RUMAH KACA

YANG KITA RASA

ADALAH KERJA

KITA SENDIRI



-----------------

MAT SABU LAWAN SPR

Posted: 21 Mar 2016 06:08 AM PDT





SETAKAD

SENiN 21/3/16

dana berjaya dikumpul
untuk kempen

mat sabu lawan spr

sebanyak RM 149,813.86 

terima kaseh teruskan lagi



MAY BANK

5642 5857 6644




--------------

KES RASUAH KJ MAKIN BERAT

Posted: 21 Mar 2016 05:30 AM PDT







INI SUDAH

AMAT BERAT

PERKASA SUDAH

MASUK CAMPUR



PERKASA mahu KJ bertanggungjawab kes seleweng RM100j

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA tidak teragak-agak membidas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas beliau mengesahkan bahawa pegawai kanan kementerian itu terbabit dengan isu penyelewengan dana kerajaan mencecah lebih RM100 juta.
"Apakah Khairy tidak sedar dalam hal ini? RM100 juta bukan sikit. Kejadian ini telah lama berlaku.
KAH KAH KAH

WOIT APA

SUDAH JADI

PUUURRKASA

SUDAH MARI

KAH KAH KAH

------------

ANAK MUDA SERANG MENANTU ABAH

Posted: 21 Mar 2016 04:53 AM PDT








HOTT HOTT

TERNOW

MENANTU ABAH

YANG RASUAH

KENA TIBAI

 ANAK MUDA



PUTAR ALAM TIPU MELAYU

Posted: 21 Mar 2016 02:00 AM PDT






NAZIM RAHMAN PERLU BUAT AKUAN BERSUMPAH NAFIKAN PENGLIBATAN BELIAU DI DALAM SYARIKAT-SYARIKAT MIDWEST EQUITY SDN BHD, UNION PROPERTIES SDN BHD DAN UNION SERVICES & MANAGEMENT SDN BHD

Saya telah menggesa MARA untuk membuat siasatan dan jika didapati bersalah mengambil tindakan terhadap Ahmad Nazim Abdul Rahman, CEO Pelaburan MARA Berhad sejak 20 Oktober 2015 kerana dokumen-dokumen yang saya ada dengan jelas menamakan beliau sebagai salah seorang pegawai tinggi MARA yang terbabit di dalam pembelian Dudley House pada harga yang tinggi dan melibatkan pembayaran komisen/rasuah kepada individu-individu tertentu.

Selepas saya menamakan beliau secara terang-terangan pada 20 Oktober 2015 yang lalu, beberapa kemudian beliau menulis email yang panjang merayu supaya perkara ini tidak dipanjangkan. Beliau juga memaklumkan bahawa beliau tidak bersalah. Saya tidak berhajat untuk menjawab atau memaparkan email beliau kepada umum kerana ia bersifat peribadi.

Walau bagaimana pun tindakan beliau membuat laporan polis terhadap saya dan NOW (National Oversight & Whistleblowers) boleh dikira sebagai keengganan beliau berterus terang kerana fakta-fakta yang saya kemukakan boleh sahaja beliau bidas dengan mudah sekiranya ia tidak betul.

Malah, sewajarnya beliau mengambil tindakan saman terhadap saya di bawah undang-undang sivil sekiranya beliau merasakan pendedahan saya adalah tidak benar dan memfitnah.

Malangnya kebelakangan ini, penjawat awam di agensi kerajaan seperti MARA dan Tabung Haji tidak mengambil tindakan sama kerana mereka terpaksa mengemukakan bukti di mahkamah menolak pendedahan saya. Sebaliknya mereka membuat laporan polis di bawah undang-undang jenayah dengan menggunakan polis tanpa perlu mereka membela diri di mahkamah seperti di bawah undang-undang sivil.

Saya telah dedahkan selama ini kaitan di antara Ahmad Nazim Abdul Rahman dan skandal pembelian Dudley House oleh MARA seperti berikut:

1.    "Tuntutan Saman" terhadap Wanissa Properties Pty Ltd (pemaju Dudley House) di mukasurat 9 dan 10 dengan terang menamakan Ahmad Nazim Abdul Rahman sebagai pegawai MARA/individu yang menghantar invois-invois berbentuk bayaran komisen sebanyak AUD$4.75 juta (bersamaan RM14.25 juta) kepada Wanissa Properties Pty Ltd (pemaju dan penjual Dudley House kepada MARA); dan

2.    "Carta Pemilikan Saham" (disertakan bersama) yang difailkan di Mahkamah Australia secara jelas menunjukkan perkaitan Ahmad Nazim Abdul Rahman dengan syarikat-syarikat dan individu-individu yang terbabit dan dinamakan di Mahkamah Australia.

Dokumen-dokumen ini adalah hasil siasatan firma guaman yang mewakili pentadbir kepada subkontraktor yang muflis kerana Wanissa Properties Pty Ltd dan telah difailkan di Mahkamah Australia.


Saya nyatakan sekali lagi perkaitan Ahmad Nazim Abdul Rahman dengan syarikat-syarikat dan individu-individu yang terbabit di dalam skandal ini seperti berikut:

      i.        Pemaju kepada Dudley House ialah sebuah syarikat yang bernama Wanissa Properties Pty Ltd. Syarikat ini menjual Dudley House kepada MARA pada harga yang lebih mahal kerana melibatkan bayaran komisen/rasuah sebanyak AUD$4.75 juta (bersamaan RM14.25 juta)

    ii.        Wanissa Properties Pty Ltd dimiliki oleh 2 orang ahli perniagaan Malaysia iaitu Dato' Azizi Yom Ahmad dan Dato' Abdul Ghani Yusof

   iii.        Kedua-dua ahli perniagaan ini juga mempunya pegangan di dalam sebuah lagi syarikat iaitu Midwest Equity Sdn Bhd. Selain mereka, saham Midwest Equity Sdn Bhd turut dipegang oleh sebuah syarikat bernama Optimal Capital Group of Companies

   iv.        Optimal Capital Group of Companies dimiliki dan dikawal oleh Mazrul Haizad Maarof. Beliau adalah abang ipar kepada Dazma Daud, EXCO Pemuda UMNO

     v.        Optimal Capital Group of Companies dan syarikat-syarikat lain yang dikawal oleh Mazrul Haizad Maarof iaitu Leuven Capital Sdn Bhd dan TRR Heritage Sdn Bhd telah menghantar invois sebanyak AUD$4.75 juta kepada Wanissa Properties Pty Ltd sebagai bayaran komisen atas khidmat mereka merundingkan penjualan Dudley House kepada MARA

   vi.        Invois-invois itu diemail oleh Ahmad Nazim Abdul Rahman kepada Wanissa Properties Pty Ltd seperti yang disebut di dalam "Tuntutan Saman"

  vii.        Ahmad Nazim Abdul Rahman adalah salah seorang ahli lembaga pengarah Midwest Equity Sdn Bhd bagi tempoh 28 Jun 2013 hingga 11 November 2013

 viii.        Beliau juga adalah bekas ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat lain yang dimiliki/dikawal oleh Mazrul Haizad Maarof dan/atau Dazma Daud iaitu Union Properties Sdn Bhd dan Union Services & Management Sdn Bhd

Fakta-fakta ini adalah terlalu jelas untuk dinafikan. Beliau mempunyai penglibatan di dalam syarikat-syarikat yang dimiliki dan dikawal oleh individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen-dokumen Mahkamah Australia.

Oleh itu, saya mencabar supaya Ahmad Nazim Abdul Rahman membuat akuan bersumpah bahawa beliau tidak pernah menjadi ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat yang dinamakan iaitu Midwest Equity Sdn Bhd, Union Properties Sdn Bhd dan Union Services & Management Sdn Bhd. Jika beliau tidak berani membuat akuan bersumpah, maka jelaslah beliau terlibat di dalam skandal ini dan beliaulah yang patut disiasat, bukannya saya atau NOW.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
 











































------------

BILA NAK SAMAN STESEN TV KAPIR

Posted: 21 Mar 2016 01:00 AM PDT







TV KAPiR

sedang menghina najib 
seorang pemimpin islam
mana puurkasa
mana puuurkida
mana puuuurtan


KES SUB KUDIS

Posted: 21 Mar 2016 12:00 AM PDT






MANA HiLANG

MiNAH PURTAN


 KJ sahkan pegawai KBS 'songlap' RM100 juta
PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini mengesahkan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyalahgunaan dana RM100 juta adalah pegawai dibawah kementerianya.

Katanya, SPRM telah memaklumkan kepadanya beberapa mingu lepas bahawa satu siasatan sedang dijalankan ke atas pegawai tersebut.

MANA HILANG

MINAH PURTAN

NAK TANYA

ADAKAH iNI

KES SUB KUDIS

LARANG CAKAP

KERANA DALAM

SIASATAN 

SAMA MACAM

KES MAT NAJIB

REMBAT 2.6B

SAJE TANYA

JANGAN MARAH




------------

UNITED FRONT

Posted: 20 Mar 2016 11:00 PM PDT












BERSTONE COLD
anda adalah sosok realis..anda mhidu tepat peluang2 menjatuhkan musuh negara terkini nombor uno wahid yakni najib dan suaminya rosmah.anda berstone cold (sekongkol) dgn mahatir utk tujuan yg satu iaitu mjatuhkan najib walaupun anda tau hati budi kezaliman mahatir keatas anda.utk saya, anda dan rakan anda bukan la sosok yg mahu najib dan rosmah jatuh tetapi satu dunia mahukan najib dan rosmah dijatuhkan.

perbuatan anda menunjukkan kpd dunia, kita sbg negarawan malaysia tanah melayu dgn daya dan upaya serta keberanian walaupun tak angkat senjata, melawan untuk menjatuhkan pemimpin zalim dan korup.anda mberitahu dunia bahawa kita tak perlukan british, us, mongolia,kazastan, china, russia utk tolong kita.kita buat sendiri.

anda juga membuktikan kita melawan atas kezaliman bukan nya seperti sejarah dulu, tanah melayu mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah..senario yg sama, pasti ada melayu menjadi pak turut atau kaki pukul bagi pemimpin zalim.lihat sahaja baju merah.dengan peruntukan on APA DIA BARISAN BERSATU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/18/16




-----------

MASIH TULEN

Posted: 20 Mar 2016 10:08 PM PDT



MASiH PATUH


MASIH SETIA

TAK BERUBAH

MASiH TULEN


Rayani Air indah khabar dari rupa – Timbalan Menteri

Syarikat penerbangan itu tidak sepatutnya mengaku patuh syariah jika gagal menunaikan janji dan menepati masa penerbangan.
PTALING JAYA: Seorang Timbalan Menteri menegur syarikat penerbangan patuh syariah pertama di negara ini, Rayani Air, kerana membatalkan penerbangan sesuka hati sehingga menimbulkan kesusahan kepada penumpang yang sudah mengatur pelbagai urusan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Rayani Air bukan sahaja indah khabar dari rupa tetapi juga gagal mematuhi prinsip patuh syariah yang sebenar.
Katanya, Rayani Air sepatutnya bukan hanya perlu berbangga dengan peragaan pakaian krew yang menutup aurat tetapi juga perlu menunai janji dan menepati masa, yang menjadi salah satu prinsip syariah.

KAH KAH KAH

masih patuh syariah
masih ikut syariah
ikut syariah arab
patuh shariah arab
arab selalu lambat
arab tak tepat waktu
kah kah kah
tak caya tentang arab
arab tak hormat masa
kah kah kah

YA HA Bi Bi


------------

NAJIB BUAT LAWAK BERDIRI

Posted: 20 Mar 2016 08:30 PM PDT





NAJiB BUAT

LAWAK BERDIRI



'Saya bukan pencuri harta rakyat'

Najib bertekad untuk terus berjuang mempertahankan kepimpinannya demi pembangunan ekonomi negara dan kebajikan rakyat.
Najib berkata beliau bukanlah seorang pencuri harta rakyat seperti yang digambarkan oleh pihak yang ingin menjatuhkannya, yang disifatkannya sebagai sengaja dilakukan untuk memburukkan imej beliau sebagai pemimpin nombor satu negara.
"Tuan-tuan dah kenal saya. Saya ini bukanlah (seperti) apa yang dikatakan oleh orang belah sana (yang ingin menjatuhkannya). Saya bukanlah macam itu. Saya telah jaga Pahang (dan negara) dengan sebaik-baiknya.
KAH KAH KAH

soheh najib

bukan pecuri

najib menyamun

dana negara

kah kah kah

APA PUNYA TUR


------------

DUNIA SEMAKIN PANAS

Posted: 20 Mar 2016 08:00 PM PDT






SATU INGATAN
wahai umat manusia
tidak kah kamu melihat
kaum kaum yang dahulu
dari kamu
mereka yang angkuh
mereka yang melawan alam
dimana kini mereka berada
kampong dan bandar mereka
menjadi peninggalan sejarah
sebagai tanda untuk 
umat yang akan datang





February was the warmest month in recorded history, climate experts say


From Alaska to Australia, an unprecedented heating of planet Earth is underway with rising temperatures across huge swathes of land mass and oceans

Our planet went through a dramatic change last month. Climate experts revealed that February was the warmest month in recorded history, surpassing the previous global monthly record – set in December. An unprecedented heating of our world is now under way.
With the current El NiƱo weather event only now beginning to tail off, meteorologists believe that this year is destined to be the hottest on record, warmer even than 2015.


------------

KULIAH UNIVERSITI BANGSAR UTAMA

Posted: 20 Mar 2016 07:24 PM PDT















































Kuliah Universiti Bangsar Utama kembali lagi!....Menampilkan Dr Azmi Sharom sebagai pensyarah jemputan untuk sesi Kuliah yang seterusnya..Beliau akan menyampaikan syarahan umum bertajuk:

"Akta Majlis Keselamatan Negara 2016: Di antara Keselamatan Nasional atau Kebebasan Asasi?...

Tarikh: 24th Mac 2016
Masa: 8.30-1030 PM
Lokasi: Kelab Bangsar Utama, 52-C,Jalan Kemuja, Bangsar Utama, 59000 Kuala Lumpur.


SEMUA DIJEMPUT HADIR!..

Nota:

Bagi mereka yang tidak dapat menghadirkan diri, anda boleh mendengarkan syarahan ini secara live di www.radiobangsarutama pada 24th Mac 2016 nanti..

Untuk sebarang pertanyaan, boleh dimajukan kepada:

kelaspolitik@gmail.com









--------------