Khamis, 17 Mac 2016

dollah yankee

dollah yankee


Aura Anwar yang masih kuat

Posted: 17 Mar 2016 07:23 AM PDT

billboard1

dollah yankee -
Kuat atau tidak aura Anwar? Jawabnya masih lagi kuat walaupun Anwar ada 'didalam' sana, tapi yang diluar ini masih lagi takut dengan nya ... sampai billboard yang ada gambar Anwar pun mau dibakar mereka...
Kah..Kah..Kak

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


WAJIB BACA: Rupanya, Strategi Pakatan Mahathir Hanya Untuk Raih Undi Melayu

Posted: 17 Mar 2016 06:40 PM PDT

Displaying Interview Dr M.png
Displaying Interview Dr M.png





Kenyataan Media
17 Mac 2016


Rupanya, Strategi Pakatan Mahathir Hanya Untuk Raih Undi Melayu

Dalam membuat satu keputusan yang penting, kita mengambil banyak perkiraan khususnya jika keputusan itu dilihat drastik, dramatik dan melibatkan kepentingan umum. Kita tidak sembrono demi mendapatkan hasil yang baik atau cemerlang, maka strategi harus disusun dan dipastikan segala macam risiko, kerosakan dan kerugian itu berbaloi untuk ditanggung.

Dalam isu gabungan Mahathir, tidakkah kita terfikir di benak ini bagaimana rakusnya politikus berlari mengkerumuni si tua itu sambil melupakan zikir mahafiraun yang dikumat puluh tahun. Keputusan untuk bersama dengan Mahathir bukan suatu yang mudah, mensucikan seorang mahazalim yang merosakkan negara dari tahun 80an hingga ke saat ini adalah satu kepasrahan yang cukup berat.

Melainkan, pertimbangan bersekongkol dengan mahaswasta ini datang bersama pakej strategi kemenangan yang sudah disusun dengan baik hingga mampu menumbangkan Najib dengan segera. Strategi atas strategi tidak jadi masalah, percanggahan agenda kita tolak tepi, siapa perkuda siapa juga tidak penting. Apa yang penting rakyat hanya perlu tahu hal Najib ini mampu diselesai segera, tanpa buang masa.

Akhirnya dalam beberapa laporan media hari ini telah diakui gabungan Mahathir dan Pakatan Harapan yang terbentuk dari pengistiharan sebuah deklarasi minggu lalu, sebenarnya hanya satu strategi untuk menarik undi melayu dalam pilihanraya akan datang. Strategi ini mengambil kira kemungkinan Najib tidak mampu diturunkan tanpa pilihanraya.

Ia juga bermakna tiada strategi atau gerakan yang khusus untuk menggulingkan Perdana Menteri secepat yang mungkin, tetapi hanya bergantung pada undi pilihanraya. Jelas bahawa Pakatan Harapan sendiri tidak mempunyai urgensi untuk menjatuhkan Najib dalam perancangan utama. Kononnya pilih Mahathir ini strategis.

"Di atas kerosakkan teruk ekonomi sosial negara ini, Najib tidak boleh dibiarkan mentadbir negara ini sehingga PRU" - Inilah alasan awal politikus pembangkang untuk mengolah persetujuan ramai supaya keputusan bergabung dengan Mahathir itu dilihat sebagai satu-satunya pilihan selain kiamat. 
Namun hari ini mereka bicara soal meraih undi pilihanraya pula, dan jika perlu tunggu PRU maka rakyat terus menderita untuk dua tahun lagi. Jadi, berbaloikah mensucikan Mahathir?

Maka bersusunlah siri ceramah jelajah seluruh negara, menampilkan Mahathir, Mukhriz, Muhyiddin, Azmin dan Liong Sik dari pentas ke pentas. Maka berbondong-bondonglah orang ramai hadir mendengar ceramah. Lepas itu apa? Bukankah jelajah ceramah seperti ini telah kita anjur sejak 1998 lagi, tetapi Umno masih memerintah. Malah Mahathir yang sama telah naik ke pentas pembangkang untuk menjatuhkan tunku dan paklah sebelum ini, dan Umno masih memerintah. Tidakkah kita belajar dari sejarah?

Bila kita persoal kerisauan kita akan kemungkinan kelicikan Mahathir mampu membenam peluang serta harapan pembangkang menang PRU14, mereka katakan Mahathir itu tidak kuat dan tidak mampu berbuat apa-apa. Namun jika sifirnya Mahathir itu tidak kuat, mengapa dibiarkan Mahathir mengetuai deklarasi Selamatkan Malaysia itu? 

Memang benar, apa yang penting ialah isi deklarasi. Tetapi harus diingat dalam mengumpul dan mengesahkan hadis sahih, perawi itu elemen terpenting. Malah deklarasi itu tidak merungkai permasalahan rakyat di bawahan, hanya banyak menyentuh perihal 1MDB semata sedangkan Anwar sudah sebut soal 1MDB ini dari tahun 2011 lagi.

Mahathir juga dilihat mula mengorak langkah menjarakkan dirinya jauh di depan kalian semua, sudah pastilah sebagai ketua delegasi anti-Najib. Semalam diumumkan supaya satu pungutan suara rakyat Malaysia atau referandum dilaksanakan. Referandum itu bukan soal BN dan Pakatan Harapan, bukan soal kerajaan A atau kerajaan B, bukan soal pengekalan sistem atau perubahan sistem.

Referandum yang dicadangkan oleh Mahathir itu ialah soal populariti, secara tidak langsung menjadikan negara ini sebuah rancangan realiti apabila terpaksa memilih Najib atau Mahathir sebagai hero pilihan. Cadangan referandom Mahathir ini juga menempelak politikus pembangkang, apakah mereka baru sedar yang mereka tidak interframe langsung?

Mahathir ini licik. Jika licik punya rekod sebaiknya tak apa kita boleh buat kira, tetapi dia ada rekod sebaliknya. Liciknya Mahathir ini hanya untuk melampiaskan agendanya. Jika agenda tersebut bercanggah dengan agenda Pakatan Harapan, apakah kita rasa Mahathir akan mengalah? 

Agenda Mahathir juga jelas, agenda ini bukan sahaja digambarkan oleh Sanusi Junid yang berbunyi "kerjasama dengan pembangkang hanya untuk selamatkan Umno BN", malah ia disebut oleh Mahathir sendiri. Dialog di bawah adalah transkrip dari sebuah video interview Mahathir oleh wartawan Indonesia;
Wartawan: Dr M, sebelumnya kan Anwar Ibrahim sudah menyatakan dokongan untuk kalian semua untuk partai yang digagas oleh Dr M. Menurut Dr M bagaimana?

Dr Mahathir: Ya saya terima kasih lah kalau dia sokong tapi (kita bersatu) untuk satu perkara sahaja, untuk menyingkir perdana menteri yang ada sekarang, lain-lain semua kita mungkin berbeza pendapat.

Wartawan: Masalah tuduhan kasus seksual yang dihadapi (Anwar Ibrahim) menurut Dr M apakah itu hanya isu politik atau memang (bersalah) ?

Dr Mahathir: Itu ditentukan oleh mahkamah. Kalau mahkamah berpendapat dia bersalah, kita terima keputusan mahkamah. Kalau kita tidak terima keputusan mahkamah maka sistem perundangan 'rule of law' tidak dapat dilaksanakan.

(Tulisan ini disertakan juga klip video interview di atas.)

Berbalik kepada persoalan agenda Mahathir, apakah kalian rasa jika berbeza agenda dengan Mahathir itu mampu diselesai dengan baik? Sedangkan pertembungan Najib-Mahathir itu juga asasnya ialah perbezaan agenda. Sepatutnya kita harus ambil kesempatan dari pertembungan Najib-Mahathir, bukannya beri kesempatan.

Akhir sekali, cuba kita lihat jawapan Mahathir berkenaan kes liwat Anwar Ibrahim. Dari jawapan tersebut, di manakah titik usaha Mahathir untuk bebaskan Anwar? Tiada langsung niat atau perkiraan untuk membebaskan Anwar yang menjadi tahanan politik. Mahathir yang sama, bila mahkamah tidak menyebelahi dia, dikatakan sistem rosak, tetapi mengenai hal seterunya atau hal rakyat, Mahathir suruh kita terima keputusan mahkamah.

Barangkali Mahathir juga seperti Najib, membuat kira-kira betapa Anwar harus berada di dalam penjara atau, Mahathir-Najib pula yang bakal disumbat dalam penjara jika Anwar dibebaskan. Begitu juga Azmin yang dilihat selesa.

Marilah kita kembali muhasabah diri, lihat balik perlawanan panjang yang telah kita lalui, lihatlah keperitan rakyat yang menempuhi onak duri hasil dari kegagalan kita yang masih tidak mampu merempuh rejim menawan Putrajaya. Akuilah kita sudah banyak kali tersalah langkah, kita tidak membentuk pakatan pembangkang yang solid dan kuat, malah lebih berpecah belah dengan keputusan menyertai rejim Mahathir.

Undurlah setapak, kira semula. Kita masih belum terlambat. Tinggalkan Mahathir dan koncunya, cukuplah bermain slogan dan yakinlah rakyat tetap akan bersama. Bayangkan, Mahathir tanpa anda, siapalah Mahathir.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

KONGRES RAKYAT DI SACC SHAH ALAM, TUNJUKKAN KOMITMEN DENGAN HANYA RM10 SETIAP SEORANG

Posted: 17 Mar 2016 10:01 AM PDT



SHAHBUDIN HUSIN




Tengahari tadi Zaid Ibrahim telah mengadakan sidang akhbar mengumumkan secara terperinci program Kongres Rakyat yang akan diadakan pada 27 Mac depan.

Turut hadir dalam sidang akhbar di kediaman Zaid itu ialah Mahfuz Omar, Teresa Kok, Ambiga Sreenevasan, Tamrin Ghafar, Khairuddin Abu Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Dr Marzuki.

Secara rasmi, Kongres Rakyat yang bertema "Selamatkan Malaysia" adalah program tertutup dan bukannya perhimpunan terbuka sebagaimana andaian sesetengah pihak,  akan diadakan di SACC atau Shah Alam Convention Centre bermula jam 12.30 tengahari hingga 6.30 petang.

Ucaptama akan disampaikan oleh Tun Mahathir Mohamad, manakala antara pembahas ialah Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir, semua pemimpin utama parti-parti dalam Pakatan Harapan serta pemimpin masyarakat sivil yang kini sudah berganding bahu untuk menyelamatkan negara ini.

Zaid juga mengumumkan bahawa selepas Kongres Rakyat di Shah Alam itu nanti, pihaknya akan turun ke negeri-negeri dan kawasan Parlimen di seluruh negara untuk menerangkan matlamat program "Selamatkan Malaysia"  sambil berusaha mendapatkan sebanyak mungkin tandatangan terhadap Deklarasi Rakyat yang sudah diumumkan sebelum ini.

"Kesemua program di peringkat negeri telah mendapat persetujuan untuk kehadiran Tun Mahathir dan tarikh-tarikhnya akan diumumkan kemudian oleh pihak sekretariat," jelas Zaid lagi.

Untuk tujuan melibatkan komitmen rakyat dalam program "Selamatkan Malaysia"  ini, Zaid juga mengumumkan  sebuah tabung telah dibuka untuk setiap warganegara yang prihatin menyumbang sebanyak RM10 bagi tujuan murni itu.

"Selain kita mahu program ini dekat dan melibatkan komitmen rakyat, kita juga tidak ada Jho Low atau Putera Raja Arab yang sedia memberi derma dalam amaun yang besar kepada kita," kata Zaid berseloroh.
Menurut beliau, derma yang diperolehi nanti akan digunakan untuk program-program yang bakal dijalankan, namun yang penting ialah untuk melihat komitmen rakyat terhadap semangat perubahan dan pembaharuan dalam negara ini.

"Katalah kita dapat mengumpulkan komitmen sejuta orang yang sedia menyumbang RM10 setiap seorang dan dengan jumlah RM10 juta yang dapat dikumpul itu sudah memberi erti yang sangat besar dari segi keinginan rakyat terhadap perubahan dan pembaharuan yang kita sama-sama perjuangkan," tegasnya dengan penuh semangat.

Selain tabung-tabung akan digerakkan semasa Kongres Rakyat di SACC dan di semua program anjurannya nanti, Zaid juga memberitahu, beliau bersama Syed Azman dan seorang akauntan telah membuka akaun atas nama GREAT COUNTRY VENTURE di CIMB BANK dengan nombor akaun 8007-9444-02 untuk kemudahan orangramai menyalurkan derma mereka.

Ahh...bukan banyak mana pun, cuma RM10 saja. (SH 17/03/2016).

HADI DIDESAK UNDUR KERANA MENGELUARKAN KENYATAAN YANG MENGELIRUKAN JEMAAH PAS.

Posted: 17 Mar 2016 09:06 AM PDT




Untuk Parti Lain Dia Jadi "Tukang Ramal", Untuk Partinya: "Hanya Tuhan Yang Tahu"

Hadi: Hanya tuhan saja tahu masa depan blok ketiga

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas kenyataan 

pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang yang memperlekehkan sekutu baru
 parti itu, Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dalam blok ketiga pembangkang, 
hari ini.

Mengulas kenyataan Lim bahawa "dalam politik, kosong campur kosong adalah

 tetap bersamaan dengan kosong", Hadi berkata hanya tuhan sahaja yang tahu 
masa depan mereka.

"Yang tahu masa depan (PAS dan IKATAN) hanya tuhan," katanya kepada

 pemberita dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur.



PAS hari ini mengesahkan pembentukan blok baru pembangkang 

dengan mengadakan kerjasama dengan IKATAN.

Pada sidang akhbar itu, Hadi juga ditanya adakah blok baru pembangkang 

itu akan memecahbelahkan bangsa Melayu.

"Selama ini Melayu dah berpecah bukan sebab kita. Apa yang kita lakukan 

adalah untuk menyatukan Melayu dan semua kaum di Malaysia.

"Kalau PAS dapat majoriti besar sekalipun tidak boleh tinggalkan kaum lain,

" katanya.

PAS hari ini mengesahkan pembentukan blok baru pembangkang 

dengan mengadakan kerjasama dengan IKATAN.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan yang hadir sama 

berkata, pertemuan hari ini "membuka ruang ke arah pembinaan 
kumpulan persefahaman" yang lebih tersusun. -mk

ULASAN GB

Cukup aneh kenyataan-kenyataan Presiden PAS ini.

Sekarang beliau menyatakan: "Yang tahu masa depan (PAS dan IKATAN) 

hanya tuhan."

Sebelum ini Presiden PAS teresebut menjadi "tukang ramal" 

apabila menyatakan kepada mereka yang menyertai AMANAH sebagai 
"kamu akan tenggelam". 


Mengapa begitu cepat "meramal" parti orang tetapi tidak pandai pula 

untuk melakukan hal yang sama untuk parti sendiri? 

Kita lihat saja hukum kebenaran dan keadilan berjalan apa yang bakal 

berlaku di kedua-dua belah pihak. Siapa yang tenggelam dan siapa yang
 terus dengan matlamat perjuangan.

GB sudah ulas sebelum ini: Petikan:

Bukankah Haji Hadi sendiri pernah mengahalau ahli-ahli PAS, pernah memanggil ahli PAS sebagai BARUA dan pernah menTOLOLkan ahli-ahli PAS?

Kini apabil mereka yang dihalau, yang dipanggil BARUA dan yang ditololkan itu mahu membuka parti baru, diberi amaran pula bahawa mereka akan "tenggelam" seolah-olah menghalang mereka untuk tinggalkan PAS.

Bukankah kamu, Haji Hadi sebagai Presiden yang perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kini? Bukankah kamu, Haji Hadi yang telah menyebabkan berlakunya dan membiarkan perpecahan di dalam PAS? Bukankah kamu, Haji Hadi sebagai Presiden yang bertanggungjawab membiarkan PAS tergelincir dari landasan perjuangan dengan bertukar menjadi sebuah parti yang tidak lagi berakhlak Islam, penuh dengan cacian, makian seperti BARUA, TOLOL, JEBON. ANWARINAS, MUNAFIK HARAKI serta menggunakan pelbagai kaedah yang tidak Islamik untuk menaikkan para ulama dan menyingkirkan golongan profesyenal?

Memfitnah, mencaci-maki, melabel, menggunakan cai - kesemuanya "dihalalkan" oleh pimpinan PAS Pusat tanpa sebarang sekatan untuk memenangkan kumpulan ulama dan menyingkiirikan kumpulan profesional.

Sekalipun pimpinan PAS Pusat terutama Presiden menutup matanya, namun Allah itu tidak buta dan tidak lalai.

Terus-terang kami nyatakan kepada Tuan Presiden, kami rela tenggelam daripada hidup bersama-sama dengan ulama jahat (ussu') yang gila jawatan dan gila pangkat yang menggunakan segala kaedah termasuk kaedah yang tidak Islam semata-mata untuk memuaskan kebuasan nafsu mereka untuk menang dalam pemilihan PAS baru lalu.

Tetapi insyaAllah kami yakin, dengan tenaga profesyenal G-18 yang satu ketika pernah mengangkat martabat PAS sehingga ke aras yang ada pada hari ini, mereka tidak akan gagal dengan parti baharu yang bakal muncul tidak lama lagi.

Sewaktu itu kita tengoklah nanti SIAPAKAH SEBENARNYA YANG BAKAL TENGGELAM...

Lihat sketsa di bawah ini, yang menjerit "tenggelam itulah yang bakal tenggelam. InsyaAllah. Sekrang ia hampir menjadi kenyataan.

TANGGUH HUDUD: ‘PENDIRIAN KAMI BETUL’ – RAJA KAMARUL BAHRIN

Posted: 17 Mar 2016 03:44 AM PDT

BLOK KETIGA: ‘PAS AKHIRNYA AKUI IJTIHAD MAT SABU’

Posted: 17 Mar 2016 03:41 AM PDT

AMK DESAK POLIS TAHAN JAMAL, ARMAND ATAS TUDUHAN JENAYAH

Posted: 17 Mar 2016 03:37 AM PDT

HUDUD: PENDIRIAN DAP BETUL SEJAK DALAM PAKATAN RAKYAT

Posted: 17 Mar 2016 03:34 AM PDT

RAMAI YANG "SYAHID" BERSAMA JAMAL SEMALAM?

Posted: 16 Mar 2016 11:01 PM PDT




IKUT ORANG BODO ANDA AKAN MENJADI BODO......

Sarawak: Cemas dengan DAP, Alfred Jabu arah segera baiki jalan

Posted: 16 Mar 2016 10:50 PM PDT

17 Mac 2016

BETONG, 17 MAC: Gara-gara cemas dengan pasukan DAP Betong dan Impian Malaysia yang sedia membantu penduduk rumah panjang Jelau Atas membaiki laluan masuk kampung mereka, Barisan Nasional terpaksa mengarahkan tindakan segera membaiki laluan berkenaan yang daif dan tidak dipedulikan.
Kawasan yang berada dalam Dewan Undangan Negeri Layar itu diwakili oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu, selama sembilan penggal, namun masih banyak jalan dan laluan masuk berada dalam keadaan tidak sempurna dan sebahagiannya hanya sesuai dilalui kenderaan pacuan empat roda.
Menurut Pengerusi DAP Betong, Gerald Roger Anding, masalah itu telah lama diadukan tetapi tidak mendapat layanan dari kerajaan dan wakil rakyat kawasan berkenaan sehinggalah penduduk rumah panjang itu meminta bantuan DAP.
"Apabila penduduk meminta bantuan kami (DAP) dan pasukan Impian Sarawak, kami bersetuju untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan jalan itu.
"Apabila kami mahu memulakan projek berkenaan pada 14 Mac lalu, entah bagaimana berita itu sampai ke pengetahuan Alfred Jabu, beliau segera adakan mesyuarat dengan Ketua Jelau Atas pada 14 Mac itu juga dan berjanji kerajaan akan membaiki laluan mereka," katanya.
Menurutnya, berdasarkan maklumat dari tuai rumah, Ngumbang, Jabatan Pertanian telah diarahkan untuk melakukan kerja-kerja membaiki laluan tersebut yang akan bermula bila-bila masa sahaja dari sekarang.
Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Sarawak itu berkata, DAP betong telah mengadakan pula mesyuarat dengan penduduk rumah panjang dan mereka menzahirkan rasa gembira kerana DAP telah berjaya membantu masalah mereka.
"Mereka gembira kerana kerajaan akan menyelesaikan masalah mereka.Tanpa kehadiran DAP, tidak mungkin akan ada respon segera dari kerajaan.
"Saya akan memantau sendiri secara dekat sehingga laluan jalan tersebut siap dibaiki sepenuhnya untuk memastikan Alfred Jabu berpegang kepada janji yang diberikan kepada penduduk rumah panjang," katanya.
Tambah Gerald, kerajaan negeri membelanjakan jutaan ringgit peruntukan bagi membaiki dan menaiktaraf infrastruktur jalan namun masalah itu tidak pernah selesai.
"Pada tahun 2015 sahaja, sekurang-kurangnya RM15 juta dana Pembangunan Luar Bandar (Minor Rural Projects-MRP) diperuntukkan kepada setiap kawasan di Sarawak.
"Rumah panjang di sini (Layar) sepatutnya mendapat RM100,000 dana MRP pada tahun lalu tetapi tiada sebuah rumah panjang pun yang dapat," jelasnya. – Roketkini.com

PAS JANGAN KELUAR FATWA BAGI MENGHALALKAN TINDAKAN TERKINI.KOMEN ORANG RAMAI

Posted: 16 Mar 2016 10:45 PM PDT







KITA LIHAT APA KOMEN ORANG RAMAI TERHADAP TINDAKAN PAS YANG SUATU KETIKA DAHULU 

Parti aku sayang dulu dah jadi parti paling bangang hari ini.
Dulu kafirkan sesiapa yang tinggalkan parti kerana menganggap tidak sokong usaha memartabatkan hudud.
Hari ini, mereka sendiri bersama dengan parti ikatan yang kata hudud tak sesuai.
Janji pembangkang pecah.
Nak jadi abang besar.

1. PAS KUAT BERSENDIRIAN
2. AMANAH TIDAK AKAN KEKAL LAMA
3. KITA AKAN BUAT KEPUTUSAN SENDIRI DAN AKAN MENENTUKAN HALA TUJU SENDIRI
4, SANGGUP MEOLAK RAKAN LAMA DALAM PAS SETELAH BERPULUH TAHUN BERJUANG BERSAMA PAS
Walaun2 cuba terangkn ..

Kenyataan sebenar presiden mne satu?

Serah kepada rakyat dan parlimen melalui proses demokrasi...

Yg banner tu kita rela di tolak rakyat kerana melaksanakn suruhan Allah (hudud)



Kenyataan Media Taki boy tak ada pun berkeras menyatakn hukuman hudud itu keutamaan...
Tan sri kadir berkata hudud ditangguhkan dahulu kerana ada perkara yg perlu diutamakan buat masa ini.
Knp bila Dap, pkr dan Amanah memberi jawapan yg sama di tuduh difitnah tolak islam ????
Tolong walaun2 jawab...



YANG PECAT BELIAU TANPA PENCEN...IA LAH MELAYU UMNO...
YG AMBIK DIA KERJA ...CINA DAP TANPA SYARAT....YG SUKA HINA DAP.. IA LAH PAS....LU FIKIR LA SENDIRI....



Dulu, kempen fitnah dilancar ke atas Dr Hatta Ramli Hanipa Maidin,Mohammad Nizar Jamaluddin Mujahid Yusuf Rawa Dr Siti Mariah Mahmud dsbnya kononnya mereka tolak hudud.
Mereka dituduh tolak hudud sebab tak percaya yg UMNO akan benarkan hudud di laksana di Kelantan.
Sekarang ni Haji Hadi sendiri tolak hudud kerana hendak bertahaluf dengan Kadir Midnite.
Tak penting pulak perlaksanaan hudud sekarang ni.
Apasal masa dalam Pakatan Rakyat dulu maki DAP sbb kononnya DAP tolak hudud tapi dlm Goblok3 ni takpa pula tak laksana hudud?
Kalau dulu Haji HAdi kata kita nak perkasa Mahkamah Syariah, DAP pun tak marah. Pakatan Rakyat kekal.
Haji Hadi lidah bercabang perangai macam orang munafiq.
Mereka2 yang fitnah pemimpin2 di atas tu siap sedialah terima balasan dari Allah.
Sesungguhnya dosa fitnah ni akan dituntut di PAdang Mahsyar kecuali kalau tuan badan memaafkannya,
PAS amalkan Islam cacar marba. Lebih teruk dari Syiah.


Melayu Oh Melayu. Dari berjuang untuk Islam bertukar kepada berjuang untuk Melayu. Nasib la bagi mereka yang masih tertutup pemikiranya kerana taksub membuta.



Kahkahkah....ambo dah kata....jual agama je lebai2 ni....bila Dap kata utamakan yg utama dulu, lebai kata Dap tolak Hudud. Bila Pkr kata banyak perkara lain wajib dibuat dulu, mereka kata Pkr ni liberal....Nah !! Sekarang hangpa nak dalih apa? Jenis ebai ego dan sombong...bila dah terasa lemah, orang pakai Bow kat leher pun hangpa buat kawan...Hadi sengeh je bila Syeikh Fadzir sebut "Hudud belum masa nak buat lagi....kena utama yg lain dulu..." Kahkahkahhh....Ketua Dewan Ulamak Pas, Dr Mahfodz pun senada dengan Dap dan Pkr bercakap....kahkahkah....



Ini adalah dua wajah antara yang paling mendapat perhatian dari setiap lapisan masyarakat dimalaysia pada hari ini,berani bertanding pada pilihanraya dan pernah menang pada pru dan prk walaupun diluar lubuk sendiri, kita berharap dan berdoa agar Datin Seri Wan Azizah danTuan Haji Mohammad Bin Sabu akan mencapai kemenangan pada pru14 akan datang,,,kapada yang hanya berani bertanding dan menang ditempat sendiri pandai2 lah merendah diri ya

i yang saya amalkan, kita boleh bagi pandangan, kritikan dan sebagainya kepada sesuatu perkara yang belum jadi, masih dalam perancangan, tetapi apabila ia sudah menjadi kenyataan ia harus diterima.
Demikian dengan Pas bersama Ikatan itu, ia sudah diumumkan, apakah ia berjaya atau sebaliknya, parti itu akan menanggungnya. Jadi janganlah persenda berlebihan-lebihan, dan cara berpolitik begitulah yang saya kurang setuju dan sedih. Trims

SETUJU KU ZACK!
Ni aku ajar kau politik matang. Parlimen ada 222 kerusi. Utk menubuhkan kerajaan perlu ada majoriti mudah 112 kerusi.
# PAS wajib menang 112 kerusi baru dpt kelebihan majoriti 1 kerusi..
# Untuk meminda Perlembagaan PAS perlu mendapat 2/3 majoriti bermakna PAS Wajib menang 148 kerusi Parlimen.
Pas bertanding hanya 60 kerusi. Ikatan? Xpayah ckp la ahli parlimen skrg pon sorang pon takdak. Jikalau pas menang semua 60 kerusi sekalipun, kerajaan tak dapat dibentuk pon. Apatah lagi nak buat hudud. Soalannya utk apa PAS bertanding pru kalau dah terang2 atas kertas tak dapat bentuk kerajaan pusat? Apa guna PAS melaung hudud hudud adakah benar2 mahu laksanakan atau retorik politik? Benda basic je ni ustaz.. Takleh nak fikir ke? Bangang!
Untuk makluman saya sokong hudud dilaksanakan. Tapi pas tak pernah ada usaha utk mengganti kerajaan pusat. Umno takkan benarkan hudud la ustaz woi. Melalak hudud hudud tapi tiada usaha. Jikalau pas bertanding 150 kerusi pada pru14 aku akan sokong pas. Kalau setakat 60 boleh blah...
# Orng KAMPUNG boleh ler Lebai kencing merata...




Dalam tempoh beberapa tahun hutang negeri meningkat sebanyak 10.4% di dalam tempoh dua tahun berakhir 2015......Pandai beryoya jah dn abehkan pitih.
KERAJAAN PAS KELANTAN HUTANG PUSAT RM1.34 BILLION
Kementerian Kewangan menjawab soalan Teresa mengenai hutang kerajaan negeri terhadap kerajaan persekutuan yang masih belum dibayar sehingga Disember 2015.
Negeri-negeri lain ialah Johor RM249.1 juta, Negeri Sembilan RM942.76 juta, Melaka RM950.97 juta, Perak RM608.63, Selangor RM1.32 bilion dan Kelantan RM1.34 bilion.
Bagaimanapun, hutang bagi Wilayah Persekutuan tidak dinyatakan.

Tabung Haji perlu jelas masalah yang dihadapinya, bukan ugut pendeposit

Posted: 16 Mar 2016 10:38 PM PDT

17 Mac 2016 oleh Fatih Hassan Nordin

tabunghaji_sheikhomar

KUALA LUMPUR, 17 MAC: Lembaga Tabung Haji di bawah seliaan kerajaan UMNO-Barisan Nasional sepatutnya tampil dengan jawapan memuaskan berkaitan kelemahan pihak pentadbirannya menguruskan aset hasil simpanan pendeposit.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali, berkata penjelasan jujur dan telus adalah lebih baik daripada melemparkan ugutan terhadap pendeposit.
Beliau membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Khir Jamil Baharom, yang memberi amaran bahawa pendeposit bakal hilang giliran menunaikan haji, malah terpaksa menunggu sehingga 70 tahun, jika mengeluarkan simpanan mereka.
Katanya, kenyataan seumpama itu sebagai bacul dan terdesak sehingga sanggup menggertak pendeposit yang sudah hilang kepercayaan terhadap institusi kewangan itu yang masih enggan menjelaskan dengan terperinci tindakan kontroversi lembaga itu.
"Rakyat dan pendeposit tidak berdosa. Mereka bertindak spontan atas isu kontroversi yang melibatkan Tabung Haji.
"Rakyat mahukan jawapan. Bukan alasan, apatah lagi ugutan. Jawapan Khir Jamil ini nampaknya seolah-olah satu ugutan terhadap pendeposit Tabung Haji," katanya kepada Roketkini.
Pada Mei tahun lalu, Lembaga Tabung Haji melakukan langkah yang dianggap masyarakat dan pemerhati sebagai suatu tindakan kontroversi dengan menjual semula tanah kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan harga di bawah harga pasaran, sedangkan ia boleh dijual dengan harga yang tinggi.
Malah, tindakan itu turut dilaporkan media tempatan yang dikatakan mendapat nasihat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pada Januari lalu, Bank Negara Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya ada menghantar notis nasihat kepada Lembaga Tabung Haji seperti yang didedah media mengenai penyusutan rizab agensi haji berkenaan dan mendakwa pelaburan yang dilakukan Tabung Haji juga merosot.
Timbul rasa tidak percaya di kalangan pendeposit itu, Sheikh Omar berkata, adalah bukan kerana dimangsakan ekoran daripada pendedahan surat Bank Negara yang menasihati Tabung Haji supaya melihat kelemahannya, sebaliknya tata selia dan pengurusan aset oleh lembaga itu yang harus diragui ketelusannya.
"Pada saya, seawal pendedahan surat Bank Negara berkenaan di media juga adalah akibat daripada ketidakpuasan hati pihak terlibat terhadap pengurusan aset TH yang diragui," katanya.
Khir dilaporkan media sebagai berkata bahawa penyebaran surat dari Bank Negara itu kononnya menyebabkan Tabung Haji dilemparkan dengan tuduhan rambang, analisis tidak tepat dan andaian negatif pelbagai pihak sehingga pendeposit menjadi mangsa. – Roketkini.com