Selasa, 15 Mac 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BLOK KETIGA PAS PENYAMBUNG HAYAT NAJIB?

Posted: 15 Mar 2016 05:40 PM PDT

ARTIKEL SHAHBUDIN SEMALAM.




Esok 16 Mac, Pas dijangka mengumumkan penubuhan blok baharu pembangkang bersama  satu parti pelbagai kaum dan juga sebuah NGO yang kedua-duanya belum lagi dikenalpasti.

Menurut Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, blok itu akan menjadi kuasa ketiga yang diharapkan setanding dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Ia adalah gabungan pembangkang. Kami adalah kuasa ketiga, ujar beliau minggu lalu.

Walaupun belum dikenalpasti siapa yang akan terlibat, sumber-sumber memberitahu, kemungkinan parti yang akan bekerjasama dengan Pas itu ialah Ikatan, sebuah parti yang dipimpin oleh bekas menteri, Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Namun, apakah makna kuasa ketiga yang mahu dikejar Pas itu?

Dengan hanya dianggotai satu parti lain dan sebuah NGO, apa pula kekuatannya?
Dalam mana-mana politik dunia, yang terbaik selalu kita dengar ialah sistem dua parti yang boleh bertukar ganti iaitu satu pihak menjadi pemerintah dan satu pihak lagi menjadi pembangkang. 

Lebih baik lagi jika pemerintah dan pembangkang itu sama-sama kuat, fleksibel dan seimbang yang akhirnya menjadikan kedua-dua parti berebut-rebut menawarkan perkhidmatan dan program yang terbaik untuk rakyat.

Mana-mana parti yang diberi peluang untuk berkuasa, mereka sentiasa bersedia untuk dipintas oleh pesaingnya dalam satu persaingan yang akhirnya akan menguntungkan rakyat.

Dengan ini,  parti yang berkuasa akan cuba sedaya upaya mempertahankan kuasanya melalui khidmat dan program yang dapat memberi kepuasan maksimum kepada rakyat. 

Yang gagal akan memperbaiki kelemahan dan kesalahan mereka agar di lain-lain masa dapat diterima semula. Yang pernah berkuasa tetapi kemudian ditewaskan pula akan dapat belajar erti kelemahan dan cuba memperbaikinya.

Dalam sesebuah negara, tidak ada peranan ketiga yang boleh ditawarkan oleh mana-mana parti. Yang ada sama ada menjadi pemerintah atau pembangkang saja. 

Blok ketiga selalunya menjadi picisan, kacau daun atau untuk mengambil kesempatan semata-mata. Blok ketiga bukan sebuah perjuangan sebenarnya.

Oleh itu, hasrat Pas menubuhkan blok ketiga ini agak menghairankan dan menimbulkan lebih kekeliruan.

Jika Pas berhasrat mahukan perubahan dalam sistem dan institusi pentadbiran negara yang dilihat tidak betul dalam kerajaan sekarang, pilihan mereka seharusnya ialah bersama-sama dengan blok pembangkang sedia ada.

Dengan itu, jika menang dan berjaya mengambil alih kuasa, Pas dapat sama-sama menyumbang apa yang diperjuangkan itu.

Kiranya bersetuju dan ingin "cium mulut"  dengan kerajaan sedia ada, Pas tidak harus malu-malu untuk mengaku dan berterus-terang untuk menyertai parti pemerintah.

Oleh kerana BN dan PH boleh dikata hampir seimbang kekuatannya, kewujudan blok ketiga Pas ini tidak ternampak ada kebaikannya dari segi mewujudkan perubahan, melainkan memberi kelebihan untuk kekalnya kerajaan sedia ada untuk terus berkuasa atau melompat kepada sesiapa yang menang selepas pilihanraya.

Walaupun Pas turut mengatakan mereka adalah juga pembangkang yang bukan saja ingin menumbangkan Najib, malah mahu merubah sistem dalam negara, tetapi perbuatan menubuhkan blok baharu ini seratus peratus bertentangan dengan matlamat tersebut.
Dengan pembangkang lagi berpecah, maka pemerintahlah yang dapat untungnya.

Mungkinkah ini yang menyebabkan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi pantas menyambut baik penubuhan blok ketiga itu sebagai suatu kematangan dan mewarnai lagi dunia politik negara? (SH 15/03/2016).

PKR DAKWA DEWAN MALAYSIA DI AUSTRALIA DIBELI 58% LEBIH MAHAL

Posted: 15 Mar 2016 04:05 PM PDT

SETIAUSAHA AGUNG AKUI PERKASA ADA DUA KEM

Posted: 15 Mar 2016 04:02 PM PDT

HUSAM PENGGANTI ANWAR PALING BERWIBAWA?

Posted: 15 Mar 2016 03:59 PM PDT

HIMPUNAN MUAFAKAT MALAYSIA BERMULA 23 MAC – MAT SABU

Posted: 15 Mar 2016 03:44 PM PDT

Jelajah Selamatkan Malaysia bermula 23 Mac, himpunan Mansuh GST 2 April

Posted: 15 Mar 2016 03:40 PM PDT


SUFI0876
KUALA LUMPUR, 15 MAC:  Seluruh rakyat Malaysia dijemput hadir memeriahkan pesta demokrasi dalam beberapa siri Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia di seluruh negara mulai 23 Mac ini, dan perhimpunan aman mega Mansuh GST bertemakan 'Undur Najib, Mansuh GST' bertempat di Dataran Merdeka di sini pada 2 April ini.
Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia dan Perhimpunan Aman Mansuh GST ini menggariskan tiga tuntutan utama Pakatan Harapan:
  • Reformasi menyeluruh ke atas sistem dan institusi negara untuk memastikan kebebasan, keadilan dan keluruhan undang-undang;
  • Pembebasan segera Datuk Seri Anwar Ibrahim; dan
  • Peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia, Mohamad Sabu  berkata, siri jelajah himpunan yang pertama akan diadakan pada 23 Mac ini bermula jam 8 malam di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah, Selangor.
"Sekretariat Muafakat Selamatkan Malaysia telah pun memanjangkan jemputan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Afdal untuk turut serta dalam himpunan muafakat pada 23 Mac dan sedang menunggu maklumbalas mereka.
"Himpunan kedua pula akan dianjurkan di Gelang Patah, Johor pada 16 April 2016 dan seterusnya ke Kedah pada 7 Mei 2016," umum beliau dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Mohamad yang juga Presiden Amanah berkata, bagi perhimpunan aman Mansuh GST yang akan diadakan di Dataran Merdeka, pihak penganjur memperkenalkan logo, kemeja-T dan iklan media sosial sebagai promosi menjelang himpunan tersebut.
"Pelbagai acara untuk menghebahkan demonstrasi ini telah disusun oleh sayap-sayap pemuda Pakatan Harapan dan NGO selain dari siri-siri ceramah," ujar beliau.
Beliau menambah, satu ceramah besar juga akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pada 31 Mac yang melibatkan semua pimpinan Pakatan.
"Saya yakin, pengisian-pengisian sebegini akan membina gelombang rakyat yang meningkatkan tekanan kepada Perdana Menteri Najib Razak meletak jawatan," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa semua himpunan yang dirancang adalah terbuka untuk semua rakyat Malaysia, dan tidak sama dengan satu acara tertutup yang dianjurkan oleh Datuk Zaid Ibrahim pada 27 Mac depan kerana majlis tersebut hanya terhad kepada kepada jemputan.
Turut hadir dalam sidang akhbar di Parlimen itu adalah Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke; Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah; dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli. – Roketkini.com

Kembalikan kuasa Mahkamah Persekutuan sebagai pemutus muktamad isu undang-undang

Posted: 15 Mar 2016 03:37 PM PDT



Persoalan Perlembagaan
Tuan yang dipertua,
Sepertimana yang kita sedia maklum, Perlembagaan Persekutuan merupakan sebuah perjanjian keramat yang memaktubkan hak dan kebebasan asasi setiap rakyat Malaysia. Kanun tertinggi negara kita ini ibarat payung yang melindungi setiap warganegara dengan memastikan bahawa tidak ada sesiapa yang dinafikan keadilan dan kesaksamaan di sisi undang-undang.
Pun begitu, adalah amat mendukacitakan sekali apabila terdapat rakyat Malaysia yang tidak terbela oleh sistem perundangan negara kita, sepertimana yang sering berlaku dalam isu hak penjagaan anak antara Muslim dan bukan Muslim.
Terkini, kes-kes S. Deepa dan Indira Gandhi Mutho telah menarik perhatian negara. Pada hemat saya, kedua-dua kes ini bukan sahaja semata-mata berkenaan dengan penafian hak ibu ke atas anak, atau persoalan penukaran agama secara unilateral, atau salah guna sistem (abuse of the system) oleh bapa yang memeluk Islam untuk mendapatkan hak penjagaan. Lebih penting lagi, kes seumpama ini turut menimbulkan persoalan besar mengenai Perlembagaan Persekutuan, bidang kuasa kehakiman dan hak rakyat Malaysia untuk mendapat remedi daripada mahkamah.
Sebagaimana yang kita maklum, dua kes berasingan ini melibatkan dua orang ibu beragama Hindu yang dipisahkan daripada anak-anak kecil mereka setelah bekas suami memeluk Islam dan menukar agama anak-anak kepada Islam tanpa persetujuan dan pengetahuan ibu. Kemudian, si bapa bertindak mendapatkan perintah Mahkamah Syariah untuk mendapatkan hak penjagaan.
Saya pasti, jika kita mengenepikan sentimen dan emosi kita buat sejenak dan kembali kepada pemikiran rasional, sudah tentu kita akan melihat tindakan sebegini sebagai ketidakadilan dan penyalahgunaan sistem.
Walaupun Seksyen 88(3) Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 mengandungi anggapan (presumption) bahawa adalah lebih afdal bagi seseorang kanak-kanak bawah tujuh tahun untuk dijaga oleh ibunya (apatah lagi apabila anak berkenaan itu kecil dan masih menyusu, seperti dalam kes Indira Gandhi), namun peruntukan ini berjaya dipintas apabila si bapa bertindak melalui Mahkamah Syariah dan bukan mahkamah sivil.
Jadi, oleh kerana Perlembagaan Persekutuan menentukan bahawa Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa ke atas Muslim, maka si ibu bukan Muslim tidak mempunyai locus standi dan tidak mempunyai hak untuk mencabar perintah Mahkamah Syariah yang memberi hak penjagaan kepada bapa, di samping penukaran agama anak secara unilateral. Justeru, dengan begitu mudah sahaja, seorang ibu kehilangan anaknya.
Demikianlah yang terjadi dalam kedua-dua kes ini. Akibat tiada pilihan lain, si ibu terpaksa ke Mahkamah Tinggi untuk mendapat perintah hak penjagaan (custody order). Namun begitu, setelah berjaya di Mahkamah Tinggi, perintah tersebut langsung tidak dihiraukan oleh pihak polis atas alasan bahawa terdapat perintah berlainan daripada Mahkamah Syariah. Malah, perintah mandamus yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi untuk memaksa Ketua Polis Negara untuk melaksanakan waran penangkapan serta perintah mendapatkan kembali (recovery order) terhadap bekas suami juga diabaikan.
Sudah tentu, saya tidak menyalahkan pihak polis dalam hal ini. Mereka pastinya keliru berkenaan perintah mahkamah manakah yang harus mereka patuhi – mahkamah sivil atau Mahkamah Syariah. Kekalutan ini menjadi dilema besar yang mempunyai kesan mendalam terhadap sistem kehakiman dan keadilan negara kita.
Bagi kes Indira Gandhi, Mahkamah Rayuan kemudiannya telah menterbalikkan perintah-perintah Mahkamah Tinggi dengan memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengkaji semula keputusan pentadbiran di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, yakni dalam kes ini, penukaran agama kepada Islam. Kini, kes yang sudah berlarutan selama tujuh tahun ini masih tidak selesai dan sedang menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Namun, isu yang paling kritikal sekali adalah keputusan Mahkamah Rayuan yang menyatakan bahawa hakikat Indira Gandhi itu bukan Muslim dan tidak boleh mendapat remedi dalam Mahkamah Syariah, tidak bermaksud bahawa mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk memberi remedi kepadanya. Keputusan sedemikian sudah tentu bertentangan dengan prinsip ubi jus ibi remedium (setiap hak berhak mendapat remedi – where there is a right there is a remedy). Sebagai warganegara Malaysia, Indira Gandhi mempunyai hak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mendapat remedi daripada sistem kehakiman. Namun, dalam kes ini, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa beliau tidak mempunyai remedi di mana-mana mahkamah! Ini adalah suatu keadaan yang langsung tidak masuk akal. Bagaimanakah mungkin seseorang warganegara boleh dinafikan hak secara sewenang-wenangnya?
Dalam kes S. Deepa pula, jalan ceritanya agak sama, cuma kes telah sampai kepada Mahkamah Persekutuan yang memutuskan untuk memisahkan hak penjagaan, di mana anak lelaki diberikan kepada bapa Muslim dan anak perempuan kepada ibu Hindu.
Pada masa yang sama, Mahkamah Persekutuan juga memutuskan bahawa masalah hak penjagaan atau perceraian perkahwinan sivil hanya boleh dikendalikan oleh mahkamah sivil dan bukan syariah, kecuali kedua-dua suami dan isteri itu Muslim. Sekurang-kurangnya hal ini telah dijelaskan. Namun begitu, Mahkamah Persekutuan tidak menjelaskan sama ada mahkamah sivil atau syariah yang mempunyai kuasa untuk menentukan status keagamaan anak yang ditukar agama secara unilateral kepada Islam.

Dilema sistem kehakiman
Tuan yang dipertua,
Daripada kes-kes yang dinyatakan tadi, jelas terdapat beberapa persoalan besar yang belum diselesaikan. Pertama, bagaimana untuk menangani penukaran agama kanak-kanak bawah umur secara unilateral. Kedua, perintah mahkamah manakah yang sepatutnya dituruti oleh pihak penguatkuasa apabila terdapat perintah bercanggah daripada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Syariah. Ketiga, di manakah hak remedi seorang bukan Muslim dalam kes yang membabitkan Mahkamah Syariah. Akhir sekali, dan saya kira paling pokok sekali, bagaimana untuk menyelesaikan masalah bidang kuasa mahkamah yang timbul ini.
Kekusutan yang melingkari persoalan-persoalan ini memerlukan penyelesaian tuntas yang tidak boleh lari daripada akar kepada permasalahan ini sendiri, iaitu bidang kuasa mahkamah yang tidak jelas. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku jika kita memegang kepada semangat asal Perlembagaan.
Di bawah Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara kita, terdapat pemisahan kuasa yang jelas dalam tiga badan utama. Setiap badan mempunyai kuasa mutlak (plenary authority) ke atas bidang kuasa masing-masing, yakni kuasa eksekutif Persekutuan di bawah Yang di-Pertuan Agong, kuasa legislatif Persekutuan di bawah Parlimen, dan kuasa kehakiman Persekutuan di bawah "dua Mahkamah Tinggi yang setara bidang kuasa dan tarafnya," iaitu satu di Malaya dan satu di Borneo, serta "mana-mana mahkamah bawahan yang diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan."
Namun, dalam pindaan Perlembagaan pada tahun 1988, berikutan krisis kehakiman yang dicetuskan oleh penyingkiran Ketua Hakim Negara dan beberapa Hakim Mahkamah Agung, kuasa mutlak kehakiman Persekutuan telah dilucutkan daripada mahkamah. Setelah dipinda, Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan kini menyebut bahawa mahkamah hanya mempunyai "apa-apa bidang kuasa dan kuasa yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan."
Dalam erti kata lain, sebelum pindaan, kuasa mutlak kehakiman Persekutuan terletak di bawah Mahkamah. Kini, kuasa mahkamah terletak di bawah atau diperolehi daripada undang-undang Persekutuan. Ini bukan sahaja merampas kuasa badan kehakiman tetapi juga merosakkan taraf salah sebuah badan utama Perlembagaan yang sepatutnya berkuasa mutlak ke atas bidang kuasanya.
Sekali dengan pindaan ini, maka Perkara 121(1A) telah ditambah bagi memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi "tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah." Hal ini lantas mewujudkan dua sistem keadilan yang selari (parallel systems of justice) di Malaysia, di mana Mahkamah Syariah kini beroperasi secara selari dengan mahkamah sivil.
Sistem selari ini menimbulkan pelbagai masalah, khususnya dalam kes seperti yang dinyatakan di atas, apabila melibatkan bukan Muslim dalam kes syariah. Persoalan yang timbul adalah, bagaimana untuk memastikan hak keadilan dan pembelaan saksama?
Jika kita kembali kepada Perlembagaan, Perkara 75 menyatakan bahawa undang-undang Persekutuan mengatasi undang-undang Negeri, manakala Perkara 4 menyatakan Perlembagaan Persekutuan mengatasi semua undang-undang lain. Hal ini jelas dan tidak dipertikaikan. Namun dalam kes Indira Gandhi, umpamanya, kelihatannya tiada undang-undang yang dapat membela ibu malang ini – Mahkamah Syariah tidak boleh, mahkamah sivil juga tidak boleh. Oleh yang demikian, ke manakah harus si ibu ini tujukan nasibnya?
Inilah persoalan besar yang timbul ekoran pindaan Perlembagaan Persekutuan yang dibuat pada tahun 1988, iaitu masalah akibat kewujudan dua sistem keadilan yang selari. Persoalannya – siapa menjadi pemutus muktamad (final arbiter) dalam segala isu pertikaian undang-undang, termasuk dalam kes di mana bidang kuasanya tidak jelas?
Di bawah Perkara 128(1) dan (2) Perlembagaan, Mahkamah Persekutuan merupakan kuasa kehakiman tertinggi dan seharusnya menjadi pemutus muktamad dalam "apa-apa soal sama ada sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Badan Perundangan sesuatu Negeri adalah tidak sah" berdasarkan kepada bidang kuasanya, pertikaian antara Negeri dengan Negeri atau antara Negeri dengan Persekutuan, serta dalam memutuskan soal yang berkaitan dengan Perlembagaan apabila dirujuk kepadanya oleh mana-mana mahkamah lain.
Pada masa yang sama, jika Perkara 121(1A) diteliti, pengasingan bidang kuasa Mahkamah Syariah itu jelas hanya tertakluk kepada Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah bawahan, dan tidak kepada Mahkamah Rayuan dan Persekutuan. Maka, sepatutnya, tidak timbul isu di mana mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa ke atas kes-kes seperti di atas, dan bukan seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Indira Gandhi.
Namun begitu, masalah bidang kuasa yang tidak jelas ini timbul akibat peruntukan di bawah Seksyen 81 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang menyatakan bahawa bidang kuasa asal Mahkamah Persekutuan yang termaktub dalam Perkara 128(1) dan (2) Perlembagaan "hendaklah mempunyai bidang kuasa yang sama dan boleh menjalankan kuasa yang sama seperti yang dipunyai dan boleh dijalankan oleh Mahkamah Tinggi."
Ini sekaligus mengehadkan kuasa Mahkamah Persekutuan! Sepatutnya, sepertimana kita tahu, peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan mengatasi undang-undang Persekutuan. Maksudnya, Perkara 128 Perlembagaan sepatutnya mengatasi Seksyen 81 Akta Mahkamah Kehakiman. Tetapi, oleh kerana pindaan pada tahun 1988, kuasa mahkamah kini terhad kepada "apa-apa bidang kuasa dan kuasa yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan." Dalam erti kata lain, oleh kerana kuasa mahkamah kini dihadkan kepada apa yang diperuntukkan oleh undang-undang Persekutuan, maka Seksyen 81 Akta Mahkamah Kehakiman kini mengekang Mahkamah Persekutuan daripada fungsi dan bidang kuasa sebenarnya.

Kembalikan status Mahkamah Persekutuan
Tuan yang dipertua,
Pindaan semberono yang dibuat pada tahun 1988 telah meninggalkan warisan yang buruk kepada negara kita dan mencetuskan krisis Perlembagaan dan penafian hak dan kebebasan asasi rakyat seperti yang berlaku dlm kes-kes S. Deepa dan Indira Gandhi.
Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar Mahkamah Persekutuan dikembalikan tarafnya sebagai pemutus muktamad dalam segala isu undang-undang, yakni sebagai Mahkamah Perlembagaan. Malah, ini boleh dibuat dengan mudah tanpa pindaan Perlembagaan atau apa-apa perubahan kepada Perkara 121.
Penyelesaian kepada masalah ini boleh dicapai melalui pindaan kepada Akta Mahkamah Kehakiman dalam dua perkara. Pertamanya, pendefinisian bidang kuasa Mahkamah Persekutuan harus menyatakan dengan jelas bahawa Mahkamah Persekutuan tidak dihadkan kepada bidang kuasa yang sama dengan Mahkamah Tinggi.
Kedua, satu prosedur harus diperkenalkan bagi membenarkan pengemukaan petisyen secara langsung kepada Mahkamah Persekutuan dalam hal-hal yang melibatkan hak dan kebebasan asasi, termasuk dalam kes-kes yang melibatkan Perkara 121(1A) di mana Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa.
Prosedur ini boleh mengikut tatacara yang diperuntukkan oleh Perlembagaan India, iaitu model rujukan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia, di mana Perkara 32 Perlembagaan India memberi hak untuk mengemukakan petisyen secara langsung kepada Mahkamah Agung bagi menguatkuasakan hak dan kebebasan asasi yang dijamin oleh Perlembagaan. Tambahan pula, Mahkamah Agung diberi kuasa untuk mengeluarkan perintah termasuk writ habeas corpus, mandamus, prohibition, quo warranto and certiorari, atau apa-apa yang sesuai, bagi penguatkuasaan hak tersebut.
Pindaan sedemikian boleh dengan mudah ditambah kepada Akta Mahkamah Kehakiman, sekaligus menyelesaikan kemelut kehakiman yang sedia ada. Dengan pindaan ini, masa tidak perlu dibazir, seperti dalam kes Indira Gandhi, di mana selepas menderita tujuh tahun, kes beliau masih belum sampai ke Mahkamah Persekutuan. Jika sudah jelas bahawa Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa ke atas isu yang melibatkan Perkara 121(1A), maka mengapakah beliau terpaksa melalui segala prosedur yang tidak mendatangkan hasil? Tidakkah lebih baik diwujudkan mekanisme untuk mendapat remedi secara langsung daripada Mahkamah Persekutuan?
Lebih penting lagi, pindaan sedemikian juga akan mengembalikan status Mahkamah Persekutuan sebagai Mahkamah Perlembagaan yang dapat mempertahankan hak semua rakyat Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan memastikan tidak ada lagi warganegara yang tidak terbela.
Sekian, terima kasih.

Penulis adalah Ahli Parlimen Bukit Bendera. Ini adalah ucapan beliau dalam perbahasan usul Junjung Kasih Titah Diraja 2016 di Parlimen baru-baru ini.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


TENGKU DAN RAJA

Posted: 15 Mar 2016 07:20 PM PDT






KAHWIN PUTERI CINA
teruskan pertikai tengku..jgn lupa pertikaikan gak raja..ada raja tak ikut giliran..ada raja yg asalnya takda raja tapi jd sultan..gelaran hanya la mengenai ekonomi..sapa kaya, sapa ada kaki pukul, sapa ada hulubalang maka org itu akan dikastakan tinggi..so kawin pun wajib setaraf dgn nya bagi meluaskan punca ekonomi..

lihat parameswara, kawin dgn puteri china sb mahu perlindungan dari kuasa china, parameswara mahu memberi tentangan kpd siam gajah putih..dulu raja2 kawin dgn raja2 sb mahu meluaskan empayar ekonomi, mahu balak tentera yg kuat..utk mensucikan raja2, maka agama islam diletakkan dibawahnya walhal raja2 hanya la islam kemaluan..tidur malam bmimpi mistik , tetiba2 siangnya sudah disunatkan, tetiba2 fasih bahasa arab,semuanya magik ..

sumenya tetiba2 islam.bukan menggunakan akal kaji dan amik tahu apaitu islam.disbkan mrk adalah pemberi mknan kpd hulubalang2, kaki2 pukul, mata2, maka rakyat pun terpaksa akur..sehingga kini, disebalik kegagalan tanah melayu atau malaysia pasti on CARA NAK JADI RAJA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/15/16




-----------

RABU DAH SAMPAI

Posted: 15 Mar 2016 06:41 PM PDT








FACE BOOK 

Esok, Rabu 16 Mac 2016. Tercetusnya satu pengumuman yg menggerunkan Pakatan Harapan. Tunggu kejutan sidang media drpd Parti Hj Hadi ini. Fokus. Esok kena fokus. Amacam?



Sabtu Awab Seluruh media dunia sedang berhimpun di Ibu Pejabat Pas. Presiden Obama pon menghantar wakil peribadi beliau.


RABU DAH

SAMPAI


DUNiA


BERDEBAR2


MENUNGGU


PENGUMUMAN



--------------

KES MAKIN PELIK

Posted: 15 Mar 2016 06:00 PM PDT





APA SUDAH 

JADI?



Majlis Peguam heret AG ke mahkamah sebab tak dakwa Najib


Berhubung keputusan Apandi membebaskan PM daripada sebarang pendakwaan dan arah SPRM tutup siasatan.

Majlis Peguam memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Peguam Negara  Mohamed Apandi Ali untuk tidak meneruskan dakwaan terhadap Najib.
Dalam permohonan itu Majlis Peguam memohon perintah Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan Apandi pada 26 Januari lalu 'membersihkan' Najib dan mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan mereka.
Badan peguam itu juga mahu mahkamah menghalang peguam negara daripada membuat sebarang keputusan lanjut berhubung perkara itu, selain membenarkan peguamcara negara memutuskan hal berkenaan, termasuk sama ada mendakwa Najib atau tidak

KAH KAH KAH

woit
ini sudah berat
peguam negara kena heret
nak heret ke mahkamah
berat berat amat berat
kah kah kah
apa akan jadi 
makin kacau makin bilau 

PELIK & BENAR




-------------

LAPORAN SAHABAT MAT SABU

Posted: 15 Mar 2016 06:30 AM PDT




LAPORAN

hari ini selasa
15/03/16
telah terkumpul
RM 144, 691
sahabat mat sabu
ucapkan terima kaseh
teruskan lagi
masih belum memcukupi
selamat menderma


MAY BANK

5642 5857 6644
-------------

KES MAKIN MEREBAK

Posted: 15 Mar 2016 06:00 AM PDT




SUDAH 

KESiNI PULAK

APA DAH JADi?



Bar takes AG to court for not pressing charges against Najib

The Malaysian Bar has filed for a judicial review on attorney-general Mohd Apandi Ali's decision not to press charges against Najib.
In its application, the Bar is seeking orders from the High Court to set aside Apandi's Jan 26 decision exonerating Najib and his instructions to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to close its investigations.
It also wants the court to bar the attorney-general from making any further decisions on the matter, and allow the solicitor-general to make those decisions instead, including on whether or not to prosecute Najib.
It is also seeking court orders to allow the MACC to continue with the investigations previously ordered to be closed by Apandi.
Read more: https://www.malaysiakini.com/news/333924#ixzz431Y564of

KAH KAH KAH

gwa sudah  bilang
ini kes tak akan selesai
ada sambung
ada sambung
ada tali ada tali
kah kah kah
sekarang pak pandi pulak
kah kah kah

PAK PANDI

-------------

MAHATHIR KE PANDAN INDAH SENIN MALAM

Posted: 15 Mar 2016 05:30 AM PDT





TUN MAHATHIR AKAN HADIR DI MUAFAKAT SELAMATKAN MALAYSIA, PADANG MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA, PANDAN INDAH PADA 28 MAC 2016 (ISNIN)

YABhg Mahathir Mohamad telah mengesahkan akan hadir ke himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia yang pertama di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah. Pengesahan ini diberikan oleh  Khairuddin Abu Hassan yang menyelaraskan program bagi pihak YABhg Mahathir Mohamad.

Untuk menyesuaikan jadual Muafakat Selamatkan Malaysia dengan semua pimpinan Pakatan Harapan, Mahathir,  Muhyiddin Yassin dan tokoh-tokoh lain, tarikh yang dimuktamadkan adalah pada hari Isnin, 28 Mac 2016 bermula jam 8 malam.

Himpunan ini adalah berbentuk rapat umum yang menyediakan pentas kepada pemidato, deklamasi sajak, persembahan dan pelbagai program lain. Ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan saya menyeru seberapa ramai rakyat yang prihatin dengan masa depan negara untuk turun menyemarakkan gelombang reformasi.

Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia yang diadakan sehari selepas majlis tertutup pada 27 Mac 2016 yang diselaraskan oleh Zaid Ibrahim akan memberi ruang kepada seberapa ramai rakyat Malaysia menyertainya memandangkan jemputan ke majlis pada 27 Mac 2016 adalah terhad.

15 Mac 2016

Rafizi Ramli
Penyelaras
Sekretariat Muafakat Selamatkan Malaysia





-------

MARI TANYA MEREKA

Posted: 15 Mar 2016 05:00 AM PDT






FACE BOOK



1 hr
Mari kita soal 4 aktivis NGO ini kenapa mereka mengambil langkah untuk menanda-tangani deklarasi rakyat ini.
Apakah mereka dibayar? Gadaikan prinsip? Lupa tangkapan ISA? IshamTukar Tiub sendiri bekas tahanan ISA dan 20 tahun tidak pulang Malaysia.
Maria Chin Abdullah, isteri bekas tahanan ISA. Ambiga, aktivis peguam yang terkesan dengan krisis 1988.
Cynthia Gabriel, aktivis anti korupsi.
Ini adalah peluang terbaik untuk menyoal tindakan mereka. Ia, kita hadir dan dengar.
Tetapi, ini townhall. Setiap individu boleh menyoal langkah mereka.
Jom hadir pada 17 Mac di Penampang, Sabah.
Jom hadir pada 23 Mac di Dewan Ilmu PJ.









































---------------

CARA NAK JADI RAJA

Posted: 15 Mar 2016 01:00 AM PDT








MACAM MANA

JADi TENGKU

LEPAS ITU 

JADI RAJA

LEPAS ITU

JADi AGONG



'Adnan bukan ulama, tak layak digelar Teungku'

Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia terus mempertikai gelaran Tengku yang digunakan oleh Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor.
Presidennya, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata menerusi kajian pihaknya tidak ada gelaran 'Tengku' di Acheh kerana gelaran itu hanya digunakan di Malaysia.
"Gelaran Teungku di Acheh diberikan kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan agama Islam yang sangat mendalam.
"Gelaran ini selalunya diberikan kepada seorang ulamak yang telah menghafal surah-surah Al Quran. Ini seperti penghormatan kepada seorang bijak pandai dalam agama.
"Tetapi Adnan bukanlah seorang ulamak. Jadi beliau tidaklah layak diberi gelaran Teungku. Gelaran Teungku tidak boleh diturunkan kepada seorang anak atau keturunan kerana ia bukan gelaran keturunan," katanya," katanya pada satu kenyataan di Facebook.
Menurut Kamarul, kebiasaannya gelaran 'Teungku' akan disusuli dengan asal usul tempat seseorang itu di hujung namanya.
"Sebagai contoh Teungku Hassan di Tiro (Tiro ialah nama tempat). Jadi Adnan bolehlah digelar sebagai Teungku Adnan di Putrajaya," sindirnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata sekiranya Adnan mempunyai darah pahlawan bangsawan dari Acheh, sudah pasti ejaan pada namanya ialah Teuku dan bukan Teungku atau Tengku.
"Umum tahu bahawa Tan Sri P Ramlee seniman agung Malaysia berasal dari Acheh dan nama sebenarnya ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh.
"Jika Adnan seorang golongan diraja mengapa pula beliau tidak menggunakan Teuku kerana gelaran inilah yang menunjukkan sesorang itu berasal dari keturunan bangsawan," katanya.
SIAPA DiA

MANSOR BIN

HAJi BABA



----------------

APA ORANG LAIN KATA

Posted: 15 Mar 2016 12:00 AM PDT






APA ORANG 

LAIN KATA

TENTANG KITA



Malaysian Insider to Close After Government Blocked It Following 1MDB Coverage


By 
KUALA LUMPUR, Malaysia—The owner of a Malaysia news site that had been blocked by the country's government after critical coverage of troubled state investment fund 1Malaysia Development Bhd. has decided to shut it down, its chief editor wrote in an article posted to the site Monday.
"Goodbye readers from near and afar, and those reading us in Malaysia despite the government block," editor Jahabar Sadiq wrote. "The Edge Media Group has decided to shut down The Malaysian Insider from midnight today, for commercial reasons."
The government blocked access to the Malaysian Insider website earlier this month. Two of The Edge's other publications, The Edge Weekly and The Edge Financial Daily, weresuspended by the Malaysian government for two months last year after reporting on the problems swirling around the investment fund, known as 1MDB, and the growing pressure on Prime Minister Najib Razak, who is chairman of the fund's advisory board.
The Edge subsequently began downsizing and laying off some staff in February after the suspensions and loss of advertising hurt its earnings, according to an internal memo seen by The Wall Street Journal. Other Edge publications are continuing to operate normally.
The Edge said in a subsequent statement that despite its "courageous news reporting", the Malaysian Insider "did not receive enough commercial support to keep it going."
Both the U.S. State Department and the United Nations Human Rights Council last week issued statements expressing concern over a crackdown on media and free speech in Malaysia after access to The Malaysian Insider was blocked earlier this month.
Malaysia's foreign ministry responded to the criticism from the U.S. by saying in a statement that, "While Malaysia upholds freedom of speech and right to information, such freedom and right must be exercised responsibly and with accountability."
In a separate incident, a television reporter and cameraman with the Australian Broadcasting Corp. were briefly detained in Malaysia on Saturday after attempting to interview Prime Minister Najib Razak while he campaigned ahead of a coming state election in the Borneo state of Sarawak. The two men, Linton Besser and Louie Eroglu, were released in the early hours of Sunday morning and their passports were subsequently returned, one of their lawyers said.
Pressure on Mr. Najib has grown since The Wall Street Journal reported last year that government investigators had found hundreds of millions of dollars had entered his personal bank accounts via banks, companies and other entities linked to 1MDB. The probe didn't name the source of the funds or say what happened to the money.
Mr. Najib, 62, has denied wrongdoing or taking money for personal gain. The 1MDB fund also has denied wrongdoing or taking money for personal gain, and has said it is cooperating with investigations. Malaysia's attorney general said the funds were a legal political donation from Saudi Arabia and that most of the money was returned.
Australia's government is raising the arrests of the journalists with Malaysian authorities, Australian Foreign Minister Julie Bishop said.
"Australia supports freedom of speech, we support the role of journalists in reporting news around the world, and so we will do what we can to get to the bottom of this issue and make representations at the highest levels within the Malaysian government," she said on local television Monday.


----------

UNDUR NAJIB UNDUR

Posted: 14 Mar 2016 11:00 PM PDT








Desak PM undur sebelum tamat penggal amalan demokrasi


Rakyat mempunyai hak untuk menilai dan mengkritik pencapaian Perdana Menteri termasuklah menyingkirkannya melalui jalan yang aman dan mengikut lunas undang-undang.
PETALING JAYA: Perdana Menteri boleh diundurkan dalam sebuah negara demokrasi meskipun penggalnya belum berakhir, kata Dr Mahathir Mohamad.
"Pemimpin yang diundi disingkir dan diundurkan daripada jawatannya atas pelbagai sebab di negara demokrasi seluruh dunia.
"Adalah hakikat bahawa Perdana Menteri yang diundi tidak semestinya tidak boleh diundurkan sebelum penggalnya berakhir," kata bekas Perdana Menteri itu menerusi tulisan terbaru diblognya hari ini.
Beliau juga menegaskan, rakyat sebagai warga mempunyai hak untuk menilai dan mengkritik pencapaian Perdana Menteri termasuklah menyingkirkan ketua kerajaan itu melalui jalan yang aman dan mengikut lunas undang-undang.

FAKTA SEJARAH

perdana menteri diundurkan
sebelum tempoh tamat
tengku diundurkan 
hussein onn diundurkan
mahathir mengundur diri
dolah badawi diundurkan

MENTERI BESAR
mat taib mb selangor diundurkan
niza mb perak diundurkan
mukhriz  mb kedah diundurkan
khalid ibrahim mb selangor diundurkan
abu hasan omar mb selangor diundurkan
ahmad said mb terangganu diundurkan


MENGUNDURKAN

PiEM - PM

MENTERI BESAR

BUKAN SATU 

YANG BARU


------------

BILA DIBENCI SEMUA SALAH

Posted: 14 Mar 2016 10:00 PM PDT









KOMENTAR


najib ini silap besar
tak faham apa yang berlaku
dalam alam siber imej penting
apa sahaja yang berlaku tanpa imej
tak ada sapa ambil pot

ini hukum alam siber
ini syarat alam siber

najib salam sultan
najib dipelok sultan
sultan sambut najib
sultan dan najib minum teh
semua ini tak ada sapa ambil pot
semua ini cerita halimunan

tanpa imej
anak muda tak ambil pot
ini cakap cakap kosong
walau pun mungkin  terjadi
tapi dalam alam siber
tanpa imej semuanya cerita karut

yang dilihat
yang diviral
ialah sultan tak ambil pot
sultan tak peduli pada najib
ini bahasa badan yang dirakam
inilah yang SOHEH
inilah yang di rawikan
inilah yang tersebar

bila najib menjawab
sekali lagi jadi viral
ertinya najib melihat imej itu
ertinya najib diganggu
ertinya perang siber berjaya
ertinya anak muda cekap

ada satu pekara yang wajib difahami:
kebencian terhadap najib amat tinggi

najib cuba menerangkan
secara jujur apa berlaku
tapi tak ada sapa ambil pot
kebencian  telah menenggelam kebenaran 
buatlah apa saja
kalau dah dibenci
buat baik pun akan ditafsir jahat


NOTA
pasti ada pemikiran
pasti ada cadangan
orang APCO pasti sedang merancang
satu imej dimana najib dan sultan
sednag bercanda canda
jika ini berlaku
kita hanya ketawa tergolek dog
kah kah kah




'Saya minum teh, naik kereta yang dipandu oleh sultan Johor'

Najib hanya mampu menggelengkan kepalanya berikutan tohmahan di media sosial yang mendakwa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskanda menolak untuk bersalaman dengan dirinya.

Najib membuat penjelasan itu kerana blog dan video di media sosial memaparkan kononnya pada pertemuan di majlis pelancaran Forest City di Johor minggu lalu, sultan Johor tidak mahu bersalaman dengannya.


YA AMPOOON

YA AKEEE

YA MAULANA



---------------

BENGKEL BERSIH DI SELATAN

Posted: 14 Mar 2016 09:19 PM PDT




BERSIH

ANAK MUDA JEMPUT BERSAMA
MENDAFTAR SEKARANG
UNTUK
BENGKEL BERSIH DI JAY BEE
PENCERAHAN
 PILIHANRAYA
DEMOKRASI
PARLIMEN
&
MASA DEPAN MALAYSIA



----------

RINGGIT MAKIN MEROSOT

Posted: 14 Mar 2016 09:00 PM PDT









SAPA GANTI

ZETI ?

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

Ringgit continues downtrend at today's opening

Weighed on by weaker oil prices, it is quoted at RM4.119 to the US dollar at 9am today.







--------------

SATU JALUR PANDANGAN

Posted: 14 Mar 2016 08:18 PM PDT








SATU JALUR

PANDAGAN

JUJUR

 
KOMENTAR
deklarasi rakyat
telah dimomok momokkan
untuk takutkan orang melayu
dipanggil macam macam
deklarasi mahathir-kit siang
dipanggil deklaarasi mahathir
semua ini adalah bukti bahawa
deklarasi ini sedang menjerut
sebenarnya ini hanya wadah
untuk memanggil semua warga
untuk menyeru anak semua bangsa
menyatakan kebencian mereka
terhadap apa yang berlaku
deklarasi ini adalah benda
untuk mengolah persetujuan
menuntut najib berundur
mengolah persetujuan ramai
untuk singkir najib

NOTA
shahidan berkata benar
shahidan tahu apa yang berlaku
shahidan orang dalam


Shahidan akui Deklarasi Rakyat jejaskan kedudukan UMNO

Ia sememangnya memberi kesan kepada UMNO dan pemimpin tertinggi perlu mengambil tanggungjawab menjelaskan kepada rakyat berhubung kemelut yang berlaku.
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO,  Shahidan Kassim tidak menolak bahawa kedudukan parti Melayu itu terjejas susulan pengwujudan Deklarsi Rakyat yang diketuai oleh  Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, bagi memastikan kedudukan UMNO kembali kuat, pemimpin tertinggi perlu mengambil tanggungjawab menjelaskan kepada rakyat berhubung kemelut yang berlaku.
Malah, penyertaan Timbalan Presiden UMNO yang digantung,  Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden,  Shafie Apdal menambahkan lagi keyakinan rakyat terhadap deklarasi yang dibentang itu.
"Kalau kata (UMNO) tak terjejas tak betul. Dia mesti ada kesan. Kita (MT) harus jelaskan pada rakyat bahawa langkah terbaik menukar pemimpin adalah melalui proses demokrasi yang ada sekarang, melalui Parlimen atau Perhimpunan Agung UMNO (PAU).


NANTi LU

TANDA TANGAN

JANGAN LUPA



-----------

BANK NEGARA KITA

Posted: 14 Mar 2016 07:49 PM PDT









SIAPA GANTI

ZETi

bila diumumkan
lihat pergerakan ringgit
jika nilai ringgit naik
ertiya ada ada keyakinan rakyat
jika nilai ringgit jatuh
fahamlah apa maknanya






---------------