Rabu, 9 Mac 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


[LIVE][090316] Stairway To Heaven - Bro Kamarudin Abdullah • Bro Firdaus Wong Wai Hung zonkita zonkuliah zonkita zonkuliah

Posted: 09 Mar 2016 05:39 AM PST

[LIVE][090316] BM21 - Ust Shamsuri Hj Ahmad

Posted: 09 Mar 2016 05:36 AM PST

Speaker Parlimen tak benar Ahli Parlimen tanya tentang skandal 1MDB

Posted: 09 Mar 2016 04:05 AM PST


lim kit siang
KUALA LUMPUR, 9 MAC: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, enggan membenarkan ahli-ahli Parlimen bertanya tentang skandal RM2.6 bilion dan 1MDB yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak.
Sedangkan dalam sesi yang lalu, beliau tidak menghalang mana-mana ahli Parlimen untuk membangkitkan isu berhubung skandal berkenaan.
Keadaan ganjil itu menyebabkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, mempersoalkan sikap tidak konsisten Speaker Dewan, walaupun pihak parti pemerintah telah berjanji untuk bersikap terbuka dan adil.
Menurut Kit Siang, pada November tahun lalu, semua ahli Parlimen dan rakyat dijanjikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, bahawa kerajaan akan menjawab sebarang soalan berhubung skandal-skandal tersebut pada hari terakhir mesyuarat bajet pada 3 Disember.
Sejak mesyuarat Bajet bermula pada Oktober, tambah beliau, Azalina dilihat cuba mengelak dari menjawab soalan mengenai dua skandal mega melibatkan RM55 bilion 1MDB dan derma RM2.6 bilion.
Katanya, pada 3 Disember, wujud dua kali tindakan untuk melarikan diri dari menjawab soalan berhubung dua skandal mega itu.
"Pertamanya, Najib tidak ada dalam dewan untuk berikan jawapan kepada ahli-ahli Parlimen dan rakyat.
"Keduanya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi pula mengambil masa tiga minit dan mengarut untuk menjelaskan bahawa beliau tidak boleh memberikan sebarang jawapan, yang mana pada waktu itu seluruh negara sedang menantikan jawapan sebenar yang dijanjikan oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini," ujar beliau dalam satu kenyataan.
Dalam sesi Parlimen terbaru ini, Kit Siang berkata, Speaker Dewan Rakyat pula tidak membenarkan soalan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan berhubung skandal derma RM2.6 bilion Najib itu.
"Speaker perlu memuaskan hati ahli-ahli Parlimen dan orang awam, rakyat Malaysia kerana tindakan pilih kasih ini sangat tidak boleh diterima seolah-olah berada di barisan hadapan menyekat segala persoalan berhubung dua skandal mega Najib itu," katanya lagi. – Roketkini.com

APA YANG HANG MERAPU NI TONTOWI.........

Posted: 09 Mar 2016 04:00 AM PST

AL HUSSEYN


Nasrudin Tantawi dengan kajian putar alamnya ...


  Walaupun sudah empat hari Deklarasi Rakyat telah ditandangani tetapi Pas masih mengkaji sama ada Deklarasi Rakyat itu memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara atau sebaliknya kata Ketua Penerangannya Nasrudin Hassan.

   Menurutnya, PAS mempunyai pendirian yang jelas bahawa perdana menteri mesti ditukar melalui proses demokrasi.

  Ahli Parlimen Temerloh itu juga menegaskan, tindakan Pas membenarkan empat anggotanya menghadiri majlis menandatangani deklarasi itu tidak bermakna Pas menyokong deklarasi.  Baca kenyataan penuhnya di sini

 Hoi! Kamu nak kaji berapa lama lagi Tantawi?? Apa yang jelas kepada kami, Pas mempunyai pendirian klu klek bukan sahaja dalam isu tersebut, malah dalam beberapa isu yang lain.Pas dalam banyak hal, dilihat lebih cenderung membela Najib.

  Deklarasi Rakyat yang ditandatangani oleh tokoh-tokoh merentasi batasan politik termasuk Tun Mahathir dan pemimpin Umno-BN adalah pengakuan pemimpin parti pemerintah itu bahawa pentadbiran mereka merosakkan banyak institusi kerajaan.

  Deklarasi tersebut telah menyemarakan lagi hala tuju Pakatan Harapan untuk terus maju dengan  penganjuran Perhimpunan Mansuh GST pada 2 April 2016 dan perhimpunan-perhimpunan Muafakat Selamat Malaysia.

  Setahu saya, Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar hadir dan menandatangani deklarasi itu atas insiatif dan kesedaran mereka sendiri sebagai warga negara yang prihatin dengan masalah rakyat.  Mereka tidak pernah meminta izin dari Pas untuk hadir seperti apa yang kamu dakwa.

  Tidak sebagaiman Datuk Mustafa Ali dan Datuk Khairuddin Aman Razali yang tiba-tiba tercongok di situ meskipun sebelum itu, PAS telah menyatakan mereka tidak akan bersama.  

   Pas membuat kenyataan bahawa kehadiran mereka mendapat izin presiden dan bertujuan untuk mengambil maklumat hanyalah kerana nak tutup kemaluan setelah parti mereka terlalu gelojoh dan gopoh membuat kenyataan.

"Menandatangani deklarasi itu inisiatif mereka dan kami tak nyatakan itu sebagai kesalahan sebab pergi secara peribadi dan majlis tak memberi kemudaratan kepada parti." - Kata-kata Tantawi ini mengingatkan kita kepada Adun Dewa Jadi-jadian yang pergi ke majlis Tahun Baru Cina  secara peribadi dan tidak memberi kemudaratan kerana tanpa niat! Kah!Kah! Kah!

  Dan Tantawi kata, "Membenarkan mereka hadir bukan bermaksud bersetuju dengan deklarasi."

 Tetapi bagaimana pula dengan kenyataan Presiden Pas yang menganggap Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia bersama Tun Dr Mahathir Mohamad Jumaat lalu boleh diterima?

 Dan kalau benar tidak bersetuju, kenapa Mustafa Ali susahkan diri menandatangani deklarasi tersebut?

 Kenapa Mustafa  tidak bertindak sebijak Mohd Khairuddin yang memberi alasan terbaiknya, "ana (saya) hanya hadir tetapi tidak sign declaration kerana mandat dari Presiden hanya untuk hadir mendengar dan menemani Cikgu Pa…"

  Lalu kamu pun beri alasan, Mustafa menandatanganinya itu adalah atas kapasiti peribadi.... Tapi, kalau Hj hadi yang sain atau buat keputusan atas keputusan peribadi, korang boleh terima pula bahawa itu adalah keputusan Pas!!

   At-tantawi, teruskanlah dengan kajian putar alam politik matang kamu itu ! Permisi, kami maju dulu...

Ahmad Said Dakwa Simpan Rahsia Besar Najib

Posted: 09 Mar 2016 03:42 AM PST



Saya simpan rahsia besar Najib – Ahmad Said

Bekas Menteri Besar Terengganu, 
Datuk Seri Ahmad Said mendakwa 
beliau menyimpan satu rahsia besar
 Perdana Menteri, Datuk Seri 
Najib Tun Razak, demikian lapor 
FreeMalaysiaToday.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) 
Kijal itu berkata, jika rahsia itu didedahkan, 

ia boleh memalukan Najib dan rakyat.

"Saya tidak mahu cerita perkara sebenar di Terengganu sekarang. Kalau saya

 dedahkan malu semua orang, malu Perdana Menteri (Najib Razak).


"Jangan main-main, ada benda, takut orang malu. Saya korbankan diri saya,
 saya sanggup melawan Perdana Menteri kerana rakyat Terengganu 'terhutang,"

 katanya kepada FMT.

Ahmad berkata, disebabkan rahsia besar itu beliau berjuang habis-habisan dan 
sanggup mengorbankan dirinya, semata-mata untuk menyelamatkan rakyat di Terengganu.

Diminta menjelaskan lebih lanjut rahsia besar itu, Ahmad berkata, beliau hanya 
akan mendedahkan rahsia itu selepas melihat reaksi dan komen-komen pemimpin

 UMNO terhadap dirinya termasuk daripada Najib sendiri.

"Saya tak boleh cerita sekarang, saya tunggu tindakan atau komen-komen daripada
 Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
 atau Setiausaha Agung UMNO (Datuk Seri Tengku Adnan Mansor).

"Saya tak nak cerita sekarang tetapi jangan buat saya rasa terhina," katanya.

Semalam, Ahmad mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar 
Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika membahaskan titah ucapan
 Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan Dewan Undangan
 Negeri (DUN).

Speaker DUN Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong menolak usul tidak percaya
 terhadap Ahmad Razif kerana berkata usul itu dibuat tanpa notis sekaligus melanggar
 peraturan DUN.

Portal bicara.news melaporkan bahawa pada sesi petang, kelibat Dato' Seri 
Abdul Hadi Awang tidak kelihatan di dalam Dewan. 

"Ketiadaan Hadi telah mengambarkan bahawa beliau tidak bersetuju dengan 

cara yang dibuat oleh Adun Kijal tersebut dan beliau tidak menghadirkan 
diri dalam dewan," lapor portal berkenaan.

Pembangkang (PAS) mempunyai 14 kerusi dun dan PKR satu kerusi tidak mungkin
 jika undian dibuat akan berpihak kepada pembangkang kerana Barisan 
Nasional (BN) mempunyai 17 kerusi dun, tambahnya.

Jika ianya ditolak dengan kerusi dun Kijal maka BN mempunyai 16 kerusi dan 14
 kerusi di pihak pembangkang dimana satu kerusi dimiliki Abdul Hadi Awang dari Rendang.

PAS kononnya tidak sabar untuk mentadbir negeri Terengganu dengan menyebarkan
 kepada ahlinya bahawa PAS akan mengambil alih Terengganu hari ini dengan 
undi tidak percaya kepada Ahmad Razif.

ULASAN GB

Tetapi Presiden PAS sendiri tak datang untuk mengundi sokong tidak usul 
Ahmad Said berkenaan, bagaimana kata ahli-ahli PAS bahawa PAS akan
 mengambil alih Terengganu hari ini dengan undi tidak percaya kepada Ahmad Razif?

DEKLARASI RAKYAT BUKAN AGENDA DAP HANCURKAN UMNO

Posted: 09 Mar 2016 03:28 AM PST

DANA RM42 JUTA SRC : MANA BETUL, NAJIB ATAU PEGUAM NEGARA?

Posted: 09 Mar 2016 03:25 AM PST

PEGUAM NEGARA, POLIS PERLU SIASAT PENGELUARAN BON AS$6.5 BILION 1MDB – DAP

Posted: 09 Mar 2016 03:23 AM PST

DEKLARASI RAKYAT PERLU PAMER KESEPADUAN PIMPINAN UMNO – PH

Posted: 09 Mar 2016 03:19 AM PST

Tukar Tiub

Tukar Tiub


EKONOMI AKAN MELEDAK

Posted: 09 Mar 2016 06:53 PM PST






SATU LAGi

TANDA SOHEH

EKONOMI 

AKAN MELEDAK



Saudi seeks US$6-8b bank loan to shore up state coffers

Saudi Arabia is seeking a bank loan of between US$6 billion (RM24.65 billion) and US$8 billion (RM32.86 billion), sources familiar with the matter told Reuters, in what would be the first significant foreign borrowing by the kingdom's government for over a decade.
Riyadh has asked lenders to submit proposals to extend it a five-year US dollar loan of that size, with an option to increase it, the sources said, to help plug a record budget deficit caused by low oil prices.
Read more: https://www.malaysiakini.com/news/333463#ixzz42WQc6VIA

KAH KAH KAH
woit
saudi pun  tak ada fulus
saudi kena pinjam duit
ini tanda makin berat
ini sudah tenat
kah kah kah
tanda ledakan akan sampai
bila? bila? bila?
lu pikir sendirilaaaa
kah kah kah

AKAN MELEDAK

-------------

PERANG MAKIN MEREBAK

Posted: 09 Mar 2016 06:19 PM PST







MACAM INI
aku rasa mcmni... muhyiddin, mukriz s.afdal kene buang n t.madir kluar umno & join blok pbangkang semua wayang je... mastermind dia madir. Kenapa najib buang muhyiddin dr johor(selatan), mukriz dr kedah (utara) & s.afdal dr sabah (msia barat)?? 

Sedangkan, ketiga2 org ni semua ade bilangan ketua2 bahagian yg ramai trutamanya johor.. Kenapa pas x join?? Jd apa yg aku baca adalah... ni semua set by madir. Sokongan n simpati pd utara, selatan & msia barat kepada 3 tokoh yg kene pecat ni akan membuak2... n bile smpai je masa yg sesuai, najib akan step down n akan d janjikan kekebalan dr d heret ke muka pengadilan... 

Muhyiddin akan masuk semula umno dan d angkat menjadi pm, mukriz pula tpm... masani la pas join sekaki dlm blok bn & gelombang sokongan rakyat akan melimpah ruah... Mahadir pulak akan tinggalkan pbangkang setelah dia dpt masuk menyelinap n mendapat kepercayaan pembangkang.. Umno akan menang bergaya, rakyat akan bg undi simpati pd bn & tantqwi akan jd menteri... on PERANG SEDANG MEREBAK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/8/16


NAJIB DAN ROSMAH
ni terbaik..ni wajib dijadikan buku sejarah bg anak2 muda. sewaktu menjadi aku membangla diri di oversea dulu, ramai kenal malaysia melalui mahatir mohammad dan anuar ibrahim..kini icon terbaru ialah najib dan rosmah..dua kekasih ini terkenal dengan rasuah, kurupsi pecah amanah dan wang haram..mahatir lantik serang amerika dan israel walaupun secara gaib myokongnya..

kini najib dan rosmah menaikkan nama malaysia di mata dunia dengan cara mereka berdua mbadakkan malaysia dengan selunyai2 nya..bukan setakat bil air di putar jaya meningkat malah wang tabungan dari kecil pun meningkat..selagi badak dua ekor ni tak turun, amerika zionis kaum pemodal pun susah hati..

ekonomi pemodal makin mruncing..mahatir yg menetaskan umno baru pun bole tinggalkan rumah taiknya buat sementara..anuar yg dipenjarapun melebihkan kepentingan rakyat berbanding diri sendiri,isham rais yg diseksa di isakan pun bole menutup sementara parut walaupun luka dah takda.. on PERANG SEDANG MEREBAK
Anonymous
on 3/8/16



------------

FULUSSAFAH SOTONG

Posted: 09 Mar 2016 05:47 PM PST





HUBAYA 

HUBAYA

FULUSSAFAH


Deklarasi Rakyat sia-sia, kata presiden PAS

Deklarasi Rakyat yang ditandatangani bekas perdana menteri  Mahathir Mohamad bersama beberapa pemimpin pembangkang yang lain adalah sia-sia kerana ia tidak akan membawa sebarang perubahan tanpa sokongan pemimpin Barisan Nasional (BN), kata Presiden PAS  Abdul Hadi Awang hari ini. 

- See more at: http://www.site2unblock.com/service/page.php?u=Q4gHm9Sag3BSIzMH1Fp7MDo1CmUpCTZyyG293k%2BjklAF2Ofx5fgeeCdoGxPfwMYSgPCB5qluI4rNkBZDUjPgcA9X0X6MvkWTGGJsPTKfYBWdrrMcWpCLWsc%3D&b=5#sthash.B8nWCy0b.dpuf

BILA 

MAT SOTONG

BERFULUSAFAH

SEMUA IKANG

MELOPONG

DENGANG

KAH KAH KANG

-------------

SOKONG UNITED FRONT

Posted: 09 Mar 2016 05:00 PM PST







Kenyataan Akhbar Anwar Ibrahim
9 Mac 2016 

Kita sudah sampai ke peringkat  di mana terdapat kesedaran meluas menuntut perubahan. Pimpinan Perdana Menteri Najib Razak dan sistem pemerintahan yang gagal mengendali permasalahan kritikal ekonomi Negara.

Terakhir kita perhatikan kedudukan ekonomi tambah gawat dan buktinya adalah dengan keperitan hidup rakyat.

Harga barang keperluan asas meningkat dan perlaksanaan GST bercelaru dan membebankan.

Kerajaan BN-UMNO tidak sanggup melakukan sebarang tindakan berkesan untuk mengurangkan beban rakyat. Umpamanya dengan penurunan harga minyak, kadar letrik milik IPP-kroni tidak diturunkan. Untung mereka meningkat ratusan juta ringgit setahun. Tetapi rakyat terpaksa membayar kadar yang tinggi.

Justeru itu saya menggesa rakan-rakan dalam Keadilan, Pakatan Harapan dan NGO-NGO untuk terus gigih menuntut reformasi sepertimana kita perjuangkan selama ini.


-------------

LAPORAN SAHABAT MAT SABU

Posted: 09 Mar 2016 05:30 AM PST




RABU 9/3/16

sahabat mat sabu
telah berjaya mengumpul
RM 131, 508.40
terima kaseh
masih belum sampai sasaran
harap kawan kawan
teruskan 



MAY BANK

5642 5857 6644




-------------------

MAT PUTAR ALAM KANTOI

Posted: 09 Mar 2016 05:00 AM PST







KANTOi

MANTOi

DANTOi

PONTOi



Mukhriz: Najib dedah BN belanja RM1.5b untuk PRU13..

Bekas Menteri Besar Kedah,  Mukhriz Mahathir mendedahkan kononnya Najib pada pertemuan dengan ketua perhubungan Umno mengakui bahawa BN membelanjakan RM1.5 bilion untuk pilihan raya umum ke-13.
Mukhriz berkata beliau diberitahu perkara ini selepas menyoal Najib mengenai wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri yang didakwa sebagai sumbangan politik dari Timur Tengah.
Oleh itu, Mukhriz mempersoalkan bagaimana Najib boleh mengembalikan RM2.03 bilion daripada RM2.6 bilion jika RM1.5 bilion telah dibelanjakan untuk pilihan raya.
"Apa yang saya dapati pelik dan ingin tahu tentang RM2.6 bilion yang didakwanya derma (dari) Arab adalah jika beliau membelanjakan RM1.5 bilion pada pilihan raya umum ke-13 maka yang tinggal hanya RM1.1 bilion.
"Macam mana dia boleh kata pulangkan RM2.03 bilion balik kepada Arab? (Bagaimana baki dari RM1.1 bilion boleh jadi RM2 bilion?
"Benda ini budak-budak kecil pun boleh faham. Angka-angka semua ini tidak betul." katanya dalam video yang dimuat naik oleh blogger Din Turtle di Youtube.
Mukhriz, yang juga anak kepada bekas  Mahathir Mohamad, berkata demikian kepada ahli-ahli akar umbi Umno pada satu majlis di Kelantan pada Isnin lalu.
MAT PUTAR 

KANTOI LAGI

TUTUP LUBANG

GALI LUBANG

SEMUA PUTAR

KAH KAH KAH



---------------

SIAPA NAK HUDUD?

Posted: 09 Mar 2016 04:30 AM PST











SAPA NAK HUDUD
sapa nak hudud ? orang melayu atau orang islam ? kah kah kah... majoriti melayu islam susah laksana hudud...salahkan cina 20 % apa punya turr... yang laksana hudud pun hampeh... kena potong tangan yang mencuri kebebasan rakyat...kena potong tangan yang merompak rakyat...kena sebat ular mak menipu demi duit...kena rejam batu pemimpin bodek...kah kah kah baru lah hudud jadi popular...

ini curi tin milo penjara...curi berbillion disembah dicium dijilat...pas tu keluar gambar cium kaabah.. kalas propaganda membodohkan melayu dengan cina komunis...jangan mudah lupa...bangla semakin ramai...nak pi pasar malam pun takut dah... bau busuk...tak boleh tahan woit kah kah kah...entah apa penyakit dibawa balik ke malaysia..pokok nya semua boleh asal ada fulus....muncul tv dengan kopiah wuduk suduk kuduk semua jadi... kah kah kah on FULUSSFAH PARTI PAS
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/4/16




------------

SIAPA ADA JIN

Posted: 09 Mar 2016 04:00 AM PST







BETUL

SOHEH

SOKONG




SRC tidak tahu dana dipindahkan ke akaun saya, kata Najib



Najib berkata hari ini, SRC International tidak mempunyai maklumat mengenai RM42 juta yang dilapor dipindahkan ke akaun bank peribadinya.
Melalui satu jawapan bertulis di Parlimen semalam, beliau berkata, dakwaan itu tidak berasas dan bersumber dari sebuah portal.
Perdana menteri berkata demikian sebagai respons kepada soalan Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen dari PKR yang bertanya identiti orang yang meluluskan pemindahan dana itu
- See more at: http://www.site2unblock.com/service/page.php?u=BbmFd5Iboa2gVNNLi36w7Bm4ZX%2BgjOVeWkQP19WCaUaf1s4ib6ybyDSCjnl1quIhT8sFKVh3221YO7%2FqRckxvIhB1wr4MQAi%2BS%2Bc7QvP%2F%2F%2BSbEiXPgJ0lImXUe24j%2Fj7ur3pAH6JnBaXGq9m1%2BX2qBZocKPC&b=5#sthash.okCAVY5Y.dpuf

TAK MUSTAHIL

najib bercakap benar
najib bercakap jujur
mustahil najib berbohong
najib baru pulang dari saudi
najib baru selesai haji kecil
SRC tidak tahu menahu
SRC tak ada maklumat
wong chen ini kapir
suka sebar fitnah
anti pemimpin  melayu
anti pemimpin islam
tapi .....
kalau SRC tak tahu
siapa masukkan duit itu?
ini mesti kerja jin
jin  dari mana?
siapa beri arahan pd jin?
lu pikir sendirilah
sapa  yang ada jin 
kah kah kah
MAT PUTAR
------------

JANGAN SEBAR FITNAH

Posted: 09 Mar 2016 12:00 AM PST






SOKONG

JANGAN

SEBAR F
iTNAH


BN bentuk pasukan peguam tangani fitnah media sosial 

Barisan Nasional (BN) menubuhkan sebuah pasukan peguam membantu wakil rakyatnya mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana portal berita atau media sosial yang memfitnah mereka, Pengarah Strategik Komunikasi BN Datuk Abdul Rahman Dahlan, lapor Utusan Malaysia.
Rahman dipetik akhbar itu sebagai berkata pasukan berkenaan sudah sedia wujud di dalam Umno dan diperluaskan perkhidmatannya bagi memenuhi keperluan ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN secara menyeluruh.
- See more at: http://www.site2unblock.com/service/page.php?u=wUjdYMouSdaQloNw7X%2BE%2F4tWsIoyF78eeN3JH6A2yI3rXifQVj2zqSEdQG143rcPiZaNxuf0BNvIcRUmj713SS%2Fj7cPHNrc7hmbSvpj5YrITl527siT6gGPhn5og8u6WIFgT&b=5#sthash.IM5z57Ge.dpuf

CONTOH FITNAH

- bik mama slim macam ziana zian 
- malik hasan seorang yang bijak
- tengku adnan adalah anak raja
- najib tak terima derma tok arab 
- rosmah pakai cincin plastik saje
- hadi ialah seorang pemikir
- harun din  ialah saekor jin
- menantu hadi bernama din itik

sila ambil perhatian
semua ini fitnah dan tohmah



--------------

MENYEBAR BUDAYA RASUAH

Posted: 08 Mar 2016 11:30 PM PST






BANGGALAH

MALAYSi

BERJAYA

MENYEBAR

BUDAYA RASUAH



Another Singapore Banking Head Rolls - Again Connected to 1MDB!

8 MAR 2016

The high flying Swiss Asia boss of BSI Bank Singapore announced this morning that he had decided the time had come for him to retire.

The announcement came just hours after a local newspaper back in the bank's home town of Lugano (the Italian speaking region of the confederation) had printed a full expose of BSI bank's involvement with Jho Low, 1MDB and the money linked to the PetroSaudi joint venture deal in 2009.

BSI has just been bought up by another Swiss private banking concern, EFG, which was the same bank which bought out Falcon Bank's business in Hong Kong in 2014, once again landing it into 1MDB's extended financial mess.


MALAYSiA

BERJAYA

MENGLOBALKAN

BUDAYA 

RASUAH

-------------

DEKLARASI RAKYAT

Posted: 08 Mar 2016 09:08 PM PST





KENAPA KAMi 

TANDA TANGAN

Adalah  menjadi satu tugas untuk saya menerangkan kepada orang ramai tentang tanda dan makna   Deklarasi Rakyat Jumaat 4 March 2016.

Tujuan saya  memberi penerangan ini ialah untuk memberi kefahaman yang tuntas dan mendalam tentang apa yang telah berlaku. Saya ingin menerangkan Deklarasi Rakyat ini kepada anak semua bangsa dan bangsa semua agama. Penerangan ini boleh dikongsi dan dihujah  juga  dipanjangkan oleh badan politik dari semua jalur. 

Untuk saya penerangan ini adalah projek  pengkongsian dan pendemokrasian maklumat. Saya amat yakin pendemokrasian  ini akan memperkasa keupayaan anak semua bangsa untuk befikir lebih kritikal. Warga yang berfikrah perkasa akan berupaya memahami politik lebih mendalam. Bukan politik pinggiran, bukan politik kulitan tapi realpolitik.

Perebutan politik ialah perebutan kuasa. Merebut kuasa bertujuan untuk merebut dan memiliki punca-punca ekonomi. Ketika suasana aman kuasa direbut melalui pilihanrya. Manakala perang juga  ialah manifestasi merebut kuasa dan punca-punca ekonomi dalam suasana yang tidak aman.

Dalam masa yang sama untuk memahami politik dengan tuntas kita juga wajib memahami apa itu taktik dan apa itu strateji.  Tanpa memahami apa itu taktik dan apa itu stratiji kerja politik yang kita lakukan akan gagal. Jika taktik salah kerja politik akan gagal. Jika stratiji salah kerja  politik juga akan gagal. Jika taktik dan stratiji salah maka  semua kerja politik  kita akan lingkup. Ini hakikat dan hukum politik dimana saja  dan siapa sahaja yang berpolitik.

Pada bulan 24/02/2015 tahun lalu saya telah menulis tentang teori: Barisan Bersatu - United Front. Apa yang telah saya lakar hanya sejarah dimana taktik barisan bersatu telah digunakan sebagai  stratiji berjangka panjang untuk mencapai matlamat. Dalam tulisan itu saya mencadangkan jika kita mahu  memecah 'botol' yang mengikat dan memenjarakan 30 juta warga Malaysia maka perlu digalang satu perserikatan yang maha luas.

Biar saya terangkan disini apakah makna perserikatan yang maha luas. Dan dari mana saya pungut konsep ini. Dari celah mana pula konsep ini muncul. Untuk memahami konsep ini saya membawa pembaca kembali kepada sejarah.

Hakikatnya perjuangan yang sedang kita lakukan pada ketika ini bukan perjuangan yang baru. Perjuangan ini adalah sambungan dari perjuangan yang telah diteroka oleh Datuk Bahaman, Datuk Gajah, Datuk Janggut, Mat Kilau, Mat Indera, Chin Peng, Abdulah Sidi, Rashid Mydin,Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Ibrahim Yacob, Bung Boestaman, Pak Sako, Dr Burhanuddin Helmi dan ribuan nama yang terukir dalam sejarah perjuangan untuk mendirikan  sebuah  negara bangsa yang merdeka.

Kita juga tidak akan melupakan pemimpim kaum buruh -  S.A Ganapathy yang telah digantung penjajah British pada 4 Mei 1949. Juga ingatan kita kepada ribuan anak semua bangsa yang telah  gugur mengangkat senjata melawan Belanda, Portugis, Jepun dan British.

Kita ini adalah anak cucuk cicit mereka. Kita  menyambung perjuangan suci mereka untuk mendirikan Tanah  Melayu yang bebas dan merdeka. 

Kita sambung perjuangan mereka kerana semenjak Malapetaka 31 Ogos 1957  - Tanah Melayu telah diambil alih oleh parti politik yang didokong dan dipersenjatai oleh penjajah British. Parti politik yang bernama United Malays National Organisation - yang namanya masih nama Inggeris -  telah bertelor, dieram dan menetas dalam tapak tangan British.  Parti politik yang berteraskan 'ketuanan Melayu ini' telah membawa malapetakan dan porak peranda kepada anak semua bangsa.

Apa yang saya tulis ini adalah  fakta sejarah bukan tohmah atau fitnah media sosial. 

Deklarasi Rakyat yang ditanda tangani pada Jumaat 4 March 2016 lalu  hanya langkah permulaan  dalam satu usaha yang kompak dan jitu dalam usaha mewujudkan Malaysia yang lebih demokratik.   Sayugia  diberi ingatan - dokumen Deklarasi Rakyat  bukanlah satu pekara yang baru. Bukan sesuatu yang tetiba muncul dalam badan politik Malaysia.

Untuk ini saya membawa para pembaca  melihat kembali sejarah dengan  lebih teliti. Untuk memahami apa yang sedang berlaku hari ini - kita wajib juga  melihat apa yang telah berlaku terdahulu dari kita. Babak-babak  sejarah kita  dijadikan ilmu  panduan.

Mari kita rujuk babak  sejarah Perlembagaan Rakyat 1947. Sejarah ini bermula  bila mana Pusat Tenaga Rakyat bersama All Malay Council Joint Action - atau dikenali sebagai PUTERA-AMCJA  - telah bersama-sama melakar Perlembagaan Rakyat pada tahun 1947. Perlembagaan Rakyat 1947 itu adalah manifestasi kesediaan anak semua bangsa di Tanah Melayu pada ketika itu untuk  bersatu bersama bangun menentang penjajah British.

Perlembagaan Rakyat 1947 adalah manifestasi penggalangan setia kawan dan kerja sama  anak semua bangsa yang amat luas dari  pelbagai jalur politik, dari pelbagai pandangan agama, dari pelbagai jalur idealoji. Mereka disatukan dengan satu cita-cita  : MENYINGKIRKAN BRITISH.

Menyingkirkan British dari bumi Tanah Melayu pada ketika itu adalah tali ikatan yang mengikat setiakawan. Menyingkirkan British menjadi agenda induk  yang menjadi benteng dan payung tuntutan PUTERA-AMCJA.

Kesedia Kesatuan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan  Pemuda Insaf (APi), Angkatan Wanita Sedar (AWAS)  untuk bersetiakawan dengan Malayan Democratic Union  ( MDU) dengan Parti Komunis Malaya (PKM) juga bersama pelbagai kesatuan buruh dan ladang dan juga bersama NGO-NGO yang wujud ketika itu.

Semua parti politik, kesatuan sakerja dan NGO telah  bersetia kawan. Badan-badan ini telah mengenepikan perbezaan politik , mengenepikan agenda pinggiran, mengenepikan pekara remeh temeh. Dengan sebulat suara  melaungkan slogan :  SINGKIRKAN BRITISH-MALAYA MERDEKA.

Justeru Perlembagaan Rakyat 1947 adalah bukti setia kawan itu.
Berpandukan Perlembagaan Rakyat sebagai dokumen induk satu gelombang rakyat yang amat  besar muncul. PUTERA-AMCJA berkempen memberi penerangan ke seluruh Tanah Melayu. Kempen dijalankan untuk memperkukuhan agenda induk dan menyedarkan anak semua  bangsa dalam satu perserikatan yang maha luas.  Anak semua bangsa diajak bersama dalam satu saf bangun berjuang untuk  menyingkirkan  British. 

Pada 20 Jun 1948  Tanah Melayu telah diistiharkan sebagai wilayah darurat oleh penjajah British. Projek Singkir British telah digagalkan. 

Kegagalan projek Tanah Melayu merdeka dibawah Perlembagaan Rakyat 1947  telah menjerumuskan anak semua bangsa ke ruang tohor yang menyesakkan nafas politik. Melayu diMelayukan. China diChinakan. India diIndiakan.

Kesedaran setia kawan anak semua bangsa dan cita cita Perlembagan Rakyat 1947 dilupus. Cita-cita untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai Negara Melayu gagal. Kita mula terpisah-pisah. Kita mula berbangsa-bangsa. Kita mula berpayung dibawa lambang kaum. Parti politik mula membawa agenda kaum bukan agenda MENYINGKIR BRITISH.

Babak-babak sejarah yang saya paparkan disini amatlah penting. Pada hemat saya  Deklarasi Rakyat 2016 adalah penerusan konsep dan  akidah Perlembagaan Rakyat 1947 yang telah dipesong, digagalkan oleh penjajah British  melalui DARURAT 1948.

Pasti ramai akan bertanya - jadi dimana kita sekarang?

Perlembagan Rakyat 1947 digagalkan oleh British. Dari tarikh itu United Malays National Organisation telah memerentah  Tanah Melayu yang menjadi Malaya  yang kemudiannya menjadi Malaysia. Semenjak dari gagalnya Perlembagaan Rakyat 1947 United Malays National Organisation telah berpesta dan berkenduri menjarah  Tanah Melayu hingga ke hari ini.

Justeru, ada apa dengan Deklarasi Rakyat 2016?

Jawabnya cukup senang. Perjalanan 1000 batu  dimulai dengan langkah pertama. Tanpa langkah pertama kita tidak akan kemana-mana . Justeru untuk saya Deklarasi Rakyat 2016 adalah langkah pertama. Langkah yang membolehkan pelbagai parti politik, pelbagai jalur pemikiran dan badan NGO untuk duduk sebaris.

Ketika ini Malaysia dalam kedaaan sakit yang maha sangat. Malaysia sedang diserang oleh dua bencana. Pertama Malaysia sedang berhadapan dengan krisis ekonomi. Malaysia yang telah memasuki pasaran dunia tidak akan dapat melarikan diri dari krisis yang akan meledak ini.

Kedua - Malaysia sedang berhadapan dengan krisis keyakinan. Ini sakit yang lebih parah. Warga Malaysia telah hilang keyakinan terhadap lembaga daulah. Hilang kepercayaan terhadap pemimpin negara.  Rakyat yang hilang kepercayaan  menjadi semakin sinikal terhadap apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin negara. Malah kaum kapitalis  antara bangsa juga telah hilang keyakinan  terhadap keupayaan  lembaga daulah  untuk berlaku adil jika mereka melabur atau berniaga di Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia pada ketika ini ialah Najib. Justeru Muhamad Najib bin Abdul Razak ini bukan  hanya suami kepada Rosmah Mansor. Najib  lebih dari itu. Sosok Najib ini adalah pengkristilan semua porak peranda yang sedang berlaku pada ketika ini. 

Jangan silap faham - yang kita tentang bukan Najib kerana dia Najib suami Rosmah. Yang kita tentang ialah sosok Najib yang mewakili penjarahan yang sedang berlaku sekarang. Kes-kes pembunuhan, kes kes rasuah , kes kes salah guna kuasa - yang berkait atau melibatkan Najib dimuncul dan dihebohkan untuk mengolah persetujuan agar orang ramai akan memahami siapa dia Najib ini. Dan apa yang diwakili oleh Najib.

PUTERA-AMCJA telah diikat dalam setiakawan berjuang untuk menyingkirkan British. Pada Jumaat 4 March 2016  seramai  56 sosok telah bersetia kawan untuk menyingkirkan Najib.

Pada tahun 1947 melalui Perlembagan rakyat agenda induk anak semua bangsa di Tanah Melayu ialah penyingkiran penjajah British. Pada tahun 2016  melalui Deklarasi Rakyat  agenda induk anak semua bangsa ialah menyingkirkan penjarah Najib. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45



Teks penuh Deklarasi Rakyat bagi singkir Najib


https://www.malaysiakini.com/news/332737


--------------

PERANG BERTERUSAN

Posted: 08 Mar 2016 08:43 PM PST







PERANG 

BERTERUSAN

DI IRAQ

DI SYRIA

DI TURKI




Isis air strikes: Civilian death toll from western bombing 'set to reach 1,000 within days': The revelation comes as David Cameron faces mounting pressure to honour his pledge to update Parliament on the impact of Britain's military contribution to the war.
Clashes broke out between tribe in Fallujah and ISIS after executing 50 civilians: The statement added, "The clashes broke out due to the execution of 50 people belonging to the tribe who were previously arrested by ISIS."
SIS attack kills, wounds 7 people west of Karbala: The member of Karbala Provincial Council Mahfouz al-Tamimi announced on Tuesday, that 7 people were either killed or wounded in an attack launched by ISIS west of the province.
Airstrike hits Syrian market, killing 'at least 19': The death toll from the airstrike on a market selling diesel in rebel-held Idlib Province was likely to rise.
U.S. Regime, Sets Up Air Base in North Hasakah: Splitting the Political and Territorial Integrity of Syria:
PKK announces killing 26 Turkish soldiers near Iraqi borders: "Today the fighters of Kurdistan Workers Party repulsed a massive attack carried out by the Turkish army on Julmirk and Oormar areas near the Iraqi-Turkish borders," pointing out that, "The clashes resulted in the killing of 26 Turkish soldiers."
Turkey kills 114 people in Kurdish town: Anadolu Agency says the military concluded a 20-day operation in the mostly Kurdish town of Idil on Tuesday. It said however, that a curfew on the town will remain until further notice



------------------

BERITA PERANG

Posted: 08 Mar 2016 08:18 PM PST







BERiTA PERANG

DI GANU




DUN T'gganu panas: Yang Dipertua, lari begitu saja...

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini dihentikan secara mengejut selepas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri,  Mohd Zubir Embong telah dihujani dengan pelbagai soalan mengenai keputusannya untuk menolak usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.

KAH KAH KAH

TERGOLEK DOG

KAH KAH KAH

GWA  SUDAH

CAKAP SAMA LU

LU TAK CAYA?

KAH KAH KAH


------------

PERSATUAN PELAJAR

Posted: 08 Mar 2016 07:43 PM PST







PERSATUAN PELAJAR
Saya lihat sekarang ini PAS ditadbir umpama persatuan pelajar universiti saja oleh orang yang kurang pengalaman." persatuan pelajar universiti mana?kaherah, cairo, al ahzar , al madinah al mekah..sume negara2 itu ada pemimpin yg zalim buas serta tiada berhati perut..

al azhar pernah mbuang prof yg mbongkar penipuan wang rakyat oleh prof2 al azhar, mekah dan madinah didanai oleh kerabat saudi yg sehingga saat ini mbunuh rakyat yemen dan ahli2 terlatih malaysia yg berhaluan alusunnah wal jemaah melalui persatuan alusunah wal jemaah msia suda siap siaga mbuat latihan bersama saudi. on PARTI PAS JADI KUCING
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/8/16




---------