Nuffnang

Pengikut

Tukar Tiub

0
sumber :-

Tukar Tiub


MENONTON FILEM GERMAN

Posted: 29 Feb 2016 07:00 PM PST







TAHUKAH

PEMBACA

KENAPA NAMA

DIA TONTOWI

AL-GERMANI



PAS tak hadir demo anti-Najib kerana politik matang
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan Tontowi hari ini membela  Abdul Hadi Awang yang memutuskan untuk tidak hadir dalam perhimpunan anti-Najib 27 Mac depan.
Nasrudin berkata, tindakan Abdul Hadi itu menepati kriteria budaya politik matang yang kini sedang diterajui PAS.

PENGRiTIK

DAN PEMiNAT

FiLEM GERMAN



-----------

HIGH NOON IN KUALA LUMPUR

Posted: 29 Feb 2016 06:19 PM PST






HIGH NOON

           iN

KUALA LUMPUR

COMiNG SOON


Reverting to type, Mahathir forces a high noon with Najib

Reactions are coming in fast and furious from all quarters since  Mahathir Mohamad announced that he had quit Umno – the second time he had done so since 2008.
His supporters believe this announcement will shake Najib while his critics say good riddance to a has-been. The Malaysian Insider attempts to make sense of  Mahathir's move and sort out the fact from the hyperbole.
- See more at: http://www.site2unblock.com/service/page.php?u=dn5DHGMd1F%2BwuUlPVQVjPjxmPIArXaTYs5nducz1qscuCOQEY8yymkv%2B4zV3x3Bl%2FS3whwNQ1%2FN8aHBn9gFjHpeV6xKzKRvzCov984FlTwwmfPXSSKPLNDxN1%2Fxd3ehbfnSm8B%2B6hPEtqnzr&b=5#sthash.UUBHbszh.dpuf

GRACE KELLY

2.6 BILION

SAPA NAK JADI

GARY COOPER?

KAH KAH KAH




-------------

SATU LAGI BARISAN BERSATU

Posted: 29 Feb 2016 05:39 PM PST







SATU LAGi

BARiSAN 

BERSATU

MENDOBRAK

MUSUH BERSAMA

Masa untuk berubah, PKR sokong Dr Mahathir

Keputusan  Mahathir Mohamad keluar daripada Umno akan mempunyai kesan mendalam terhadap politik negara dan rakyat Malaysia perlu mengambil peluang ini untuk berubah kata PKR, sebuah parti yang ditubuhkan untuk menjatuhkan bekas perdana menteri itu ketika beliau masih berkuasa.
"Kita sedang menyaksikan perubahan politik Malaysia. Bahagian dinding yang dibina bertahun-tahun lamanya melalui politik akhirnya runtuh.
Azmin yang juga menteri besar Selangor berkata, rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, terpaksa membayar harga mahal bagi dakwaan jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa pentadbiran, kini perlu mengambil peluang membawa perubahan.
"Semua institusi demokrasi Perlembagaan kita dilanggar ke tahap tidak pernah berlaku sebelum ini dan ibu segala skandal kewangan dengan pelaku terlepas daripada hukuman.
"Prinsip asas kepada urus tadbir seperti akauntabiliti dan ketelusan menjadi tunggang terbalik. Tidak pernah dalam sejarah negara kita begitu banyak kerosakan diakibatkan oleh pihak yang sedikit.
"Saya menyeru semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik, kaum, bangsa dan agama bersama-sama terutama bagi semua rakyat yang prihatin agar mengambil peluang ini dan membawa perubahan sebenar dan berkesan," katanya. – 29 Februari, 2016.
- See more at: http://www.site2unblock.com/service/page.php?u=dn5DHGMd1F%2BwuUlPVQVjPjxmPIArXaTYs5nducz1qschCOAEad70mhbr%2BCJywTNtsyz03BNM1%2B95Ij9261l1Bo%2Fdth2zKQX9CYXn%2FMVzEEckb%2F7WT%2BbDaw%3D%3D&b=5#sthash.kWYccZeR.dpuf

keadaan gempaq

keadaan rancak

terus mengasak

terus mendobrak


--------------

BARISAN BERSATU SELAMATKAN MALAYSIA

Posted: 29 Feb 2016 04:55 PM PST







GEMPAQ

HEBAT

AKHIRNYA

SEBARIS

BERSAMA

KOMENTAR
maka inilah yang dikatakan
perjalanan sejarah
inilah juga yang ditakrif
dalam teori politik : united front

dulu bermusuhan
kini dalam satu kancah
mendobrak musuh yang satu
mengembeling kekuatan bersama

kita lihat dan tunggu
apa hasilnya


 Mahathir rancang tubuh gerakan bersama Pakatan Harapan singkir Najib


Mahathir Mohamad merancang menubuhkan sebuah gerakan utama bersama parti pembangkang dalam Pakatan Harapan bagi menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.Najib
Matlamat utama gerakan itu ialah untuk menyingkirkan Najib, kata  Mahathir tetapi beliau tidak berhasrat menubuhkan sebuah parti politik baharu.
"Ia belum lagi ditubuhkan. Saya berharap sebuah gerakan utama dapat menunjukkan komitmen mereka dengan menandatangani deklarasi bersama
- See more at: http://www.site2unblock.com/service/page.php?u=dn5DHGMd1F%2BwuUlPVQVjPjxmPIArXaTYs5nducz1qschCOAEad70mhbr%2BCJywTNkoHL4kA5D1%2FJ7fXBh%2BEJ0BomX6wK0ZgP6T43s6Yl8AwRkbPPFSO%2FHeHlU0f8Rx%2BZaPTGw6wqiyPFhs3zndmYOV7Z5O%2FhQ%2FQ%3D%3D&b=5#sthash.RMZw5w2G.dpuf

apa agaknya

yang akan

disusun oleh

mahathir?

satu deklarasi?

apa bondonyo

KAH KAH KAH

















-------------

AKHIRNYA AKHIR

Posted: 29 Feb 2016 05:00 AM PST





ZAM CAKAP

TAK TEPAT

Sekat TMI usaha akhir Najib terus berkuasa, kata bekas menteri 
Bekas menteri penerangan Zainuddin Maidin berkata tindakan menyekat portal The Malaysian Insider adalah sebagai usaha terakhir menyelamatkan Najib supaya terus berkuasa. 

- See more at: http://www.site2unblock.com/service/page.php?u=LHsNSg8FT40BdoZIzxi%2BdIXkRIiUYw5%2F60cFUdU5HyZxN%2BQ6p0y%2BPuX%2Bw3COFt8dfqeJ4FW0pBWOsCz5BJmIOnEEg%2BcGZHg%2Bee2xQrreksNguXa%2FEmCGrLMb%2FKjiGSlWNJHqdy2hLsED4Pbl&b=5#sthash.nBntpa4p.dpuf


usaha akhir

ialah najib akan

tangkap 27 juta

rakyat malaysia

yang benci pada

najib & rosmah

semua masuk jil

semua dipenjara

baru najib selamat

KAH KAH KAH



-------------

NO TO HUDUD

Posted: 29 Feb 2016 04:30 AM PST






NO TO HUDUD
Ada beza ka? Mana satu UMNO mana satu orang UMNO?
malaon kaki penyamun kaki kebas kaki rasuah adalah
orang UMNO dalam parti UMNO kalau anti UMNO
tu saja apa maknanya? ia cuma semata2 parti.

yang gerakkan UMNO tu ialah malaon2 
kaki penyamun tersebut. termasuk juga 
ketua segala penyamun yang kata 
lebih kurang begini: NO to HUDUD.
Ustaz Hadi sudah lupa? atau sudah pening? TT; hang tolongpublish muka depan soalan aku ni. tq on SOTONG SUDAH BERCAKAP
Anonymous
on 2/29/16
 ROSAKKAN?
Yg merosakkan umno siapa? Bukan org umno ke? 
Macamni ulama pun ada...compius2.. on SOTONG SUDAH BERCAKAP
Publish | Delete | Spam
Roslee Salleh
on 2/29/16
 ORANG POLITIK
Hadi tu kan orang politik, orang politik ni lidahnya macam
biawak on SOTONG SUDAH BERCAKAP
albert magic
on 2/29/16












 BILION BILION
Najib skang duit banyak bilion bilion sebab tu lah lebai suka bodek kot kot dapat sket pun jadilah 
on SOTONG SUDAH BERCAKAP
Kiedentech Kiedentech
on 2/29/16
Lagi empat 





-----------

TENGKU FRAUD -

Posted: 29 Feb 2016 04:00 AM PST






TENGKU ADNAN

iALAH

TENGKU FRAUD

iALAH 

PUTAR ALAM

iALAH 

TUNGKU DAPUR


Khairuddin dakwa Tengku Adnan guna gelaran palsu

Adnan juga didesak supaya memberi penjelasan kepada 30 juta rakyat negara ini dari keturunan mana beliau mendapat gelaran 'tengku".
PETALING JAYA: Gelaran 'tengku' yang digunakan oleh Setiausaha Agung UMNO,  Tengku Adnan Tengku Mansor dipersoal.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan,  Khairuddin Abu Hassan mendakwa, gelaran itu palsu dan bukannya gelaran yang berasal daripada keturunan.
Beliau berkata demikian membidas kenyataan Adnan semalam kononnya dirinya tidak boleh membuat laporan terhadap UMNO kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana keahliannya dalam parti Melayu itu dicurigai.
"Adnan Mansor tolong jangan curiga sama ada saya ahli UMNO yang sah ataupun tidak, tetapi curigailah dari mana dapat gelaran 'tengku palsu' tu?
"Tolonglah jawab dan terangkan dulu kepada 30 juta rakyat Malaysia dari mana awak dapat gelaran 'tengku' palsu ini dulu??. Hakikatnya juga Adnan Mansor ni bukan cerdik sangat pun. Dia adalah kaki bodek minda lemah otak udang.
"Kenapa Adnan Mansor bangang sangat? Kalau saya bukan ahli UMNO macam mana pada pemilihan UMNO tahun 2014 saya boleh bertanding jawatan naib ketua UMNO bahagian?," soalnya menerusi kenyataan Facebooknya.
Semalam Adnan menyindir tindakan Khairuddin yang mahu membuat laporan terhadap parti itu kepada ROS susulan kemelut yang melanda parti Melayu itu sebagai "tidak boleh pakai".
"Saya pun banyak benda nak berceloteh pasal Adnan Mansor ni. Dia sebenarnya penyangak yang tak boleh dipercayai serta dapat diibaratkan seperti 'gergaji dua mata'.
"Parasit macam inilah yang paling bahaya apabila berada di dalam parti politik. Tolong cakap kat 'tengku palsu' ni jangan cakap banyak," tambah Khairuddin.


KAH KAH KAH
gwa sudah banyak kali tulis
ini tengku fraud
ini tengku kelentong
ini mat kelepet
ini mat putar alam
nak jadi tengku
mana ada taraf
jadi tunku dapur pun
belum pasti

TENG FRAUD


-----------------

LARI KE SAUDI KE?

Posted: 29 Feb 2016 01:30 AM PST








MEMBiASAKAN

DIRI KE?

ATAU NAK JUMPA

BEN ALi

SAJE TANYA

JANGAN MARAH


Ben Ali gets refuge in Saudi Arabia - Al Jazeera English

www.aljazeera.com/news/.../01/201111652129710582.html

Al Jazeera
Jan 16, 2011 - Until his death in 2003, Uganda's ex-president Idi Amin spent more than... Saudi Arabia, whose law allows for political asylum in public interest  ...

Idi Amin led quiet life in S. Arabia - Newspaper - DAWN.COM

www.dawn.com/news/135283/idi-amin-led-quiet-life-in-s-arabia

DAWN
Aug 17, 2003 - But Jeddah residents say Idi Amin lived in a villa rented for him by the government of Saudi Arabia in the posh Al Hamra district overlooking the Red Sea. Treating him under political asylum rules, the Riyadh government was  ...

Saudi Arabia: Fallen Dictators Find New Home | Pulitzer ...

pulitzercenter.org/.../saudi-arabia-king...

Pulitzer Center on Crisis Reporting
Jun 24, 2011 - Ellen Knickmeyer, JEDDAH, Saudi Arabia ... Saudi state, on down, the ruling al-Sauds have followed Arab tradition by offering asylum even ... asylum-seekers to Saudi Arabia in decades past, from the cannibalistic Idi Amin of  



Najib ke Saudi, dijadual mengadap Raja Salman

Najib  akan mengadakan lawatan kerja empat hari ke Arab Saudi mulai hari ini.


di saudi boleh

cari rumah

cari tanah

cari kawasan

mana tahu

kalau kalau kalau

nak duduk lama

nak beramal ibadat

di tanah suci

menghabiskan

hari  tua sambil

mengira beg birkin

opsss.. mengira

biji tasbih dimekah

KAH KAH KAH


---------------

SATU LAGI CUKONG BERSUARA

Posted: 29 Feb 2016 12:30 AM PST







SATU LAGI 

PANDANGAN

CUKONG

KRISIS YANG 

AMAT BESAR 

DALAM NEGARA

CUKONG ANGGAP

PEKARA  KECIL




Isu Muhyiddin hanya perkara kecil


KUALA TERENGGANU – Kontroversi penggantungan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno dianggap tidak lebih sebagai isu disiplin yang melanda parti Umno.

Pengerusi MCA Terengganu,  Toh Chin Yaw berkata, tindakan disiplin adalah perkara biasa berlaku dalam mana-mana parti dan beliau percaya, pucuk pimpinan parti itu sudah mengambil kira pandangan ramai di samping mahu mengelak masalah besar dalam Umno sekiranya tindakan segera tidak diambil.

Beliau berkata, isu penggantungan Muhyiddin itu tidak memberi kesan besar kepada BN dan tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada parti komponen BN lain termasuk MCA.

"Saya percaya Umno sudah bincang lama perkara ini dan sudah ambil langkah-langkah yang perlu diambil dan keputusannya Muhyiddin digantung jawatan. Ini perkara kecil. Tiada isu sebenarnya.


woit

bani melayu

tak kan tak sedar

cukong sedang

buat kenduri

ketuanan melayu

apa dah jadi?

KAH KAH KAH




----------------

LAPORAN SAHABAT MAT SABU

Posted: 28 Feb 2016 11:00 PM PST








JAM 11:00 PAGI

29/02/2016

telah terkumpul

RM109,400

terima kaseh

penyumbang

teruskan lagi

MAY BANK

5642 5857 6644






----------

SUARA YANG BERANI

Posted: 28 Feb 2016 10:00 PM PST







HEBAT BERANi

JELAS TUNTAS

MAHFUZ OMAR

PEMIMPiN PAS

YANG JUJUR



Reformasi bermula dengan singkirkan Najib

SHAH ALAM - Tidak perlu bermimpi tentang reformasi negara sekiranya rakyat masih tidak dapat menurunkan Najib, kata Ahli Parlimen Pokok Sena,  Mahfuz Omar.

Ini kerana menurutnya, Najib sendiri sudah menjadi satu institusi kepada negara ini.

"Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 nanti, seluruh negara akan dikerah untuk melindungi serta mempertahankan Najib dan pasukannya.

"Turunkan Najib adalah sebahagian reformasi negara. Najib mesti diturunkan melalui desakan dan tuntutan secara demokratik," katanya menerusi kenyataan.

Menurut Mahfuz lagi, tidak ada gunanya sekiranya rakyat hanya menyingkirkan Najib namun tidak mendesak supaya sistem negara diubah.

"Jika ada yang menyatakan tidak cukup hanya menurunkan Najib seorang sekiranya sistem dan institusi tidak berubah, saya bersetuju dengan kenyataan tersebut.

"Reformasi hanya bermula dengan Najib, bagaimanapun ia harus diteruskan dengan reformasi institusi," katanya.

gwa tak ada

apa nak cakap

rest my kes

mi lord

KAH KAH KAH
--------------------

SUARA HATI CUKONG

Posted: 28 Feb 2016 09:00 PM PST






INI SUARA

CUKONG

Cukong - Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

https://id.wikipedia.org/.../Cuko...
Translate this page
Indonesian Wikipedia
Cukong adalah menunjuk kepada pengusaha-pengusaha pemilik perusahaan besar di Indonesia. Kata ini sendiri berasal dari bahasa Hokkian yang lazim ...

Arti kata cukong - Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI ...

kbbi.web.id/cukong
Translate this page
Definisi/arti kata 'cukong' di Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) adalah n 1 orang yang mempunyai uang banyak yang menyediakan dana atau modal yang ...


Amaran kepada pihak yang cuba jatuhkan Najib

Rakyat Malaysia tidak mahu terbeban dengan polemik politik, selain Malaysia juga memerlukan kerajaan yang stabil bagi memajukan ekonomi, khususnya dalam situasi mencabar sekarang.
PETALING JAYA: Rakyat tidak mahu melihat situasi politik yang bercelaru di negara ini.
Presiden MCA  Liow Tiong Lai memberi amaran itu kepada pihak yang cuba menjatuhkan Najib secara tidak sah.
"Rakyat Malaysia tidak mahu terbeban dengan polemik politik, selain Malaysia juga memerlukan kerajaan yang stabil bagi memajukan ekonomi, khususnya dalam situasi mencabar sekarang.
"Ini adalah masa untuk kita bergerak ke hadapan dan pastikan kerajaan tumpu kepada pembangunan negara. Kita kena kuatkan kerajaan dan tidak boleh kurang fokus serta pastikan tumpuan tidak dialih kepada isu terlalu polemik menggunakan isu tidak berasas.
"Apa yang penting kita tahu perdana menteri telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa transformasi dan meningkatkan ekonomi," katanya lapor Bernama.


KOMENTAR
ini suara cukong
cukong berniaga
cukong cari untung

lagi korup pemimpin politik
lagi korup lembaga daulah
lagi senang cukong buat duit

inilah kerja para cukong
cukong merasuah
merasuah dengan duit
merasuah dengan dadah
merasuah dengan lendir

justeru:
lagi bangang pemimpin melayu
lagi korup pemimpin melayu
lagi kaki rasuah pemimpin melayu
lagi mendapat sokongan cukong
lagi senang cukong buat kerja

lagi salah guna kuasa
lagi senang cukong
berpesta merembat
harta negara

bijeh di perak
hutan balak di pahang
tanah di kuala lumpur
dirembat cukong

hutan sarawak bogel
hutan sabah bogel
dirembat cukong

justeru:
cukong akan menolak
pemimpin melayu yang tegas
pemimpin melayu yang jujur
pemimpin melayu yang anti rasuah

------------

DARI ARKIB - TEORI UNITED FRONT

Posted: 28 Feb 2016 08:18 PM PST






KOMENTAR

hari ini kemelut politik
hari krisis politik
hari ini krisis ekonomi
hari ini krisis keyakinan
semakin parah
malaysia dalam suasana kacau
malaysia telah tergelincir
dari niat dan cita cita
penubuhan bumi manusia ini

malaysia sedang 
menghadapi malapetaka

anak semua bangsa
bangsa semua agama
warga bumi  manusia ini
sedang tertanya tanya
arah dan tujuan negara

justeru:
jalan keluar sedang dicari
pelbagai suara mula didengar

maka tukar tiub
mengeluarkan kembali
satu tulisan dari arkib
mengenai teori barisan bersatu
teori united front 
dalam kerja politik

tulisan ini telah disiarkan
dalam suara keadilan
dalam malaysia kini
pada 24/02/2015 dahulu

dirasakan tulisan ini
wajib dibaca sekali lagi
untuk kita sesama
mendapat pencerahan



 MENGGALANG 
BARISAN BERSATU

Dalam politik tidak ada musuh abadi. Dalam politik yang wujud hanya kepentingan abadi. Perjuangan adalah pertempuran untuk mencapai dan mengkotakan cita-cita abadi. Dalam perjuangan : Musuh kepada musuh kita adalah kawan kita. Permusuhan TIDAK berterusan. Setiakawan hanya dalam kancah perjuangan.

Jika terlupa falsafah ini ; jika tidak menggunakan strateji berasaskan falsafah ini maka perjuangan akan gagal. Perjuangan yang gagal adalah perjuangan yang tidak sampai kepada apa yang dicita. Kegagalan membawa malapetaka yang hebat.
Saksi dan rasakan : malapetaka yang telah menimpa negara kita ini semenjak penjajah British mengundurkan diri pada tahun 1957. Malapetaka ini kita rasakan hingga ke saat ini. Malapetaka ini lahir akibat dari kegagalan Kaum Kiri, Kaum Nasionalis, Kaum Progresif dan Kaum Agamawan untuk menggalang perserikatan Barisan Bersatu/United Front yang luas untuk mendobrak musuh yang sama.

Sebagai contoh : mari kita lihat sejarah Kota Melaka – kota metropolis dan kota ekonomi kurun ke 13 – satelah ianya jatuh ke tangan penjajah. Sejarah merakamkan tentang percubaan dari Acheh, dari Johor , dari Majapahit untuk melawan Portugis dan Belanda.

Kita juga membaca fakta sejarah bagaimana Acheh menyerang Belanda. Kita membaca bagimana Raja dan rakyat Johor berjuang menyerang Belanda untuk menawan Melaka. Tetapi kedua-dua Kerajaan Melayu ini tidak menggalang Barisan Bersatu. Malah dua negera Melayu ini beramok dan beperang sesama sendiri. Hasilnya Belanda TIDAK tewas.

Apa itu Barisan Besatu atau United Front?

Untuk memahami teori ini mari kita melihat sejarah dunia moden. Kita akan bertemu dengan teori dan bagimana teori politik ini diguna pakai dalam kancah perjuangan.

Apa itu perang? Perang ialah penerusan perbalahan yang tidak dapat diselesaikan di meja rundingan. Perang ialah perebutan punca punca ekonomi. Politik ialah manifestasi perebutan punca-punca ekonomi.

Justeru, Perang Dunia Kedua ialah Perang Kuasa Penjajah yang berbalah merebut tanah-tanah jajahan di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Merebut tanah jajahan untuk mendapatkan hasil bumi. Untuk membajak telaga minyak, lombong bijeh, kayu kayan, rempah rampai, lombong emas dan intan berlian. Inilah yang direbutkan oleh kuam imperialis. Perang Dunia Kedua ialah Perang Kuasa Imperialis.

Pada tahun 1939 – Dunia dipecah dua blok. Blok yang dipimpin oleh kuasa imperial British dan blok Fasis. Blok Fasis di Eropah diwakili oleh German dan Itali. Di Asia diwakili oleh Jepun. Blok fasis ini dianggap musuh kerana negara-negara ini tidak mahu tunduk dibawah telunjuk Britain. Great Britain pada ketika itu adalah negara imperialis terbesar dan memiliki bala tentera terkuat.

Dimana munculnya teori Barisan Bersatu? Sebelum pecah perang Kaum Komunis, Sosialis, Agamawan dan Kaum Progresif telah berbicang akan cara untuk menghadapi perang yang akan pecah. Great Britain adalah kepala imperialis yang tidak jauh bezanya dari perangai Nazi German , Itali dan Jepun. Kesemuanya mengamalkan sistem kapitalis.

Pada ketika itu satu jalur pemikiran muncul. Satu strateji politik lahir untuk berhadapan dengan malapetaka perang dunia. Jalan terbaik untuk menyelamatkan umat manusia dari kehancuran dan langkah untuk memukul tamat bencana perang. Kaum Kiri telah sepakat mendirikan Barisan Bersatu/United Front menentang kaum Fasis.

Kita melihat musuh ketat – Churchil, Stalin dan Roosevelt duduk sameja membicang cara terbaik untuk melawan Hitler. Musuh kepada musuh adalah sahabat. Ini dinamakan United Front. Ini bererti bekerjasama dengan kuasa imperialis.

Justeru kita melihat Gerila Komunis dan Nasionalis yang anti-Nazi di Peranchis, di Greek, di Itali – yang bergerak dibawah tanah bekerja sama dengan tentera British dan soldadu Amerika. Tentera British adalah musuh lama mereka. Tetapi dalam strateji menggalang Barisan Bersatu musuh lama ini menjadi kawan baru.

Kita juga melihat stratiji politik yang sama telah dijalankan di negara China. Parti Komunis China yang dipimpin oleh Mao Zedong adalah musuh ketat Parti Koumintang yang dipimpin oleh Chiang Kai-shek. Dua parti ini membawa dua jalur pemikiran – kiri dan kanan.

Koumintang dan Parti Komunis China berperang merebut wilayah untuk mendirikan China baru yang merdeka. Perang ini adalah perang saudara. Tetapi apabila Fasis Jepun melanggar China pada tahun 1936 Mao Zedong dan Chiang Kai-shek menjadi kawan. Kedua musuh ini bersatu untuk mendirikan United Front melawan Fasis Jepun.

Bayangkan Mao Zedong melupakan semua jenayah Koumintang yang ganas lagi zalim. Malah isteri Mao sendiri telah dibunuh oleh soldadu Ching Kai-sheik pada tahun 1930. Semua dilupakan untuk menuju ke Barisan Bersatu.

Pekara yang sama – saperti di Eropah - telah berlaku di Tanah Melayu. Sebelum Pecah Perang Dunia Kedua – musuh utama rakyat Malaya ialah penjajah dari Eropah - Portugis, Belanda dan British. Sebelum 1939 kita membaca buku sejarah yang memperlihatkan bagaimana kuasa kolonial British merampok dan menjarah harta kekayaan Tanah Melayu. Warga di tanah jajahan menjadi hamba yang bekerja untuk Baginda Queen.

Ketika British menjajah kita melihat gerakan anti-British dari Kaum Kiri, Kaum Agamawan dan Kaum Nasionalis. Mereka berpolitik bangun berjuang menentang British.

Tetapai apabila Perang Dunia Kedua Pecah muncul Barisan Besatu dalam bentuk kerjasama antara Pasukan Rakyat Malaya Anti Jepun dengan kuasa kolonial British. Malah kuasa kolonial British telah menghantar senjata untuk para pejuang anti-Jepun. Gerakan anti-fasis Jepun ini dipimpian oleh Parti Komunis Malaya (PKM). PKM ini adalah musuh ketat penjajah British. Musuh utama PKM ialah penjajah British tetapi dalam usaha melawan fasis Jepun musuh lama boleh berkerjasama. Ini dinamakan United Front/Barisan Bersatu.

Kenapa saya menyingkap babak-babak sejarah ini? Apa sangkut pautnya dengan politik Malaysia hari ini? Apa kaitan apa yang saya tulis ini sedangkan Anwar Ibrahim dalam penjara.

Waspada! Semua ini menjurus kepada pembebasan Anwar Ibrahim. Sebelum dirungkai mendalam - wajib difahami – siapa musuh utama dan siapa musuh sampingan. Dalam teori politik - apa dia kontradiksi utama dan apa dia kontradiksi sampingan. Memahami siapa musuh utama amat-amat penting dalam menggalang Barisan Bersatu.

Ketika Anwar dipenjara musuh utama kita ialah Najib dan Rosmah. Dua sosok ini sedang membawa porak peranda kepada tanah air kita. Najib dan Rosmah sedang memusnahkan ekonomi negara. Selain dari sosok Najib dan Rosmah adalah musuh sampingan yang kecil. Justeru semua senjata, semua tenaga dan semua gerak kerja ialah untuk menumbangkan Najib dan Rosmah.

Justeru - ada berita melaporkan telah 'berlaku' pertemuan Menteri Besar Selangor Azmin Ali dengan Mahathir Muhamad di London. Jika ianya telah terjadi maka ini bermakna telah ada langkah untuk menggalang Barisan Bersatu untuk menjatuhkan Najib dan Rosmah. Ini satu langkah politik yang tepat.

Sama ada berita ini saheh atau hanya khabar angin ianya TIDAK penting. Apa yang penting ialah berita ini adalah contoh garis politik yang dinamakan menggalang Barisan Bersatu atau United Front.

Seramai 52% warga Malaysia mahu Najib dan Rosmah undur. Ini tuntutan majoriti. Pakatan Rakyat mahu kuasa politik Najib dan Rosmah di hapuskan, Parti Keadilan Rakyat mahu mengulingkan Najib dan Rosmah. Anak Muda Malaysia mahu Najib dan Rosmah di tangkap. Mahathir Muhamad mahu menjatuhkan Najib dari menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sanusi Joned, bersama Daim Zainuddin bersama Kadir Jasin mahu menggulingkan Najib dan Rosmah.

Jelas kita semua memiliki kepentingan bersama untuk menggulingkan Najib dan Rosmah. Kontradiksi induk ialah Najib dan Rosmah. Musuh utama yang mengikat kita berkerja sama dengan Mahathir Muhamad ialah Najib dan Rosmah. Ini adalah kepentingan politik bersama.

Maka jika Azmin Ali ingin mendirikan Barisan Bersatu dengan Mahathir Muhamad maka ianya wajib mendapat sokongan politik dari 52% warga Malaysia. Sokongan diberikan kerana inilah garis politik yang tepat.

Mahathir mahu Najib dijatuhkan agar United Malays National Organisation dapat diselamatkan. Kita mahu Najib dan Rosmah digulingan kerana kita mewakili 52% yang menjadi majoriti yang berhak mentadbir Malaysia. Kemenangan dalam PRU13 telah ditipu dan dicuri dari 52% rakyat Malaysia.

Majoriti rakyat Malaysia tahu Najib dan Rosmah terlibat dalam kes bunuh Altantuya. Majoriti rakyat Malaysia tahu Anwar Ibrahim dipenjara kerana konspirasi dan rancangan Najib dan Rosmah.

Justeru dua sosok ini adalah musuh rakyat Malaysia. Pelbagai jalur politik rakyat Malaysia sedang melihat Najib dan Rosmah sebagai satu musuh utama. Ini sama saperti Stalin, Churchill dan Roosevelt melihat Hitler. Ini samalah saperti Mao dan Chiang Kai-sheik melihat Emperor Jepun. Ini samalah saperti Rashid Maidin dan Chin Peng bersama Baginda Queen melihat General Yamashita.

Lebai Desas bin Haji Desus telah berkata bahawa Mahathir Muhamad mahu Najib dan Rosmah diundurkan dalam bulan March ini. Ini adalah berita baik. Mengikut Lebai Desas banyak persiapan telah diatur. Malah Si Sirul pembunuh yang diupah untuk membunuh Altantuya itu juga 'dibaca' sebagai satu perancangan untuk menjerut leher Najib.

Amat jelas dalam strateji politik hanya dengan mendirikan Barisan Bersatu berkemungkinan dapat dijatuhkan beban berat yang sedang menimpa 28 juta warga Malaysia. Hanya dengan Barisan Bersatu Najib dan Rosmah dapat digulingkan. Hanya dengan bekerja sama dengan semua pihak wujud kemungkinan Malaysia ini dapat letakkan kembali keatas jalan yang betul.

Menggalang Barisan Bersatu bertujuan untuk menamatkan malapetaka yang sedang kita hadapi. Penggalangan ini juga akan memastikan Anwar Ibrahim bebas dari penjara. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa mahu melanggan akhbar minguan ini
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45



------------

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT