Khamis, 25 Februari 2016

Tukar Tiub

Tukar Tiub


LAGI TEKAN LAGI LAWAN

Posted: 25 Feb 2016 07:00 PM PST







TERBAiK

TERSOHOR

TERBEST

TERUSKAN 

NOTA
apabila musuh menekan
apabila musuh menyerang
ini bukan tak baik
ini pekara amat baik
kerana apa yang kita buat
menjadikan musuh takut
apa yang kita buat menjadi
apa yang kita lakukan
mendobrak musuh

jika musuh tidak menyerang
ini berita tak baik
kerana apa yang kita lakukan
tidak membawa apa apa impak
tidak menakutkan mush
tidak menggangu musuh
kerana itu musuh TAK ambil pot

bila MUSUH tidak menyerang
ertinya: kita telah sama dengan musuh



Polis siasat pengarang TMI berhubung laporan panel SPRM

Polis akan menyiasat Ketua Pengarang The Malaysian Insider Jahabar Sadiq berhubung laporan berita yang diterbitkan semalam mengenai Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata ketua polis negara hari ini. - See more at: http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/polis-siasat-pengarang-tmi-berhubung-laporan-panel-sprm#sthash.YhLXtirP.dpuf

KAH KAH KAH

lagi lu tekan

lagi pop 

lagi lu tekan

lagi hebat

laporan dunia

teruskan lagi

tekan jangan

tak tekan

OPPS..TERBAIK

---------------

SAHABAT MAT SABU

Posted: 25 Feb 2016 06:18 PM PST





'
MAT SABU

LAWAN SPR

WAJIB SOKONG



#SahabatMatSabu kutip RM79,880 dalam seminggu

PETALING JAYA: Dalam tempoh seminggu, kumpulan #SahabatMatSabu berjaya mengutip RM79,880 bagi membantu Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu membayar saman kepada bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  Wan Ahmad Wan Omar.
Jurucakap kumpulan itu, Mandeep Singh berkata, dengan perkembangan memberangsangkan itu, pihaknya mensasarkan akan dapat mencukupkan jumlah RM200,000 dalam tempoh sebulan.
"Setakat semalam, kita telah berjaya kutip RM79,880. Kami agak terkejut dengan sambutan yang boleh dikatakan amat berjaya ini.
"Saya rasa sebulan lagi kami akan dapat mencukupkan jumlah RM200,000," katanya kepada FMT.


MAY BANK

5642 5857 6644


-------------

NAJIB DAN 1MDB TERUS PANAS

Posted: 25 Feb 2016 05:32 PM PST









INI BERiTA

KELMARIN

KOMENTAR
media barat melaporkan 
persoalan timbul
apa sebenarnya
sedang berlaku?

kenapa akhbar WSJ
kenapa NEW YORK TIMES
kenapa BBC LONDON
kenapa THE GUARDIAN
kenapa akhbar-akhbar
luar negara ambil 
perhatian tentang 1MDB

jawabnya senang sahaja
siasatan dijalankan
kerana ada unsur unsur
mendobi duit -money laundring
ini satu kesalahan besar
dalam  negara ini
jika mendobi duit tidak dilawan
makan sistem ekonomi kapitalis
akan rahai dan runtuh

media barat melaporkan 
kes najib dan rosmah
bukan kerana cinta mereka
kepada orang melayu
atau suka kepada bumiputera
atau suka pada islam
tidak tidak tidak

mereka mahu menjatuhkan najib
kerana najib membawa 
porak peranda dalam sistem
ekonomi kapitalis

NOTA
WSJ telah berkata
dalam sebulan dua lagi
akan muncul berita 
dimana ledakan ini
tidak dapat lagi dipertahankan

apakah LEDAKAN ini
kita nanti dan tunggu


Malaysia Corruption Scandal, 1MDB & Najib Razak Latest ...

www.wsj.com/specialcoverage/malaysia-controversy
The Wall Street Journal
The scandal involving Malaysian government investment fund 1MDB has caused a political crisis in an important U.S. ally in Asia and ... follow @wsj ... 30, 2016 The Companies Switzerland Says Are Linked to Malaysia's 1MDB Scandal.

Swiss Prosecutors Investigating 1MDB Say Malaysia Funds ...

www.wsj.com/.../swiss-attorney-general-expresses-c...
The Wall Street Journal
Jan 30, 2016 - Swiss Prosecutors Investigating 1MDB Say Malaysia Funds Were Diverted ... [http://m.wsj.net/video/20160224/022416fastspacetravel1 ...

Malaysia's 1MDB Decoded - WSJ (graphics.wsj.com) - Wall ...

graphics.wsj.com/1mdb-decoded

The Wall Street Journal
Nov 22, 2015 - Following the 1MDB money trail is confusing and complicated. Investigators are focusing on these transactions as they try to untangle the ...

1MDB and the Money Network of Malaysian Politics - WSJ

www.wsj.com/.../the-money-network-of-malaysian-...
The Wall Street Journal
Dec 28, 2015 - Ruling UMNO party spent hundreds of millions of dollars, much of it from1MDB, to ensure victory in 2013.

The Companies Switzerland Says Are Linked to Malaysia's ...

www.wsj.com/.../the-companies-switzerland-says-ar...
The Wall Street Journal
Jan 30, 2016 - The Companies Switzerland Says Are Linked to Malaysia's 1MDBScandal ... the troubles facing 1Malaysia Development Bhd., or 1MDB, the state-

FBI closing in on Goldman Sachs, 1MDB financial scandal

Officers are gathering sensitive documents and identifying potential witnesses in a case that has made international headlines and involves top political and business figures.
PETALING JAYA: Officers of the United States's Federal Bureau of Investigations (FBI) are getting closer to unravelling the complex and widespread financial scandal involving Goldman Sachs and 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
An international investigator, L Burke Files told the New York Post, the FBI was in the midst of gathering sensitive documents and identifying potential witnesses in the case that involves one of the bank's chairman for Southeast Asia, Tim Leissner, 45.
It was reported by Bloomberg yesterday, that Leissner had left the firm, with Goldman Sachs spokesman Edward Naylor, confirming this although remaining tight-lipped about any other development.
Meanwhile speaking to the New York Post, Files said, "My sources within the US government have told me that they are looking into 1Malaysia Development Berhad (1MDB) on all fronts and are actively acquiring documents and identifying witnesses from around the world.




------------

TUNGGU SEBULAN DUA LAGI

Posted: 25 Feb 2016 04:46 PM PST







KES 1MDB

TERUS DISIASAT








KAH KAH KAH

nak tutup ke?

kah kah kah

WSJ kata tunggu

sebulan dua 

akan meledak lagi

KAH KAH KAH


----------------

TERKINI TER NOWW TER HOTT

Posted: 25 Feb 2016 07:16 AM PST








NAJIB TAK MAHU

BERITA SPRM

MAHU NAJIB

DIDAKWA

DILAPOR ARAH

MINSIDER TUTUP


TAPI BOLEH

 BUKA

DI SINI:


http://www.themalaysianoutsider.com/



Pandangan panel penilaian SPRM bukan cabar kuasa peguam negara, kata SPRM



---------------

LAUT CHINA SELATAN

Posted: 25 Feb 2016 05:42 AM PST





BERJAGA JAGA


South China Sea: US may consider sending more destroyers to patrol islands

The US, worried by China's military buildup to assert dominance in the South China Sea, will increase freedom-of-navigation operations there, a senior Pentagon official has said.
"We will be doing them more, and we'll be doing them with greater complexity in the future and ... we'll fly, sail and operate wherever international law allows," Admiral Harry Harris, the head of the US Navy's Pacific Command, told a hearing of the House of Representatives armed services committee





-------------

TABUNG HAJEE AKAN LEENGKUP

Posted: 25 Feb 2016 05:09 AM PST








LEENGKUP

TABUNG HAJEE

KEERANA AZEEZ


25 FEBRUARI 2016

PELABURAN TABUNG HAJI DI SYARIKAT KEJURUTERAAN HULUAN (RAMUNIA HOLDINGS BERHAD) CATAT KERUGIAN ATAS KERTAS RM200 JUTA, RISIKO KERUGIAN JANGKA PANJANG RM1.4 BILION 
Pelaburan Tabung Haji yang mengundang kontroversi paling utama ialah pelaburannya di dalam syarikat kejuruteraan huluan ("upstream engineering") yang bernama Ramunia Holdings Berhad bermula dari 2008. Setelah syarikat tersebut mengalami kerugian mendadak dan sahamnya jatuh menjunam dalam tahun 2010, Tabung Haji menjenamakan semula syarikat itu sebagai TH Heavy Engineering Berhad (THHE) dan terus menyuntik lebih banyak pelaburan.

Tabung Haji mula membeli saham dengan agresif dalam pertengahan tahun 2008 seperti berikut:

·         Di antara 10 Julai 2008 hingga 16 Julai 2008, Tabung Haji membeli 14.23 juta saham menjadikan pegangannya mencecah 18.06% (99.74 juta saham) selepas pembelian tersebut. Harga saham pada waktu ini adalah di antara RM1.54 hingga RM1.59 sesaham.

·         Berdasarkan Laporan Tahunan Ramunia Holdings Berhad bagi tahun kewangan 2008, setakat 29 Februari 2009, Tabung Haji telah mengumpul 166,836,833 saham menjadikannya pemegang saham terbesar Ramunia Holdings Berhad pada 29.68% pegangan.

Mengambil kira prestasi harga saham Ramunia Holdings Berhad sepanjang tahun 2008 yang menunjukkan harganya memuncak pada harga RM1.95 sesaham pada awal Februari dan mula menurun sehingga ia mencatat harga terendah (rekod 52 minggu) 76 sen sesaham pada pertengahan Ogos, anggaran harga saham purata yang dibeli oleh Tabung Haji untuk mengumpul 29.68% saham ialah RM1.50 sesaham.

Saya menganggarkan pelaburan awal Tabung Haji dalam tahun 2008 untuk membeli saham-saham Ramunia Holdings Berhad adalah sekitar RM250 juta.

Walaupun saya faham pada ketika itu ada khabar-khabar angin bahawa MISC (anak syarikat PETRONAS) akan membeli Ramunia (yang menyebabkan harga sahamnya naik melonjak), prestasi kewangan Ramunia secara jelas menunjukkan ia sebuah syarikat yang mempunyai masalah kewangan, seperti yang ditunjukkan berikut:

Tahun Kewangan
Kerugian Tahunan
(RM juta)
Kerugian Terkumpul
(RM juta)
2008
21
74
2009
383
457

Oleh kerana kerugian yang mendadak dan terlalu besar bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2009, juruaudit telah memberi amaran bahawa Ramunia Holdings Berhad berdepan dengan risiko muflis ("going concern") terutamanya kerana sebuah anak syarikatnya Ramunia Fabricator Sdn Bhd disaman oleh banyak pihak kerana gagal membayar hutang.

Akibat dari amaran ini, saham Ramunia Holdings Berhad jatuh menjunam sehingga ditutup pada harga 20.5 sen pada 2 Mac 2010. Berikutan dari ini, Ramunia Holdings Berhad digantung penyenaraiannya dan dikategorikan sebagai syarikat PN17.

Kontroversi melibatkan Ramunia Holdings Berhad diketahui umum kerana ia melibatkan penjualan asetnya kepada Sime Darby Engineering dan pelbagai tindakan mahkamah oleh kontraktor-kontraktor yang rata-ratanya usahawan Bumiputra yang terpaksa gulung tikar. Saya telah duduk sendiri dengan beberapa orang usahawan ini yang jatuh muflis akibat masalah kewangan Ramunia Holdings Berhad.

Tabung Haji sebaliknya terus menambah pelaburan di dalam Ramunia Holdings Berhad yang dijenamakan semula sebagai TH Heavy Engineering Berhad ("THHE"). Tabung Haji melantik wakilnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan kekal sebagai pemegang saham terbesar.

Prestasi kewangan THHE menampakkan sedikit pemulihan bagi beberapa suku kewangan sahaja sebelum sahamnya jatuh kembali. Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik Tabung Haji sebelum ini iaitu Datuk Nor Badli Mohd Alias meletakkan jawatan secara mengejut dalam tahun 2014 apabila THHE gagal menunjukkan pemulihan kewangan.

Saham THHE terkini (berdasarkan harga 22 Februari 2016) ditutup pada 14.5 sen.

Oleh itu, perkiraan kerugian atas kertas pelaburan Tabung Haji di dalam THHE setakat ini adalah seperti berikut:


RM Juta
Pelaburan asal 2008:
166,836,833 saham @ RM1.50 harga purata

250


Nilai terkini 22 Februari 2016:
334,162,107 saham @ RM0.145
(jumlah saham selepas penstrukturan)

48


Kerugian atas kertas
202

Paling membimbangkan, THHE terpaksa pula beroperasi dalam suasana harga minyak mentah yang rendah yang dijangkakan berterusan sehingga 5 hingga 8 tahun akan datang. Ini akan menyebabkan tidak banyak kontrak-kontrak pembinaan huluan yang boleh dibida kerana syarikat-syarikat minyak memotong perbelanjaan kapital mereka dalam tempoh tersebut.

Tabung Haji terus memberi sokongan kewangan walaupun prospek THHE membimbangkan. Apabila THHE menerbitkan "Islamic irredeemable cumulative preference shares" (ICPS), terbitan itu tidak mendapat sambutan yang baik oleh pelabur lain tetapi Tabung Haji menyuntik RM275 juta ke dalam THHE dengan melanggan ICPS tersebut.

Kontroversi terkini ialah dokumen yang bocor dari Tabung Haji dalam Januari yang lalu yang menunjukkan Tabung Haji melanggar akta dan undang-undang penubuhannya apabila ia memberikan jaminan korporat ("corporate guarantee") kepada THHE berjumlah RM981 juta (seperti dihuraikan di dalam Laporan Risiko Pelaburan) sedangkan THHE bukanlah anak syarikat Tabung Haji (kerana pegangan saham Tabung Haji hanyalah 29.81% setakat 10 April 2015). Maklumat di dalam Laporan Risiko Pelaburan tersebut menunjukkan bahawa kelulusan pengurusan Tabung Haji untuk memberikan jaminan korporat kepada THHE itu dibuat sekitar November atau Disember 2015.

Oleh yang demikian, risiko pelaburan Tabung Haji di dalam THHE kini mencecah sekurang-kurangnya RM1.4 bilion (iaitu kerugian saham pada nilaian RM100 juta bagi keseluruhan pegangan saham, ICPS sebanyak RM275 juta, sukuk sebanyak RM50 juta dan jaminan korporat sebanyak RM981 juta). Risiko pelaburan ini akan lebih tinggi melangkau RM1.4 bilion apabila harga saham THHE jatuh di bawah paras 30 sen satu saham.

Soalan saya yang paling utama: sejauh mana Tabung Haji akan menyuntik lebih banyak dana pendeposit di dalam THHE untuk bertahan dalam tempoh 5 hingga 8 tahun kejatuhan harga minyak mentah ini, sedangkan ia gagal memulihkan THHE dalam tahun-tahun 2008 hingga 2014 pada ketika harga minyak mentah memuncak?

  
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN




-------------

IMAM FULUSIKOM

Posted: 25 Feb 2016 04:18 AM PST






IMAM FULUS
ust2 mcm ni byk lahir dari utara.berebut jawatan imam sb fulus,
berebut jawatan agama semua kerana fulus..lihat produk2 agama
dari air di bacakan quran, upah haji umrah, kbykkan dari utara.
di utara, yg penting jaga solat, kena ada dua kalimah..pastu tak kira la nak rasuah ke merembat merompak ke sume bole ditutup..jamil khir perabih duit rakyat utk bayar saman anwar ibrahim, apa ulama2 dari utara buat?

dr asri vs zamihan begado dan nak berdebat sb isu kata mengata
dan isu syiah wahabi je.alhamdulilah sampai skrang abuk pun tarak..ada tak dua2 org agama ni mlwan secara terang keatas kezaliman ekonomi yg dilakuakn umno bn?

org utara hanya berani mbantah mukriz dijatuhkan,yg kaya raya 
dan ada tali dgn syarikat arak san maguel.tp takda ust2 ulama2 dari utara yg berani mlwn atau mgata org2 kuat san miguel yg terdiri dari org utara gak..janji islam bukan cina dap. janji berkalimah walau merompak namun cina dap wajar diajar dihina walaupun cina dap berlaku adil dan saksama. on SILA LIHAT DAN DENGAR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 2/25/16

Ein Kuntum

wa fulus sikom




-----------

BACA DISINI

Posted: 25 Feb 2016 02:08 AM PST






BACA DISINI:

http://www.malaysiakini.com/columns/331654













--------------

TER KINI TER NOWW TER HOTT

Posted: 25 Feb 2016 01:50 AM PST





TER KINI

TER NOWW

TER HOTT


This webpage is not available


ERR_NAME_NOT_RESOLVED


404 - File or directory not found.

The resource you are looking for might have been removed, had its name changed, or is temporarily unavailable


SKMM sekat portal Malaysian Insider

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat laman web beritaThe Malaysian Insider (TMI) atas alasan melanggar undang-undang negara.
"Laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia kerana kandungannya melanggar undang-undang negara," menurut maklumat kepada pelayar di web itu.
Tiada penjelasan lanjut diberikan kepada pengguna.
Semakan Malaysiakini setakat ini mendapati tidak dapat dicapai melalui talian Celcom sahaja.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi TMI dan kerajaan berkaitan perkara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jahabar Sadiq ketika dihubungi tidak dapat mengulasnya buat masa ini kerana sedang meneliti perkara itu.



--------------

LEMBAGEE EETAM DI TABUNG HAJEE

Posted: 25 Feb 2016 01:41 AM PST




ADEE

LEMBAGE EETAM

DITABUNG HAJEE

FACE BOOK



Hangus RM90 juta. Pencarum tak berasa apa-apa. Orang Islam buat-buat tak tahu. Beli saham RM1.08 sen dan jual dgn harga serendah 10 sen. Pemimpin orang Islam pun buat "bodo" saja. Amacam?























-------------

PEJUANG MELAYU ISLAM

Posted: 24 Feb 2016 10:00 PM PST


PEJUANG

 MELAYU

PEJUANG ISLAM


DITANGKAP LAGI


MANA HILANG 


PEGUAM DIA


YANG AMAT 



BANGGA DULU

 SAJE TANYA 

JANGAN MARAH




Tertuduh curi telefon di Plaza Low Yat didakwa belasah mekanik

Lelaki yang didakwa mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat di Kuala Lumpur tahun lalu, hari ini sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur atas pertuduhan mencederakan seorang mekanik, empat hari lalu.
Shahrul Anuar Abdul Aziz, 23, dan rakannya Muhammad Shameer Zaidi, 19, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mohd Rehan Mohd Aris.





--------------

MERAYAKAN MAT REMPIT

Posted: 24 Feb 2016 09:00 PM PST





NOTA

tulisan:
mat rempit sekali lagi....
telah disiarkan oleh MKINI
pada 4 nov 2006
diulang siar  hari ini
25 feb 2016

ketika tulisan ini disiar
blog TukarTiub belum muncul

TT dari awal lagi 
telah merayakan mat rempit
telah merayakan  anak muda
telah merayakan  counter culture

pada tahun 2006
ketika tulisan ini digarap
media arus perdana sedang
menyerang kutuk mat rempit
hanya TT  mempertahankan 
budaya mat rempit

tetiba kali ini
parti ketuanan melayu
cuba merayakan mat rempit
yang pada satu dahulu
mereka kutuk gila babi

kenapa?

ini untuk memenangi 
hati sanubari anak muda
kini GANJA
kini MAT REMPIT
dilihat cool 

awas anak muda 
jangan kena tipu
kerana akhirnya dunia ini
adalah milik anak muda





Mat Rempit sekali lagi...


Sekali lagi saya ingin membincangkan Mat Rempit. Saya telah menulis tentang Mat Rempit ini beberapa kali. Dari awal lagi saya telah mengambil pendirian untuk bersimpati terhadap Mat Rempit. Kebelakangan ini saya selalu terbaca berita dan laporan yang agak negatif terhadap Mat Rempit.
Ada berita Mat Rempit melanggar orang, terlibat dalam kemalangan, tidak memiliki lesen, melawan polis , menggangu lalulintas dan seribu satu macam lagi kesalahan. Sebenarnya semua laporan dan berita ini betul. Tetapi untuk saya apa yang dilaporkan ini hanyalah sebahagian dari naratif Mat Rempit.
Ada lagi naratif Mat Rempit yang sengaja tidak disebarkan ke pengetahuan umum. Apa yang kita baca hanyalah manifestasi dari satu femonena yang pemahamannya tidak menyeluruh.
Seperti biasa dalam negara kita ini, jika ada sahaja apa yang dianggap masalah maka langkah yang pertama ialah menghukum. Mereka yang memiliki pandangan ini berpendapat, lebih berat hukuman yang dijatuhkan maka lebih cepat 'masalah ' itu selesai. Ini adalah pandangan cetek dari fikrah yang bebal.
Menghukum bukan jalan penyelesaian. Hukuman tidak pernah menyelesaiikan apa-apa masaalah. Lihat sahaja kes dadah. Dari teorinya jika hukuman mati dikenakan kepada penyuludup dadah maka mereka akan takut dan dadah tidak akan masuk ke nagara kita ini. Kini telah lebih dari dua dekad hukuman mati diperkenalkan terhadap si penyuludup.
Jelas kelihatan kemasukan dadah tidak pernah putus malah bertambah dan permintaan terus meningkat. Angka penagih bertambah dan angka pesalah yang digantung juga bertambah. Ini bererti bahawa hukuman mati ini tidak membawa apa-apa makna. Ianya tidak menyelesaikan masalah dadah.
Dari permerhatian ini saya menjatuhkan hukuman sebagai jalan pintas untuk berhadapan dengan Mat Rempit ini adalah satu kerja yang kurang arif. Awal wahid, kita wajib memahami bahawa Mat Rempit ini adalah satu fenomena sosial. Fenomena ini lahir dengan hukumdan syarat-syarat budaya.
Anti anak muda
Mat Rempit tidak wujud dalam satu ruang yang kosong. Fenomena ini ditimbulkan hasil dari pembudayaan dan persekitaran yang wujud disekeliling kita. Dalam negara kita ini ada satu perangai yang cukup menjelekkan perangai anti anak muda.
Perangai anti anak muda ini diwakili orang-orang tua yang memiliki kuasa dan yang ingin menunjukan kuasa mereka. Anak-anak muda memanggil mereka ini 'old tai'. Gelaran ini lahir dari sikap orang-orang tua yang tidak memahami naluri dan sentimen kemudaan.
Sikap anti anak muda ini jelas. Lihat sahaja dalam hal persatuan pelajar. Mereka dikongkong daripada berkumpul dan berpersatuan. Mereka tidak dibenarkan menyusun dan mentabirkan persatuan mereka sendiri tanpa campurtangan 'orang-orang tua'. Hasilnya lihat pula persatuan-persatun belia hari ini. Hampir kesemuanya dipimpin oleh orang-orang tua. Ada di antara pemimpin belia ini telah botak dan telah bercucu cicit.
Sikap ini memberi makna bahawa kita tidak memiliki keyakinan terhadap anak-anak muda kita. Mereka tidak diberi peluang untuk berkumpul mengurus hal ehwal mereka sendiri. Kita menganggap anak-anak muda ini tidak memiliki fikrah untuk membuat sesuatu yang baik. Sikap 'patronising' ini cukup kuat dalam budaya orang-orang tua di Malaysia. Sikap ini jugalah yang melahirkan Mat Rempit.
Baru-baru ini ada usaha untuk mengumpulkan Mat Rempit. Sekali pandang kelihatan ini adalah satu langkah yang baik. Tetapi umum mengetahui bahawa Mat Rempit ini hanya ingin digunakan sebagai jentera untuk mencari pengaruh.
Tidak wujud cita-cita untuk memberikan ruang kepada Mat Rempit ini untuk merayakan budaya rempit mereka. Tidak disediakan ruang untuk mereka menyusun diri mereka dan membuat program untuk merayakan hidup mereka.
Mereka ingin dipayungi untuk tujuan mencari pengaruh politik. Mereka ingin dikumpulkan agar mereka dapat dipergunakan. Apakah ini satu perbuatan dan langkah yang jujur dann ikhlas?
Kaut keuntungan
Kita wajib memahami fenomena kemudaan. Mat Rempit ini adalah expresi budaya muda yang wujud hasil dari sistem ekonomi yang digalakan oleh orang tua-tua sendiri.
Lihatlah, bukankah orang-orang tua yang ingin mengaut keuntungan yang maksima apabila mereka membuat kilang-kilang motosikal. Bukankah orang-orang tua juga yang menggalakkan anak-anak muda ini membeli produk motor ini. Galakan ini ini cukup memeranjatkan tanpa apa-apa duit muka atau cengkeram anak-anak muda ini boleh membeli motosikal-motorsikal ini. Mereka hanya diminta mendaftar dan berjanji akan membayar harganya setiap bulan.
Dua minggu lalu saya terbaca satu berita bagaimana orang-orang tua yang berkuasa telah meluluskan belanjawan 1 billion ringgit bukan untuk membuat bangunan kelab anak muda atau tempat riadah anak muda atau padang bola, tetapi 1 billion untuk membaiki jalanraya. Tidakkah orang-orang tua ini sedar sebanyak mana pun jalan yang dibuat akhirnya jalan ini akan menjadi sesak juga. Ini hukum dan syarat pembuatan jalanraya.
Dalam heboh-heboh mengutuk Mat Rempot ini, saya terbaca satu surat dari seorang pembaca dalam sebuah akhbar Melayu arus perdana. Surat pembaca ini telah menerangkan bagaimana kawasan litar motosikal di Batu Tiga, yang popular pada satu masa dahulu telah diambil alih oleh kerajaan orang tua untuk dijualkan kepada pemaju perumahan mewah.
Di ruang ini saya berharap kepada pembaca, sebelum mengambil keputuasn untuk 'mengutuk' Mat Rempit, sila luangkan masa untuk datang bersantai ke Dataran Merdeka di waktu malam. Sila tanyakan kepada si Mat Rempit yang berkumpul di sana dari kawasan mana mereka tinggal. Jangan terperanjat kerana mereka ini tinggal dalam kawasan-kawasan padat seperti di Kerinchi, Pantai Dalam dan Gombak.

Sila tanyakan ada berapa buah bilik dalam rumah mereka. Jangan terperanjat jika mereka menerangkan rumah pangsa mereka hanya memiliki dua bilik. Dan jangan terperanjat apabila mereka menerangkan bahawa ahli keluarga mereka ada lima atau enam orang.
Sila tanya apakah ada pandang bola, padang permainan, kelab sukan atau kawasan riadah dalam kawasan perumahan mereka. Jika mereka mengatakan dulu ada padang bola tetapi telah diambil alih oleh pemaju jika ini jawapan mereka maka saya berharap para pembaca akan memahami bahawa merempit dengan motosikal itu adalah salah satu aktiviti riadah untuk Mat Rempit yang kebanyakannya memburuh sebagai mata pencarian.
Bilik kampus
Saya juga terbaca dalam akhbar arus perdana bahawa ada sebahagian Mat Rempit ini datang dari kampus di sekitar Kuala Lumpur. Sila tanya pula kepada pelajar ini jika mereka tinggal di asrama, berapa orang tinggal dalam satu bilik.
Saya sendiri telah bertanya dan terperanjat apabila saya diberitahu pada ketika ini bilik-bilik asrama di Universiti Malaya yang dahulunya hanya untuk dua pelajar, kini telah menjadi tempat untuk tiga pelajar. Dan bagaimana pula dengan mereka yang tinggal menyewa di luar kampus? Pasti lebih padat.
Sebenarnya orang-orang tua yang selalu membebel dan mengeluarkan hukum hakam ini tidak mengetahu bahawa Mat Rempit ini lahir dari dasar dan budaya yang mereka sendiri dirikan. Orang-orang tua yang berkuasa ini tidak menghormati anak-anak muda ini. Tidakkah orang-orang tua ini faham hidup berasak-asak dalam kawasan sempit ini lahir dari dasar perumahan yang mereka sendiri gubal.
Kenapa orang-orang tua yang membuat dasar mendirikan rumah kos rendah dua bilik tidak didakwa. Kenapa orang tua yang menjualkan kawasan padang bola tidak didakwa? Kenapa pemaju yang selalu merampas kawasan kampung yang permai tidak didakwa? Kenapa pemaju yang gagal menyediakan kawasan riadah tidak didakwa? Semua mereka yang wajib didakwa adalah orang-orang tua yang sebenarnya menjadi punca-punca awal yang melahirkan fenomena Mat Rempit.
Orang-orang tua ini juga adalah sebahagian dari naratif Mat Rempit yang tidak diketahui umum. Bagi saya Mat Rempit ini adalah satu expresi anak muda yang wajib dirayakan. Mereka ini cukup kreatif dalam hal mengubahsuai motosikal mereka. Untuk saya mereka adalah jurutera motosikal yang tidak terdidik
secara formal.
Mereka memiliki keberanian yang luar biasa ketika menunggang motosikal. Cara mereka mencelok ke kiri dan ke kanan telah menjadi satu seni. Kita wajib merayakan anak-anak muda kita dengan kreativiti mereka.
Kita wajib memberikan ruang untuk mereka menyusun dan mengendalikan kemudaan mereka. Anak muda hari ini perlu memimpin diri mereka sendiri. Jangan lupa dunia ini akhirnya adalah milik anak muda. ( TT)

MEREMPITLAH

KAMU KETIKA 

KAMU MUDA

 BILA DAH TUA

 KAMU BANYAK 

HUTANG 

DAN 

TAKUT MATI



---------------------

GEMPAK GEMPAK GEMPAQ

Posted: 24 Feb 2016 08:28 PM PST










BETUL TAK

APA TT TULIS?

BUKAN KES 2.6B

TAPI KES SRC


KOMENTAR
dari awal lagi tukar tiub
telah menyatakan 
dengan terang dan jelas
kes yang menyabitkan najib
ialah kes SRC INTERNATIONAL
ini kerana kes ini amat jelas
semua keluar masuk duit'
ke dalam akaun najib
berlaku dalam malaysia
justeru
tidak susah untuk membuktikan
berbanding dengan kes 2.6 bilion 

justeru
empat orang pegawai src
telah menghilangkan diri
china betina dikatakan 
berada di new york
china jantan tidak diketahui
subuh dan nik dikatakan
berada di indonesia

empat orang ini
dikhendaki oleh SPRM
empat orang ini dikhendaki
oleh BANK NEGARA
mereka ini orang jahat



Cukup bukti dakwa Najib isu SRC International, kata panel SPRM



Keputusan Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya 2 kertas siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd diserahkan semula kepada peguam negara adalah kerana terdapat bukti kukuh untuk mendakwa Najib , kata seorang ahli panel.
Beliau yang enggan mendedahkan identitinya berkata, PPO berpengaruh kerana ahlinya diberikan taklimat dan boleh menyemak semula kertas siasatan yang diklasifikasikan "tertangguh" dan "tiada tindakan susulan".
"Penyiasat SPRM mengumpul 'bukti mencukupi' untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib," kata ahli panel itu kepada The Malaysian Insider
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/cukup-bukti-dakwa-najib-isu-src-international-kata-panel-sprm#sthash.QrhbDCF7.dpuf



JANGAN LUPA

MUKA MUKA INI




-------------

SILA LIHAT DAN DENGAR

Posted: 24 Feb 2016 07:41 PM PST








LIHAT & DENGAR


KLIP INI TENTANG
 MULTI LEVEL MARKETING
 ATAU 
PROJEK  JUAL AGAMA

DALAM KLIP INI
 LEBIH DARI
SATENGAH ISINYA 
TENTANG
UPAH & DUIT & FULUS
APAKAH INI JUAL AGAMA
SAJE TANYA JANGAN MARAH