Rabu, 24 Februari 2016

Tukar Tiub

Tukar Tiub


PUNAT HADI

Posted: 24 Feb 2016 07:00 PM PST







BAYAR GAJI
Para mufti-mufti walaupun dibayar gaji untuk memberikan pengajaran, penerangan dan panduan akan hukum hakam agama, memberi nasihat atau teguran berpandukan dalil, nas dari Al-Quran serta sunnah dari hadis2 sahih, serta sentiasa mengingatkan dan memberi amaran akan azab seksaan hukuman Allah... 

Mereka-mereka ini boleh la kita hormat dan iktiraf sebagai ulamak. Tapi bagi ahli2 politik yang menggunakan modal agama demi meraih pengaruh, kuasa dan kekayaan kepada parti serta diri sendiri apakah boleh kita iktiraf sebagai ulamak jugak..???? 

Apakah seorang bomoh penyedia perkhidmatan secara alternatif yang hebatnya hingga boleh berhubung secara online dengan roh, jin dan tuhan itu boleh kita iktiraf dengan gelaran doktor sama seperti doktor2 yang berkhidmat di klinik dan hospital..??? Kalau Hadi mau dihormati dan diangggap sebagai ulamak maka perlulah juga kita hormati dan berikan gelaran doktor kepada bomoh tadi... on LAGI PUNAT HADI
Publish | Delete | Spam
Nick Bagan
on 2/18/16














--------------

KENA TIPU LAGI

Posted: 24 Feb 2016 06:18 PM PST






FACE BOOK

RUPA-RUPANYA KEKALKAN BN..
1) Matawang ringgit terus jatuh paling teruk dalam sejarah
2) Kenaikan kadar inflasi 2015 terus naik 4%-5%
HANYA YANG GOBLOK a.k.a BODOH SAJA.. Percaya BN adalah penentu nasib dan masa depan kita..
Gambar : Keratan Akhbar sebelum PRU lepas



























------------------

APA SUDAH JADI PADA UTUSAN?

Posted: 24 Feb 2016 05:30 PM PST





ADA LAGi KE?

KESiAN MELAYU


Utusan Melayu catat rugi sebelum cukai RM17.49 juta 

Utusan Melayu (Malaysia) Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai RM17.49 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 berbanding kerugian sebelum cukai RM83.65 juta pada 2014.
Pendapatan jatuh kepada RM248.38 juta berbanding RM291.20 juta sebelum ini, kata syarikat dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Bagi suku keempat, syarikat penerbitan itu merekodkan keuntungan sebelum cukai RM25.57 juta berbanding kerugian pracukai RM45.20 juta dalam suku sama sebelumnya manakala pendapatan merosot kepada RM67.45 juta berbanding RM76.51 juta sebelum ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/utusan-melayu-catat-rugi-sebelum-cukai-rm17.49-juta#sthash.eDezH0B3.dpuf

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
idup lagi akhbar ni
kah kah kah
bukan ada orang beli
ini pun kerana paksa
paksa sekolah beli
paksa pejabat kerajaan
paksa glc beli
paksa library beli
kemudian cari penaja
bagi free dekat rumah tol
kah kah kah

TERUS LAGi
---------------

PROJEK TIPU MELAYU

Posted: 24 Feb 2016 05:00 PM PST








TiGA CHINA

DUA MELAYU

TiPU MELAYU

 



LARI LARI

CABUT CABUT

CELAH BLAH

HILANG


Ahli PAC persoal rakan tidak hadir pembentangan laporan akhir ketua audit


Seorang ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyalahkan rakannya kerana pergi ke luar negara biarpun mereka tahu 2 minggu sebelum ini ketua audit negara dijadualkan memberi penerangan berhubung laporan akhir syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ahli PAC itu, yang merupakan sebahagian daripada 14 ahli jawatankuasa pilihan Parlimen tersebut, mempersoalkan adakah ini sengaja dilakukan untuk mengganggu rancangan menerima laporan akhir ketua audit negara.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahli-pac-persoal-rakan-tidak-hadir-pembentangan-laporan-akhir-ketua-audit#sthash.wYOwWNSs.dpuf



EMPAT

DIKHENDAKI

BANK NEGARA

JHO LOW 

HILANG TERUS

OH MALAYSIA KU

KAH KAH KAH 


------------

LAPORAN SAHABAT MAT SABU

Posted: 24 Feb 2016 05:30 AM PST






HARI INI

TERKUMPUL

RM79,880

TERIMA KASEH

TERUSKAN LAGI

MAY BANK

5642 5857 6644



----------

PERANG TERBUKA DAN PERANG GELAP

Posted: 24 Feb 2016 05:00 AM PST







PERANG TERBUKA PERANG GELAP

Pada 26 Oktober 2001 - kurang lebih  satu bulan dari tarikh ledakan banguan World Trade  Center New York -   undang-undang  Patriot Act telah ditanda tangani oleh Presiden Bush. Dilihat tergesa-gesa - sama saperti Najib meluluskan undang-undang  Majlis Keselamatan Negara. Tapi yakinlah semuanya telah dirancang dengan rapi terlebih dahulu.

Dari pungutan suara terkini di Amerika didapati 38% rakyat Amerika tidak percaya dengan naratif dan penerangan kerajaan tentang apa yang terjadi pada 9/11. Justeru - ramai rakyat Amerika bersama rakyat dunia melihat trajedi 11/September sebagai - kerja orang dalam - satu projek salah bendera untuk mengolah persetujuan rakyat Amerika. 

Apa sebenarnya sedang berlaku di Amerika? Apa tujuan projek salah bendera ledakan WTC September 11?

Saya menulis tentang Ledakan WTC, tentang  pergolakan di Amerika, politik Amerika dan ekonomi Amerika, dolar Amerika kerana Amerika adalah sebuah Empire. Kita di Malaysia dan di negara lain dalam dunia ini adalah tanah jajahan Amerika. Apa sahaja yang berlaku di Amerika akan mempengaruhi apa yang akan berlaku di seluruh dunia temasuk di Putarajaya.

Sebagai negara tanah jajahan - Malaysia dengan  setia mengeluarkan bahan-bahan asli saperti  logam dan minyak - untuk Amerika. Kita membuat barangan untuk dijual ke Amerika. Kita juga menjadi pasaran - untuk membeli barangan dari Amerika. Dan paling ketara kita gunakan dolar untuk tukaran wang  urus niaga kita. Semua ini membuktikan kita  sedang dikuasai oleh Empire Amerika.

Kepada rakyat Amerika dan kepada warga dunia- kuasa imperial Amerika ini telah menaburkan mitos bahawa Amerika ialah sebuah negara yang unik - terkecuali - tidak ada persamaan dengan negara lain didunia ini. Amerika negara berasaskan demokrasi, bebas, menghormati hak individu, sebuah republik yang mengamalkan sistem ekonomi bebas.

Dasar negara dan falsafah ini dipanggil American Exceptionalism. Berasaskan falsafah ini  Amerika bergerak menjarah dan merampok dunia.

Malah banyak kumpulan warga Amerika yang yakin  dan percaya dengan mitos ini. Justeru mereka bangga bahawa negara mereka telah dipilih oleh Yang Maha Esa untuk mengembangkan keadilan, kebebasan dan demokrasi. Justeru Korea, Vietnam,  Panama, Grenada, Nicaragua, Iraq, Afghanistan dan Syria - telah diserang atas nama kebebasan dan demokrasi.

Pada ketika ini elit politik dan elit ekonomi Amerika telah siap siaga untuk melancarkan Perang Akhir. Saya mengunakan istilah Perang Akhir dan tidak lagi menggunakan istilah Perang Dunia Ketiga. Ini kerana perang dunia ketiga yang akan muncul  ini pastilah  perang akhir untuk semua umat  manusia - jika senjata nuklear digunakan.

Persediaan untuk berperang dan mempertahankan Amerika dari serangan pengganas  dijadikan alasan untuk meluluskan Akta Patriot yang diikat dengan Homelad Security. Homeland Security - satu dasar lama tetapi telah  diatur dan disusun kembali   pada tahun 2003- salepas ledakan WTC.

Hukum hakam  yang dimunculkan semuanya berjaya diluluskan kerana keadaan genting yang sedang melanda Amerika. Ledakan WTC  September 11 telah dilihat oleh  sebahagian warga Amerika bahawa negara mereka sedang diancam oleh pengganas Al-Qaeda. Ini menghalalkan  Afghanistan dan Iraq diserang. Justeru, rakyat Amerika menerima Patriot Act dan Homeland Security untuk keselamatan  dalam negara.  

Langkah ini sama saperti yang dilakukan oleh Najib dengan Sosma  dan Majlis Keselamatn Negara. Bush melawan al-Qaeda. Najib melawan Isis.  Wal hal Isis dan Al-Qaeda semuanya menetas dalam tangan CIA. Semua projek Amerika. Semua projek salah bendera.

Untuk terus menjadi kuasa dunia - warga ditanah jajahan wajib ditundukkan. Kerajaan tempatan yang pro-Amerika di Asia, Afrika dan Amerika Latin wajib disokong. Justeru  semua boneka berjenis  Najib  secara halus disokong oleh bala tentera Amerika. Justeru Najib bersetuju menerima  TPPA dengan punggung terbuka. Tapi awas!   Walau pun dengan punggung terbuka - tidak semesti  semua  rakyat Malaysia menyokong Najib. 

Justeru untuk mempertahan boneka  jenis  Mubarak, jenis Suharto atau jenis Najib  atau  budak suruhan saperti keluarga Saud - Amerika  mewujudkan  1000 pengkalan tentera di 150 buah negara  di  dunia. Sebanyak 260 pengakalan tentera di German. Sebanyak 124 pengkalan di Jepun. Sebanyak 87 pengkalan Amerika di Jepun. Iceland dan Pilipina membenarkan pengkalan Amerika dibuka kembali satelah 10 tahun ditutup. Kita tidak tahu  berapa banyak pengkalan tentera yang telah siap di Iraq dan Afghanistan.

Apa yang dilakukan oleh Amerika ketika ini bukan satu yang baru. Semua penjajah, semua Empire berbuat demikian. Dari zaman Iskandar Zulkarnain ke zaman Kublai Khan, ke Empire Rom, Sepanyol, Itali, Peranchis,  Ottoman, hingga ke penjajah British - melakukan pekara yang sama. Kuasa empire lahir dengan kekuatan senjata. Lagi besar senjata, lagi banyak soldadu -  lagi gah kuasa empire.

Sesudah Perang Dunia Kedua Amerika muncul sebagai kuasa terbesar. Kuasa imperial British hancur akibat perang. Dengan angkuh Amerika mengembangkan sayap untuk membuktikan kepada dunia tentang kekuatan Amerika sebagai sebuah negara pemilik bom atom. Negara-negara  lain didunia wajib tunduk.

Sayang sekali - Perang Korea 1950-1953 - membuktikan walau pun dengan senjata tercanggih kuasa rakyat tidak dapat dialahkan. Amerika dimalukan di Korea. Tidak cukup dengan Korea - Amerika menggatal cuba menggantikan kuasa imperial Peranchis di Vietnam. Amerika meneruskan perang di Vietnam -1955-1975. Akhirnya rakyat Vietnam membogelkan  imperialis Amerika.  Gerila  Vietcong yang hanya memakai selipar  dan berbekal nasi dan ikan kering telah berjaya mengalahkan  bala tentera yang terkuat dalam sejarah   dunia. Ini bukti kekuatan rakyat.

Ketika tulisan ini digarap bala tentera dan soldadu Amerika sedang terlibat dalam beberapa pentas perang. Perang Iraq, Afghanistan, Libya, Somalia, Yemen, Ukraine - ini pentas terang yang dapat kita lihat dan baca dari laporan akhbar. Tetapi masih ada lagi 'perang gelap' dimana tentera dan penasehat Amerika  terlibat tetapi tidak diumumkan saperti di Nigeria, Congo,  Ivory Coast,  Chad atau di Palestin.

Tetapi wajib saya nyatakan disini selain dari perang  terbuka dan perang gelap ini ada lagi satu pentas perang yang telah disediakan oleh kuasa imperial Amerika. Inilah perang  yang amat penting.  Inilah ibu dan datuk segala perang. Inilah perang yang akan  mengakhiri semua perang. Maka disinilah peranan Akta Patriot dan Homeland Security.  Perang ini ialah perang dalaman Amerika.

Sebenarnya elit politik dan elit ekonomi sedang bersekongkol membuat persediaan  untuk memerangai warga dan rakyat Amerika sendiri. Hukum hakam telah diatur. Perlembagaan diubah suai. Beberapa projek salah bendera telah meledak.  Musuh utama telah dikenali. Mereka ini adalah rakyat Amerika yang beragama Islam. Islam, Al-Qaeda dan Isis dijadikan sebab musabab untuk melancarkan  perang luaran dan perang dalaman.

Tetapi apa sabenaranya berlaku  sekarang dalam Amerika?

Ketika ini 1 peratus warga Amerika memilki 99% ekonomi dan kekayaan Amerika. Ketika ini hanya  62 sosok yang memboloti kekayan dunia ini. Ketika ini agihan ekonomi dunia  tidak adil. Ketidak adilan ini  akan melahir satu ledakan.  Ini adalah ledakan yang miskin  melawan yang kaya. Ledakan ini tidak lagi dapat ditangguhkan.

Yang miskin ini berada di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Yang miskin ini berada di Eropah Timur dan Barat. Yang miskin berada dalam perut Amerika  sendiri.

Yang miskin dalam perut Amerika inilah  yang akan paling bahaya. Mereka  yang selama ini menjadi soldadu, menjadi anjing buruan untuk menyerang dan membunuh sesiapa sahaja yang cuba menentang kuasa imperial Amerika. Kerana mereka miskin dan terdesak maka mereka menjadi askar dan polis. Mereka menjadi budak suruhan orang kaya. Ini berlaku apabila ekonomi teguh dan rancak. Kini semuanya beralih. Bila ekonomi berubah semua akan berubah.

Selama ini elit politik telah mengula-gula rakyat Amerika dengan pilihan  Coca-Cola  dan Pepsi Cola. Rakyat Amerika diberi peluang untuk memilih parti Republikan atau Demokrat. Kini semakin ramai sedar bahawa dua-dua parti ini adalah sama. Parti ini hanya menjadi budak suruhan kepada kaum pemodal dan elit ekonomi dunia.

Selama ini yang miskin di Amerika terus berbincang pekara-pekara remeh yang diajukan oleh media. Lima media terbesar dalam dunia ini semuanya bersatu untuk meneruskan ajenda pilihanraya Coco Cola dan Pepsi Cola. Justeru 5 gergasi  media ini menimbulkan : agenda kaum pendatang, agenda LGBT, agenda kahwin sajenis, agenda kawalan senjata dan ajenda mengugurkan anak.

Semua ajenda ini   diolah sabagitu rupa untuk dijadikan sensitif dan menimbulkan emosi rakyat Amerika. Ketika kempen untuk memilih Presiden Amerika terbaru agenda-agenda  ini menjadi hangat. Walhal semua agenda ini adalah hempeh. Agenda hampeh ini diajukan untuk menutup kesedaran rakyat Amerika dari berbincang dan mengetahui kedudukan ekonomi negara mereka. Agenda-agenda hampeh cuba melalaikan rakyat Amerika dari sedar.

Semua yang dilakukan oleh elit politik dan elit ekonomi dengan kerjasama media dan para pemikir dan intelektual upahan - untuk satu ketika ianya akan berjaya. Untuk sementara  waktu ianya akan mempengaruhi ramai warga Amerika. 

Tetapi apabila ekonomi semakin mengecut. Apabila orang ramai semakin susah mencari mata pencarian. Semakin ramai hilang pekerjaan. Semakin banyak rumah lelong. Hutang semakin bertambah. Jenayah semakin merebak. Maka ketika inilah rakyat yang miskin mula bangun melawan. Maka ketika ini Patriot Act akan digunakan. Ketika ini empire Amerika  akan menyerang rakyatnya sendiri

Ini bukan satu yang baru. Empire Rom runtuh kerana dua serangan. Dari luar serangan Babarian. Dari dalam warga Rom sendiri bangun memberontak. Ini sedang berlaku di Amerika. Rakyat miskin bangun melawan. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45


----------------

ALANG ALANG SELOK POKET

Posted: 24 Feb 2016 04:30 AM PST






INI HEBAT

WAJIB SOKONG

RAMAi DAH 

LAMA TUNGGU



Mahathir ajak rakyat bangkit lawan Najib

Mahathir Mohamad hari ini mengajak rakyat supaya bangkit untuk menumbangkan Najib.
"Saya rasa sudah tiba masanya apabila parti-parti tidak penting lagi. Masalah ini memberi kesan kepada negara.
"Saya mahu setiap orang sebagai warga negara yang prihatin dengan apa yang berlaku di negara ini, sebagai warga negara, tidak kira sama ada kita adalah pembangkang atau pun kerajaan.
"Sekarang masanya untuk bertindak sebagai warganegara, tanpa mengira fahaman parti atau kesetiaan," katanya hari ini.
Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut mengenai pertemuannya dengan ahli parlimen PAS Mahfuz Omar pada Jumaat lalu. Mahfuz mendakwa Mahathir menggesa pembangkang supaya bersatu bersama NGO untuk menjatuhkan Najib.


alang alang

selok poket

biar dapat

10000 dolar

KAH KAH KAH




--------------

TAK SAMAN KERANA TAKUT

Posted: 24 Feb 2016 04:00 AM PST






KALAU BERSIH

KALAU FITNAH

KALAU TOHMAH

HANYA  SATU

JAWAPAN:

SAMAN


Najib tidak saman WSJ kerana tahu dirinya bersalah, kata  Mahathir


Mahathir Mohamad menyifatkan keengganan Najib menyaman The Wall Street Journal (WSJ) kerana mengetahui dirinya bersalah dan takut kebenaran akan terbongkar.
Mahathir berkata, Najib wajar menyaman WSJ dan tidak memberikan sebarang alasan jika tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar.
"Najib patut saman WSJ, saman semua dan bukan WSJ sahaja.
"Sebab dia tidak saman, mungkin beliau ingat WSJ itu betul dan dia (Najib) salah.
"Kamu tidak akan saman kalau kamu rasa kamu yang bersalah," kata  Mahathir pada sidang media selepas dirakam keterangan pihak polis berhubung artikel di blognya di pejabatnya di Putrajaya hari ini. - 24 Februari, 2016. – 24 Februari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-tidak-saman-wsj-kerana-tahu-dirinya-bersalah-kata-dr-mahathir#sthash.bNkLrVns.dpuf

pasai apa hang

tak saman

hang takut apa?

hanng ini mesti

penipu

KAH KAH KAH
------------

AKAUN SIAPA INI?

Posted: 24 Feb 2016 03:30 AM PST



ini bukan

 no akaun

sahabat mat sabu


2112022011880


2112022011906





INI AKAUN

SAHABAT

MAT SABU

MAY BANK

5642 5857 6644


-------------------

NAJIB WAJIB TURUN BUKAN RINGGIT

Posted: 24 Feb 2016 12:30 AM PST







RAKYAT MAHU

NAJIB TURUN

BUKAN RINGGIT


US Dollar equals
4.22 Malaysian Ringgit
Chart of exchange rate values over time

Ringgit hits 4-week low as inflation, oil dim prospects

The ringgit fell to a four-week low as its oil-related losses were exacerbated by forecasts Malaysia's inflation quickened to the fastest in seven years. The currency led a drop in emerging markets on Wednesday as the commodity resumed declines, dimming the outlook for Malaysia's finances as a net oil exporter. 

The currency weakened 1.2% to 4.2443 a dollar as of 10.41am in Kuala Lumpur and touched 4.2467, the lowest since January 28, according to prices from local banks compiled by Bloomberg.

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/ringgit-hits-4-week-low-as-inflation-oil-dim-prospects#sthash.itCZUvmM.dpuf


AYAM SIAM

MAKIN MAHAL

Malaysian Ringgit equals
8.46 Thai Baht
Chart of exchange rate values over time
------------

LIHAT DAN TONTON

Posted: 24 Feb 2016 12:00 AM PST





SILA LIHAT

DISINI:
https://www.facebook.com/deanahmadcom/videos/996028520469062/ 






----------------

HANYA ADA SATU SOALAN

Posted: 23 Feb 2016 11:30 PM PST




HANYA ADA

SATU SOALAN:

KENAPA TIDAK

SAMAN WSJ


Menteri dedah laporan tidak bertanggungjawab WSJ

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Berikut ialah kenyataan yang dikeluarkan hari ini oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak mengenai apa yang beliau sifatkan sebagai kewartawanan tidak bertanggungjawab oleh Wall Street Journal:

Petikan:

1. Serangan berterusan The Wall Street Journal (WSJ) ke atas Malaysia dan Najib adalah berdasarkan dakwaan yang tidak berasas dan sumber tanpa nama yang mungkin tidak langsung wujud, merupakan contoh klasik kewartawanan tidak bertanggungawab yang ekstrem. Ia menjadi semakin jelas bahawa WSJ telah membenarkan dirinya untuk digunakan sebagai saluran bagi kempen Anti-Najib.

2. Artikel mutakhir yang membangkitkan dakwaan lama mengenai siastan Switzerland ke atas kononnya syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB, tetapi gagal untuk menyebut fakta bahawa Peguam Negara Switzerland telah menjelaskan bahawa Najib tidak terlibat langsung.

3. Mereka mendakwa kononnya "Seorang pegawai Saudi berkata kementerian kewangan dan kementerian luar negara itu tidak tahu menahu mengenai derma berkenaan dan pemindahan wang ke dalam akaun bank peribadi seorang pemimpin asing tidak pernah berlaku sebelum ini" - langsung tidak mempedulikan hakikat bahawa Menteri Luar Saudi telah menyatakan yang derma itu memang datang dari negaranya!

4. Kenapa WSJ tidak menghiraukan butiran penting seperti ini, yang amat mustahak terhadap mana-mana laporan tidak berat sebelah mengenai berita ini? Sebab mereka tidak berminat untuk menjadi tidak berat sebelah, apatah lagi untuk mematuhi etika dalam kewartawanan. Mereka amat komited - sama ada untuk ditipu atau kerana mahu mengikut agenda mereka sendiri - bagi memburuk-burukkan Malaysia dan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

5. Dan WSJ bergantung kepada siapa sebenarnya untuk mendapatkan maklumat mereka? Mereka mendakwa kononnya mendapat tahu daripada "seorang menteri kabinet," "seorang pegawai Saudi" dan versi ekstrem laporan Ketua Audit Negara "tahun lepas" yang mereka dakwa dibocorkan kepada mereka. Di mana bukti semua ini? Bagaimana untuk kita tahu yang orang berkenaan wujud? Bagaimana kita tahu bahawa laporan itu tulen dan bukan palsu? - Tiewnama

HANYA ADA

SATU CADANGAN

PINDAHKAN

PENGARANG WSJ

KE PEJABAT PM

KAH KAH KAH



--------------

BERSIH LIMA

Posted: 23 Feb 2016 10:58 PM PST





Salam BERSIH,

Rakan-rakan sekalian, BERSIH Boot Camp (BBC) kedua telah kembali. Kali ini, BBC akan bersama dengan anak dari Johor, Melaka dan Negri Sembilan. Kepada mereka yang masih tidak memahami konsep BBC, dibawah adalah ringkasan intipati program BBC.

Berikut adalah modul pendidikan yang dibawa oleh BERSIH dalam BBC: 

Apa itu DEMOKRASI? 

Apa itu PERLEMBAGAAN?

Apa fungsi PARLIMEN?

Apa kaitan kita dengan PILIHAN RAYA?

Bagaimana Bersih jalankan kerja MOBILISASI?

Untuk anak muda di selatan Malaysia, terutama di Johor, Melaka dan sekitar negeri itu, masih belum terlambat untuk daftarkan diri ke Bersih Boot Camp.Tak kira siapa anda asalkan ada minat. Sekiranya anda seorang warganegara Malaysia dan berusia antara 18-35 tahun, daftar sekarang!
Daftar sekarang untuk mengikuti :

BERSIH BOOT CAMP 
di Johor Bahru, Johor
pada 25-27 Mac 2016!

Klik pada www.bersih.org/bootcamp untuk daftar diri dan maklumat lanjut.

Diharapkan, rakan-rakan NGO dapat berkongsi informasi ini kepada jaringan anda.




-------------------

DARI MANA HENDAK KE MANA

Posted: 23 Feb 2016 08:38 PM PST






FACE BOOK

surat ini telah lama hendak aku tulis
telah lama berligar-ligar dalam kepala
biar aku bacakan disini
agar kau boleh tidur lena malam ini
kerana isinya 
amat selalu kau dengar

yang aku dendangkan di sini
kau jadikan halwa telinga
kau jadikan ingatan bersama
kau jadi salam setiakawan dari aku

biar aku katakan jujur
aku tidak ingin lagi berkesah
tentang adam dan hawa 
aku tidak mahu membuka
kesah cinta
kesah duka kesah lara

sebenarnya surat aku ini 
aku tulis untuk bertanya
aku ingin bertanya kepada kau
kita ini hendak kemana?
kita ini sedang dimana?
kita ini dari mana?

seribu tahun aku berkelana
seribu tahun mundar mandir
seribu tahun aku mencari
jawabnya belum terjumpa lagi


seribu tahun aku menangis
tujuh kampong tenggelami air
tujuh gunung runtuh terbarai
tujuh bukit menjadi lembah
jawapannya masih aku tunggu

dari sini ke sana
dari sana ke sini
dari hujung ke pangkal
dari utara ke barat
aku geledah mencari jawapan

kau tahu apa yang aku tanya ini
kau tahu apa yang aku cari
kau tahu apa yang aku geledah


kau tidak akan tahu musim bunga
kalau kau tak rasai musim dingin
kau tak tahu indah mata hari
kalau kau tidak dilanda banjir
kau tak tahu erti kaseh
kalau kau tidak pernah ditinggalkan
kau tak tahu erti lambat
jika kau tak pernah menunggu
kau tidak akan tahu apa itu bebas
jika kau tidak pernah terkurung

lalu aku ingin bertanya lagi
kita ini dari mana hendak kemana?
kita ini dari apa kepada siapa?
kita ini untuk apa dan kenapa?

bila pintu besi itu ditutup
bila bilik itu dikunci
bila kau menjadi angka
aku yakin kau juga akan bertanya


bila pintu itu ditutup
bila bilik itu dikunci
kau juga akan bertanya
ke mana pergi segala guru
ke mana perginya para imam 
ke mana pergi segala tok penghulu
ke mana hilangnya para sasterawan
ke mana lesapnya para pemikir
kemana larinya para orang itu
dimana hilangnya ayat ayat itu

bila pintu itu dikunci
bila bilik itu ditutup
kau akan menjadi aku


kau akan sedar
yang ditunggu bukan
kunci pintu besi
yang ditunggu bukan
saekor lipas kudung
yang aku tunggu 
ialah jawapan
kenapa kita ini macam ini?
kenapa kita tidak macam itu? 
kenapa aku disini?
kenapa aku tidak disitu?
kenapa macam ini?
kenapa tidak macam itu?

- Hishamuddin Rais, 19 Februari 2016 





-------------------

BERITA KARUT DARI KANG KONG

Posted: 23 Feb 2016 08:08 PM PST







ANALiSA KARUT

PENGANALISA

KANG KONG



Kepercayaan makin merosot, kerajaan mungkin bertukar lepas PRU14, kata penganalisis 

Rakyat Malaysia, tidak kira tahap pendidikan mereka, semakin hilang kepercayaan terhadap Putrajaya, memungkinkan keadaan di mana kerajaan persekutuan digulingkan pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis.
Mengulas mengenai Laporan Edelman 2016 Trust Barometer Malaysia yang dikeluarkan semalam, mereka berkata, ia menunjukkan rasa tidak percaya itu boleh mencerminkan bagaimana rakyat mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.
Walaupun terdapat jurang antara 2 segmen penduduk – lepasan universiti dan tidak – dalam kepercayaan mereka terhadap kerajaan, jurang ini makin mengecil, kata pemungut suara bebas Ibrahim Suffian. – 24 Februari, 2016. 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kepercayaan-makin-merosot-kerajaan-mungkin-bertukar-lepas-pru14-kata-pengan#sthash.5VM3tShx.dpuf

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
kah kah kah
berita nak sedap hati
berita nak bagi harapan
kah kah kah
penganalisa ini tak faham
malaysia dunia ketiga
kl bukan di lundon
kl bukan di purisss
kl bukan di boonnn
kah kah kah
kalau kerusi gani patail
boleh diangat dialeh
peti undi lagi ringan
kah kah kah

KARUT MARUT 
--------------

KENAPA MALAYSIA TERLIBAT SAMA

Posted: 23 Feb 2016 07:30 PM PST







PERSOALAN

KENAPA NEGARA

KITA TERLIBAT


Ketua pembangkang gesa Putrajaya tidak sertai Arab Saudi perangi Syria


Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa Putrajaya tidak terlibat dalam kancah peperangan negara bergolak Syria, susulan penyertaan tentera Malaysia dalam siri latihan bersama beberapa negara lain termasuk Arab Saudi baru-baru ini.
Dr Wan Azizah berkata, langkah diambil kerajaan Malaysia berisiko dan akan memberikan kesan kepada geopolitik yang negatif kepada imej negara.
"Berita yang berkata Malaysia terlibat dalam satu siri latihan ketenteraan berkaitan peperangan di Syria baru-baru ini yang turut melibatkan 20 negara termasuk Arab Saudi amat membimbangkan. 
"Ini kerana tindakan ketenteraan yang dipelopori Arab Saudi ini bakal mendatangkan impak geopolitik yang cukup negatif, bukan saja dari segi keselamatan di rantau Timur Tengah, tetapi juga pendirian neutral Malaysia selama ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendesak Putrajaya berundur daripada sebarang aktiviti berkaitan peperangan Syria, khususnya yang tidak menggunakan saluran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Saya menggesa agar Putrajaya mengkaji cara terbaik untuk mengundur ('disengagement') dari situasi yang memasukkan Malaysia ke dalam kancah peperangan di Syria. 
"Pada masa yang sama, Malaysia perlu berhenti daripada menyertai sebarang latihan ketenteraan berkaitan Syria, terutama yang tidak menggunakan saluran PBB," katanya.
Dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini dan kemelut politik dihadapi negara, Putrajaya sewajarnya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan peperangan Syria, kata Dr Wan Azizah.
"Peperangan bukanlah perkara yang mudah mahupun murah, dan tatkala ekonomi Malaysia tidak begitu sihat serta dibelenggu pelbagai masalah dan skandal kepimpinan sedia ada, langkah ketenteraan di Timur Tengah tidak patut diambil kira selagi jalan penyelesaian melalui meja rundingan belum berakhir."
Menurut Dr Wan Azizah, Malaysia juga perlu mencari jalan lebih proaktif iaitu menerusi rundingan bagi mencari perdamaian di negara yang berdepan konflik perang itu.
"Sebaliknya, Malaysia perlu tegas dan proaktif mengesyorkan langkah rundingan dan perbincangan untuk mencapai perdamaian di Syria dan Timur Tengah. 
"Hanya penyelesaian politik melalui meja rundingan dapat mencapai perdamaian yang lebih mampan dan berkekalan," katanya.
Media antarabangsa melaporkan anggota tentera daripada 20 negara, termasuk Malaysia berkumpul di utara Arab Saudi semalam bagi melancarkan operasi ketenteraan "paling penting" di rantau itu.
Operasi "Thunder of the North" itu yang melibatkan pasukan tentera darat, laut dan udara, memberikan mesej jelas Riyadh dan sekutunya "bersatu menentang segala cabaran dan memelihara keamanan dan kestabilan di rantau tersebut," kata SPA.
Arab Saudi kini mengetuai kempen ketenteraan menentang pemberontak yang didukung Iran di negara jiran Yemen.
Sejumlah 20 negara akan mengambil bahagian.
Antaranya termasuk 5 negara daripada Majlis Kerjasama Teluk, begitu juga Chad, Mesir, Jordan, Malaysia, Pakistan, Morocco, Senegal dan Tunisia. – 23 Februari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketua-pembangkang-gesa-putrajaya-tidak-sertai-arab-saudi-perangi-syria#sthash.Ku0FD9WB.dpuf