Ahad, 14 Februari 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Kekhilafan Sekitar Pelaksanaan 'Hudud' Melalui Usul Bil Persendirian Akta 355

Posted: 13 Feb 2016 10:03 PM PST

Kekhilafan Sekitar Pelaksanaan 'Hudud' Melalui Usul Bil Persendirian Akta 355
Kekhilafan Sekitar Pelaksanaan 'Hudud' Melalui Usul Bil Persendirian Akta 355
1. Membawa usul meminda Akta 355 menerusi Bil Persendirian adalah tindakan di luar keputusan Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah Persekutuan (Bersama Pusat Dan Negeri).
Kenapa tindakan di luar keputusan Jawatankuasa Teknikal Bersama itu dibuat?
Adakah Saudara Mohd Amar dan Saudara Taki tahu dan faham apa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa berkenaan?
Jika anda tahu, mengapa anda berdua tidak menasihati Presiden supaya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ketetapan Jawatankuasa berkenaan?
Anda lebih hebat dari mereka?
Anda tidak merujuk lebih dahulu kepada anggota Jawatankuasa berkenaan?
Kenapa?
2. Usul dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat tanpa dirundingi mahu pun dimaklumkan kepada mana-mana peringkat Pas Pusat, melainkan Presiden yang juga MP Marang yang telah dinasihatkan sebagai pembawa usul.
Oleh kerana itu, tindakan sedemikian tidak dapat diberikan pandangan kedua.
Bagaimana kegagalannya, jika berlaku, hendak dikongsikan dengan parti atau orang lain pada hal ia dibuat secara pintu belakang?
Sehinggakan draf usul itu sendiri mempunyai kesalahan berkait samada kuasa yang hendak dipinda terletak di bawah Senarai Pertama atau Senarai Kedua Jadual Kesembilan Perlembagaan Malaysia!
Salah se orang Penolong SUA Pas di waktu itu telah memainkan peranan merangka draf itu, mendapatkan tandangan Presiden dan menyerahkan usul itu ke Parlimen.
Pakar undang-undang juga tidak dirujuk.
3. Kesegeraan itu berlaku kerana dua orang pemimpin Kelantan telah didatangi oleh wakil salah se orang Menteri Pusat yang memberi jaminan usul itu akan diizinkan untuk dibentangkan dalam sidang Parlimen yang sedang berjalan di waktu itu, Mac/ April 2015.
Kedatangan wakil Menteri membawa pesan Menteri untuk bertindak sedemikian ialah sewaktu sidang Dun Kelantan untuk pembentangan Enakmen Jenayah Syariah II(1993) 2015 sedang berjalan pada tarikh 17 hingga 19 Mac.
Sebaik pindaan dibawa iaitu pada 18 Mac, draf usul itu terus ditandatangani!
5. Bahkan, Bil Persendirian berkenaan terus dibawa tanpa menunggu Enakmen yang baru diluluskan itu digazetkan terlebih dahulu.
Satu kegopohan luar biasa tetapi setakat ini, berakhir dengan ketidaksampaian.
5. Sefaham saya, Jawatankuasa Teknikal Bersama Pusat Dan Negeri menetapkan pindaan Akta 355 hendaklah dibawa oleh Menteri atas nama Kerajaan Pusat selepas mendapat perkenan Raja-Raja terlebih dahulu.
Tujuan pindaan diputuskan dibentangkan oleh Menteri atau atas nama Kerajaan Pusat kerana beberapa pertimbangan, yang saya tidak akan panjangkan di sini atas dasar kemaslahatan jangka panjang.
Pertimbangan dan pandangan yang hampir sama telah timbul semasa mesyuarat Pas Pusat.
Termasuk, cukup bilangan MP yang menyokong, perkenan Raja-Raja dan laluan yang paling tepat, berhemah, bukan untuk political mileage dll.
Adakah individu-individu terlibat tidak merasa bersalah kerana mengabaikan pandangan jamaah mereka sendiri?
Selain membelakangkan keputusan Jawatankuasa Teknikal Bersama.
Jika pandangan mereka lebih tepat, kenapa sampai kini usaha itu nampaknya tidak kesampaian?
6. Bagaimana Presiden pada waktu itu begitu yakin usul yang dibawanya akan diizinkan untuk dibentangkan?
Melainkan ada pihak yang memberikan keyakinan itu kepada beliau.
Keyakinan itu sudah pasti dalam bentuk pihak berautoriti dari Kerajaan Pusat.
Soalnya:
A. Siapa pemimpin Pas yang memberikan info tidak tepat dan memberikan keyakinan yang tidak benar itu kepada Presiden?
B. Dari mana pemimpin Pas berkenaan mendapatkan jaminan itu?
C. Apa bentuk jaminan itu? Bertulis, lisan atau apa?
D. Ketepatan atau kekhilafan pemimpin atau pemimpin-pemimpin itu menilai jaminan yang diberi
E. Apakah wujud tipu daya politik dalam jaminan itu?
F. Jika ia tipu daya politik, siapa perlu bertanggung jawab kerana terperangkap dengan tipu daya itu?
7. Usul Bil Persendirian meminda Akta 355 tidak boleh bersandar atas 'tugas kita berusaha membentangkan sahaja. Berjaya atau gagal dibawa bukan tanggungjawab kita' kerana senario dan keadaan adalah berbeza dari Bil Persendirian mengenai isu yang sama yang pernah dibawa oleh MP Marang tidak lama dulu.
Premis kini, adanya laluan oleh Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Umno berikutan wujudnya Jawatankuasa Teknikal Bersama dan semangat yang ianya akan berjaya yang telah ditunjukkan oleh ucapan sekian ramai pimpinan Pas Pusat.
'Nak beli rempah kena pergi kedai rempah......', katanya.
8. Implikasi dari membawa Bil Persendirian Akta 355 adalah besar;
A. Mesyuarat Jawatankuasa Bersama terus terhenti sejak usul MP Marang dimasukkan.
Kenapa?
Mesyuarat terakhir Jawatankuasa berkenaan adalah pada 12 - 14 Februari 2015, iaitu kira-kira sebulan sebelum Sidang Dun Kelantan pada bulan Mac tahun itu.
Sejak itu, Jawatankuasa berkenaan tidak lagi bersidang.
Pada hemat saya adalah kerana kekecewaan sesetengah pihak atas kegopohan Pas yang mungkin didorong oleh pertimbangan politik yang singkat.
Sesuatu yang malang.
B. Pas dilihat begitu mudah dipermainkan.
C. Tindakan Pas dilihat tidak matang.
9. Meletakkan jawatan sebagai cagaran atas gagal berjalannya Enakmen Jenayah Syariah yang diwar-warkan sebagai Hudud bukan ciptaan saya.
Ia adalah janji Saudara MB Kelantan sendiri.
Saya tidak menggesa beliau menunaikan janjinya atas dasar ada orang lain yang lebih ke depan mengambil peranan sehingga apa yang direncanakan gagal pada waktu ini.
Namun, jika orang itu enggan meletakkan jawatan dan enggan pula mengambil tanggungjawab atas kegagalan yang ditempah atas salah perhitungan mereka sendiri, saya tidak dapat berbuat apa-apa.
10. Ada pun isu-isu lain yang dibangkitkan oleh Saudara Mohd Amar Dan Saudara Taki, saya letakkan respon saya dalam helai yang lain untuk lebih mudah isu ini dinilai dengan pertimbangan yang lebih 'cool'.
Husam Musa 22 Rabiul Akhir 1437/ 1 Februari 2016

Ke mana peruntukan RM900 juta projek luar bandar hilang?

Posted: 13 Feb 2016 10:03 PM PST


CCJ pelancaran jentera

KERIAN, 13 FEB: Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mempersoal mengenai peruntukan pembangunan bagi Projek Kecil Luar Bandar (MRP) untuk penduduk di negeri ini berikutan ia seolah-olah hilang.
"Pada 2015, sebanyak RM900 juta diperuntuk bagi MRP. Setiap DUN  mendapat sekitar RM15 juta. Misalnya di kawasan Kedup ada 100 kampung, setiap kampung atau JKKK sepatutnya dapat RM150,000. Ini bukan isunya, soalnya ke mana semua dana itu pergi?" katanya.
Ahli Parlimen Bandar Kuching itu berkata, perkara itu sudah dibangkit pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tetapi gagal dijawab, malah DAP pula dituduh sebagai menghalang pembangunan luar bandar.
"Bila DAP ajukan pada sidang DUN, Ketua Menteri tak mahu jawab dan cuba alihkan isu ini menuduh kita pula menentang pembangunan luar bandar," katanya pada pelancaran Jentera Pilihan Raya DUN  Kedup dan Bukit Kemuja di Kampung Sungai Empani, baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Sentosa itu juga menempelak kerajaan BN yang mementingkan syarikat kroni dengan membiarkan rakyat berhadapan dengan bebanan akibat kadar inflasi yang tinggi.
"Tidak kira harga minyak dunia meningkat atau turun, hakikatnya rakyat tetap susah. Bila harga minyak naik, kroni dapat untung besar. Bila harga turun, rakyat tetap susah kerana inflasi tinggi.
"Hakikatnya, tidak kira apa sahaja  kebaikan yang konon dibawa BN, kehidupan rakyat tetap teruk terjejas akibat dasar BN. Aktiviti perniagaan semakin lembap manakala golongan pekerja terpaksa menanggung beban kenaikan kos hidup," katanya
Beliau juga menyarankan rakyat Sarawak supaya melakukan perubahan dengan meluahkan kekecewaan mereka melalui kertas undi akibat kenaikan kos hidup berikutan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Katanya,  perubahan yang dilakukan dalam pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka April hadapan akan mengukuhkan lagi kedudukan blok pembangkang yang menjadi asas kepada perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
"Kita perlu hantar mesej yang jelas kepada BN betapa kita membantah GSTInilah buat pertama kali rakyat negeri ini boleh meluahkan kekecewaan mereka terhadap pelaksanaan GST dalam pilihan raya negeri akan datang kepada Barisan Nasional (BN).
"Inilah juga masanya kita mengukuhkan kedudukan kita dan meletakkan asas kepada perubahan dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SIAPA KENA KENCING

Posted: 14 Feb 2016 06:19 PM PST






FACE BOOK


[kemaskini] Tak baik Dr Asyraf Wajdi buat macam tu.
Dulu, suruh bawa ke parlimen. Hari ini, tak boleh dalam konteks Malaysia pula
*dalam penjelasan Dr Asyrat : Jika hudud dilaksanakan dalam keadaan ini, dibimbangi bukan sahaja keindahan syariah tidak dapat dirasai, bahkan hanya akan mendatangkan fitnah kepada Islam dan umatnya. 


SAPA KENA


KENCING























----------------

PAS KENA KENCING

Posted: 14 Feb 2016 05:30 PM PST








PAS KENA

LEBONG


Hudud tak boleh dalam konteks Malaysia – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR: Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan dalam konteks negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Asyraf Wajdi Dusuki.
Katanya, UMNO selaku sebahagian komponen parti pemerintah bersikap jujur dalam perkara berkenaan sejak isu hudud ditimbulkan oleh Kerajaan Kelantan dan pimpinan PAS.
"Untuk kuasa, satu parti memainkan isu pelaksanaan hudud seolah-olah ia teramat penting dalam Islam berbanding mempromosikan konsep keadilan, ketelusan, urus tadbir baik yang lebih penting daripada hukuman hudud.





PADAN MUKA

KENA KENCING

BERDUHUD2

KAH KAH KAH

------------

BAYANGKAN APA AKAN JADI

Posted: 14 Feb 2016 05:00 PM PST





YA AMPOON

BAYANGKAN




Najib berikrar jadikan Malaysia lebih cemerlang

Najib berikrar sebagai perdana menteri, beliau akan terus berusaha membina Malaysia lebih cemerlang.
Pentadbirannya, kata Najib, sedang mengambil pelbagai langkah bagi meringankan beban rakyat ke arah satu cara yang cukup bermakna dalam mengukuhkan masa hadapan mereka.

BAYANGKAN
sekarang malaysia belum cemerlang
ada lima kes bunuh
ada rembat 2.6 bilion ringgit
banyangkan
kalau cemerlang
berapa banyak kes bunuh lagi
berapa bilion akan dirembat
kah kah kah

REMBAT LAGi

--------------

SENARAI GAGALIS 2015

Posted: 14 Feb 2016 12:08 AM PST








SENARAI

 GAGALIS



2015

adalah 
dimashurkan
ke saentero dunia
ke  empat penjuru alam
bahawa
tim tukar tiub
bekerjasama
dengan 
beberapa badan ngo
beberapa badan perisek
 telah menyelidik
data data gagalis
dengan rapi sekali

kami juga menerima
surat - sms - twitter
kami juga
 menerima rasuah
kami juga 
menerima amaran
agar nama mereka
tidak disenaraikan

kami juga menerima
bahan bukti 
yang direka
yang ditampal
yang ditindeh muat

segala halangan
segala rintangan
kami lalui
rasuah ditolak
ancaman 
tidak digentari

semua ini kami lakukan
demi kebaikan umat
demi kesempurnan 
hari gagalis sedunia

 


TAHUN INI DIMULAKAN
dengan cinta gagalis 
dua benua


 GAGALIS POLITIKUS





SELAMAT DATANG
GAGALIS 


GAGALIS 
KING KONG


GAGALIS 
SEPANJANG ZAMAN


GAGALIS NGO


GAGALIS  SEBARIS


GAGALIS  SEGUMPAL


TIGA GAGALIS SAHEH


 GAGALIS 
TAK ADA PEMINTA


SIAPA GAGALIS INI?


GAGALIS MENYAMAR
CUBA MERASUAH
 

EMPAT GAGALIS 
TERSENARAI


GAGALIS  BINTULU


GAGALIS BANGI


GAGALIS PAGAR


GAGALIS
 BUKTI DISANGSIKAN 


CLOSE UP MUKA
GAGALIS


BAKAL GAGALIS
KING KONG


GAGALIS 
SELALU KENA TOLAK


GAGALIS
BERLAGAK INTELEK



MASIH GAGALIS
BUKTI GAMBAR
DITEMPEL 
BUKAN ORI


SATU LAGI
KES PERCUBAAN
MENIPU BAHAN BUKTI


GAGALIS JUJUR
'aku dah ada kucing
nak buat apa awek..'



GAGALIS COOL
TAPI  GAGAL
 

DUA 
GAGALIS PEGUAM


DUA GAGALIS
BANDUAN


GAGALIS
JUAL KATA



GAGALIS KATON


GAGALIS MENYAMAR


GAGALIS  NYONYA


GAGALIS BELOT


GAGALIS TERSINGKIR


GAGALIS
MUKA JERAWAT


GAGALIS
KURANG MAKAN


GAGALIS
JUAL BADAN


GAGALIS
FETISH KASUT


GAGALIS KENA
BUANG SEKOLAH


GAGALIS JAGAT


GAGALIS
SUHAIMI SULAIMAN


GAGALIS  SUBUH



KING KONG GAGALIS


TEKA
YANG MANA SATU
 GAGALIS


GAGALIS BASIKAL


BAKAL GAGALIS  
TEGAR



GAGALIS  GAGAL


GAGALIS  POLITIK


AMOI GAGALIS


TETAP GAGALIS


MINAH GAGALIS
KOSONG TIGA

SILA TEKA
MANA 

YANG GAGALIS


TERUS GAGALIS



 GAGALIS BARU


GAGALIS  
MENUNGGU





MAMANG MUKA
GAGALIS 


SATU LAGI 
GAGALIS   TEGAR


KEPADA YANG TERSENARAI
berbangga lah
kerana cinta yang agong
adalah cinta yang gagal





------------------

PENGUMUMAN

Posted: 13 Feb 2016 09:47 PM PST







MAKLUMAN

diberitahu bahwa
tepat jam 4:08 petang
waktu malaysia barat
pada 14 feb 2016
senarai gagalis 2015
akan dimashorkan

ini keputusan muktamad
ini adalah keputuan juri

tidak ada dakwa dakwi
tidak ada surat menyurat
tidak ada panggil talipon
semua TIDAK akan dilayani

harap maklum
harap bersedia!

---------

MASIH BERSIDANG

Posted: 13 Feb 2016 09:30 PM PST







BILA SENARAI

GAGALIS

 KELUAR?



  1. Pukul berapa nak keluarkan senarai gagalis nie?

JAWATAN KUASA

MASIH 

BERSIDANG


-----------------

TEKANAN EKONOMI AKAN SAMPAI

Posted: 13 Feb 2016 09:00 PM PST







APA DIA

GERAI KECIL

apa bila ekonomi merosot
apabila hutang negara bertambah
apabila rasuah menjadi raja
maka ramai rakyat hilang kerja

mereka menampong hidup
dengan berjual  dengan berjaja
ini untuk sara hidup
ini untuk menambah pencarian

bila kerajaan tak ada duit
maka cukai dikenakan
maka semua di lesen
maka semua di kompaun

selaian dari GST
saman dan kompaun
adalah pendapatan negara
tertinggi pada ketika ini



Gerai kecil: Tampal lesen atau dikompaun

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi amaran kepada pengusaha gerai kecil supaya menampal lesen perniagaan jika tidak mahu dikenakan tindakan tegas termasuk dikompaun.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK),  Hamzah Zainuddin berkata, tindakan kompaun itu untuk memastikan peniaga mematuhi undang-undang.
Zainuddin berkata demikian selepas mengadakan pemeriksaan di gerai-gerai kecil di sekitar kawasan Masjid Jamek hari ini.
"Saya nak beritahu kepada semua peniaga, lesen-lesen mesti dilekatkan di gerai mereka.

LEDAKAN

TEKANAN 

EKONOMI

LEBIH KERAS

AKAN SAMPAI

BERSEDIA




--------------

BETUL KE BERITA INI?

Posted: 13 Feb 2016 08:00 PM PST






FACE BOOK 


cukup hebat

cukup geram

cukup marah



--------------