Rabu, 27 Januari 2016

dollah yankee

dollah yankee


Bukan 1,tapi 2 3 puluh langkah didepan

Posted: 27 Jan 2016 06:45 AM PST


Nampaknya mereka (Tabung Haji) telah didepan, bukan satu langkah tetapi dua tiga puluh langkah. Mereka telah bersedia dari awal untuk sebarang kemungkinan yang mendatang. 

Hebat! memang hebat pemikiran mereka... Kah..Kah..Kah..

APANDI ALI DILANTIK LEMBAGA PENGARAH TABUNG HAJI 
Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali dilantik sebagai anggota lembaga pengarah Lembaga Tabung Haji. Pelantikan itu disahkan oleh wakil lembaga itu Anis Zuhani Ahmad. Semakan di laman sesawang Tabung Haji mendapati nama Apandi sudah tersenarai dalam organisasi berkenaan.
dollah yankee - betul lah mereka telah siap sediakan payung sebelum hujan

Tukar Tiub

Tukar Tiub


LEDAKAN EKONOMI

Posted: 27 Jan 2016 06:58 PM PST







LEDAKAN EKONOMI
sila baca disini:
https://www.malaysiakini.com/columns/328438




---------------

APA MAKNA BERITA INI

Posted: 27 Jan 2016 06:27 PM PST







APA MAKNA BERITA INI?

maknanya SPRM
mahu najib didakwa
atas tuduhan:
salah guna harta
dengan curang!



Sumber: SPRM cadang 3 pendakwaan pada Najib

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan mencadangkan tiga pendakwaan terhadap Najib di bawah Seksyen 403, Kanun Keseksaan, menurut sumber yang mengetahui siasatan itu.
Difahamkan pendakwaan itu melibatkan pemindahan dana berasal dari SRC International ke akaun-akaun bank.
Seksyen 403 adalah berkaitan "menyalah guna harta dengan curang".
Cadangan itu, dakwa sumber-sumber, dibuat kepada Pejabat Peguam Negara tetapi Malaysiakini masih belum mendapat pengesahan rasmi.
Enggan dikenali, sumber-sumber mendakwa Najib dicadangkan didakwa menyalah guna kuasa susulan kemasukan wang ke akaun peribadinya.
Bagi menghindarkan perkara itu, kata sumber-sumber, perdana menteri harus menafikan bahawa beliau tahu mengenai perkara itu.
Menurut undang-undang, untuk membuktikan salah guna kuasa, pihak berkuasa perlu menunjukkan seseorang itu tahu berkaitan dana dimaksudkan itu.
Malaysiakini sudah beberapa kali menghubungi Peguam Negara  Mohamed Apandi Ali dan masih menunggu jawapannya.
KAH KAH KAH
woit
apa sudah jadi
apa sudah berlaku
najib terlibat kes scorpene
najib terlibat kes altantuya
najib telibat kes baru
apa jadi ketuanan melayu
kah kah kah
apa jadi pemimpin islam
kah kah kah
penganut sunnah wal rasuah
semua senyap
semua menikus
tak ada fak wa fak wi
kah kah kahemua senayp

FAKWA FAKWi 


----------

SPRM TAK PUAS HATI

Posted: 27 Jan 2016 05:49 PM PST






SPRM TAK PUAS HATI 

MAHU NAJIB

TERUS DISIASATA

Rujuk keputusan peguam negara kepada PPO prosedur biasa, kata SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menjelaskan tindakan merujuk keputusan kes  Najib berhubung isu derma RM2.6 bilion dan pinjaman syarikat Kementerian Kewangan SRC International Sdn Bhd yang diumumkan peguam negara semalam adalah satu proses biasa.
Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Rohaizad Yaakob berkata, tindakan itu tidak sewajarnya dianggap sebagai menolak keputusan Mohamed Apandi Ali.
"SPRM hari ini memutuskan untuk membentangkan keputusan peguam negara kepada Panel Penilaian Operasi (PPO), saya ingin menjelaskan keputusan merujuk kepada PPO ini merupakan prosedur yang diperuntukkan dalam mengurus kes sebelum mana-mana kes ditutup.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rujuk-keputusan-peguam-negara-kepada-ppo-prosedur-biasa-kata-sprm#sthash.xFnlywME.dpuf

KAH KAH KAH
woit
ini gempaq
ini terbaru
ini terkini
kah kah kah
semoga SPRM berjaya
semoga SPRM telus
semoga SPRM tuntas

HEBAT SPRM


-------------

INI KESAHNYA - BARU TAHU

Posted: 27 Jan 2016 05:00 PM PST






FACE BOOK


Mystery wang billion-billion telah terungkap!
Itu wang Ahmad Albab yang punya!!!
Ngeee



















-----------

SATU INGATAN

Posted: 27 Jan 2016 06:00 AM PST




JUMAAT LEPAS


LAGI KES JUAL AGAMA

Posted: 27 Jan 2016 05:30 AM PST







 SIDANG ROH
Apabila tokoh falsafah Saudara Kassim Ahmad menyatakan secara simbolik melalui sajaknya "Sidang Roh" yang tuhan sudah mati. Maka riuh rendah lah para Igamawan mengutuk dan mengkafirkan Saudara Kassim.
 
Perlakuan TH, sebuah institusi yang bermirip keigamaan, bermain duit dengan menabong kunon untuk mendapatkan tiket ke sorga .. akhirnya pecah lobang dara nya, pabila rupanya 5% peratus penabung letak duit RM44 biliyun atau 3/4 daripada jumlah tabungan untuk tujuan makan faedah atau bunga atau secara kafirnya makan riba tahunan, takde niat pun nak buat aji.. 
 
Perlakuan TH ini mengambarkan pelakunya tak sedikit pun takut pada kuasa Allah .. seolah-oleh mereka anggap Tuhan sudah mati .. takde apa nak ditakutkan .. "duit" itulah tuhan yang sebenar. TH sewenang guna nama igama untuk tarik pelaburan .. para igamawan pun tak cakap apa-apa .. seolah-olah sajak Pak Kassim lebih berdosa daripada perlakuan TH. on ADA LEMBAGA DI TABUNG HAJI
panglimo potaseh



----------

PENYANGAK SUDAH MARI

Posted: 27 Jan 2016 05:00 AM PST









BILA EKONOMI SAKIT
PENYAMUM
LANUN
PENYANGAK
DATANG MERAMPOK
INI BUKAN
SATU YANG BARU



China state media accuse Soros of 'declaring war' on yuan

BEIJING: Chinese state media stepped up a salvo of biting commentaries Wednesday against George Soros and other currency traders as the yuan comes under pressure, with the billionaire investor accused of "declaring war" on the unit.
 
At the annual World Economic Forum in Davos last week Soros told Bloomberg TV that the world's second-largest economy — where growth has already slowed to a 25-year low according to official figures — was heading for more troubles.

"A hard landing is practically unavoidable," he said.


--------

ADA LEMBAGA HITAM DI TABUNG HAJI

Posted: 27 Jan 2016 04:30 AM PST


 
RIZAB TABUNG HAJI NEGATIF SEJAK TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2014
Saya merujuk kepada kenyataan  Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Urusan Tabung Haji berhubung isu kelemahan dana rizab Tabung Haji yang ditimbulkan oleh Bank Negara Malaysia.

Antara lain, beliau memberi alasan perkara yang ditimbulkan oleh Bank Negara Malaysia itu tidak menggambarkan kedudukan kewangan sebenar Tabung Haji kerana aset-aset anak syarikat Tabung Haji adalah lebih besar. Saya petik kenyataan beliau:

"Sepanjang tahun kewangan 2014 dan 2015, nilai keseluruhan aset Tabung Haji adalah lebih tinggi dari nilai liabiliti Tabung Haji, di mana ia mengambil kira kesemua nilai saksama portfolio pelaburan Tabung Haji"

Sebagai Ahli Parlimen, saya berpeluang meneliti sendiri Penyata Kewangan Tabung Haji yang diserahkan kepada Ahli Parlimen setiap tahun. Penyata Kewangan Tabung Haji terkini yang diaudit adalah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014. Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 hanya akan diperolehi di akhir tahun ini.

Saya rujuk kepada Penyata Kedudukan Kewangan ("Statements of Financial Position") bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 seperti di bawah:
 
Bagi mereka yang kurang mahir membaca penyata kewangan, kepala "TH" merujuk kepada aset, liabiliti dan rizab pendeposit Tabung Haji. Kepala "Group" merujuk kepada aset, liabiliti dan rizab Tabung Haji dan keseluruhan kumpulan yang merangkumi anak syarikat dan syarikat bersekutu. Contoh-contoh anak syarikat ialah Bank Islam Malaysia Berhad dan Tabung Haji Plantations. Contoh-contoh syarikat bersekutu ialah TH Heavy Engineering Berhad.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, aset Tabung Haji adalah sebanyak RM54.751 bilion dengan simpanan tunai sebanyak RM7.0 bilion.
 
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, jumlah dana terkumpul Tabung Haji ialah RM54 bilion. Dana terkumpul adalah dana-dana yang digunakan oleh Tabung Haji dalam menjalankan aktivitinya. Dari dana inilah maka ia dilaburkan atau dibuka anak syarikat untuk menjana keuntungan kepada Tabung Haji.

Dana terkumpul sebanyak RM54 bilion ini terdiri dari jumlah dana dari pendeposit Tabung Haji sebanyak RM54.358 bilion dan rizab terkumpul iaitu kerugian sebanyak RM351 juta. Secara umumnya, rizab terkumpul adalah jumlah keuntungan terkumpul sejak Tabung Haji melaksanakan perniagaan. Jika Tabung Haji mempunyai keuntungan terkumpul, maka jumlah rizab adalah positif. Jika Tabung Haji mempunyai kerugian terkumpul, maka jumlah rizab adalah negatif.

Jumlah rizab ini adalah penting kerana ia melambangkan 2 perkara:

1.    Rizab terkumpul yang positif melambangkan Tabung Haji berjaya menjana keuntungan yang baik dan bermakna keputusan pelaburannya adalah tepat

2.    Dari rizab terkumpul inilah bonus (atau dividen) boleh dibayar kepada pendeposit. Jika rizab terkumpul itu besar, maka lebih besarlah bonus boleh dibayar kepada pendeposit

Oleh yang demikian, saya ingin menegur Ismee Ismail yang nampaknya cuba mengelirukan rakyat dengan kenyataan beliau semalam seolah-olah Tabung Haji tidak mengalami apa-apa masalah kewangan.

Penyata Kewangan Tabung Haji bagi tahun kewangan 31 Disember 2014 yang diaudit telah menunjukkan bahawa rizab terkumpul Tabung Haji telah pun negatif iaitu kerugian terkumpul sebanyak RM351 juta. Ini bermakna, jika semua pendeposit Tabung Haji mahu mengambil kembali simpanan sebanyak RM54.358 bilion, semua aset-aset Tabung Haji tidak cukup untuk membayar simpanan tersebut dan kekurangan dana sebanyak RM351 juta.

Kedudukan kewangan ini berlaku sebelum tahun 2015 yang menyaksikan kejatuhan pasaran saham dan nilai matawang ringgit yang mendadak. Ini bermakna bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, Tabung Haji akan mengalami kerugian yang jauh lebih besar.

Maka nilai rizab terkumpulnya akan menunjukkan kerugian terkumpul yang jauh lebih besar dari RM351 juta.

Dalam keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia wajar mengetahui bahawa:

1.    Tabung Haji tidak mempunyai aset yang mencukupi untuk membayar kembali simpanan pendeposit sejak tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 dan dijangka makin teruk bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015

2.    Tabung Haji tidak mempunyai rizab keuntugan terkumpul untuk membayar bonus kepada pendeposit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 kecuali ia meminjam wang atau mencairkan asetnya

Ini bukan perkara yang kecil dan saya akan terus meneliti perkara-perkara lain mengenai prestasi kewangan Tabung Haji.

Pun begitu, sebagai permulaan untuk memperbaiki keadaan, saya menuntut supaya Pengerusi Tabung Haji,  Abdul Azeez Abdul Rahim meletak jawatan serta merta di atas kegagalan beliau memastikan prestasi kewangan Tabung Haji tidak menjejaskan simpanan pendeposit.


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN     






----------------

SAMA TAPI LAIN LAIN

Posted: 27 Jan 2016 12:43 AM PST








FACE BOOK

Serupa tapi tak sama seperti yang di Semenanjung. ‪#‎Sampah‬


Harga Beras di Bali Naik, Menteri Puan: Jangan Banyak-Banyak Makan

 Seiring semakin mahalnya harga beras di Bali, Gubernur Made Mangku Pastika minta agar alokasi beras untuk rumah tangga miskin (raskin) di Bali dinaikkan. Permintaan disampaikan langsung kepada Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Puan Maharani, di sela-sela acara peluncuran penyaluran program raskin/rastra tahun 2016, Bali, Selasa (26/01).
----------

ADA SIAPA PERCAYA

Posted: 27 Jan 2016 12:16 AM PST









LANTIK PENDAKWA BEBAS KHAS ("SPECIAL INDEPENDENT PROSECUTOR") UNTUK BUKA KEMBALI KES DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK



Penjelasan Peguam Negara,  Apandi Ali semalam berkenaan keputusan beliau menutup kertas siasatan terhadap Najib berhubung skandal dana RM2.6 bilion dan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd tidak dapat diterima umum. Bukan sahaja alasan bahawa Najib  telah memulangkan kembali "derma" yang diterimanya itu tidak masuk akal, malah ada beberapa perkara asas yang tidak dijawab oleh beliau.



Berhubung pemindahan dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd, T Apandi Ali seolah-olah lupa bahawa SRC International Sdn Bhd adalah anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc). Sebab itu saya terus bertanyakan siapa yang bertanggungjawab meluluskan pemindahan dana itu dari SRC International Sdn Bhd kerana pegawai teratas yang bertanggungjawab adalah tidak lain dan tidak bukan Najib  sebagai Menteri Kewangan.



Oleh yang demikian, alasan bahawa Najib  tidak tahu menahu sebanyak RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd dipindahkan ke akaun peribadinya tidak boleh menyelamatkan beliau dari dakwaan, atas asas-asas berikut:



1.    Mengambil kira bahawa beliau adalah pegawai teratas yang bertanggungjawab kepada keputusan SRC International Sdn Bhd di atas kapasiti beliau sebagai Menteri Kewangan, adalah mustahil beliau tidak mengetahui mengenai keputusan memindahkan dana itu. Besar kemungkinan beliau sedia maklum dan pemindahan itu berlaku dengan mendapat kelulusan mengikut prosedur Kementerian Kewangan. Jika ini keadaannya, Najib sepatutnya didakwa atas tuduhan pecah amanah kerana dana dari syarikat awam di bawah kawalan beliau dipindahkan ke akaun peribadi beliau;



2.    Jika beliau berkeras beliau tidak tahu menahu mengenai pemindahan tersebut, ini bermakna beliau telah cuai dalam menjalankan amanah sebagai pegawai teratas yang bertanggungjawab menguruskan syarikat awam iaitu SRC International Sdn Bhd. Dalam keadaan ini, Najib juga sepatutnya didakwa di atas tuduhan cuai dan lalai dalam menjalankan tanggungjawab sehingga menyebabkan kerugian dana awam.


Dalam kedua-dua keadaan, ada kes yang kukuh untuk mendakwa Najib.



Saya percaya atas alasan ini juga, selain dari bukti-bukti siasatan yang lebih terperinci, Pengarah Operasi Khas SPRM, Bahri Mohd Zin dipetik sebagai berkata SPRM mempertimbangkan untuk merayu supaya kes ini dibuka semula memandangkan ia satu kes yang jelas ("straight forward").



Walau bagaimana pun, saya tidak yakin Peguam Negara, Apandi Ali sesuai untuk mengendalikan kes-kes bersabit dakwaan terhadap Najib memandangkan setakat ini beliau cenderong untuk menutup kes tanpa memberi penjelasan yang boleh diterima akal oleh rakyat.



Oleh yang demikian, saya mencadangkan supaya satu usaha dibuat agar Parlimen melantik seorang Pendakwa Bebas Khas ("Special Independent Prosecutor") dari kalangan pengamal undang-undang yang bebas dan berintegriti untuk membuka semula siasatan terhadap Najib dan meneliti kertas siasatan SPRM dan Bank Negara setakat ini.



Saya akan berbincang dengan ahli-ahli Parlimen yang berlatar belakangkan undang-undang untuk merangka satu usul dan usaha membawa perkara ini ke sidang parlimen yang seterusnya dalam bulan Mac 2016.



Saya yakin rakyat Malaysia yang cintakan keadilan tidak boleh putus asa dan terus mencari jalan baru sehinggalah kebenaran mengenai skandal-skandal ini dapat dibentangkan kepada rakyat dan mereka yang bertanggungjawab di bawa ke muka keadilan. Jika Najib beranggapan cerita lawak yang dibawa oleh  Apandi Ali semalam akan menutup kes ini, beliau merendahkan pemikiran rakyat Malaysia keseluruhannya.



RAFIZI RAMLI

NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN     














-----------

SENARAI GAGALIS

Posted: 26 Jan 2016 11:30 PM PST









 DIMAKLUMKAN
kepada mat bunga
kepada minah bunga
kepada mat emo
 masih ada masa
untuk mencari pasangan
untuk mencari pacal
untuk mencari awek
pada hari valentine








-------------

JEMPUTAN UNTUK ANAK MUDA

Posted: 26 Jan 2016 11:00 PM PST







JEMPUTAN

 UNTUK 

ANAK MUDA




Salam BERSIH!

Merujuk perkara di atas, Gabungan Pilihan Raya Bersih & Adil (BERSIH 2.0) akan menganjurkan "Program Bersih Boot Camp". Butiran selanjutnya adalah seperti berikut:

Tempat: Pulau Pinang (hotel akan di beritahu kemudian)
Tarikh: 29 Januari 2016, Jumaat (3 petang) - 31 Januari 2016, Ahad (3 petang)

Sehubungan dengan itu, kami berharap agar pihak tuan/puan akan menghadiri program ini. Syarat peserta hendaklah berusia 18 - 35 tahun sahaja dan adalah seorang warganegara Malaysia. Program ini juga akan di jalankan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dan setiap satu program ini adalah selama 3 hari 2 malam.

Di bawah ini, kami sertakan poster sebaran untuk program ini juga borang penyertaan atas talian dan borang penyertaan ini memerlukan setiap peserta mempunyai akaun "gmail" untuk log masuk pendaftaran. 30 peserta yang terpilih akan di kenakan bayaran sebanyak RM 50.00 untuk tujuan pendaftaran. Segala perbelanjaan penginapan dan makan minum akan disediakan dan ditaja oleh BERSIH 2.0. 

Sebarang pertanyaan boleh dilanjutkan kepada saya melalui emel atau di talian 017-7004113 atau emel ke program@bersih.org. Segala urusan dan bantuan didahului dengan ribuan terima kasih.






-------------

PECAH BERITA SEDUNIA

Posted: 26 Jan 2016 10:30 PM PST







PECAH BERITA 
SEDUNIA


Pope Francis (Latin: Franciscus; Italian: Francesco; Spanish: Francisco; born Jorge Mario Bergoglio, [b] 17 December 1936) is the 266th and current Pope of the Roman Catholic Church, a title he holds ex officio as Bishop of Rome, and Sovereign of the Vatican City has just converted to Islam.
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0



PECAYA BERITA INI
KALAU HANG PERCAYA
MAKA HANG JUGA
MESTI PERCAYA
NAJIB DAH PULANGKAN
DUIT 2.6 BILION RINGGIT
PADA TOK ARAB

KAH KAH KAH 

IF YOU BELIEVE THIS
YOU MUST BE
WOLLY WANKER 

KAH KAH KAH



-----------

SATU JEMPUTAN

Posted: 26 Jan 2016 10:00 PM PST







SATU JEMPUTAN
UNTUK ANAK MUDA
YANG TELAH
YANG SEDANG
YANG AKAN
EID EN RAI


 
  Jan 24

; Dari Jemapoh Ke Manchester arahan . 8.30mlm Sabtu 30 Jan di
 
 

----------

MEMBUAT PERSEDIAAN

Posted: 26 Jan 2016 09:00 PM PST





 

MEMBUAT PERSEDIAAN

Akhir tahun 2015 Parlimen secara tergesa-gesa telah meluluskan satu undang-undang baru - Akta Majlis Keselamatan Negara. Saperti biasa - lazimnya semua undang-undang akan lulus tanpa banyak soal dan jawab. Ini watak Parlimen Malaysia - ini juga watak budaya siasah negara Dunia Ketiga.

Justeru untuk saya sama ada draf rang undang-undang ini dibincangkan atau tidak bukan satu yang penting. Kerana apa sahaja undang-undang yang dimimpikan oleh Najib pasti akan lulus kendati pun Najib mahu Rosmah dinobatkan sebagai Tuan Puteri Lindungan Bulan. Ini hakikat politik Malaysia - ini hakikat politik negara Dunia Ketiga.

Pada Khamis 3 Disember 2015 - Akta Majlis Keselamatasn Negara dibaca kali ke tiga untuk diluluskan. Kemudian dihantar ke Dewan Negara untuk dicap. Maka satu lagi undang-undang diluluskan dengan berselindung memakai ketayap dan jubah Parlimen.

Kita banyak mendengar komen dari para YB dan NGO tentang hukum kanun baru ini. Semua memberi pendapat. Semua ada pandangan.

Ada yang memberi pandangan MKN ini untuk selamatkan Najib. Untuk memberi kuasa mutlak kepada Najib. Untuk mengenepikan Agong. Untuk mengenepikan Parlimen. Ada yang kata ini untuk selamatkan United Malays National Organisation. Ada yang kata ini untuk pastikan Najib dan Rosmah terus berkuasa. Ada yang kata akta ini untuk melarang BERSIH mengadakan rapat rakyat. Ada yang kata ini untuk tutup kes Derma Tok Arab. Ada yang kata Najib sudah jadi ditaktor. Ada yang kata akta ini untuk mengagalkan rancangan Pakatan Harapan dalam PRU 14.

Semua pandangan-pandangan ini adalah betul dan tepat. Ada kebenaran dalam semua pandangan ini.

Manakala kuncu dan ghurkha Najib dan Rosmah berkata hukum baru ini untuk keselamatan Malaysia. Mengikut para ghurkha Najib, hukum ini untuk menentang gerakan ektremis. Mengikut pandangan kuncu-kuncu Najib ianya perlu kerana jika tidak diluluskan maka akan ada bom meletup. Bila bom telah meletup baru rakyat akan sedar betapa perluya hukum ini. Undang-undang ini ditujukan untuk menentang gerakan Isis.

Ini sabenarnya kelentong besar.

Hujah-hujah dari kuncu-kuncu Najib ini sabenarnya lawak seram. Satu dunia tahu Isis ini adalah anak syarikat CIA. Satu dunia tahu bahawa Isis ini bertelor, mengeram dan menetas dari reban CIA. Satu dunia tahu bahawa dibelakang Isis ini ada ajenda yang lebih besar. Malah satu dunia tahu - bom meletup disana sini - sama ada di Paris atau di Jakarta - adakah satu perancangan Salah Bendera untuk mengolah persetujuan.

Bom meletup disana sini adalah projek - Salah Bendera - yang sentiasa disusun oleh Daulah Terpendam.

Bom yang baru meledak di Paris telah dibuktikan sebagai projek Salah Bendera. Kalau kita ingat sejarah - Bom di Bali mengikut kata-kata arwah Gus Dur adalah kerja CIA. Malah ledakan yang baru berlaku di Jakarta dua minggu lalu, mengikut pemerhati politik di Indonesia - sebenarnya ialah pertembungan dan perselisehan dalaman antara pihak polis dan militer Indonesia. Isis dijadikan topeng untuk mengolah persetujaun warga Indonesia.

Justeru, serangan yang dikatakan dilakukan oleh Isis di Jakarta pada Khamis 14 Januari2016 lalu adalah projek Salah Bendera di Jakarta.

Projek Salah Bendera ini bukan satu yang baru. Mahathir mementaskan Teater Sauk Al-Maunah pada 2 Julai 2000. Dengan tujuan untuk menangkap para Reformis pada tahun 2001. Dikatakan kumpulan Al-Maunah berniat melawan Agong. Yang menjadi lawak ialah 'geng' ini berjaya melarikan 5 tan senjata dalam masa 15. Senjata ini dimuatkan ke dalam 3 buah Pajero.

Justeru jangan risau pasti akan berlaku sandiwara-sandiwra Salah Bendera yang baru. Ini bukan satu yang mustahil. Ini lumrah kebiasaan. Lalu timbul persoalan hakiki - apa sabenarnya semua ini? Apa maknanya undang-undang baru ini? Apa kaitan semua ini dengan kumpulan ektremis?

Untuk jawapan kepada persoalan itu - saya berharap para pembaca akan merujuk kembali kepada dua tulisan saya yang lalu tentang ledakan ekonomi yang akan sampai.

Ledakan ekonomi kali ini lebih hebat dari yang pernah berlaku pada September 2008 dahulu. Ledakan kali ini lebih buruk dari apa yang telah berlaku di Amerika pada tahun 1929 - The Great Depression. Zaman meleset yang akan sampai kali ini akan menjerut hampir kesemua umat manusia di muka bumi ini. Semua negara bangsa yang mendaftar di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu telah kait berkait dengan sistem ekonomi kapitalis. Tidak ada negara lagi yang terkecuali. Korea Utara juga akan terkait sama.

Hakikatnya bila sistem ekonomi kapitalis ini meledak runtuh tidak ada sesiapa akan terkecuali.

Justeru Akta MKN ini berlatar belakangkan ledakan ekonomi yang akan sampai. Wajib diberitahu bahawa bukan hanya Malaysia sahaja yang sedang membuat persediaan undang-undang sademikian. Hampir kesemua Negara Dunia Ketiga memiliki undang-undang sama saperti watak Sosma, ISA, Poca dan MKN.

Mewujudkan undang-undang yang ganas lagi zalim adalah wajah dan watak siasah negara Dunia Ketiga. Pemimpin yang zalim memerlukan undang-undang sademikian untuk memastikan kerajaan yang zalim ini selamat dari didobrak oleh rakyat. Suharto, Marcos dan Mubarak berselirat dengan undang-undang, hukum kanun dan akta. Mubarak dan Suharto hanya berjaya dihumbankan oleh rakyat Mesir dan Indonesia satelah 30 tahun menzalimi rakyat. Ini fakta sejarah.

Pada ketika ini sistem ekonomi kapitalis telah sampai ke penghujung. Kuasa kertas hijau yang dipanggil dolar kini telah hampir tamat. Tapi waspada - kaum imperialis, kaum kapitalis dan kaum pemodal dan elit ekonomi dunia tidak akan mengundur tanpa perlawanan. Justeru undang-undang dan hukum hakam yang diwujudkan ini adalah persediaan untuk berhadapan dengan ledakan ekonomi yang akan sampai.

Untuk memahami ini kita perlu merujuk dan lihat apa yang sedang berlaku di Greece. Kerana Greece ini negara Eropah maka ada laporan media tentang apa yang sedang berlaku. Kalau Greece saperti Libya - negara Dunia Ketiga - kita tidak akan tahu apa yang sedang membara.

Tahun lalu melalui proses pilihan raya parti kiri telah mendapat kuasa di Athens. Tetapi masaalah ekonomi Greece tidak selesai. Kini negara ini sedang mengamalkan jimat cermat - ikat perut - dan potong belanja. Duit pencen dipotong, duit KWSP hilang, harga hospital dinaikkan, gaji bulanan juga dipotong, tidak ada overtime, tidak ada pekerjaan baru, duit kebajikan awam hampir dilupuskan. Sewa rumah dewan bandar raya dinaikkan. Kos barang kegunaan hairan meningkat, harga bahan makanan naik, kos pengangkutan - semuanya naik. Zaman meleset telah sampai.

Akhirnya warga Greece tidak tahan lagi - mereka meledak. Mereka mengamuk membakar bank dan bangunan kerajaan. Pada 4 Febuari yang akan datang ini Greece akan mengadakan hartal. Rakyat semua lapisan sedang bangun memberontak. Berontak untuk apa? Ekonomi Greece yang berkiblatkan sistem kapitalis tidak lagi memiliki keupayaan untuk menyelesaikan masalah. Athens akan terbakar.

Apa yang sedang berlaku di Greece sedang menular ke Itali, ke Sepanyol dan ke Portugal. Rakyat dinegara-negara ini sedang memberontak dan mengamok. Wilayah Selatan Eropah sedang terbakar.

Justeru disinilah segala bentuk hukum dan akta yang telah diluluskan akan memainkan peranan. Akta dan hukum yang diwujudkan atas nama melawan Isis sebenarnya bertujuan untuk menundukkan rakyat warga negara. Tidak ada sangkut paut dengan Isis.

Pada satu ketika dahulu ISA diwujudkan untuk melawan Parti Komunis Malaya. Ini hujah yang dituturkan oleh Razak Hussein ketika membentangkan akta zalim ini. Cara dan pendekatan yang sama telah digunakan oleh Najib. Kali ini untuk menentang Isis. Peranan Isis semakin jelas.

Ketika Perang Dingin berlaku - pertempuran idealoji sedang berjalan diantara kapitalis Amerika dengan sosialis Rusia. Pada zaman ini 'komunis dan sosialis' dicap sebagai musuh. Apa saje undang-undang zalim yang akan diluluskan semuanya dikatakan untuk melawan dan membendung gerakan komunis. Hari ini komunis telah digantikan oleh Isis.

Dibelakang semua ini ialah kuasa imperialis Amerika. Dibelakang semua ini adalah elit politik dan elit ekonomi global. Mereka sedar dan mereka tahu bahawa hari hari akhir untuk dolar telah sampai. Dengan maklumat yang tuntas. Dengan kajian yang rapi para globalis ini sedang merancang untuk berhadapan dengan ledakan ekonomi yang akan sampai.

Apa yang sedang berlaku di Athens sedang menjadi perhatian jentera dan para pemikir kaum globalis ini. Perancangan rapi sedang dijalankan. Empire Amerika sedang membuat pesediaan. Tanah-tanah jajahan Amerika sedang dikawal dan diikat - justeru TPPA. Semuanya persedian untuk memastikan apabila sistem ekonomi kapitalis ini runtuh - kuasa tidak akan terlepas dari tangan mereka.

Apa yang kita lihat sedang berlaku di Malaysia sedang juga berlaku di Asia , Afrika dan Amerika Latin. Hukum-hukum dan akta baru telah disediakan. Semua diluluskan atas nama menentang ektremis Isis.

Di Amerika juga persediaan sedang dibuat. Amerika - kuasa imperial - Empire Pax Americana - tidak akan terselamat. Justeru - apa agaknya yang akan Amerika sediakan untuk rakyat Amerika? Tunggu minggu hadapan. (TT)




NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-40-45

 
-------------

DULAK DALIK - FLIP FLOP

Posted: 26 Jan 2016 08:30 PM PST








PERCAYA?
BOLEH PERCAYA?
POPE KiTA DAH
MASUK ISLAM



Tidak percaya dan campur tangan

Salah satu masalah besar membabitkan 2 skandal itu, terutama derma RM2.6 bilion, ialah bagaimana ia "tidak boleh dipercayai" sejak awal, kata pakar politik Prof James Chin dari Tasmania University Australia.

Rasa tidak percaya bermula daripada cara pentadbiran Najib memberi respons terhadap tuduhan RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

"Majoriti rakyat tidak percaya bagaimana seseorang boleh beri dia RM2.6 bilion. (Jika ia benar-benar RM2.6 bilion) kita masih ragu-ragu, siapa yang sempurna akalnya akan derma RM2.6 bilion?" kata Chin kepada The Malaysian Insider.

Penjelasan mengenai perkara itu, secara berdolak-dalik memandangkan Najib enggan memberikan penjelasan secara terbuka di Parlimen, juga menambah lagi rasa tidak percaya rakyat.
 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-terlepas-pendakwaan-tapi-tidak-selamat-secara-politik-kata-penganalis#sthash.lUla0duv.dpuf

 







MULA MULA
saorang putera raja
kemudian beberapa
beri derman
kemudian  yang beri
derma kerajaan arab
kemudian puteri pulak
kah kah kah
woit kah kah kah
pulang pada sapa ni
KAH KAH KAH

 

--------------

MAT MONGOL KELENTONG LAGI

Posted: 26 Jan 2016 07:30 PM PST









FACE BOOK



MULIA SUNGGUH hati kedua2 mereka ini..
Dah dapat boleh pula dipulangkan semula...

Nampaknya Rosmah lagi awal cerdik drpd Najib kerana Najib tiru modus operandi bininya..

MUDAHNYA Najib & Rosmah perbodohkan rakyatnya..

Kah !!.. Kah !!.. Kah !!..
Bodoh sangatkah kita ??






















 
------------