Ahad, 17 Januari 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


MASA BANTAH DALAM PARLIMEN SENGEH...DILUAR CAKAP BERDEGAR DEGAR.....

Posted: 17 Jan 2016 12:36 AM PST

 | January 17, 2016
2016
Pemotongan gas petroleum cecair (LPG) disebabkan kerugian harus ditolak kerana ia bukan langkah utama penyelesaian terhadap masalah penyelewengan yang... More ››

Tukar Tiub

Tukar Tiub


KITA KETAWA BERDIRI

Posted: 17 Jan 2016 05:00 AM PST








KETAWA 

BERDIRI



SILA KLIK IKLAN

Posted: 17 Jan 2016 04:00 AM PST











DERMA DAPUR 

JALANAN



iKLAN
jika anda lihat 
ada iklan
sila klik iklan itu
iklan dalam blog ini
tanpa pembaca klik
ianya menjadi iklan percuma

duit dari iklan 
dihadiahkan kepada
  dapur jalanan


-----------

JEMPUTAN UNTUK ANAK MUDA

Posted: 17 Jan 2016 12:30 AM PST







JEMPUTAN

 UNTUK 

ANAK MUDA



Salam BERSIH!

Merujuk perkara di atas, Gabungan Pilihan Raya Bersih & Adil (BERSIH 2.0) akan menganjurkan "Program Bersih Boot Camp". Butiran selanjutnya adalah seperti berikut:

Tempat: Pulau Pinang (hotel akan di beritahu kemudian)
Tarikh: 29 Januari 2016, Jumaat (3 petang) - 31 Januari 2016, Ahad (3 petang)

Sehubungan dengan itu, kami berharap agar pihak tuan/puan akan menghadiri program ini. Syarat peserta hendaklah berusia 18 - 35 tahun sahaja dan adalah seorang warganegara Malaysia. Program ini juga akan di jalankan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dan setiap satu program ini adalah selama 3 hari 2 malam.

Di bawah ini, kami sertakan poster sebaran untuk program ini juga borang penyertaan atas talian dan borang penyertaan ini memerlukan setiap peserta mempunyai akaun "gmail" untuk log masuk pendaftaran. 30 peserta yang terpilih akan di kenakan bayaran sebanyak RM 50.00 untuk tujuan pendaftaran. Segala perbelanjaan penginapan dan makan minum akan disediakan dan ditaja oleh BERSIH 2.0. 

Sebarang pertanyaan boleh dilanjutkan kepada saya melalui emel atau di talian 017-7004113 atau emel ke program@bersih.org. Segala urusan dan bantuan didahului dengan ribuan terima kasih.






-------------

UNTUK PENCERAHAN

Posted: 17 Jan 2016 12:00 AM PST






UNTUK

PENCERAHAN


MENGENAL MUSUH

Posted: 16 Jan 2016 10:00 PM PST









BETUL

TEPAT

SAHEH



Kawan BN musuh Amanah, kata Mat Sabu

Parti Amanah Negara (Amanah) akan bermusuhan dengan sesiapa sahaja yang bersahabat dengan musuh mereka, Barisan Nasional (BN), kata presidennya Mohamad Sabu.

"Kita musuh BN sekarang. Kita musuh dan sesiapa sahaja yang kawan dengan BN," katanya kepada pemberita selepas berucap dalam retreat kepimpinan DAP kebangsaan 2016 di Subang Jaya, Selangor hari ini.

KAH KAH KAH
woit
siapa kawan gerombolan
bukan saje musuh AMANAH
sapa kawan gerombolan
jadi musuh rakyat
kah kah kah

TIBAi LAGi
 








----------

TAHNIAH - PRESIDEN TAIWAN BARU

Posted: 16 Jan 2016 09:00 PM PST










TAHNIAH

GENGGAM

TANGAN

BUKAN

 LAMBAI


Taiwan elects first female president

Taiwan's first female president has vowed to build a new era of politics after sealing a historic landslide election victory that is expected to strain the state's relationship with China.


-----------

JEMPUTAN PETANG INI

Posted: 16 Jan 2016 08:00 PM PST












JEMPUTAN

PETANG INI

Launch of 'Prime Minister's Secret' and public forum 'Does Fiction Have a Role in Politics?'  
     Date    : 17 Jan 2016 (Sunday)
     Time    : 3:00 pm
     Venue  : Rumah Gerakbudaya
                   No 2, Jalan Bukit 11/2, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Speakers : 
Maria Chin Abdullah, Chairperson of Bersih 2.0 Steering Committee
Ivy Josiah, Former Executive Director of Women's Aid Organisation
Saira Shameem, Sexual health rights advocate
Facilitator : Dr. Azmi Sharom, Associate Professor at Universiti Malaya

Glamorous, strong-willed, and supported by a loving family, Rabiyah has been groomed all her life for a career in politics. She wants to win fair and square, but behind the scenes, strings have already been pulled in her favour. When it's her turn to make the rules, will she overhaul the system, or use it to her advantage?

Junid grew up in the shadow of his father's imprisonment, and longs for a better Malaysia in which families won't suffer like his. When he discovers by chance what Rabiyah has kept hidden for two decades, he decides to take drastic action.

Colourful, thrilling and written with great affection, The Prime Minister's Secret is a story about passion, money, corruption, the bonds of family, and the ends that people will go to for power - or freedom.
Admission is free, Registration please click :http://goo.gl/forms/GKuFi6p1xk
Enquiry : 03-79578342




-------------

GERAN KERAJAAN

Posted: 16 Jan 2016 07:30 PM PST








FACE BOOK

Najib Razak kata ‪#‎1MDB‬ tidak guna dana rakyat.
Tetapi Ketua Audit Negara telah menyatakan bhw 1MDB telah menerima geran pembangunan berjumlah RM1.09 bilion.
KENAPA NAJIB PERLU BOHONG ??!!
Nampaknya skandal sukuk RM2.4 bilion dah menjadi skandal RM3.5 bilion yg lebih besar dari derma RM2.6 bilion.
 



































--------------

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


MELEPASKAN NAFSU SYAHWAT DI TENGAH KOTA MANHATTAN

Posted: 16 Jan 2016 07:52 PM PST



Banyak kali juga aku baca berita ni dan cuba baca sumber-sumber yang lain untuk mengesahkannya. Aku ingatkan lawak sahaja, rupanya memang betul! Macam tak percaya, wujud pula satu kumpulan manusia yang menerima amalan sebegini dipromosi di tengah khalayak ramai.

"GuyFi" adalah sebuah booth yang dilengkapi dengan sebuah kerusi dan komputer yg mempunyai "high speed internet" dengan bertujuan memberi "kelepasan" bagi lelaki-lelaki yang sibuk di tengah kesibukan bandar. Di tengah-tengah tempat pejalan kaki di kota Manhattan yang sibuk itu, boleh pula para lelaki memuaskan nafsu mereka di dalam booth ini.

Pada hari pertama ianya dibuka, ia telah mendapat sambutan lebih kurang 100 orang lelaki di kota tersebut!

Inilah hasil 'kebebasan' yang dicanang-canangkan. Orang yang hidup tanpa sebuah panduan yang hakiki, akan sentiasa terpinga-pinga untuk memberi definisi kepada nilai-nilai yang dipegangnya.

Kita mungkin berasa jijik dan merasa perkara ini jelas adalah kerosakan moral yang melampau. Hakikatnya ramai daripada mereka yang memperjuangkan kebebasan, melihat ini sebagai satu ekspresi kebebasan yang mutlak; semua orang berhak buat apa yang mereka mahu, tanpa sesiapa pun yang patut 'impose' nilai-nilai mereka.

Kalaulah malaysia juga berpegang kepada nilai kebebasan yang sama definisinya, maka akhirnya kita tidak akan mampu memberi definisi kepada apa itu 'moral', apakah nilai-nilai yang patut dipegang; kerana akhirnya kita tidak mampu untuk mengatakan 'tidak!' kepada kehendak manusia yang berbeza pendapat dengan kita.

Sebab itulah sesebuah masyarakat dan negara harus dibina berasaskan neraca yang betul, bukannya tunduk kepada hawa nafsu orang ramai semata-mata.

Moga-moga malaysia dipimpin oleh orang-orang yang mempunyai prinsip dan bertindak berpandukan wahyu yang tidak pernah berubah nilai-nilainya. Moga-moga kita juga dapat mengislah diri dan masyarakat, agar terdidik untuk berpegang kepada neraca yang betul dan tidak terpedaya dengan 'langkah-langkah syaitan'.

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (2:208)

Sumber: http://m.nydailynews.com/new-york/manhattan/manhattan-guyfi-booth-men-relieve-stress-article-1.2499002

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


JANGAN EMOSIONAL

Posted: 17 Jan 2016 05:41 AM PST

shahbudindotcom





Mutakhir ini,  Pas bukan saja kerap mengatakan parti itu akan bertanding lebih banyak kerusi dalam PRU 14 akan datang, malah juga nekad untuk meletakkan calon-calon di semua kerusi yang ditandingi oleh Amanah dan DAP.

Terbaru Ketua Dewan Ulama Pas, Mahfodz Mohamed mengulangi lagi perkara yang sama seolah-olah Amanah dan DAP sudah jadi musuh utama.

Tidak salah untuk Pas bertanding banyak mana kerusi pun, tapi insaflah bahawa matlamat bertanding ialah untuk menang, bukannya untuk melepaskan perasaan.

Buat apa bertanding banyak kerusi kalau kalah semuanya? Kenapa Pas jadi begitu emosional dan tidak rasional sedangkan musuh majoriti rakyat sekarang ialah puak pemerintah yang sedang berkuasa?

Dalam hal ini, siapa sebenarnya musuh Pas sekarang - Amanah dan DAP atau UMNO dan BN? Kenapa semakin jarang Pas menyebut nak lawan UMNO kebelakangan ini?



Ohhh...hak Pas rupanya untuk berkawan dengan UMNO! Namun, sejak bila pula Pas sedar adanya hak berkawan dengan UMNO itu sebahagian daripada perjuangan mereka?

Siapa sebenarnya yang banyak melakukan kerosakan kepada negara dan mendatangkan kesengsaraan kepada rakyat selama ini? 




Perlukah Amanah ikut bertanding dalam PRN Sarawak?

Posted: 17 Jan 2016 05:39 AM PST

MSO

 
Parti Amanah Negara (Amanah) menyatakan hasrat untuk ikut sama meletakkan calon pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang dijangka berlangsung sebulan dua lagi. Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Presidenya, Salahuddin Ayub (foto) dalam satu kenyataan dikeluarkan di Kelantan.


Bagaimana pun jelas Salahuddin
parti itu belum menetapkan lagi kerusi mana yang hendak ditandingi. Tetapi tentulah ia di kerusi ada potensi untuk menang atau sekurang-kurang boleh menyelamatkan wang deposit.

Semestinya parti politik yang ditubuhkan, matlamat akhirnya ialah menyertai pilihan raya. Penyertaan dalam mana-mana pilihan raya untuk menentukan apakah sesebuah parti itu diterima atau tidak oleh rakyat. Tidak ada parti yang ditubuhkan tanpa menyertai pilihan raya. Dan parti yang berpendapat, ia mengharap keredhaan Allah meskipun kalah adalah juga parti "tidak sihat" dan songsang demokrasi. Parti yang berpendirian begitu lebih baik beralih kepada jemaah dakwah sahaja.

Umum tahu Amanah adalah parti baru. Ia lahir dari tulang rusak kanan parti agama Pas. Usianya masih setahun jagung. Dalam kata lain ia dalam proses menstrukturkan organisasinya. Amanah masih meniarak untuk merangkak. Menurut Salahuddin parti itu kini sedang memproses 100,000 keahliannya. Walaupun jumlah itu boleh dibanggakan tetapi ia masih belum mencukupi jika diukur dengan nisbah pengundi yang ada.

Sebagai parti baharu, Amanah belum ada tapak di mana-mana, kecualinya di beberapa kawasan yang mana pemimpinnya kebetulan menjadi Adun atau ahli Parlimen, seperti di Sepang, Shah Alam, Kota Raja, di Selangor, atau pun Kuala Kedah, di Kedah, dan juga bebeberapa kawasan di Johor. Di negeri-negeri lain seperti Pahang, Terengganu, Perlis, Melaka dan Negeri Sembilan walaupun sudah ada cawangan Amanah, tetapi ia tidak boleh digezet parti itu ada wilayah tertentu di situ.

Hatta di Kelantan sendiri walaupun sambutan kepada Amanah agak meriah dan membimbangi Pas, tetapi belum ada mana-mana kawasan yang boleh disifatkan sebagai "zone" Amanah di Kelantan. Khabar mengatakan ada lima hingga tujuh Adun dianggap sebagai mirit kepada Amanah, tetapi itu hanya usik-usikan siang hari sahaja. Hakikatnya Amanah tidak ada zone selesa di Kelantan buat masa ini.

Meskipun ada usaha untuk memancing Adun Salor Husam Musa menyertai parti itu, tetapi masih belum berhasil. Husam masih tetap istiqamah dengan Pas. Amanah akan baharu mendapat Husam sekiranya Pas Kelantan "menohoknya" kepada Amanah.

Bertolak daripada hakikat yang ada sekarang ini, adalah lebih baik kalau Amanah memberi tumpuan kepada penubuhan dan pengemasan organisasinya terlebih dahulu, daripada ikut sama menyibuk dalam PRN di Sarawak. Amanah perlu melancaran program membumi parti itu, mendekati rakyat di segenap lapisan. Buat masa ini tidak nampak apakah keperluan Amanah untuk ikut sama bertanding di sana pada waktu ini?

Apakah tujuan penyertaan itu bagi memberi ruang kepada Amanah untuk memperkenalkan dirinya kepada masyarakat di negeri Bumi Kenyalang itu? Kalau itulah niatnya, Amanah tidak pun perlu bertanding tetapi cukup untuk berada di pentas PKR dan DAP. Bukankah Amanah merupakan kompnen Harapan Baru? Amanah boleh menampilkan diri di pentas ceramah atau aktiviti kempen dua rakan mereka itu. Di samping berkempen untuk kemenangan PKR dan DAP, Amanah boleh mempromosikan dirinya.

Amanah boleh menggunakan medium kedua-dua parti itu untuk menjual dirinya. Amanah perlu menghebahkan kepada rakyat di negeri itu akan keperluan Amanah ditubuhkan dan apakahkan perbezaanya dengan Pas. Kalau Amanah itu dianggap sebagai Islam progresif, maka jelas dan ceritakan akan keprogresifan itu kepada rakyat di Sarawak. Amanah boleh menggariskan latar perjuangannya untuk masyarakat di Sarawak untuk masa depan.

Sudah pasti kalau Amanah ikut sama menyertai PRN, ia tidak dapat tidak akan menganggui Pas. Amanah harus terbuka dan bersikap profesional dalam hal ini dan menyerahkan kepada Pas untuk menggalas agenda Islam di Sarawak. Tidak dapat dielakkan kalau Amanah hendak meletakkan calon, pasti di kawasan yang didominasi oleh Pas. Pertembungan dan perebutan pengundi akan berlaku yang merugikan kedua-dua pihak.

Ambil contoh di Dun Beting Maro, kerusi yang sudah dibayangkan Amanah akan meletakkan calonnya. Dalam PRN dulu kawasan inilah satu-satunya kawasan yang hampir-hampir membawa kemenangan kepada Pas. Pas tewas dengan kekurangan 391 undi sahaja menerusi calonnya Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus. Abang Ahmad Kerdee kini sudah menyertai Amanah.

Sekiranya Amanah bertarung dengan Pas di kerusi ini, bukan sahaja Pas akan kecundang untuk kesekian kalinya, tetapi Amanah juga akan tewas. Sebabnya, penyokong kedua-dua parti itu adalah orang sama. Pertembungan serumpun sebegini perlu dielakkan.

Begitu juga di beberapa buah kerusi lain di sekitar Kuching dan Petrajaya. Ia mengalami keadaan yang sama di mana penyokong adalah dari kumpulan yang sama.

Justeru, apa yang paling baik bagi Amanah mereka tidak ikut sama bertanding dalam pilihan raya di Sarawak bagi mengelakkan berlaku pertembungan merugikan itu. Mungkin ada yang bertanya, apakah ia perlu dibiarkan kepada Pas? Jawabnya iya, kerana kalau Pas bertanding ia tidak pun merugikan Amanah. Bahkan sebagai parti yang mendokong aspirasi sama kalau calon Pas menang Amanah juga akan merasai kemenangan itu.

Perkara afdal dilakukan Amanah ialah menguat dan melebarkan pengaruh parti itu. Cari ahli seberapa banyak yang boleh dari kalangan anak-anak muda yang belum berparti. Ajak seramai mana golongan profesional menyertai parti tersebut. Menyertai pilihan raya dalam keadaan belum siapa siaga adalah satu tindakan yang kurang bijak dan akibat dari pilihan raya itu boleh melemahkan parti berkenaan. Jangan rugi sebelum menjual.

Adalah lebih baik Amanah menghimpun dan menyimpan sedikit sebanyak wang (termasuk wang deposit calon) yang ada bagi tujuan memperkasakan parti daripada ia akan hilang dalam pilihan raya berkenaan. Tidak lewat bagi Amanah untuk menunggu 10 atau 15 tahun lagi bagi menjadi parti yang dominan di Sarawak. Sebagusnya Amanah perlu menujukkan wibawanya di Semenanjung dahulu sebelum "berniaga" di Sarawak dan Sabah.

Bukit Bintang, Bangsar antara tumpuan pengganas

Posted: 17 Jan 2016 05:35 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA:  Kawasan sibuk di bandar raya seperti Bukit Bintang, Bangsar dan Sri Hartamas dikenal pasti sebagai antara lokasi tumpuan pengganas kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
 
Secara lebih khusus, beliau memberikan contoh pusat tumpuan ramai seperti pusat membeli belah di kawasan berkenaan - The Curve Damansara, Publika dan Solaris Dutamas serta Menara Kuala Lumpur berpotensi menjadi sasaran pengganas Daesh.
 
"Kita telah kenal pasti 'kawasan panas' IS di Kuala Lumpur iaitu Bukit Bintang, Bangsar, Sri Hartamas , The Curve , Publika, Solaris , Menara KL dan juga pusat tumpuan pelancong," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kempen kibar bendera Wilayah Persekutuan di Putrajaya pagi tadi.
 
Jelasnya, pihak berkuasa kini sedang giat meningkatkan kawalan di pusat-pusat tumpuan pengganas dan dalam masa yang sama menambah jumlah anggota keselamatan bertugas.
 
Malah katanya, tempat yang akan dikawal tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur sebaliknya Putrajaya dan juga Labuan akan turut diberikan perhatian.
 
"Kepada semua agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan untuk bersiap siaga dan berhati-hati dan memperbanyakkan kawalan di tempat (tumpuan ramai) di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
 
"Kita akan tambah anggota keselamatan. Kalau perlu pertambahan anggota kita akan bincang dengan kementerian pertahanan dan minta tentera bersama dengan kita kalau perlu," katanya.
 
Justeru Tengku Adnan turut mengingatkan rakyat di negara ini supaya membuat laporan polis sekiranya terlihat individu yang mencurigakan.
 
"Kita rayu orang ramai kalau ternampak orang mencurigakan segera buat laporan kepada pihak berkuasa yang berdekatan dengan mereka," katanya.
 
 

DAP akui sedang berdepan dengan kesangsian orang Melayu

Posted: 17 Jan 2016 05:31 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: DAP akur masih berdepan dengan kesangsian orang Melayu bagi mendapatkan undi walaupun parti itu sudah menjangkau ulang tahun ke-50 tahun ini, demikian ditegaskan oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang
 
Bagaimanapun tegas pemimpin verteran DAP itu, tidak akan ada sambutan gilang-gemilang bagi meraikan ulang tahun tersebut.
 
"Kami akan meraikannya secara sederhana. Banyak kerja yang perlu dilakukan, kena bekerja keras," kata Lim yang dipetik The Malaysian Insider.
 
Tegasnya lagi, kebanyakan kerja itu adalah bagaimana memulih kerosakan imej parti akibat krisis yang akhirnya menguburkan Pakatan Rakyat (PR) tahun lepas.
 
DAP dan bekas sekutu, PAS, bertelagah dalam hal berkaitan usaha memperkenalkan undang-undang jenayah Islam atau hudud di Kelantan sekaligus membawa kepada perpecahan pakatan pembangkang yang sangat buruk dan terbuka kepada umum.
 
Pengkritik berkata sepanjang keadaan kucar-kacir itu, DAP dilihat sebagai penyerang, nekad memutuskan hubungan dengan PAS.
 
Walaupun beliau menegaskan, 'DAP tidak banyak pilihan' kecuali memutuskan hubungan dengan PAS, Lim mengakui episod itu menyebabkan pembangkang kehilangan kredibiliti dimata penyokong mereka.
 
"Tidak diragui lagi yang terdapat harapan sangat tinggi bagi perubahan politik, terutamanya selepas pilihan raya umum ke-13.
 
"Harapan tinggi diletakkan pada PR, mungkin buat pertama kalinya, ada perubahan kepada kerajaan.
 
"(Tetapi) ia semua berkecai. Rakyat kecewa dengan keadaan kucar-kacir itu. Harapan mereka punah," katanya.
 
Bagaimanapun, Lim berkata episod itu memberi banyak pengajaran dan menambah pembangkang kini perlu meyakinkan penyokong yang kecewa dengan Pakatan Harapan, masih ada harapan bagi sebuah alternatif yang stabil dan berdaya maju selain Barisan Nasional.
 
"Kami sudah melalui keadaan yang paling teruk, dengan perbalahan dan kucar-kacir dalam PR," kata Lim.
 
"Tetapi itu sudah berlalu. Kami kini memulakan lembaran baharu dengan pembentukan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pakatan Harapan."
 
Bekas pemimpin PAS yang membentuk Amanah lebih "terbuka, inklusif, progresif, berpandangan ke hadapan dan dapat melihat Islam sebagai satu kuasa politik yang boleh membawa negara ini ke hadapan", kata Lim.
 
"Oleh itu, cabaran kami sekarang adalah mengembalikan harapan rakyat kepada perubahan. Kita perlu menunjukkan, rakyat masih boleh membawa perubahan melalui peti undi, walau sesukar mana sekalipun, dan kami kini kembali semula," katanya.
 
 

Polis jamin KL kawasan selamat

Posted: 17 Jan 2016 05:29 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR:  Orang ramai dinasihatkan untuk meneruskan aktiviti harian mereka walaupun timbul dakwaan beberapa lokasi di ibu negara menjadi 'sasaran' kumpulan pengganas.
 
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa memberi jaminan bahawa keselamatan orang ramai dan pelancong di ibu negara berada dalam keadaan terkawal.
 
Mengulas mengenai kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa lokasi 'hotspot' pelancong antara sasaran kumpulan pengganas, Tajudin berkata:
 
"Kami tidak pasti dimana Datuk Seri Adnan mendapat maklumat tersebut tetapi sepanjang pengetahun kami, kawalan keselamatan di semua tempat awam dipertingkatkan.
 
Malah beliau berkata pihaknya dalam keadaan bersiap sedia untuk memantau aktiviti yang mencurigakan bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin.
 
Terdahulu, Tengku Adnan dilaporkan berkata kawasan tumpuan pelancong seperti Bangsar, Publika dan Bukit Bintang antara lokasi yang dikenal pasti sebagai sasaran kumpulan pengganas.
 
Katanya, pihak berkuasa menyedari ancaman tersebut dan berada dalam kesiapsiagaan tertinggi untuk berdepan sebarang kemungkinan.
 
Adnan berkata agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan diarah meningkatkan kawalan keselamatan di tempat tumpuan awam dan pelancong di Wilayah Persekutuan.
 
 

Biar persatuan artis cadangkan nama untuk gelaran Datuk

Posted: 17 Jan 2016 05:28 AM PST

 Oleh Zeanaaima Md Yusof

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kerajaan disaran berurusan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan hal-hal kebajikan artis, untuk mengenalpasti siapakah daripada mereka layak diberikan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk. 
 
Presiden SENIMAN, Zed Zaidi berkata dengan cara itu, mana-mana artis yang mendapat gelaran tersebut tidak akan dipertikai integritinya malah akan diterima dan disanjung artis-artis yang lain.
 
Buat masa ini, segala urusan pemberian dan penerimaan gelaran sebegini hanya melibatkan seseorang artis dengan institusi yang terlibat sahaja.
 
"Saya seru pada kerajaan (kalau boleh) bagilah gelaran Datuk melalui persatuan atau NGO. Biar mereka yang beri nama (artis) siapakah yang layak dalam industri masing-masing. 
 
"Jadi dengan cara itu, golongan artis (yang mendapat Datuk) akan lebih diiktiraf," katanya ketika ditemubual secara eksklusif dengan Antarapos.
 
Zed berkata, beliau bersetuju apabila ada dikalangan artis mendapat gelaran Datuk kerana mereka juga berkerja keras untuk memberikan sumbangan kepada bangsa dan negara, melalui cara tersendiri.
 
"Selain berlakon menyanyi, dia bergiat aktif dalam persatuan dan bila dia dapat Datuk, kita tak boleh pertikai sebab itu sumbangan dia pada golongan artis, masyarakat..dan itulah sumbangan dia pada negara," katanya.
 
Ketika ditanya perihal kontroversi bahawa terdapat sesetengah artis mendapatkan gelaran Datuk, menggunakan saluran yang meragukan, Zed berkata bukan sahaja dirinya bahkan masyarakat juga mempersoalkan perkara tersebut.
 
"Artis yang mendapat Datuk itu dia ada menyumbang kepada jasa dalam NGO, sumbangan pada masyarakat atau negara. Tapi bagi yang dapat (Datuk) tapi kita tahu dia tidak menyumbang apa-apa, kita musykillah, kenapa dia dapat Datuk. 
 
"Bukan saya saja yang persoal tapi rakyat juga persoal. Ini realiti yang berlaku di negara kita sekaranglah," katanya.
 
Zed menambah, sesetengah artis yang sudah mencapai fasa-fasa tertentu amat memerlukan gelaran Datuk untuk lebih dihormati.
 
Malah ada juga yang menggunakan gelaran tersebut untuk kepentingan perniagaan yang diusahakannya, selain bergiat aktif dalam seni hiburan tanah air.
 
"Bila sudah jadi artis dikenali dan bila dah capai peringkat tertentu, artis ini mahu lebih dihormati, sebab sudah naik taraf.
 
"Artis juga bila sampai tahap 'sejuk' atau tak popular, mereka akan buat perniagaan. Ketika inilah gelaran Datuk itu penting untuk strategi pemasaran perniagaan mereka," katanya lagi.
 
 

Terserah, jika mahu teruskan demonstrasi bantah TPP

Posted: 17 Jan 2016 05:14 AM PST

Mustapa Mohamed
Mustapa Mohamed


KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) menyifatkan pihaknya telah menjalankan tugas dengan memberi penerangan sebaiknya kepada seluruh rakyat termasuk ahli-ahli Parlimen pembangkang berhubung perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Menterinya,  Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pihaknya tiada halangan jika mana-mana pihak mahu mengadakan bantahan terhadap TPP, Sabtu ini.

"Kita negara demokrasi jadi terserah pada merekalah. Ada undang-undang. Kalau ikut peraturan, dia boleh buat demonstrasi.

"Tapi kita rasa tak ada asaslah nak demonstrasi kerana kita mengamalkan sikap terbuka." katanya ketika ditemui media selepas memberi taklimat berkaitan TPP, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas soal bantahan terhadap TPP yang akan diadakan hujung minggu depan di ibu kota.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas bantah TPP di Sidang Khas Parlimen nanti]

Mengulas lanjut, Mustapa berkata beliau menyerahkan keputusan kepada rakyat untuk diturunkan kepada wakil-wakil rakyat masing-masing yang bakal mengundi di Parlimen.

"Kita pulangkan kepada rakyat. Jadi, cara kita di Malaysia adalah kita pergi ke Parlimen. Ahli Parlimen akan buat keputusan.

"Kita tak tahu (mereka) nak bantah ataupun tidak. Daripada apa yang kita baca, pembangkang masih nak bantah. Itu hak mereka tapi kita sudah buat yang terbaik," katanya.

Sebelum itu, beliau menjelaskan bahawa pihaknya telah menjalankan satu bengkel yang turut dihadiri ahli-ahli Parlimen pembangkang, termasuk Ketuanya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Saya ucapkan terima kasih kerana pembangkang hadir termasuk ketua pembangkang. DAP pun hadir.

"Tidak pernah lagi berlaku, (majlis Miti) tokoh-tokoh besar pembangkang hadir," katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap rakyat negara ini turut menunjukkan sikap terbuka seperti yang dipamerkan ahli-ahli Parlimen pembangkang serta melihat TPP sebagai perkara yang akan memberi kesan positif pada jangka masa panjang.

Dua lagi pegawai PTG Pahang akan didakwa esok

Posted: 17 Jan 2016 05:12 AM PST

SINAR HARIAN


Bauksit
Bauksit


KUANTAN - Dua lagi pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini esok atas pertuduhan rasuah berkaitan perlombongan bauksit.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 24 akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi dan penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pada 13 Jan lepas, dua pegawai jabatan itu iaitu Penolong Pegawai Tanah Fadly Ab Malek, 35, dan Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Syed Umar Khalil Syed Khalid, 34, telahpun dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menerima rasuah daripada seorang pelombong haram bauksit.

Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 seorang sementara menunggu sebutan semula kes pada 5 Februari depan.

Sehingga kini, SPRM telah menahan dan memanggil untuk direkodkan percakapan seramai 14 orang iaitu 10 pegawai PTG Pahang dan empat orang awam bagi membantu siasatan kes rasuah perlombongan bauksit. -Bernama


Kelantan kekal warna tradisi merah, putih

Posted: 17 Jan 2016 05:07 AM PST

Annuar Musa
Annuar Musa


PAMOGA Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW) akan kekal menggunakan warna tradisi mereka, merah dan putih untuk jersi rasmi pasukan itu sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Perkara tersebut diumumkan sendiri Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa selepas barisan kepimpinannya mengadakan mesyuarat, malam tadi.

"Kelantan tetap dengan jersi tradisinya, merah (untuk perlawanan di gelanggang sendiri) dan putih serta biru (di gelanggang lawan). Jersi (jenama) Nike ini akan dilancarkan, pada 10 Februari depan.

"Sementara itu, Kelantan akan mendaftarkan jersi kedua berwarna shocking pink (merah jambu). Jersi ini akan dilancarkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan penaja utama, Datuk Seri Hasmiza Othman," katanya dipetik menerusi laman sosialnya.

Pengumuman tersebut sekali gus menamatkan desas-desus mengatakan Kelantan bakal menggunakan jersi merah jambu selepas pengasas Vida Beauty yang dikenali panggilan Dr Vida itu memeterai perjanjian menaja pasukan itu, baru-baru ini.

Annuar turut memberitahu, pihaknya turut menerima tajaan sebuah bas baharu yang disumbangkan oleh penaja, Konsortium e-Mutiara untuk kegunaan pasukan bola sepak mereka, pada musim ini.

"Bererti setiap pasukan iaitu PQP TRW, The Presiden Warriors (skuad Piala Presiden) dan The Young Warriors (skuad Piala Belia) akan memiliki bas masing-masing," katanya.

Dalam entri sama, Annuar turut mengakui segala pembaharuan yang dilakukan oleh Kelantan ketika ini sudah pasti akan menjadi tumpuan dan perhatian selain dicemburui pasukan lain.

"Tapi tidak mengapa....kita adalah kita, (kerana) kita tersendiri. Kita mungkin bukan pasukan yang 'Luaskan Kuasamu' tetapi kita adalah pasukan yang bersedia untuk berada di hadapan dan menongkah zaman. Gomo Kelate (Kelantan) Gomo," katanya.


PDRM nafi militan IS sasar lokasi tertentu di ibu kota

Posted: 17 Jan 2016 05:02 AM PST

Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan yang tersebar melalui laman sosial yang mendakwa kumpulan militan IS telah menetapkan beberapa lokasi di ibu kota untuk melancarkan serangan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan melalui laman Twitternya berkata, semua pihak diminta hentikan membuat spekulasi berhubung keadaan keselamatan bandaraya atau negara  yang boleh merunsingkan rakyat di negara ini.

Sementara itu Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa menyifatkan penyebaran berita palsu itu adalah bertujuan untuk menakutkan masyarakat.

"Setakat ini tiada laporan Cawangan Khas PDRM mengenai ancaman serangan itu, saya menyeru orang ramai tidak terpengaruh dengan kenyataan yang tidak dapat dipastikan kesahihan, sebaliknya
menghubungi pihak polis," katanya hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Polis nafi wujud senarai lokasi serangan militan IS]

Beliau berkata, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan, meningkatkan rondaan dan kawalan di tempat tumpuan orang ramai.

"Anggota kita mencukupi untuk melakukan rondaan di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai," katanya.

Berita mengenai ancaman serangan pengganas disebarkan oleh pihak tertentu melalui WhatsApp dengan menyenaraikan beberapa lokasi seperti KLCC, stesen kereta api, pusat membeli belah, restoran makanan segera dan pengangkutan awam sebagai tumpuan serangan itu.

MAKIN DICARI PERSAMAAN, MAKIN KETARA PERBEZAAN

Posted: 16 Jan 2016 11:39 PM PST

shahbudindotcom

 
 
 
Semakin Najib cuba mencairkan hati rakyat dengan menunjukkan seolah-olah beliau mempunyai persamaan dengan Tun Razak, yang menyerlah sebenarnya hanyalah jurang perbezaan antara kedua-duanya.

Selain banyak aspek perbezaan antara "anak dengan bapa" yang disingkap dalam seminar sempena 40 tahun pemergian Bapa Pembangunan itu baru-baru ini, mereka yang pernah bekerja dan mengenali Tun Razak lagi banyak ceritanya.

Berbual-bual dengan mereka, tanpa ragu-ragu, terbuka dan lantang pasti akan terpacul suara, "langsung tak sama."

Antara DEB dan 1MDB saja sudah cukup menunjukkan bezanya bagaikan langit dengan bumi antara Tun Razak dengan Najib.

Maka, sebagaimana yang diakui sendiri oleh Najib, patutlah Tun Razak tidak menggalakkan beliau menceburi politik, sebaliknya hanya mahukannya menjadi akauntan saja.

Selama ini, cakap-cakap bahawa Tun Razak dikatakan lebih mahukan Ahmad Johari menceburi politik dan bukannya Najib sudah pun lama diperbualkan, tetapi tidak ada yang dapat mengesahkannya secara pasti.

Ini kerana ia mungkin hanya diperbualkan antara Tun Razak dengan orang-orang tertentu atau kenalan rapatnya saja. Kemungkinan lain ialah mereka yang mengetahuinya tidak mahu mengungkit lagi hal itu berikutan kedudukan Najib sudah menjadi Perdana Menteri sekarang ini.

Menyebutnya lagi hanya seolah-olah mencalarkan nama baik Tun Razak serta menunjukkan tidak semua perkara yang dimahukannya adalah betul. Hakikatnya walaupun tidak digalakkan tetapi Najib berjaya menjadi Perdana Menteri.
 
 
 
 
 
 
Tuah menyebelahi Najib sebagai anak sulung dan bukan Ahmad Johari yang merupakan anak kedua hanyalah kerana Tun Razak meninggal dunia lebih awal dan secara mengejut disebabkan penyakit leukemia yang dideritanya.

Jika umurnya lebih panjang, barangkali Tun Razak bukan saja sempat merancang lebih banyak kebaikan untuk negara, tetapi juga mempunyai masa untuk melatih pewarisnya yang betul-betul tepat untuk kita semua.

Alasan Tun Razak bahawa Najib agak pendiam dan tidak sesuai untuk politik tidak lebih sekadar alasan saja. Biasalah, orang tua selalunya banyak kias ibaratnya dalam menolak sesuatu perkara dan mereka jarang berterus terang untuk mengelakkan ada perasaan kecil hati.

Apabila Najib sendiri mendedahkan bahawa beliau sebenarnya tidak digalakkan menceburi politik oleh ayahnya, bermakna Tun Razak sudah pun menyedari ketidakmampuan anaknya dalam hal ehwal politik dan pentadbiran negara sejak lebih 40 tahun dulu lagi.

Tun Razak tentunya tidak risau dari segi kedudukan dan jawatan anaknya dalam politik, tetapi lebih memikirkan masa depan rakyat dan negara di tangan pewarisnya yang diketahui dan disedarinya sejak kecil ukur mampunya. 

Hari ini, jangkaan Tun Razak dengan tidak menggalakkan Najib menceburi politik, semuanya sudah menjadi nyata dan terbentang di depan mata kita.

Meskipun berjaya menjadi Perdana Menteri, Najib lebih banyak membawa "sengsara" berbanding "bahagia" sedangkan memberi kebahagiaan kepada rakyat dan negara itulah pegangan asas bapanya.

Masihkah kita mahu terus mengekalkannya lagi?  


 

C4 anggap siasatan SRC, RM2.6 bilion kunci pemulihan ekonomi

Posted: 16 Jan 2016 11:26 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Pengarah Eksekutif C4, Cynthia Gabriel berkata isu melibatkan 'derma' RM2.6 bilion yang masih belum selesai akan terus memberi kesan terhadap ekonomi dan keyakinan pelabur. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Januari, 2016.Pengarah Eksekutif C4, Cynthia Gabriel berkata isu melibatkan 'derma' RM2.6 bilion yang masih belum selesai akan terus memberi kesan terhadap ekonomi dan keyakinan pelabur. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Siasatan terhadap sumbangan politik RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd perlu dilengkapkan bagi menghalang kemelesetan ekonomi lebih teruk, kata Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) hari ini.

Pengarah Eksekutif C4, Cynthia Gabriel berkata negara ketika ini sudah pun bergelut dengan masalah kejatuhan harga minyak dan terpaksa mengubahsuai Bajet 2016.

Ini ditambah pula dengan pengurus dana Amerika Syarikat yang diberitakan membuat saranan kepada pelabur agar menarik diri dari Malaysia kerana "rasuah berleluasa" di negara ini.

Cynthia berkata C4 melihat perkara itu dengan penuh harapan dan kebimbangan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan kertas siasatan kedua-dua kes itu kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut. 
 
 "Sekiranya siasatan SPRM ini ada sebarang makna, ia mesti mampu mengurangkan syak wasangka orang ramai terhadap identiti pemberi derma dan motif sumbangan itu.

"Kedua-dua soalan ini terus mendominasi wacana awam dan harus dihentikan dengan segera jika negara ini mahu bergerak ke hadapan, memulihkan ekonominya yang goyah dan menyelamatkan kemerosotan nilai ringgit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


PKR sertai majlis Amanah, tak hirau bantahan rasmi PAS, kata Rafizi

Posted: 16 Jan 2016 11:22 PM PST



Rafizi Ramli berkata untuk menjatuhkan Umno, PKR akan akan terus bekerjasama dengan sesiapa sahaja. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Januari, 2016. Rafizi Ramli berkata untuk menjatuhkan Umno, PKR akan akan terus bekerjasama dengan sesiapa sahaja. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli terus menyertai majlis ceramahnya bersama Parti Amanah Negara (Amanah) di Kelantan malam tadi tanpa menghiraukan bantahan rasmi dibuat PAS negeri itu beberapa hari lepas.

Katanya, PKR akan terus bekerjasama dengan sesiapa sahaja bagi menjatuhkan kerajaan Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana ia terlalu memudaratkan rakyat.

"Jika Rosmah ajak saya ceramah bantah Najib pun, saya datang. Kerana Najib dan Umno sekarang adalah parti yang tidak boleh didekati.

"Lebih-lebih lagi, Amanah ini rakan PKR dalam Pakatan Harapan," kata Rafizi pada majlis yang diadakan di Kok Lanas itu. Menurut Rafizi, negara Malaysia yang dipimpin Najib terlalu teruk dan membuat bahana kepada ekonomi negara sehingga dirasai semua rakyat.

"Dulu zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi mahasiswa, mereka pergi membuat demonstrasi di Baling kerana petani lapar.

"Sekarang, tidak lama lagi, petani akan pergi ke kampus universiti untuk berdemo, kerana mahasiswa pula lapar. Ia hanya berlaku di zaman Najib Razak sahaja.

"Oleh itu, bagi saya, Najib ini tidak boleh didekati," kata Rafizi yang dipercayai menyindir PAS yang dilihat sedang dalam proses mendekati Najib dan Umno ketika ini.

PAS Kelantan menghantar surat rasmi kepada PKR membantah tindakan parti itu mengadakan ceramah bersama Amanah di negeri yang terletak di bawah pemerintahan parti Islam itu.

Surat bertarikh 13 Januari itu ditujukan kepada Rafizi sendiri, yang turut merangkap naib presiden PKR.

Berdasarkan salinan surat tersebut yang tersebar di media sosial, Badan Perhubungan PAS Kelantan menerima laporan mengenai pemimpin PKR yang hadir sepentas dalam program anjuran Amanah di Kelantan.

"Ekoran daripada itu, ia mencetuskan hubungan politik tidak selesa dan menjejaskan hubungan baik PAS-PKR di Kelantan," menurut surat yang ditandatangani Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

"Sehubungan itu Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan dengan ini menzahirkan rasa dukacita atas penglibatan tersebut, dan memohon agar ia tidak diteruskan demi kebaikan bersama," kata kandungan surat yang dihantar menjelang ceramah Rafizi di Kok Lanas malam tadi itu.

Bantahan PAS terhadap PKR semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini sehingga ada pemimpin menjangkakan hubungan antara keduanya akan putus sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Antara yang berpendapat demikian ialah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Sebaliknya, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, hubungan kedua-duanya akan kekal sekurang-kurangnya hingga PRU14.

PAS sebelum ini membuat pendirian untuk mengadakan tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan PKR dan taawun (kerjasama untuk kebaikan) dengan Umno.

Dalam masa yang sama, PAS menyifatkan Amanah, iaitu parti yang ditubuhkan hasil perpecahannya, serta DAP, adalah musuh mereka.


Suasana ekonomi negara mencemaskan kita

Posted: 16 Jan 2016 10:41 PM PST

 
Kejatuhan harga minyak di pasaran antarabangsa ditambah dengan nilai Ringgit yang masih merosot memberi kesan besar kepada ekonomi dan ramai rakyat hilang pekerjaan
 
 
 
econikmy


Boboi berumur 26 tahun dan bekerja dengan syarikat industri minyak dan gas sejak tiga tahun lalu. Enam bulan lalu, dia diberhentikan kerja kerana syarikat mahu menjimatkan kos operasi. Sehingga kini dia masih menganggur dan mengharapkan gaji isterinya sebagai guru untuk meneruskan hidup.

Fadil pula diberhentikan kerja kerana tidak sehaluan dengan ketua jabatan di sebuah universiti swasta. Walaupun memegang ijazah sarjana tetapi dia masih tidak mendapat perkerjaan.

Amira pula telah setahun tamat penggajian dalam bidang fisioterapi tetapi masih menganggur. Dia telah memohon banyak kali tapi tiada kekosongan malah ada syarikat yang dimohon dalam proses mengurangkan pekerja.

Itu antara contoh beberapa kisah rakyat Malaysia yang sedang bergelut mencari pekerjaaan disebabkan iklim ekonomi Malaysia yang semakin menakutkan. Situasi mereka berbeza tapi masalah mereka sama – tiada peluang pekerjaan.

Walaupun kerajaan sering mengatakan ekonomi Malaysia baik dan terkawal, namun keadaan sebenar adalah sebaliknya. Di merata tempat, banyak kilang dan syarikat yang terlibat industri minyak dan gas misalnya, telah memberhentikan kerja besar-besaran.

Di kawasan industri di Pelabuhan Kemaman, Terengganu umpamanya, banyak syarikat dan kilang telah memberhentikan kerja sejak setahun lalu dan semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini, gara-gara tiada projek baru di bawah Petronas.

Perlukah kita merasa cemas dengan iklim ekonomi negara sekarang? Ya, kita berhak untuk merasa cemas dengan situasi ekonomi sekarang kerana harga minyak terus merosot. Ketika ini harga minyak di pasaran dunia USD30 setong. Sebahagian besar pendapatan negara bergantung kepada minyak. Dalam masa sama juga, nilai Ringgit kekal merosot.

Jika tidak serius, masakan kerajaan terpaksa menyemak semula Bajet 2016 disebabkan kejatuhan harga minyak yang akan dibentang 28 Januari ini. Bajet 2016 dirangka ketika harga minyak USD45 setong.

Bank Negara Malaysia (BNM) melaporkan sekurang-kurangnya 8,690 orang telah diberhentikan kerja sepanjang Januari hingga September 2015 melalui pelbagai skim akibat daripada keadaan ekonomi yang semakin parah.

Persekutuan Pekerja Malaysia (MEF) pula mengatakan 20,000 hilang kerja tahun lalu meningkat sekali ganda berbanding 2014. Trend itu menunjukkan ia akan berterusan sehingga 2016, dengan lebih banyak pekerja diberhentikan dan syarikat gulung tikar.

Statistik lain menunjukkan setakat September 2015, seramai 461,000 orang terpaksa menganggur, peningkatan sebanyak 22 peratus atau 84,000 orang berbanding bilangan penganggur pada September 2014.

Tahun 2016, dijangka ekonomi Malaysia akan bertambah mencabar. Malah, dijangkakan lebih ramai pekerja akan diberhentikan sekaligus menguatkan sebab mengapa kita perlu cemas.

Kaji selidik Randstad Workmonitor mendapati 13 peratus pekerja Malaysia bimbang tentang keselamatan kerja mereka pada 2015, meningkat dua kali ganda berbanding 6 peratus pada tahun sebelumnya.

Bagi yang mempunyai pekerjaan, jangan terlalu yakin, ingatlah langit tidak selalu cerah. Ini bukan masa sesuai untuk bertukar kerja atau memilih kerja. Sentiasa amalkan sikap berjimat cermat dan menabung. Elakkan membazir dan berbelanja mengikut keperluan bukan kemahuan.

Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan tidak boleh dipersalahkan kerana masalah ekonomi negara adalah disebabkan pengaruh kelembapan ekonomi dunia dan Malaysia tidak boleh mengawal ekonomi dunia.

Wahai kerajaan, ini bukan masa sesuai untuk menuding jari. Segeralah bertindak menyelamatkan ekonomi negara,

Sudah-sudahlah bermain isu politik. Rakyat sudah bosan dengan karenah dengan pembangkang. Isu utama sekarang bagaimana menyelamatkan ekonomi negara daripada terus merudum jika harga minyak terus jatuh. Tolong Selamatkan Malaysia!

El Nino: Kerajaan pusat akan bantu Air Kelantan jika bekalan air kritikal

Posted: 16 Jan 2016 10:38 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
MACHANG: Kerajaan pusat akan membantu Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) jika bekalan air kepada penduduk di negeri ini, kritikal akibat fenomena El Nino.
 
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) kerajaan pusat sudah meluluskan peruntukan RM30 juta kepada kerajaan Kelantan bagi membantu mengatasi masalah bekalan air.
 
"Jika peruntukan itu masih tidak mencukupi akibat kesan El Nino kerajaan pusat bersedia untuk menimbang peruntukan tambahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Rasmi Negara di Sekolah Menengah Sains Machang di sini, hari ini.
 
Lebih 1,000 peserta yang terdiri daripada guru dan pemimpin masyarakat menghadiri seminar berkenaan.
 
Ahmad Jazlan yang juga Anggota Parlimen Machang mengulas perancangan AKSB yang akan menggunakan sumber air bawah tanah melalui telaga tiub bagi menampung kekurangan bekalan air yang mungkin berlaku berikutan fenomena El Nino.
 
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri Kelantan Datuk Hanifa Ahmad dilaporkan berkata setakat ini terdapat lebih 30 telaga tiub yang boleh membekalkan air kepada 33 loji rawatan air di negeri ini.
 
Ahmad Jazlan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata kerajaan pusat sentiasa memberi fokus utama untuk membantu Kelantan bagi mengatasi masalah bekalan air.
 
Beliau berkata ini disebabkan negeri itu paling banyak mempunyai masalah dalam usaha membekalkan air bersih kepada rakyat terutama di kawasan luar bandar, berbanding negeri lain.
 
"Tiada ancaman El Nino pun Kelantan menghadapi masalah bekalan air yang sering kali terputus akibat batang paip lama yang berkarat sejak puluhan tahun tidak diganti dengan paip baharu, apatah lagi jika berlaku fenomena itu," katanya.
 
 

Kerajaan Selangor tak akan luluskan projek pelancongan di Batu Caves - Xavier

Posted: 16 Jan 2016 10:37 PM PST

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tidak akan meluluskan sebarang projek pembangunan baru di kawasan berdekatan Kuil Sri Subramaniam di Batu Caves memandangkan ia tidak sesuai dibina.
 
ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berkata, ianya susulan keaadaan struktur tanah di sekitar kuil itu yang tidak berapa kukuh untuk dilaksanakan pembagunan.
 
"Kita telah membuat kajian dan kajian menunjukkan bahawa keseluruhan kawasan kuil itu tidak boleh diadakan bangunan yang besar, sebab itu apabila ada satu syarikat swasta hendak dirikan pangsapuri itu pun telah diberhentikan kerana keadaan kuil dan bukit sana yang dikatakan tidak berapa kuat. 
 
"Jadi ikutan itu, negeri telah membuat beberapa keputusan bahawa di dalam kawasan Batu Caves dan dekat kawasan itu tidak boleh diadakan pembangunan yang besar didirikan di sana," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau mengulas gesaan MIC yang mahu kerajaan Selangor memberikan kelulusan untuk projek pembangunan di kawasan kuil tersebut yang tergendala sejak beberapa tahun lepas, demi membantu sektor pelancongan negeri. 
 
Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata dua projek utama yang tergendala itu ialah pembinaan pusat kebudayaan India di Batu Caves dan projek pembinaan kereta kabel sepanjang 250 meter.
 
Bagaimanapun Naib Presiden PKR itu menegaskan kerajaan Selangor buat masa ini tidak akan meluluskan projek-projek pembangunan berkenaan.
 
"Tiada..tiada... (tidak menjadi kenyataan). Sampai sekarang kita tidak luluskan mana-mana pembangunan baru di dalam kawasan itu," katanya.
 
Ditanya lebih lanjut, sama ada kelulusan itu akan dipertimbangkan pada masa depan, Xavier bagaimanapun sekali lagi meminta supaya MIC menerima kenyataan dan realiti.
 
Tambahan katanya penduduk di kawasan itu majoritinya menolak pembangunan baru di situ.
 
"Ini bukan tergendala..ini bukan tergendala, ini mereka cadang untuk buat tetapi apabila kita cadang untuk buat 'ujian' dan macam mana hendak dirikan kereta kabel di sana itu dan juga aduan-aduan daripada penganut-penganut yang datang ke kuil Batu Caves itu katakan jangan ada apa-apa pmbangunan besar di sana sebab terganggu dengan keadaan kuil dan  kita nampak kuil dan mereka kata biarkan kuil macam itu sebab lebih selesa untuk orang-orang sembahyang dan sebagainya itu," katanya.
 
Xavier dalam pada itu mencabar MIC supaya mendapatkan referendum orang ramai dulu sebelum terus-menerus mengasak kerajaan Selangor dalam mendapatkan kelulusan untuk kedua-dua projek tersebut.
 
"Saya ingat kalau MIC berani, buat satu referendumlah di Batu Caves tengok orang India hendak kereta kabel atau tidak mahu.
 
"Saya ingat ramai yang tidak mahu apa-apa pembinaan di sana sekarang dan itu kuil kepunyaan kepada itu satu saudara dan ia punya keluarga," katanya.
 
Beliau dalam pada itu berkata, tambahan kuil itu adalah milik persendirian dan tidak ada kena mengena dengan kerajaan Selangor.
 
"Bukan kuil yang dijaga oleh masyarakat, itu Tuan Nadarajah dan keluarga dia punya kuil itu, dia yang hendak pengaruhkan, jadi pasal apa negeri hendak beri kuil-kuil kepada orang-orang yang pakai kuil itu sebagai kawasan sendiri, jadi digunakan oleh dia dan keluarga dia," katanya.
 
Untuk rekod, kerajaan Pusat telah meluluskan RM2 juta untuk pembinaan pusat kebudayaan itu pada 2012 tetapi projek itu sehingga kini tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
 
Manakala MPS difahamkan menghentikan kerja pembinaan projek kereta kabel itu pada 6 Jun 2014 berikutan beberapa struktur pembinaan di sekitar Batu Caves dikatakan dibina tanpa kelulusan kebenaran merancang.
  


Najib Perdana Menteri paling gagal – bekas ahli UMNO

Posted: 16 Jan 2016 10:27 PM PST

 
Anina merujuk tindakan 1MDB menjual aset negara kepada syarikat luar demi menyelesaikan hutang selain peningkatan kos sara hidup yang membebankan rakyat


anina najib


PETALING JAYA: Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri paling gagal di dunia kerana menjual kepentingan negara kepada syarikat asing demi menyelamatkan 1MDB.

Katanya, Perdana Menteri yang baik tidak akan sanggup menjual harta negara kepada syarikat luar semata-mata bagi menyelamatkan sebuah syarikat.

Perdana Menteri yang baik, kata Anina, perlu sentiasa berusaha membangunkan ekonomi negara dan mencari jalan memyelesaikan hutang yang tidak perlu menjual aset negara kepada pihak luar.

Dia merujuk kepada penjualan loji janakuasa milik 1MDB, Edra Global Energy kepada China General Nuclear Power Corportion dan penjualan 60 peratus saham Bandar Malaysia kepada konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH)-China Railway Engineering Corporation (CREC).

Konsortium IWH-CREC melibatkan pegangan kepentingan 60:40.

"Sekiranya Najib seorang ketua kerajaan yang baik beliau tidak akan menjual harta negara kepada orang asing sebaliknya memikirkan cara membangunkan negara yang diperintah," katanya kepada FMT.

Dalam masa sama, Anina menasihatkan Najib supaya berhenti mengheret bapanya, bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak ke kancah kegagalan politik beliau.

"Pertama kali dalam sejarah saya melihat seorang Perdana Menteri yang paling gagal dalam sejarah negaranya berdiri di hadapan rakyat sambil menyatakan "saya bangga menjadi anak bapa saya dan setiap hari saya hidup untuk mengekalkan warisannya".

"Ini sunguh tidak masuk akal saya dan 30 juta rakyat Malaysia yang lain. Persoalannya, kepada siapa Datuk Seri Najib hendak buktikan bahawa beliau berjaya seperti ayahandanya, Tun Abd Razak," katanya.

Perdana Menteri tidak sepatutnya mengunakan alasan mencontohi ayahandanya sebagai cara memujuk hati rakyat, kerana 30 juta rakyat tidak akan memaafkan beliau susulan kegagalannya menyelesaikan isu 1MDB ditambah pula dengan peningkatan kos sara hidup.

"Bagaimanakah DS Najib boleh menangis pada hari memperingati pemergian Tun Razak sambil menyatakan setiap hari beliau hidup dengan mencontohi ayahandanya.

"Saya sama sekali tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa. Tetapi saya bercakap hari ini demi rakyat.
Datuk Seri Najib perlu berhenti dari mengheret Allahyarham Tun Razak dalam kancah kegagalan politiknya pada hari ini.

"Ayahanda beliau jauh lebih mulia dan terhormat di hati rakyat dan wajahnya terpahat dalam kenangan indah sebuah negara berdaulat. Datuk Seri Najib langsung tidak mengikut jejak budi ayahandanya," katanya.

Bersolidariti sokong Indira, mahu pertukaran agama secara unilateral dihentikan

Posted: 16 Jan 2016 08:58 PM PST

Zikri Kamarulzaman  






Ketika kabinet meneruskan usaha mencari jalan untuk menangani isu penukaran agama kanak-kanak, kira-kira 200 orang hari ini hadir bersolidariti dengan Indira Gandhi, yang mana tiga anaknya telah ditukar agama mereka oleh bekas suaminya yang memeluk Islam.

Peguam Indira, M Kulasegaran memberitahu Malaysiakini bahawa ia berlangsung di Ipoh selama kira-kira satu setengah jam dan berjalan secara aman.

"Orang ramai dari pelbagai kaum hadir untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Indira," katanya selepas menghadirinya.

Menurutnya, satu lagi perarakan dirancang diadakan di Seremban esok.

Bulan lalu, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang memutuskan bahawa pertukaran agama tiga anak Indira oleh bekas suaminya K Pathmanathan @ Muhammad Riduan Abdullah adalah tidak sah.

Dalam keputusan majoriti, Mahkamah Rayuan berkata Mahkamah Tinggi Ipoh tidak mempunyai bidang kuasa bagi membicarakan penukaran agama tiga anak seorang guru tadika M Indira Gandhi oleh bekas suaminya.

Menurutnya, isu sama ada seseorang itu beragama Islam atau tidak adalah di bawah bidang kuasa eksklusif mahkamah syariah.

Mereka yang hadir membawa pelbagai sepanduk, termasuk yang berbunyi 'Do not separate mother and child', 'Indira we feel your pain' dan 'Children need a mother's love and touch'.

Presiden Persatuan Peguam Wanita, Meera Samanther dalam ucapannya melahirkan kebimbangan tentang bagaimana berkesannya jawatankuasa kabinet itu dalam menangani soal pertukaran agama secara unilateral itu.

Sambil menyuarakan kebimbangan bahawa ia akan menjadi sia-sia, Meera berkata adalah jelas kerajaan tidak mempunyai iltizam politik dan keberanian untuk membetulkan yang salah dan untuk menetapkan dasar dan undang-undang yang saksama.

Presiden MIC Datuk Seri S Subramaniam, yang mengetuai jawatankuasa kabinet itu, malam tadi berkata, kerajaan tetap dengan pendiriannya bahawa pertikaian dalam hak penjagaan anak antara agama perlu dirujuk kepada mahkamah sivil jika pasangan itu berkahwin di bawah undang-undang sivil.

Pendirian ini pertama kali dibuat pada tahun 2009, selepas berita mengenai Indira itu pertama kali dilaporkan.

Bagaimanapun, bekas menteri undang-undang Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mendedahkan pada tahun 2013 bahawa Majlis Raja-Raja membantah pelaksanaan keputusan 2009 itu.

Mat Sabu: Kita bermusuh dengan sesiapa berkawan dengan BN

Posted: 16 Jan 2016 08:54 PM PST

Anne Muhammad   







Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu berkata partinya bermusuh dengan mana-mana parti yang 'berkawan' dengan Barisan Nasional (BN).

"Kita musuh dengan BN dan siapa sahaja yang berkawan dengan BN," katanya kepada pemberita di Retreat DAP di Subang Jaya hari ini.

Mohamad berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan PAS mengisytiharkan AMANAH sebagai musuh.

Ia kerana AMANAH dijangka akan bertanding sebanyak lapan kerusi di Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Walaupun Mohamad tidak menyatakan mana-mana parti namun ia dilihat menjurus kepada PAS yang sebelum ini dilihat mahu bekerjasama dengan Umno atas nama Islam.

Sebelum ini isu mengenai kerjasama antara PAS dan Umno berlarutan sejak sekian lama dan timbul semula kebelakangan ini.

Spekulasi itu diperkuatkan lagi dengan pertemuan antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dalam majlis Multaqa Almuni Al Azhar bulan lalu.

Kedua-dua pemimpin itu bukan sahaja dilihat mesra, bahkan tampil berpakaian sedondon dengan baju Melayu merah jambu.

Najib juga sebelum itu menawarkan kerjasama dengan PAS bagi membentuk hubungan yang lebih rapat semasa berucap di perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

Bagaimanapun, di tengah-tengah kontroversi itu, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan bahawa PAS tidak akan menyertai BN tetapi boleh meneruskan kerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan agama Islam.


Teong Kim saran bubar Harimau Malaya

Posted: 16 Jan 2016 08:50 PM PST

N Faizal Ghazali

   
Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan Lim Teong Kim mencadangkan pasukan bola sepak kebangsaan dibubarkan dan diambil alih oleh skuad Projek Sukan Sea 2017 yang terdiri daripada pemain bawah 23 tahun (B-23).

Lim, yang berkhidmat sebagai jurulatih untuk pasukan junior Bayern Munich selama 10 tahun, berkata pemain Harimau Malaya sudah berada di tahap yang tepu atau mungkin ada juga di kalangan pemain yang tidak mahu bermain untuk pasukan itu.

Dengan adanya pasukan B-23, menurut beliau, skuad kendalian jurulatih dari Jerman, Frank Bernhardt itu wajar diangkat sebagai pasukan utama negara.

"Sekarang adakah bermasalah untuk skuad b-23 menjadi pasukan kebangsaan, tiada kan? habis apa masalah?

"Pemain-pemain yang kita ada sekarang dalam skuad kebangsaan, mereka sudah capai satu tahap di mana mungkin kalau ditanya mereka pun mungkin tidak mahu bermain untuk negara.

"Mereka lebih pentingkan kelab, jadi mengapa tumpu kepada orang-orang yang sudah tidak mahu bermain untuk negara," katanya kepada media ketika ditemui di Forum Bola Sepak Malaysia, di Institut Sukan Negara, Bukit Jalil hari ini.

Tegas Teong Kim, di samping memberi tumpuan kepada sasaran pingat emas pada Sukan Sea 2017 pasukan B-23 perlu diberi kepercayaan dari awal di samping mengutip sebanyak mungkin pengalaman.

"Biar pemain-pemain ini menerima pengalaman jika sekiranya misi untuk Sukan Sea gagal, mereka akan mengambil temasya itu sebagai satu pengalaman.

"Ini supaya mereka mengumpul sebanyak mungkin pengalaman dan suatu hari nanti mereka akan menjadi pemain matang untuk skuad kebangsaan," jelasnya.

Mengulas barisan skuad Harimau Malaya sedia ada katanya, mereka hanya diisi oleh pemain sama yang disifatkan tidak dapat mengubah perkembangan bola sepak Malaysia.

"Jadi mengapa membazir dengan mereka. Bagi pemain muda yang ingin bermain, yang ingin mengejar bola, lawan dan mempunyai kemahuan untuk meningkatkan bola sepak negara.

"Jika kita tak beri peluang kepada pemain remaja, bila lagi kita nak bagi peluang kepada mereka? Bila lagi mereka nak belajar berlari kalau kita sentiasa suruh mereka merangkak," ujar jurulatih kelahiran Melaka itu.


PAS tanding lebih banyak kerusi PRU-14

Posted: 16 Jan 2016 08:46 PM PST

MALAYSIAKINI

 


PAS nekad untuk bertanding tiga penjuru dalam pilihan raya akan datang dan tidak akan menyerahkan kerusi mereka kepada pembangkang lain termasuk Parti Amanah Negara (AMANAH).

Ketua Dewan Ulamak PAS Datuk Mahfodz Mohamed berkata parti itu tidak lagi terikat dengan konsensus Pakatan Rakyat dan berhak bertanding di semua kerusi yang ditandingi DAP dan AMANAH lapor.

"Kita tidak akan beri satu pun kerusi kepada AMANAH. Kalau (AMANAH) nak (pertahan kerusi) bertandinglah tiga penjuru," katanya dipetik Sinar Harian.

PAS membentuk Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP menjelang pilihan raya umum ke-13 lalu.
Bagaimanapun gagasan itu gagal bertahan lebih lama apabila hubungan PAS - DAP bertambah buruk sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur.

Bagaimanapun PAS meneruskan hubungan politik dengan PKR. Pada masa sama PKR menjalin hubungan baik dengan DAP dan AMANAH yang ditubuhkan kumpulan progresif yang disingkirkan dalam muktamar tahun lalu.

Gabungan PKR, AMANAH dan DAP membentuk Pakatan Harapan.

Kata Mahfodz, PAS tiada hubungan dengan DAP dan parti itu akan meletakkan calon pada mana-mana kerusi yang dijangka boleh dimenangi.

Jelasnya lagi, PAS akan meletakkan calon di setiap kerusi yang ditandingi 'musuhnya' dalam pilihan raya umum ke-14 nanti.

Ekoran itu, katanya, PAS berpeluang untuk meletakkan calon lebih ramai pada pilihan raya akan datang.

"Bila PAS bersendirian, secara automatik kita akan bertanding lebih kerusi sebab kerusi yang ada AMANAH dan DAP kita akan bertanding.

"Begitu juga di negeri-negeri lain, di Johor pun kita akan buat macam itu," beliau dilaporkan sebagai berkata.


Mengemis tapi ada Myvi, dapat bantuan

Posted: 16 Jan 2016 08:41 PM PST

Mengemis tapi ada Myvi, dapat bantuan JKM
Wanita OKU (kiri) licik meraih simpati ramai dengan mengemis walaupun miliki kereta jenis Perodua Myvi.
 


KOTA BHARU - Walaupun mempunyai kenderaan jenis Perodua Myvi dan menerima bantuan bulanan RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) berstatus janda sanggup berpakaian lusuh bagi meraih simpati dengan mengemis di sekitar kawasan bandar ini.

Namun, kegiatan licik wanita berusia 43 tahun itu akhirnya berjaya dikesan dan dia ditahan pegawai JKM ketika wanita itu sedang menjalankan aktiviti meminta sedekah di Pasar Pasir Tumboh di sini semalam.

Wanita anak lima itu, sudah acap kali ditahan dalam tiga siri serbuan sebelum ini termasuk di Melor, Pengkalan Chepa dan terbaru di Pasir Tumboh.

Kegiatannya berjaya dikesan sekali lagi, selepas pegawai berjaya mengecam identiti wanita itu yang dalam dua serbuan lalu turut memakai pakaian, seluar dan tudung kepala yang sama termasuk pada serbuan semalam.

Menurut wanita itu yang dikenali sebagai Fatimah, dia terpaksa meminta sedekah setelah tidak mempunyai cukup perbelanjaan untuk menanggung dua anaknya yang masih bersekolah di tingkatan 1 dan tahun 5.

"Suami sudah lama tinggalkan saya yang digantung tidak bertali dan tanggungjawab besarkan anak terserah sepenuhnya pada saya.

"Memang ada anak sulung bantu, memandangkan dia ada belikan kereta pada saya, dan segala perbelanjaan untuk kereta itu, dia yang tanggung. Namun ekoran terdesak saya terpaksa meminta sedekah, lagipun saya tidak mempunyai pendapatan lain dan hanya berharap pada bantuan bulanan JKM," katanya.

Fatimah berkata, kegiatannya itu tidak diketahui anak-anaknya memandangkan tidak mahu pekerjaan dan pembelajaran anaknya terganggu.

"Saya pilih jalan mudah untuk dapatkan wang, sebab saya tidak tahu cara nak tambahkan  pendapatan.

"Apa pun kali ini saya memang serik setelah dikesan mengemis kali ketiga dan ditahan untuk tindakan lanjut, saya janji mulai hari ini (semalam) saya tidak akan mengemis lagi dan akan tumpukan jaga anak-anak dan cuba berniaga untuk mencari punca pendapatan," katanya.

Sementara itu dalam serbuan berlainan JKM di Pasar Tani Kedai Lalat, seorang wanita warga Thailand bukan Islam menyalahgunakan agama Islam dengan bertudung kononnya seorang Islam ketika mengemis.

Wanita yang cacat di kedua belah kaki itu, pada mulanya berkeras tidak mahu bangun dari tempat duduknya di atas jalan berhampiran penjaja di kawasan pasar tani itu.

Namun, 20 minit kemudian selepas memaklumkam kegiatannya itu akan dilaporkan kepada polis, barulah dia bangun dalam keadaan kaki terhincut-hincut mengikuti pegawai JKM ke dalam van sebelum di bawa ke Pejabat JKM Kota Bharu.

Wanita itu pernah ditahan pihak JKM sebelum ini di kawasan berlainan dan bukan beragama Islam, namun sanggup menggunakan agama sebagai tarikan untuk meraih simpati awam, akhirnya lakonan wanita itu berjaya dikesan dan dia turut ditahan untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Cawangan Pemantauan, Wan Nor Hahsim Wan Noh berkata, dalam ops bersepadu yang bermula semalam, antara kawasan yang dikenal pasti termasuk di Pasar Tani Kedai Lalat, Pasar Tani Pasir Tumboh, sekitar bank, Pasar Tani Wakaf Che Yeh, Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC), Pasar Siti Khadijah, Pasar raya Tesco dan Dataran Ilmu.

"Lima warga asing yang merupakan warga Thailand dan dua warga tempatan ditahan untuk tindakan lanjut dan kita turut berjaya mengumpul wang tunai hasil mengemis berjumlah RM500.

"Bagi pengemis warga asing kita akan serahkan kepada Jabatan Imigresen untuk siasatan lanjut dan warga tempatan akan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan untuk tindakan susulan," katanya.


Munafik: Filem dakwah Syamsul Yusof

Posted: 16 Jan 2016 08:36 PM PST

Munafik: Filem dakwah Syamsul Yusof
Munafik
 

PENGARAH muda, Syamsul Yusof kembali dengan menghasilkan filem terbaharu berjudul Munafik, setelah hampir empat tahun  berehat daripada bidang perfileman.

Filem yang bakal ditayangkan pada 25 Februari ini tercetus di atas sambutan luar biasa filem seram arahannya sebelum ini, Khurafat.

Bagaimanapun, kata Syamsul, filem seramnya kali ini diselitkan dengan nilai-nilai agama yang menjadikan filemnya itu lebih bermoral.

"Ramai yang mengetahui saya seorang pengarah serba boleh dengan mengarahkan filem seram, komedi dan aksi.

"Namun saya selalu terfikir untuk menghasilkan filem seram yang bukan sahaja mempunyai babak seram, malahan ada elemen keagamaan yang tinggi.

"Justeru Munafik adalah filem tepat untuk angkat elemen keagamaan dalam sesebuah filem seram. Dan sering kali juga topik munafik menjadi pilihan agamawan bercakap tentangnya di dalam sesebuah kuliah agama.

"Bagaimanapun, filem ini bukan mengajar orang tentang apa munafik sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya memberi gambaran apa itu munafik," katanya kepada Zass.

Menurutnya, objektif menghasilkan filem Munafik adalah supaya filem tersebut dikenang sebagai filem paling seram di negara ini dan akan diingati sampai bila-bila.

"Filem seram yang baik bukan terletak pada keseraman sahaja tetapi filem yang baik terletak pada jalan cerita dan dapat memberi kesan kepada hati penonton," katanya.

Tambahnya, sebagai pengarah, antara cabaran menghasilkan filem tersebut adalah dari segi pemilihan tajuk itu sendiri yang sangat berat baginya serta memerlukan ilmu untuk menghasilkannya.

"Oleh kerana ini filem seram keagamaan, saya perlukan ilmu secukupnya. Perlu banyak belajar dan ketika saya berehat daripada mengarah beberapa tahun lalu, saya mendalami sendiri ilmu agama, tafsir al-Quran dan hadis untuk dijadikan panduan dalam filem.

"Selain menjadi pengarah, saya sendiri menulis skrip filem dan memegang watak utama sebagai seorang ustaz.

"Jadi pemilihan ayat al-Quran untuk dijadikan dialog dan cabaran menghasilkan babak seram perlu saya tekankan.

"Menghasilkan babak seram itu penting untuk filem kini, kerana penonton sudah muak dengan lambakan filem seram yang tidak penuhi pemikiran mereka untuk lebih terkedepan bagi filem sedemikian.

"Justeru filem ini ada elemen seram, metafora dan keagamaan serta kerohanian yang boleh dikenang sampai bila-bila di samping menyentuh perasaan penonton," katanya.

Sebagai seorang Muslim juga, katanya, filem ini merupakan salah satu caranya mahu berkongsi ilmu dan teladan dengan masyarakat.

"Pada saya, semua orang Muslim di muka bumi ini ada tanggungjawab untuk berdakwah.

"Oleh kerana saya seorang Muslim yang menjadi pengarah filem, justeru tugas saya dapat memberi sedikit dakwah kecil melalui filem ini selain untuk berhibur.

"Filem ini menggerakkan hati kita sejauh mana keimanan kepada Tuhan dan terima segala ketentuan ALLAH. Harap filem akan memberi teladan kepada semua.

"Saya mahu penonton tahu serba sedikit apa itu munafik dalam Islam dan syaitan boleh merosakkan akal fikiran tidak kira alim ulama atau sesiapa sahaja," katanya.

Lakonan hebat Nabila

Dibintangi Nabila Huda, Fizz Fairuz, Pekin Ibrahim, A Galak dan Datuk Rahim Razali, Syamsul berkata, kesemua pelakon adalah pilihannya sendiri dan dia sangat berpuas hati dengan lakonan yang diberikan.

"Lakonan Nabila Huda yang memegang watak sebagai Maria sangat baik dan saya boleh rasakan dia akan tercalon untuk anugerah pelakon wanita terbaik pada anugerah akan datang kerana ketika di set penggambaran, sepenuhnya dia memberikan komitmen.

"Bukan sahaja di set tetapi ketika suntingan filem, saya terkejut dengan lakonannya terutama babak dirasuk jin, ada syot membuatkan saya hampir menitiskan air mata.

"Pelakon Fizz Fairuz dan Pekin Ibrahim juga memuaskan hati saya dari segi persembahan lakonan mereka. Mereka tahu objektif watak yang diberikan. Dan lakonan mereka saya tidak pernah lihat pada filem lain.

"Begitu juga dengan lakonan pelakon veteran seperti A Galak dan Datuk Rahim Razali. Walaupun mereka veteran, mereka menghormati saya sebagai pengarah muda dan pada masa sama saya belajar banyak ilmu daripada mereka," katanya.

Filem yang menelan belanja hampir RM2 juta ini melakukan penggambaran pada Mac tahun lalu di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Janda Baik.

Tempoh penggambarannya pula mengambil masa 45 hari walaupun sasaran awal hanya 35 hari.

Syamsul berkata, tempoh itu menjadi sedikit panjang kerana mahu memberikan terbaik pada babak yang dilakukan demi memberi kepuasan kepada penonton ketika menonton filem itu nanti.

"Saya mahu hasilkan babak yang lebih baik, jadi perlukan masa dari segi sinematografi, fotografi serta mood seram dan babak yang tepat.

"Apa yang boleh saya katakan juga, banyak babak dalam filem ini belum pernah ada pada filem seram lain," jelasnya.

Munafik mengisahkan tentang seorang pengamal perubatan Islam bernama Adam lakonan Syamsul, tidak dapat menerima takdir apabila isterinya meninggal dunia.

Adam melalui pelbagai pengalaman pelik apabila dipujuk untuk mengubati seorang wanita bernama Maria lakonan Nabila Huda yang diganggu syaitan.

Cabaran di rumah usang

Secara jujurnya, kata Syamsul, mereka tidak mengalami gangguan yang teruk sepanjang menjalani penggambaran walaupun filem itu filem seram.

"Memang banyak babak kami buat di lokasi agak seram terutama di bilik mayat, rumah usang dan tanah perkuburan. Selain ada heret mayat dari kubur, tetapi Alhamdulillah kita menjaga adab yang sepatutnya dan tidak ada perkara pelik berlaku.

"Hanya ada satu ketika pada akhir penggambaran iaitu di rumah usang, kami terpaksa mengulang banyak kali penggambaran apabila kamera tidak fokus pada lakonan saya.

"Perkara itu amat pelik berlaku, tetapi atas nasihat ustaz yang mengiringi penggambaran kami dengan membaca sedikit ayat al-Quran dan doa, akhirnya kami berjaya mengambil syot yang sempurna.

"Itu sahaja pengalaman yang agak pelik ketika di set penggambaran, yang lain Alhamdulillah berjalan lancar," katanya.

Syamsul turut mengakui yang dia ada mendapatkan nasihat dan rujukan daripada agamawan termasuk beberapa mufti untuk menghasilkan filem tersebut.

"Saya sendiri rujuk dengan pakar ilmuwan agama, rujuk ustaz dan mufti tentang pemahaman saya dalam agama terutama konteks munafik.

"Tajuk filem ini memang berat, jadi saya perlukan ilmu secukupnya. Lembaga Penapisan Filem juga ada memanggil pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ketika menilai filem ini.

"Alhamdulillah tiada babak penting dipotong, hanya beberapa dialog kecil sahaja dipotong dan mendapat tayangan PG13," katanya.


Kerjasama putus jika PKR khianati Pas

Posted: 16 Jan 2016 08:32 PM PST

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Mohd Khairuddin (tengah) pada sidang media selepas Konvensyen Usahawan Haraki di Hotel Everly, Putrajaya, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN


PUTRAJAYA - Pas tidak teragak-agak memutuskan kerjasama politik dengan PKR sekiranya parti pelbagai kaum itu mengikut jejak langkah DAP.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Pas tidak akan membiarkan rakan tahaluf siyasinya melakukan sabotaj bersama musuhnya di kawasan Pas.

"Prinsip Pas tidak bekerjasama dengan pengkhianat, walaupun PKR ada perjanjian dengan Amanah dan DAP, namun kita kena tengok dari semasa ke semasa.

"(Tindakan) PKR meraikan program Amanah menyerang kawasan Pas seolah-olah sabotaj kepada Pas.
Kita tak boleh berkawan dengan orang yang berkawan dengan musuh kita," katanya pada sidang media selepas Konvensyen Usahawan Haraki, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin semalam bahawa PKR tetap bekerjasama dengan DAP dan Pas bagi menghadapi PRU14 khususnya di Selangor.

[ARTIKEL BERKAITAN: PKR tetap jalin kerjasama DAP, Pas]

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin juga berkata, Pas tidak mahu 'diperkuda' oleh PKR seperti mana yang dilakukan DAP bagi memenangi pilihan raya lalu.

"PKR (mahu) guna tenaga kita untuk pilihan raya (PRU14), lepas pilihan raya pula, ia mempergunakan kita ini bukan untuk prinsip Islam," tegasnya.

Rabu lalu, Pas Kelantan telah menghantar surat bantahan rasmi kepada PKR berhubung kehadiran pemimpin PKR negeri itu dalam majlis anjuran Amanah.

Surat bertarikh 13 Januari itu ditujukan kepada Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Sehubungan itu, Mohd Khairuddin menyerahkan kes tersebut kepada kebijaksanaan Pas negeri untuk menanganinya.

"Kita sedia bersendiri walaupun tanpa DAP dan PKR, kita juga boleh bekerjasama dengan parti-parti baharu yang lain

"Kita akan bekerjasama juga dengan NGO untuk buat kerjasama politik ke arah politik baru tanpa mengabaikan keperluan rakyat itu khususnya dalam menghadapi pilihan raya akan datang," katanya lagi.

Implikasi TPPA terhadap budaya sangat bahaya

Posted: 16 Jan 2016 08:29 PM PST



Oleh Mohd Azmi Abdul Hamid 


Kongres Rakyat mengingatkan kerajaan dan rakyat Malaysia, TPPA mempunyai implikasi berat terhadap budaya tempatan.Selama ini, untuk menyokong kesinambungan budaya rakyat Malaysia, dalam cabaran menghadapi asakkan program TV dan industri filem luar, terutama dari USA yang murah seperti negara-negara lain, Malaysia mensyaratkan semua program TV mempunyai kandungan tempatan.

Dalam pengiklanan, kandungan luar dalam siaran media untuk tujuan iklan komersial dihadkan kepada 20%. Dalam audio-visual dan penyiaran, kerajaan menghadkan kouta kandungan siaran dalam TV dan radio.  80% rancangan TV mesti diperuntukkan kepada kandungan yang dikeluarkan syarikat tempatan yang dimiliki Bumiputera dan 60% dalam program radio perlu berasal dari kandungan tempatan.

Pelaburan asing dalam penyiaran tidak dibenarkan dan dihadkan kepada ekuiti 20% sahaja dalam operasi siaran radio dan TV kabel, mahupun satelit.

Sebagai syarat memperolehi lesen untuk beroperasi, sewaan video diperlukan memilikki 30% kandungan tempatan dalam inventorinya.

Malaysia mengguna syarat kandungan lokal untuk menyokong budaya lokal melalui industri radio dan television.

Jika Malaysia mengguna layanan nasional dan akses kepada pasaran tempatan oleh pelaburan asing dalam komitmennya dalam TPPA tanpa pengeculian yang sesuai, maka syarat kandungan tempatan tidak lagi boleh dibenarkan.

Liberalisasi perkhidmatan dan pelaburan dalam TPPA berasaskan" senarai negatif".

Contohnya, Malaysia membuat komitmen dalam semua sektor untuk memberi layanan nasional dan akses kedalam pasaran Malaysia kecuali sektor yang ia memperolehi pengecualian, itu pun yang perlu dipersetujui semua negara TPPA ('non-conforming measure') dalam  Annex I dan II.

Kerajaan New Zealand menghadapi masalah mengenakan syarat kandungan tempatan dalam penyiarannya kerana membuat komitmen yang sama dalam Perjanjian Am Untuk Perdagangan dan Perkhidmatan (General Agreement on Trade in Services (GATS) di bawah Organisasi Perdagangan Dunia (WTO).
Isu kandungan tempatan menjadi isu yang sangat politikal dalam beberapa negara.

Contohnya di New Zealand, ia menjadi janji dalam kempen pilihan raya, namun bila parti yang berjanji itu menang, ternyata ia tidak boleh dilaksanakan kerana negara terikat dengan perjanjian dalam perkhdimatan  perjanjian perdagangan seperti GATS.

Ini menunjukkan walaupun hanya percubaan yang kecil untuk menyokong kandungan tempatan, boleh ditafsir sebagai melanggar peraturan TPPA mengenai sektor perkhidmatan.

Demikian juga hal yang sama berlaku kepada Australia. Menyedari masalah yang dikenakan peraturan  TPP, Australia berusaha memberi pelbagai sokongan kepada industri filem dan televisyen tempatan,
termasuk syarat menyiarkan program keluaran Australia, peraturan kemasukan sementara orang asing untuk industri hiburan dan peraturan pemilikkan media syarikat asing.

Semua ini dilihat sebagai keperluan untuk menyokong sektor audio-visual Australia.

Kekhuatiran kerajaan Australia adalah jika hanya pertimbangan komersial sahaja diambil kira, industri budaya lokal akan terhakis dan diganti dengan budaya negara asing yang memiliki kekuatan kewangan disebabkan kehadhiran multinasionalnya, dominasi pasaran dan populasi yang lebih ramai.

Khususnya, AS mendominasi perdagangan global dalam barangan dan perkhidmatan.

Oleh kerana tidak hanya boleh bergantung kepada pasaran untuk survival ,  industri audio visual , seni dan hiburan Australia memerlukan sokongan secara langsung dan tidak langsung dari kerajaan.
Kerisauan ini juga dirasai terhadap pengiklanan.

Tanpa kawalan dan liberalisasi total dalam sektor ini akan menjejaskan nilai dan budaya tempatan.
Oleh itu, polisi semasa dan masa depan di negara membangun mungkin berhasrat agar kandungan lokal dalam industri filem dan television boleh dikawal.

Tetapi langkah ini boleh dihadkan atau dihalang peraturan TPPA, termasuk perkhidmatan pengiklanan, audiovisual dan telekomunikasi.

Syarat yang dikenakan ke atas produk dan audiovisual luar akan dilihat melanggar TPPA, kecuali ia mendapat pengecualian yang dipersetujui semua negara TPPA yang lain.

Juga pemilikan media oleh syarikat asing adalah isu sensitif.

Jika negara membangun mahu menghalang pemilikan asing untuk suratkhabar, televisyen dan/atau stesyen radio ia perlu pencualian di bawah TPPA.

Dalam analisis awal, Malaysia tidak mempunyai pengecualian yang releven dalam TPPA untuk membolehkannya terus mengenakan syarat kandungan tempatan dalam pengiklanan, televisyen, dan radio.

Seperti banyak bab dalam TPPA, jika Malaysia komited mengeluarkan syarat kandungan tempatan dalam TV, radio, dan jika ia tidak melakukan demikian, boleh disaman negara TPPA lain (contoh AS).

Kami berpendapat jika ada penjajahan yang paling parah yang perlu dihalang dengan bersungguh ialah penjajahan budaya.

TPPA membuka ruang kepada penjajahan budaya apabila saluran budaya, iaitu media massa, dibuka kepada rempuhan pelabur luar yang mempunyai kewangan yang lebih kukuh untuk menguasai minda dan nilai hidup masyarakat tempatan.

Tanpa TPPA ini sekali pun pencemaran budaya tempatan, sudah jelas dan tidak dapat dikawal akibat dasar liberal yang diamal kerajaan.

Apatah lagi jika TPPA dimeterai, mengenakan syarat untuk melindungi budaya tempatan adalah suatu yang bercanggah dengan peraturan perjanjian TPPA itu sendiri.

Dalam bab Pelaburan mengikut teks TPPA tersebut, pengecualian terhadap kandungan tempatan, tidak eskplisit.

Dengan yang demikian menandatangani TPPA, rakyat bakal menghadapi rumpuhan budaya asing yang lebih meluas dan dilaksanakan atas nama liberalisasi sektor perkhidmatan yang diperundangkan oleh peraturan TPPA.

Kami dengan itu menuntut agar pihak agamawan, budayawan dan cendekiawan melihat hal ini secara serius kerana ia berkait dengan kedaulatan negara dan keutuhan budaya.

Mereka harus bersuara membantah TPPA dan mempertahankan jati diri bangsa dan negara. – 14 Januari, 2016.
 
* Penulis ialah presiden Malaysian Consultative Council for Islamic Organization (MAPIM).