WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Selamat Tahun (Gaji) Baru Yang Berhormat!- OLEH RONASINA
- Kawan BN musuh Amanah, kata Mat Sabu
- PASARAN LEMAH, PETANDA KEGAWATAN EKONOMI SEMAKIN JELAS
- SYARAT TPPA: WARGA ASING BOLEH PIMPIN KESATUAN SEKERJA
Selamat Tahun (Gaji) Baru Yang Berhormat!- OLEH RONASINA Posted: 16 Jan 2016 07:03 PM PST Selamat Tahun (Gaji) Baru Yang Berhormat!Anehnya ketika rakyat disuruh itu dan ini, menteri-menteri dan wakil rakyat Barisan Nasional, Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan dan BEBAS mempunyai formula menangani beban tugas mereka iaitu menaikkan gaji serta elaun mereka sendiri sehingga melebihi 40%. Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 itu telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan diluluskan di Parlimen pada April 2015 yang lalu selepas ke semua ahli parlimen kerajaan dan pembangkang menyokong sebulat suara. Mengapa kita kena semak kembali wakil rakyat yang kita undi? Baca tulisan saya selanjutnya di sini http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2016/01/16/selamat-tahun-gaji-baru-yb/ Selamat Tahun (Gaji) Baru YB!Untuk mereka kenaikan ini amat wajar kerana beban tugas yang semakin banyak dan rakyat pula selalu meminta sumbangan kewangan daripada mereka. COMMENT Oleh Ronasina Kita sudah melangkah ke tahun 2016 dan seawal minggu pertama kita sudah menerima berbagai beban perbelanjaan khususnya keperluan persekolahan anak-anak. Harga barangan keperluan semakin naik menjadikan kos kehidupan meningkat. Jurang di antara pendapatan (gaji) dan perbelanjaan semakin tipis. Kesuraman ekonomi dengan rancak-jana perniagaan yang lemah membuatkan majikan tidak berani menaikkan gaji atau upah pekerja. Perdana Menteri juga menteri-menteri berkaitan telah menyedari hal ini dan berkali-kali menasihatkan rakyat agar sentiasa kreatif menggunakan imaginasi untuk menambah pendapatan. Seorang timbalan menteri menyarankan kepada rakyat supaya membuat lebih dari satu pekerjaan. Rakyat juga disarankan agar mengamalkan hidup sederhana. Bagi menteri, inilah cara terbaik menghadapi cabaran hidup selain disuruh rakyat bercucuk tanam, jangan makan ayam dan lain-lain lagi. Anehnya ketika rakyat disuruh itu dan ini, menteri-menteri dan wakil rakyat Barisan Nasional, Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan dan BEBAS mempunyai formula menangani beban tugas mereka iaitu menaikkan gaji serta elaun mereka sendiri sehingga melebihi 40%. Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 itu telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan diluluskan di Parlimen pada April 2015 yang lalu selepas ke semua ahli parlimen kerajaan dan pembangkang menyokong sebulat suara. Bermakna berkuatkuasa tahun lepas, 1 Januari 2015 (maknanya telah tertunggak empat bulan dari tarikh kelulusan itu dan sudah pastinya ada bayaran tunggakan) semua Ahli Parlimen menerima kenaikan sebanyak RM5,000 iaitu dari RM11,000 sebelum ini menjadi RM16,000. Ini tidak termasuk elaun mesyuarat RM200 sehari apabila menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan elaun harian RM150 bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan. Ahli Dewan Negara menerima kenaikan sebanyak RM4,000 menjadikannya RM11,000 . Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara pula menerima kenaikan sebanyak RM11,000 dari RM20,000 menjadikan RM31,000 sementara Timbalan Speaker pula menerima kenaikan dari RM16,000 kepada RM20,000. Untuk mereka kenaikan ini amat wajar kerana beban tugas yang semakin banyak dan rakyat pula selalu meminta sumbangan kewangan daripada mereka. Tidak pula mereka berfikir yang mereka perlu hidup sederhana atau cari bilik sewa yang murah untuk pusat khidmat. Sayugia diberitahu kenaikan ini melibatkan semua ahli parlimen kerajaan dan juga pembangkang. Ya, termasuklah ahli parlimen (dengan tidak perlu menyebut namanya) yang apabila dikritik mengapa senyap sahaja ketika sidang dewan dia menjawab diam dia adalah diam seorang pemerhati dan pelajar. Gaji serta elaun ahli parlimen yang kerap ponteng, kerap buat bising tidak tentu fasal, juga tidak terkecuali naik. Sukacita juga dimaklumkan bahawa kenaikan gaji dan elaun ini menjadikan pertambahan Belanjawan Negara meningkat kepada RM17.2 juta setiap tahun. Sangat pedih lagi apabila gaji serta elaun Ahli Dewan Undangan Negeri juga naik. Kedah, Pahang, Kelantan, Pulau Pinang, Perak antara kerajaan negeri yang menaikkan gaji ADUN dengan kenaikan yang cukup tinggi. Rakyat harus menilai semula dengan bijak prestasi serta komitmen wakil rakyat yang mereka pilih dalam menyampaikan suara rakyat apakah benar-benar tinggi atau hanya lebih menumpukan isu-isu politikal berkitar tentang diri mereka sahaja. Isu-isu remeh seperti rasisme, cauvinisme, kod etika berpakaian termasuk membela hanya sosok tertentu sahaja patut dijadikan agenda nombor sepuluh sebaliknya wakil rakyat yang telah menerima gaji besar ini sewajarnya lebih giat mengangkat isu rakyat terbanyak seperti isu pekerja, gaji minimum, beban sara hidup serta cukai dan sebagainya dengan penuh bersungguh. Masalah tol, pembuangan pekerja tempatan dan digantikan dengan pekerja asing, masalah kemiskinan, masalah Orang Kelainan Upaya (OKU) perlu diselami sedalamnya untuk diperjuangkan dan bukan sekadar bercakap sambil lewa supaya dilihat konon bercakap. Terlalu banyak masalah di bawah ini yang berkait dengan pelan dan penggubalan sesuatu dasar. Rakyat jangan mudah ternganga apabila mendengar ceramah wakil rakyat mereka yang selalu menyebut-nyebut tentang perjuangan membela rakyat, mengaitkannya dengan kesederhanaan khalifah Umar Abdul Aziz atau mengulang petikan Saidina Abu Bakar As Siddiq "Orang yang lemah di sisi kamu adalah yang paling hampir denganku sehingga aku kembalikan hak-haknya". Jangan mudah mengangguk apabila menteri menggunakan istilah indah-indah tetapi apabila ada kesempatan, yang didahulukan adalah keuntungan mereka sendiri. Sumber kekayaan negara wajar diagihkan sebaiknya kepada semua warganegara tidak kira apa juga kaum. Bukan menyalurkannya ke akaun bank wakil rakyat, menamakannya sebagai 'gaji dan elaun' dan melalui poket Yang Berhormat rakyat menadah tangan menagih bantuan. Rakyat tidak boleh membiarkan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" atau "Kepedulian Rakyat" dan "Negara Berkebajikan" menjadi mainan dan kemudiannya busuk di lidah politikus. Sementara masih di dalam bulan Januari, diucapkan 'Selamat Tahun (gaji) Baru YB!' @ronasina merupakan pelukis/ penulis/ aktivis dan pengasas kempen Hope2Walk kesedaran tentang Cerebral Palsy. Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT | ||
Kawan BN musuh Amanah, kata Mat Sabu Posted: 16 Jan 2016 06:58 PM PST OLEH MOHD FARHAN DARWIS Parti Amanah Negara (Amanah) akan bermusuhan dengan sesiapa sahaja yang bersahabat dengan musuh mereka, Barisan Nasional (BN), kata presidennya Mohamad Sabu. "Kita musuh BN sekarang. Kita musuh dan sesiapa sahaja yang kawan dengan BN," katanya kepada pemberita selepas berucap dalam retreat kepimpinan DAP kebangsaan 2016 di Subang Jaya, Selangor hari ini. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad yang berkata, Amanah menjadi musuh baharu PAS selepas Umno. Amanah sebelum ini dilaporkan akan bertanding 8 kerusi di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). ~ sumber Komen al-Husseyn :
Buat apa PAS nak bergabung dengan Umno hanya bila selepas PRU14 nanti? Pas akan sorong tarik sebagai parti penentu pemerintah. Kehendak di dalam pemikiran mereka, " Jika kami menyertai BN atau PH berapa jumlah kerusi Menteri atau Timbalan yang boleh di berikan?" Bukankah langkah tersebut hanya akan mengecewakan para pengundi yang mengundi PAS tapi kemudiannya PAS akan bergabung dengan musuh untuk mendapat ghanimah? | ||
PASARAN LEMAH, PETANDA KEGAWATAN EKONOMI SEMAKIN JELAS Posted: 16 Jan 2016 06:54 PM PST Pasaran lemah, petanda kegawatan ekonomi semakin jelasEkonomi negara menunjukkan kelemahan pada awal 2016. Meskipun penanda aras bursa saham masih lagi kukuh namun pasaran peringkat bawahan telah menunjukkan tanda-tanda kelemahan. Petanda jelas adalah kesukaran pekerja bawahan warga Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kos hidup manakala pekerja asing pula merungut pendapatan di negara mereka lebih tinggi berbanding negara ini. Dalam tinjauan Suara pakatan daily, seorang 'cleaner' berasal dari Indonesia yang menyewa bilik di Bandar Menjalara, Kuala Lumpur berkata beliau berhasrat meninggalkan Malaysia hujung tahun ini kerana peluang pekerjaan di tanah airnya sudah bertambah baik. "Ekonomi Malaysia sudah tidak bagus. Rakyat Malaysia akan susah kerana harga semua barang telah naik," katanya. Beliau juga berkata, di hospital kerajaan tempatnya bertugas peruntukan telah dikurangkan. Justeru, kertas-kertas tisu lap tangan di tandas-tandas semuanya akan kehabisan selepas hari Rabu atau Khamis pada setiap minggu. Selain itu, tiga orang pekerja kilang yang menyewa bilik di Bandar Menjalara juga berkata bahawa lebih banyak kilang kecil yang kurang dari 50 orang akan ditutup sebelum bulan Jun ini. Mereka langsung tidak yakin kerajaan boleh membuat apa-apa mengenai situasi kelembapan kerana kantung negara sudah berada dalam keadaan yang parah. "Ekonomi sudah gawatlah. Tengoklah, selepas Tahun Baru Cina situasi akan tambah teruk lagi dan pekerja kilang yang sudah tua seperti saya akan diberhentikan," kata pekerja kilang, Alan Chong, berusia 50 tahun. | ||
SYARAT TPPA: WARGA ASING BOLEH PIMPIN KESATUAN SEKERJA Posted: 16 Jan 2016 06:53 PM PST Syarat TPPA: Warga asing boleh pimpin kesatuan sekerjaPutrajaya perlu meminda sekurang-kurangnya 8 undang-undang sedia ada yang berkaitan dengan hak asasi manusia sekiranya ingin menandatangani Perjanjian Perkongsian Tran Pasifik (TPPA), kata bekas pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha'ani Abdullah. Meskipun tidak menafikan pindaan 8 undang-undang itu merupakan perkara yang baik, namun Penolong Setiausaha Umum Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) mempersoalkan sejauh manakah ketelusan pelaksanaan kerajaan terhadap undang-undang itu. Beliau berkata, ketidakjelasan dari sudut mekanisme digunakan kerajaan dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang hak asasi masih lagi menjadi tanda tanya. "Ini sebenarnya perubahan yang bagus, tapi kita tidak mahu perkara dijanjikan sebagai bagus itu mewajarkan kerugian besar lain seperti kehilangan pekerjaan, kos perubatan tinggi membebankan pekerja walaupun perlindungan undang-undang ditambah baik," katanya pada sidang media di pejabat Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), di Kuala Lumpur. Katanya, antara peruntukan dalam pindaan itu menyebut jika Malaysia menyertai TPPA, warga asing yang sebelum ini tidak layak memegang jawatan dalam kesatuan sekerja boleh mendapat hak sama seperti pekerja tempatan. "Ini persetujuan bersama Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang menuntut kita meminda undang-undang termasuk warga asing memegang jawatan dalam kesatuan sekerja," katanya. Beliau juga menyifatkan perjanjian TPPA hanya memberi kelebihan kepada pelabur apabila mereka membenarkan menyaman sesebuah kerajaan namun tidak memberi manfaat kepada rakyat biasa. "Dalam TPPA ini yang lebih diutamakan ialah pelabur, maksudnya ada tribunal di luar negara ditubuhkan bagi selesaikan pertikaian antara pelabur dan kerajaan yang mana kita lihat ada mekanismenya. "Ia hanya lebih kepada pelabur, bagaimana cara pelabur untuk saman kerajaan kata, bila menandatangani, kerajaan kena patuh maksudnya tidak ada mekanisme melindungi pengguna. "Seperti contoh kalau berlaku pencemaran alam sekitar maka tidak ada hak perlindungan pengguna seperti berlaku di Amerika Selatan, kerajaan batal lesen lombong kerana pencemaran namun sebaliknya pelabur menyaman kerajaan," katanya. Beliau berkata senario itu tidak memberi manfaat kepada pekerja Malaysia kerana gaji yang dibayar akan lebih rendah, hilang pekerjaan dan Suhakam pernah menyarankan kepada Putrajaya untuk melakukan penilaian kesan TPPA terhadap hak asasi manusia namun ianya tidak pernah dijawab kerajaan. Sementara itu, Timbalan Pengerusi Bantah TPPA Azlan Awang berkata berdasarkan pengiraan dilakukan daripada maklumat PricewaterhouseCoopers's (PWC) mengenai analisa kelebihan kos (CBA) menunjukkan pada 2027 kenaikan gaji bulanan sekitar RM25 jika kerajaan menandatangani TPPA. Azlan berkata, ia tidak memberi sebarang perbezaan atau kelebihan kepada rakyat Malaysia kerana kenaikan selepas menandatangani hanyalah sekitar RM25. Malah beliau juga menjangkakan berlakunya pengurangan pendapatan isi rumah dalam tempoh 2018 hingga 2027 sekitar RM117. "Amat menakjubkan apabila mereka menyifatkan ia perjanjian perdagangan abad ke-21, berkualiti tinggi, semuanya 6,200 muka surat menyentuh segala-galanya mengenai polisi negara sedia ada dan memberi kesan kepada setiap kehidupan rakyat dan generasi masa depan bagi tempoh 100 tahun," katanya. Azlan berkata, ini termasuk dengan TPPA menyaksikan Malaysia merisikokan sendiri pelan Rancangan Malaysia ke-11 yang menyasarkan pendapatan tinggi rakyat. "Apabila TPPA ini berkuatkuasa kita tidak dibenarkan untuk melaksanakan gaji minimum di mana ketika ini ditetapkan sebanyak RM1,000. "Polisi gaji minimum ini amat penting untuk menaikkan gaji terutama mereka berpendapatan rendah. "Pada masa kini gaji minimum Malaysia RM5 per jam di mana lebih rendah daripada Jakarta iaitu RM5.40 dan Manila RM5.52," kata Azlan |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |