Rabu, 13 Januari 2016

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MAHFUZ CARI HADI

Posted: 13 Jan 2016 07:26 PM PST






TiKUS LiPAS

MANA

SOTONG



'Kabinet dapur' Najib penuh tikus, lipas - Mahfuz

Jika kerajaan dapat membaca trend penurunan harga minyak dunia, Bajet 2016 tidak perlu disemak semula, kata Mahfuz.


KAH KAH KAH

mana hadi
punahsehat najib
mana din ayam
mana tong towi
mana nik abodoh
semua dah jadi lipas
dah jadi tikus ke?
KAH KAH KAH





--------------

DUNIA AKAN MELEDAK

Posted: 13 Jan 2016 07:00 PM PST







DUNiA AKAN

MELEDAK
baca disini:
https://www.malaysiakini.com/columns/326600


-------------

ESOK GWA DIBICARAKAN LAGI

Posted: 13 Jan 2016 06:49 PM PST







KESAHNYA:


gwa telah didapati bersalah
kerana ucapan di dewan cina
pada 13 mei 2013
didenda 5,000 ringgit
gwa dituduh menghasut
gwa sudah bayar denda
koyak duit belanja hidup

tetiba
pendakwa rayu
pendakawa mahu gwa
dikenakan dipenjara juga

tapi razak baginda 
dalam kes bunuh altantuya
pendakwa tak rayu
bila razak dilepaskan

tapi dalam kes suami sharizat
lesapkan 250 juta ringgit 
pendakwa tak rayu

yang pendakjwa rayu
kes safuan anang
sama macam kes gwa
kena denda 5000 ringgit
pendakwa nak juga 
safuan anang masuk penjara

gwa hanya ada satu cakap:
datanglah penjara 
tali gantung
perjuangan ini 
tetap disambung









--------

DATUK OOOO DATUK

Posted: 13 Jan 2016 06:19 PM PST







OOOH

MAK DATUK

DATUK A - B - C
Datuk ni ada 3 ketogeri iaitu Datuk A....Datuk B....Datuk C. Datuk A....Datuk Anugerah. Datuk B....Datuk Beli. Datuk C....Datuk Cucu. kahkahkah. on PERNIAGAN JUAL DATUK
Anonymous
on 1/13/16

DINDING KUBUR
aku lihat tulisan pahat di dinding kubur masih ada yg guna title datin sri. utk kaum keluarga, usah banggalah dgn title tu. title in tak valid diakhirat. kemasan yg dibuat dr sebongkah batu marmar harga rm8k? terkezut den bila dgr. 

bilalah manusia ni nak insaf? manusia ni sama taraf disisi Allah. yg membezakan insan disisi Allah swt ialah taqwa. agaknya apa kedudukan org2 yg rasmi kilang2 arak disisi Allah? apa kedudukan org2 yg benarkan industri judi disisi Allah? on PERNIAGAN JUAL DATUK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/13/16







-------------

GEROMBOLAN DIBELAKANG SEMUA

Posted: 13 Jan 2016 05:40 PM PST



FACE BOOK


King Jason 
2 tahun lebih.. sampai jahanam jalan jalan raya dikerjakan..
Rupanya angkara puak2 yg jerit HIDUP MELAYU!!!!!
Nampak?






Nama saya UMNO. Saya dilahirkan bertujuan untuk menakut, membodoh, menjerut leher dan memomokkan Melayu. Adakala saya akan menggunakan ayat suci tuhan untuk menghalalkan apa yang haram berlaku didepan mata..
Adakalanya saya terpaksa menjadi bodoh dengan memberi alasan bodoh kepada rakyat jelata bagi membuatkan stress mereka hilang....
Adakalanya, saya terpaksa menggunakan kambing hitam dengan menangkap dan mendakwa untuk mengolah persetujuan bahawa keadaan rasuah di Malaysia makin pulih.
Disamping itu, pengolahan persetujuan amat penting bagi membuat rakyat jelata merasakan kebajikan mereka diambil peduli oleh saya (baca ; UMNO).





---------------

HANG TUAH TIDAK WUJUD

Posted: 13 Jan 2016 05:00 PM PST







MAMAT INI

POTONG STIM

MENGUGAT 

AKIDAH 

BANI MELAYU












Hang Tuah 'did not exist', claims historian
KUALA LUMPUR: Hang Tuah did not exist, and the claims that were made by some people who said they are his descendants are fables, asserts a damning report published in Berita Harian yesterday.

The article, which quotes Universiti Malaya's Prof Dr Ahmat Adam, said Hang Tuah was a fictional character that existed in the classic texts of Sejarah Melayu and Hikayat Hang Tuah only, therefore claims of a finding of a grave and artifact related to him need more in-depth research .

The grave that is said to belong to Hang Tuah was good for tourism, but it was not the real resting place of the legendary warrior, said Ahmat in the report. Berita Harian quoted Ahmat as saying this at a history seminar organised by Universiti Malaya's history department entitled 'Wujudkah Hang Tuah?'.

Read More : http://www.nst.com.my/news/2015/12/116922/hang-tuah-did-not-exist-claims-historian?d=1

KAH KAH KAH
woit
mamat ini potong stim
kah kah kah
kecewalah bani melayu
kah kah kah
kecewalah purkasa
kecewalah purkida
kah kah kah
apa kan jadi 
bani melayu hilang semua
leterik china punyaa
keretapi china punya
1MDB china punya
tanah TUDM china punya
singapura china punya
pulau pinang china punya
bursa saham china punya
empat ekor china punya
hotel besar mat saleh punya
kilang mat saleh punya
kg baru hilang
kh chu badak hilang
kg melayu hilang
kg kerinchi hilang
kg pandan hilang
gombak lesap
kah kah kah
malaysia TPPA punya
sekarang hang tuah hilang
kah kah kah
hancuuuus bani melayu

LAPOR POLiS


---------

BICARA DAN PENJARA

Posted: 13 Jan 2016 05:20 AM PST











JUMAAT INI GWA 

DIBICARAKAN


gwa hanya

ada satu cakap

datanglah penjara

tali gantung

perjuangan ini 

tetap 

disambung



Azmi gagal pindah kes hasutan ke mahkamah tinggi

Perbicaraan kes hasutan terhadap Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya Profesor Azmi Sharom akan terus didengar di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Hakim Mahkamah Tinggi Ab Karim Ab Rahman hari ini menolak permohonan Azmi supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Kes Adam Adli: Bantahan pendakwa didengar 29 Mac

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menetapkan 29 Mac untuk mendengar bantahan pihak pendakwaan terhadap permohonan aktivis Adam Adli Abd Halim dan Mohd Fariz Abd Talib untuk merujuk isu perlembagaan berkaitan protes jalanan ke Mahkamah Tinggi.

-----------

RINGGIT JATUH LAGI

Posted: 13 Jan 2016 04:23 AM PST




RINGGiT

TERUS

JATUH


US Dollar equals
4.40 Malaysian Ringgit
Chart of exchange rate values over time


Singapore Dollar equals
3.06 Malaysian Ringgit
Chart of exchange rate values over time





--------------

PROGRAM AGAMA - MASYUUUK

Posted: 13 Jan 2016 03:30 AM PST






BAYI MANA
TT, boleh tolong check apa bangsa bayi tu? Bangsa Jerman ke, keling pundek ke, cina DAP ke, atau melayu ke... zaman ni banyak ceramah ugama, usrah tiap minggu, kem cuti sekolah... tapi melayu tetap lalok, kaki madat, kaki rasuah, kaki kongkek kuat dan tanam, buang dalam mangkok tandas... 


Kalau semua program2 "ugama" tetap tak boleh menjadikan melayu jadi baik, maknanya program2 "ugama" ini perbuatan yg sia2 belaka. Janji semua masyuuuk poket ustad lelaki dan ustad perempuan, semua ok. Ingat apa Einstein cakap mengenai apa dia kerja gila? Melayu ni dah kena "religion overload", sampai jadi bangang. on KONDOM TANPA WAS WAS
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/13/16




--------------

SUMBU SEDANG DIBAKAR

Posted: 13 Jan 2016 12:00 AM PST







SUARA PERTAMA

DARI 

GEROMBOLAN

APA MAKNANYA?




MB Perlis minta rakyat bersedia hadapi realiti kejatuhan ekonomi

Menteri Besar Perlis  Azlan Man meminta penduduk negeri ini bersedia menerima realiti kejatuhan ekonomi dunia dan kesannya terhadap negara .
Katanya dalam situasi itu kerajaan terpaksa mengambil langkah berjimat-cermat termasuk memotong belanjawan untuk tahun ini.


MAKNANYA

KRISIS YANG 

AKAN MELEDAK 

AMAT BESAR





---------------

ASTAGA - TOK HENG TAK TIDOO

Posted: 12 Jan 2016 11:09 PM PST









ASTAGA!



Ibrahim Ali tak tidur 50 jam kerana DAP

 | January 12, 2016
Beliau tidak dapat terima DAP bukan parti anti Melayu dan Islam





Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) menggesa orang Melayu dan Bumiputera tidak tertipu dengan strategi DAP yang mengaku parti itu bukan anti-Melayu dan Islam.
"Baru-baru ini juga mereka menyatakan mereka bukan parti anti Melayu dan Islam. Kenyataan itu bukan baharu.
"DAP juga mengulanginya semasa Persidangan Pakatan Harapan. Mereka juga berjanji mempertahankan Islam, Bahasa Malaysia, kedaulatan Raja-raja Melayu dan hak keistimewaan Melayu
"Kenyataan mereka itu menyebabkan saya terkejut, saya tak boleh tidur 50 jam," katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat Perkasa di sini, hari ini.



PATUTLAH

TEPI KOLAM 

BISING SOKMO

SIANG MALAM

TOK HENG 

TAK TIDOO

RUPA RUPANYA

KAH KAH KAH



-------------

EKONOMI RETAK AKAN MELEDAK

Posted: 12 Jan 2016 09:19 PM PST






RETAK AKAN 

MELEDAK 

Tahun 2016 baru sahaja masuk. Kali ini saya akan membawa surah-surah  dan ayat songsang kepada para pembaca. Saya bukan berniat untuk menakut-nakutkan pembaca. Saya juga tidak ada niat untuk menyesatkan pembaca. Tulisan saya hanya bertujuan untuk memberi ingatan dan pencerahan.
Jika tahun 2015 kita dilalui  dengan penuh keperitan -  harga barang melambong,  perbelanjaan harian untuk hidup mendadak naik. Pada tahun 2015 dahulu apa sahaja yang kita usik - semua harganya  terus berubah-ubah menjadi lebih tinggi. Walau pun harga bahan bakar petrol turun tapi ianya tidak membawa apa-apa makna hakiki. Ini kerana tangga gaji dan pendapatan kita masih ditahap lama.

Awas! Tahun 2016 ini tidak akan menjanjikan keselesaan hidup. Tahun 2016 ini akan dirasai lebih perit dari perit. Akan dirasai lebih susah dari susah. Kos untuk hidup akan terus naik. Harga bahan makanan akan mendadak naik. Satu demi satu subsidi ditarik. Justeru tahun  2015 dan tahun-tahun sebelumnya akan dilihat dengan nostalgia, penuh dengan kemeriahan saperti musim buah yang lumayan.

Untuk memahami apa yang akan terjadi kepada Malaysia kita wajib memahami apa yang sedang  berlaku diluar Malaysia. Babak-babak politk luar negara sama pentingnya dengan babak-babak politik yang berlaku dihadapan mata kita. Malah kadangkala apa yang berlaku diluar negara lebih penting dari apa yang berlaku di Parlimen kita.

Gagal memahami hakikat ini maka kita akan gagal memahami apa yang sedang menampar muka kita. Jika kita tidak memahami politik dunia maka bacaan politik dalam negara kita akan tersasul dan salah baca. Dunia hari ini ikat mengikat - kait mengait. Ini bukan bermakana dunia kini tanpa sempadan. Wilayah masih ada - sempadan negara masih wujud.

Yang semakin tidak ada sempadan ialah modal. Sempadan kini dikoyak dan dilanggar oleh modal tanpa tentangan. Modal kini bergerak kesana sini tanpa sempadan. Dalam tulisan-tulisan yang lalu - saya telah menyatakan bahawa modal milik kaum kapitalis dan syarikat antarabangsa tidak ada agama, tidak ada negara, tidak ada bangsa, tidak ada kesetiaan, tidak ada bahasa. Kiblat modal ialah keuntungan maksima.

Hukum  dan  watak modal tidak ada perberzaan sama ada di London, New York, di  Madinah atau di Senaling.Modal dari permualan sejarah dunia bertujuan mencari keuntungan.
Ketika ekonomi kita tidak menentu tetiba Najib telah mengumumkan bahawa bujet yang baru diluluskan akan disemak kembali. Ini belum pernah berlaku. Seharusnya berita ini menjadi pebincangan berterusan. Tapi saperti biasa media mandul negara kita tidak  melihat tanda dan makna dari kenyataan Najib ini.  Tuan dan Encik Kang Kong dari  fakulti ekonomi universiti tempatan tidak memahami makna dan tanda kenyataan ini.

Untuk saya apabila Najib membuat kenyaatan sademikian bermakna Malaysia sedang menuju ke ruang krisis ekonomi yang maha sangat.  Kenyataan itu memberi makna  pendapatan negara makin mersosot. Hutang negara makin meninggi. Bunga hutang makin bertambah. Nilai ringgit makin jatuh.

Pedapatan merosot: kerana harga  dua minyak makin menurun. Harga minyak sawit dan minyak petrol yang menjadi asas pendapatan negara semakin murah.

Jelas - pendapatan negara merosot kerana harga minyak mentah sedang turun dalam pasaran dunia. Lambakan bahan bakar petrol dipasaran dunia menjadikan harga minyak mentah mendadak jatuh. Kini dibawah 40 dolar untuk satu tong.

Harga minya sawit juga jatuh. Ini kerana minyak sawit  bukan lagi bahan mentah monopoli  Malaysia.  Zaman kita menjadi jurupandu telah tamat. Indonesia kini menjadi pengeluar utama. Maknanya apabila pengeluaran bertambah tapi permintaan masih ditahap lama - maka harga pasti akan jatuh.

Dalam masa yang sama barang ekspot buatan Malaysia tidak diperlukan dalam pasaran dunia. Permintaan dunia semakin menguncup.Kilang pembuatan bahan ekspot kita kini tergugat.

Dari sini kita mula terbaca tentang berita bagaimana anak mahasiswa sedang mengikat perut. Duit pinjaman PTPTN mereka dihantar pulang untuk menampong keluarga. Kita juga mula terdengar bagaimana ada ura-ura untuk menjadikan semua duit PTPTN sebagai hutang tidak mengira dapat 4 pointer atau sarjana kelas pertama.

Kita mula terdengar bagaimana tidak ada lagi pengambilan pekerjaan di jabatan kerajaan. Kita juga mula mendengar bahawa semakin ramai graduan dengan ijazah perguruan tidak mendapat kerja. Jumlah graduan pelbagai ijazah  tanpa kerja semakin bertambah.  Dalam masa yang sama kita juga terbaca tahun lalu 25,000 orang pekerja dari pelbagai jurusan telah diberhentikan. Paling memeranjat berita 250 juru terbang MAS hilang kerja.

Tetiba kita  terbaca bagaimana Najib memberi ingatan kerpada jabatan kerajaan agar berbelanja dengan berhemah.Ramai melihat kenyataan Najib ini sebagai lawak. Tetapi hakikatnya Najib tahu data yang lebih lengkap dan lebih terperinci, justeru Najib membuat seruan itu.

Untuk saya semua ini adalah tanda-tanda bahawa ledakan ekonomi akan sampai.

Diluar negara perang berterusan di Timur Tengah. Kuasa imperialis yang dikepalai oleh Amerika telah menyerang Syria selama 4 tahun. Rancangan Amerika bersama Saudi dan Turki kelihatan gagal. Perang Syria ini sedang mengancam bukan hanya negara Arab malah mengoyang kestabilan politik Eropah dengan  kesampaian warga pelarian perang.  Yamen sebuah negara paling miskin dalam dunia sedang diserang dan dibom  oleh Saudi Arabia dan kuncu-kuncu dari Negara Telok.

Dalam masa yang sama perang  masih berterusan di Iraq dan Afghanistan. Di Pakistan , Somali dan  Nigeria - ledakan demi ledakan terus berlaku. Pertempuran antara pihak yang berkuasa dengan yang dirampas kuasa berterusan. Mayat  kedua belah pihak terus bergelimpangan.
Apa akan terjadi pada  tahun 2016 ini?

Saya dengan  penuh keyakinan melihat tahun 2016 ini sebagai permulaan zaman meleset yang lebih buruk dari zaman meleset - The  Great Depression - tahun 1929.

Dari pengamatan saya apa yang sedang berlaku dalam negara kita ini sedang juga berlaku di negara-negara lain di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Pada hemat saya tidak banyak perbezaan antara kita dengan  negara Dunia Ketiga yang lain. Kacau bilau ekonomi ini bukan hanya  dalam negara kita sahaja. Dimana-mana pun dalam  dunia yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis kekacauan ekonomi sedang berlaku.

Di Eropah - kita telah melihat apa yang telah berlaku di Greece. Kini wabak Greece sedang menjangkiti Itali, Sepanyol dan Portugal. Di Amerika Latin kita melihat  negara Argentina dan Mexico tidak ada keupayaan untuk membayar hutang.

Secara ilmiah - sama saperti kiraan aljebra dalam  ilmu hisab - empire Amerika yang berasaskan  kertas hijau yang dipanggil dolar akan runtuh. Ini hukum ekonomi - tak kira ekonomi sosialis atau kapitalis.  Jika hutang negara bertapuk-tapuk maka hutang ini akan menenggelamkan negara.

Amerika yang terus mencetak kertas hijau yang dipanggil dolar telah sampai ke satu tahap dimana dolar ini tidak diyakini lagi. Hilangnya keyakinan terhadap dolar  adalah permulaan  tahap keruntuhan empire Amerika.

Sejarah dolar bagini: Sesudah perang dunia  kedua Amerika muncul sebagai juara utama  kuasa imperialis dunia mengambil tempat Britain. Selama dua puluh tahun sesudah perang Amerika menjadi jurumudi ekonomi kapitalis dunia. Ekonomi berkembang. Dolar berkuasa dimana-mana. Pasaran baru dibuka. Produk baru dicipta. Dunia kapitalis  Amerika dan Eropah - berpesta saperti tidak ada kelmarin dan esok.  Ini ketika dunia diperentah oleh empire Pax Americana.

Pada tahu 1971 dolar  tidak lagi disandarkan dengan emas. Amerika mencetak kertas hijau yang dipanggil dolar untuk membayar hutang Perang Vietnam. Untuk ganti emas Amerika membuat perjanjian dengan  Saudi - pengeluar utama minyak -  untuk memaksa jual beli minyak petrol diwajib menggunakan kertas hijau ini. Amerika menjadi pengekspot kertas hijau. Maka muncul apa yang dipanggil Petrodolar.

Tujuh puluh tahun sesudah perang dunia tamat -  era Pax Americana  sedang berakhir. Zaman tepu telah masuk. Kong kalikong Amerika bersama Saudi dalam hal jual beli petrol ini telah sampai ketahap akhir. Semakin ramai negara telah berani meminggirkan dolar dalam urus niaga mereka - sama ada jual beli minyak atau jual beli bahan yang lain.

Semua ini adalah  tanda hari-hari akhir untuk dolar dan Pax Americana.

Sabar. Jangan terlau cepat. Hari-hari akhir dolar  ini  pasti akan sampai. Tentang ini saya cukup yakin.  Dalam masa yang sama saya memberi ingatan bahawa bencana besar akan sampai untuk kita semua. Jangan lupa Saddam Hussein dan Gadaffy menjadi arwah kerana mereka mahu membawa Iraq dan Libya meninggalkan  dolar dalam hal jual beli minyak. Lihat apa yang sedang terjadi kepada Libya dan Iraq.

Ini hukum modal. Ini hukum ekonomi kapitalis. Ianya tidak mudah disingkir  dan tidak mudah diketepikan. Kaum pemodal antarabangsa sedang menyusun dan sedang mengatur.

Pada ketika ini warga Malaysia sedang berhadapan dengan Najib dan panglimanya dari United Malays National Organisation. Mereka ini secara sedar dan  mungkin secara tidak sedar adalah bidak catur dalam kerangka kuasa imperial Amerika.

Ketika kita berhadapan dengan  Najib dan kuncu-kuncunya kita juga wajib sedar bahawa kuasa imperial Amerika sedang mengatur stratiji dan membuat persediaan. Justeru kita sendiri sedang berhadapan dengan TPPA - sebahagian dari stratiji kaum pemodal.

Ada satu lagi perancangan yang sedang datur dan disusun. Kaum pemodal antarabngsa sedang menyediakan perang. Untuk kaum kapitalis perang ialah perniagaan yang amat menguntungkan.

Justeru - saya ingin betanya - apakah kita semua sedar bahawa perang dunia sedang dirancang? (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45


----------------

BACA BUAT BANDINGAN

Posted: 12 Jan 2016 08:57 PM PST









BACA SENDiRI

DAN BUAT

BANDiNGAN

BUAT

RUMUSAN

ini dari dari

ajensi berita


Malaysia deserves junk status like Brazil, says Moody's 

Six developing nations, including Malaysia and South Africa, deserve to follow Brazil into junk status, if credit-default-swaps traders are to be believed.

Two weeks after the Latin American country's credit rating was lowered, CDS investors are punishing other emerging markets facing similar challenges, sending their implied sovereign ratings at least five levels below their official grades, according to data from Moody's Corp. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/malaysia-deserves-junk-status-like-brazil-says-moodys#sthash.rwQzb89J.dpuf

ini laporan

utusan tipu 

melayu


Moody's: Bukti Malaysia berada di landasan betul

Beliau berkata, meskipun per­kembangan ekonomi global sema­kin mencabar, namun langkah-langkah yang diambil kerajaan telah berjaya memberikan kesan positif kepada negara dalam mendepani cabaran tersebut.

"Semakan semula prospek penarafan itu satu kredit kepada negara, di sebalik cabaran-cabaran (ekonomi global), kita kekalkan rating dan ia juga menunjukkan kita berada di landasan yang betul," katanya.


- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/moody-8217-s-bukti-malaysia-berada-di-landasan-betul-1.179038#sthash.I7b4yp0j.dpuf



-------------

PERNIAGAN JUAL DATUK

Posted: 12 Jan 2016 08:23 PM PST







OH MAK

DATUK!

'Datuk' palsu perlu kajian


NANCY SHUKRIMenteri di Jabatan Perdana MenteriNOTATERBITANUTUSAN PUTRAJAYA 12 Jan. - Peruntukan undang-undang untuk mengekang penyalahgunaan penganugerahan gelaran `Datuk' yang sepatutnya dibentang di Parlimen tahun lalu telah ditangguhkan atas permintaan ahli-ahli Parlimen yang mahu kajian lanjut dilakukan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/utama#sthash.rjqhZesR.dpuf


KAH KAH KAH

PERNIAGAAN

JUAL DATUK

INI PUN NAK

DIMONOPOLI

KAH KAH KAH





----------------

AWAS LEDAKAN EKONOMI AKAN SAMPAI

Posted: 12 Jan 2016 07:56 PM PST





AWAS!

HARGA PETROL

AKAN JATUH LAGI



Morgan Stanley has said oil could fall to $20 a barrel, while Standard Chartered has predicted an even bigger slide, to as low as $10. Standard said: "Given that no fundamental relationship is currently driving the oil market towards any equilibrium, prices are being moved almost entirely by financial flows caused by fluctuations in other asset prices, including the US dollar and equity markets.
"We think prices could fall as low as $10 a barrel before most of the money managers in the market conceded that matters had gone too far."

Harga minyak mentah jatuh ke paras AS$30.66 setong

A field of 14 storage tanks that each hold 510,000bbls of oil
KUALA LUMPUR 12 Jan.  - Penurunan harga minyak mentah hampir 20 peratus sejak awal 2016 yang tidak pernah dicatat selama ini, menyebabkan penganalisis terus mengurangkan unjuran harga.

Harga minyak hadapan jenis West Texas Intermediate (WTI) menyusut setiap hari sepanjang tahun ini dan didagangkan pada harga AS$30.60 (RM135.14), paling rendah sejak Disember 2003.

Pada awal pagi tadi, minyak mentah Brent jatuh kepada AS$30.66 (RM135.41), paling rendah sejak April 2004.

- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/harga-minyak-mentah-jatuh-ke-paras-as-30-66-setong-1.179048#sthash.A6Y4j1ag.dpuf






----------------