Sabtu, 9 Januari 2016

Tukar Tiub

Tukar Tiub


TIMBANG KATI

Posted: 09 Jan 2016 07:09 PM PST







PERJANJIAN 

JUAL BANI MELAYU

TIMBANG KATI 

'Tergesa-gesa' tandatangan TPP seperti tidak hormat rakyat

SHAH ALAM - NGO yang menggelar diri Bantah TPPA menyifatkan tindakan kerajaan yang 'tergesa-gesa' menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) tidak menghormati pandangan rakyat.

Pengerusinya, Mohd Nizam Mashar mendakwa, keadaan terlalu suntuk untuk semua pihak memahami terma terkandung dalam teks penuh perjanjian itu dan ruang mendapatkan maklumat lanjut juga terhad.


KAH KAH KAH
woit
ini bukan perjanjian
ini tipu bani melayu
ini jual bani melayu
ini jual tanah melayu
bani melayu jadi red indian
red indian di negara sendiri

HANCUS PiKUS

---------------

KOMEN TEPAT DARI NIK AMAR

Posted: 09 Jan 2016 05:49 PM PST








KOMEN TEPAT

DARI 
PARTI 

PUNAISEHAT 

ANDA SEMUA


Jangka hayat PH panjang kalau minum tongkat ali

GOMBAK - Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah ‎berkata, jangka hayat Pakatan Harapan (PH) mungkin akan lebih panjang sekiranya mereka mengamalkan 'meminum minum tongkat ali'.

"Jangka hayat PR saya tidak tahu, kalau diorang amalkan minum tongkat Ali mungkin panjang," katanya berseloroh ketika ditemui media di‎ Taman Melewar bersempena mesyuarat khas Pas di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuizm) di Gombak hari ini.


KAH KAH KAH
woit
betul tepat
nik amar betul
dia amat arif
dalam hal panjang ketat
kah kah kah
hal tongkat ali
hal kacip fatimah
hal ketat sendat
nik amar bijak bistari
kah kah kah
nik amar ini pemimpin top
parti PUNAISEHAT ANDA SEMUA
kah kah kah

PUNAi SEHAT

--------------

PARTI BARU DI MALAYSIA

Posted: 09 Jan 2016 04:30 AM PST








PAS JADI

PUNAHSEHAT 

ANTARA

SEMUA




'PAS penasihat semua termasuk DAP dan wartawan'

Tidak timbul soal PAS mahu jadi penasihat Umno atau bertanding kerusi Umno pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Sebaliknya, menurut Naib Presiden PAS,  Idris Ahmad sudah menjadi kebiasaan untuk kepimpinan parti itu memberi nasihat kepada semua pihak kerana ia merupakan amalan parti Islam itu.

KAH KAH KAH
woit
ada parti politik baru
sudah jadi parti baru
dengan tugas baru
kah kah kah
punah sehat 
kah kah kah

PUNAHSEHAT




---------

NEGARA TERJUAL

Posted: 09 Jan 2016 04:00 AM PST












MANA PEJUANG 

BANI MELAYU

NAJIB JUAL

HARTA NEGARA

PADA CHINA






Jualan Bandar Malaysia - tunggu hari pembalasan, kata DPMM



Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini memberi amaran kepada kerajaan tentang 'hari pembalasan' berhubung penjualan Bandar Malaysia kepada sebuah syarikat di China.
Presidennya,  Syed Ali Alattas pada mulanya mengelak ketika diminta mengulas mengenai perkara itu tetapi kemudiannya menjawab terpulang kepada mereka yang berkuasa untuk memikirkannya.
"Ini terpulang kepada yang memikir, mereka yang bertanggungjawab.
"Dewan tak dapat aset kuasa, tak pernah mimpi dapat pun jadi tak erti, ini semua orang besar-besar dapat (dan) mereka jual pula," katanya.
Walau bagaimanapun, ketika mengulas lanjut, beliau memetik kata-kata perdana menteri kedua negara, Allahyarham  Abdul Razak Hussein dalam bahasa Inggeris.
"Saya nak petik kata-kata  Razak, pada hari pembalasan (nanti), mereka akan dihukum. Bertanggungjawab untuk itu," katanya.
1MDB minggu lalu menjual 60 peratus pegangan ekuitinya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings (IWH) Sdn Bhd dan China Railway Engineering Corporation (CREC) Sdn Bhd.
Ia berkata penjualan itu adalah bahagian penting dalam pelan rasionalisasi untuk mengatasi masalah hutangnya.

KAH KAH KAH
woit
limgkup tanah melayu
lingkup negara ini
lingkup malaysia
kah kah kah
melayu sudah berjaya
menjadi PAK KADOK
malang nasik pak kadok
menang sorak 
kampong tergadai
cakap ketuanan melayu
tapi jual tanah melayu

TERGADAi LAGi



--------------------

PROJEK TIPU MELAYU

Posted: 08 Jan 2016 11:30 PM PST






PROJEK 

TIPU MELAYU
 


Hanya Malaysia diberi pilihan keluar dalam TPP
KUALA LUMPUR - Malaysia merupakan satu-satunya negara yang diberi klausa pilih keluar dalam satu surat sampingan kepada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), kata Ketua Pakar Ekonomi Asian Development Bank, Jayant Menon.

"Ini sebenarnya membolehkan Malaysia menarik diri daripada TPP walaupun tanpa cuba untuk meratifikasikannya di Parlimen. Tiada negara yang terlibat TPP lain boleh melakukannya.

"Bagaimana Malaysia mampu memperolehnya, saya tidak tahu tetapi, saya fikir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mustapa Mohamed merupakan seorang perunding yang hebat," katanya pada Forum Ekonomi Asean di sini hari ini.

KAH KAH KAH
woit
hebat sangat ke malaysia
boleh keluar masuk
orang lain tak boleh
kah kah kah
ini perangkap tikus
dah masuk mampoos
kah kah kah
dah masuk kena telan
kah kah kah

MAMPOOS




-------------

RINGGIT MAKIN KECUT

Posted: 08 Jan 2016 10:30 PM PST







HANG INGAT HANG

KITA KAYA





-------------

PROGRAM DI BATAL

Posted: 08 Jan 2016 09:30 PM PST






FACE BOOK


Projek pembodohan dilakukan oleh Jabatan Agama islam.

Anda bodoh, jabatan agama Islam suka.

Anda pandai, islam suka.








--------------

PROGRAM HUJUNG MINGGU

Posted: 08 Jan 2016 08:30 PM PST









MALAM INI

DEWAN CHINA




MALAM ESOK

DEWAN CHINA









------------

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


BUKAN AHLI POLITIK BERNIAGA JADI MASALAH, MASALAHNYA MENTERI PUN TURUT MENIAGA SAMA

Posted: 09 Jan 2016 04:26 AM PST

shahbudindotcom

 

 
 
 
Wow...garang tu!!

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mahu ahli politik yang  lebih mengutamakan dunia perniagaan dan kepentingan peribadi daripada memberi khidmat kepada rakyat, agar mengundurkan diri dengan segera.

Katanya, tugas dan tanggungjawab utama pemimpin serta ahli politik ialah untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan menjadikan parti politik sebagai platform untuk mendapat lebih banyak tender kerajaan.

Menurut beliau, sikap segelintir pemimpin dan ahli politik seperti itu telah mencemar nama baik parti serta negara.

Zahid Hamidi seterusnya mahukan pemimpin dan ahli politik memberikan sepenuh tumpuan kepada politik, manakala yang berniaga menumpukan kepada perniagaan masing-masing.

Cukuplah...jangan rosakkan nama orang politik. Berilah peluang kepada usahawan muda, jelasnya lagi.

Sekali imbas ternampak kenyataan garang Zahid ini cukup baik, bukan saja untuk UMNO, tetapi juga bagi rakyat dan negara.

Namun, tolonglah realistik sikit...lebih-lebih lagi Zahid sendiri pernah terlibat dalam dunia korporat dan perniagaan sebelum menganggotai jentera pentadbiran kerajaan.

Ada masalahkah kepada beliau dalam memberi khidmat kepada rakyat ketika itu?

Dulu dalam UMNO kebanyakannya terdiri daripada guru-guru, maka ahli politik terlibat dalam perniagaan begitu asing, tetapi sekarang ini, sesuai dengan peredaran zaman, ahli perniagaan menjadi lebih ramai. Bahkan melalui kepesatan pembangunan negara, hampir semua orang ingin terlibat dalam perniagaan.

Ahli politik yang tidak terlibat dengan pentadbiran kerajaan, tidaklah menjadi kesalahan untuk mereka berniaga kerana di situlah datangnya sumber kewangan untuk berkhidmat kepada rakyat, selain menjadikan kehidupan berkeluarga bertambah selesa.

Jika tidak berniaga, daripada manakah ahli politik di peringkat cawangan dan bahagian mahu mendapatkan sumber kewangan mereka?

Apakah Zahid mahu semua ahli politik menghabiskan gaji bulanan, mengorek semua tabung simpanan atau menjaja "tempurung"  meminta bantuan ke sana sini untuk memperolehi sumber kewangan bagi meneruskan khidmat kepada rakyat?

Bukan perkara asing juga bahawa ahli politik biasanya menyumbang lebih lagi untuk khidmat kepada masyarakat sekiranya lebih banyak peluang perniagaan yang mereka perolehi.

Oleh itu, sebenarnya tidak ada masalah bagi pemimpin atau politik terlibat dalam perniagaan, asalkan mereka tidak terlibat dalam pentadbiran kerajaan.

Yang menjadi masalah dalam negara sekarang ialah adanya menteri, timbalan menteri dan anggota pentadbiran kerajaan pun terlibat sama dalam perniagaan. Daripada sebelum dilantik dalam kerajaan sehinggalah berjawatan tinggi pun masih juga mahu berniaga dan berebut tender kerajaan.

Ada yang berniaga menggunakan nama isteri, anak, adik-beradik, saudara-mara  dan berpuluh-puluh proksi yang lain. 

Tidak cukupkah gaji dan elaun lumayan yang diperolehi daripada kerajaan?

Apabila rakyat, ahli perniagaan biasa atau usahawan muda datang meminta pertolongan, mulalah bermacam-macam alasan diberikan untuk menolak permohonan mereka. Hakikatnya, semua peluang itu sebenarnya hanya mahu diagihkan untuk syarikat yang ada kaitan dengan diri mereka saja.

Yang menciplak kertas cadangan usahawan tulen, lalu menukar "covernya" bukan juga perkara baru, malah sudah sering menjadi bualan berlaku pejabat menteri, timbalan menteri atau anggota pentadbiran yang lain.

Inilah sebenarnya masalah utama yang melibatkan orang politik dan perniagaan. Tiada masalah bagi orang politik untuk terlibat dalam perniagaan, asalkan mereka tidak memegang apa-apa jawatan awam. 

Masalah besarnya  ialah orang politik yang sudah dilantik dalam kerajaan pun terus mahu berniaga serta tidak tahu berhenti daripada mengaut keuntungan melalui tender-tender kerajaan.

Selain menggunakan nama anak, isteri, adik-beradik atau saudara-mara sebagai proksi untuk terus berniaga, siapakah menteri, timbalan menteri dan anggota pentadbiran kerajaan yang tiada "tauke besar" di belakang mereka?

Jika benar Zahid mempunyai iltizam mahu membersihkan nama UMNO dan kerajaan, perkara inilah yang yang perlu beliau beri perhatian lebih khusus.

Sebagai orang nombor dua dalam kerajaan, Zahid pastinya boleh berbuat sesuatu yang berkesan untuk menghalang para menteri, timbalan menteri dan anggota pentadbiran kerajaan yang lain daripada terlibat dalam perniagaan.

Mereka inilah yang sepatutnya diberi amaran untuk memberi sepenuh tumpuan kepada politik serta khidmat demi rakyat serta jangan sesekali terlibat dalam perniagaan.

Saudara mara, terutamanya adik-adik menteri, timbalan menteri dan anggota pentadbiran kerajaan juga harus dilarang melibatkan diri dalam apa-apa perniagaan di kementerian di mana mereka berkhidmat.

Oppss...yang penting sekali daripada segala-galanya, apa kata Zahid sendiri cuba sedaya upaya menjadikan dirinya sebagai contoh teladan terlebih dahulu. 
 
 
 

‘Saya tak benarkan Ibrahim Ali, Ridhuan Tee datang Sarawak’

Posted: 09 Jan 2016 04:18 AM PST

BERNAMA

 

sarawakflag-L
Kerajaan Sarawak menafikan dakwaan ia menyalahgunakan kuasa autonomi imigresen dengan melarang ahli politik pembangkang atau kalangan yang lantang mengkritik kerajaan daripada memasuki negeri ini.


MIRI,  Kerajaan Sarawak menafikan dakwaan ia menyalahgunakan kuasa autonomi imigresen dengan melarang ahli politik pembangkang atau kalangan yang lantang mengkritik kerajaan daripada memasuki negeri ini.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata larangan itu terpakai kepada semua individu yang dianggap sebagai petaksub perkauman atau pelampau tanpa mengira latar belakang politik atau agama mereka, termasuk penyokong Barisan Nasional (BN).

"Menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi Sarawak. Jangan tuduh saya hanya melarang anggota pembangkang, saya juga melarang penyokong BN daripada datang ke sini," katanya pada majlis pelancaran program 'Sejiwa Senada' di padang Majlis Bandaraya Miri di sini hari ini.

Adenan berkata kerajaan negeri mengamalkan dasar terbuka, namun tidak akan bertolak ansur dengan kalangan bersikap perkauman dan pelampau yang berusaha untuk memusnahkan perpaduan dalam masyarakat majmuk dan berbilang agama di negeri ini.

"Saya tidak akan membenarkan orang seperti (Datuk) Ibrahim Ali dan Dr Ridhuan Tee (Abdullah) untuk datang ke sini meracuni fikiran masyarakat kita," katanya.

Adenan, yang juga Pengerusi BN Sarawak, mengulangi pendirian kerajaan negeri yang tidak membenarkan Umno melebarkan sayapnya ke Sarawak dan beliau berharap parti pembangkang di sini akan turut berbuat demikian.

"Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang lepas, saya nyatakan bahawa kami tidak mempunyai masalah untuk mengemukakan usul tidak membenarkan Umno memasuki Sarawak asalkan parti pembangkang turut mengemukakan usul tidak membenarkan parti berpusat di Semenanjung seperti DAP dan PKR, datang ke negeri ini, tetapi mereka (wakil pembangkang) mendiamkan diri," katanya.

Mengenai pembinaan empangan hidroelektrik Baram di sini yang ditangguhkan, beliau berkata kerajaan negeri mungkin membatalkan projek itu sekiranya bekalan tenaga ke Sarawak dapat memenuhi permintaan pengguna.

"Buat sementara waktu, projek ini tidak akan diteruskan," katanya, dan menambah, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dan keluhan penduduk kampung yang terjejas akibat projek itu.

Isu bauksit: SPRM tahan lagi tiga ‘orang tengah’ terlibat rasuah

Posted: 09 Jan 2016 04:15 AM PST

AHMAD FAZLAN

 

bauksit
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Azam Baki berkata ketiga-tiga individu terbabit ditahan secara berasingan di sekitar Kuantan antara 4 petang hingga 11.55 malam. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR,  Tiga lagi individu termasuk seorang wanita ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai terlibat dalam pembayaran wang rasuah bagi melindungi pelombongan bauksit secara haram, semalam.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Azam Baki berkata ketiga-tiga individu terbabit ditahan secara berasingan di sekitar Kuantan antara 4 petang hingga 11.55 malam.

Kata Azam, mereka dipercayai berperanan sebagai orang tengah dalam aktiviti penjualan dokumen pemindahan bijih mineral atau Borang 13D secara haram kepada pelombong-pelombong tidak berlesen.

"Kesemua mereka yang berusia antara 44 dan 50 tahun itu merupakan orang awam.

"Ini merupakan tindakan susulan dalam menangani isu perlombongan bauksit tidak terkawal dan ketirisan hasil kerajaan di Pahang.

"Mereka kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, SPRM masih giat menjalankan siasatan bagi mengesan mereka yang terbabit dalam jenayah rasuah sehingga menyebabkan berlakunya kegiatan perlombongan haram dan ketirisan yang dianggarkan bernilai RM187 juta dari segi hasil kutipan royalti tahun lalu.

"SPRM turut menyeru orang ramai agar memberi maklumat kepada SPRM berhubung individu yang terlibat memberi serta menerima rasuah dalam isu perlombongan bauksit secara haram," katanya.


Pada 7 Januari lalu, empat kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuantan, Pahang ditahan SPRM termasuk seorang pegawai kanan kerana disyaki meminta serta menerima wang rasuah dari pelombong bauksit tidak berlesen di negeri ini.

Taklimat menteri mengenai TPPA disambut dengan protes

Posted: 09 Jan 2016 04:10 AM PST

Low Chia Ming  







Ketika Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed mengadakan taklimat mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di Universiti Sains Malaysia (USM), kira-kira 30 orang telah mengadakan protes secara aman membantahnya di luar universiti itu.

Mereka yang terdiri daripada wakil kumpulan pelajar, parti politik dan NGO berkumpul untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap TPPA di pintu Sungai Dua USM.

Protes ringkas itu, bermula jam 11.30 pagi dan berakhir sekitar 11.53 pagi manakala hadirin di Dewan Syed Putra - di mana taklimat itu diadakan - sedang disajikan dengan tayangan filem pro-Umno 'Hati Malaya' oleh pengarah dan penerbit Suhaimi Baba, sebelum ketibaan Mustapa di tempat tersebut.

Peserta protes itu memegang sepanduk, antaranya berbunyi 'Mahasiswa Tolak TPPA', 'Malaysia not for sale', 'People Before Profit, 'Don't Trade Away Our Lives'.

Turut hadir di protes tersebut - yang dimulakan dengan pelajar USM Lee Chung Lun membaca kenyataan menolak TPPA - adalah jurucakap Ikatan Mahasiswa Jefry Musa, ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon, S Mageswari dari Persatuan Pengguna PPulau Pinang, Anil Netto dari Aliran, Nur Fitri Amir dari Bantah TPPA, dan wakil-wakil dari Parti Amanah Negara dan Pemuda PKR.

Jefry (foto) mempersoalkan mengapa kerajaan enggan berbincang dan berunding dengan orang yang betul tentang TPPA.

Selain itu, Nur Fitri pula menegaskan bahawa perjanjian itu menjaga kepentingan korporat lebih daripada kepentingan awam.

Mageswari (foto) dan Choo Chon Kai dari Parti Sosialis Malaysia bersetuju bahawa TPPA adalah satu bentuk penjajahan baru.

Choo mendakwa negara sedang dipaksa untuk menandatangani perjanjian itu, yang menurutnya "tidak adil kepada rakyat."

Beliau menggesa rakyat Malaysia menghadiri perhimpunan besar-besaran membantah TPPA di Kuala Lumpur pada 23 Januari

Sementara itu, protes itu sedikit terganggu oleh wakil Gabung Perwakilan Melayu Pulau Pinang, Ridzuan Mohd Azuddin, yang cuba untuk mengemukakan soalan kepada peserta protes itu.

Bagaimanapun, kumpulan itu memintanya membenarkan mereka meneruskan bantahan mereka, dan "menghormati aktiviti mereka".

Ridzuan (foto) kemudian memberitahu media bahawa mesti ada "tangan tersembunyi" di belakang kumpulan itu.

Jika tidak, katanya, mereka hanya perlu mendengar penjelasan Mustapa dan bertanya soalan secara inteleklual semasa sesi taklimat itu.

'PAS penasihat semua termasuk DAP dan wartawan'

Posted: 09 Jan 2016 04:05 AM PST

Shakira Buang


 


Tidak timbul soal PAS mahu jadi penasihat Umno atau bertanding kerusi Umno pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Sebaliknya, menurut Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad sudah menjadi kebiasaan untuk kepimpinan parti itu memberi nasihat kepada semua pihak kerana ia merupakan amalan parti Islam itu.

"Bukan penasihat. PAS biasa nasihatkan orang, kita (PAS) nasihatkan Umno, DAP dan orang ramai sebab kita inikan parti Islam.

"Dekat wartawan pun kita nasihat juga," kata Idris sambil ketawa kecil kepada Malaysiakini.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada 6 November lalu dilapor sebagai berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk melantik Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sebagai penasihat kerajaan negeri BN itu.

Malah, Hadi turut dilaporkan berkata PAS bersedia untuk bekerjasama dengan Umno dalam isu-isu pentadbiran dan sedia menasihatkan Umno.


2 maut, 8 parah bas terbabas ke dalam parit

Posted: 09 Jan 2016 03:49 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Dua maut, manakala lapan cedera parah apabila bas yang disewa oleh sekumpulan 47 orang warga Indonesia terbabas dan masuk ke dalam parit di kilometer 43, jalan persekutuan Klang ke Teluk Intan di Kuala Selangor dekat Shah Alam kira-kira jam 5 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata rombongan warga Indonesia itu dilaporkan dalam perjalanan dari Pasar Seni, Kuala Lumpur ke jeti Bagan Datoh, Teluk Intan, Perak untuk pulang ke Indonesia.

Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mayat seorang lelaki dan seorang wanita yang tersepit di bawah bas berkenaan, katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata 22 penumpang lagi cedera ringan, sementara 16 lagi termasuk pemandu bas tidak mengalami kecederaan.

Kesemua yang cedera telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan Hospital Tanjung Karang untuk rawatan, katanya.

Mohd Sani berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan berkenaan pada kira-kira jam 5.05 pagi dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.

"Seramai 19 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor dan Tanjung Karang terlibat dalam operasi berkenaan yang tamat pada kira-kira pukul 7.10 pagi tadi," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ruslan Abdullah berkata, sampel darah pemandu bas berkenaan telah diambil untuk diuji dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- Bernama


Inilah 'stadium pink' Qu Puteh

Posted: 09 Jan 2016 03:28 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Selepas merealisasikan hasratnya untuk menjadi penaja utama pasukan bola sepak Kelantan, pengasas produk Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman dilihat semakin teruja dengan misinya membawa perubahan besar kepada skuad The Red warriors (TRW).

Terbaru, Hasmiza berkongsi gambaran Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu yang bakal dicat dengan warna merah jambu seperti diidamkannya.

"Doakan semoga saya dapat realisasikan signature of Kelantan, Pamoga Qu Puteh - The Red Warriors," tulis beliau pada kapsyen gambar tersebut, malam tadi.

Malaysiakini semalam melaporkan, Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa mengesahkan pihaknya bersetuju dengan tajaan dan syarat diletakkan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu untuk menjadi penaja Kelantan.

Hasmiza sebelum ini meletakkan dua syarat kepada Kafa iaitu menukar warna stadium dengan merah jambu dan nama pasukan didahului dengan perkataan "Pamoga Qu Puteh".

Bagaimanapun, selain dua syarat tersebut Hasmiza turut mengemukakan 33 lagi syarat tambahan kepada Kafa dan ia dipersetujui bersama selepas kedua-dua pihak berbincang.

"Semoga impian dan usaha ini bakal menyemarakkan semangat untuk melihat aksi pemain dan berpesta Sekeluarga.

"Sihat, cantik, Pamoga Qu Puteh di Stadium Sultan Muhammad IV, amin," katanya yang lebih popular dengan gelaran Vida.

Sementara itu difahamkan, Hasmiza memperuntukkan sejumlah RM1 juta dana dengan tujuan mengubahsuai gelanggang keramat TRW termasuk dicat semula dengan warna pilihan jutawan kosmetik kelahiran Machang, Kelantan itu.

Selain itu, majlis menandatangani kontrak rasmi antara Vida Beauty dan Kafa bakal diadakan pada 15 Januari ni di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Melalui penajaan dua tahun syarikat kecantikan itu, Kafa bakal menikmati dana berjumlah RM16 juta di samping faedah-faedah lain yang belum diumumkan penaja tersebut.


DUN Johor: Perwakilan AMANAH saran DAP tak letak calon Melayu guna logo parti itu

Posted: 09 Jan 2016 03:17 AM PST

Zikri Kamarulzaman  






Seorang perwakilan AMANAH Johor menyarankan supaya DAP tidak meletakkan calon Melayu untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di bawah logo DAP.

Timbalan Ketua AMANAH Johor, Zulkefly Ahmad berkata, Umno telah meyakinkan orang Melayu di luar bandar Johor bahawa DAP anti-Melayu dan anti-Islam.

Oleh itu, beliau berkata, jika DAP mahu meletakkan calon bertanding kerusi DUN di Johor, ia perlu menggunakan logo PKR atau AMANAH.

"Saya tidak bimbang terhadap sokongan daripada rakan-rakan Tionghua di Johor, tapi saya bimbang terhadap pengundi Melayu di negeri Johor.

"Johor mencadangkan, kalau boleh, supaya praktikal DAP tidak letak calon Melayu di kerusi negeri, kecuali Parliamen.

"Kalau perlu letakkan calon, terima logo PKR ataupun AMANAH," kata Zulkefly di sidang kemuncak kepimpinan Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.

Beliau membahaskan perjanjian bersama Pakatan Harapan yang ditandatangani hari ini.
Pemimpin Pakatan Harapan dilihat cepat menjauhkan diri mereka daripada cadangan Zulkefly itu.

"Kita memberinya kebebasan untuk bercakap [...] tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini, kita tidak akan terperangkap dengan politik perkauman," kata Presiden AMANAH Mohamad Sabu dalam sidang akhbar selepas itu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga bersetuju bahawa Zulkefly mempunyai hak untuk bercakap, tetapi pandangannya tidak mencerminkan pendirian Pakatan Harapan.

AMANAH: Ahli PBT bertanggung jawab pada rakyat, bukan parti

Posted: 09 Jan 2016 03:13 AM PST

Zikri Kamarulzaman  







Pilihan raya majlis tempatan perlu dihidupkan semula untuk menghapuskan amalan buruk seperti rasuah dan nepotisme, kata Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.

Dengan adanya pilihan raya tersebut, katanya, ahli majlis tempatan akan bertanggungjawab pada rakyat bukan kepada parti.

Berucap di sidang kemuncak kepimpinan Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini, presiden AMANAH itu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata itulah harapan Pakatan Harapan.

Kenyataannya itu dibuat di tengah-tengah perebutan kerusi majlis tempatan di Selangor.

AMANAH telah meminta 24 kerusi majlis tempatan, tetapi hanya diberi lapan.

PRN Sarawak: PAS dijangka tanding 10 kerusi

Posted: 09 Jan 2016 03:08 AM PST

Shakira Buang


 


PAS dijangka meletakkan calonnya di lebih 10 kerusi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Malah, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata parti itu kini sudah bersiap sedia pada bila-bila masa sahaja untuk pilihan raya itu berlangsung.

"Pilihan raya Sarawak ini kita dalam kesiapsagaan dan kita akan bertanding lebih daripada kerusi yang kita bertanding dalam PRN Sarawak lepas.

"Akan bertambah mungkin lebih sekali ganda, dulu kita bertanding lima kerusi dan kali ini mungkin bertambah lebih daripada itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Taklimat Khas Presiden, di Taman Melewar, Gombak hari ini.

Sementara itu, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki - ketika menyentuh mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah yang mengatakan bahawa PAS 'mungkin disisihkan' dalam PRN Sarawak kerana kurang mendapat sambutan di negeri itu - berkata PAS 'hanya tunggu dan lihat' mengenai kenyataan itu.

"Kita dengan PKR masih ada hubungan tahaluf, jadi kita tidak boleh beri kata dua, sama ada kamu hendak setuju dengan DAP atau pun saya (PAS).

"Itu bukan cara kita, jadi kita akan tengok perkembangan seterusnya bagaimana," katanya.


Ubahsuai Bajet 2016 tidak jejas kebajikan rakyat – Ahmad Maslan

Posted: 09 Jan 2016 02:40 AM PST

 
Ahmd Maslan mengulas pengumuman Najib mengenai pengubahsuaian Bajet 2016 dengan mengambil kira senario ekonomi supaya lebih realistik dengan cabaran tahun ini.


Ahmad-Maslan_budget_600


KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk mengoptimumkan perbelanjaan Bajet 2016 tidak akan menjejaskan program khusus yang dibentuk bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata, kebajikan rakyat akan terus diutamakan agar ia tidak termasuk dalam pengubahsuaian Bajet 2016

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai pengubahsuaian Bajet 2016 dengan mengambil kira senario ekonomi supaya lebih realistik dengan cabaran tahun ini.

"Satu forum penerangan bertajuk #tambahpendapatanrakyat juga akan diadakan pada 17 Jan ini sebagai satu usaha membantu rakyat dalam menjana pendapatan mereka," katanya kepada pemberita di Kampung Baru, lapor Bernama.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO dalam pertemuan yang sama turut dilapor menyelar tindakan pengamal media sosial yang gemar memutar belit kenyataan pemimpin negara ini.

"Saya harap media sosial 'spin' sesuatu perkara itu ke arah positif.

Contohnya seperti kenyataan saya yang sering diputarbelitkan sedangkan mereka tidak melihat secara keseluruhan maklumat yang dikeluarkan dalam akaun media sosial saya," katanya.

Chegubard dipanggil mengadap Lembaga Disiplin PKR

Posted: 09 Jan 2016 02:38 AM PST

 
Walaupun tidak menyatakan secara khusus, ia dipercayai berhubung siri kritikannya terhadap Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


Chegubard_commt


SHAH ALAM: Ahli seumur hidup PKR, Badrul Hisham Shaharin dipanggil mengadap lembaga displin parti itu pada 11 Januari ini.

"Baru mendapat mesej daripada Lembaga Disiplin PKR memaklumkan yang saya dipanggil untuk hadir ke satu sesi pendengaran dan siasatan di ibu pejabat parti pada jam 3.30 petang, 11 Januari nanti.

Chegubard_commt0"Sekurang-kurangnya suara dan desakan didengar. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada pengerusinya Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi," katanya menerusi Facebook sebentar tadi.

Walaupun tidak menyatakan secara khusus sebab beliau dipanggil, ia dipercayai berhubung siri kritikannya terhadap kerajaan Selangor, khususnya Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Chegubard ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihak jawatankuasa tidak menyatakan secara khusus sebab beliau dipanggil.

"Mereka hanya meminta saya untuk hadir dan tidak beritahu sebabnya. Namun saya melihatnya sebagai peluang yang baik untuk memberi penjelasan (tentang perkara yang bakal dibangkitkan)," katanya kepada FMT.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu sebelum ini lantang mengkritik kerajaan Selangor dan Azmin, antaranya berhubung projek naik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan yang menelan belanja RM9.8 juta dan dakwaan penganugerahan dua kawasan pembalakan tanpa tender terbuka.

Lagu Diwale 'Gerua', 'Janam Janam' berhantu?

Posted: 08 Jan 2016 09:31 PM PST

Lagu Diwale 'Gerua', 'Janam Janam' berhantu?
Klip video lagu Gerua.
 

DEMAM filem Diwale gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol nampaknya masih terus melanda seluruh dunia tidak ketinggalan di negara ini.

Malah lagu tema filem tersebut terus mendapat permintaan pendengar di corong-corong radio tempatan tidak kira waktu.

Lagu 'Gerua' dan 'Janam Janam' dikatakan berhantu hingga menyebabkan peminat filem tersebut terus mengulanginya berkali-kali.

Pelbagai respons membanjiri laman sosial termasuk Facebook, Twitter dan Instagram menunjukkan peminat-peminat jatuh hati dengan filem tersebut.

Video lagu tema rasmi di Youtube bagi 'Janam Janam' setakat ini telah mencatatkan hampir 7 juta tontonan sejak dimuatnaik bulan lalu.

Manakala bagi lagu Gerua pula telah ditonton hampir 3 juta tontonan.

Penyanyi bagi lagu Gerua adalah Arijit Singh manakala bagi lagu Janam Janam, Arijit berduet dengan Antara Mitra.

Mula ditayangkan 18 Disember lalu, Diwale terus mencatatkan kutipan yang tinggi di seluruh dunia.

Teringat cerita salah seorang rakan yang 'dipaksa' menonton Diwale pada hari pertama tayangan melihat  ada kaum adam dalam panggung wayang yang datang sendirian untuk menonton.

Namun, daripada 'terpaksa' akhirnya, dia juga turut terjebak sehingga tayangan filem berakhir.

Malah tidak kurang juga rakan-rakan yang memberitahu telah pergi menonton filem itu di panggung wayang beberapa kali.

Nampaknya, walaupun sudah kian berusia, Shah Rukh Khan dan Kajol masih berbisa dan meninggalkan kesan mendalam terhadap lakonan mereka.

Lebih menarik, penggambaran bagi muzik video 'Gerua' telah dijalankan di lokasi sebenar tanpa ada satu pun babak yang menggunakan skrin hijau.

Difahamkan lokasi-lokasi menarik termasuk air terjun, atas bangkai pesawat, pergunungan ais serta tasik yang digunakan dalam muzik video itu terletak di Kepulauan Iceland.

Fakta ini disahkan sendiri kedua-dua pelakon dalam rakaman video di sebalik tabir penggambaran sekaligus menepis cakap-cakap yang mendakwa pembikinan muzik video itu terlalu banyak menggunakan teknik janaan komputer dan skrin hijau.

Malah Shah Rukh Khan dan Kajol serta kru penggambaran terpaksa mendaki sendiri lokasi-lokasi berbahaya seperti tebing air terjun namun atas faktor keselamatan kaki kedua-duanya diikat.

Susulan keadaan tasik berais terlalu sejuk, kedua-duanya mengakui tidak dapat membuka mulut ketika penggambaran dijalankan.


Soalan lazim: Bauksit dari A sampai Z

Posted: 08 Jan 2016 09:26 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan pada Rabu lalu mengumumkan penangguhan tiga bulan terhadap aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan selepas aduan debu dan lautan menjadi merah, dikhuatiri tercemar.

Tetapi apa sebenarnya bauksit dan kenapa isu itu menjadi perhatian ramai?

Apa itu bauksit?

Bauksit ialah bijih aluminium dan salah satu sumber utama aluminium dunia.

Ia digunakan untuk pembuatan tin makanan dan minuman selain selongsong (casing) telefon bimbit.

Adakah ia benar-benar bahaya?

Pendedahan kepada bauksit boleh menyebabkan penyakit pernafasan dan kulit tetapi tidak terdapat kajian kukuh menyebut terdapat kesan buruk terhadap kesihatan.

Pendedahan kepada aluminium pula bagaimanapun dikaitkan dengan masalah alzheimer.

Pahang bagaimanapun tidak terdedah daripada sisa pengilangan kerana tidak memproses bauksit kepada aluminium oksida sebelum dieksport.



Apa masalah sebenarnya?

Bauksit tidak berapa berbahaya tetapi tidak pada benda-benda lain yang terhasil ketika penggaliannya.

Ini termasuk logam berat yang menyebabkan Kuantan bertukar merah – dengan debu dan airnya.

Ujian Jabatan Alam Sekitar di Sungai Riau, Mabok dan Pinang di Kuantan pada November lalu mendedahkan tahap bahaya aluminium, ferum dan raksa.

Logam-logam ini akan memberikan kesan amat buruk jika mencemarkan air atau ikan-ikan dalamnya.

Sebagai contoh, keracunan raksa boleh menyebabkan kerosakan otak, buah pinggang dan malah kematian.

Bagaimana semua ini bermula?

Perlombongan bauksit di Kuantan bermula pada 2014 selepas Indonesia mengharamkan eksport bauksit bagi menggalakkan pertumbuhan industri aluminium tempatan.

Malaysia justeru menjadi pembekal utama bauksit kepada China.

Perniagaan yang berkembang pesat itu menjadikan penduduk setempat kaya raya dalam sekelip mata apabila pelombong menawarkan wang tunai untuk mengggali bauksit di tanah mereka.



Kerajaan Pahang juga dapat untung?

Tidak semestinya. Kerajaan Pahang hanya mengutip RM46.7 juta daripada royalti eksport tahun lalu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata jumlah ini sepatunya lima kali ganda. Siasatan dijalankan bagi mengenal pasti ketirisan.

Apa status sekarang?

Kerajaan pusat dan negeri mengumumkan penangguhan sementara aktiviti perlombongan yang akan bermula pada 15 Januari.

Dalam tempoh tiga bulan, syarikat perlombongan harus menghabiskan stok masing-masing dan kemudian mewujudkan pusat bagi kerja-kerja pembersihan bauksit tanpa merosakkan alam sekitar.

Jika infrastruktur ini dibentuk, pihak yang mempunyai lesen boleh terus melombong bauksit di kawasan itu.



Adakah isu ini dapat diselesaikan?

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata proses pemulihan akan menjadi sebahagian daripada proses moratorium.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bagaimanapun ia akan dibuat.

Proses perlombongan bauksit berpotensi menjadikan Kuantan tanah gersang selepas banyak tanahnya dikorek dan meninggalkan cuma batu-batu.

Ia sekali gus menyukarkan penanaman tumbuhan.

Kerajaan juga berkata merancang mengenakan peraturan lebuh ketat semasa tempoh moratorium.

Anggota parlimen Kuantan Fuziah Salleh bagaimanapun berkata belum terdapat sebarang rancangan membendung perlombongan berhampiran aliran air yang boleh menyebabkan pencemaran.




DAP: GST selamatkan Najib atau Malaysia?

Posted: 08 Jan 2016 09:17 PM PST

Susan Loone








Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah menyelamatkan negara manakala Bajet 2016 akan disemak semula dipersoalkan oleh DAP.

"Semua orang terduduk disebabkan GST dan mata wang kita susut nilai. Adakah ia berbaloi?"

"GST menyelamatkan Najib atau Malaysia?" soal Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada satu sidang akhbar selepas menghadiri acara di Sidang Kemuncak Hartanah Antarabangsa 2016 di Bayan Baru, Pinang 2016 hari ini.

Lim merujuk kenyataan Najib bahawa GST telah menyelamatkan Malaysia dalam berhadapan persekitaran ekonomi yang amat mencabar.

Menteri kewangan itu berkata demikian dalam satu perjumpaan khas dengan kakitangan kementerian di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata GST menyumbang kutipan kasar sebanyak RM37.67 bilion dengan unjuran nilai bersih berjumlah RM27.126 bilion setakat Disember 2015.

Bagaimanapun Lim berkata Najib masih belum memulihkan reputasi negara apabila tidak menjelaskan percanggahan jualan tanah 1MDB di Bandar Malaysia kepada Iskandar Waterfront Holdings (IWH) Sdn Bhd dan China Railway Engineering Corporation (CREC) Sdn Bhd.

Beliau merujuk pengumuman terdahulu 1MDB bahawa firma pelaburan milik negara itu akan menerima RM7.41 bilion bagi jualan itu.

Sebaliknya, CREC mengumumkan kepada Bursa Saham Hong Kong bahawa ia membayar hanya RM5.279 bilion - perbezaan RM2.13 bilion dibandingkan dengan harga diumumkan oleh 1MDB.

Lim berkata sekiranya Najib mahu mengembalikan semula keyakinan terhadap ekonomi negara, beliau tidak harus bergantung dalam penjualan hartanah kepada syarikat asing.

"Wang sepatutnya dibelanjakan untuk pendidikan, infrastruktur, inovasi dan pengangkutan awam seperti kita lakukan di Pulau Pinang," kata Lim yang juga adalah ketua menteri negeri itu.


IGP: Polis akan buru individu salahguna laman sosial

Posted: 08 Jan 2016 09:12 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Polis akan memantau, mengesan, dan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan laman sosial, termasuk yang menyebar gambar atau berkongsi maklumat yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) akan memantau dan mengesan mereka yang terlibat.

"Pengguna media sosial harus menghentikan dari membuat, menyebar dan berkongsi apa-apa jua bentuk komunikasi yang boleh menjejaskan kesejahteraan dan ketenteraman awam terutamanya yang bersifat menghasut.

"Saya telah mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) untuk memantau, mengesan, dan mengambil tindakan terhadap mereka (pengguna) yang menyalahgunakan laman sosial," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Khalid berkata pengguna ini boleh didakwa di bawah Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Akta 588), Akta Hasutan 1948 serta undang-undang lain yang berkaitan.

"Mereka (pengguna) wajar melaporkan kepada pihak berkuasa jika menerima atau mengesan sebarang kenyataan yang berupaya menjejaskan kepentingan masyarakat dan negara.

"Perlu saya ingatkan kembali hak kebebasan bersuara harus diamalkan secara berhemah dan berdasarkan kebenaran," katanya.

Khalid berkata hak ini tertakluk kepada sekatan yang diterima pakai secara universal dan ditentukan oleh undang-undang khusus bagi tujuan melindungi ketenteraman awam.

Kenyataan Khalid itu adalah merujuk kepada perkembangan kebelakangan ini di media sosial yang semakin sarat dengan fitnah serta penyebaran gambar dan maklumat palsu, seperti menghina kepimpinan negara, selain cuba menjejaskan ketenteraman awam.- Bernama


Penduduk Kuantan dinasihat elak guna sumber air sungai tercemar

Posted: 08 Jan 2016 09:08 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan penduduk Kuantan supaya tidak menggunakan sumber air mentah dari mana-mana sungai yang tercemar bagi mengelakkan kemudaratan kepada kesihatan.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata orang ramai perlu sentiasa prihatin terhadap kesihatan mereka supaya sebarang perkara tidak diingini dapat dielakkan.

"Sekiranya tidak sihat hendaklah segera berkunjung ke klinik-klinik yang terdekat bagi rawatan awal.

"Selain itu, elakkan daripada memakan ikan atau mana-mana hasil tangkapan dari sungai yang disahkan tercemar oleh pihak Jabatan Alam Sekitar sebagai langkah pencegahan awal," katanya.

Dalam pada itu, KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKN) telah dan sedang mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memantau kesan perlombongan bauksit kepada kesihatan masyarakat.

Antara langkah-langkah yang telah diambil termasuklah memantau kualiti air minum secara berkala serta memantau trend kehadiran pesakit di klinik-klinik yang terpilih.

"Sehingga Disember lepas, semua sampel air terawat yang dibekalkan dari LRA (Loji rawatan Air) Semambu, Bukit Sagu dan Bukit Goh telah diambil oleh KKM dan sampel-sampel air yang dianalisa oleh Jabatan Kimia Malaysia menunjukkan bahawa semua sampel parameter logam berat mematuhi Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan.

"Bagi pemantauan di klinik pula sebanyak 11 klinik kesihatan di kawasan Kuantan telah dipilih untuk memantau kehadiran pesakit jangkitan trakus pernafasan atas (URTI), Asma dan Konjunktivitis bermula dari 2014... pemantauan ini adalah secara berterusan dan analisis akan dibuat dalam tempoh yang tertentu bagi melihat trend penyakit," katanya.

Sementara itu, Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan JKN Pahang pula secara berterusan melakukan pensampelan pemantauan terhadap kualiti makanan di kawasan terlibat secara berkala dengan kekerapan dua bulan sekali.

KKM juga dalam pada itu, membuat analisa terhadap lima jenis ikan dan hasil laut iaitu ikan mengkerung, ikan kekek, ikan gelama dan ikan anding serta lokan bagi parameter plumbum, kadmium dan arsenik tak organik.- Bernama


Tiada lagi 'bersetuju untuk tidak bersetuju', kata Pakatan Harapan

Posted: 08 Jan 2016 09:05 PM PST

Zikri Kamarulzaman


 


Pakatan Harapan tidak lagi akan 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dan mana-mana parti yang melanggar konsensus gabungan itu akan dipecat.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata 'bersetuju untuk tidak bersetuju' tidak lagi menjadi prinsip Pakatan Harapan.

Ketiga-tiga parti, katanya, bebas untuk membuat keputusan politik mereka, selagi ia tidak bertentangan dengan perjanjian dan keputusan bersama yang dimeterai hari ini, atau yang dibuat oleh majlis presiden.

Beliau berkata demikian di sidang kemuncak kepimpinan Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini, di mana PKR, DAP dan AMANAH akan menandatangani perjanjian bersama untuk gabungan mereka.

Setiausaha Organisasi AMANAH, Suhaizan Kaiat pula berkata, jika mana-mana parti-parti itu didapati melanggar perjanjian tersebut, parti-parti lain dalam Pakatan Harapan mempunyai hak untuk memecatnya dari gabungan itu.

Status Pakatan Harapan sebagai satu pakatan politik antara parti-parti berkenaan, tambahnya, hanya boleh diumumkan oleh majlis presiden.

Klausa ini dalam perjanjian Pakatan Harapan itu dengan jelas bermaksud pakatan itu tidak boleh dibubarkan secara unilateral.

Ini akan menghalang apa yang telah berlaku terhadap Pakatan Rakyat, yang berkubur selepas pemimpin DAP Lim Kit Siang mengumumkan pembubarannya.

Sementara itu Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke mengumumkan bahawa di bawah perjanjian itu, pertandingan tiga penjuru yang melibatkan lebih daripada satu parti dalam gabungan Pakatan Harapan, tidak akan berlaku lagi.

Pakatan Harapan, katanya, hanya akan meletakkan seorang calon untuk mewakili pakatan itu dalam mana-mana pilihan raya.

Beliau berkata calon-calon akan dipilih oleh parti masing-masing, manakala pengagihan kerusi akan diputuskan oleh sebuah jawatankuasa pilihan raya.

Semua keputusan mesti diluluskan oleh majlis presiden, katanya.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata parti-parti dalam pakatan itu juga dilarang daripada mengadakan rundingan terus dengan parti-parti di luar Pakatan Harapan selepas pilihan raya.

Ini, kata Loke, termasuk membentuk kerajaan atau sebuah pentadbiran, kecuali jika majlis presiden dimaklumkan terlebih dahulu..

Jakim sahkan kacang cap Pagoda, Ngan Yin halal

Posted: 08 Jan 2016 09:00 PM PST

Jakim sahkan kacang cap Pagoda, Ngan Yin halal
Gambar yang viral menunjukkan kacang cap Pagoda dan Ngan Yin dilabel tidak halal.
 

AUTA

Status halal kacang cap Pagoda dan Ngan Yin diragui apabila beberapa keping gambar kacang tersebut menjadi viral di laman sosial.

Gambar menunjukkan longgokan kedua-dua kacang itu diletakkan di satu sudut sebuah pasar raya dan dilabelkan sebagai tidak halal.

Bagaimanapun, menurut kenyataan pemilik gambar, setelah membuat semakan di laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati tarikh sijil halal bagi kedua-dua kacang itu masih sah.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff mengesahkan kacang cap Pagoda dan Ngan Yin adalah halal.

Menurut beliau, gambar tersebut hanyalah salah faham apabila pekerja pasar raya di situ melakukan kerja-kerja pemindahan barang dan tidak membuang label 'tidak halal'.

"Pihak pasar raya pada mulanya meletakkan minuman keras di sudut itu, tetapi kemudian menukar dengan pelbagai makanan ringan tanpa membuang label tersebut," katanya kepada Sinar Harian semalam.

FAKTA

Pengara h Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff mengesahkan kacang cap Pagoda dan Ngan Yin adalah halal. Menurut beliau, gambar tersebut hanyalah salah faham apabila pekerja pasar raya di situ melakukan kerja-kerja pemindahan barang dan tidak membuang label 'tidak halal'.

"Pihak pasar raya pada mulanya meletakkan minuman keras di sudut itu, tetapi kemudian menukar dengan pelbagai makanan ringan tanpa membuang label tersebut," katanya kepada Sinar Harian semalam.


PRU, PRK: Hanya satu calon wakili Pakatan Harapan

Posted: 08 Jan 2016 08:50 PM PST

Anthony Loke


SHAH ALAM - Pakatan Harapan hanya akan meletakkan satu calon bagi mewakili gabungan itu dalam sebarang pilihan raya umum atau kecil.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, calon tersebut akan dipilih parti masing-masing dan mendapat persetujuan Majlis Presiden terlebih dahulu.

"Prinsip bagaimana untuk putuskan calon dari parti mana, kita ambil faktor keberangkalian untuk menang. Semua jawatankuasa pilihan raya dari ketiga-tiga parti akan runding.

"Tetapi keputusan akhir dan masalah pengagihan kerusi akan dibawa ke Majlis Presiden. Kita juga setuju tiada parti yang akan buat keputusan sendiri dalam hal berkaitan pilihan raya," katanya ketika pembentangan Perjanjian Pakatan Harapan di sini, hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (Amanah), Suhaizan Kaiat berkata, Fasal 7 dalam Perjanjian Pakatan Harapan memberi peruntukan untuk menyingkirkan mana-mana parti yang melanggar perjanjian tersebut.

"Kita belajar dari kesilapan lalu semasa dalam PR. Dulu tiada parti yang boleh keluarkan parti lain dari PR... ini satu pengajaran kepada kita.

"Sekarang, jika ada parti langgar perjanjian dan buat kesalahan, dua parti lain yang majoriti boleh putuskan untuk singkir parti yang minoriti.

"Ini dapat elakkan ada parti buat dua kerja, dia perkasakan Pakatan Harapan dan dalam masa sama runtuhkan Pakatan Harapan," katanya.