Tukar Tiub |
- BUKAN SIREH
- HANYA SATU SOALAN
- SATU PANDANGAN
- NEGARA TERJUAL
- SALUT UNTUK YANG BERANI
- MALANGNYA NASIB BANI MELAYU
- SEMUA BERSEDIA KE JALAN RAYA
- PROGRAM MELAWAN DAN MENGHASUT
- NASIB BAIK KITA DI MALAYSIA
- JANGAN SALAH KAN CHINA
- HARI HARI AKHIR BANI MELAYU
Posted: 06 Jan 2016 06:50 PM PST TAHI BINTANG Fenomena merah ni adalah akibat pelanggaran tahi bintang pada kelajuan supersonik dalam jarak 50 juta tahun cahaya dari pantai balok, laporan ini berdasarkan pemerhatian dari ketua sains negara prof emeritus lahancau a/l lahabau.Sementara itu menurut pengerusi biro pelancongan, haram bin jadah menyeru orang ramai mengambil kesempatan untuk mempromosikan fenomana yang jarang berlaku ini dimata dunia. MOU dengan planet marikh akan menyusul. on BUKAN KERANA BAUKSIT Publish | Delete | Spam Anonymous on 1/5/16 -------------- |
Posted: 06 Jan 2016 06:14 PM PST HANYA SATU SOALAN Wujud rasuah dalam perlombongan bauksit Kuantan, kata SPRM6 Jan — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengakui wujud unsur rasuah dalam kes perlombongan bauksit yang tidak terkawal di Pahang, selepas terdahulu hari ini Kabinet mengenakan 3 bulan moratorium ke atas aktiviti itu di sekitar Kuantan. KALAU DAH TAHU MAKA RAKYAT BERTANYA BILA NAK BERTINDAK ----------- |
Posted: 06 Jan 2016 05:39 PM PST Malaysia Airlines perlu kreatif hidang arak, daging lembu, kata Wan JiFACE BOOK Semalam saya ditelefon oleh wartawan berkenaan isu cadangan Dr MAZA berkenaan hidangan arak yang melibatkan MAS. Jawapan saya adalah seperti berikut; 1. Menghalang Muslim hidang arak memang ada asas dalam agama. Justeru, cadangan Dr MAZA itu adalah benar. 2. Namun, pihak MAS mungkin perlu kreatif dalam hal hidangan arak, seperti memfokuskan hidangan arak itu dari pramugari non muslim sahaja. 3. Berkenaan cadangan Dr MAZA itu, ditanya, boleh tak dihalang juga kepada pihak MAS agar tidak hidang daging lembu demi hormati agama hindu? Jawapan saya; tidak perlu dihalang makanan daging lembu dalam MAS, sebaliknya pihak MAS perlu kreatif sahaja untuk elak sensitif yang melibatkan pelanggan2 mereka yang beragama hindu, seperti jangan minta pramugari hindu hidangkan daging lembu kepada pelanggan Muslim yang mahu makan daging lembu. 4. Pada saya, cadangan Dr MAZA bukan sekadar ada asas dalam agama, malahan pihak MAS boleh anggap meraikan hak pelanggan yang mungkin Dr MAZA adalah salah seorang pelanggan yang menerima khidmat MAS. Wallahu ' Alam. ---------- |
Posted: 06 Jan 2016 04:30 PM PST MANA PEJUANG BANI MELAYU NAJIB JUAL HARTA NEGARA PADA CHINA Jualan Bandar Malaysia - tunggu hari pembalasan, kata DPMMDewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini memberi amaran kepada kerajaan tentang 'hari pembalasan' berhubung penjualan Bandar Malaysia kepada sebuah syarikat di China. Presidennya, Syed Ali Alattas pada mulanya mengelak ketika diminta mengulas mengenai perkara itu tetapi kemudiannya menjawab terpulang kepada mereka yang berkuasa untuk memikirkannya. "Ini terpulang kepada yang memikir, mereka yang bertanggungjawab. "Dewan tak dapat aset kuasa, tak pernah mimpi dapat pun jadi tak erti, ini semua orang besar-besar dapat (dan) mereka jual pula," katanya. Walau bagaimanapun, ketika mengulas lanjut, beliau memetik kata-kata perdana menteri kedua negara, Allahyarham Abdul Razak Hussein dalam bahasa Inggeris. "Saya nak petik kata-kata Razak, pada hari pembalasan (nanti), mereka akan dihukum. Bertanggungjawab untuk itu," katanya. 1MDB minggu lalu menjual 60 peratus pegangan ekuitinya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings (IWH) Sdn Bhd dan China Railway Engineering Corporation (CREC) Sdn Bhd. Ia berkata penjualan itu adalah bahagian penting dalam pelan rasionalisasi untuk mengatasi masalah hutangnya. KAH KAH KAH woit limgkup tanah melayu lingkup negara ini lingkup malaysia kah kah kah melayu sudah berjaya menjadi PAK KADOK malang nasik pak kadok menang sorak kampong tergadai cakap ketuanan melayu tapi jual tanah melayu TERGADAi LAGi -------------------- |
Posted: 06 Jan 2016 05:00 AM PST SEMANGAT BERANI TRADISI MULIA SALUT |
Posted: 06 Jan 2016 04:35 AM PST PEJUANG BANi MELAYU NAiK MARAH TAPi SAYANG TERLAMBAT Search Results1MDB jual Edra RM9.83 bilion kepada syarikat China ...Nov 23, 2015 - Edra Global Energy Bhd, anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power ... 1MDB bakal jual 60% Bandar Malaysia kepada kumpulan ...3 days ago - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bersetuju menjual 60% ... 1MDBbakal jual 60% Bandar Malaysia kepada kumpulan China, Iskandar. Aset 1MDB susut dari RM52 billion kepada RM34 billion ...https://jebatmustdie.wordpress.com/.../aset-1mdb-susut... Nov 24, 2015 - Semalam diumumkan bahawa sebuah syarikat dari China telah membeli anak ... 1MDB bernama Edra Global Energy pada harga RM9.83 billion.Translate this page 1MDB Jual Edra Ke China - Contoh Klasik Kisah Pak Kaduk ...dinturtle.blogspot.com/.../1mdb-jual-edra-ke-china-co... Nov 25, 2015 - Apa yang pro Najib @ pro 1MDB bersorak bangga sangat dengan pengadaian harta milik rakyat negara ini kepada negara asing ?Translate this page Penjualan Edra Kepada Negara China - Hasil Pelaburan ...dinturtle.blogspot.com/.../penjualan-edra-kepada-nega... Nov 24, 2015 - Akhirnya 1MDB dah jual kesemua harta IPPnya dalam Edra kepadasyarikat China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN ...Translate this page KOMENTAR ingat cerita pak kadok rioh sekampong menang sorak tapi kampong tergadai inilah nasib bani melayu dijual oleh parti ketuanan melayu PERKASA kritik langkah terbaru 1MDBKumpulan pendesak Melayu PERKASA kecewa dengan tindakan kerajaan menjual 60 peratus kepentingan milik 1MDB dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd. Presidennya, Ibrahim Ali (gambar) berkata ini kerana tindakan tersebut telah mengakibatkan maruah Melayu dan kedaulatan rakyat tergadai. "Sedih kecewa yang amat sangat. Tidak boleh buat apa, ia sudah dijual. "Mungkin kesuntukan masa dan sikap ambil mudah sebagai jalan pintas maka tergadailah maruah dan kedaulatan rakyat apatah lagi bagi kaum pribumi. "Ini yang di katakan menang sorak kampung tergadai," tegas Ibrahim kepadaMalaysiakini. KAH KAH KAH woit ini baru betul tapi baru sekarang sedar kes 1MDB ini dah bertahun kenapa senyap aje kes najib rembat duit ini dah heboh ngapa senyap aje sekarang dah terlambat tanah melayu dah dijual yang beli china kah kah kah itu yang pelik itu yang hiaran mengaku ketuanan melayu tapi jual tanah melayu kepada china kah kah kah lepas ini jula pulak pada peniaga internasional kah kah kah habios tanah melayu katak katak pun habis dijual kah kah kah JUAL MELAYU -------------- |
Posted: 05 Jan 2016 11:39 PM PST BAHASA JIWA BANGSA HILANG BAHASA HILANG BANGSA Demonstrasi bantah DLP 26 MacIa diadakan ekoran rasa terkilan dan dukacita apabila isu berkenaan tidak mendapat sebarang respon daripada pihak berkenaan. KUALA LUMPUR: Program Dwibahasa bercadang mahu mengadakan demonstrasi bagi membantah pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP). Difahamkan, demonstrasi bantahan berkenaan akan diadakan pada 26 Mac akan datang. Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Profesor Emeritus Dr Shahrir Mohamad Zain berkata, demonstrasi itu dilakukan bagi menzahirkan kekecewaan setelah pihak-pihak yang berkaitan langsung tidak memberikan sebarang respon terhadap isu DLP. "Kami terkilan dan dukacita apabila pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Ketua Pemuda, Puteri UMNO dan Presiden UMNO sendiri tidak memberikan sebarang respon terhadap isu DLP," Katanya dalam sidang media di pejabat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pusat pada Selasa. Dr Shahrir berkata, rundingan-rundingan dengan pihak berkaitan akan terus dilakukan selain memberikan penjelasan mengenai diskriminasi DLP terhadap Sekolah Kebangsaan (SK). "DLP ini dilaksanakan hanya di SK rendah dan menengah. Ia tidak dilakukan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). "Manakala, bagi Pengerusi Majlis Bertindak Isu-Isu Pendidikan Kebangsaan, Zainal Abidin Borhan pihaknya kini dalam usaha untuk perhalusi memorandum untuk diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong. "Kami sedang proses dan perhalusi memorandum untuk diserahkan kepada Agong. Selain akan mengirimkan warkah kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuiddin Shah," ujarnya. Kata Dr Shahrir lagi, demonstrasi bagi membantah DLP akan diadakan serentak di seluruh negara dan pihakny turut akan memohon permit kepada pihak polis bagi tujuan berkenaan. "Kita harap, kehadiran dan sambutan akan sama seperti demonstrasi bagi membantah PPSMI iaitu kira-kira 100 ribu peserta," katanya lagi. ANAK MUDA BERSEDIA TURUN KE JALAN RAYA ----------------- |
Posted: 05 Jan 2016 11:08 PM PST PROGRAM BERSIH AHAD 10/1/16 AHAD PAGI MENCAKAR DEWAN CHINA AHAD MALAM ROCK n ROLL DEWAN CHINA ----------- |
Posted: 05 Jan 2016 08:59 PM PST NASIB BAiK KITA DI MALAYSIA Pagi tadi bila gwa bangun dari tidur gwa rasa terganggu. Gwa kelam kabut tak tahu gwa dimana. Dua minit kemudian gwa dengar ayam hutan berkokok. Gwa senyum gumbira kerana gwa masih lagi di Malaysia. Syukur. Sebagai warga keturunan Jakun suku Biduanda Negeri Sembilan gwa amat berbangga dengan darah Orang Asal. Gwa bangga jadi Orang Asal warga Malaysia. Gwa juga bangga kerana datuk nenek moyang gwa dulu cekap menyumpit cikah dan lotong. Bijak memasang jerat babi dan napoh. Kenal semua batang, pokok, akar, daun dan pucuk - yang mana racun dan yang mana ubat. Tapi ada satu lagi pekara - lagi penting - kenapa gwa bangga jadi rakyat Malaysia. Gumbira lagi menggumbirakan. Tapi 'pekara' ini gwa tak tahu sama ada semua rakyat Malaysia boleh kongsi kegumbiran dengan gwa atau tidak. Gwa ada rasa was was. Disini gwa mahu bercakap jujur. Gwa rasa amat amat bangga kerana Malaysia kita ini telah berjaya melahirkan Hasan Malik. Jangan ketawa dulu. Jangan keluarkan tuduhan semberono. Sabar. Dengar dulu apa yang gwa cakap. Gwa bukan mahu bodek. Gwa mahu terangkan dengan hujah yang tuntas lagi ilmiah kenapa gwa gumbira dengan Hasan Malek. Jangan cepat tuduh gwa sebagai Asobiah 05. Asobiah kenegerian dimonopoli oleh Geng Budu 03. Gwa tak ada sikap Asobiah 05. Gwa gumbira dengan Hasan Malek bukan kerana dia orang Kuala Pilah. Bukan kerana dia anak Negeri Sembilan. Hasan Malik ini anak Malaysia. Gwa gumbira kerana Hasan Malek telah menggumbirakan rakyat Malaysia. Lu ingat senang untuk menjadi Hasan Malek? Lu ingat mahu jadi sejujur Hasan Malek satu pekara enteng. Dalam dunia ini tidak ada sekolah, tidak ada universiti atau kuliah yang boleh mengajar bagaimana untuk menjadi Hasan Malek. Lu jangan ketawa. Kebijaksanan ini lahir semula jadi. Ini satu anugerah dari Yang Maha Kuasa. Sultan Melaka pun tidak ada keupayan untuk memberi anugerah ini. Cuba bertenang dan cuba jadi Hasan Malek. Baru pembaca sedar bukan senang untuk menjadi Hasan Malek. Bukan enteng untuk jadi bodoh.. opps silap ... menjadi Hasan Malik. Menjadi Hasan Malik ini satu tugas yang amat-amat payah. Melahirkan keHasan Malik-kan ini satu pencapaian unggul Malaysia-ku. Sah dan soheh - menjawat jawatan menteri adalah tugas yang telah berjaya dilakukan oleh Hasan Malek dengan gilang gemilang. Inilah yang membuatkan gwa gumbira dengan Hasan Malek. Inilah hujah gwa kenapa gwa bangga jadi warga Malaysia. Kata-kata Hasan Malik "Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian Kuala Besut pada 13 Julai 2013. Ini ucapan klasik sepanjang zaman. Ianya akan diingati oleh anak cucu cicit kita. Ini bukan ucapan bodoh yang dibuat-buat bodoh. Ini ucapan bodoh tulin. Mengikut istilah anak-anak muda hari ini ini adalah bodoh ori. Ini ucapan teramat Hasan Malek Apabila rombakan kabinet berlaku tapak kaki gwa telah mengelatar bukan kerana sejuk. Ada berita angin tersebar mengatakan bahawa Hasan Malek hendak berkhalwat dan bertapa. Mungkin ke Gua Birak atau mungkin ke Gunung Angsi di Sungai Ujung. Tup tup ianya betul-betul berlaku. Gwa meraung sayu tapi tak ada siapa mengetahui betapa remoknya hati gwa apabila Hasan Malek tidak lagi dinobatkan sebagai menteri. Dunia gwa runtuh berkecai. Siapakah yang akan membuat bodoh untuk Malaysiaku? Tiga hari tiga malam gwa bersedih tetiba sampai satu berita kemunculan seorang menteri dari selatan Tanah Melayu. Keturunannya sang menteri ini tidak bagitu jelas - Melayu tidak Melayu sangat, Jawa bukan Jawa, Jambai pun bukan Jambi tetapi memiliki sirip dan insang seakan sama dengan yang dimiliki oleh Hasan Malek. Awalnya gwa tidak ambil pot sangat tentang menteri ini. Tetapi baca punya baca kelihatan bahawa menteri yang bernama Ahmad Maslan memiliki DNA dan baka benih Hasan Malek. Gwa kembali gumbira. Inilah yang dikatakan - patah tumbuh hilang berganti - ke hulu tersepak ke hilir terlanggar. Tetapi dalam hati kecil gwa si Ahmad Maslan ini mungkin belum setanding dengan Hasan Malek. Ketika Hasan Malek belum ke Gua Birak rakyat Malaysia sering terhibur. Setiap kali Hasan Malek meresmikan apa sahaja - dari kedai runcit ke kedai basuh kereta - Hasan Malek akan membuatkan satu Malaysia gumbira. Kata-kata yang keluar dari mulut Hasan Malek saperti butir-butir tahik kambing yang akan membajai padang rumput. Ucapan Hasan Malek tidak pernah mengecewakan para pendengar, rumput dan kambing-kambing. Tentang si Ahmad Maslan - gwa mula membuka mata memerhatikan apabila dia mengumumkan ke seluruh dunia bahawa dia memiliki 3.85 pointer. Tapi untuk gwa yang belajar dalam tahun 60'an pointer-pointer ini tidak memiliki apa-apa nilai. Jadi gwa terlalai untuk menilai rapi betapa Hasan Maleknya Ahmad Maslan ini. Ahmad Maslan pernah mencadangan agar pelajar UITM memasak makan sendiri untuk mengurangkan kos hidup. Ini pun masuk akal. Gwa pun ketika menjadi mahasiswa telah mula memasak. Kalau tak pandai memasak macam mana nak dapat 'mengayat' Minah Saleh. Maka cadangan memasak ini untuk gwa belum bertaraf Hasan Malek lagi. Pada pendapat gwa untuk mengambil alih mahkota Hasan Malek ini bukan satu kerja yang enteng. Gwa nampak ada percubaan-percubaan dari beberapa calon. Menteri Rahman Dahlan hampir berjaya mengHasan Malikan dirinya dengan mencadangkan agar orang ramai bangun awal untuk mengambil jalan lama sebagai langkah mengelak dari membayar tol yang semakin mahal. Tutur kata macam ini memang Hasan Malek. Saperti biasa sesudah bertutur si Rahman ini mengatakan dia disalah lapor oleh portal media yang sentiasa berkonspirasi hendak mengHasan Malekkan dirinya. Yang ini mengecewakan gwa. Diakhir tahun 2015 - Malaysia negara kita telah gegak gempita penuh dengan kegumbiraan. Bukan kerana kita semua dapat BRIM. Bukan kerana mendengar khabar Cik Siti telah hamil sekali lagi. Bukan bukan bukan. Satu Malaysia gumbira apabila Ahmad Maslan mencadangkan agar kita semua membuat kerja kedua untuk menambah pendapatan. Wow! Ini betul-betul bertaraf Hasan Malek. Malah Hasan Malek sendiri tidak ada keupayaan untuk mengHasan Malikkan dirinya sabagini rupa. Gwa paling gumbira kerana dalam firasat gwa Hasan Malik telah menjelma kembali untuk menghiburkan kita semua. Ekonomi kita makin merundum. Satu dolar Amerika kini telah menjadi 4 ringgit 30 sen. Satu ringgit Malaysia satu ketika dulu ialah 10 Bhat Siam. Sekarang 1RM telah jadi hanya 8 Bhat. Manakala 1 Sing Dolar dah menjadi 3RM. Semua ini adalah bukti saheh yang ekonomi kita semakin merosot. Hanya yang Hasan Malik sahaja sahaja yang percaya bahawa ekonomi kita bertambah baik. Justeru apabila gwa terbaca cadangan bertaraf Hasan Malik dari Ahmad Maslan gwa cukup senang hati. Kerana itu gwa tak faham kenapa ramai rakyat Malaysia terutama anak muda dalam internet mula naik naik minyak apabila mendengar kata-kata jujur lagi Hasan Malik dari Ahmad Maslan? Apa silapnya Ahmad Maslan? Anak muda tidak faham bukan senang hendak jadi bodoh opps.. jadi Hasan Malik. Ahmad Maslan yang memiliki 3.85 pointer ini secara jujur telah menerangkan bahawa dirinya melakukan tiga kerja. Ahmad Maslan menjadi ahli parlimen, menjadi menteri dan dia juga menjadi ketua penerangan untuk parti Kertuanan Melayu. Tiga kerja sekali harung. Ahmad Maslan cukup hebat. Usaha dan kerja tangga duit. Kerana ada tiga pekerjaan maka Ahmad Maslan dapat gaji besar. Betapa besar gajinya gwa tak tahu. Tapi mestilah besar kerana Ahmad Maslan dapat membelikan adiknya sebuat kereta Bentley yang berkali ganda harganya dari Kapcai. Maka kerana ini gwa hairan kenapa Ku Li dan Shahrir Samad - dua dua YB ini dari parti Ketuanan Melayu - bergerak sarentak dan seirama mengutuk kata-kata jujur yang amat-amat Hasan Malik dari Ahmad Maslan. Gwa sedar Shahrir datang dari wilayah selatan - maka Ahmad Maslan ini menjadi musuh politik satempat. Ini biasa. Ini budaya politik Bani Ketuanan Melayu. Apa yang menakjubkan gwa ialah kata-kata dari Ku Li yang mengumumkan kepada media dunia bahawa hendak mendapat satu kerja pun amat susah sekarang di Malaysia. Justeru Ku Li bertanya - bagaimana hendak mendapat dua kerja? Fikir punya fikir - betul juga kata Ku Li ini. Selama berbelas-belas tahun Ku Li telah cuba mendapatkan satu pekerjaan sebagai Perdana Menteri Malaysia - sampai hari ini Ku Li masih belum dapat dapat. Tapi Ku Li tak dapat jadi PM ini pasti kerana dia Hasan Malik atau kerana Ku Li dikelilingi oleh ramai Hasan Malik. Walah hu alam. Disini gwa berani berkata bahawa gwa amat gumbira yang kita semua di Malaysia. Sedarlah semua bahawa negara kita yang bernama Malaysia ini unik - amat unik dalam dunia ini. Bayangkan kalau Ahmad Maslan yang Hasan Malik ini lahir di Iraq atau di Iran atau di Afghansitan - dia hanya boleh menjadi gembala kambing. Kalau Ahmad Maslan yang Hasan Malik lahir di Tanah Besar China - dia hanya boleh menjadi penjual taufu. Kalau Rahman Dahlan lahir di Chile dia hanya berjaya untuk menjadi pemandu teksi. Hanya di Malaysia Hasan Malik, Ahamd Maslan dan Rahman Dahlan yang sentiasa menghasan malikkan diri mereka dan masih diterima sebagai menteri. Berbangga dan bergumbirakanlah kerana Malaysia kita masih ada Ahmad Maslan yang Hasan Malik. Juga gwa mahu beritahu bodoh bukan satu jenayah. (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini sila pukul talipon 03-92-21-30-45 ------------- |
Posted: 05 Jan 2016 08:08 PM PST MELAYU AKAN DIJUAL OLEH TPPA JANGAN SALAHKAN CHINA DAP JANGAN SALAHKAN CHINA MCA YANG JUAL MELAYU IALAH PARTI KETUANAN MELAYU ------------- |
Posted: 05 Jan 2016 07:43 PM PST PARTi KETUANAN MELAYU JUAL MELAYU PADA PEMODAL DUNiA TiMBANG KATi KOMENTAR habis lingup habis hancur mampoos melayu dalam negara sendiri dah jadi red indian ini datang pulak koboi lagi mampoos inilah buktinya bahawa yang jual melayu ini bukan china dap bukan china mca bukan india mic buka bukan bukan yang jual melayu ialah parti ketuanan melayu BACA INI baca betul2 ayat ini: .yang tendenya turut dibuka kepada negara anggota TPPA.. ini maknanya mek jah nasi lemak kuala nerus boleh buka warong di fifth avenue new york kalau tender tak telus negara akan kena saman BACA LAGI di amerika sendiri hillary clinton tak sokong perjanjian TPPA di amerika sendiri rakyat tak sokong TPPA kerana perjanjian ini bukan antara kerajaan dengan kerajaan tapi negara dengan pemodal mampoos melayu Mustapa: TPPA tak jejas hak kontraktor bumiputeraHak kontraktor bumiputera akan terus dipertahankan sekiranya Malaysia bersetuju memeterai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), tegas Datuk Seri Mustapa Mohamed. Ketika menegaskan pendirian itu, menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata kerajaan tetap akan mengekalkan serta mempertahankan dasar kepentingan 30 peratus kontrak bumiputera dalam pemerolehan kontrak kerajaan. Dalam teks TPPA mengenai aspek pemerolehan kerajaan, jelas menyatakan bahawa 30 peratus diperuntukkan untuk kontraktor bumiputera yang tendernya turut dibuka kepada negara anggota TPP. "(Sehubungan itu) kontraktor bumiputera boleh meneruskan projek mereka, termasuklah dalam pembinaan sekolah, klinik dan hospital," katanya dalam program Dialog Khas 'Pencerahan TPPA' yang disiarkan di RTM, malam tadi. KAH KAH KAH woit melayu tipu melayu jangan salahkan china jangan salahkan india jangan salah yahudi jangan salahkan kristian TAK SEDAR KE --------------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |