Khamis, 8 Disember 2016

Komentar Kini

Komentar Kini


mahu Pas dan umno bersatu

Posted: 07 Dec 2016 11:46 PM PST



Kebanyakan orang Melayu bersetuju jika pas dan umno mahu bersatu semula dalam Barisan Nasional setelah ditendang dahulu.

Memang orang Melayu kena bersatu. Lebih lebih lagi orang Melayu dahulu dan sekarang sudah lama lemah dan tiada kekuatan dalam melayari bahtera kerajaan yang telah sekian lama diberi amanah oleh rakyat jelata.

Kerajaan umno BN lemah dek para pemimpin yang pentangkan diri sendiri, satu sama lain  asyik duduk kumpul harta ratusan juta setiap satu kepala setelah diberi amanah menjadi pemimpin..

Bukan setakat asyik duduk kumpul harta, malah sudah banyak harta kerajaan dijual kepada orang china dari Negara china, semacam mahu menjual Negara ini kepada china.

Atas sebab itulah para pemimpn Pas kelihatan kurang minat untuk bersatu dengan umno, kecuali bersatu, macam bersatu protes kezaliman dan kekejaman kerajaan Myanmar terhadap orang Islam dalam himpuan Rohiya baru baru ini.

Akan tetapi pas kelihatan tiada minat langsung untuk bersatu memerintah Negara bersama umno, kerana Islam melarang tolong menolong dalam kemungkaran.

Oleh itu, pressiden Pas datuk Seri haji Abdul Hadi Awang cuba mengambil pendekatan baru, iaitu cuba jadi penasihat sepertimana yang anjurkan oleh Islam bahawa nasihat menasihati  harus dijadikan pegangan.

Lebih labih lagi nasihat menasihat satu sama lain, apa tah sesama Melayu yang masih mengaku beriman adalah suatu usaha yang mulia harta terhadap mereka yang melakukan kezaliman.

Pendekatan baru yang cuba digunakan oleh presiden ini telah mendapat bantahan kebanyakan orang Melayu yang faham Islam hanya diotak sahaja.

Manakala mereka yang faham Islam dihati bersetuju dan bersedia bila bila masa jika diminta bantuan agar para pemimpin yang kejam dan zalim itu agar sedar diri dan bertaubat nasuha.

Inilah rintangan dakwah yang dilakukan oleh Pas. Miskipun ia mendapat tentangan banyak penjuru , akan tetapi  ia mesti diteruskan kerana ianya merupakan tanggungjawab sebagai seorang Islam dalam pengertian syar'ie.

Ia juga adalah lafaz islam secara khusus yang diertikan sebagai syariat (ketentuan) yang diturunkan dan diwahyukan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada manusia.

Pada penulis Pas adalah merupakan satu puak yang menyeru (berdakwah)  kepada kebajikan mengembangkan Islam dari 73 puak yang berpecah dalam islam.

Sepertimana yang telah dinyatakan oleh Allah melalui Firmannya yang bermaksud: "Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh membuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji)  dan mereka yang bersifat demikian ialah orang orang yang Berjaya" (surah A'li Imran ayat 104)

Allah SWT melarang dan meminta jangan kamu menjadi seperti orang orang Yahudi sepertimana firmannya yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menjadi seperti orang orang (Yahudi dan Nassrani) yang telah bercerai berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi Allah) dan mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar" (surah A' li Imran ayat 195).  


Tiada ulasan: