Isnin, 5 Disember 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Mahathir Beri Hadmasa Kepada PAS, Idris Tunjuk Sikap Takaburnya

Posted: 05 Dec 2016 01:40 AM PST

PAS akan diberi tempoh akhir untuk sertai pakatan, kata Dr M

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menunggu PAS lebih lama.

Beliau berkata partinya benar-benar mahu mengumpulkan semua pihak yang menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkumpul di bawah satu payung.

Bagaimanapun, jika ia mengambil masa terlalu lama, pihak pembangkang juga perlu bergerak dengan rancangan mengalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Dr Mahathir.


"Kami cuba mendapatkan semua orang yang mendakwa mereka menentang kerajaan Najib untuk menyertai kami, kerana jika kita semua bersatu, peluang untuk menang akan lebih baik.

"Tetapi jika kita tidak boleh mencapai matlamat ini kerana terdapat mereka yang mempunyai agenda tersembunyi untuk membantu Najib kekal berkuasa, maka kita akan bergerak tanpa mereka.

"Oleh kerana ini adalah politik dan dalam sebuah negara demokrasi, kita tidak boleh mengatur segala-galanya," katanya kepada media di Persidangan Kebangsaan DAP di sini hari ini.

Apabila ditanya mengenai tarikh akhir bagi PAS memberi keputusan sama ada ia akan bersama Pakatan Harapan, Dr Mahathir berkata ia belum diputuskan lagi.

"Kami akan membuat keputusan secepat mungkin. Saya perlu berunding dengan rakan dalam PPBM dahulu."

Dr Mahathir, bersama dengan pemimpin lain di PPBM dan PKR, menekankan kepentingan penyertaan PAS dengan berkata, tanpanya, pertembungan 3 penjuru pada pilihan raya umum akan datang tidak dapat dielakkan, dan mungkin akan membantu BN.

Dalam keadaan ini, mereka menjelaskan, BN pasti akan menang kerana undi pembangkang akan berpecah.

PAS bagaimanapun, menegaskan ia tidak akan melakukan kesilapan sama dengan bekerjasama dengan DAP lagi.

DAP adalah salah satu daripada parti utama dalam gabungan Pakatan Harapan, 2 lagi ialah PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Dalam perkembangan berasingan, Dr Mahathir bergurau tentang komen yang dibuat Presiden Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil pada Perhimpunan Agung Umno minggu ini.

Beliau mendakwa pada hari melihat bekas presiden Umno itu "mencium" bekas musuhnya, veteran DAP Lim Kit Siang, adalah hari paling gelap dalam hidupnya.

"Saya belum sampai ke tahap itu lagi. Kita boleh menjadi liberal, tetapi liberalisme mempunyai hadnya.

"Jika semua anda hadir telanjang hari ini, saya tidak akan menerimanya," katanya kepada media yang hadir.

Dr Mahathir membuat penampilan mengejut pada Persidangan Kebangsaan DAP pagi ini dengan berkongsi pentas bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

GB terbaca kenyataan Naib presiden PAS, Idris Ahmad yang menjawab kenyataan Tun Mahathir di atas yang diantara lain katanya Mahathir tak perlu nasihat PAS kerana PAS dah lama jadi pembangkan.

Itulah mentaliti pimpinan PAS. Angkuh dan sombong tak bertempat.

Agaknya bagaimanakah jika dibandingkan apa sumbangan Idris dengan Mahathir terhadap rakyat dan negara? Mungkin sehelai bulu hidung pun tak dapat menyamainya.

Tapi itu perawatakan pemimpin PAS kini yang sudah dikatakan "mengamalkan politik matang" berbaik-baik dengan UMNO....Dah merasakan diri cukup hebat.... "Politik matang" sepatutnya mengakui ada kebaikan yang Tun lakukan di masa pemerintahannya, bukan semua yang tidak baik.

Apatah lagi Idris, yang baru sepenggal jejak di parlimen, sudah pun menunjukkan sikap riak dan takaburnya. Tunggu dan lihat sahaja hukum kebenaran dan keadilan berjalan.

Dan jika ditanya kepada GB, shall we wait for PAS? A big NO!

FEATURED ADS



Tiada ulasan: