Nuffnang

Pengikut

Kelab Greenboc

sumber :-

Kelab Greenboc


[VIDEO] Bongkar - Pembelian Eagle-High Plantation Oleh FELDA

Posted: 29 Dec 2016 02:01 AM PST

Dengan kritikan yang semakin memuncak mengenai pembelian terancang Felda yang mahu mengambil alih pegangan saham 37 peratus dalam PT Eagle High Plantations Tbk, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menjawab beberapa soalan mengenai perkara itu.

Permintaan beliau muncul setelah Felda mengumumkan akan membeli kepentingan bukan kawalan dalam perladangan di Indonesia pada harga AS$505.4 juta atau RM2.26 bilion.

Semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Rafizi memetik harga saham purata Eagle High Plantations pada 2015 adalah antara 132 rupiah hingga 315 rupiah sesaham.


Berdasarkan harga saham purata dalam tempoh 52 minggu yang lalu, saham Eagle High Plantations adalah 200 rupiah atau 6.7 sen sesaham.

Justeru, tambah Rafizi, Felda akan membayar premium 290 peratus untuk membeli 37 peratus pegangan saham dalam Eagle High Plantations iaitu tiga kali ganda lebih daripada harga saham purata yang dicatatkan dalam tempoh berkenaan.

Walau jika pembelian itu dibandingkan dengan harga saham semasa Eagle High Plantations pada masa ini, jelas beliau, Felda masih akan membayar premium 195 peratus untuk mengambil alih kepentingan berkenaan.

Menurut Penyata Kewangan Felda 2014 yang telah diaudit, Rafizi mendakwa Felda hanya mempunyai tunai dalam tangan sebanyak RM291 juta.

Beliau yang juga ahli Parlimen Pandan berkata, angka itu hanya untuk penyata kewangan 2014. Penyata kewangan Felda untuk tahun 2015 masih belum diserahkan kepada anggota Parlimen.

Oleh itu, Rafizi mahu tahu bagaimana Felda akan membuat pembelian RM2.26 bilion untuk mengambil alih kepentingan dalam Eagle High Plantations sedangkan hanya mempunyai RM291 juta dalam bentuk tunai pada akhir 2014.

"(Dan) siapa yang berikan arahan untuk membeli 37 peratus kepentingan dalam Eagle High Plantations pada harga tiga kali ganda lebih daripada harga pasaran," tambahnya. -mk


ANAK gesa kerajaan batalkan pembelian Ladang PT Eagle High Plantation

Kerajaan digesa campur tangan agar Felda menerusi anak syarikat, Felda Investment Corporation(FIC) Properties, membatalkan perjanjian jual beli kepentingan 37% dalam ladang PT Eagle High Plantation, milik Rajawali Group yang berpengkalan di Jakarta.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(Anak) Mazlan Aliman berkata, sesuatu yang melucukan apabila Felda Global Venture Holding(FGVH) pada tahun 2015 beria ia mahu membeli kepentingan diatas ladang seluas 320,000 hektar itu dan membatalkannya, kini, FIC pula berbuat demikian.

"Untuk pengetahuan, Pengerusi kepada FGVH dan FIC adalah orang yang sama, Tan Sri Isa Samad," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru ujarnya, yakin proses due diligence(jika dibuat) yang mengambilkira soal perundangan, kedudukan saham dan aset serta penilaian atas ladang tidak dilakukan dengan telus.

"Kita bimbang pembelian Ladang PT Eagle High Plantation yang nilainya begitu mahal dibuat atas agenda peribadi. Kita juga maklum, empayar Rajawali Group yang dimiliki Peter Sondakh ada kaitan dengan pemimpin utama Malaysia.

"Adalah lebih baik FIC fokus kepada memperkasa bidang perhotelan dan hartanah seperti core business mereka yang pada ketika ini pun sedang dipersoalkan tahap pencapaiannya.

"Bahkan, FIC baru sahaja mengambilalih projek Perumahan Generasi Baru Felda(PGBF) dari Felda Engineering Sdn Bhd. Lebih baik selesaikan segera masalah 11,000 unit rumah Gen 2 yang terbengkalai," ujarnya.

Anak juga berpandangan jika FGVH yang dikatakan mempunyai kepakaran dalam bidang perladangan membuat keputusan membatalkan pembelian, apa kelebihan yang ada pada FIC?

"Adalah amat malang dan menyedihkan di kala isu kritikal seperti FGV, pembayaran hasil, hutang peneroka, penipuan kadar perahan Gred, ketidakstabilan harga getah dan perumahan Generasi Baru Felda sedang menyelubungi warga Felda, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Tan Sri Isa Samad yang bertanggungjawab keatas Felda tidak sensitif langsung bahkan semakin ghairah melakukan pelaburan baru.

"Setakat mana gembar gembur kejayaan FGV, yang kini warga Felda menanggung akibatnya? Sejauh mana bayaran balik pinjaman RM6 bilion dilakukan kepada KWSP?

"Anak ingin bertanya, jika pembelian ini dimuktamadkan, di mana US$505.4 juta (RM2.26 bilion) mahu diperolehi?Adakah pinjaman baru dilakukan?" soalnya.

Katanya lagi, pertubuhan itu akan menggerakkan kempen dengan dokongan parti politik dan NGO bagi mempastikan pembelian ladang Pt Eagle High Plantation ini dibatalkan.

"Cukup lah derita dan airmata para peneroka akibat percaturan salah penyenaraian FGV di Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012 lalu.

"Berapa nilai saham FGV hari ini?," soalnya lagi.
-MD




ULASAN GB

Dahulu Najib sibuk mengharam-jadahkan peneroka-penoraka yang tidak menyokong langkah mengenai pengumuman FGV oleh kerajaan.


Dengan angkuh dan bangga Najib menyatakan kononnya IPO FGV adalah yang terbesar di Asia ketika itu, dan lebih besar dari IPO yang diterbitkan oleh Facebook.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Kini "HARAM-JADAH" itu kembali kepada orang yang menuturnya. Harga saham FGV terkini hanya tinggal nyawa-nyawa ikan iaitu RM1.53 sen.


Dalam keadaan FELDA yang nazak seperti itu pun masih lagi mahu untuk membeli kepentingan 37% dalam ladang PT Eagle High Plantation, milik Rajawali Group yang berpengkalan di Jakarta dengan premium 290 peratus dari harga iaitu tiga kali ganda lebih daripada harga saham purata di dalam tempoh beberapa bulan yang lalu.

Seperti kata Mazlan Aliman "Cukup lah derita dan airmata para peneroka akibat percaturan salah penyenaraian FGV di Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012 lalu."





FEATURED ADS



Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT