Nuffnang

Pengikut

Kelab Greenboc

sumber :-

Kelab Greenboc


Akhirnya Sijil Balak Kelantan & Johor Ditarik Balik

Posted: 19 Dec 2016 01:07 AM PST

Sijil balak Kelantan dan Johor ditarik balik - Wan Junaidi

KOTA BHARU: Sijil Skim Pensijilan Kayu Balak Malaysia (MTCC) telah ditarik balik dari Kelantan dan Johor kerana melanggar beberapa syarat yang ditetapkan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan, sijil berkenaan ditarik balik pada 23 November lepas.



Antara pelanggaran syarat ialah penebangan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan, selain tidak mematuhi kod kawasan penebangan.

"Sebab mereka tidak mematuhi syarat-syarat pensijilan dahulu itulah kenapa pensijilan ditarik balik sebab pembalakan tidak dikawal selia dengan baik. Kita ada arahan yang dipersetujui Majlis Tanah Negara, tebang guna kod semua ini dibanci tetapi ini tidak diikut sepenuhnya kaedah pemotongan itu," katanya.

Sijil berkenaan dibuat untuk memastikan kayu balak yang ditebang boleh dieksport dan dijual di negara-negara Eropah dengan harga tinggi.

Namun, selepas penarikan sijil berkenaan, kayu balak dari negeri Kelantan dan Johor hanya boleh di jual di negara seperti China, Korea dan Arab Saudi yang hanya dijadikan untuk kegunaan sebagai kayu dalam pembinaan.

Kata Wan Junaidi lagi, pensijilan itu boleh dikembalikan sekiranya kerajaan negeri mematuhi syarat yang ditetapkan dengan penilaian serta pengauditan dilakukan memenuhi syarat ditetapkan.

Jelasnya, audit dilakukan oleh sebuah firma bebas tempatan bagi melaksanakan pensijilan MTCC. -astroawani

VIDEO BERKAITAN





ULASAN GB

Kini segala-galanya terbukti bahawa pembalakan di Kelantan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan, selain tidak mematuhi kod kawasan penebangan.

Demikianlah Hukum Kebenaran dan Keadilan berjalan. Yang benar itu tetap benar yang salah itu tetap salah.

Kerajaan kelantan tidak lagi perlu mengakkan benang basah dengan menuduh pihak luar menghasut dan mempengaruhi orang asli yang menentang usaha pembalakan di Kelantan yang telah menyebabkan kehidupan mereka terjejas teruk akibat pembalakan secara rakus oleh Kelantan.





FEATURED ADS



Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT