Sabtu, 17 Disember 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Mukhriz Tegur PAS Supaya Ukur Baju Di Badan Sendiri

Posted: 17 Dec 2016 12:45 AM PST

Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dato Seri Mukhriz Mahathir menegur PAS supaya mengukur baju di badan sendiri berkaitan dengan sikap PAS yang pada satu masa nak bersama untuk wujudkan pertandingan satu lawan satu, tetapi dalamasa yang sama nak bertanding di 70 buah kerusi parlimen.

Mukhriz juga meminta supaya PAS melihat dimana kekuatan dan kelemahan kita, melihat dimana kelemahan boleh menjadi kekuatan jika berganding dengan kawan-kawan yang lain yang mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menjatuhkan Najib Razak dan Rosmah Mansor daripada pucuk pimpinan negara seterusnya kita dapat menubuhkan kerajaan baharu.


Mukhriz menyatakan demikian di program sembang santai di Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam malam kelmarin yang turut disertai oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan Adun Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah.

Sebelum ini, sewaktu pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang pernah meminta parti-parti yang ingin bertanding waktu itu supaya mengukur baju di badan sendiri.


Kini, kata-kata Haji Hadi itu telah dikembalikan semula kepadanya oleh bekas Menteri Besar Kedah supaya PAS bersikap realistik di dalam membuat keputusannya dan mengukur baju di badan sendiri.

Beberapa hari lalu pula, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man meletakkan satu lagi syarat baru, khususnya kepada PPBM, jika ingin menjalin kerjasama dengan parti itu.

Syaratnya ialah tidak bertanding di 70 kerusi yang ditandingi oleh Pas dalam PRU 13 yang lalu.

Pas meletakkan syarat demikian kerana beranggapan 70 kerusi itu adalah milik mereka, meskipun dalam PRU 13 lalu ia hanya menang 21 kerusi Parlimen saja.

Beberapa orang pemerhati politik menyifatkan PAS berada di dalam keadaan keliru apabila meletakkan syarat sedemikian kepada Pakatan Harapan.

Shahbudin Hussin, di dalam blognya mempertikaikan hasrat PAS itu dengan bertanya bagaimana Pas boleh menganganggap 70 kerusi yang pernah ditandinginya itu sebagai miliknya sedangkan ia hanya menang 21 kerusi saja?

Beliau turut menyindir PAS, "Alang-alang ingin menjadi "parti kerusi", lebih baiklah bertanding di semua 222 kerusi. Buat apa sekadar 70 saja!"


Kalau tiga penjuru maknanya Pas diperkuda Umno, kata Mukhriz

Sekiranya ditakdirkan berlaku pertandingan tiga penjuru ekoran keengganan Pas menyertai kerjasama bersama pembangkang, ia bermakna parti Islam itu telah berjaya diperkudakan Umno, kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Berucap di program sembang santai di Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam kelmarin bekas Menteri Besar Kedah itu berkata Pas tidak akan untung jika pertandingan tiga penjuru berlaku.

"Kalau tiga penjuru saya nampak seolah-seolah Umno ini perkuda Pas. Dia guna Pas hanya untuk pecah undi pembangkang dan akhirnya Umno untung. Jadi kat mana untung untuk Pas," katanya.

Mengharapkan telahannya itu silap, namun Mukhriz berkata jika Pas mahu bersama Umno, parti itu perlu bertegas agar tidak belaku pertandingan tiga penjuru khususnya dengan Umno itu sendiri.

"Kalau depa nak bersama Umno saya ingat itu keputusan silaplah. Tapi kalaulah dia nak bersama Umno, pakat dengan Umno betul-betul biar berlaku satu lawan satu," pesannya agar Pas tidak hanya menjadi mangsa percaturan politik Umno.

Bagaimanapun kata Mukhriz, peluang untuk Pas menang adalah lebih cerah jika parti itu memilih untuk bekerjasama dengan PPBM dan Pakatan Harapan dan melawan BN secara satu lawan satu.

Ini kerana katanya, jika pertandingan satu lawan satu menentang BN, tidak akan berlaku perpecahan undi sekaligus akan meberi saingan sengit kepada BN.

"Tapi kalau bersama dengan kami, akan wujud keadaan di mana peluang untuk Pas menang lebih tinggi berbanding bersama Umno. Kalau dengan Umno, bertanding kerusi sama berebut pengundi sama," katanya.

Sementara itu, turut serta pada program itu, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan Adun Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah.
-MD








FEATURED ADS



Tiada ulasan: