Rabu, 14 Disember 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


PPBM & PH Meterai Perjanjian, Tetapi PPBM Mahu Terus Runding Dengan PAS

Posted: 14 Dec 2016 01:22 AM PST

HARAPAN, BERSATU bentuk pakatan pilihan raya

Ketiga-tiga parti di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) secara rasmi membentuk pakatan pilihan raya bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Ketiga-tiga parti di bawah HARAPAN- PKR, DAP dan AMANAH bersetuju mewujudkan gabungan parti-parti pembangkang dengan BERSATU sebelum pilihan raya umum akan datang dengan tujuan membentuk kerajaan selepas pilihan raya.


Empat parti itu hari ini menandatangani tujuh perkara dalam perjanjian bersama kerangka kerjasama berkenaan.

Mereka juga setuju berbincang dengan parti-parti yang masih belum menandatangani perjanjian tersebut bagi memastikan hanya satu calon mewakili pembangkang bagi menghadapi BN.

PKR diwakili oleh Presidennya, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, manakala AMANAH diwakili presiden parti Mohamad Sabu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin menandatangani perjanjian itu bagi pihak parti masing-masing.

Keempat-empat parti itu akan menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan pembahagian kerusi dan manifesto bersama.

Langkah awal

Mengenai mengapa BERSATU bukan sebahagian daripada HARAPAN, Wan Azizah berkata pemeteraian perjanjian itu hari ini merupakan "langkah awal kepada segala-galanya".

"Kita sudah bekerja bersama-sama, gabungan itu hanyalah formaliti .... Hari ini, kita mempunyai pendatang baru. Kita ada BERSATU," katanya.

Begitu juga, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, sebuah gabungan memerlukan parti-parti mengambil satu langkah pada satu-satu masa.

"Ini adalah pakatan pilihan raya pertama (antara empat parti) dan kita akan lihat bagaimana ia berfungsi.

"Perkara boleh berubah, kita perlu fleksibel," katanya.

Bekas perdana menteri dan Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun tidak hadir pada mesyuarat itu. -mk

VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

PPBM akhirnya bersama dengan Pakatan Harapan sekalipun tidak menyertai sebagai salah satu komponennya.

Namun kita berpandangan positif. Ia merupakan langkah awal kepada segala-galanya.

PPBM masih menaruh harapan untuk mengajak PAS bersama sekalipun pemimpin-pemimpin PAS berulang-kali telah menyatakan mereka tidak akan bekerjasama dengan PH khususnya dengan DAP dan Amanah.

Seorang pemimpin PAS menyatakan "enough is enough". Mungkin baharu belajar bahasa Inggeris dari Najib yang mengungkapkan perkataan yang sama kepada Aung San Suu Kyi semasa Himpunan Solidariti PAS UMNO Selamatkan Rohingya beberapa hari lalu.

PAS menganggap bahawa kerusi yang pernah ditandinginya adalah "milik mutlaknya" yang tak boleh diberikan kepada mana-mana parti lain walaupun tidak ada di dalam mana-mana fasal dalam Perlembagaan negara menyatakan sedemikian.

PAS mendakwa kononnya di dalam pilihanraya yang lalu PAS telah berkorban banyak dengan memberikan kerusi-kerusinya kepada PKR untuk bertanding di Perak.

Anehnya bukan PKR yang menjadi musuh utama PAS, tapi AMANAH dan DAP.

Biarlah PAS dengan kegilaaan kerusinya dan biarlah PPBM terus mahu memujuk PAS di dalam keadaan PAS yang masih dengan sikap "recalcitrant" dan bodoh sombongnya.

Hukum kebenaran dan keadilan akan mengajar kedua-dua parti itu bahawa langkah yang mereka ambil hasil dari sikap mereka itu akan hanya memakan diri mereka sendiri.

Wallahu'alam.


FEATURED ADS



Tiada ulasan: