Jumaat, 9 Disember 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Batal jemput Dr Mahathir tindakan dukacita

Posted: 09 Dec 2016 05:19 AM PST

MSO

Tindakan mengaibkan Dr Mahathir.
Jika diambil kira dari segi jenis manusia serta latar belakang yang menguruskannya, saya kira pemimpin Umno jauh lebih baik daripada sikap para pemimpin parti agama (Pas).

Pemimpin Pas kebanyakan mereka yang agak terkunci dalam dunianya sendiri dan dipengaruhi dek latar belakang pendidikan yang suka menghukum kononnya bersandarkan sunah dan Quran, menjadikan ia dikira berbeza dengan pemimpin Umno, yang lebih sosial dan terbuka.

Makanya tindakan yang diambil Pas terhadap pemimnpinya yang berpaling tadah atau tidak bersedia akur kepada kehendak mullanya sejak dulu hingga kini akan dihukum sampai ada yang dituduh sebagai menderhaka atau pun kafir.

Tidak pelik kalau sikap itu ada di kalangan sesetengah pemimpin Pas, kerana mereka ahli fakeh kononnya yang tahu apa sahaja sehingga ke dalam hati seseorang. Orang agama apabila terdesak atau mahu keluar daripada keadaan tertekan akan menggunakan hukum agama sebagai penyelesaian atau membela diri. Cara itu dikira praktikal dan tidak boleh dipersoal.

Orang agama sering menggunakan kunci neraka dan syurga dalam sebarang tindak tanduknya. Manakala orang menggunakan akal dianggap sebagai sekular.

Tetapi apabila suasana itu beraku juga kepada pemimpin Umno sikap yang diamalkan oleh Pas itu ia sesuatu mengejutkan. Tidak salah kalau dikatakan mungkin tindakan yang diambil itu adalah atas nasihat daripada parti agama berkenaan yang sebelum ini mengaku untuk menasihati kerajaan alias Umno. Akhir-akhir ini banyak sikap negatif milik Pas dipinjamkan oleh Umno.

Keadaan ini saya merujuk kepada apa yang berlaku terhadap Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Siti Hasmah Mohd Ali yang semalam menerima surat pembatalan jemputan mereka ke istiadat lafaz ikrar dan menandatangani jawatan Yang diPertuan Agong dan timbalannya pada 13 Disember ini.

Pembatalkan itu sesuatu yang mendukacita orang ramai kerana ia berlaku ke atas bekas Perdana Menteri dan pemimpin yang dikagumi negara selama ini. Pembatalan itu yang persis untuk memalukan bekas PM tidak sepatutnya terjadi.

Disebabkan watikah itu dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, bererti tindakan itu melibatkan kesemua sembilan orang raja-raja? Apakah pembatalan itu ada sangkutan dengan politik? Kalau ada ia menunjukkan Raja-Raja juga tidak senang dengan Dr Mahathir? Mungkin terlalu huduh kalau hendak dikatakan begitu kerana kedudukan Raja-Raja itu maksum daripada politik dan tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Raja-raja adalah payung dan institusi yang sangat mulia dalam konteks negara ini. Apa juga usaha atau permainan mengheretnya adalah satu perbuatan keji lagi mengaibkan.

Namun bagi saya kerana negara kita mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan, dimana raja digerakkan oleh eksekutif yang menguasai perlembagaan, maka ia tidak boleh tidak tindakan ke atas Dr Mahathir dan isterinya itu akan dianggap adalah kerana sentimen politik. Ada titik emosi dendam kesumat?

Berdasarkan hakiki institusi itu maka Raja-Raja tidak ada sangkutan dengan politik. Itu persepsi umum. Tetapi bagi saya kerana konsep raja berpelembagaan tentu ia ada campur tangan atau dilakukan atas sentimen politik. Mungkin juga ada orang bertindak dengan beraling-alingan dengan institusi itu.

Apa yang berlaku itu mungkin bagi Dr Mahathir tidak berasa apa-apa dengan tindakan itu. Apabila beliau sudah nekad untuk terjun ke gelanggang siasah semula melawan Najib Razak demi mmpertahankan negara, atau pun untuk mencapai cita-cita peribadinya beliau telah siap sedia gala-galanya, hatta masuk penjara sekalipun.

Dalam ucapannya pada satu forum di Shah Alam bulan lepas beliau ada mengatakan, harga sebuah perjuangan itu adalah keberanian. Tanpa keberanian perjuangan tidak akan berlaku.

Benar, sesuatu perubahan itu boleh dilakukan dengan adanya keberanian, Tindakan beliau berpusing 361 darjah melawan Najib dan menyerang bekas parti yang dipimpinnya adalah keberanian luar biasa dan tindakan dibuat dengan memejam mata. Mereka yang waras tidak mudah menuduh Dr Mahathir degil dan keras kepala melinkan ia berbuat begitu demi negara.

Kerana memiliki sifat itu beliau sudah sedia segala-galanya. Pembatalan jemputan terhadapnya itu tidak sedikit pun mengilankannya. Tetapi yang kesal dan berasakan ia sesuatu tidak elok dan tidak pantas ialah dipihak yang mengeluarkan watikah itu.

Membaca dan memahami isi watikah pembatalan itu ia semacam masih menghormati Dr Mahathir dan Siti Hasmah bila mana ia disudahi dengan doa dan harapan agar kedua Yang Berbahagia itu sihat. Tetapi doa itu kontras dengan mesej watikah itu yang dikira agak melampau dan memalukan Dr Mahathir dan isteri. Ia sesuatu yang tidak patut dan juga boleh disifatkan sebagai kurang beradat (diplomasi) tidak sesuai dengan institusi berkenaan kalau mengenangkan Dr Mahathir adalah bekas pemimpin negara ini.

Lebih terasa apa lagi beliau juga merupakan peneriman darjah Kerabat Diraja (DK), Kelantan dan Johor, darjah tertinggi. Ironisnya yang akan melafazkan ikrar pegang jawatan adalah Sultan Kelantan.

Justeru dengan apa yang berlakaku itu bolehkah dikatakan ada campur tangan politik di pihak Raja-Raja? Wajarkah kalau pihak Raja-Raja ikut sama bermain politik. Saya tidak nampak permainan politik langsung atau atas pandai-pandai Raja-Raja, melainkan ia mendapat arahan daripada pejabat Perdana Menteri. Fungsi dan peranan perdana menteri dalam sistem raja berpelembagana ialah menasihat Yang Dipertuan Agong.

Persoalannya sebagai institusi beradat dan berdarjat, apakah kalau ada arahan daripada penasihat (PM) kandati ianya tidak berjurus, maka Raja-Raja perlu mematuhuinya?

Sesungguhnya apa yang berlaku itu satu peristiwa yang malang kepada umat Melayu di zaman moden ini. Kalau di zaman bahari dahulu, pembesar dihukum bunuh, dibuang daerah dan sebagainya adalah biasa. Ia tidak pelik kerana ketika itu raja-raja lebih bersikap bersultan dimata dan beraja di hati.

Tetapi era ini era digital dimana raja-raja sendiri sudah berpelajaran tinggi, apa yang berlaku di zaman "ritu" sudah tidak sesuai lagi. Penerusan tindakan dan perangai itu juga menyebabkan orang boleh beranggapan dalam sistem perajaan itu tidak mengalami evolusi ketamadunan.

DBKL pasang CCTV di Brickfields cegah jenayah terhadap OKU

Posted: 09 Dec 2016 04:18 AM PST

ASTRO AWANI


DBKL pasang CCTV di Brickfields cegah jenayah terhadap OKU
Kawasan sekitar Brickfields menjadi laluan penting bagi golongan OKU penglihatan yang mencari rezeki. - Foto sumber marriedtoourbackpacks.files.wordpress.com
 
 
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa kawasan panas sekitar Brickfields bagi mengesan pihak yang melakukan jenayah terhadap golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan.

Timbalan Pengarah Perancangan Bandaraya DBKL, Rosli Nordin berkata pemasangan CCTV itu adalah perlu bagi membantu pihak berkuasa mengenal pasti penjenayah serta mengekang masalah jenayah yang membabitkan golongan OKU.

"DBKL ada memperuntukkan bajet dalam usaha menjadikan bandar kawasan selamat. Kita akan pasang CCTV di kawasan panas seperti di kawasan orang ramai dan sekolah,"  katanya pada sesi ramah mesra 'Be Safe, Feel Safe' hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab permasalahan yang disuarakan oleh seorang kakitangan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), Sahmar Saad, 47, yang juga OKU penglihatan.

Dalam perkembangan lain, Rosli berkata DBKL juga akan mengkaji dan menyediakan laporan lengkap untuk mewartakan Brickfields sebagai bandar mesra OKU seperti yang dicadangkan oleh Sahmar yang mewakili kira-kira 80 OKU penglihatan pada majlis itu.

"DBKL perlu ada perancangan teliti yang merangkumi semua aspek seperti sosial, infrastruktur dan kemudahan. Laporan lengkap juga akan disediakan dalam masa terdekat dan dibawa ke pihak kementerian supaya dapat dibentangkan di Parlimen," katanya.

Sementara itu seorang lagi OKU penglihatan, Mohd Khairi Sulaiman, 49, turut meminta pihak DBKL supaya mengambil tindakan terhadap orang ramai yang memparkir motosikal di atas laluan pejalan kaki dan menutup lubang longkang dengan sebaiknya.

"Keadaan sebegini amat merbahaya buat kami yang tidak nampak. Motosikal yang diparkir atas laluan pejalan kaki membuatkan kaki kami terkena ekzos panas dan beg kami tersangkut di handle motosikal.

"Mengenai penutup longkang yang dilarikan dan lubang saluran air hujan, ia juga berbahaya kepada kami, sampaikan ada antara kami yang terseliuh akibat terjatuh ke dalam lubang," katanya yang juga merupakan kakitangan MAB.
 
Program yang dianjurkan sempena sambutan 10 tahun Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21 KL) itu turut dihadiri wakil daripada DBKL, Polis DiRaja Malaysia, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Rukun Tetangga Sektor Brickfields.

LA21 KL yang mula dilaksanakan sejak 2005 merupakan program yang menekankan penglibatan tiga pihak iaitu DBKL, masyarakat serta sektor swasta untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi. 
 
 

Laporan polis ke atas Siti Kasim diteruskan

Posted: 09 Dec 2016 04:09 AM PST

HARAKAHDAILY

 




DEWAN Pemuda Negeri dan  NGO dari 14 kawasan Parlimen akan meneruskan laporan Polis terhadap Siti Kasim atau nama sebenar beliau Siti Zabedah Kasim di atas pelbagai dakwaan khususnya yang berkaitrapat dengan tindakan membuat sekatan oleh segelintir kecil Orang Asal di Negeri itu.

Semalam, Laporan Polis telah dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Tumpat, Pasir Mas dan Rantau Panjang ke atas Siti Kasim di kawasan parlimen masing-masing.

Wakil Dewan Pemuda Negeri ketika ditemui berharap pihak Polis dapat segera mengambil tindakan ke atas Siti Kasim supaya keamanan dan kestabilan negeri serta kepentingan majoriti rakyat di negeri itu terpelihara.

Berjemaah dengan akhlak

Posted: 09 Dec 2016 04:05 AM PST

TUAN GURU HASHIM JASIN 





KEWAJIPAN berjemaah adalah perkara yang tidak disangsikan lagi oleh orang yang beriman, kerana Nabi Muhammad SAW telah berpesan dalam hadis riwayat Bukhari "Hendaklah kamu sekalian bersama jemaah" dan hadis riwayat Nasa'i "Sesungguhnya rahmat Allah bersama jemaah. Sesungguhnya syaitan berlari bersama orang yang memisahkan diri dari jemaah." Jemaah yang benar itu adalah yang berpegang dengan dasar Islam dan bekerja untuk menegakkan Islam berlandaskan al-Quran dan Sunnah.

Apakah kewajipan berjemaah hanya sekadar wajib berjemaah sahaja? Atau wajib juga kita mengikuti disiplin atau adab-adab dalam berjemaah. Apakah rupa bentuk akhlak orang yang berjemaah dan bagaimana adab berjemaah yang sebenar? Perkara ini sangat penting untuk dihalusi oleh setiap ahli PAS ketika kita mula melihat keadaan akhlak sesetengah ahli PAS mulai kritikal sekarang ini. Konflik akhlak dalam berjemaah akan membuka ruang kepada syaitan untuk menjarakkan ahli-ahli dari jemaah.

Ada ahli yang mengkritik keputusan jemaah kerana pandangan politiknya mengatasi pertimbangan dakwah. Ada yang menolak pendirian jemaah kerana kezaliman itu difahami sebagai menindas rakyat, sedang perbuatan menolak syariat tidak pula dikatakan zalim.  Ada pula di kalangan pimpinan bertindak dengan tindakan yang merugikan jemaah, tetapi memberi alasan sebagai tindakan peribadi. Di kalangan ahli-ahli pula ramai yang menganggap mematuhi arahan jemaah, menghadiri program dan melaksanakan amanah adalah pilihan, bukan kewajipan.

PAS sebagai sebuah jemaah Islam yang tertua dan terbesar di Malaysia telah memiliki lebih sejuta ahli yang mempunyai pelbagai latar belakang. Apakah yang boleh mengikat dan menyatukan kepelbagaian ini? Ia adalah akhlak berjemaah. Setiap ahli PAS terikat dengan adab dan disiplin supaya seluruh fikiran dan tindakan ahli PAS dapat diselaraskan, sehingga tercapai tujuan-tujuan perjuangan PAS. Ketika Syaidina Ali bin Ali Talib KWJ menyebut tentang perjuangan yang benar tanpa nizam (sistem) akan ditewaskan oleh kebatilan yang bersistem, sudah pasti salah satu daripada nizamnya adalah akhlak.

Setiap ahli PAS adalah bertanggungjawab meletakkan keikhlasan semata-mata kerana Allah sebagai teras perjuangannya. Dalam hadis Muttafaq Alaih, ketika menjawab pertanyaan tentang perang di jalan Allah, Nabi SAW bersabda "Sesiapa yang berperang supaya Kalimah Allah (agama Islam) menjadi paling tinggi, dialah yang berperang di jalan Allah." Inilah yang ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Bayyinah, ayat 5 yang bermaksud, "Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus."

Kedua, sikap husnu al-thiqah billah (bersangka baik kepada Allah), memohon pertolongan-Nya dan yakin dengan janji-Nya mesti ada dalam diri setiap pejuang Islam. Meyakini segala jaminan Allah serta janji-Nya untuk dunia dan akhirat akan meningkatkan taqwa sehingga tidak boleh dicabar oleh ancaman musuh, sogokan, tawaran dan janji-janji dunia yang dibuat oleh pelbagai pihak. Dalam masa yang sama, sangat meyakini kemenangan dan pertolongan yang dijanjikan oleh Allah walaupun tidak tercapai oleh akal dan tidak terlihat oleh mata. Para Sahabat RA yang berhijrah hanya berpegang dengan janji Allah, walaupun Nabi SAW tidak memperlihatkan sebarang wawasan keduniaan daripada hijrah tersebut. Allah berfirman dalam surah al-Hajj, ayat 41 yang bermaksud "Dan sesungguhya Allah pasti akan menolong orang-orang yang menolong agamanya. Allah Maha Kuat lagi Tiada Tandingan."

Dan ketiga, menjadi kewajipan bagi setiap pejuang Islam untuk istiqamah di atas jalan yang benar, yakni jalan al-Quran dan Sunnah. Sikap berterusan dengan prinsip perjuangan dan beramal dengan tuntutannya, serta tidak terpesong atau cenderung ke arah perkara yang boleh menyelewengkan diri dari arus perjuangan, akan meletakkan kita dalam keadaan istiqamah dalam perjuangan. Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 89 yang bermaksud "Allah berfirman: Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua (Musa dan Harun); oleh itu hendaklah kamu tetap istiqamah (menjalankan perintah-Ku seterusnya), dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui (peraturan janji-Ku)."

Tiga prinsip utama akhlak berjemaah ini, iaitu keikhlasan dalam perjuangan semata-mata kerana Allah, mempunyai sangkaan yang baik serta yakin dengan janji dan pertolongan Allah dan sentiasa istiqamah dalam perjuangan akan meletakkan seseorang pejuang Islam dalam keadaan yakin terhadap apa yang diperjuangkannya. Perjuangan Islam adalah satu perjuangan yang sentiasa bersulam dengan ujian dan cabaran daripada musuh. Bagaimana seorang pejuangan Islam menghadapi ujian yang berat dengan jayanya, sekiranya mereka tidak diikat dengan akhlak ini.

Tiga elemen asas inilah yang akan membentuk kesabaran dan kekuatan dalaman kepada setiap pejuang Islam dalam menghadapi ujian Allah. Cuba kita bayangkan bagaimana kisah kekecewaan Nabi Yunus AS yang digambarkan oleh Allah dalam surah al-Qalam ayat 48-50, sehingga Allah telah memerintah kepada Nabi SAW supaya bersabar dengan menghadapi ujian perjuangan. "Maka bersabarlah (wahai Muhammad) untuk menerima ketentuan Tuhanmu" (al-Qalam: 48). Maka dari tiga elemen akhlak ini nanti, barulah lahir tuntutan-tuntutan akhlak dalam amal jamaie. -

PAS tak kompromi, BERSATU harus pilih sekutu

Posted: 09 Dec 2016 02:55 AM PST

MALAYSIAKINI


PAS membayangkan menolak hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) jika serpihan Umno itu menyertai gabungan pembangkang Pakatan Harapan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata mereka telah menjelaskan bahawa BERSATU boleh bersama dengan syarat tiada hubungan langsung dengan parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.

"Kalau BERSATU memilih untuk bersama Pakatan Harapan itu hak mereka, kita tidak boleh pertikaikan tetapi sebagaimana saya sebut tadi bermakna persefahaman politik antara PAS dan BERSATU sudah tidak wujud itu setakat inilah...

"Tetapi saya tak boleh ramal apa yang akan berlaku pada 13 Disember ini," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.

Takiyuddin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program antirasuah antarabangsa di Kuala Lumpur hari ini.

Pemimpin tertinggi HARAPAN dan BERSATU akan bermesyuarat minggu depan bagi membincangkan kerjasama rasmi menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Sementara itu, Takiyuddin berkata PAS akan memperincikan perkara itu dan mempertimbangkan kemungkinan tertentu, termasuk pembentukan beberapa gabungan pembangkang.

"Mungkin ada bentuk-bentuk tertentu yang mungkin kita boleh pertimbangkan sebagai contoh masa dulu PAS ada hubungan dengan Semangat 46, yang mana kita tiada hubungan dengan DAP.

"Semangat 46 ada hubungan dalam Gagasan Rakyat yang turut bekerjasama dengan DAP itu mungkin boleh berlaku tapi buat masa ini tiada hubungan politik," katanya.

Sinar juga melaporkan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata, impian BERSATU untuk menjadi komponen HARAPAN boleh menjadi kenyataan dalam konvensyen minggu depan.

Memetik Sin Chew Jit Poh, harian itu melaporkan, Muhyiddin berharap HARAPAN tidak meminggirkan PAS supaya pembangkang benar-benar bersatu padu dalam pilihan raya.


UPSR dikekalkan tahun depan, kata menteri

Posted: 09 Dec 2016 02:48 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
BATU PAHAT: Kementerian Pendidikan akan mula mengumpul maklum balas daripada ibu bapa dan warga pendidik pada tahun hadapan mengenai cadangan pelaksanaan format sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menggantikan format sedia ada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
 
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pelaksanaan format ini akan menyaksikan pemansuhan UPSR dan juga pentaksiran berasaskan 3 faktor iaitu dari segi akademik, jasmani, sukan dan kokurikulum dan psikometrik, seperti Pentaksiran Tingkatan Tiga.
 
"Kami harap dapat mengumpul semua maklum balas itu dalam masa 6 bulan akan datang," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembali Ke Sekolah Parlimen Parit Sulong di Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat, di sini hari ini.
 
Mahdzir berkata, melalui UPSR pelajar dinilai hanya menerusi pencapaian akademik manakala dengan format PBS, beberapa aspek lain akan turut dititikberatkan.
 
"Kalau pelajar akademiknya baik, kokurikulum baik, sukan baik, kemudian sahsiah diri baik, (PBS) akan menilai semua sekali. Itulah penilaian yang lengkap untuk semua pelajar," katanya.
 
Ketika ditanya bila pelaksanaan format PBS dijangka dilaksanakan, Mahdzir berkata ia mungkin akan dilaksanakan dalam 5 tahun lagi.
 
"Ia (pemansuhan UPSR) tidak akan dilaksanakan tahun hadapan kerana kementerian perlu mendapatkan maklum balas pihak berkepentingan terlebih dahulu.
 
"Bagaimanapun, ia terpulang kepada maklum balas masyarakat khususnya ibu bapa sama ada mereka mahukan PBS atau UPSR yang berasaskan peperiksaan," katanya.
 
 

Pelik, PAS kenduri selepas pilihan raya walau kalah

Posted: 09 Dec 2016 02:45 AM PST


 
Oleh ROSLI ABDUL JABAR


KERJA pilihan raya memang memenatkan apatah lagi pada hari-hari terakhir, masa zaman APU poster PAS ditampal bersama poster Semangat 46, masa zaman BA kami turut menampal poster DAP dan Adil sehinggalah zaman PR, poster PAS ditampal bersama dengan poster parti dalam Pakatan.

Namun tak pernah pula rasa sesal walaupun tidak mendapat upah, malahan abila habis bendera dan poster, pakat-pakat cari duit dan kutip sesama sendiri untuk beli bahan kempen. Tak pernah pulak rasa sia-sia apabila PAS kalah dalam pilihan raya, malahan apabila habis pilihan raya walaupun kalah sibuk pula cari duit untuk buat kenduri kesyukuran.

Begitulah PAS dari dulu hingga sekarang, apabila pilihan raya sibuk bekerja, habis pilihan raya sibuk pulak berkenduri walaupun kalah, orang pun jadi pelik tengok PAS, yang pelik tu biasanya orang tak faham dengan perjuangan PAS. Kalau menang takpe lah nak kenduri, kalah dengan majoriti besar pun kenduri juga.

Masa saya bertanding di Lepar dulu, saya kalah dengan majoriti 3887, keseluruhan cawangan PAS dalam Dun Lepar berkenduri sehingga 16 ekor lembu ditumbangkan. Dah lah tu, ahli-ahli yang datang kenduri pula ucapkan 'tahniah', kalah pun tahniah juga. Biasanya yang pelik dengan situasi itu ialah mereka yang tidak memahami prinsip perjuangan PAS.

Seorang ahli Umno di tempat saya, kami berkawan baik, saya belum kahwin lagi masa tu, saya turut hantar bil jemputan kenduri kesyukuran padanya, dia tanya saya "PAS menang ke?, saya kata "tak, PAS kalah", dia tanya lagi "habis tu, kenduri bakpe?", teringat lagi wajah kepelikan dia, tapi dia datang dan pengisian malam tu disampaikan oleh Allahyarham Ustaz Bunyamin Yaakob.

Ucapannya sangat menarik perhatian sahabat saya ni, baru dia faham kenapa PAS buat kenduri kesyukuran walaupun kalah. Kini dia dah masuk PAS, kini dia antara pembantu tegar saya terutama waktu pilihan raya dan dialah orang yang sentiasa sibuk memasak kenduri selepas pilihan raya walaupun PAS kalah.

Sesekali kami dapat berjumpa dan bersembang, ingat lagi saya ke dapur berjumpa dengan dia waktu dia memasak untuk kenduri selepas PAS kalah di DUN Tanjung Lumpur 2004, "takpelah kalah pun, akan datang kita lawan lagi, yang penting kita syukur pada Allah Ustaz, Allah jadikan hati kita sentiasa cenderung untuk berjuang dan berusaha agar hukum Allah dapat dilaksanakan, kalau tidak habislah penat lelah kita ni jadi sia-sia belaka," katanya.

"Syukur itu tidak tertentu kepada nikmat yang dapat dilihat secara jelas sahaja, ada juga perkara yang tidak jelas nikmatnya tetapi mengandungi hikmah, sihat itu nikmat, sakit itu mengandungi hikmah, keduanya adalah kebaikan apabila manusia melihat itu sebagai takdir dari Allah SWT yang mengandungi hikmah lalu tercetuslah rasa syukur kepada Allah SWT".

Begitu juga dengan kalah atau menang pilihan raya, menang adalah ujian kalah pun ujian Allah juga, apa yang sangat-sangat kita syukuri ialah kita dapat membantu perjuangan ini dan juga menang atau kalah tidak sedikitpun menjadikan kita lari daripada prinsip perjuangan kita iaitu al-Qur'an, Hadis, Ijma dan Qias", kerana itulah PAS berkenduri selepas pilihan raya walaupun kalah.

PAS Perlis sambut baik pindaan Enakmen Pentadbiran Islam 2006

Posted: 09 Dec 2016 02:40 AM PST

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS Perlis hari ini menyatakan sokongan terhadap kerajaan negeri Perlis apabila meluluskan pindaan undang-undang syariah bagi membolehkan anak berusia dibawah 18 tahun memeluk Islam dengan persetujuan samada ibu atau bapa.
 
Menurut Pesuruhjayanya Mohd Shukri Ramli berkata, pindaan Enakmen Pentadbiran Islam 2006 itu disokong kerana selari dengan perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan agama anak dibawah umur 18 tahun boleh ditentukan oleh ibu atau bapa atau penjaga anak berkenaan.
 
"(PAS Perlis) menerima (pindaan ini) dan sokong pindaan ini dibuat oleh Dewan Undangan Negeri semalam dan saya (salah seorang ADUN) yang sokong. 
 
"Sebelum ini apa yang diwartakan di Perlis nampak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan samada ibu dan bapa, (kini) dipinda dan diluluskan kelmarin (semalam) nampak selaras dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini tidak jadi masalah untuk dipinda," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
DUN Perlis semalam meluluskan pindaan berkenaan setelah kesemua 12 ADUN Umno dan satu daripada PAS menyokong pindaan berkenaan yang dibuat kerajaan negeri pimpinan Menteri Besarnya Datuk Seri Azlan Man.
 
Namun perkara itu ditolak ADUN Indera Kayangan Chan Ming Kai daripada PKR manakala ADUN Titi Tinggi Khaw Hock Kong daripada MCA membantah pindaan berkenaan dan terus bertindak keluar daripada dewan ketika pindaan itu diluluskan.
 
"Saya tidak nampak dia (ADUN Titi Tinggi) cuma masa itu dia tidak berada dalam dewan, saya tidak maklum. Tapi ADUN Indera Kayangan memang menentang dan hanya dia sahaja yang tidak sokong.
 
"Tidak ada timbul ketegangan cuma YB Chan Ming Kai (ADUN Indera Kayangan) sahaja yang bangun mempertahankan enakman itu supaya tidak dipinda dan dia tidak menyokong. Yang lain tetap sokong," katanya menceritakan situasi sebenar berhubung pindaan berkenaan.
 
Secara dasarnya, pindaan dibuat terhadap terhadap versi bahasa Melayu enakmen itu, yang sebelum ini menyebut kanak-kanak bawah 18 tahun boleh memeluk Islam dengan kebenaran 'ibu bapa atau penjaga.
 
Perkataan 'ibu bapa' dalam Seksyen 117(b) ditukar kepada 'ibu atau bapa' bagi memberikan kebenaran kepada kanak-kanak dibawah tahun untuk memeluk agama Islam.
 
 

PPBM gesa PAS terima keputusan 13 Disember ini, kata Mukhriz

Posted: 09 Dec 2016 02:38 AM PST

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS perlu bersedia dan berlapang dada menerima sebarang pendirian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berhubung kerjasama rasmi dengan Pakatan Harapan (PH), yang akan ditentukan pada 13 Disember depan.
 
Itu penegasan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika diajukan kemungkinan penerimaan PAS terhadap partinya dalam memeterai kerjasama politik dengan gagasan pembangkang berkenaan.
 
"Apa pun pandangan kami (PPBM), pada saya, PAS perlu terbuka walaupun ada sedikit perbezaan dengan pendirian mereka. Akhirnya yang penting adalah keinginan kita bersama untuk menggantikan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan yang baru selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Mukhriz juga menjawab 'kekeliruan' yang timbul antara PPBM dan PAS sebagaimana dinyatakan Penasihatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum mengikat kerjasama dengan PH.
 
Beliau mendakwa kekeliruan itu tidaklah sampai ke tahap yang serius meskipun ia berkaitan dengan penerimaan PAS terhadap kerjasama PPBM dengan Amanah dan DAP.
 
"Tidak ada masalah sangat nak selesaikan isu-isu itu. Mungkin kekeliruan yang ada sekarang datangnya daripada beberapa kenyataan dari PAS yang kita rasa sedikit berlainan dengan apa yang dibincangkan dengan mereka dahulu. 
 
"Mereka faham bahawa mahu atau tidak, kita perlu ada bentuk kesepakatan dengan PH dan didalam PH selain PKR, ada Amanah dan DAP. 
 
"Saya ingat tidak timbul isu dimana PAS boleh bekerjasama dengan PPBM dengan syarat kita tidak wujudkan kerjasama dengan DAP dan Amanah. Agaknya itu sahaja kekeliruan yang diperkatakan," ujar bekas menteri besar Kedah itu lagi.
 
Pada Konvensyen Pakatan Harapan November lalu, Mahathir memaklumkan partinya akan bekerjasama secara langsung dengan PH, namun perlu menyelesaikan beberapa kekeliruan yang timbul.
 
Ia berikutan timbul dakwaan Mahathir dan Muhyiddin saling berselisih dalam isu kerjasama politik berkenaan.
 
Muhyiddin sebelum ini didakwa mahu PAS juga terlibat dalam kerjasama politik itu, dengan menegaskan PPBM boleh menjadi jambatan penghubung antara PH dan PAS.
 
Namun misi berkenaan dilihat sukar untuk dicapai memandangkan parti Islam itu sudah 'berpatah arang, berkerat rotan' dengan Amanah dan DAP.
 
Sementara itu mengulas perincian mesyuarat formal antara PPBM dan PH Selasa depan, Mukhriz memberitahu bentuk kerjasama partinya hanya akan dimaklumkan selepas pertemuan berkenaan.
 
"Terpulang kepada apa yang kita bincangkan nanti, lepas itu kita akan umumkan apakah bentuk pakatan yang hendak kita wujudkan," demikian menurutnya.
 
 

Lembaga tatatertib UM putuskan Anis Syafiqah bersalah anjur #TangkapMO1

Posted: 09 Dec 2016 02:37 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Panel Tatatertib Universiti Malaya (UM) hari ini memutuskan bahawa Anis Syafiqah Mohd Yusof bersalah atas tiga pertuduhan menganjurkan perhimpunan Tangkap Malaysian Official 1 pada Ogos lalu.
  
Beliau didapati bersalah: mengadakan, menganjurkan dan memanggil suatu perhimpunan Tangkap Malaysian Official 1; merosakkan dan memudaratkan kepentingan, kesejahteraan serta nama baik UM kerana menyertai himpunan haram; dan merosakkan dan memudaratkan ketenteraman dan keselamatan awam, moral, kesopanan serta tatatertib kerana menyertai himpunan tersebut.
 
"Setelah selesai sambungan prosiding selama 2 jam, pihak Panel Tatatertib UM telah memutuskan bahawa saya bersalah atas kesemua pertuduhan.
 
"Hukuman tatatertib akan dimaklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari dari sekarang," kata Anis dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebook.
 
Beliau berdepan hukuman denda RM200, penggantungan, pemecatan atau amaran.
 
Pada September, pengerusi Kesatuan Mahasiswa Malaysia bersama tiga siswa lain diberi surat tunjuk sebab oleh pentadbiran Universiti Malaya susulan pembabitan mereka dalam tunjuk perasaan #TangkapMO1.
 
#TangkapMO1 bertujuan mendesak polis menyiasat dan menangkap individu misteri yang disebutkan sebagai Malaysian Official 1 dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).
 
Tiga siswa UM lain yang berdepan tindakan tatatertib ialah Mohamad Luqman Nul Haqim, Muhammad Luqman Hakim Fazli dan Suhail Wan Azahar.
 
Pada November, siswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Asheeq Ali digantung 1 semester dan didenda RM200 juga kerana terbabit dalam #TangkapMO1.
 
Asheeq juga didakwa memalukan nama baik universiti dan melakukan kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman (2012) kerana menyertai perhimpunan haram.
 
 

DAP 'seronok' pergunakan kaum Melayu - bekas naib presiden

Posted: 09 Dec 2016 02:34 AM PST

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Kaum Melayu yang menyokong perjuangan politik DAP harus sedar mereka hanya dipergunakan demi kepentingan parti itu, demikian tegas Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
 
Bekas naib presiden DAP itu berkata parti pimpinan anak beranak, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng itu tidak sesekali memberi peluang kepada kaum Melayu sebagaimana keistimewaan yang diperolehi kaum Cina yang mendominasi parti berkenaan.
 
"Anda boleh kata peluang sama rata di kalangan pimpinan DAP, kepada sesiapa sahaja termasuk kaum Melayu. Namun ia tak benar. Jika anda perhatikan cara mereka, kaum Melayu dipergunakan. Kaum Cina, sama ada dalam perniagaan dan politik sentiasa mempergunakan kaum Melayu untuk mendapatkan kelebihan mereka," katanya ketika ditemui Antarapos, baru-baru ini.
 
Menguatkan lagi asas kepada dakwaannya itu, Tunku Aziz berkata hal itu dirasainya sejak menyertai DAP pada 2008.
 
Bukan itu sahaja, DAP juga sering mencipta ketidaktentuan untuk kaum Melayu, bukan seperti Umno yang memperjuangkan hak dan keistimewaan kaum berkenaan.
 
Lebih buruk, DAP terdesak untuk melakukan apa sahaja untuk menjadikan Melayu dan Umno lemah dan hilang sokongan, dan ia dapat dilihat bagaimana parti Cina cauvinis itu melemparkan pelbagai fitnah dan tohmahan.
 
"DAP bukan parti yang demokratik. Ia ditadbir keseluruhannya untuk kelebihan keluarga Lim. Mereka selalu katakan Umno mentadbir negara ini untuk 60 tahun. Namun DAP sendiri tidak pernah merubah kepimpinannya. Kit Siang sendiri berada dalam parti sejak hari pertama. 
 
"Untuk mereka, tidak apa, (tetapi) tidak boleh untuk orang lain. Adakah ini parti yang mahu kita pertahankan? Mereka akan lakukan sahaja untuk dapatkan kuasa, sah atau tidak, untuk mengelirukan rakyat, malah mengelirukan generasi muda Melayu," tegasnya.
 
Melihat kepada hubungan sesama Melayu kini yang semakin memburuk, Tunku Aziz mengingatkan kaum tersebut supaya melihat kesengsaraan yang sedang dihadapi kaum Melayu dan India di Pulau Pinang akibat ditadbir oleh DAP.
 
Perlembagaan negara yang menyebut bahawa hak dan keistimewaan kaum Melayu yang sepatutnya dipelihara sebaik-baiknya semakin cuba dihakim oleh kerajaan yang dipimpin Guan Eng selaku Ketua Menteri.
 
"Jika anda rasa Cina DAP akan menjaga anda, saya rasa anda sebenarnya hidup di Cuckoo Land. Mereka menabur janji. Contohnya di Pulau Pinang, kononnya mahu melihat isu-isu minoriti seperti kaum Melayu dan India? Tetapi apakah yang mereka lakukan kepada dua kaum ini? 
 
"Mereka lakukan dasar-dasar yang tidak menjamin kepentingan mereka di dalam pemilikan hartanah dan menjadikan orang Melayu dan India bukan golongan kaya di sana," katanya lagi.
 
 

Sadis...lelaki langgar biawak berulang kali

Posted: 08 Dec 2016 08:38 PM PST

SINAR HARIAN

Sadis...lelaki langgar biawak berulang kali
Sedutan video yang viral di laman sosial
 

RAKAMAN seorang lelaki yang menunggang motosikal dan melanggar seekor biawak yang didakwa 'mencuri' ikan berulang kali dikecam warga netizen.

Video berdurasi 1 minit 32 saat berkenaan juga disertai dengan suara seorang lelaki yang mentertawakan biawak berkenaan apabila 'dilanyak' motosikal.

"Ha ambik kau ha makan ikan lagi ha," kata lelaki tersebut.

Biawak berkenaan yang masih hidup ketika kejadian akhirnya tidak bergerak, dipercayai mati.

 Lokasi dan waktu rakaman kejadian tersebut yang viral di laman Facebook bagaimanapun gagal dikenal pasti.

Sementara itu, majoriti pelayar yang menyaksikan video tersebut mengecam tindakan berkenaan dan menyifatkan individu terlibat sebagai sadis.

"Kenapalah zalim sangat jadi manusia," kata Qaseh.

"Astaghfirullahalazim. Lebih kejam dari binatang," kata Anggun.

Video berkenaan telah ditonton lebih 18,000 pelayar di Facebook.

Pakar: Pas dalam proses tentu hala tuju

Posted: 08 Dec 2016 08:32 PM PST

Pas


SHAH ALAM - Penganalisis politik dari ‎Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman melihat Pas ketika ini dalam proses untuk menentukan hala tuju parti.

"Pas dilihat sama ada akan menjadi sebahagian pembangkang atau blok pembangkang asing atau juga pembangkang yang 'friendly' kerajaan.

"Jadi, kita tidak tahu yang mana satu jalan yang dipilih. Nampak gaya untuk mereka duduk semeja dengan Pakatan Harapan agak nipis kerana masalah mereka dengan parti Amanah dan DAP," katanya bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan tidak akan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP menjelang pilihan raya akan datang.

Tambahnya, DAP misalnya menolak cadangan RUU355 sebelum ini, manakala Amanah merupakan serpihan mereka.

Katanya, demi kepentingan survival politik, Pas perlu membuat keputusan jalan yang mana mereka hendak pilih.

"Setakat ini program dan aktiviti yang dijalankan menampakkan bahawa Pas dan Umno dilihat bekerjasama.

"Dahulu mereka pernah bekerjasama dalam satu majlis, sekarang sekali lagi dalam platform memperjuangkan nasib masyarakat Rohingya yang ditindas di Myanmar," katanya.

Tetapi, pada masa sama juga, Pas masih berbelah-bagi hendak berkongsi kerajaan di Selangor yang menggabungkan PKR, DAP dan Pas sendiri.

"Pada masa yang sama juga, jika BN hendak menjalankan kerjasama dengan parti Islam itu, pasti ada kegusaran dengan ada parti komponennya yang dilihat turut menolak RUU sebelum ini.

"Jadi, pastinya di sini penyokong parti akan tertanya-tanya apakah pendirian mereka (Pas) dan keputusan perlu diputuskan kerana Pilihan Raya Umum yang dijangka tidak lama lagi.

"Jika Pas ingin berjuang sendirian, pasti akan berlaku pertandingan tiga penjuru, empat penjuru... tapi jika bersama Pakatan Harapan, mereka boleh merancang strategi kerana jika berlakunya tiga penjuru, hampir pasti kelebihan memihak pada BN," katanya.

Tambahnya, "mereka (Pakatan Harapan) pastinya tahu perkara ini. Pas, DAP dan Amanah perlu luaskan perbincangan sama ada duduk dalam blok yang sama atau terus berpisah.


Mesyuarat Pakatan Harapan bersama PPBM akan bincang agenda satu lawan satu

Posted: 08 Dec 2016 08:25 PM PST

pc pakatan harapan

Oleh Syazana Hasanudin


KUALA LUMPUR: Pertandingan satu lawan satu antara pakatan parti-parti pembangkang menentang Barisan Nasional akan menjadi agenda utama mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Harapan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada hari Selasa, 13 Disember depan.

Perkara itu diumumkan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah yang menyatakan kerjasama politik berkenaan adalah amat penting bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Mesyuarat itu akan dihadiri kesemua parti komponen Pakatan Harapan, iaitu DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah), serta pemimpin-pemimpin PPBM.

"Ini merupakan satu proses bagi mewujudkan suasana satu lawan satu antara pembangkang dan Barisan Nasional.

"Jika diikutkan, kita mahu kesemua parti pembangkang bergabung bagi membentuk sebuah gabungan untuk melawan Barisan Nasional. Tetapi setakat ini, keempat-empat parti ini yang menunjukkan komitmen," katanya di sidang media di ibu pejabat DAP di sini, petang tadi.

Dalam pada itu, Pakatan Harapan turut melahirkan rasa kesal dengan pembatalan undangan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke istiadat lafaz sumpah Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Saifuddin menjelaskan, lazimnya semua bekas Perdana Menteri akan dijemput ke majlis berkenaan, justeru tindakan pihak tertentu menarik kembali undangan berkenaan adalah tidak wajar sama sekali.

"Tun Mahathir telah pun diundang tetapi ada surat yang membatalkan undangannya.

"Kita harap pemegang mohor akan mempertimbangkan kembali hal ini, dan menarik balik pembatalan berkenaan.

"Tidak manis bila ada bekas Perdana Menteri yang tidak dijemput," ujarnya. 

Turut hadir di sidang media berkenaan adalah Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke; Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir; Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong serta Pengarah Strategi Amanah, Dr. Dzulkefly Ahmad. – Roketkini.com


Rakyat Sabah naik keretapi ‘mayat’, gerabak tanpa bumbung dan dinding

Posted: 08 Dec 2016 08:21 PM PST

keretapi-tenom

Oleh Hafiz Zainuddin Foto Andrew Ling


SANDAKAN: Menyedihkan. Itulah yang menggambarkan nasib sebahagian pengguna keretapi di beberapa buah kampung di Tenom, Sabah yang terpaksa menaiki gerabak terbuka untuk pergi ke destinasi masing-masing.

Namun, keadaan dhaif itu bukanlah sesuatu yang asing bagi pengguna keretapi di Sabah khususnya di kawasan pedalaman memandangkan ia telah berlanjutan bertahun-tahun lamanya.

stephen-wong-tien-fatt
Pengerusi DAP Sabah, merangkap Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt

Kedhaifan dan risiko bahaya ini bagaimanapun terpaksa diharungi penduduk dari empat buah kampung di Tenom iaitu Kampung Pangi, Kampung 78, Kampung Rayu dan Kampung Kolondos daerah tersebut.

Kesal dengan keadaan tersebut, Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt berkata kedhaifan sistem pengangkutan awam di Sabah khususnya perkhidmatan keretapi bukanlah perkara baru.

"Saya sedih bila melihat penduduk kampung terpaksa tanggung risiko dan bahaya berhimpit-himpit atas pelantar keretapi tanpa bumbung dan dinding.

keretapi2

"Keadaan ini amat memalukan apabila rakyat Malaysia di Sabah masih terpaksa bergantung kepada sistem keretapi yang dibina sejak zaman penjajah lagi," katanya.

Menurutnya, insiden pengguna menaiki pelantar keretapi kosong tanpa gerabak yang biasanya digunakan untuk kargo itu tidak dapat diterima.

"Mana perginya semua kabin penumpang moden yang sepatutnya sudah ada?" soal Ahli Parlimen Sandakan itu.


Menurutnya, kerajaan BN melayan Sabah secara tidak adil apabila tidak bertindak segera memperbaiki sistem pengangkutan keretapi negeri itu sebaliknya memperuntukkan RM55 bilion bagi keretapi laju pantai timur sebanyak RM55 bilion.

"Saya menggesa kerajaan BN supaya segera menaiktaraf keseluruhan sistem perkhidmatan keretapi di Sabah supaya rakyat di sini dapat menikmati kemudahan itu dengan selesa dan sempurna seperti di Kuala Lumpur," tegas beliau. – Roketkini.com


Nafsu, tamak punca rasuah

Posted: 08 Dec 2016 08:18 PM PST

DETIK DAILY

 

SURUHANJAYA Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen, di bawah Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] yang diwartakan pada 3 September 2009.

Suruhanjaya yang ditubuhkan pada 1 April 2011 ini telah ditugaskan untuk menyelia sebanyak 21 agensi penguatkuasaan di negara ini.

Namun begitu, terdapat cakap-cakap yang mempertikaikan kredibiliti suruhanjaya ini memandangkan terdapat beberapa agensi lain berkait rapat dengan public interest seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak disenaraikan di bawah seliaan EAIC.

Bagi mengupas persepsi ini, Pengerusi EAIC, Datuk Yaacob Md Sam yang juga Hakim Mahkamah Rayuan ada penjelasan lanjut kepada wartawan Sinar Harian, Asyraf Muhammad dan juru foto, Afiq Razali pada sesi wawancara eksklusif baru-baru ini.

EAIC komited tangani aduan awam berhubung integriti agensi penguatkuasaan?

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen, di bawah Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] yang diwartakan pada 3 September 2009.

Suruhanjaya yang ditubuhkan pada 1 April 2011 ini telah ditugaskan untuk menyelia sebanyak 21 agensi penguatkuasaan di negara ini.

Namun begitu, terdapat cakap-cakap yang mempertikaikan kredibiliti suruhanjaya ini memandangkan terdapat beberapa agensi lain berkait rapat dengan public interest seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak disenaraikan di bawah seliaan EAIC.

Bagi mengupas persepsi ini, Pengerusi EAIC, Datuk Yaacob Md Sam yang juga Hakim Mahkamah Rayuan ada penjelasan lanjut kepada wartawan Sinar Harian, Asyraf Muhammad dan juru foto, Afiq Razali pada sesi wawancara eksklusif baru-baru ini.

EAIC menyelia 21 agensi penguat kuasa di bawah pemakaian Akta 700. Mengapa agensi-agensi seperti DBKL, SPRM dan SPAD ini tidak disenaraikan di bawah EAIC?

Akta 700 telah diluluskan oleh Parlimen pada tahun 2009, iaitu hampir dua tahun sebelum EAIC memulakan operasinya setelah Akta 700 tersebut ditetapkan tarikh kuat kuasa mulai 1 April 2011. Semasa Akta 700 tersebut diluluskan oleh Parlimen pada 2009, telah terdapat sama di bawah Akta 700 tersebut senarai 21 agensi penguatkuasaan yang dikawal selia di bawah Akta 700.

21 agensi penguatkuasaan tersebut ditetapkan oleh Perdana Menteri di bawah kuasa Seksyen 1(4) Akta 700 melalui Jadual Akta 700. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) berada di senarai nombor 19 di dalam Jadual Akta 700 untuk dikawal selia. Bagaimanapun, perkembangan berlaku apabila LPKP tersebut telah dimansuhkan dan digantikan dengan SPAD.

EAIC sedang membuat usaha bagi SPAD juga dijadualkan bagi dikawal selia oleh Akta 700 di atas alasan terdapat elemen aktiviti penguatkuasaan undang-undang serta aduan awam ke atas SPAD yang sewajarnya diurus dan disiasat oleh EAIC seperti yang dihasratkan awalnya oleh Parlimen.

Bagi SPRM pula, Seksyen 1(5) Akta 700 secara nyata memperuntukkan bahawa Akta 700 tidak terpakai ke atas SPRM yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Oleh itu, sebarang usaha atau hasrat untuk SPRM juga tertakluk kepada Akta 700 akan memerlukan pindaan ke atas Akta 700 secara memansuhkan peruntukan Seksyen 1(5) tersebut. Ia adalah merupakan keputusan dasar yang melibatkan kerajaan dan Parlimen.

Terdapat juga saranan supaya SPRM tertakluk kepada Akta 700, ekoran daripada dua insiden kematian saksi semasa siasatan SPRM. Dalam pada itu, terdapat juga pendapat bahawa oleh sebab  telah terdapat lapan jawatankuasa di SPRM bagi memantau sebarang salah laku pegawainya, maka tiada kewajaran untuk badan itu dikawal selia oleh EAIC dalam menentukan SPRM kekal dilihat sebagai sebuah badan bebas dari dikawal selia oleh agensi di luar dari SPRM.

Bagi DBKL pula, kita sedia maklum DBKL adalah sebuah kerajaan tempatan berstatus Majlis Bandaraya.
Fungsi DBKL tidak banyak berbeza dengan sebuah majlis bandar raya yang terdapat di seluruh negara yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa negeri masing-masing. Cuma, DBKL adalah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen disebabkan DBKL berada di kawasan Wilayah Persekutuan yang ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan.

Kami tiada masalah jika kerajaan membuat keputusan dasar bagi salah laku berkaitan aktiviti penguatkuasaan DBKL dikawal oleh EAIC. Sememangnya EAIC ada menerima aduan-aduan salah laku yang melibatkan pegawai penguat kuasa DBKL. Ketika ini, EAIC hanya akan secara pentadbiran memanjangkan aduan tersebut bagi diberi tindakan oleh DBKL.

Sejauh manakah peranan suruhanjaya menangani masalah integriti dalam agensi penguatkuasaan?

Suruhanjaya ini mula ditubuhkan dan beroperasi pada 1 April 2011. Penubuhan dan punca kuasa EAIC adalah diasaskan kepada Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700) yang memperuntukkan pelantikan tujuh orang ahli Pesuruhjaya EAIC yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan fungsi dan kuasa-kuasa yang diperuntukkan oleh Akta 700 tersebut.

Sebagai sebuah suruhanjaya bebas, EAIC melaporkan semua aktivitinya kepada Parlimen pada setia sesi pertama persidangan di Dewan Rakyat.

Buat masa ini, EAIC mempunyai kekuatan seramai 78 orang tenaga kerja sepenuh masa yang terdiri daripada pegawai pengurusan dan profesional serta kakitangan sokongan. Dari jumlah tersebut, lima orang pegawai kanan EAIC adalah di bawah perkhidmatan pinjaman daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) dan tiga orang pegawai lagi dipinjamkan daripada SPRM.

Terdapat 28 orang pegawai EAIC yang pernah menjadi pengamal undang-undang atau peguam yang sekarang berkhidmat secara sepenuh masa bersama EAIC. Mereka menjadi tunjang kekuatan EAIC dalam melaksanakan tugas-tugas penyiasatan ke atas aduan salah laku pegawai penguat kuasa atau salah laku agensi penguatkuasaan yang diterima EAIC.

Selain itu, EAIC juga telah melantik pakar perunding bebas untuk menjalankan kajian tahap keberkesanan peranan EAIC dan satu draf laporan akhir telah dibentangkan oleh perunding tersebut kepada Pesuruhjaya EAIC pada 11 November lalu.

Laporan muktamad perunding dijangka akan diserahkan kepada EAIC pada 15 Disember akan datang. Kajian tersebut meliputi pendapat keberkesanan EAIC dan penambahbaikan yang perlu dari sudut pandangan orang awam, ahli politik, pengamal media, NGO dan pegawai penguat kuasa sendiri.
Laporan kajian itu juga akan dijadikan asas kepada EAIC dalam membentuk kerangka kerja lebih berdaya maju dan lestari.

Siapa yang memantau suruhanjaya ini?

Ahli-ahli Pesuruhjaya EAIC adalah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong di kalangan mereka yang mempunyai kelayakan dan pengalaman dalam pelbagai bidang kepakaran. Saya adalah Hakim Mahkamah Rayuan yang masih berkhidmat.

Timbalan Pengerusi EAIC adalah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi yang berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pengurusan.

Tiga orang lagi ahli pesuruhjaya adalah merupakan peguam cara dan peguam bela yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang mereka. Terdapat juga ahli pesuruhjaya yang pernah berkhidmat sebagai akauntan dan juruaudit serta bekas Speaker Dun Sarawak, juga terdapat Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM).

 Dengan demikian, barisan Pesuruhjaya EAIC sendiri mampu berperanan memantau gerak kerja EAIC. Seksyen 48 Akta 700 mengehendaki EAIC menyediakan laporan tahunan kepada Parlimen mengenai semua aktiviti termasuk senarai perkara yang dirujukkan kepada EAIC dan tindakan yang telah diambil berkaitan dengannya.

Ini adalah tanggungjawab statutori EAIC. Maka itu bolehlah dikatakan bahawa Parlimen adalah badan yang memantau aktiviti-aktiviti EAIC. Ini selari dengan hasrat Parlimen untuk melihat EAIC sebagai sebuah badan bebas yang dapat menjalankan tanggungjawab without fear or favour.

Apakah punca utama penjawat awam mengambil rasuah?

Secara pengalaman peribadi dalam mengendalikan kes-kes berkaitan rasuah, saya mempunyai pengalaman secara langsung kerana pernah menjadi Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Perundangan Badan Pencegahan Rasuah Malaysia (kini SPRM) sekitar tahun 2000 hingga 2003.

 Nafsu dan ketamakan diri bagi adalah punca kepada berlakunya perlakuan rasuah oleh mereka yang tidak meletakkan integriti dalam nilai dirinya. Sebanyak mana gaji atau penggajian yang diberikan atau dinikmati tidak akan mencukupi selagi nilai integriti dan amanah tidak ditanam dalam diri.

Terdapat pegawai yang berpendapatan kecil mempunyai tahap integriti dan jati diri lebih kental daripada pegawai berpendapatan tinggi.

Saya berpendapat, hanya penguatkuasaan undang-undang rasuah yang ketat dan tegas akan dapat mengawal perlakuan ini daripada terus berleluasa. Ini termasuk sitaan dan perlucutan hak ke atas harta rasuah melalui tindakan mahkamah.

Terdapat pegawai awam yang berterusan mengamalkan gaya hidup mewah baik dalam bersosial pemilikan harta mahupun perjalanan persendirian dan keluarga ke luar negara yang di luar daripada kemampuan pendapatan atau penggajian mereka.

 Perlu ada audit berkala dan konsisten bagi setiap tatacara kerja terutamanya yang berkaitan dengan perolehan dan pengendalian projek untuk mengesan sebarang kelemahan yang boleh dieksploitasi.
Pegawai pengawal di peringkat kementerian dan jabatan juga perlu lebih cermat dan baik dalam meluluskan pembayaran yang dituntut bagi sesuatu perkhidmatan atau kerja yang didakwa telah disempurnakan.

Pegawai cuai perlu dikenakan surcaj terhadap jumlah wang yang diselewengkan akibat kecuaiannya.  Pegawai yang menduduki jawatan berisiko tinggi yang boleh terdedah kepada rasuah atau salah guna kuasa, kedudukannya wajar ditukar ganti secara berkala dan konsisten tanpa mengorbankan kaliber pegawai.  Terdapat pegawai yang secara rahsia keluar negara pada cuti hujung minggu atau cuti khas tanpa kelulusan ketua jabatan. Semua ini melibatkan perbelanjaan dan jika tidak adakah pegawai berkenaan ditaja oleh pihak tertentu?

Rekod pemilikan kenderaan mewah juga boleh dipantau melalui kerjasama jabatan dengan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan). Sistem pemilikan hartanah juga patut dibangunkan dalam mana pejabat tanah dan pihak berkuasa tempatan boleh memberikan maklumat pemilikan pegawai ke atas hartanah kepada ketua jabatan atau pihak berkuasa dengan hanya berdasarkan kepada rujukan nombor kad pengenalan.

Saya juga ingin menambah bahawa dalam perkhidmatan awam, mana-mana pegawai mahupun kesatuan pekerja awam atau kelab kebajikan dan sukan agensi awam tidak boleh sewenang-wenangnya menerima pemberian hadiah atau mengutip derma dari orang luar mahupun syarikat. Terdapat beberapa pekeliling telah dikeluarkan sebelum ini dan pelanggaran kepada pekeliling tersebut juga merupakan kesalahan tatatertib.

Apakah kejayaan boleh dibanggakan sepanjang lima tahun operasi EAIC?

Menilai kepada prestasi EAIC yang merupakan sebuah badan bebas serta memberikan perkhidmatan, maka adalah sukar untuk suatu pengukuran yang berbentuk kuantitatif diberikan. Namun begitu, sehingga bulan Oktober 2016, semua aduan yang diterima oleh EAIC telah berjaya diselesaikan oleh Jawatankuasa Aduan EAIC. Itu adalah merupakan pencapaian 100 peratus.

Pelaksanaan pembangunan kapasiti sumber manusia yang telah berlaku di dalam EAIC secara drastik bermula pada hujung 2014 telah memberi sumbangan besar kepada daya kemampuan dan gerak kerja EAIC yang telah melihatkan pencapaian positif.

Pada bulan Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah mengarahkan anggota Jemaah Menteri untuk membaca Laporan Tahunan Suruhanjaya bagi Tahun 2015 yang melaporkan dengan komprehensif aktiviti dan pencapaian EAIC.

Dalam pada itu, laporan siasatan kematian orang tahanan yang dikeluarkan oleh EAIC bagi tatapan umum juga telah disambut baik oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai. Saya sendiri secara peribadi menerima ucapan penghargaan oleh ahli keluarga mangsa penderaan dalam tahanan di atas laporan yang disediakan oleh EAIC tersebut.

Secara keseluruhannya, EAIC berpuas hati di atas tahap kepatuhan oleh pegawai penguat kuasa ke atas SOP yang dikeluarkan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang.

Adakah perlu bidang kuasa EAIC diperkasa?

Satu soalan yang sangat menarik bagi saya. Bagaimanapun kita tidak perlu terkeliru dalam perkara ini supaya dapat membezakan perlakuan yang terjumlah kepada kesalahan jenayah dan perlakuan yang terjumlah kepada kesalahan tatatertib.

 Seksyen 30 Akta 700 memberi kuasa kepada EAIC bagi melakukan siasatan salah laku ke atas pegawai penguat kuasa.  Skop salah laku yang dimaksudkan itu diberikan butirannya oleh Seksyen 24 Akta 700.
Pendirian EAIC adalah konsisten bahawa pengasingan kuasa oleh badan penyiasat, badan pendakwaan dan badan menghukum hendaklah terus kekal kerana ia akan membolehkan proses imbangan kuasa berjalan dengan lancar dan menepati prinsip undang-undang. Maka, tidak timbul isu untuk EAIC diberikan kuasa menangkap dan mendakwa penjawat awam.

Atau wakil EAIC diserap sebagai 'mata-mata gelap' dalam agensi penguatkuasaan?

Setakat ini, EAIC tidak melihat sebarang keperluan untuk menempatkan mata-mata gelap dalam agensi penguatkuasaan. EAIC berpendapat hubungan antara kami dengan agensi penguatkuasaan lain adalah diasaskan kepada rasa hormat-menghormati ke atas pimpinan agensi untuk EAIC tidak dilihat bercampur tangan atau mencurigai ke atas aktiviti agensi dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengannya.
 
Memetik laporan akhbar sebelum ini, EAIC ada memaklumkan bahawa terdapat kira-kira 90 peratus aduan tidak diendahkan. Mengapa ia berlaku? Adakah campur tangan pihak tertentu?

Terdapat sedikit salah faham dalam laporan artikel tersebut sebenarnya. Apa yang saya maksudkan 90 peratus tersebut adalah merujuk kepada syor-syor bentuk hukuman yang dibuat oleh EAIC kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang tidak diikuti oleh PBT.

EAIC mempunyai rekod ke atas semua bentuk hukuman yang telah dilaksanakan oleh PBT yang bertindak di atas laporan dan siasatan pihak kami. Pada setiap mesyuarat suruhanjaya, laporan tindakan yang telah diambil oleh PBT akan dibentangkan bagi makluman ahli-ahli Pesuruhjaya EAIC.

Dari pembentangan tersebut, EAIC mendapati lebih kurang 90 peratus hukuman yang dijatuhkan oleh PBT ke atas pegawai awam terlibat adalah ringan berbanding dengan jenis hukuman disyorkan pihak kami.

Sebagai contoh, EAIC mengesyorkan supaya pegawai terlibat dikenakan hukuman enam bulan penahanan kenaikan gaji, namun PBT hanya mengenakan hukuman amaran sahaja ke atas pegawai terlibat.

 EAIC mengambil pertimbangan bahawa PBT telah juga menimbangkan rayuan faktor keringanan hukuman oleh pegawai, namun PBT wajar melihat hukuman yang dibuat olehnya mempunyai elemen pengajaran bukan sahaja ke atas pegawai tetapi juga sebagai teladan kepada kakitangan lain.

Kami berpendapat hukuman ringan yang tidak bersifat pengajaran tidak akan membentuk dan memantapkan budaya disiplin dan integriti yang tinggi.

EAIC telah menulis kepada Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Polis Negara bagi menyampaikan rasa terkilan EAIC terhadap pendekatan diambil oleh PBT terlibat. EAIC ingin melihat PBT juga memainkan peranan efektif dalam membantu pembentukan budaya integriti dalam perkhidmatan awam.

Pengalaman saya yang telah menerajui EAIC selama lebih daripada dua tahun dan hands on ke atas semua aktiviti EAIC, saya tidak berjumpa lagi sebarang campur tangan oleh pihak luar termasuk mana-mana orang politik ke atas kerja kami.

Apakah penanda aras ditetapkan EAIC dalam mengendalikan aduan orang ramai?

Di dalam menjalankan siasatan ke atas aduan yang diterima oleh pihak kami, pegawai-pegawai aduan dan siasatan EAIC melaksanakan tugasan mengikut SOP yang terdapat oleh Bahagian Operasi EAIC. Terdapat dua SOP berasingan untuk menjadi panduan dan pematuhan iaitu SOP bahagian Operasi (Seksyen Aduan) dan SOP Bahagian Operasi (Seksyen Siasatan).

Kali terakhir kedua-dua SOP ini dikemas kini adalah pada Disember tahun lalu apabila EAIC melakukan penstrukturan semula Bahagia Operasi EAIC dengan menubuhkan unit khusus yang berasingan bagi mengendalikan semua aduan dan siasatan penuh berkaitan dengan aduan salah laku polis yang merupakan jumlah aduan salah laku terbesar diterima EAIC.

Seksyen aduan sekarang ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Operasi iaitu seorang pegawai kanan daripada Jabatan Peguam Negara. Manakala seksyen siasatan diketuai oleh seorang pegawai kanan daripada SPRM.

Kedua pegawai ini dipinjamkan oleh agensi masing-masing kepada pihak kami bagi membantu pegawai-pegawai penyiasat EAIC mencapai sasaran berkualiti dan mempunyai nilai kebolehterimaan (admissibility) keterangan yang dikumpulkan.

Menerusi perbincangan secara bersama dengan pegawai-pegawai kanan Bahagian Operasi pada awal tahun lalu, kita telah mencapai persetujuan bagi menetapkan penunjuk aras atau KPI bagi penyelesaian aduan pada kadar 85% bagi setiap tahun terlibat.

Pada 2015, Jawatankuasa Aduan EAIC yang bermesyuarat dua kali setiap bulan telah mencapai penyelesaian pada tahap 93 peratus aduan melebihi daripada peratus sasaran yang ditetapkan. Terkini, semua aduan yang diterima dalam tahun 2015 telah diselesaikan siasatan awal dan dirujukkan kepada mesyuarat suruhanjaya oleh Jawatankuasa Aduan bagi keputusan.

Mesyuarat Suruhanjaya yang juga diadakan dua kali pada setiap bulan telah membuat keputusan ke atas semua kertas pertimbangan yang dibawa oleh Bahagian Operasi. Kepantasan dalam membuat keputusan oleh ahli-ahli pesuruhjaya telah membantu pegawai menjalankan tugas dengan lebih cekap dan sempurna.
Saya percaya pencapaian kadar penyelesaian aduan dan siasatan juga akan mencapai jumlah yang sama bagi tahun ini.

Kadar penyelesaian kes-kes siasatan penuh EAIC telah meningkat dengan drastik daripada hanya dua atau tiga kes pada awal tahun penubuhannya kepada hampir 100 kes masing-masing bagi tahun 2014 dan 2016.
 
Adalah juga menjadi piagam Bahagian Operasi EAIC bagi memberitahu pengadu terhadap keputusan suruhanjaya ke atas aduan pengadu dalam masa tiga hari bekerja dari tarikh keputusan mesyuarat suruhanjaya.


Dr M tak rugi, tak hina jemputan ke istana dibatalkan

Posted: 08 Dec 2016 08:10 PM PST


 
Oleh ZAINUDDIN MAIDIN'


Siapakah yang akan kesipuan jika bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri istiadat menandatangani sumpah jawatan yang di-pertuan agong di Istana Negara pada 13 Disember ini?

Datuk Seri Najib Razak atau Dr Mahathir?

Kita dapat menjangkakan apa yang akan berlaku sekiranya Dr Mahathir hadir di upacara itu. Pastinya tetamu kehormat yang berperadaban akan menumpukan perhatian kepada beliau untuk berjabat tangan atau mencium tangannya sebelum atau selepas upacara.

Ini akan meletakkan pemimpin BN, terutama perdana menteri dan menteri-menteri berada dalam keadaan serba salah atau kesipuan.

Tentunya pihak keselamatan tidak dapat melarang sesiapapun juga untuk menemui Dr Mahathir di majlis itu.

Dr Mahathir menerima undangan untuk hadir diupacara itu daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu pada 10 November lalu, manakala maklumat pembatalan dari pihak yang sama diketahui pada 13 Disember.

Ini mendedahkan kesilapan dilakukan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu kerana tidak memaklumkan lebih dahulu kepada Jabatan Perdana Menteri.

Pembatalan itu dibuat setelah Dr Mahathir menjawab akan hadir dan didakwa bukanlah bertujuan untuk memalukan beliau, tetapi untuk mengelakkan "kesipuan" yang akan dihadapi oleh Datuk Seri Najib Razak jika berlaku pertembungan dengan bekas perdana itu.

'Saya minta maaf'

Dalam hal ini tidak ada kerugian pada Dr Mahathir. Beliau tidak akan dipandang hina sekali pun ada sesiapa datang menemuinya, sebaliknya akan menimbulkan simpati lebih tinggi kerana umum melihat penghinaan yang sudah keterlauan dilakukan terhadapnya.

Maka itu sebelum meletusnya suasana "kesipuan" di majlis yang paling berkemuliaan dan berkedaulatan itu, tindakan tegas mesti diambil oleh Jabatan Perdana Menteri walaupun akan timbul anggapan buruk daripada rakyat bahawa "Istana Negara adalah milik Najib dan BN".

Hari ini Dr Mahathir mengesahkan menerima surat pembatalan undangan ke istiadat menandatangani sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di Kuala Lumpur pada 13 Disember depan.

Semalam, surat daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja kepada Dr Mahathir yang membatalkan undangan itu tersebar meluas di Internet.

Ia menjelaskan pembatalan itu bagi "mengelak kesipuan (embarrassment)" kerana tiada kerusi untuk Dr Mahathir disediakan pada acara itu.

Menulis di blognya hari ini, Dr Mahathir mendedahkan beliau menerima undangan untuk hadir pada 10 November lalu.

Mengulas reaksi terhadap pembatalan undangan itu, Dr Mahathir berkata: "Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti," katanya.

"Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan parti BN".


TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN  bekas menteri penerangan dan Tokoh Wartawan Negara. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarang Utusan Melayu. Tulisan ini termuat dalam blognya, Zamkata


Tiada ulasan: