Khamis, 8 Disember 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PAS INGIN LIHAT UMNO MENANG, CUMA AGAK KESIPUAN UNTUK BERTERUS-TERANG

Posted: 08 Dec 2016 07:08 AM PST

shahbudindotcom


Pas semalam seolah-olah memberi kata dua kepada PPBM iaitu mereka tidak boleh menjalin hubungan dengan DAP dan Amanah jika mahu bekerjasama dengan parti itu.

Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, syarat itu telah pun diberikan kepada PPBM dalam pertemuan sebelum ini.

Kita telah mengadakan pertemuan sebelum ini dan memberikan beberapa syarat, antaranya jika PBBM ingin mengadakan hubungan dengan Pas, mereka tidak seharusnya ada hubungan dengan DAP dan Amanah...itu pilihan untuk mereka, kaya Takiyuddin lagi.

Dalam erti kata lain, syarat Pas itu bermaksud kiranya PPBM memilih untuk menjalin hubungan dengan Pas, mereka mesti memutuskan hubungan DAP dan Amanah, sebaliknya jika bekerjasama dengan DAP dan Amanah,  parti itu kehilangan sama-sekali peluang untuk bekerjasama dengan Pas.

Walaupun syarat Pas itu agak pelik kerana mereka sebenarnya masih bersama dalam kerajaan negeri Selangor yang di dalamnya ada DAP dan Amanah, mari kita cuba fahami di sebalik kata dua Pas kepada PPBM itu.
 
 
 
 
Senario 1 - PPBM memilih untuk bekerjasama hanya dengan PAS, tapi tidak dengan DAP dan Amanah.

Dalam keadaan ini, PPBM atau Pas akan kalah di banyak kerusi campuran yang ditandinginya kerana tidak mendapat sokongan daripada DAP yang disokong antara 80 hingga 90 peratus oleh pengundi Cina.

Di kerusi-kerusi campuran yang terdapat pengundi bukan Melayu di mana PPBM atau Pas bertanding, sokongan kaum itu tidak mungkin diperolehi kerana DAP sudah tentu akan tidak tidak turun berkempen berikutan tiada kerjasama dengan parti itu.

Apabila DAP tidak berkempen dan hanya MCA serta Gerakan yang datang menyantuni pengundi bukan Melayu, mereka tiada pilihan lain selain mengundi calon BN. 

Dengan sokongan mutlak pengundi bukan Melayu, tetapi pengundi Melayu berpecah, akhirnya  yang paling berpotensi untuk menang ialah calon UMNO dan BN.

Di kerusi-kerusi majoriti Melayu pula, kedudukan antara UMNO dengan PPBM atau Pas yang bertanding boleh jadi seimbang keadaannya. 

Bagaimanapun, sebagai parti yang menguasai kerajaan, memiliki banyak wang dan PRU 14 merupakan pertarungan hidup dan mati, UMNO akan melakukan apa saja "do or die" untuk mencapai kemenangan.

Senario 2 - PPBM bekerjasama dengan DAP dan Amanah, tetapi tidak dengan Pas.

Dalam keadaan ini, PPBM akan mempunyai lebih peluang untuk menang di kerusi-kerusi campuran kerana mendapat sokongan yang penuh daripada DAP.

Peluang itu lebih terbuka jika yang berlaku hanya pertandingan satu lawan satu dengan BN. 

Tetapi kemungkinan lebih besar berlaku ialah pertandingan tiga penjuru kerana Pas tetap akan meletakkan calon atas nama blok ketiga sebagai sebahagian misi dakwah kepada bukan Islam. Bertanding sebagai blok ketiga inilah Pas berpegang kepada prinsip perjuangan kononnya.

Dalam konteks bertanding tiga penjuru antara PPBM, UMNO dan Pas di kawasan campuran, ia akan memberi kelebihan kepada PPBM untuk memenanginya.

Bagaimanapun, pertandingan tiga penjuru di kawasan majoriti Melayu akan memberi kesukaran kepada PPBM mahu pun Pas, sebaliknya kelebihan memihak kepada UMNO dan BN.

Di kerusi yang Amanah bertanding pula, disebabkan dendam kesumat yang terbuku dalam dada, meskipun Islam lebih menggalakkan menjadi pemaaf, Pas sudah barang tentu akan meletakkan calonnya bertanding juga.

Akhirnya, senang-lenang UMNO menang.

Kesimpulan mudahnya, berdasarkan telatah Pas dalam soal kerjasama ini mereka bukan sangat mahu menang pilihanraya atau ingin menjadi sebahagian kerajaan baru selepas PRU 14 nanti. 

Dalam hal ini, Pas sedar bahawa PPBM, khususnya melalui pengaruh Tun Mahathir Mohamad adalah ancaman terbasar yang mampu menggugat UMNO
dan kecenderungan memberi syarat-syarat yang berupa kata dua ialah untuk memberi kelebihan kepada UMNO dan BN.

Jika Pas benar-benar ikhlas ingin menumbangkan UMNO dan BN, mereka harus bersikap terbuka untuk saling bekerjasama dengan parti-parti yang mempunyai matlamat yang sama. Njaib, UMNO dan BN adalah punca segala masalah dalam negara.

Dengan meletakkan syarat-syarat sukar, hakikatnya terselindung niat untuk memenangkan atau memberi kelebihan kepada UMNO dan BN, cuma barangkali Pas masih kesipuan untuk berterus-terang.


[KEMASKINI] PAS tawar hati, tetap bertegas tak mahu serah kerusi kepada Amanah

Posted: 08 Dec 2016 06:54 AM PST

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Sikap pemimpin Amanah yang 'membawa lari' kerusi PAS menjadi salah satu punca parti itu tawar hati untuk menjalin kerjasama dan membincangkan mengenai pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, bagaimana mereka boleh menggunakan nama parti sebagai Amanah sedangkan parti itu langsung tidak beretika apabila sanggup menarik ahli PAS untuk menyertai blok pembangkang yang lain. 
 
"Amanah keluar dengan melarikan kerusi sebab itu kami tidak panggil Parti Amanah, kalau Amanah dia tinggalkan kerusi. Ini bawa lari dengan kerusi. Amanah apa ini. Bagi kami bila tarik ahli PAS, ini tidak ada nilai tambah. Yang penting adalah apakah nilai tambah bila kita wujudkan parti.
 
"Amanah tarik ahli PAS, tarik ahli pembangkang kepada pembangkang tidak ada nilai tambah dan akan timbulkan polemik. Bagi kami tidak sedia kerjasama dengan DAP dan Amanah, tidak (sama sekali)," katanya dalam sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat di pejabat Institut Integriti Malaysia hari ini.
 
PAS sebelum ini beberapa kali mempertahankan bahawa parti itu tidak akan memberi muka dengan menyerahkan kerusi tradisi mereka kepada Amanah.
 
Namun Amanah menyifatkan kerusi yang sebelum ini milik PAS menjadi hak kepada mereka selepas parti itu tidak lagi berada dalam Pakatan Harapan (PH) selepas terkuburnya Pakatan Rakyat (PR).
 
Sehingga kini pembangkang masih gagal mencapai kata sepakat dalam soal pembahagian kerusi untuk pilihan raya akan datang.
 
Terdahulu Tuan Ibrahim hadir bersama Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) hadir menyerahkan memorandum berkaitan syor pembiayaan politik oleh Gagasan Sejahtera kepada Pengerusi Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Paul Low Seng Kuan.
 
Malah Tuan Ibrahim tidak menolak tindakan Amanah yang mahu menjalin kerjasama dengan PAS adalah semata-mata mahu menagih kerusi mereka.
 
"Amanah tidak ada kerusi macam mana nak kerjasama dengan parti yang tidak ada kerusi. Saya ingat Amanah ini nak kerjasama sebab mahu kerusi daripada PAS. Kita sudah bertahun mempertahankan kerusi milik kita," jelas Tuan Ibrahim.
 
Amanah terdahulu menyatakan kesediaan untuk membuka pintu kepada mana-mana pihak termasuk Pas sekiranya mahu bekerjasama menumbangkan BN.
 
Timbalan Presidennya, Salahudin Ayub mengumumkan kesediaan itu ketika ditemui pemberita seusai penyerahan memorandum bantahan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) ke Istana Negara, Mac lalu.
 
 

Bekas pengerusi BERSIH pula 'mengadap' Bukit Aman

Posted: 08 Dec 2016 04:37 AM PST

MALAYSIAKINI


Bekas Pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini dipanggil memberi keterangan berkaitan penerimaan dana asing.

Beliau hadir ke ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur kira-kira jam 11.00 pagi tadi.

Ambiga ketika ditemui pemberita selepas berkata beliau turut disiasat bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan berkaitan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Ini susulan BERSIH didakwa menerima dana daripada Open Society Foundations yang dikaitkan dengan jutawan George Soros.

"Rupanya (siasatan) sebagai suspek tak jelas, sama ada sebagai suspek atau saksi," katanya kepada pemberita.

Beliau yang memberi keterangan lebih sejam ditemani peguam N Surendran.

Ambiga, bekas pengerusi Majlis Peguam, menjadi pengerusi BERSIH selama tiga tahun dari November 2010 hingga November 2013.

Sementara itu, Ambiga berkata jika dilihat kepada seksyen 124C, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga perlu disiasat kerana menerima derma dari negara asing.

"Jadi kalau kita lihat seksyen 124C, walaupun kita tidak setuju dengan 124C, derma (RM2.6 bilion) yang dimasukkan dalam akaun perdana menteri itu perlu disiasat sebab mereka telah mengaku derma itu digunakan untuk PRU13.

"Ertinya mereka telah pun menggunakan dana negara asing untuk PRU13. Itu campur tangan asing dalam pilihan raya kita," katanya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa pihaknya disiasat kerana memperjuangkan demokrasi dalam negara ini.

"Saya nak tahu kenapa Perdana menteri tidak disiasat tapi NGO yang hanya memperjuangkan isu-isu demokrasi dan untuk memperkukuhkan institusi-institusi dan mengapa kita yang disiasat," kesalnya.

Beberapa pemimpin NGO dipanggil polis untuk disoal siasat ekoran dakwaan ada pertubuhan tertentu menerima bantuan kewangan dari OSF yang dikaitkan dengan George Soros.

Antara pertubuhan yang disiasat setakat ini ialah BERSIH, Majlis Peguam Malaysia dan Malaysiakini.

Gagasan Sejahtera terus desak akta dana politik disegerakan

Posted: 08 Dec 2016 04:22 AM PST

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Gagasan Sejahtera hari ini mendesak agar kerajaan menyegerakan cadangan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) untuk menggubal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik sekali gus diwartakan.
 
Menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man perkara itu penting bagi mengelakkan berlakunya penularan gejala rasuah di negara ini yang mengundang bahaya kepada politik negara.
 
"Bagi kami dalam Gagasan Sejahtera memang sangat mendesak perlunya disegerakan walaupun ada parti-parti yang bantah tapi kita kena fikir luas sebab bagi kita isu ini bukan hanya dalam konteks ruang yang ada parti pemerintah tapi semua mesti masuk dalam kelompok yang sama. Mesti ada kawalan contohnya dana luar negara, ini bahaya kalau kita benarkan," katanya kepada media hari ini.
 
Katanya lagi, mustahil tiada sebarang agenda daripada pihak luar yang berani menyalurkan dana kewangan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik.
 
"Campur tangan dana asing sangat bahaya di negara kita. Tidak mungkin orang bagi sumbangan dengan tidak ada apa-apa (kemahuan). Bagi kami sangat setuju disegerakan dan parti politik termasuk parti pembangkang pun mesti seruis untuk lihat perkara ini. 
 
"Jangan kerana kita terbelenggu dengan sisten yang korup hari ini lalu kita menolak pandangan yang baik. Kita kena ikhlas dan jujur untuk lihat masa depan negara kita," ujar Tuan Ibrahim lagi.
 
Sebelum ini gabungan pembangkang dalam Pakatan Harapan (PH) menolak cadangan itu kerana berpendapat ketika PRU berlangsung, kerajaan ada mewujudkan panduan yang mensyaratkan calon yang bertanding hanya dibenarkan berbelanja sebanyak RM200,000 ketika berkempen.  
 
Malah mereka turut mendakwa kerajaan mencipta akta sebegini ekoran mahu menyekat sumber kewangan pembangkang yang kebanyakannya diperoleh dengan cara seperti ini.
 
Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dalam pada itu turut berharap agar cadangan itu dibawa ke sesi Dewan Rakyat Mac depan demi membasmi politik wang.
 
"Kita juga kemukakan beberapa cadangan balas mungkin untuk dikaji dan diteliti supaya boleh kita harapkan supaya kertas ini dibawa ke Parlimen pada 27 Mac 2017. Kita bincang dua aspek iaitu tentang basmi politik wang dan kawalan terhadap dana parti-parti politik," jelas Abdul Kadir dalam sidang media sama.
 
Gagasan Sejahtera menerusi Tuan Ibrahim dan Abdul Kadir hari ini membuat lawatan ke Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik di Institut Integriti Malaysia (JKNMPP) sambil menyerahkan memorandum berkaitan syor pembiayaan politik oleh gabungan blok ketiga berkenaan.
 
JKNMPP dalam cadangan itu menggariskan 32 perkara termasuk memperkenalkan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik untuk meningkatkan integriti dan pembiayaan politik.
 
 

Dr M ulas pembatalan undangannya ke istiadat agong

Posted: 08 Dec 2016 04:19 AM PST


Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan menerima surat pembatalan undangan ke istiadat menandatangani sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 13 Disember depan.

Beliau juga mendedahkan telah memberikan komitmen untuk hadir acara itu sebelum surat pembatalannya kelmarin.

"Saya jawab bahawa saya akan hadir kerana saya anggap acara ini sebagai acara nasional yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik," katanya.

Semalam, surat daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja kepada Mahathir yang membatalkan undangan itu tersebar meluas di Internet.

Ia menjelaskan pembatalan itu bagi "mengelak kesipuan (embarrassment)" kerana tiada kerusi untuk Mahathir disediakan pada acara itu.

Menulis di blognya hari ini, Mahathir mendedahkan beliau menerima undangan untuk hadir pada 10 November lalu.

Mengulas reaksi terhadap pembatalan undangan itu pula, Mahathir berkata:

"Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti," katanya.

"Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan Parti BN."

Pegawai Istana Negara yang dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai surat berkenaan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pula tidak dapat memberikan maklumat lanjut kerana pegawai yang bertugas tiada ketika dihubungi lewat petang semalam.


Nik Nazmi mengaku salah tak penuhi syarat notis

Posted: 08 Dec 2016 04:02 AM PST

MALAYSIAKINI


Nik Nazmi Nik Ahmad mengaku bersalah tidak memberi notis pada masanya untuk perhimpunan Black 505 pada 8 Mei 2012.

Exco kerajaan Selangor itu membuat pengakuan itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini di hadapan Datuk Hakim Ghazali Cha.

Nik Nazmi dijatuhi hukuman penjara RM1,500 atau dua tahun penjara.

Berdasarkan fakta kes, Nik Nazmi hanya memberi notis pada pagi 8 Mei 2013 manakala perhimpunan diadakan pada waktu malamnya.

Timbalan pendakwa raya Shaharuddin Wan Ladin berkata polis meminta Nik Nazmi membatalkan
perhimpunan itu kerana mereka tidak sempat membuat persediaan.

Bagaimanapun, kata Shaharuddin, ia tetap berjalan.

Perlis pinda enakmen islamkan kanak-kanak

Posted: 08 Dec 2016 03:48 AM PST

MALAYSIAKINI



Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini meluluskan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006, yang membenarkan hanya seorang daripada ibu bapa mengislamkan anak mereka.

Pindaan dibuat terhadap terhadap versi bahasa Melayu enakmen itu, yang sebelum ini menyebut kanak-kanak bawah 18 tahun boleh memeluk Islam dengan kebenaran "ibu bapa" atau penjaga.

Perkataan "ibu bapa" dalam Seksyen 117(b) ditukar kepada "ibu atau bapa", menurut laporan Sin Chew Daily.

Satu-satunya anggota MCA dalam dewan Khaw Hock Kong (Titi Tinggi) tidak mengundi manakala wakil PKR Chan Ming Khai (Indera Kayangan) mengundi menentangnya.

Kesemua 12 wakil Umno dan seorang wakil PAS mengundi menyokongnya.

Menteri Besar Perlis Datuk Azlan Man berkata pindaan itu dibuat bagi menyamakannya dengan versi bahasa Inggeris yang menggunakan perkataan "parent", dalam bentuk mufrad.

Azlan memetik kes Subashini lawan Saravanan pada 2007 yang memutuskan bahawa Perkara 12(4) dalam Perlembagaan Persekutuan membenarkan kanak-kanak ditukar agama dengan kebenaran seorang ibu atau bapa.

Pindaan hari ini dilihat bertentangan dengan usaha kerajaan persekutuan untuk menamatkan pengislaman anak secara sebelah pihak.

Rang undang-undang berkaitan dijangka dibahaskan dan melalui proses pengundian di sesi parlimen akan datang.

Tiada ulasan: