Isnin, 5 Disember 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Sejarah Rohingya Bermandikan Darah

Posted: 05 Dec 2016 04:09 PM PST



Al-Azharri Siddiq Kamunri


 1. Ramai orang forward dalam group wassap kisah pelarian Rohingya kemudian menekan dan menyalahkan kerajaan Malaysia dan Indonesia kerana kurang membantu dan tidak memberi tekanan kepada Mynmar.

2. Namun, tidak ramai tahu bahawa sejarah penderitaan, kekejaman dan kesengsaraan orang Rohingya bermula beratus-ratus tahun dahulu. Pembunuhan beramai-ramai oleh Raja Arakan ke atas Putera Suja Moghul dan seluruh keluarganya pada tahun 1661. Di sinilah bermulanya trend penghijrahan di rantau Arakan-Chittagong.

3. Kemudian, bapa saudara Suja membalas dendam dan berjaya menawan Chittagong. Wilayah Arakan juga ditawan menyebabkan Arakan kehilangan sumber pendapatan daripada perlanunan dan perhambaan.

4. Peperangan besar di antara pemerintah Mynamar dengan Kerajaan Arakan berlaku sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1044, 1406 dan 1784. Peperangan tahun 1784 paling sadis dimana tentera Mynmar melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk Arakan iaitu Orang Rohingya(Muslim), Chandra (Hindu) dan Orang Rakhine. Semua dimusnahkan termasuk masjid, kuil, perpustakaan di Raja dan tempat-tempat suci mereka.

5. Orang-orang Rohingya dan Rakhine terpaksa lari menyelamatkan diri ke Selatan Chittagong (ketika itu sudah menjadi jajahan Inggeris).

6. Apabila berlaku Perang Burma-British (1824), Burma tewas dan British membawa masuk semula orang-orang Rohingya, Rekhanie dan lain-lain kembali semula ke wilayah Arakan di Mynmar.

7. Pada tahun 1930-1938, penjajah British iktiraf Rohingya sebagai Org India-Muslim.

8. Pada tahun 1942, apabila Jepun menduduki Mynmar sekali lagi orang Rohingya diusir dan orang-orang Mynmar membalas dendam dengan membunuh lebih 100,000 orang Islam Rohingya (dikenali sebagai peristiwa Karbalai Arakan).

9. Pada tahun 1948 Mynmar mencapai kemerdekaan, Aung San cuba menyatupadukan rakyat Burma termasuk orang Rohingya, malangnya Aung San dibunuh.

10. Pada tahun 1960, Mahkamah Agung Burma memberi arahan untuk mengusir orang Rohingya dari wilayah Mynmar kembali semula ke Bangladesh (Chittagong).

11. Pada tahun 1978, United Nation (UN) memberi kad pengenalan NRC kepada orang Rohingya, malangnya pihak berkuasa Mynmar memusnahkan kad-kad itu dan menghalau mereka ke Chittagong semula tanpa kad NRC di tangan mereka. Maka status mereka kembali menjadi kabur.

12. Pada tahun 1982, kerajaan Mynmar membuat keputusan nenek moyang orang Mynmar yang menetap di Mynmar sebelum tahun 1826 adalah orang asing. Maka status orang Rohingya adalah orang asing di negara Mynmar.

13. Pada tahun 1990-92, sebanyak 268,000 orang Rohingya dihantar pulang ke Bangladesh. Mereka menetap semula di wilayah Chittagong Hill yang dikawal tentera Bangladesh.

14. Hari ini, kerajaan Bangladesh tidak lagi mahu menerima Org Rohingya, kerajaan Burma pula mahu mengusir mereka keluar dari Arakan.

Kesimpulan

1. Sejarah penindasan dan pergolakan orang Rohingya berpunca daripada perebutan kuasa dan wilayah kerana isu-isu perebutan kuasa, kaum dan agama. Mereka adalah masyarakat yang tidak ada negara, tidak ada dokumen negara tetapi sejarah membuktikan mereka berasal dari wilayah Bangladesh yang melarikan diri ke Arakan, Burma akibat peperangan.

2. Negara-negara Islam seperti Malaysia dan Indonesia telah melakukan banyak usaha diplomatik, malah Perdana Menteri DS Najib telah membangkitkan isu ini di persidangan ASEAN dahulu.

3. Ianya masih tidak mencukupi, usaha ini perlu dibuat lagi melalui OIC, EU dan UN untuk menekan kerajaan Mynmar dan Bangladesh supaya menerima kehadiran orang Rohingya sama ada di Chittagong Hills atau di Arakan, Burma.

4. Bantuan kemanusiaan dari negara-negara lain termasuk Malaysia boleh digerakkan.

5. Nampaknya, selepas menang besar dan berkuasa, Aung San Suu Kyi mendiamkan diri. Barangkali Suu Kyi tidak mahu mengulangi kejadian yang menimpa ayahnya.

PAU, Rohingya, Umno dan Pas isu-isu menarik

Posted: 05 Dec 2016 03:59 PM PST


 
Oleh Mohd Sayuti Omar


Sekurang-kurang ada dua isu atau peristiwa yang tidak sempat saya sorot dan memberi ulasan disebabkan begitu "lorat" dengan kerja-kerja akhir untuk "mengafankan" manuskrip buku baharu untuk dihantar kepercetakan.

Dua isu atau peristiwa itu, mengenai perhimpunan agung Umno dan terbaharu peritsiwa himpunan solidariti ummah Rohingya yang berlanguung pagi semalam.

Alhamudilah hari ini lega, kerja-kerja menyudahkan buku, editing terakhir serta pemuktamadan memilih cover sudah pun siap Subuh tadi, dijangka buku itu akan menemui pembaca secepatnya pertengahan bulan ini.

Jangan lupa tajuknya ialah "Gelora Piraum 14, Siapa PM Selepas Najib. Buku ini merupakan Jubli Emas, buku ke 50 saya.
Sebahagian daripada Rohingya yang hadir.
Mungkin isu perhimpunan agung Umno tidak perlu disentuh panjang lebar lagi kerana sudah banyak diperkatakan umum. Secara ringkas juga saya telah menulis dalam facebook dan twiter. Begitu juga dengan peristiwa himpunan solidariti Rohingya semalam.

Saya hadir sendiri untuk melihat apa yang berlaku. Pagi-pagi lagi saya sudah bergegas ke Taman Tasik Titiwangsa bersendirian.

Beberapa orang si baju merah.
Saya meninggalkan kesibukan kerana teruja untuk melihat kekuatan ummah Melayu. Saya membayangkan himpunan semalam menjadi himpunan perdana terbesar akhir tahun ini. Orang Melayu akan menggunakan himpunan itu sebagai landasan menunjukkan kekuatan dan iltizam. Saya mengirakan kalau kehadriannya tidak mencecah 100 ribu cukuplah 50 ribu sahaja, separuh dari Berih 5.

Ada sebab kenapa saya membayangkan demikian, antaranya kerana himpunan itu disertai bersama oleh dua pemimpin besar politik, Najib Razak dan Abdul Hadi Awang. Najib PM Malaysia manakala Hadi adalah Timbalan Presiden Ulama seDunia. Saya mengira berlaku kombinasi di antara ahli dan penyokong Umno dan Pas menperdanakan himpunan berkenaan. Sepanjang dalam perjalanan saya membayang Kuala Lumpur dilauti warna merah dan hijau.

Kedua-dua parti berkenaan mengajak ahlinya menghadiri himpunan berkenaan bagi menyatakan sokongan dan simpatis kepada masyarakat Rohingya dalam pada itu mengecam dan mengutuk regim Junta Myanmar yang zalim itu. Zahid Hamidi semasa berucap mengulung perbahasan di PAU menggesa para perwakilkan hadir. Permintaan Zahid itu menyebabkan himpunan itu bukan perkara enteng. Begitu juga dengan Pas telah mengerak seluruh kekuatannya dan poster diviralkan dalam media sosial.

Bagaimana pun ternyata semalam mengecewakan saya. Orang Melayu tidak alert kepada himpunan itu, masih lagi bernafsu nafsi. Masing-masing menjaga kepentingan diri tanpa mahu bersatu untuk memperjuangkan nasib ummah bersama. Himpunan itu gagal dijadikan landasan untuk menzahirkan kesatuan jiwa sebagai ummah Islam. Sentimen politik tampaknya masih membatasi diri.

Sepatutnya semalam, umah Islam (Melayu) tanpa mengira warna dan ideologi politik berkumpul memenuhi taman tasik berkenaan. Terutamanya orang Pas dan Umno serta semua ahli NGO Islam perlu bergabung menunjukkan solidariti dan kekuatan. Kumpulan baju merah dan Perkasa(M) yang lantang menyalak sebelum ini seharusnya mengarusi himpunan itu. Satu gelombang kebangkitan dan kesedaran Melayu patut berlaku selepas mendapat aspirasi daripada Najib yang mengingatkan kerajaan Melayu Islam akan jatuh kalau negara ini terlepas ke tangan Cina (DAP).

Bukankah aspirasi Najib itu sama dengan apa disuara, dimunajti dan dibisikan oleh presiden Pas. Tidakkah Pas sedia meninggalkan Pakatan Rakyat kerana tidak suka dan curigai dengan DAP atau ancaman Kristinisasi. Ertinya aspirasi Pas dengan Umno kini sudah "semakan". Bak kata orang Pas dan Umno sudah bertepok tampar punggung.

Namun hakikat tidak terjadi seperti dibayangkan itu. Ini menjelaskan belum ada persepakatan dan gerakan hati penyokong akar umbi kedua-dua parti itu untuk duduk bersama. Gadingan Najib - Hadi tidak membuka liur orang Melayu untuk meniru persefahaman mereka. Mungkin rakyat belum matang dan tidak ingin mengamalkan politik sejahtera anjuran Pas? Atau mereka terkeliru dengan kematangan itu yang terjadi sebaliknya kelihatan "kebodoh-bodohan?"

Dengan apa yang terjadi semalam apakah boleh dikatakan orang Pas dan Umno yang seharusnya menjadi paksi kekuatan solidariti Melayu itu belum yakin untuk bersama? Alasan atau pun hujah yang disampaikan pemimpin masing-masing tidak memecahkan liur mereka. Atau mereka sebenarnya masih meragui di antara satu sama lain, dan sejarah lama masih mengekang dalam tubuh mereka?
 
Apa yang boleh saya nilai mengapa keadaan itu berlaku mungkin disebabkan kedua pihak masih "berklu klik", tusuk punca. Belum jelas dan tidak mengistyharkan kedudukan mereka. Atau ummah Melayu masih belum faham apa istilah ta'awun dan slogan politik "matang dan sejahtera" itu. Bagi orang Pas mereka masih teringat kepada kesadisan Umno. Lagipun pemimpin mereka masih ada yang menafikan wujud kerjsama. Perbezaan pendapat dan kesimpulan politik berbeza di kalangan pemimpin mengelirukan mereka.

Demikian juga dipihak Umno, ia tidak menyatakan secara jelas akan bentuk kerjsama itu. Walaupun "paip" nafsu Umno sudah terbuka dan menegang untuk bersama Pas, tetapi kerana ia belum jelas, tidak istyahar kepada ahli maka ia mengelirukan.

Sepatutnya Umno tidak perlu menyembuyikan shawatnya. Masa PAU yang lalu seharusnya sudah ada usul membincangkan kerjasama dengan Pas. Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir sudah membayangkan isu perpaduan dengan Pas akan dibincangkan, malangnya sampai ke sudah usul itu tidak kedengaran. Kenapa? Apakah ia ada nasihat daripada Pas ditangguhkan disebabkan hal-hal tertentu atau bagaimana?

Tanpa ada pengistyharan untuk berkerjasama menyebabkan ahli dan penyokong kedua-dua parti itu keliru dan segan untuk datang. Umpama majlis kenduri kahwin yang perkahwinannya diragui, maka tetamu yang berakhlak sangsi untuk hadir. Apa lagi tuan rumah tidak menjemput secara rasmi sekadar memesan kepada orang lain. Nah, begitu juga dengan sikap orang Pas dan Umno dengan majlis di Titiwangsa itu. Mereka keliru dan keadaan itu menyebabkan mereka rasa tidak penting untuk bersama.

Makanya wajar Pas dan Umno tidak terus membungkus maksud hati. Tidak perlu "berkongkalikong" dan hanya bercekeraman menerusi whatsAap atau media sosial sahaja. Seperti saya nyatakan kalau keputusan dan analisa politik yang dibuat menyakinkan mereka, untuk kebaikan bangsa, agama dan negara, apa tunggu-tunggu lagi umumlah segera. Kita perlu telus dan gentlemen. Saya percaya kalau Pas dan Umno mengistyharkan kerjasama mereka, kehadiran dihimpunan semalam Melayu akan lebih ramai daripada masyarakat Rohingya. Majlis itu akan menjadi ruang solidariti Melayu bukan medan solidariti Rohingya.

Saya tinggalkan isu solodariti itu, saya nak ulas sedikit kenyataan dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man. Saya membaca beberapa kali kenyataan beliau seperti mana disiarkan dan cuba mencari siir dan makrifatnya.

Dalam kenyataan itu Tuan Ibrahim menafikan wujud kerjsama politik di antara Pas dengan Umno. Kalau ada yang menganggap Pas sudah bekerjasama dengan Umno ia adalah fitnah. Begitu kata Tuan Ibrahim. Beliau menegaskan dengan menarik sejarah politik Pas dengan Umno yang membuktikan kedua parti itu bersaing. Beliau juga mengemukakan andaian Umno juga Pas tidak akan sedia bahagi kerusi dengan Pas untuk menguatkan hujah yang Umno - Pas tidak akan bekerjasama.

Bagaimana pun alasan diberikan itu bukan mutlak untuk menolak persepsi yang Pas tidak akan berkerjsama dengan Umno. Mengenai kerusi kononnya Umno tidak sedia memberi kerusinya kepada Pas bukan hujah yang qatie. Demi mencapai kemenangan dan mempertahakan kedudukan yang goyah soal kerusi Umno boleh bincangkan. Dalam hal ini bukan sahaja kerusi, bahkan wang pun Umno sanggup hulurkan. Apa lagi soal kerusi itu adalah syarat atau rukun utama dalam sesuatu rangka kerjasama.

Apa juga hendak jelaskan Tuan Ibrahim menerusi kenyataannya itu, himpunan solidariti Rohingya itu adalah himpunan yang dimulakan Pas. Katanya Pas sudah tiga kali mengadakan majlis seumpama itu. Kesediaan Umno hadir itu sebagai menuruti apa yang Pas lakukan. Begitu juga dengan isu RUU 355, Pas yang mempelopori Umno membuntutinya.

Lebih dalam lagi beliau ingin memberi tahu itulah kelebihan yang ada kepada Pas dalam menjadi juara dalam memperjuangkan Islam. Bahawa Pas itu lebih serius dan obses terhadap Islam berbanding Umno. Yang cuba ditonjolkan Tuan Ibrahim Pas sudah menang dalam berseloka politik dengan parti nasionalis itu.

Apabila membaca kenyataan Tuan Ibrahim itu yang dibuat setelah selesai majlis di taman Titiwangsa itu terfikir oleh saya, apakah beliau tidak senang dan bimbang dengan tangkapan umum terhadap kehadirannya bersama pemimpin Pas yang lain duduk bersama Umno. Jika tidak silap, kehadiran Tuan Ibrahim sepentas dengan Najib itu adalah pertama kali. Adapun pertemuan dalam gelap sudah kerap kali?

Kenapa saya berkata demikian, sebab nampak sangat kurang ceria Tuan Ibrahim sepanjang berada atas pentas. Mukanya masam tiada senyum manis seperti selalu. Apakah hatinya diladumi dengan rasa bimbang dan cemas kehadirannya itu seakan mengiktiraf apa yang dikata sebelum ini, Pas akan bergabung dengan Umno? Apakah beliau ke taman tasik Titiwangsa itu dalam keadaan terpaksa kerana takut Najib tidak mengatakannya tidak wala' kepada Tuan Presiden?

Maka untuk mengusaikan tanggapan itu beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan demikian. Saya rasa Tuan Ibrahim tidak perlu pun membuat kenyataan itu yang sifatnya seolah-olah ingin membuang getah nangka yang terlekat ditangan. Apabila kita membelah atau "merukas" pohon nangka sedikit sebanyak getah akan terlecer (lekat) di jari. Jika Tuan Ibrahim benar-benar tidak mahu tangannya terleset getah nangka elok beliau memotong tangannya, atau berada jauh dari pohon nangka.

Selagi dia berada berhampiran pohon nangka kalau pun tangan tidak terkena getah pasti baju dan serban berbau nangka juga.

Kenyataan Tuan Ibrahim itu bagi saya untuk menyapu persoalan dalam kepala sesetengah penyokong yang sudah pun berasakan hubungan Pas dengan Umno sudah intim. Pemukahan keduanya yang ditunjukkan menerusi berbagai-bagai aksi khasnya dipamerkan presiden dan beberapa pemimpin muda lain, menyebabkan penyokong dan ahli berfikir keduanya sudah terlanjur dan jalan penyelesaiannya terbaik ialah ijab kabul sahaja.

Ikhlas bagi saya yang menanti kenduri perkahwinan Pas dengan Umno, seronok dan bahagia kalau kedua parti itu bukan sahaja melakukan resepsi perkahwinan tetapi mengadakan kenduri khusus bagi memaklumkan kepada dunia bahawa mereka sudah sah menjadi suami isteri. Walimatus urus perlu diadakan kerana ia sunat. Jika diadakan pasti majlis itu menjadi pesta perdana bagi umat Melayu di negara ini.

Najib, kenalilah musuh yang sebenarnya

Posted: 05 Dec 2016 06:04 AM PST

ASPAN ALIAS


Sesungguhnya PM Najib sudah sampai waktu untuk berundur. Terlalu banyak masalah yang beliau lakukan terhadap banyak manusia termasuk seluruh rakyat Malaysia. Dalam transaksi yang 1MDB lakukan seluruh dunia banyak orang dan pegawai-pegawai bank yang terlibat dengan kerja kotor 1MDB anjuran Najib telah di buang kerja dan setengahnya sedang menghadapi undang-undang di negara masing-masing

Rakyat sangat susah kehidupan mereka sekarang ini tetapi dalam masa yang sama kita melihat dan mendengar Jho Lo dan sekutunya dari negara Arab sedang berpoya-poya di seluruh dunia dengan hasil yang mereka dapati secara haram dari rakyat kita. Tidak akan berlaku perkara ini jika Najib yang mempunyai seluruh kuasa dan pengaruh dalam 1MDB itu tidak bersekongkol dengan mereka yang merompak dan menyamun khazanah negara kita ini.

Rakyat Malaysia telah dan masih membayar segala tindakan berpoya-poya kumpulan ini dan dalam masa yang sama sedang berhempas pulas menyambung hidup mereka dalam kesusahan. Jho Lo dengan sekutu sekutunya di negara Arab berpoya-poya tetapi yang membayar harga mereka berpoya itu adalah rakyat Malaysia.

Najib perlu berhenti dengan cara baik. Kata orang biar jatuh terduduk dari terhempas. Kita perlu ingat dosa-dosa yang kita lakukan akan berpindah kepada anak-anak dan keturunan kita jika kita tidak sempat bertaubat sebelum mati.

Elok Najib berundur sekarang. Jika berundur sekarang ini setidak-tidaknya pemergiannya akan nampak belakangnya seperti beliau datang dahulu yang kita nampak mukanya. Tinggalkan lah kebaikan buat kali pertamanya dan janganlah biarkan rakyat menderita dalam kesusahan.

Najib perlu insaf diatas segala kemungkaran yang beliau lakukan dan hentikanlah menyalahkan orang lain kerana kesalahan diri sendiri. Jangan menganggap orang yang mengkritik secara terbuka itu musuh yang ketat kerana musuh saudara yang sebenarnya berada disisi saudara sendiri dalam kabinet itu.

Dr Mahathir dan lain-lain itu adalah musuh saudara yang nyata tetapi yang lebih bahaya ialah musuh yang sama-sama dalam kabinet dan kerajaan yang beliau pimpin. Harimau yang mengintai dan menghendap itu lebih merbahaya dari singa yang datang secara berdepan.

Dalam perhimpunan yang sedang berjalan sekarang ini Najib sepatutnya nampak yang beliau sudah tidak dikehendaki lagi. Mereka hanya menunggu waktu untuk menerkam. Usahlah percaya kepada sesiapa yang menunjukkan sokongan yang melampau seperti janjikan sokongan seratus satu peratus dan sebagainya.

Janganlah sudah terantuk baru hendak tengadah. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Umur dah panjang, takkanlah masih tidak faham yang saudara telah ditolak oleh sebahagian besar rakyat termasuk mereka yang menghadiri perhimpunan agong Umno itu.

Hanya setakat mengingatkan saudara sahaja, terpulanglah samada mahu mendengar atau tidak, Tepuk dada tanya selera…



Kerajaan Kelantan tidak pernah anaktirikan Orang Asli, kata MB

Posted: 05 Dec 2016 05:43 AM PST

BERNAMA
 
 
Ahmad YakobAhmad YakobKerajaan negeri Kelantan tidak pernah menganaktirikan masyarakat Orang Asli malah tetap membela nasib mereka, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Menurutnya kerajaan negeri sebelum ini telah mewartakan 973 hektar tanah sebagai rizab untuk Orang Asli serta 19,000 hektar lagi untuk kawasan rayau masyarakat itu di negeri ini.

"Sepatutnya isu ini tidak berbangkit. Komuniti Orang Asli di Kelantan hanyalah berjumlah kira-kira 10,000 orang sahaja dan sepatutnya kawasan itu sudah mencukupi serta tidak perlu dibangkitkan lagi.

"Kerajaan negeri sudah berbincang dengan penghulu-penghulu yang dilantik dan mereka sendiri menyatakan rasa tidak senang hati dengan sekatan laluan balak yang diadakan sebelum ini," katanya kepada media selepas merasmikan Festival Islam di Balai Islam Lundang.

Selasa lepas, 47 Orang Asli yang membuat sekatan di Simpang Petei dan jalan masuk ke Pos Bihai, Gua Musang ditahan polis selepas enggan berganjak dan tidak beredar daripada kawasan sekatan ketika operasi dijalankan Jabatan Perhutanan Kelantan.

Bagaimanapun, mereka yang direman antara dua dan tiga hari itu dibebaskan dengan jaminan polis pada Khamis.

Mengenai penyebaran gambar keadaan banjir yang tidak benar, Ahmad berkata tindakan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh mengundang kerisauan kepada masyarakat.

Beliau turut menasihatkan penduduk di negeri ini agar sentiasa berwaspada bagi mengelak kemalangan yang boleh meragut jiwa terutama sepanjang musim tengkujuh ini.

Arab Saudi batal caj visa haji, umrah

Posted: 05 Dec 2016 05:34 AM PST



Raja Salman Abdulaziz telah mengeluarkan dikri diraja akan membatalkan yuran visa haji dan umrah mulai tahun ini, kata ahli Jawatankuasa Tinggi bagi Haji dan Umrah, Nasir Toruk.

Pembatalan yuran itu dibuat selepas jemaah dari Mesir dan negara Islam lain mendakwa caj tersebut mahal, menurut Alborsa News.

Berikutan pembatalan itu, Arab Saudi akan memberikan dua visa percuma untuk setiap syarikat berlesen yang bekerja di bidang haji dan umrah.

Sementara itu, pihak berkuasa Arab Saudi menggesa warga Mesir untuk melakukan reformasi badan yang mengawal syarikat-syarikat Mesir khusus dalam pelancongan agama.

Bekas ketua Jawatankuasa Pelancongan Agama di Mesir, Basel Al-Sisi berkata, pembatalan caj akan memberi kesan positif kepada sektor pelancongan agama.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pihaknya belum menerima sebarang notis rasmi berhubung keputusan itu, sambil mendakwa apa yang berlaku kini hanya berdasarkan laporan media daripada pihak Saudi. - MalaysiaGazette


Pemuda Umno bidas presiden MCA mahu kerusi 'pinjam'

Posted: 05 Dec 2016 05:29 AM PST

MALAYSIAKINI
 
Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun membidas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang meminta supaya mengembalikan kerusi yang 'dipinjamkan' kepada parti itu.

"Meminta supaya kembalikan kononnya 'kerusi yang dipinjamkan' adalah tidak produktif memandangkan matlamat yang sentiasa perlu ada ialah 'apa yang sentiasa terbaik untuk kemenangan BN'.

"Saya mencadangkan supaya Liow dengan segera memohon untuk menghadap perdana menteri yang juga pengerusi BN untuk kebijaksanaannya dan meminta nasihat," kata Azwan dalam kenyataan medianya semalam.

Selain itu, Azwan turut memberitahu bahawa ia satu perkara yang memalukan apabila parti komponen BN meminta kerusi berbanding memberitahu pengundi tentang bahayanya 'naratif cauvinis DAP'.

Pada Sabtu lalu, Liow berkata, kerusi-kerusi MCA yang diserahkan kepada Umno pada pilihan raya umum lalu haruslah dikembalikan.

Ketika itu MCA meminjamkan tiga kerusi kepada Umno iaitu di kawasan Wangsa Maju, Kuantan dan Gelang Patah.

Tiga kerusi itu kemudiannya jatuh ke tangan pembangkang apabila anggota parlimen PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong dan Fuziah Salleh masing-masing di Wangsa Maju dan Kuantan manakala veteran DAP Lim Kit Siang pula memenangi kerusi Gelang Patang.


Najib sudah rasa BN akan kecundang dalam PRU-14

Posted: 05 Dec 2016 05:26 AM PST

pd2016-ucapan-tan-kok-wai


Oleh Hafiz Zainuddin, foto Ahmad Yusufi


SHAH ALAM: Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai hari ini berkata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mungkin sudah merasakan hayat parti itu sudah tiba ke penghujung dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

"Saya percaya Datuk Seri Najib telah merasakan kekalahan BN dalam PRU ke-14 akan datang.

"Najib main tipu daya dengan kata DAP tolak kedudukan istimewa Melayu dan agama Islam. Ini fitnah jahat! Walhal, perlembagaan DAP jelas mengatakan kita mahu pulihkan Perlembagaan Malaysia kepada kerangka asal!" tegas Ahli Parlimen Cheras itu.

Kok Wai berkata, serangan bertubi-tubi UMNO terhadap DAP dalam Persidangan Agung UMNO itu juga membuktikan BN semakin takut dan tertekan dengan kekuatan Pakatan Harapan.

"Dia takut Pakatan Harapan akan menang. Dia bukan sahaja takut kita bina lebih banyak kemudahan hospital dan sekolah, tetapi dia juga takut kita bina lebih banyak penjara.

"Rakyat tau siapa 'MO1' ('Malaysia Official 1'). Tapi satu yang memang diketahui oleh Najib, iaitu UMNO- BN sudah jadi MR1. apa itu MR1- Musuh Rakyat nombor 1!", katanya.

Memberi amaran kepada Najib supaya "jangan main-main", beliau berkata DAP tidakkan sesekali bimbang atau gentar dengan politik sempit dan segala propaganda jahat UMNO dan BN. 

"DAP beri amaran kepada Presiden UMNO jangan main-main. Jangan memangsakan DAP untuk mencapai matlamat politik yang sempit, biadap dan kejam.

"DAP telah dizalimi BN sejak ditubuhkan 50 tahun lalu. DAP tak bimbang kerana kita tau rakyat takkan diperbodohkan lagi oleh BN," tegasnya.

Kok Wai juga menegaskan bahawa DAP jujur memperjuangkan hak Sabah dan Sarawak yang telah lama dicabuli BN.

"DAP berjuang atas semangat Malaysia untuk rakyat malaysia. Malaysia juga milik Sabah dan Sarawak. DAP takkan berganjak memperjuang hak saudara-saudari kita di Sabah dan Sarawak. 

"Luka mereka adalah luka kita semua!" tegasnya lagi. -Roketkini.com


KALAU UMNO KALAH, TIADA APA2 YANG BERUBAH, KECUALI NAJIB YANG GELABAH

Posted: 05 Dec 2016 04:08 AM PST

shahbudindotcom


Momokan Najib Razak tentang DAP akan menguasai kerajaan semakin disedari bahawa ia semata-mata untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu agar terus mengekalkan kuasa UMNO yang selanjutnya memastikan beliau kekal lagi sebagai Perdana Menteri.

Hakikatnya, Najib sedar penolakan rakyat semakin membuak-buak dan mereka hanya menunggu masa saja untuk merealisasikannya di peti-peti undi.

Untuk itu, beliau terpaksa bermain dengan sentimen perkauman yang melampau dengan harapan pengundi Melayu akan takut tentang ancaman kepada masa depan mereka.

Bagi yang celik hati dan akalnya, mereka dengan mudah menolak momokan Najib itu kerana DAP hanya bertanding 51 kerusi Parlimen saja dan lawan mereka dalam pilihanraya pula adalah MCA, MIC atau Gerakan yang juga merupakan parti bukan Melayu.
 
 
 
 
Selain di mana logiknya 51 kerusi mampu menguasai 222 kerusi, tentulah lebih tidak masuk akal jika orang Melayu harus berasa bimbang tentang siapa kalah atau menang di kerusi-kerusi tersebut.

DAP tidak bertanding di kawasan Melayu seperti Pekan, Bagan Datoh, Pagoh dan sebagainya. Di kerusi-kerusi Melayu di mana UMNO bertanding, lawannya tetap Melayu juga sama ada daripada PPBM, PKR, Amanah atau Pas.

Jadi, tiada jalan untuk DAP mengambil hak orang-orang Melayu. Di mana calon Melayu UMNO yang kalah, pemenangnya tetap Melayu juga.

Maka, sesuai dengan kedudukan Melayu sebagai bangsa majoriti, bukan saja Melayu akan terus menguasai kerajaan jika UMNO dan BN dapat dikalahkan, malah calon Perdana Menteri juga tetap Melayu.

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin telah mendapatkan perakuan hasil pertemuannya dengan DAP bahawa parti itu bersetuju calon Perdana Menteri Pakatan Harapan kiranya memenangi pilihnaraya adalah Melayu dan bukan daripada DAP.

Justeru, tambah Muhyiddin, tiada sebab untuk orang Melayu berasa bimbang atau terancam jika UMNO kalah dalam pilihanraya akan datang.

Lim Guan Eng turut mengesahkan bahawa DAP tidak pernah meminta seorang Cina untuk menjadi Perdana Menteri dan tidak juga berhasrat untuk menguasai kerajaan.

Kami tidak akan menguasai kerajaan jika BN dapat dikalahkan, tetapi akan menjadi rakan kongsi yang adil dan bertanggungjawab, jelas Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pendirian DAP itu tentunya atas kesedaran sebenar tentang negara ini dan komposisi kaum yang meletakkan Melayu sebagai majoriti.

Yang tersingkir jika UMNO kalah hanyalah Najib dan barisan kabinetnya saja. Yang lain-lain semuanya akan kekal seperti biasa.

Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewa orang-orang Melayu akan kekal sebagaimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan.
 
 
 
 
Kedudukan Raja-Raja Melayu juga kekal di takhta yang sama dengan penggiliran Yang Dipertuan Agong setiap lima tahun tidak berubah seperti sedia ada.

Masjid Negara, Masjid Putrajaya dan seluruh masjid di negeri-negeri akan turut kekal dengan laungan azan sebagaimana biasa.

Jawatan Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri dan lain-lain jawatan utama, semuanya akan kekal sama.

Malah, jika mahu dihitung satu persatu, semua yang ada sekarang bukan saja akan terus ada, ia mungkin juga ditambah baik lagi oleh kerajaan baru nanti.

Sekali lagi, yang ingin ditukar dan dibuang setelah UMNO dikalahkan hanyalah Najib sebagai Perdana Menteri yang sebab-sebabnya sudah pun difahami oleh kita semua serta barisan kabinet yang majoritinya jelas tidak berguna, jauh sekali untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat dan negara.

Yang mahu diganti ialah Perdana Menteri yang tidak baik kepada Perdana Menteri Melayu lain yang lebih baik. Tidak mungkin penggantinya nanti begitu mudah mahu melakukan sesuatu yang tidak baik dan melampau kerana sedar kuasa rakyat lebih mudah menurunkannya selepas itu.

Maka, orang Melayu jangan takut apa-apa dengan kalahnya UMNO dalam pilihanraya, bahkan seharusnya menjadi lebih gembira.

Biarkan saja Najib dengan gelabahnya, lagi pun dalam akaun banknya sudah ada wang ribu-ribu juta banyaknya.


Kastam sasar kutipan GST tahun ini RM38 bilion

Posted: 05 Dec 2016 03:58 AM PST

MALAYSIAKINI

 

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan jumlah kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mencecah RM38 bilion pada tahun ini, kata Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad.

"Sehingga November, kira-kira RM37 bilion telah berjaya dikutip dan sasaran kutipan RM38 bilion pada tahun ini dijangka akan dicapai memandangkan perlaksanaan sistem GST kini dilihat semakin stabil dan ia dijangka stabil sepenuhnya dalam jangka masa lebih kurang tiga ke empat tahun akan datang.

"Dari segi pematuhan perlaksanaan GST di negara ini, kita telah mencapai tahap 97 peratus penyampaian borang kutipan GST oleh peniaga dan ia jelas

menunjukkan wujud kesedaran dalam kalangan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Seminar Kolaborasi Agensi Penguatkuasaan di Melaka, hari ini yang dirasmikan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.

Beliau juga berkata Kastam mengunjurkan peningkatan antara 10 hingga 13 peratus jumlah kutipan GST pada 2017.

Beliau berkata JKDM akan memberi fokus terhadap isu pematuhan penyampaian penyata GST dalam aspek kualiti sebagai salah satu langkah penambahbaikan sistem percukaian itu pada tahun hadapan dan bagi memastikan sasaran kutipan GST berkenaan dapat dicapai.

Seminar bertemakan 'Memacu Keberhasilan Perkhidmatan Awam melalui Kecemerlangan Kepimpinan,
Pemodenan Organisasi dan Kerjasama antara Agensi Pelaksana' itu merupakan platform bagi pelbagai agensi penguatkuasa mengenal pasti ruang serta peluang mentransformasikan kerjasama di bawah NBOS kepada kerjasama multilateral secara holistik.

Dalam perkembangan lain, Khazali berkata negara dijangka akan kehilangan antara RM1 bilion hingga RM1.3 bilion setahun disebabkan ketirisan kutipan cukai

rokok, minuman keras dan kenderaaan di pulau bebas cukai di negara ini termasuk di Pulau Langkawi di Kedah, Pulau Tioman di Pahang dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau berkata namun ia dijangka dapat diatasi melalui penstrukturan semula jualan bagi rokok dan minuman keras serta kawalan ke atas pengecualian cukai

kenderaan yang dibawa masuk di tiga pulau berkenaan bermula 1 November lepas.

"Penduduk dan pelancong tempatan serta pelancong luar negeri masih boleh menikmati bebas cukai untuk ketiga-tiga barang ini tetapi cara kita mengendalikan kita ubah supaya kita benar-benar tahu berapa banyak sebenarnya pembelian rokok dan minuman keras di pulau ini," katanya.

Zunar jawab Khalid dengan lukisan Donald Duck dan Mickey Mause

Posted: 05 Dec 2016 03:54 AM PST

MALAYSIA DATELINE
 
 
Karikatur terkinia Zunar bagi membalas cabaran Khalid yang disiarkan di facebook dan twitternya hari ini.Karikatur terkinia Zunar bagi membalas cabaran Khalid yang disiarkan di facebook dan twitternya hari ini.

Tiga hari lalu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan kartunis politik Zunar menghasilkan karya-karya yang baik jika mahu mempamerkannya.

Secara berseloroh, Khalid berkata Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque boleh melukis kartun-kartun seperti "Mc Donalds dan Donald Duck".

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada Zunar dibenarkan mempamerkan kartun-kartun kepada awam.

Hari ini Zunar di facebooknya memaparkan ide Khalid itu menerusi karikatur Donald Duck dan Mickey Mause.

Kali ini Mickey Mouse itu disebut sebagai "Mickey Mah"

"Saya sedang duduk di meja lukisan saya Jumaat lalu, menggaru kepala saya untuk idea-idea, dan seseorang mencadangkan saya melukis Donald Duck," Zunar memberitahu Malaysiakini seperti dipetik, apabila ditany inspirasi di sebalik karya seni terbarunya itu.

Di FMT Zunar juga memberikan komennya menasihatkan Khalid jangan mengulas mengenai kartun politik, jika tidak tahu atau memahami seni itu.

Beliau berkata, Khalid sepatutnya belajar mengenai kartun sebelum layak menasihatkan kartunis dan beliau sedia mengadakan kelas kartun untuk mengajarnya.

"Saya harap IGP (ketua polis negara) belajarlah sikit, saya nasihatkan dia belajar sikit-sikit pasal kartun, barulah dia faham kartun, barulah dia boleh menasihatkan kartunis.

"Saya boleh ajar IGP lukis kartun, memahami kartun. Saya juga boleh buat kelas kartun kalau dia sedia," katanya kepada FMT hari ini.

Zunar berkata, tanggungjawab kartunis politik di dunia, termasuk Malaysia ialah mengkritik kerajaan yang memerintah secara zalim dan mengamalkan rasuah seperti dipetik.

Karikatur Zunar kali ini mengundang komentar di facebooknya ada yang menyokong dan ada yang menentang.

Kassim Muhammad berkata: Mereka masih fikir penjarakan roh, semangat dan kreativiti? Dasar otak tersumbat dedak!

Manakala Ann Shaah Ariffin pula berkata: Dah disuruh lukis Donald Duck... jangan pula nak tangkap2 lepas ni.

Tak kurang juga yang memuji mengatakan lukisan dan mesej Donald Duck Zunar itu sesuatu yang "Fantastic".

Pas tidak perlukan PPBM sebagai pembangkang

Posted: 05 Dec 2016 03:47 AM PST

MALAYSIA DATELINE
 
 
Khairuddin Aman Razali Khairuddin Aman Razali


Pas tidak memerlukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bekerjasama sebaliknya akan terus menerajui Gagasan Sejahtera sebagai satu lagi blok politik pembangkang, tegas Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

Beliau berkata, dalam masa yang sama Pas boleh bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam isu-isu melibatkan kebajikan rakyat dan kepentingan umat Islam.

"Menerusi Gagasan Sejahtera, Pas membawa politik matang dan sejahtera yang mengkritik dasar-dasar kerajaan dan memberikan cadangan penyelesaian," tegas Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mahathir semalam bahawa parti itu tidak akan menunggu Pas lebih lama untuk bersama-sama dalam Pakatan Harapan bagi menewaskan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, tarikh akhir akan diberikan kepada Pas untuk membua keputusan sama ada mahu bersama Pakatan Harapan atau tidak.

Mengulas lanjut, Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus menasihati Mahatihir agar terus bersama Pakatan Harapan dan belajar menjadi pembangkang yang tegar.

"Dr Mahathir baru sahaja belajar menjadi pembangkang. Beliau boleh belajar menjadi pembangkang tegar seperti Pakatan Harapan yang membangkang apa sahaja dan bermain politik kepartian sepanjang masa," katanya.

Mahkamah tolak rayuan Anwar teruskan tuduhan qazaf

Posted: 05 Dec 2016 03:10 AM PST

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Syariah di sini, hari ini menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskan tuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
 
Panel tiga hakim syarie dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr. Md. Yusup Che Teh turut mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah pada 14 April 2010 yang mengetepikan permohonan Anwar supaya pihak pendakwa syarie memulakan prosiding pertuduhan qazaf Mohd. Saiful. 
 
Hakim Md. Yusup yang bersidang bersama Hakim Datuk Yusof Musa dan Mohd. Amran Zin sebulat suara memutuskan demikian selepas bekas ketua pembangkang itu gagal mengemukakan bukti untuk memulakan tindakan qazaf terhadap Mohd. Saiful. 
 
Mahkamah turut memutuskan Ketua Pendakwa Syarie mempunyai kuasa eksekutif untuk memulakan atau tidak suatu kes pendakwaan. 
 
Terdahulu pada Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menolak permohonan qazaf Anwar terhadap peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah selepas memutuskan bahawa ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan yang berkaitan dengan liwat.
 
Ini kerana negeri Selangor tidak menganggap liwat satu kesalahan sama dengan zina.
 
Pada 23 April 2010, Anwar memfailkan notis rayuan dan semakan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah pada 14 April 2010, yang menolak permohonannya bagi memulakan prosiding pertuduhan kes qazaf terhadap Mohd Saiful.
 
Dalam permohonan itu, beliau menamakan Shamsuddin, bekas Pengarah Jabatan Agama Islam (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai responden.
 
Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
 
 

Pemandu Grabcar tunjuk kemaluan pada penumpang mengaku tidak bersalah

Posted: 05 Dec 2016 03:08 AM PST

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu perkhidmatan GrabCar yang menunjukkan kemaluan kepada seorang penumpang wanita awal November lalu didakwa di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya, hari ini.
 
M. Vijayakumar, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Hassan.
 
Dia yang merupakan seorang jurutera didakwa telah mengganggu kesantunan dengan cara menunjukkan kemaluan kepada penumpang wanita berumur 20 tahun itu di dalam sebuah kereta jenis Nissan di Lebuhraya New Klang Valley Expressway (NKVE), Kota Damansara, di sini pada 12 tengah hari, 5 November lalu.
 
Perbuatannya itu tersiar viral di laman sosial.
 
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
 
Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie menawarkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin manakala M. Vijayakumar yang diwakili peguam Mohd Shazwan Mohd Hassan memohon mahkamah mengenakan jaminan yang minimum.
 
Salamiah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu sekiranya terdapat laporan polis mengenai salah laku kesantunan terhadap tertuduh sepanjang kes, jaminan terhadapnya akan dibatalkan serta merta.
 
Mahkamah menetapkan 13 Jan depan untuk sebutan semula kes.
 
 

PPBM bincang keputusan sertai PH 13 Disember, kata Muhyiddin

Posted: 05 Dec 2016 03:05 AM PST

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan mengadakan mesyuarat pada 13 Disember ini bagi membincangkan keputusan untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) atau tidak.
 
Menurut Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, mesyuarat tersebut akan dilakukan Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, namun tidak menyatakan masa serta lokasi perjumpaan tersebut.
 
"Kita belum tentukan lagi (menyertai Pakatan Harapan). Kita akan mesyuarat pada 13 Disember, minggu depan," katanya ringkas dipetik Astro Awani hari ini.
 
Semalam, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan keputusan tersebut perlu dibuat dalam mesyuarat serta mendapat persetujuan ahli kepimpinan yang lain.
 
"Kita akan buat keputusan dalam masa terdekat... saya perlu dapatkan persetujuan semua dan berbincang dengan rakan-rakan kerja saya," ujarnya di Persidangan Kebangsaan DAP semalam.
 
Malah, pihaknya juga tidak akan menunggu PAS lebih lama kerana partinya benar-benar mahu mengumpulkan semua pihak yang menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bawah satu payung.
 
Bagaimanapun, jika ia mengambil masa terlalu lama, pihak pembangkang juga perlu bergerak dengan rancangan mengalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
 
 

PPBM tak perlu tunggu PAS, kata Zuhdi

Posted: 05 Dec 2016 03:04 AM PST

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak perlu menunggu PAS dalam meneruskan hasratnya untuk menjatuhkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.
 
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki ketika dihubungi Antarapos hari ini berkata, perkara itu berikutan pendirian partinya yang masih kekal untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana pihak yang bersama dengan DAP dan Amanah.
 
"Dia (Mahathir) tak perlu tunggu PAS sebenarnya sebab kita sudah memang putus hubungan langsung dengan DAP dan Amanah.
 
"Jadi untuk duduk sekali memang kita takkan boleh jadi pun. Sebab kita dah putuskan benda tu," katanya.
 
Pada masa sama, Zuhdi turut menempelak tuduhan yang dibuat oleh bekas Presiden Umno itu bahawa partinya mempunyai agenda tersembunyi untuk memberi kemenangan kepada Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
"Cuma tuduhan dia kita ada hubungan dengan Umno tu, terpulang pada dialah. Sebab kita sudah nyatakan lama sebelum ini bahawa PAS tidak bersama dengan Umno dan Pakatan Harapan.
 
"Kita akan duduk dalam blok lain. Kita ada blok yang ketiga. Kita bukan pembangkang yang tegar, dan kita bukan juga kerajaan yang tegar, kerajaan yang tak dengar cakap orang," tegas beliau.
 
Semalam, Tun Mahathir mengugut akan meninggalkan PAS sekiranya parti dari blok ketiga itu tidak memberikan komitmen untuk menentang BN pada PRU yang dijangka diadakan pada tahun depan.
 
Katanya, PPBM dan parti pembangkang yang lain tidak boleh menunggu lebih lama lagi dan bersedia untuk pertandingan tiga atau empat penjuru.
 
Dalam ucapannya pada sidang media di Konvensyen DAP semalam, Tun Mahathir turut melempar tuduhan kepada PAS bahawa mempunyai hubungan politik dengan Umno-BN.
 
 

Bekas peguam sultan Johor mahu pindah kes ke KL

Posted: 05 Dec 2016 02:48 AM PST


Peguam Kamal Hisham Jaafar, yang berdepan beberapa pendakwaan pecah amanah dan pertuduhan bawah Akta Syarikat 1965 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, cuba memindahkan kes jenayah itu ke Kuala Lumpur.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh 29 Disember depan untuk mendengar permohonan itu.
Ia diputuskan selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Abdul Karim Abdul Rahman.
Peguamnya Mohd Khairul Azam Abdul memberitahu Malaysiakini perkembangan itu setelah dihubungi hari ini.

"Kamal Hisham akan diwakili oleh pasukan empat peguam melibatkan Abdul Aziz Abdul Rahman, Shahruddin Ali, Syed Azimal Syed Abu Bakar dan saya," katanya.

Khairul Azam berkata mereka juga akan memohon penangguhan untuk prosiding di Johor Bharu sementara menunggu keputusan terhadap permohonan di Kuala Lumpur.

Permohonan itu dibuat bagi memastikan Kamal Hisham mendapat pendengaran yang adil.

Kamal Hisham, yang mempunyai kaitan dengan Sultan Johor sebelum ini, mendakwa tidak dapat tinggal di negara ini kerana bimbang keselamatan dirinya daripada baginda.

Dia meninggalkan Malaysia pada April 2011 dan tinggal di Dubai.

Dia ditangkap ketika mendarat di Singapura tahun lalu dan kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa di Malaysia.

Kamal sedang dipenjarakan sementara menunggu perbicaraan kesnya.

Wira PERKASA rela berkhemah dengan Orang Asli Hari ini, 3:24 petang Hari ini, 4:22 petang Sebagai langkah membela nasib malang yang membelenggu Orang Asli di Hutan Simpan Balah di Kelantan, Wira PERKASA Malaysia menyatakan kesanggupan mereka untuk berkhemah bersama kaum minoriti itu. Janji itu dinyatakan Naib Ketua Wira PERKASA Malaysia, Mohamad Shahiran Safwan Che Mohd Asemari dalam kenyataanya hari ini. Katanya kesediaan itu dibuat selepas mereka melihat pendirian kerajaan Kelantan yang didakwanya terus menerus menafikan hak kaum Orang Asli di negeri itu. Mohamad Shahiran turut menggesa kerajaan Kelantan menghentikan menuduh bahawa bantahan Orang Asli itu berpunca daripada hasutan pihak luar. “Dekatilah mereka dan selamilah rasa sayang dan cinta mereka terhadap hutan yang menjadi tempat tinggal mereka turun temurun. Pilihlah, nak lindungi orang asli atau tauke balak? “Sekiranya mereka terus dibuli dan dihalang, kami sanggup berkhemah bersama kumpulan itu sehingga tuntutan mereka didengar oleh kerajaan Kelantan,” katanya. Sebelum ini, beberapa Orang Asli bertindak mempertahankan kawasan Hutan Simpan Balah di Gua Musang dengan mendirikan sekatan. Bagaimanapun sebahagian daripada mereka ditahan dan direman. Shahiran berkata pihaknya juga sanggup menyediakan khidmat peguam untuk Orang Asli terbabit jika nasib mereka terus tidak terbela. “Wira PERKASA mendesak kerajaan negeri Kelantan tidak lagi mengeluarkan lesen untuk kegiatan pembalakan di kawasan tanah adat Orang Asli,” katanya. Beliau berkata kerajaan Kelantan seharusnya bersimpati pada nasib yang menimpa Orang Asli, bukannya hanya kepada etnik Rohingya yang ditindas pihak berkuasa Myanmar. “Jika kerajaan Kelantan fikir mereka ada hak mutlak untuk memberi lesen pembalakan, Orang Asli pula ada hak terhadap tanah adat mereka. Ingat, Orang Asli juga diiktiraf dan dilindungi di bawah Perlembagaan Malaysia melalui Artikel 8(5)(c),” katanya. Difahamkan lebih 80 peratus aktiviti pembalakan dilakukan berhampiran petempatan Orang Asli. Jaringan Orang Asal Semalaysia (JOAS) sebelum ini mendakwa pembalakan skala besar di kawasan terbabit memberi kesan kepada kira-kira 13,000 orang dan melibatkan 17 pos Orang Asli. Bukan itu saja, masyarakat Orang Asli di Kelantan turut mengancam untuk menolak kerajaan PAS dan Barisan Nasional jika hak mereka untuk mendapatkan tanah adat dan kawasan penempatan gagal diselesaikan.

Posted: 05 Dec 2016 02:45 AM PST

MALAYSIAKINI
 
Sebagai langkah membela nasib malang yang membelenggu Orang Asli di Hutan Simpan Balah di Kelantan, Wira PERKASA Malaysia menyatakan kesanggupan mereka untuk berkhemah bersama kaum minoriti itu.

Janji itu dinyatakan Naib Ketua Wira PERKASA Malaysia, Mohamad Shahiran Safwan Che Mohd Asemari dalam kenyataanya hari ini.

Katanya kesediaan itu dibuat selepas mereka melihat pendirian kerajaan Kelantan yang didakwanya terus menerus menafikan hak kaum Orang Asli di negeri itu.

Mohamad Shahiran turut menggesa kerajaan Kelantan menghentikan menuduh bahawa bantahan Orang Asli itu berpunca daripada hasutan pihak luar.

"Dekatilah mereka dan selamilah rasa sayang dan cinta mereka terhadap hutan yang menjadi tempat tinggal mereka turun temurun. Pilihlah, nak lindungi orang asli atau tauke balak?

"Sekiranya mereka terus dibuli dan dihalang, kami sanggup berkhemah bersama kumpulan itu sehingga tuntutan mereka didengar oleh kerajaan Kelantan," katanya.

Sebelum ini, beberapa Orang Asli bertindak mempertahankan kawasan Hutan Simpan Balah di Gua Musang dengan mendirikan sekatan.

Bagaimanapun sebahagian daripada mereka ditahan dan direman.

Shahiran berkata pihaknya juga sanggup menyediakan khidmat peguam untuk Orang Asli terbabit jika nasib mereka terus tidak terbela.

"Wira PERKASA mendesak kerajaan negeri Kelantan tidak lagi mengeluarkan lesen untuk kegiatan pembalakan di kawasan tanah adat Orang Asli," katanya.

Beliau berkata kerajaan Kelantan seharusnya bersimpati pada nasib yang menimpa Orang Asli, bukannya hanya kepada etnik Rohingya yang ditindas pihak berkuasa Myanmar.

"Jika kerajaan Kelantan fikir mereka ada hak mutlak untuk memberi lesen pembalakan, Orang Asli pula ada hak terhadap tanah adat mereka. Ingat, Orang Asli juga diiktiraf dan dilindungi di bawah Perlembagaan Malaysia melalui Artikel 8(5)(c)," katanya.

Difahamkan lebih 80 peratus aktiviti pembalakan dilakukan berhampiran petempatan Orang Asli.

Jaringan Orang Asal Semalaysia (JOAS) sebelum ini mendakwa pembalakan skala besar di kawasan terbabit memberi kesan kepada kira-kira 13,000 orang dan melibatkan 17 pos Orang Asli.

Bukan itu saja, masyarakat Orang Asli di Kelantan turut mengancam untuk menolak kerajaan PAS dan Barisan Nasional jika hak mereka untuk mendapatkan tanah adat dan kawasan penempatan gagal diselesaikan.


Apa salah Hadi hadir Himpunan Solidariti Rohingya?, soal PAS

Posted: 05 Dec 2016 02:41 AM PST

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Naib Presiden PAS Idris Ahmad menempelak tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila hadir sepentas dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Himpunan Solidariti Rohingya untuk Ummah yang diadakan semalam.
 
Tegasnya, ucapan yang disampaikan Hadi sewaktu himpunan berkenaan tidak langsung meminta rakyat menyokong Umno atau menentang syariat Islam.
 
Justeru beliau mempersoalkan, di mana kesalahan Hadi dan PAS sehingga parti itu teruk dikecam para pemimpin pembangkang.
 
"Persoalanya dekat mana yang salah TGHH?. Adakah TGHH minta projek dalam ucapannya?. Adakah TGHH baca ayat Quran tidak betul. Adakah TGHH berucap menyebut fakta tidak betul?. Adakah TGHH terkeluar tajuk? Adakah salah untuk bekerjasama isu kemanusiaan? Adakah ia salah dari segi agama?. 
 
"Adakah salah TGHH menggunakan platform himpunan ini membaca ayat quran di hadapan pemimpin Umno BN sebagai usaha untuk menerangkan Islam. Adakah TGHH minta supaya bangkit menentang syariat Allah. Adakah TGHH minta supaya hadirin semua sokong Umno,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Hadi semalam sepentas dengan Najib dalam melahirkan solidariti terhadap warga Rohingya.
 
Najib dalam ucapannya menyatakan Malaysia selaku sebuah negara Islam tidak boleh berdiam diri terhadap segala bentuk kekejaman yang dilakukan Myanmar terhadap rakyatnya.
 
Malah Hadi dalam ucapannya meminta Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) agar bertindak terhadap Myanmar yang melakukan pembersihan entik itu kini.
 
Katanya lagi, PAS juga tidak akan terkesan dengan pelbagai gelaran yang dilontarkan kerana disebabkan rasa tanggungjawab membela etnik Rohingya di negara itu biarpun dilihat bersekongkol dengan Umno BN dalam hal ini.
 
"Apa masalahnya Datuk Seri Abdul Hadi hadir himpunan solidariti untuk Rohingya pada hari ini (semalam). Ada (pihak) yang kata munafik kepada PAS. Macam-macam lagi gelaran yang digelar. 
 
"Kamu boleh gelarlah macam-macam gelaran sementara kamu boleh tulis dan kata. Tulis jangan tak tulis. Kata jangan tak kata. Spin jangan tak spin," katanya lagi.
 
Kehadiran Najib dan Hadi mendapat reaksi negatif pemimpin pembangkang antaranya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mempersoalkan mengapa Najib sanggup sertai himpunan anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, namun enggan membahaskannya di Parlimen. 
 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pula, menekan Najib agar memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar, dan bukannya sekadar menyertai himpunan.
 
Malah bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad turut mempersoalkan kehadiran Najib bagi membantah kekejaman Myanmar ke atas etnik Rohingya.
 
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata Najib seharusnya mengambil pendekatan 'kerajaan kepada kerajaan' dan bukannya 'rakyat kepada kerajaan'.
 
 

Tun M hadir konvensyen DAP untuk politik peribadi - Tunku Aziz

Posted: 05 Dec 2016 02:38 AM PST

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden DAP Tunku Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup mengadai maruahnya demi kepentingan politik peribadi dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
 
Sehubungan itu, beliau tidak terkejut dengan kehadiran bekas perdana menteri itu di Konvensyen DAP, semalam.  
 
"Saya tidak terkejut jika beliau hadir (semalam) tanpa diundang. Malah pendiriannya untuk bekerjasama dengan DAP, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan lain-lain yang pernah dimusuhinya sebelum ini. 
 
"Ini menunjukkan individu ini seorang yang oportunis, 'politically bankrupt' dan jaja maruahnya untuk mendapat kelebihan peribadi dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir," ujarnya kepada Antarapos, hari ini.
 
Mahathir, pada semalam hadir 'mengejut' ke Konvensyen DAP meskipun tiada jemputan diberikan kepadanya sebelum ini, atas alasan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan sebahagian komponen dalam Pakatan Harapan (PH).
 
Bagaimanapun Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke mendakwa partinya membuat 'jemputan khas' kepada Mahathir pada saat-saat akhir.
 
Mengulas kerjasama Mahathir dan DAP yang semakin erat sejak kebelakangan ini, Tunku Aziz menyifatkan bekas perdana menteri itu seolah-olah lupa dengan jasa parti lamanya yang pernah memberikan peluang yang terbaik selama 22 tahun.
 
"Kit Siang dan Mahathir 'layak' antara satu sama lain. Mereka mungkin fikir penyatuan itu direstui tetapi sebenarnya akan membawa bencana kepada mereka.
 
"Sesiapa yang mempercayai Mahathir selepas semua ini, perlu berfikir semula. Mahathir sudah pun tonjolkan warna dirinya yang sebenar," demikian menurutnya.
 
Selepas mencemuh DAP sebagai rasis dan pengamal politik perkauman, Mahathir kini 'beralih arah' dengan memuji parti pimpinan anak-beranak itu sebagai parti pelbagai bangsa.
 
 

Kren tumbang di Bandar Damansara Perdana

Posted: 05 Dec 2016 02:36 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Satu unit jentera kren tumbang di tapak pembinaan dekat Bandar Damansara Perdana hari ini.
 
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul mengesahkan insiden itu dengan berkata kejadian tersebut berlaku di sebuah tapak pembinaan di hadapan bangunan LHDN dekat Empire Bandar Damansara Perdana.
 
Jelas beliau, jabatan itu menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2 petang.
 
"Lima anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian. Tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu," katanya.
 
Terdahulu, sekeping gambar kren tumbang di sebuah tapak pembinaan di Damansara dimuat naik di laman media sosial oleh pengguna jalan raya.
 
"Saya sedang memandu dekat PJ Trade Centre. Insiden berlaku di seberang Trade Centre. Saya percaya ia projek pembinaan baharu," katanya ketika dihubungi.
 
 

Tiada ulasan: