Isnin, 19 Disember 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Hina Sultan: Surau mahu polis siasat Wan Ji

Posted: 19 Dec 2016 07:07 AM PST

 
Penceramah bebas itu didakwa menghina institusi diraja dan kesultanan negara menerusi ceramahnya

 

wan-ji


BUKIT MERTAJAM: Jawatankuasa Surau Mohd Al-Fateh di Taman Pauh Jaya di sini hari ini membuat laporan polis terhadap seorang penceramah bebas yang didakwa menghina institusi diraja dan kesultanan negara menerusi ceramahnya.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah.

Ketua Biro Dakwah dan Penerangan Surau, Jamsari Samad berkata pihaknya mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap penceramah itu kerana tindakannya juga dilihat seperti menghasut orang ramai agar membenci institusi berkenaan.

"Kebelakangan ini banyak pihak tertentu yang mula mengkritik sistem kesultanan di negara ini dengan memuat naik dalam laman sosial.

"Perkara itu kalau tidak dibendung boleh mendatangkan suasana tidak baik," kata Jamsari kepada pemberita.

DAIM TIDAK LAGI DIAM UNTUK TURUT MELEMAHKAN NAJIB

Posted: 19 Dec 2016 07:00 AM PST


shahbudindotcom

Tidak pasti sama ada Tun Daim Zainuddin masih ahli UMNO atau sudah menyertai PPBM sekarang ini, tetapi semua orang tahu hubungannya yang sangat rapat dan akrab dengan Tun Mahathir Mohamad.

Tidak seperti Zahid Hamidi yang sampai meminta orang Bagan Datoh mendoakan agar ikatan "adik abangnya"  dengan Najib Razak terus berpanjangan dan tidak tergugat, Tun Daim tidak pernah merayu simpati hingga ke peringkat itu.

Namun, hubungan bekas Menteri Kewangan itu dengan Tun Mahathir kekal dan tidak tergugat sehingga ke hari ini.

Sebelum ini, Tun Daim banyak berdiam diri. Beliau dilaporkan selalu mengembara untuk menghabiskan sisa-sisa usianya. Beliau seolah-olah ingin meninggalkan terus dunia politik.

Apabila Tun Mahathir memulakan serangan kepada Najib dan kemudian menubuhkan PPBM, hala tuju Tun Daim juga tidak diketahui. Beliau kekal menjadi Daim yang diam.

Tetapi, sejak dua hari lalu kelibat Tun Daim mula diperkatakan dan menjadi bualan. Tulisannya di akhbar ekonomi The Edge menjadikan namanya kembali diperkatakan.

Di mana-mana kedengaran orangramai memperkatakan tentang tulisannya yang menyentuh mengenai struktur ekonomi negara, masalah hutang, defisit keyakinan dan sudah tentu tidak lupa tentang Najib.

Meskipun apa yang ditulis oleh Tun Daim banyak berkaitan masalah dan hala tuju ekonomi negara, oleh kerana tulisannya itu muncul setelah wujudnya PPBM dan gendang PRU 14 mula dipalu, ia secara tersiratnya mengajak rakyat untuk melihat kegagalan Najib secara keseluruhannya.

Dengan munculnya tulisan pertama itu, Tun Daim tentunya akan menulis lagi. Bukan saja di akhbar di The Edge, malah mungkin banyak penerbitan lain, termasuk portal internet turut juga berminat terhadap pandangannya.

Tidak mustahil juga, ia mungkin akan disusuli dengan kehadiran beliau secara fizikal di pentas-pentas ceramah, forum, bicara rakyat dan sebagainya di seluruh negara.

Tambahan lagi, isu hutang yang ditulis oleh Tun Daim sudah pun dijawab oleh Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani. 

Untuk mempertahankan hujahnya sebagai bekas Menteri Kewangan yang berwibawa dan ada rekod pencapaian cemerlang mengangkat ekonomi negara sebelum ini, Tun Daim tentunya tidak akan berdiam diri dengan sanggahan kata oleh Johari yang dianggap sebagai jurubicara kepada Najib itu.

Maka, Tun Daim kini terdedah bukan saja kepada tidak lagi diam, malah seperti sudah memulakan langkah untuk menjadikan Najib, UMNO dan BN terus mengalami defisit sokongan daripada rakyat.

Oleh itu, kekerapannya muncul dan berkata-kata selepas ini mungkin akan menjadi perkara biasa bagi kita semua.

Apabila Tun Daim sudah tidak lagi diam dan mula bergerak bersama-sama dengan Tun Mahathir, bermakna satu lagi bahaya sedang mengancam Najib.

Dengan Tun Mahathir terus-menerus menyerang dari segi politik, Tun Daim dipercayai mempunyai kekuatan untuk meyakinkan rakyat dari segi faktor ekonomi dan pemulihannya yang sukar selagi Najib dan kerajaan tidak ditukar.

Sebagaimana ramai yang tidak percaya dan ragu-ragu atas asas apa apabila beliau sebelum pilihanraya 2008 meramalkan lima negeri diterajui BN akan tumbang, sehinggalah ia akhirnya benar-benar menjadi kenyataan, kekuatan dan rangkaian yang dimiliki oleh Tun Daim juga sering diabaikan.

Tun Daim dilaporkan memang menyedari defisit sokongan dan keyakinan rakyat kepada Najib berada di tahap paling buruk ketika ini. 

Tidak sebagaimana 2008 apabila beliau membuat ramalan secara terbuka kerana mahukan sesuatu usaha dilakukan segera, Tun Daim kali ini sudah memulakan kritikan yang jelas menggambarkan segala-segala berkaitan Najib adalah punca masalah kepada negara kita


Tidak pasti sama ada Tun Daim Zainuddin masih ahli UMNO atau sudah menyertai PPBM sekarang ini, tetapi semua orang tahu hubungannya yang sangat rapat dan akrab dengan Tun Mahathir Mohamad.

Tidak seperti Zahid Hamidi yang sampai meminta orang Bagan Datoh mendoakan agar ikatan "adik abangnya"  dengan Najib Razak terus berpanjangan dan tidak tergugat, Tun Daim tidak pernah merayu simpati hingga ke peringkat itu.

Namun, hubungan bekas Menteri Kewangan itu dengan Tun Mahathir kekal dan tidak tergugat sehingga ke hari ini.

Sebelum ini, Tun Daim banyak berdiam diri. Beliau dilaporkan selalu mengembara untuk menghabiskan sisa-sisa usianya. Beliau seolah-olah ingin meninggalkan terus dunia politik.

Apabila Tun Mahathir memulakan serangan kepada Najib dan kemudian menubuhkan PPBM, hala tuju Tun Daim juga tidak diketahui. Beliau kekal menjadi Daim yang diam.

Tetapi, sejak dua hari lalu kelibat Tun Daim mula diperkatakan dan menjadi bualan. Tulisannya di akhbar ekonomi The Edge menjadikan namanya kembali diperkatakan.

Di mana-mana kedengaran orangramai memperkatakan tentang tulisannya yang menyentuh mengenai struktur ekonomi negara, masalah hutang, defisit keyakinan dan sudah tentu tidak lupa tentang Najib.

Meskipun apa yang ditulis oleh Tun Daim banyak berkaitan masalah dan hala tuju ekonomi negara, oleh kerana tulisannya itu muncul setelah wujudnya PPBM dan gendang PRU 14 mula dipalu, ia secara tersiratnya mengajak rakyat untuk melihat kegagalan Najib secara keseluruhannya.

Dengan munculnya tulisan pertama itu, Tun Daim tentunya akan menulis lagi. Bukan saja di akhbar di The Edge, malah mungkin banyak penerbitan lain, termasuk portal internet turut juga berminat terhadap pandangannya.

Tidak mustahil juga, ia mungkin akan disusuli dengan kehadiran beliau secara fizikal di pentas-pentas ceramah, forum, bicara rakyat dan sebagainya di seluruh negara.

Tambahan lagi, isu hutang yang ditulis oleh Tun Daim sudah pun dijawab oleh Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani. 

Untuk mempertahankan hujahnya sebagai bekas Menteri Kewangan yang berwibawa dan ada rekod pencapaian cemerlang mengangkat ekonomi negara sebelum ini, Tun Daim tentunya tidak akan berdiam diri dengan sanggahan kata oleh Johari yang dianggap sebagai jurubicara kepada Najib itu.

Maka, Tun Daim kini terdedah bukan saja kepada tidak lagi diam, malah seperti sudah memulakan langkah untuk menjadikan Najib, UMNO dan BN terus mengalami defisit sokongan daripada rakyat.

Oleh itu, kekerapannya muncul dan berkata-kata selepas ini mungkin akan menjadi perkara biasa bagi kita semua.

Apabila Tun Daim sudah tidak lagi diam dan mula bergerak bersama-sama dengan Tun Mahathir, bermakna satu lagi bahaya sedang mengancam Najib.

Dengan Tun Mahathir terus-menerus menyerang dari segi politik, Tun Daim dipercayai mempunyai kekuatan untuk meyakinkan rakyat dari segi faktor ekonomi dan pemulihannya yang sukar selagi Najib dan kerajaan tidak ditukar.

Sebagaimana ramai yang tidak percaya dan ragu-ragu atas asas apa apabila beliau sebelum pilihanraya 2008 meramalkan lima negeri diterajui BN akan tumbang, sehinggalah ia akhirnya benar-benar menjadi kenyataan, kekuatan dan rangkaian yang dimiliki oleh Tun Daim juga sering diabaikan.

Tun Daim dilaporkan memang menyedari defisit sokongan dan keyakinan rakyat kepada Najib berada di tahap paling buruk ketika ini. 

Tidak sebagaimana 2008 apabila beliau membuat ramalan secara terbuka kerana mahukan sesuatu usaha dilakukan segera, Tun Daim kali ini sudah memulakan kritikan yang jelas menggambarkan segala-segala berkaitan Najib adalah punca masalah kepada negara kita

Ringgit merudum: Menteri kata jangan panik, akan pulih

Posted: 19 Dec 2016 06:39 AM PST

MALAYSIAKINI



Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani meminta semua pihak agar tidak panik kerana matawang tempatan mempunyai kekuatan untuk pulih.

"Kita tidak perlu panik.

"Kita mempunyai ekosistem yang boleh membetulkannya, memastikan kestabilan politik kukuh dan (berterusan) melaksanakan dasar yang tepat untuk memudahkan pelabur," katanya semasa ditanya mengenai kejatuhan ringgit kepada 4.4805 berbanding dolar AS awal hari ini.

Justeru, jelas beliau lagi, tambatan ringgit atau kawalan modal tidak perlu memandangkan Malaysia merupakan ekonomi terbuka, katanya, memetik laporan Bernama.

Johari berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian strategik antara Amanah Raya Bhd dan Kenedix Inc, Jepun.

Ringgit mencecah paras terendah sejak krisis kewangan Asia pada 1998 iaitu RM4.48 bagi setiap dolar AS ekoran aktiviti para pelabur yang secara berterusan menjual aset pasaran membangun.

Keadaan aliran keluar itu turut diburukkan lagi dengan tindakan yang disifatkan keras oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas spekulator mata wang pada bulan lalu, memetik laporan Bloomberg.

Mengulas lanjut, Johari berkata, dengan adanya semua faktor-faktor penting, ringgit akan kembali pulih.

Ringgit dan mata wang pesat membangun lain susut berbanding dolar AS berikutan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS pada Rabu lepas.

Rizab Persekutuan AS juga memberi petunjuk yang akan ada lebih banyak kenaikan kadar pada 2017.
Johari berkata jumlah kenaikan kadar faedah oleh AS bergantung dasar Presiden baharu Donald Trump dan Malaysia perlu menunggu perkembangannya.


Terpulang kepada PKR serah kerusi kepada PPBM

Posted: 19 Dec 2016 06:35 AM PST

ANTARAPOS COM

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: DAP menyerahkan kepada PKR untuk membuat keputusan dalam menyerahkan beberapa kerusi tertentu kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang, kata Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng.
 
"Terpulang kepada PKR untuk memutuskan apa yang mereka mahu lakukan dengan kerusi (mereka)," katanya yang dipetik Malaysiakini.
 
Namun katanya DAP tidak terlibat dalam tindakan PKR itu.
 
"Isu DAP menyerahkan kerusi kepada PPBM tidak timbul," katanya.
 
Guan Eng berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berkata parti itu tidak mempunyai masalah untuk menyerahkan beberapa kerusi miliknya kepada BERSATU untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.
 
DAP lazimnya bertanding di kawasan majoriti Cina atau kerusi campuran yang juga ditandingi oleh parti-parti bukan Melayu dalam Barisan Nasional (BN) iaitu Gerakan, MCA atau MIC.
 
Kekuatan PPBM dipercayai terletak di Kedah memanadangkan pengerusi parti itu yang juga adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dan anaknya Datuk Seri Mukhriz, yang juga adalah bekas menteri besar berasal dari negeri berkenaan.
 
 

PKR perlu bubar ahli jawatankuasa jika mahu gabung - Amanah Kelantan

Posted: 19 Dec 2016 06:33 AM PST

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Amanah Kelantan mengusulkan kepada PKR untuk membubarkan senarai ahli jawatankuasa parti sedia ada, sekiranya terbuka untuk bergabung dengan parti itu dalam menghadapi pilihan raya akan datang. 
 
Ketua Pemudanya Hazmi Hassan berkata demikian bagi membolehkan pemilihan parti antara pemimpin PKR dan Amanah dilakukan dan ia bukanlah sekadar cadangan politik kosong daripada kepimpinan tertinggi berkenaan. 
 
Beliau berkata demikian mengulas cadangan Timbalan Ketua AMK Keadilan, Dr Afif Bahardin yang mahu partinya bergabung dengan Amanah yang disambut baik oleh beberapa orang pemimpin PKR termasuk Timbalan Presidennya, Datuk Seri Azmin Ali.
 
"Cadangan itu baik sekiranya orang yang beri cadangan itu sanggup (terlebih) dahulu mengosongkan posisi mereka didalam parti dan beri kepada (calon) Amanah.
 
"Contohnya, Afif kosongkan dulu jawatan Timbalan Ketua Pemuda dan sedia beri kepada (pemimpin) dari Amanah.
 
"Tapi kalau cadangan tu sekadar mainan politik, kita tak setujulah," katanya kepada Antarapos.
 
Azmin ketika ditemui pemberita hari ini sedia mempertimbang cadangan Afif untuk mengadakan penggabungan antara PKR dan Amanah.
 
Naib Presiden PKR, Dr. Xavier Jayakumar turut menerima cadangan tersebut secara positif namun bukan dalam tempoh terdekat ketika ini.
 
Namun, cadangan tersebut tidak dipertimbangkan oleh pemimpin tinggi Amanah, Salahuddin Ayub yang hanya mahu memberi tumpuan pada partinya.
 
Bagi menentukan pemimpin untuk gabungan kedua parti tersebut, ia memerlukan satu pemilihan baru, tambah Hazmi.
 
"Sama juga dengan Timbalan Presiden Azmin Ali, dia kata cadangan itu baik, saya juga mencadangkan kepada dia supaya berundur dari jawatan Timbalan Presiden.
 
"Seterusnya jawatan untuk Presiden dan Timbalan Presiden dipertanding antara presiden PKR dan Amanah.
 
"Antara keduanya akan jadi Presiden atau Timbalan selepas membuat pemilihan parti," katanya lagi.
 
 

Kelangsungan PPBM bergantung pada ihsan PAS?

Posted: 19 Dec 2016 06:31 AM PST

Oleh Abdul Rahman Malik
Post Pic
 
[ULASAN] Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan berazam mahu menguburkan Umno kerana bencikan presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
 
Apa pun terjadi pada Umno bukan jadi perkiraan lagi kerana sudah putus kasih sayang dengan parti leluhur mereka itu. Maka dibangunkanlah PPBM sebagai sebuah parti yang mempunyai benih Melayu-Islam seperti Umno. 
 
Mereka yakin hanya parti bersifat dan bercirikan Umno boleh membenamkan Umno. Lantas tiadalah dalam sifir mereka mahu menjadikan PPBM sebuah parti nasional meliputi keahlian pelbagai kaum dan agama.
 
Didorong oleh nafsu mahu menurunkan Najib dan cepat pula menamatkan sejarah Umno, PPBM berharap soal mendapatkan sokongan bukan Melayu dapat diraih melalui wadah politik bukan Melayu sedia ada seperti DAP dan PKR.
 
Sebab itu, PPBM segera menggabungkan diri dengan perjuangan PKR yang ada sebilangan ahli bukan Melayu dan DAP untuk merangsang rakyat bukan Melayu yang bencikan Umno-BN supaya turut menyokong PPBM.
 
Bagaimanapun pengalaman 50 tahun DAP dan 18 tahun PKR berpolitik mengajar mereka supaya tidak gopoh. Meskipun berkongsi kebencian terhadap Umno, mereka berhati-hati melayan semangat PPBM mahu menumbangkan Umno-BN.
 
Anehnya Tun Mahathir rupanya mudah mabuk dengan adab hormat yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang. Maka menjelmalah kembali sikap "angkuh" lamanya yang membuatnya mabuk kuasa. 
 
Lantas tanpa berfikir panjang beliau mengumumkan di London bahawa jika pembangkang menang dalam pilihanraya umum ke-13, presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan jadi perdana menteri. 
 
Keyakinan diri melampau ini memberi isyarat merah pada pemimpin-pemimpin pembangkang lain terhadap "bahaya" Mahathir. Sekonyong-konyong timbul persoalan, bolehkah Mahathir ini dipercayai?
 
Tun M perlu ukur kekuatan PPBM
 
Ego Mahathir mula digugah oleh DAP, PKR dan Amanah apabila angin pilihanraya bertiup semakin kencang. Barulah PPBM sedar ukuran pengaruh dan kekuatannya terletak pada berapa banyak kerusi yang bakal dimenanginya.
 
Namun sebelum itu, yang lebih penting lagi ialah berapa banyak kerusikah (Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat) yang patut dan boleh ditandinginya. 
 
Ini meletakkan PPBM di persimpangan. Modal kekuatan pengaruh yang ada padanya ialah kemungkinan ahli Umno yang tidak selesa dengan kepemimpinan Najib akan berhijrah menyertainya. 
 
Bagaimanapun Perhimpunan Agung Umno awal bulan ini mempamerkan bahawa penekanan terhadap isu kesetiaan atau wala' di kalangan ahli Umno terhadap pemimpin amat semarak dibicarakan. 
 
Malah perhimpunan berkenaan juga secara terbuka mengenalpasti bekas ahli yang menuntut wala' diberikan kepada mereka ketika memimpin Umno kini mengkhianati ideologi itu dengan menghasut supaya menjatuhkan presiden. 
 
Apabila dikalungkan dengan jenama pengkhianat, pemimpin-pemimpin ini bukan sahaja terputus nasab keturunannya dengan Umno malah mulai dicerca dan dibenci sebagai musuh tegar.  
 
Dalam keadaan demikian, DAP dan PKR tidak boleh membantu banyak pada PPBM. Tanpa rekod pilihanraya, PPBM terpaksa berbaik dan berharap ihsan PAS yang juga sebuah parti Melayu-Islam tegar. 
 
Kerjasama dan simpati PAS akan mengizinkan PPBM menentukan berapa kerusi yang ia boleh tandingi. Namun tidak semudah itu PAS dipujuk. Ia tetap tidak mahu melepaskan semua kerusi tradisi yang pernah ditandinginya. 
 
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan: "Setakat ini pendirian PAS adalah untuk tidak menyerahkan kerusi kami. Kami tidak akan kacau kerusi parti lain." 
 
Malah seorang lagi Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, isu berkaitan rundingan kerusi di antara partinya dan PPBM perlu diperhalusi terlebih dahulu oleh jawatankuasa tertinggi PAS. 
 
"Parti belum lagi memutuskannya secara rasmi. Kita baru buat penyelidikan... Cuma masa ini kita bersama mereka (PPBM) sudah sepentas. Itu biasa. Kita (PAS) belum berbincang lagi mengenai itu," katanya.
 
PPBM sedar tak mudah PH beri laluan
 
Di peringkat ini Mahathir dan Muhyiddin tentu sedar bahawa bukan mudah bagi PKR, DAP dan Amanah yang membentuk Pakatan Harapan (PH) mahu memberi jalan kepada PPBM untuk memintas pengaruh mereka.
 
Pewaris Pakatan Rakyat (PR) itu insaf betapa PH kini tidak sekuat pengaruh PR suatu masa dahulu. Malah prestasi Amanah sebagai pengganti PAS masih samar untuk melonjakkan pengaruh PH menyamai apatah lagi mengatasi PR.
 
PKR pula mula bertegas dengan PPBM apabila Naib Presidennya, Tian Chua menyarankan PPBM memujuk sahaja PAS untuk mendapatkan kerusi bagi membolehkan mereka bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.
 
Tian Chua dilaporkan berkata, sasaran undi PPBM adalah di kalangan pengundi Melayu, lantas ia harus meyakinkan PAS memberi laluan untuk ia bertanding memandangkan kebanyakan kerusi berkenaan adalah milik tradisi PAS.
 
Kata Tian yang juga Ahli Parlimen Batu, PH tidak akan memberikan kerusi kepada PPBM walaupun mereka menandatangani perjanjian politik baru-baru ini.
 
Yang lebih menggusarkan ialah ada laporan bahawa baik DAP mahupun PKR 'tidak senang' jika PPBM cuba meletakkan calon di Selangor dan Pulau Pinang yang dianggap "wilayah" milik mereka.
 
Ruang dan peluang PPBM nampaknya semakin sempit untuk muncul sebagai satu kuasa politik besar dan berpengaruh menjelang dan selepas PRU ke 14.
 
Harapan penuh PPBM kini adalah pada PAS. Sebab itu PPBM 'tidak berselera' untuk menjadi ahli penuh PH yang kini dimaklumi masih mencurigainya. 
 
Sikap PAS bertentangan dengan pembangkang
 
Malang bagi PPBM, PAS pula masih agak liat untuk menyatakan pendirian mahu bekerjasama dengannya hanya berdasarkan pada sebab "benci Najib" sahaja. 
 
Sebenarnya PAS mempunyai banyak sebab untuk mencurigai PPBM. Selain sikap membenci Najib yang agak bertentangan dengan akhlak dan ideologi politik "matang-sejahtera"nya, ada episod sejarah yang mempengaruhi sikapnya itu. 
 
Ketika Mahathir di puncak kediktatorannya, Almarhum Presidenya, Datuk Fadhil Nor ada meninggalkan kata-kata hikmat mengenai Mahathir yang kini dirasakan amat jelas kebenarannya oleh ahli-ahli PAS. 
 
Almarhum berkenaan menasihat ahli-ahli PAS jangan mendoakan perkara-perkara buruk terhadap Mahathir kerana sifat "Maha Firaunnya" ketika itu.
 
Sebaliknya beliau mengesyorkan mereka supaya mendoakan Mahathir panjang umur dan sihat supaya "akan melihat sendiri kesan" semua kezaliman yang telah dilakukan ketika berkuasa. 
 
Kini Mahathir bak cacing kepanasan. Atas nama benci pada Najib beliau cuba menyemarakkan semangat rakyat supaya menjatuhkan perdana menteri yang pernah menjadi pilihannya itu.
 
Bagaimanapun Mahathir kini terpaksa berpaut pada ihsan PAS yang pernah diremehkannya sebagai tidak arif soal sunnah Rasulullah s.a.w. yang menyimpan misai dan janggut kerana pada zaman baginda tidak wujud pencukur Gillete. 


Hutang lagi atau naikkan GST, tanya Dr M

Posted: 19 Dec 2016 06:25 AM PST

MALAYSIAKINI


Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan sumber untuk membiayai hutang-hutang negara tatkala kerajaan yang ada pada hari ini tidak ada duit.

"Hutang lagi atau naikkan cukai dalam negeri dan GST (cukai barangan dan perkhidmatan). Dan ini akan membebankan rakyat dengan kos sara hidup yang melambung tinggi," katanya dalam blognya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejatuhan nilai matawang tempatan pada masa ini, hutang RM55 bilion dengan syarikat dari China bagi membangunkan landasan keretapi elektrik di Pantai Timur, pinjaman RM42 bilion untuk 1MDB, hutang RM50 bilion pembinaan keretapi berkelajuan tinggi antara Malaysia dan Singapura yang menjadikan kesemuanya sebanyak RM160 bilion.

Semalam, menteri kewangan era Mahathir, Tun Daim Zainuddin turut menzahirkan pendapat beliau krisis ekonomi negara dan penyelesaiannya dengan menyebut cara kerajaan mengawal ekonomi negara yang amat cetek malah ekonomi negara dijana oleh hutang.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, berhutang untuk menyediakan harta benda yang boleh menjana kepantasan perkembangan ekonomi tidak jadi masalah.

"Isu dia ialah, kalau kita nak berhutang perkara ini kena tanya, hutang ini untuk apa? Sebab bila kita buat hutang, kita mesti berkebolehan membayar, kalau kita tak boleh membayar, itu ada masalah.

"Jadi, sebab itu saya ingat dari segi hutang ini tidak ada masalah, cuma kita nak tengok setakat mana kita boleh berhutang dan boleh bayar," katanya dalam menjawab luahan Daim itu.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, beliau turut merasa dengan dengan aliran keluar dana menerusi projek-projek pembangunan yang dijalankan.

"Kalau benar kos landasan Pantai Timur ialah 55 billion, yang akan dapat keuntungan ialah kontraktor asing yang tentu akan membangun projek ini.

"Mereka akan membawa masuk segala bahan teknologi, pekerja dari negara mereka. Projek ini akan ambil masa sekurang-kurangnya 7 tahun, mungkin lebih. Pekerja mereka, seramai puluhan ribu mestilah di tempat di sini, khusus di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

"Kos semua ini akan diperolehi hampir semuanya oleh kontraktor luar negeri. Jadi wang yang dipinjam dari syarikat negara China akan kembali ke sana.

"Di masa yang sama bayaran hutang sebanyak 55 billion dengan faedah akan kembali ke negara itu juga," ujar beliau lagi.

Mahathir turut menyentuh mengenai kemampuan rakyat tempatan untuk menggunakan keretapi Pantai Timur itu jika dibandingkan dengan mod pengangkutan lain.

"Kata orang Kelantan lebih murah dan lebih cepat jika penerbangan low cost diguna untuk berjalan antara Pantai Timur dengan bandar-bandar di Pantai Barat.

"Jika tiket keretapi Pantai Timur dijual dengan harga yang tinggi mungkin ramai yang akan pilih penerbangan. Jika harga tiket rendah keuntungan mungkin tidak diperolehi.

"Jadi hutang dan kos serta kerugian perlu ditanggung oleh Kerajaan dari dana campuran atau consolidated Fund," jelasnya.

Walaupun mengakui rancangan keretapi Pantai Timur sebagai projek yang gilang dan gemilang, namun beban hutang bakal ditanggung oleh rakyat negara ini untuk tempoh berpuluh tahun lamanya, tambah Mahathir.


MB mahu bekalan air pulih sebelum Krismas

Posted: 19 Dec 2016 06:21 AM PST




Selangor mengaku bersetuju supaya kerja penyelenggaraan pencawang masuk utama TNB di Bukit Badong, Kuala Selangor ditangguhkan sebelum ini.

Bagaimanapun, Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali berkata penangguhan penyelenggaraan itu - yang sepatutnya dilakukan pada 27 September lalu - terpaksa dilakukan atas beberapa alasan.

Katanya, ia juga dibuat dengan persetujuan bersama antara kerajaan negeri dan TNB.

"Ketika itu kita mahu selesaikan kerja-kerja di projek Langat 2, selain ia kebetulan sekolah sedang bercuti, sebahagian pelajar pula sedang mengambil peperiksaan.

"Maka kerajaan negeri berasa sesuai untuk ia ditangguhkan," katanya kepada media selepas majlis perasmian dan pelancaran program Pengangkutan Awam Sekali Seminggu di Shah Alam hari ini.

Namun kata Azmin, ketika ini kerajaan negeri berpendapat ia tidak lagi boleh ditangguhkan kerana jika penyelenggaraan tidak dilakukan sekarang, ia mungkin menyebabkan kerosakan dan tempoh pembaikan mungkin memakan masa sehingga satu bulan.

Dianggarkan seramai 3.89 juta pengguna air di sekitar Lembah Klang menghadapi gangguan bekalan mulai hari ini ekoran kerja penyelenggaraan pencawang TNB di Bukit Badong itu.

Ada isu teknikal

Gangguan itu melibatkan 707,759 akaun di 814 kawasan di sekitar Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum ini memaklumkan kerja penyelenggaraan TNB dan henti tugas berkenaan akan dilaksanakan selama 16 jam mulai 8 pagi.

Ia sekali gus menjejaskan operasi di loji rawatan air utama Sungai Selangor yang membekalkan air kepada 60 peratus pengguna di Lembah Klang.

Gangguan berkenaan dijangka berlaku sehingga 24 Disember ini.

Menurut Azmin kerajaan negeri meminta proses penyelenggaraan itu disiapkan secepat mungkin dan bekalan dipulihkan sebelum sambutan Krismas pada 25 Disember.

"Dasar kerajaan negeri ialah tidak mahu menyusahkan rakyat hingga tempoh yang lama, khususnya dalam tempoh percutian dan sambutan Krismas.

"Saya tak mahu kerja-kerja ini mengganggu sambutan Krismas," katanya.

Untuk itu kata Azmin pihaknya akan berbincang dengan TNB bagi menyegerakan proses tersebut.

"Ada isu teknikal yang perlu diselesaikan," katanya.

PKR sedia beri kerusi kepada BERSATU .

Posted: 19 Dec 2016 06:18 AM PST

Shakira Buang



PKR tidak ada masalah untuk menyerahkan kerusi yang ditandinginya kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada pilihan raya umum ke 14 akan datang.

Mengambil pendirian sama yang dilakukan oleh DAP dan PAS sewaktu PKR mula dibentuk, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kini giliran parti itu untuk berbuat demikian.

"Itu salah satu kerjasama yang dibentuk supaya ada perbincangan dan kefahaman di antara Pakatan Harapan dengan BERSATU, saya telah berbincang dengan pimpinan PKR dalam beberapa tempoh yang lalu di mana kita juga harus mengambil sikap yang terbuka.

"Ketika PKR dibentuk pada tahun 1999 kita tidak ada kerusi, kita mendapat kerusi daripada DAP dan PAS. Kalau kita tak dapat kerusi daripada mereka pada tahun itu kita tidak ada di sini.

"Jadi, saya kira giliran kita pula untuk menimbangkan bersikap terbuka dan lebih bertanggungjawab untuk berbincang dengan rakan-rakan dalam HARAPAN dan dengan BERSATU dan kita akan berdasarkan kepada faktor kemenangan," kata Azmin.

Mengulas lanjut, Azmin yang juga menteri besar Selangor itu berkata mana-mana parti yang mempunyai keupayaan untuk menang di satu-satu kawasan juga akan dibincangkan.

Pada pilihan raya umum 2013, pembangkang yang bergabung di bawah Pakatan Rakyat mengekalkan pemerintahan di tiga negeri berbanding di lima negeri pada tahun 2008.

"Sekarang ini pembangkang hanya mewakili tiga negeri cuma kita juga ada kekuatan di kawasan tertentu dan ia tertakluk kepada perbincangan.

"BERSATU di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin (Yassin) mungkin ada kekuatan di selatan semenanjung, mungkin di Johor dan Melaka tapi ini soal strategi yang kita tidak boleh bincang secara terbuka," kata Azmin.

PKR sekarang memilik 28 kerusi di Dewan Rakyat, berbanding PAS - 14 kerusi, DAP - 3 dan AMANAH - 6.


Britain tunjuk minat siasatan 1MDB?

Posted: 19 Dec 2016 06:08 AM PST


Sebuah akhbar berpengaruh di Britain, The Guardian, membuat percubaan mendapatkan akses kepada dokumen bagi memastikan sama ada United Kingdom melakukan siasatan terhadap 1MDB.

Beberapa cubaan untuk memperoleh maklumat berkenaan dibuat melalui permohonan kepada agensi penguat kuasa negara terbabit.

Antara agensi yang dihubungi ialah Kementerian Dalam Negeri, kastam dan polis.

"Semunya ditolak," lapor akhbar itu dalam laporan disiarkan mereka hari ini.

Bagaimanapun The Guardian dilaporkan memperoleh akses satu laporan diplomatik berkaitan yang dibuat Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur walaupun dokumen berkenaan mengalami suntingan yang banyak.

Apa yang tinggal pada laporan berkenaan adalah fakta berkaitan keputusan Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan Datuk Seri Najib Razak daripada tuduhan rasuah berkaitan wang RM2.6 bilion dalam akaun persendirian perdana menteri.

"Najib berkata beliau menerima AS$700 juta (RM2.6 bilion) sebagai derma daripada keluarga bangsawan Arab Saudi dan ia adalah untuk menyokong amalan Islam di Malaysia serta melawan Daesh.

"Bagaimanapun minggu ini AG berkata wang berkenaan diberikan 'tanpa sebarang pertimbangan'," kata laporan bertarikh 29 Januari itu, namun nama penulisnya telah disunting.

PM sudah nafikan

Satu lagi laporan yang banyak disunting - bertarikh 13 Ogos - juga diperolehi The Guardian.

"Pada 8 Ogos Najib mengumumkan MACC (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) membebaskannya daripada tuduhan rasuah dan dana dalam akaun banknya adalah derma dari Timur Tengah, bukannya dari 1MDB.

"Tiada sebarang kenyataan rasmi oleh MACC berhubung isu berkenaan," kata laporan berkenaan.

The Guardian menyatakan walaupun ada petunjuk satu siasatan terhadap 1MDB sedang berjalan di UK, tiada sebarang pengesahan mengenainya.

Pihak berkuasa di UK dianggap penting dalam pencerahan skandal 1MDB kerana beberapa bank Britain - seperti Royal Bank of Scotland - mempunyai kaitan dengan siasatan kerajaan Switzerland ketika ini.

London juga menjadi tempat bekas rakan kongsi 1MDB - PetroSaudi International (PSI) - beroperasi.

Dokumen digital yang dibocorkan bekas eksekutif PSI dianggap sebagai sumber pendedahan amalan didakwa penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.

Setakat ini beberapa individu yang ada kaitan dengan pemindahan dana 1MDB dituduh atau disabitkan kesalahan di Singapura, manakala pihak berkuasa Switzerland sedang menyiasat kemungkinan berlaku kesalahan pada amalan perbankan di negara berkenaan.

Di AS, Jabatan Kehahiman sudah memfailkan saman sivil berkaitan dakwaan penyelewengan dana 1MDB.

Najib sudah menafikan beliau menyelewengkan dana awam untuk kepentingan peribadinya dan mendakwa

tuduhan yang dilemparkan terhadapnya adalah sebahagian daripada konspirasi untuk menyingkirkannya daripada kuasa.


PAS tentang rasuah BN, tapi tetap tolak DAP, AMANAH

Posted: 19 Dec 2016 06:00 AM PST

Abdul Hadi Awang




ULASAN  PAS adalah sebuah organisasi yang mengambil jalur tarbiyah, dakwah dan politik dengan berpegang pada panduan Al-Quran dan As-Sunnah.

PAS juga maklum bahawa suasana politik Malaysia ada ketikanya statik dan kadangkalanya dinamik.
Justeru itu, PAS bersikap terbuka, berhati-hati dan mengambil pengalaman lalu dalam menentukan sikap politiknya terutama isu tahaluf dan kerjasama kepartian, namun PAS akan sentiasa tegas dalam prinsip.

Jelasnya matlamat PAS terlibat dalam politik adalah untuk membawa mesej menyelamatkan manusia dengan Islam sebagai cara hidup yang tidak memisahkan dunia dengan agama, di mana perkara dasar dan prinsip PAS adalah tetap manakala cara perubahan dilakukan pula boleh berbagai selagi mengikut panduan al-Quran dan as-Sunnah.

Persepsi songsang yang dibina secara berterusan oleh lawan adalah kononnya PAS telah tidak lagi berminat untuk menukar kerajaan BN yang ada pada masa kini termasuklah fitnah PAS menerima habuan "dedak" tertentu.

PAS tidak melatah di atas persepsi karut sedemikian, apatah lagi melayan provokasi pelampau media sosial dan parti lawan yang saban waktu memesongkan berita mengenai PAS.

PAS akan tetap terus memperjuangkan prinsip keadilan untuk semua kaum, menentang rasuah dan salah guna kuasa serta penyelewengan dalam kerajaan BN, dengan pendekatan politik matang dan sejahtera.

Pada masa yang sama PAS juga menolak sebarang perkiraan dan percaturan politik yang merugikan masa depan Islam dan ummatnya.

PAS sedang mengkaji dengan mendalam setiap satu persatu kerusi dalam seluruh senarai Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di negara kita.

Keputusan di kawasan mana PAS bertanding, sama ada dua penjuru, tiga penjuru atau lebih, siapa dan bagaimana akan bertanding adalah akan mengikut maklumat kajian dan analisisnya, pertimbangan keperluan dan kekuatan jentera PAS di setiap kedudukan kawasan pilihanraya berkenaan.

PAS tidak tertakluk pada mana-mana pihak yang telah membuat sebarang perjanjian pilihanraya pada masa ini dan juga tidak dipengaruhi oleh tekanan mana-mana pihak dalam membuat keputusan politiknya.

Oleh itu PAS akan hanya membuat keputusan apabila tiba masanya yang sesuai.

PAS akan tetap terus berpegang dengan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini bahawa tiada sebarang kerjasama dalam apa jua bentuk dengan parti DAP dan AMANAH, dan mana -mana pihak yang bersikap keras terhadap Islam.

Di masa yang sama PAS sedia berbincang dengan mana-mana pihak yang menghormati dasar perjuangan PAS.


DATUK SERI ABDUL HADI AWANG adalah presiden PAS


Tiada ulasan: