Rabu, 14 Disember 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Anwar: "Pintu pembebasan belum tutup"

Posted: 14 Dec 2016 03:38 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak putus asa menuntut pembebasannya setelah Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonannya untuk mengenepikan pensabitan meliwat dan hukuman penjara lima tahun ke atasnya.
  
"Saya optimis. Ini bukan satu pengakhiran. Saya akan berbincang dengan pasukan peguam saya tentang tindakan seterusnya," Anwar memberitahu  pemberita.  
 
Mahkamah Persekutuan pagi tadi menolak usaha terakhir Anwar di bawah sistem kehakiman untuk mengenepikan sabitan meliwat dan hukuman penjara lima tahun ke atas beliau kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
 
Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan panel lima anggota, berkata permohonan Anwar untuk semakan semula tidak mempunyai merit dan bukan kes yang layak untuk disemak semula oleh mahkamah.
 
Beliau juga berkata mahkamah mendapati tiada asas untuk menyokong dakwaan Anwar bahawa Pejabat Perdana Menteri telah campur tangan dalam keputusan panel hakim sebelum ini untuk mengekalkan sabitan dan hukuman penjaranya.
 
Dengan penghakiman hari ini, Anwar akan kekal di Penjara Sungai Buloh untuk menjalani hukuman penuh yang di tetapkan namun mengikut peraturan Jabatan Penjara bersabit kelakuan banduan, beliau boleh di bebaskan pada pertengahan 2018.
 
Anwar, 69 telah memfailkan permohonan semakan semula supaya Mahkamah Persekutuan menggunakan Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 dan menyemak semula keputusan panel lima anggota sebelum ini yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
 
Secara alternatif, Anwar mahukan Mahkamah Persekutuan untuk mendengar semula rayuannya berdasarkan merit.
 
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari, 2015, mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac, 2014.
 
Pada 9 Januari, 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat.
 
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi dan mensabitkan Anwar selepas membenarkan rayuan pendakwaan.
 
Anwar di dapati bersalah melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
 
 

PPBM minta belas ihsan kerusi PH, bukti mereka hanya 'penumpang'

Posted: 14 Dec 2016 03:36 PM PST

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Umno menyifatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya menjadi 'penumpang' dalam Pakatan Harapan dan mengharapkan belas kasihan pembangkang yang lain dalam soal pembahagian kerusi pilihan raya akan datang.
 
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Annuar Nasarah berkata meskipun PPBM diterajui bekas pemimpin tertinggi Umno seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi jelas parti itu bukan kekuatan utama pembangkang.
 
"Pada saya semua ini adalah kerana mereka tiada pilihan dan mesti bersama "menumpang kasih" dalam Pakatan Harapan demi mengelakkan PPBM menemui jalan mati.
 
"Kenyataan TSMY bahawa PPBM mengharapkan rakan rakannya yang lain memberikan kerusi kepada PPBM dalam PRU14 akan datang jelas menunjukan bahawa, PPBM bukan pemain utama dalam Pakatan Harapan," katanya dalam satu kenyataan menerusi aplikasi Whats App kepada Antarapos.
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas 'formula' yang digunapakai antara Pakatan Harapan dan PPBM bersabit pembahagian kerusi berdasarkan prinsip kebolehmenangan seseorang calon itu.
 
Semalam pembangkang mengikat perjanjian untuk meletakkan satu calon mewakili gandingan itu untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Justeru katanya, perjanjian ini jelas membuktikan bahawa PPBM bakal mengikut telunjuk DAP dan parti itu tidak akan mendapat sebarang keistimewaan.
 
Malah katanya lagi, lebih banyak kesukaran akan dilalui disebabkan perbezaan ideologi politik yang dibawa mereka.
 
"Banyak lagi masalah yang belum selesai yang bukan hanya melibatkan soal agihan kerusi tetapi juga berkaitan soal. Bertanding atas satu lambang, satu parti dan sebagainya. 
 
"Saya fikir ia sesuatu yang sukar untuk dilakukan kerana masing masing di haluan yang berbeza," ujarnya.
 
Sehubungan itu, Annuar menyeru rakyat supaya tidak terpedaya dengan perjanjian seumpama ini yang belum tentu menjamin masa depan mereka.  
 
"Pada rakyat, jangan perjudikan masa depan negara dengan memilih parti seumpama ini. 
 
"Bayangkan jika soal agihan kerusi, lambang dan parti pun tiada persefahaman sepenuhnya bagaimana nanti soal lain," soal beliau.

Muhyiddin bohong mengenai pengeluaran foto Najib di Milan, kata MITI

Posted: 14 Dec 2016 03:34 PM PST

MALAYSIAKINI


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Sebuah agensi kerajaan hari ini menafikan dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa potret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikeluarkan di sebuah pameran di Milan, Itali, tahun lalu.
 
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berkata, sebagai salah satu penganjur di belakang Pavilion Malaysia di Expo Milano 2015, ia boleh mengesahkan bersama semua pihak terbabit dalam pameran itu, dakwaan bekas timbalan perdana menteri itu adalah tidak berasas.
 
"Semua pihak terbabit dalam penganjuran Pavilion Malaysia telah mengesahkan dakwaan pengeluaran foto berkenaan oleh Tan Sri Muhyiddin adalah tidak berasas.
 
"Kami kesal dengan percubaan untuk menjejaskan profesionalisme dan kecekapan pegawai terbabit dengan pengurusan ekspo itu," kata Matrade, sebuah agensi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), dalam satu kenyataan.
 
Ekspo Milano yang diketuai MITI diadakan pada 1 Mei hingga 31 Oktober 2015.
 
Pavilion Malaysia diwujudkan untuk mempamer Malaysia pada peringkat antarabangsa dengan tekanan khas pembangunan mampan Malaysia dan biodiversity.
 
Baru-baru ini, Muhyiddin mendakwa dalam sebuah ceramah bahawa foto Najib dikeluarkan bagi mengelak Malaysia daripada malu. Ini berikutan kontroversi mengenai firma pelaburan negara, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
 
Ceramahnya yang dirakam dalam video telah diviralkan. Ia dilapor oleh portal berita, Malaysiakini.
 
"Penyertaan Malaysia adalah penjelmaan daripada Strategi Lautan Biru Kebangsaan kerana ia membabitkan usaha bersepadu pelbagai kementerian, agensi, kerajaan negeri, sektor swasta dan orang ramai," kata Matrade.
 
Matrade berkata, hasil penyertaan Malaysia di ekspo selama enam bulan itu amat menggalakkan dengan 3.1 juta pelawat (satu dari tujuh atau 14 peratus pelawat daripada sejumlah 22.5 juta mengunjungi Expo Milano) yang memasuki Pavilion Malaysia.
 
 

Lagu Yuna disenarai pendek untuk Anugerah Oscar

Posted: 14 Dec 2016 03:33 PM PST

MALAYSIAKINI


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Sebuah lagu nyanyian Yuna disenarai pendek untuk pencalonan Anugerah Oscar bagi kategori lagu asal terbaik.
 
Lagu 'On Ghost Ridge' adalah antara 91 lagu yang disenarai pendek untuk pencalonan Oscar, menurut portal hiburan IndieWire.
 
Lima daripada lagu-lagu itu akan dicalonkan untuk Anugerah Akademi ke-89.
 
Pencalonan akan diumumkan pada 24 Januari tahun depan, manakala majlis anugerah akan diadakan pada 27 Februari 2017.
 
'On Ghost Ridge' telah ditulis dan dihasilkan oleh komposer yang pernah memenangi Anugerah Emmy, Nicholas Pike.
 
Lagu ini telah dipaparkan dalam dokumentari "100 Years: One Woman's Fight For Justice".
 
Dokumentari itu berkisar mengenai aktivis Orang Asli Amerika, Eloiuse Pepion Cobell, yang mencabar salah urus dana amanah bagi masyarakat pribumi di repubik itu.
 
Ini bukan kali pertama lagu nyanyian Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai telah disenarai pendek untuk pencalonan Oscar.
 
"Shine Your Way" telah disenarai pendek bersama 74 lagu-lagu lain untuk pencalonan di Anugerah Akademi ke-86.
 
Lagu berkenaan merupakan nyanyian Yuna bersama band Amerika Owl City.
 
Lagu itu telah dipaparkan dalam filem animasi "The Croods" tetapi tidak dicalonkan.
 
Sementara itu, album Yuna, 'Chapters' baru-baru ini turut tersenarai dalam 10 Album R&B Terbaik Billboard 2016: Pilihan Pengkritik.
 
 

'Ketagihan arak, gam di kalangan Orang Asli di Baling serius'

Posted: 14 Dec 2016 03:27 PM PST

Bernama



Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Daerah Baling di Kedah dan pihak berkuasa berkaitan mengambil

tindakan segera terhadap pihak yang menjual arak dan gam secara haram kepada masyarakat Orang Asli di kawasan itu.

Presidennya S.M. Mohamed Idris berkata, kegiatan tersebut telah menyebabkan jumlah kanak-kanak dan wanita komuniti itu yang ketagihan minuman keras dan menghidu gam semakin meningkat.

"Kajian menunjukkan bahawa lebih 30 kanak-kanak berumur sembilan hingga 15 tahun meminum arak dan menghidu gam yang dibeli dari sebuah kedai di Kampung Lalang," kata beliau dalam satu kenyataan, di George Town hari ini.

Beliau berkata CAP juga mendapati bahawa ada orang luar datang ke kampung-kampung di Baling untuk menjual bahan-bahan ini secara haram kepada penduduk Orang Asli di sana.

"Setin gam dan sebotol arak dijual pada harga RM5 dan penduduk yang ketagihan membelanjakan sehingga RM25 seorang dalam masa sehari," katanya.

Mohamed Idris berkata penagihan arak dan menghidu gam boleh memudaratkan kesihatan dan kehidupan penduduk di kampung-kampung tersebut.

Beliau juga menggesa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), kementerian dan agensi kerajaan berkaitan mengambil tindakan serta melancarkan program kesedaran untuk menangani isu sosial ini.

"Program kesedaran mengenai kesan buruk meminum arak dan menghidu gam hendaklah dijalankan secara aktif dan meluas di kalangan penduduk dan komuniti di kawasan tersebut," kata beliau.

Perbuatan menghidu gam boleh menyebabkan kerosakan otak yang kekal dan juga boleh menyebabkan kematian. -Bernama


Pemuda Amanah Sabah seru raikan semangat kerjasama Pakatan Harapan, PPBM

Posted: 14 Dec 2016 03:14 PM PST

ASRAF SYARAFI
 
 
Khairuddin DaudKhairuddin Daud


Pemuda Parti Amanah Negara Negeri Sabah menyeru pembangkang di negeri itu meraikan semangat kerjasama antara Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang telah dimeterai semalam.

Ketua Pemudanya, Khairuddin Daud, berkata pasca PRU 13 menyaksikan banyak parti baharu didaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sekaligus menambah bilangan parti pembangkang di Sabah.

"Di Sabah, selepas PRU 13 sehingga Disember 2015, sebanyak 13 buah parti tempatan baharu di daftarkan oleh RoS. Dengan pelbagai matlamat dan agenda yang baik untuk rakyat, saya percaya dapat menewaskan Umno- BN pada PRU akan datang," katanya.

Menurutnya lagi, penyatuan parti-parti pembangkang adalah aspirasi rakyat dalam menolak kerajaan sekarang.

"Jelas aspirasi rakyat adalah mahu melihat pembangkang di Sabah bersatu. Maka parti pembangkang perlu mengetepikan segala ego dan pertelingkahan. Pembangkang perlu berkrompomi di tahap paling tinggi antara satu sama lain untuk bersatu melawan Umno-BN pada PRU 14", jelasnya.

Selain itu, Khairuddin turut menerangkan berkenaan bentuk kesatuan yang boleh dibentuk dalam kalangan pembangkang di Sabah.

"Antaranya kerjasama ini perlu membuat satu 'electoral pact' atau Pakatan Pilihanraya dengan satu manifesto menghadapi Umno-BN pada PRU 14 nanti."

Dalam pada itu, Khairuddin juga menyatakan Pakatan Harapan Sabah perlu dilancarkan segera.

"Kami terlibat dengan pelancaran Pakatan Harapan Sabah yang dijadualkan pada 8 Januari tahun depan. Pelancaran Pakatan Harapan Sabah sangat penting dalam usaha membentuk kerjasama seterusnya dengan parti pembangkang yang lain,"ujarnya.

Semalam, pimpinan utama Pakatan Harapan telah menandatangani satu perjanjian kerjasama antara PKR, DAP, Amanah dengan PPBM.

Pakatan Harapan diwakili Presiden Amanah Mohamad Sabu; Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan; Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Antara terma yang dipersetujui antara kedua pihak adalah berjuang berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963, memperjuangkan reformasi, meletakkan satu calon dan menggunakan manifesto yang sama pada PRU 14 kelak
.
Semalam Pakatan Harapan dan PPBM memeterai perjanjian kerjasama untuk bersatu dalam merangka strategi dan prinsip  gabungan itu dalam usaha menumbangkan Umno-BN pada pilihan raya akan datang.Semalam Pakatan Harapan dan PPBM memeterai perjanjian kerjasama untuk bersatu dalam merangka strategi dan prinsip gabungan itu dalam usaha menumbangkan Umno-BN pada pilihan raya akan datang.
 

Bekas ahli PAS berdepan risiko muflis

Posted: 14 Dec 2016 03:06 PM PST

Ariv Chelvam



Seorang bekas ahli PAS kini berdepan diisytihar muflis selepas namanya digunakan parti berkenaan untuk mengemukakan petisyen mencabar keputusan pilihan raya umum ke-13 bagi kawasan parlimen Pulai.

Za'aba Ibrahim yang sebelum ini adalah exco pemuda PAS Johor diarah membayar kos guaman bernilai RM50,000 oleh mahkamah rayuan pada Januari 2014.

Punca masalahnya, Za'aba kini bukan lagi ahli PAS kerana memilih untuk bersama Parti Amanah Negara (AMANAH) sejak September tahun lalu.

"Bunyinya kelakar, PAS kata mereka tidak boleh membantu saya kerana saya bukan seorang ahli PAS.

"PAS mempunyai masa hampir dua tahun untuk membayar kos undang-undang itu (sebelum Za'aba menyertai AMANAH), tetapi mereka meninggalkan saya bersendirian kerana mereka fikir saya seorang anak kecil.

"Saya harap PAS bayar (kerana), saya tidak mahu muflis," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Za'aba bersetuju menjadi plaintif bagi pihak PAS pada 2013 kerana parti berkenaan ketika itu bersetuju untuk menanggung semua kos dalam proses perundangannya.

Namun, pada 27 Januari 2014 mahkamah rayuan menolak petisyen itu dan mengarahkan Za'aba membayar kos bagi proses berkenaan.

Kata Za'aba tarikh akhir bagi dia menyelesaikan bayaran berkenaan ialah pada 17 Januari 2017.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed ketika dihubungi mengesahkan parti itu tidak akan membantu Za'aba kerana beliau bukan lagi ahli PAS.

"Dia tidak lagi ahli PAS, jadi mengapa kita perlu bantu beliau? Jika dia (masih ahli), kita akan dibayar," katanya.

Pada PRU13, calon PAS kawasan itu adalah Salahuddin Ayub yang cuba mencabar calon BN Datuk Seri Nur Jazlan Mohamed. Bagaimanapun Salahuddin tewas dengan mendapat 40,525 undi berbanding Nur Jazlan 43,751.

Salahuddin kini timbalan presiden AMANAH.

AMANAH pula memberitahu parti tu sedang berusaha membantu Za'aba.

Setiausaha Organisasi AMANAH Suhaizan Kaiat berkata setakat ini mereka dapat mengumpul dana sebanyak RM11,000 hasil sumbangan orang ramai.

"Kami menyasarkan untuk mencapai RM50,000.

"Disebabkan PAS tidak mahu membantu beliau, jadi kami cuba bantu," katanya.

Sultan Muhammad V lafaz jawatan Agong

Posted: 14 Dec 2016 06:34 AM PST

BERNAMA


 


KUALA LUMPUR – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di sini.

Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Kedua-dua baginda dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) di Istana Negara, 14 Okt lepas, bagi tempoh lima tahun bermula hari ini.

Sultan Muhammad V, 47, menggantikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 semalam.

Upacara di balairung seri hari ini bermula dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-244 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh kedua-dua Seri Paduka Baginda.
Mesyuarat Khas itu dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Memulakan istiadat, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad tampil menyembahkan Surat Sumpah Jawatan kepada Sultan Muhammad V yang kemudiannya melafazkan Sumpah Jawatan sebelum menandatanganinya.

Surat Sumpah jawatan itu kemudiannya ditandatangani oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, sebagai saksi.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kemudian menyembahkan pula Surat Sumpah Jawatan kepada Sultan Nazrin yang kemudiannya melafazkan sumpah jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong sebelum menandatanganinya.

Surat Sumpah Jawatan baginda turut ditandatangani oleh Sultan Mizan dan Tuanku Syed Sirajuddin sebagai saksi.

Selesai istiadat itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kemudian memaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-244 (Khas) ditangguhkan ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak.

Acara di balairung seri kemudiannya diteruskan dengan istiadat menandatangani perisytiharan memegang jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong dan timbalannya. Memulakan istiadat itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diapit Datuk Paduka Maharaja Lela, Mejar Jeneral Datuk Md Tajri Alwi dan penolongnya Azuan Effendy Zairakithnaini menghadap dan menyembahkan Surat-surat

Perisytiharan memegang jawatan untuk ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Najib kemudian membaca perisytiharan bahawa Sultan Muhammad V telah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 manakala Sultan Nazrin pula mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Upacara penuh istiadat yang disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Semua sembilan Raja-Raja Melayu atau wakil-wakil baginda serta tiga Yang Dipertua Negeri hadir pada upacara berkenaan, kecuali Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang diwakili Speaker Dewan Undangan Sarawak Datuk Mohamad Asfia Awang Nassar.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menteri-menteri besar, ketua-ketua menteri, menteri-menteri Kabinet, anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta pegawai tinggi kerajaan.

Setelah selesai upacara di balairung seri, Najib mengetuai upacara menghadap diikuti menteri-menteri Kabinet serta orang kenamaan.

Malaysia alu-alukan Myanmar larang rakyat bekerja di Malaysia

Posted: 14 Dec 2016 06:32 AM PST

Bernama, 
 


KAJANG – Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia mengalu-alukan keputusan kerajaan Myanmar untuk melarang rakyatnya bekerja di Malaysia.

"Keputusan itu tidak akan memberi akibat langsung kepada Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup perhimpunan Agung Parti IPF Ke-24 di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian apabila diminta mengulas laporan mengenai keputusan kerajaan Myanmar yang melarang rakyatnya bekerja di Malaysia berkuat kuasa 6 Disember lepas.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Imigresen Myanmar mengumumkan pihaknya telah menghentikan pengeluaran lesen kepada rakyatnya yang mahu bekerja di Malaysia.

Menteri Sumber Manusia, Richard Riot pula dilaporkan berkata, bahawa pihaknya belum menerima notis rasmi daripada kerajaan Myanmar berhubung larangan itu.

Lebih 2,000 Jemaah Umrah Malaysia Terkandas Di KLIA, Madinah

Posted: 14 Dec 2016 06:27 AM PST

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
Sebahagian daripada bagasi milik jemaah umrah yang terkandas.
 
 
DIKEMASKINI-PETALING JAYA: Lebih 2,000 jemaah umrah rakyat Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dan Madinah sejak Ahad.

Difahamkan, kelewatan berpunca daripada masalah teknikal pesawat A380 yang disewa khas Malaysia Airlines untuk penerbangan Kuala Lumpur-Madinah.

Turut difahamkan, ia melibatkan kira-kira 1,200 jemaah bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Madinah, dan 1,200 jemaah lagi bagi penerbangan dari Madinah ke Kuala Lumpur.

Seorang jemaah dari Kajang, Mohd Fadil Mohamed Noor, 40, berkata, dia merupakan salah seorang daripada jemaah yang terkandas untuk ke Madinah sejak Ahad lalu.

Dia yang menyertai rombongan bersama lapan ahli keluarganya berkata, mereka sepatutnya menaiki penerbangan MH8202 ke Madinah pada pukul 1.30 tengah hari Ahad lalu.

Antara jemaah yang terkandas berkumpul di luar hotel.

Mohd Fadil yang terkandas memasuki hari ketiga pada Selasa berkata, kebanyakan mereka ditempatkan di Hotel Empress di Sepang sementara menunggu jadual penerbangan baharu ke Madinah.


"Walaupun terkandas, pihak agensi yang menguruskan jemaah sentiasa menjaga kebajikan kami. Bagaimanapun, kami berharap mendapat berita baik daripada Malaysia Airlines," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Dia mendakwa kelewatan membabitkan jemaah lain telah berlaku sejak Jumaat lalu tetapi mereka yang terkandas telah menaiki penerbangan pada Sabtu.

Difahamkan, beberapa agensi yang menguruskan jemaah umrah terjejas akibat kelewatan itu adalah TH Travel and Services, Rayhar Travels, Zahafiz Travel and Tours, MR Travel and Services dan Andalusia Travel and Tours.

Seorang lagi jemaah yang hanya mahu dikenali sebagai Amir kesal kerana Malaysia Airlines tidak memaklumkan sebarang perkembangan terkini kepada jemaah.

Sehubungan itu, dia menggesa supaya syarikat penerbangan tempatan itu segera mengatur jadual baharu untuk jemaah menerusi pelan luar jangka.

Jemaah berkumpul di lobi hotel sebelum ditempatkan di hotel lain.
 
Sementara itu, Pengarah Urusan Rayhar Travels, Harun Ahmmu berkata, seramai 966 jemaah Rayhar dan Andalusia turut terlibat sejak Isnin.

Beliau menjelaskan, jumlah itu terdiri daripada 483 jemaah bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Madinah, dan 483 jemaah lagi dari Madinah ke Kuala Lumpur.

"Jemaah kami dari Madinah juga turut terkandas. Kami diberitahu kelewatan berpunca daripada masalah teknikal pesawat A380," katanya.

Bagaimanapun kata Harun, semua jemaah telah dimaklumkan mengenai kelewatan itu dan sentiasa diberikan perkembangan terkini menerusi aplikasi 'group' WhatsApp.

"Kami mendapat maklumat terkini daripada Malaysia Airlines kira-kira pukul 4.30 petang tadi bahawa jadual penerbangan baru membabitkan jemaah Rayhar dan Andalusia dari Kuala Lumpur ke Madinah ditetapkan pada pukul 8 pagi esok (Rabu).

"Kami telah maklumkan kepada semua jemaah. Bagaimanapun, kebajikan jemaah termasuk penginapan jemaah dijaga dengan baik, " katanya sambil menambah bahawa jemaahnya terpaksa bermalam pada hari kedua sebelum penerbangan pada Rabu

Hina institusi Raja: Nadi Rakyat buat laporan polis terhadap Zahid Mat Arip

Posted: 14 Dec 2016 06:14 AM PST

Astro Awani
Hina institusi Raja: Nadi Rakyat buat laporan polis terhadap Zahid Mat Arip
Mohamad Rafi menunjukkan laporan polis pada sidang media selepas membuat laporan polis terhadap Zahid Mat Arip di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini. -Bernama
 
 
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia membuat satu laporan polis terhadap seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Zahid Mat Arip selepas dikatakan menghina dan memperbodohkan institusi Raja-Raja Melayu.

Zahid sebelum ini didakwa muncul dalam sebuah video menghina secara terbuka dengan mengatakan bahawa institusi Raja-Raja Melayu kini dipengaruhi politik.

Video berdurasi 2 minit 12 saat itu menunjukkan Zahid menuduh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerima arahan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional agar membatalkan jemputan kepada penasihat PPBM, Tun Mahathir Mohamad bagi menghadiri majlis pertabalan Yang Di-Pertuan Agong.

Mohamad Rafi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi Kuala Lumpur.

Negeri Sembilan Tidak Naikkan Cukai Pintu Bagi 2017

Posted: 14 Dec 2016 05:30 AM PST

MALAYSIAN DIGEST


 
SEREMBAN: Tarif cukai pintu di Negeri Sembilan tidak akan dinaikkan bagi 2017 walaupun terdapat kenaikan nilai hartanah di beberapa kawasan tertentu di negeri berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata meskipun tindakan itu bakal memberi impak dari segi perolehan, keputusan itu tetap dibuat bagi mengurangkan bebanan masyarakat yang ketika ini berdepan kos sara hidup yang tinggi.

"Berdasarkan pembentangan penilaian harta dibuat seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini dalam mesyuarat tadi, terdapat peningkatan setiap tahun harga hartanah di kawasan Majlis Perbandaran Seremban, Majlis Perbandaran Nilai, Majlis Perbandaran Port Dickson, Majlis Perbandaran Jempol dan Majlis Perbandaran Tampin...memang harga tanah naik melonjak.

"Tindakan ini bakal menjejaskan kos penyelenggaraan termasuk kos emolumen juga meningkat menyebabkan PBT menghadapi isu kurang pendapatan tahunan, namun kerajaan sudah putuskan tidak akan ada kenaikan cukai pintu.

"Dalam keadaan sekarang, sebarang kenaikan cukai atau cukai pintu tidak kena pada masanya...kita tidak mahu membebankan lagi rakyat," katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Mohamad berkata walaupun perolehan tidak meningkat, tahap perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat perlu dijaga, malah boleh dipertingkatkan.

"Tidak semestinya perolehan kita tidak bertambah, tahap perkhidmatan juga tidak boleh dipertingkat...kita boleh tingkatkan lagi perkhidmatan contohnya dalam urusan pungutan sampah dan berkaitan. Saya yakin tidak akan mengganggu atau mengurangkan tahap perkhidmatan kepada masyarakat.

"Saya yakin cara kita mempertingkatkan perkhidmatan melalui dasar kita memakmur negeri, mensejahterakan rakyat dan cara kita memberi perkhidmatan itu sendiri akan dilihat dan diubahsuai supaya yang penting perkhidmatan dapat dilihat dan memberi kemudahan kepada orang ramai," katanya.

Mohamad turut mengumumkan pengecualian bayaran permit niaga kepada penjaja akan diteruskan sehingga akhir 2017.

"Ia melibatkan penjaja biasa yang jenis buka payung dan bukan tetap seperti peniaga pasar malam. Bagaimanapun lesen berniaga tetap diperlukan tetapi hanya bayaran permit dikecualikan," katanya.
- Bernama


Tunku Abdul Aziz Gelar Pengerusi TV3 ‘Penipu Besar’

Posted: 14 Dec 2016 05:28 AM PST

MALAYSIAN DIGEST


 
BERIKUT merupakan dakwaan yang dibuat oleh Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim seperti yang diterbitkan di dalam portal berita Malaysia Outlook.

Kenyataan tersebut dikeluarkan pada Selasa, 13 Disember dan menyentuh pergolakan dalaman di dalam Media Prima yang pada pendapatnya berpunca daripada pengerusinya, Dato Seri FD Iskandar.

Tunku Abdul Aziz juga menyifatkan FD Iskandar sebagai seorang 'penipu besar' yang telah bertanggungjawab memburukkan reputasinya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, serta menuntut permohonan maaf terbuka.

Kenyataan tersebut adalah seperti di bawah:

Pengerusi Media Prima, Dato Seri FD Iskandar telah menggunakan saya sebagai alasan untuk membuang Dato Seri Ashraf Abdullah, editor kumpulan pengarang Media Prima Berhad.

Lebih teruk lagi, beliau telah memberitahu perkara-perkara tidak benar dan sengaja memperdaya Perdana Menteri pada pagi 28 Nov. lalu, dengan mengatakan bahawa saya telah muncul di TV3 selama 12 malam berturut-turut dan ini mengakibatkan rating TV3 mengalami penurunan dramatik.

Tuduhan melulu ini hanya akan menjadi satu bentuk kemuncak kedunguan, jika tiada bukti yang boleh disahkan oleh badan bertauliah atau badan profesional agensi penarafan televisyen, untuk menyifatkan penampilan saya di TV3 telah menjadi punca populariti Buletin Utama TV3 jatuh mendadak.

Penjelasan tersebut terlalu simplistik, saya rasa tersanjung.

Beri saya peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Pada bulan Oktober dan November, saya hanya tampil di dalam Buletin Utama pada tarikh 18 Okt., 11 dan 14 Nov., hanya tiga kali dan bukan 12 seperti yang beliau bohongkan kepada PM.

Dato Seri Ashraf Abdullah merupakan seorang yang amat profesional, disanjung tinggi dan peka terhadap media massa.

Ianya pasti mengejutkan jika beliau membenarkan pengeluaran kenyataan media sebanyak lebih tiga kali sebulan daripada seseorang seperti saya uang tidak memegang sebarang jawatan sama ada di dalam kerajaan atau dunia politik.

Saya merupakan seorang aktivis sosial yang berpegang teguh kepada kepercayaan terhadap undang-undang dan peraturan.

Secara ringkasnya, Dato Seri Ashraf Abdullah merupakan seseorang yang tahu tanggungjawabnya.

Saya menuntut permohonan maaf terbuka daripada Dato Seri FD Iskandar oleh kerana beliau telah menyalahgunakan nama saya sekaligus mengelirukan PM, di samping agenda peribadinya terhadap Dato Seri Ashraf Abdullah.

Saya telah terlibat di dalam kemelut ini kerana beliau telah mengheret saya ke dalam apa yang dilihat sebagai rancangan kotornya untuk menyingkirkan editor kumpulan pengarangya yang berfikiran terbuka dengan secara terang-terangan menceritakan yang tidak benar kepada PM.

Saya berikan Dato Seri FD Iskandar tempoh hanya satu minggu daripada tarikh penerbitan surat ini di dalam portal berita Malaysia Outlook untuk membuat permohonan maaf terbuka kepada saya, dan kegagalan untuk melakukan demikian akan dikenakan tindakan undang-undang bagi melindungi nama dan reputasi saya.

Kita tidak mahu mempunyai penipu besar sebagai pengerusi di Media Prima, yang merupakan sebuah organisasi komunikasi penting yang sepatutnya dipimpin oleh seseorang yang mempunyai nilai integriti tertinggi.
Keyakinan orang ramai tidak boleh dibiarkan terjejas akibat apa yang berlaku.

Jika pengerusi boleh mengelirukan PM dengan perkara yang tidak benar, bayangkan apa yang dia tidak akan lakukan untuk kita semua, ahli-ahli biasa dalam masyarakat.

Saya kasihan kepada Dato Ashraf, seorang profesional berhati murni,kerana terpaksa bekerja di bawah seorang pendusta.

Yang lebih mendukacitakan adalah beliau terpaksa bersabar dengan seseorang yang mahu kawalan editorial secara total walaupun ia di luar bidang kuasa beliau.

Seperti yang kita semua tahu, oleh amalan, konvensyen dan tradisi, pengerusi tidak mempunyai suara dalam operasi editorial.

Dalam kes beliau, beliau hanyalah seorang pengerusi, bukan eksekutif.

Hanya Ketua Editor mempunyai kawalan lengkap dalam bilik berita.

Secara jujur saya berharap seseorang akan mendedahkan sebab sebenar mengapa Dato Seri FD Iskandar begitu berminat untuk mempunyai kawalan mutlak ke atas ruangan berita di TV3.

Adakah kepentingan politik atau perniagaan yang menjadikan beliau begitu bersungguh-sungguh mencapai matlamatnya?

Saya difahamkan bahawa beliau tidak begitu gembira apabila Tan Sri Muhyiddin telah diserang beberapa kali di TV3, terutamanya kenyataan media saya pada NCC2 yang menjadi pencetus bagi kumpulan pembangkang kepimpinan PM untuk menubuhkan mekanisme pembuat undang-undang luar-Parlimen.

Beliau dipercayai sedang berusaha untuk PM melantik beliau ketua "Boffin Boys" – kumpulan strategis yang bekerja keras untuk melindungi PM daripada pembohongan oleh media dalam dan luar negara.
Jika dia berjaya meyakinkan PM, maka saya hanya boleh berharap kedua-dua mereka yang terbaik.

- mynewshub.cc

 

Sultan Muhammad V seorang sahabat yang ikhlas

Posted: 14 Dec 2016 05:23 AM PST

SINAR HARIAN
 
Sultan Muhammad V
Sultan Muhammad V - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Sahabat sejati akan dihargai dan persahabatan itu dianggap lebih berharga daripada segala perkara di dunia ini kerana ia terbina atas dasar keikhlasan.

Keikhlasan dalam persahabatan inilah antara sifat mulia Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, yang disanjung rakan baginda, Datuk Justin Soo.

Soo, yang diperkenalkan kepada Sultan Muhammad V kira-kira 15 tahun lalu menerusi seorang sahabat terdekat baginda, berkata budi pekerti mulia Seri Paduka telah membina persahabatan yang akrab antara mereka berdua.

Mengimbas kembali detik pertama pertemuan Soo dan Sultan Muhammad V sekitar tahun 2001 di sebuah hotel di sini, Soo berkata pertemuan itu sekadar untuk menikmati jamuan malam bersama.

"Baginda ketika itu merupakan Tengku Mahkota Kelantan. Baginda seorang yang merendah diri dan mudah mesra.

"Pada masa itu, saya tidak tahu pun yang baginda adalah Putera Mahkota sehinggalah selepas sekian lama berbicara," katanya dalam temu bual dengan Bernama di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Soo, 40, pemilik sebuah syarikat pembinaan, menyanjung tinggi keperibadian putera sulung kepada Sultan Ismail Petra dan menyifatkan baginda seorang Raja berjiwa rakyat.

"Baginda seorang yamg berwibawa dan jujur, mengotakan apa yang dititah," kata usahawan yang berasal dari Jalan Klang Lama itu.  

Soo berkata keikhlasan Sultan Muhammad V dalam persahabatan mereka terserlah ketika Soo menerima kehadiran cahaya mata sulungnya beberapa tahun lepas.

Pada waktu itu, katanya, beliau berkongsi kegembiraannya itu dengan baginda menerusi khidmat pesanan ringkas mengatakan isterinya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

"Tanpa disangka sejurus kemudian, Seri Paduka menghubungi saya dan memaklumkan bahawa baginda sedang dalam perjalanan menuju ke hospital untuk melawat isteri dan anak saya," katanya dalam nada terharu.

Soo berkata secara peribadi beliau juga amat menghormati Seri Paduka yang begitu menjaga waktu solat walau di mana baginda berada.

"Pernah suatu ketika, saya dan baginda dalam perjalanan ke Kota Bharu...apabila masuk waktu solat, baginda menitahkan pemandu untuk berhenti di masjid terdekat. Baginda tidak memilih, mana sahaja masjid atau surau terdekat, di situlah baginda akan solat," katanya.

Menceritakan mengenai keprihatinan Sultan Muhammad V terhadap rakyat jelata, Soo berkata baginda memiliki sebuah bot yang pernah digunakan untuk meninjau sendiri keadaan rakyat dan kawasan terjejas banjir besar di Kelantan pada 2014.

Soo berkata keprihatinan Seri Paduka tidak hanya kepada rakyat beragama Islam, malah baginda juga amat mengambil berat hal ehwal golongan bukan Islam di Kelantan.

"Apa yang baginda lakukan bukan untuk mendapatkan publisiti. Itu semua lahir daripada keikhlasan baginda yang mahu melihat sendiri kesusahan rakyat ketika itu, dan baginda ingin tahu bentuk pertolongan yang boleh dihulurkan," katanya.

Soo percaya, selaku Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V akan memastikan pembangunan, ekonomi dan sosial negara terus maju selain menjadi ikon kepada penyatuan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Sementara itu sepupu baginda, Tengku Rozanna Petri Tengku Mohamed Nasrun berkata walaupun selalu dilihat berpakaian kemas dan ringkas apabila mendekati rakyat jelata, Sultan Muhammad V merupakan seorang Raja yang sukakan aktiviti lasak dan mencabar.

Seri Paduka merupakan seorang penembak yang handal dan begitu gemarkan sukan menembak, aktiviti berburu dan ekspedisi lasak kenderaan pacuan empat roda selain minat mendalami ilmu agama dan hal ehwal semasa.

Tengku Rozanna yang bersama-sama Sultan Muhammad V melanjutkan pengajian di England sekitar akhir tahun 80-an, berkata baginda juga kerap melakukan aktiviti sukan go-kart bersama kerabat yang menuntut di negara itu.

"Kalau ada masa terluang baginda akan bersama gajet kerana baginda kerap melayari Internet untuk mengetahui perkembangan dunia. Baginda memang sangat berpengetahuan tinggi, beri sahaja suatu isu terkini pasti baginda tahu," katanya.

Menyentuh keperibadian baginda, Tengku Rozanna Petri berkata Sultan Muhammad V merupakan seorang yang mendahulukan keluarga dan sangat mengambil berat nasib rakyat Kelantan. - BERNAMA



‘Kami tak maksum, tapi jangan fitnah kami’

Posted: 14 Dec 2016 04:54 AM PST

Idris Ahmad
Idris Ahmad


SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad mengakui pimpinan parti itu tidak maksum dan sedia untuk dikritik.

Bagaimanapun, beliau memohon agar mereka yang membenci Pas agar tidak membuat fitnah terhadap parti itu.

"Kalau kita ragu atau tidak pasti maklumat, tidak perlu viral kepada orang lain. Kalau pun benci dengan Pas jangan pula fitnah Pas.

"Kritiklah Pas dan pimpinan kalau kami salah, kerana kami bukan maksum," katanya dalam kenyataan.
Mengambil contoh dakwaan Pas hendak bergabung dengan Umno serta Pas menerima dana RM90 juta, Idris berkata, kebanyakan maklumat itu diperoleh daripada sumber tidak sahih.

"Daripada mana awak dapat maklumat mengatakan Pas hendak bergabung dengan Umno? Daripada mana awak dapat maklumat Pas dapat RM90 juta?

"Daripada mana awak dapat maklumat Pas tidak bersuara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB),  RM2.6 bilion, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ)? Jawapannya daripada Facebook, WhatsApp, ceramah orang yang benci kepada Pas, portal dan laman web," katanya.

Oleh itu, beliau menasihatkan semua pihak merujuk kesahihan maklumat kepada pemimpin Pas atau saluran yang tepat.

"Bukankah pepatah mengatakan hendak tahu kebaikan seorang tanyalah sahabatnya. Hendak tahu keburukan seorang tanyalah musuhnya.

"Nasihat saya tanyalah kepada ahlinya, bukan maklumat yang tidak tahu siapa membawa dan menulisnya. Mungkin ditulis oleh orang Muslim, kafir, munafik, penulis upahan, pendendam, batu api atau saraf musuh," katanya.


"BUAT APA TANDING 70 SAJA, TANDINGLAH SEMUA 222 KERUSI"

Posted: 14 Dec 2016 04:43 AM PST

shahbudindotcom


Hakikat bahawa Pas sebuah parti yang keliru di bawah kepimpinan Hadi Awang sebenarnya tidak dapat disangkal lagi. Ia semakin nyata dan terang-terang di depan mata.

Pas bukan saja keliru mengenai siapa kawan dan siapa lawan, bahkan juga keliru tentang apa yang sebenar dimahukan dalam perjuangannya.

Ketika meletakkan syarat kepada PPBM agar meninggalkan DAP dan Amanah  jika ingin bekerjasama dengannya, Pas terlupa bahawa di Selangor sekarang ini ia sedang duduk semeja dengan kedua-dua parti yang dimusuhinya itu.

Malah, ketika meletakkan syarat itu kepada PPBM, Pas tidak pula pernah bersuara dengan nada yang sama kepada PKR dalam kerajaan negeri Selangor yang sedia diketahui memang menjalin kerjasama dengan DAP dan Amanah.

Lebih dari itu, dalam menyatakan kesediaan menjalin kerjasama dengan PKR secara keseluruhannya pun, tidak pernah Pas meletakkan syarat agar ditinggalkan DAP dan Amanah.

Kenapa hanya dengan PPBM saja diletakkan syarat agar meninggalkan DAP dan Amanah, tetapi tidak kepada PKR?

Jika benar istiqamah dalam menentang DAP yang kononnya anti Islam serta menolak Amanah yang dianggap sebagai parti yang khianat, mengapa tidak dimulakan dengan meninggalkan segala jawatan dan kedudukan dalam kerajaan negeri Selangor untuk berdiri sebagai blok ketiga yang dikenali sebagai Gagasan Sejahtera?

Tidakkah ini menunjukkan Pas benar-benar sedang keliru?
 
 
 
 
Dua hari lalu pula, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man meletakkan satu lagi syarat baru, khususnya kepada PPBM,  jika ingin menjalin kerjasama dengan parti itu.

Syaratnya ialah tidak bertanding di 70 kerusi yang ditandingi oleh Pas dalam PRU 13 yang lalu.

Pas meletakkan syarat demikian kerana beranggapan 70 kerusi itu adalah milik mereka, meskipun dalam PRU 13 lalu ia hanya menang 21 kerusi Parlimen saja.

Syarat ini juga menunjukkan Pas sekali lagi keliru.

Bagaimana Pas boleh menganganggap 70 kerusi yang pernah ditandinginya itu sebagai miliknya sedangkan ia hanya menang 21 kerusi saja?

Jika 21 kerusi yang menang itu diminta jangan dikacau, mungkin juga boleh diterima dan difahami, tetapi dengan merasakan kerusi yang kalah juga sebagai hak miliknya, Pas ternyata benar-benar keliru.

Dengan meletakkan syarat syarat kepada PPBM agar 70 kerusi itu jangan dikacau, bermakna Muhyiddin Yassin dengan sendirinya tidak boleh lagi bertanding di Pagoh dan Mukhriz Mahathir yang pernah menjadi Ahli Parlimen Jerlun pada PRU 12 sebelum bertanding di DUN Air Hitam pada PRU 13, turut terpaksa mencari kerusi yang lain jika ingin bertanding lagi kerana semua kerusi itu ditandingi oleh Pas dalam PRU 13 yang lalu?

Maka, ke kerusi mana Muhyiddin dan Mukhriz mahu lari jika ingin memenuhi syarat Pas itu?

Tidakkah ternampak mengarut dan menunjukkan Pas benar-benar keliru dengan tindakannya meletakkan syarat agar 70 kerusi itu jangan diganggu?

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh Pas, kekal bertanding di 70 kerusi atau mahu memang lebih daripada 21 kerusi Parlimen?

Apakah Pas tidak sedar bahawa PPBM akan memberi keuntungan kepadanya dari segi kemungkinan memenangi lebih banyak kerusi kerana PPBM akan mencuri undi daripada kalangan ahli-ahli UMNO, meskipun jika bertanding kurang daripada 70 kerusi?

Apa seterusnya?

Jika Pas kekal dengan kekeliruan mengenai apa yang dimahukannya, bukan saja PPBM harus menghentikan rundingan dengan parti itu, malah Pas juga boleh mulai sekarang mengumumkan untuk bertanding di semua 222 kerusi Parlimen.

Alang-alang ingin menjadi "parti kerusi", lebih baiklah bertanding di semua 222 kerusi. Buat apa sekadar 70 saja! 


Jika PPBM tidak diberi kerusi, perjanjian ini tiada makna, kata Muhyiddin [TONTON VIDEO]

Posted: 13 Dec 2016 11:07 PM PST

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin merayu agar Pakatan Harapan (PH) menimbangkan pemberian kerusi untuk ditandingi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
 
Muhyiddin berkata, PPBM sebagai sebuah parti baru begitu memerlukan pertimbangan daripada PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan AMANAH. 
 
"Sebagai parti baru kita ingatkan diri kita, kita belum ada kerusi lagi, kita minta kawan-kawan kiri dan kanan menimbangkan ruang," katanya dalam sidang media sempena majlis tandatangan perjanjian kerjasama politik antara PPBM dan PH.
 
Perjanjian itu ditandatangani bersama oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP), Mohamad Sabu (Presiden AMANAH) dan Muhyiddin sendiri selaku Presiden PPBM.
 
Tambah bekas timbalan perdana menteri itu, perjanjian yang ditandatangani hari ini tidak akan bermakna sekiranya parti pimpinannya tidak diberikan kerusi untuk pada PRU14.
 
"Kalau tidak, tidak ke mana muafakat kita ini kalau hanya membantu dari bawah dan tidak memberi bantuan dari segi kawasan-kawasan yang kita boleh menangi," kata beliau lagi.
 
Salah satu parti dalam PH iaitu AMANAH sebelum ini menegaskan akan menurunkan calon di semua kerusi yang pernah ditandingi PAS.
 
Perkara itu ditegaskan Pengarah Pilihan Raya AMANAH, Dr Hatta Ramli, pada Konvensyen Nasional AMANAH, beberapa hari lalu.
 
Malah Hatta turut membangkitkan persoalan iaitu di mana PPBM akan bertanding dalam pilihan raya akan datang sekiranya AMANAH melawan pada kerusi yang dipertandingkan PAS.
 
"Jika DAP tidak berikan sebarang kerusi, di mana mereka akan bertanding? Kita sentiasa sesuaikan dan berikan kerusi, maka PKR dan DAP juga boleh," petik kata Hatta.
 
 
 

Papan iklan lebuhraya runtuh, hempap rumah di Seremban

Posted: 13 Dec 2016 11:02 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
NILAI: Umpama jatuh ditimpa tangga buat Maulud Wahid yang sedang menguruskan jenazah abang iparnya apabila diberitahu rumahnya dihempap papan iklan yang mencederakan anak perempuannya di Kampung Telegong, di Seremban semalam.
 
Maulud, 44, yang ketika itu berada di Hospital Tuanku Jaafar berikutan kematian abang iparnya, terpaksa bergegas pulang selepas dimaklumkan Diana Athira, 17, cedera ringan akibat terkena serpihan besi konkrit papan iklan itu.
 
Angin kencang pada jam 1.30 tengah hari itu menyebabkan papan iklan terletak berhampiran rumah bersebelahan Lebuhraya Utara-Selatan itu, tumbang menghempap kediaman tersebut ketika mangsa sedang tidur di biliknya manakala empat beradiknya bermain di luar rumah.
 
"Saya hanya mengetahui mengenainya selepas dihubungi anak. Ketika kejadian, isteri saya berada di rumah saudara berdekatan rumah kami.
 
"Selepas dapat panggilan itu, saya terus balik kerana khuatir keselamatan anak-anak yang berada di rumah," katanya.
 
Menurut Maulud, beliau ada membuat laporan mengenai papan iklan tersebut yang baru dinaikkan bulan lalu kerana terlalu hampir dengan rumahnya kepada Majlis Perbandaran Nilai, dua minggu lepas kerana bimbangkan keselamatan keluarganya.
 
"Anak saya yang cedera telah dibawa ke Klinik Kesihatan Labu tetapi masih mengadu sakit selepas dibawa pulang ke rumah.
 
"Saya akan bawanya ke hospital untuk rawatan susulan," katanya.
 
Adik Diana, Mohd Haniq Farhan Maulud, 15, berkata beliau tidak sedap hati ketika angin kencang dan sempat menjerit memanggil kakaknya sebelum papan iklan itu tumbang menghempap rumah itu.
 
"Kakak tidak sempat keluar dari rumah. Kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana ia berlaku dengan pantas," katanya.
 
Seorang jiran Mohd Asri Abdullah, 37, pula berkata mulanya beliau menyangka bunyi petir tetapi apabila menyedari papan iklan itu menghempap rumah jirannya, beliau terus bergegas membantu mangsa.
 
"Saya menyangkakannya bunyi petir, jadi saya keluar rumah untuk memeriksa dan nampak rumah jiran kami telah dihempap papan iklan, lalu memberitahu isteri dan kemudian memberi bantuan," katanya

Polis tangkap Datuk disyaki ada kaitan kes bunuh Bill Kayong

Posted: 13 Dec 2016 11:00 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic


KUALA LUMPUR: Seorang Datuk yang disyaki perancang utama pembunuhan aktivis tanah adat Bill Anak Kayong ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Menurut polis, Datuk Stephen Lee Chee Kiang ditahan Kementerian Keselamatan Awam Republik Rakyat China di Fujian semalam dan diusir keluar ke Malaysia.

Stephen diiring pulang ke Malaysia oleh satu pasukan khas yang diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Datuk Dev Kumar.

"Syabas JSJ Sarawak berjaya kesan dan tangkap perancang utama pembunuhan Bill Kayong di KLIA sebentar tadi," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitter malam tadi.

Media melaporkan ahli perniagaan itu melarikan diri ke luar negara dan diburu Interpol selepas meninggalkan Malaysia beberapa hari selepas pembunuhan.

Bill, 43, ditembak mati pada 21 Jun lepas ketika berada dalam kenderaan pikap di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuala Baram dekat Lutong, Miri.

Beliau merupakan Setiausaha PKR Cabang Miri.

"Sabjek akan diiring ke Miri pada 14 Disember 2016 dan dituduh dengan segera untuk kes pembunuhan Bill Anak Kayong," kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor.

Julai lalu, Mohamad Fitri Pauzi, 29 didakwa di Mahkamah Majistret Miri mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Bill.

Seorang lagi tertuduh, Lie Chang Loon, 37 didakwa bersubahat dengan Fitri mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.


Berhenti fitnah PAS, tegas Naib Presiden

Posted: 13 Dec 2016 10:50 PM PST

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS melahirkan rasa kecewanya terhadap pihak yang sering melemparkan tuduhan kepada parti itu bersabit kerjasama dengan Umno-Barisan Nasional (BN) dan menerima dedak daripada kerajaan.
 
Naib Presidennya Idris Ahmad turut menyelar sikap sesetengah pihak yang lebih mempercayai sumber yang tidak sahih berbanding bertanya sendiri kepada pemimpin PAS. 
 
"Daripada mana awak dapat maklumat mengatakan PAS hendak bergabung dengan Umno? Daripada mana awak dapat maklumat PAS dapat RM90 juta? Daripada mana awak dapat maklumat PAS tidak bersuara mengenai 1MDB,  RM2.6 bilion, DOJ? 
 
"Jawapannya daripada FB, WhatsApp, ceramah orang yang benci kepada PAS, portal, laman web.
 
"Saya tanya lagi, awak ada bertanya dengan pemimpin PAS? Awak baca Harakahdaily? Awak baca Harakah? Awak hadir usrah? Awak dengar kuliah  di markas PAS? Awak dengar ceramah PAS? Jawapannya semuanya tidak.
 
"Nasihat saya tanyalah kepada ahlinya, bukan maklumat yang tidak tahu siapa membawa dan menulisnya.," katanya dalam satu kenyataan.
 
Walaupun tidak menyatakan secara jelas, umum mengetahui bahawa beliau merujuk kepada AMANAH dan DAP.
 
PAS sebelum ini acapkali diserang bekas parti serpihannya AMANAH dan DAP terutamanya dalam isu ketidaksudian parti itu menjalin kerjasama dengan pembangkang yang lain dalam menghadapi Umno-BN pada pilihan raya akan datang.
 
Malah Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menerusi Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad, sering menuduh PAS menerima dedak daripada Umno-BN dan menyokong parti itu.
 
Idris juga menegaskan dan menggesa supaya orang ramai tidak lagi mempercayai sumber maklumat yang belum pasti kesahihannya dan bertindak menyebarkannnya.
 
"Kalau kita ragu atau tidak pasti maklumat, tidak perlu viral kepada orang lain. Kalau pun benci dengan PAS jangan pula fitnah PAS. Kritiklah PAS dan pimpinan kalau kami salah, kerana kami bukan maksum," tegas beliau lagi.
 
 

Rayuan gagal, keluarga Anwar salahkan sistem kehakiman

Posted: 13 Dec 2016 10:48 PM PST

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Pembangkang terus menyalahkan sistem kehakiman negara ekoran kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan sabitan dan hukuman kes liwat yang dihadapinya.
 
Isteri Anwar yang juga merupakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan itu memangsakan Ketua Umum PKR dan akhirnya terus meringkuk di penjara.
 
"Sistem kehakiman yang saya sanjung dan mengharapkan dapat membela sesiapa yang ditindas dan dianiaya, (namun) inilah (nasib) sistem yang kita harapkan.
 
"Apakah saya tak boleh berharap lagi. Ini yang membuatkan saya tidak punya rasa untuk lagi bercakap," katanya ketika berucap di hadapan penyokong Anwar di perkarangan Istana Kehakiman, tengah hari tadi. 
 
Reaksi itu menyusul selepas Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak permohonan semakan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman kes liwat yang dihadapinya.
 
Dalam prosiding yang bermula pada jam 10.19 minit pagi tadi, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan semakan berkenaan mengikut aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 tidak mempunyai sebarang merit.
 
Mahkamah turut memutuskan tidak berlaku ketidakadilan dalam perbicaraan kes liwat itu berdasarkan integriti sampel, penyalahgunaan proses mahkamah dan dakwaan konspirasi dalam pertuduhan ke atasnya.
 
Dengan keputusan itu, Anwar yang sudah menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh selama setahun 10 bulan perlu menghabiskan baki hukuman penjara lima tahun yang diperintahkan ke atasnya.
 
Sementara itu, anak Anwar, Nurul Izzah berkata kekalahan bapanya dalam permohonan semakan itu sebagai permulaan baru untuk rakyat melawan sistem pentadbiran negara yang didakwanya sebagai korup.
 
"Saya hendak kita gunakan kekuatan dan semangat ini. Datuk Seri Najib Razak, ini bukan pengakhiran kami. Kita akan melawan kembali. Anda ingat boleh bebas di mahkamah dunia? Anda perlu membayar ini semua, kami tetap komited untuk lawan," tegasnya lagi.
 
Dalam sebutan keputusan peraturan penjara bersabit dengan kelakuan banduan bagaimanapun mungkin membolehkan Anwar dibebaskan pertengahan 2018.
 
Pasukan peguam Anwar juga dijangka menimbang kemungkinan mengemukakan rayuan pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong baru, Sultan Muhammad V.
 
Turut bersidang Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
 
Anwar memohon semakan untuk mengenepikan sabitan dan hukuman lima tahun penjara terhadapnya atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
 
Selain itu, secara alternatif dia memohon Mahkamah Persekutuan mendengar semula rayuan itu berdasarkan kepada merit.
 
Pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 yang mensabitkan Anwar dan memerintahkannya dipenjara lima tahun.
 
 

Mengapa pemimpin bukan Islam campuri ehwal Islam?

Posted: 13 Dec 2016 10:47 PM PST





 
Oleh SYED AHMAD FADHLI


BELAKANGAN ini, semakin lantang suara pemimpin bukan Islam sama ada yang di dalam Kerajaan, Pembangkang mahupun NGO tertentu yang mendesak itu dan ini mengenai undang-undang Islam.

Apa agenda mereka sebenarnya? Adakah mereka ingin mendapatkan keuntungan politik bagi meraih sokongan pengundi bukan Islam?

Dalam hal RUU 355, mereka begitu lantang menghalang usaha memperkasakan Mahkamah Syariah yang hanya melibatkan orang Islam. Aneh bukan?

Ironinya, apabila Kerajaan Persekutuan membentangkan RUU Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164), merekalah antara yang begitu berbangga menyambutnya dan menyeru semua pihak menyokongnya tanpa berbelah-bahagi.

Kerana apa?

Dengan pindaan terbaru itu nanti, anak-anak (yang berumur bawah 18 tahun) kepada muallaf yang baru memeluk Islam, tidak lagi boleh diislamkan secara sebelah pihak (Unilateral Conversion), pengislaman itu memerlukan persetujuan ibu dan bapa.

Namun, agak pelik pindaan itu kerana ia hanya menyatakan agama Islam sahaja yang memerlukan persetujuan ibu dan bapa si anak, sedangkan agama lain tidak pula disebut.

Timbul juga persoalan adakah pindaan Akta 164 itu berperlembagaan seperti yang telah disuarakan oleh Dato' Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia?

Hal ini kerana Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut "Bagi maksud Fasal (3), agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya."

Maksud "parent" dalam Perkara 12(4) sebagai merujuk kepada sama ada Ibu ATAU Bapa telah ditafsirkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam penghakiman kes Subashini lawan Saravanan (Muhammad Shafi) pada 2007.

Hakim Abdul Aziz Mohamad dalam penghakiman tersebut menegaskan bahawa maksud 'parent' dalam Perkara 12(4) ditafsir dengan 'by his father or his mother or guardian'.

Pengislaman anak-anak di bawah umur 18 tahun oleh bapa yang Muslim diktiraf Mahkamah Persekutuan sebagai betul dan tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.

RUU Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164) itu baru sahaja di peringkat Bacaan Kali Pertama, ianya belum pun dibahaskan apatah lagi diluluskan.
Sokongan majoriti 2/3 Dewan juga diperlukan sekiranya Kerajaan Pusat turut berhasrat meminda Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

Apa yang pasti, PAS semestinya mempunyai pendirian yang tegas dan tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak dalam hal melibatkan akidah ummat Islam.
UMNO, PKR, dan PAN tidaklah saya pasti apa pendirian mereka dalam hal ini.?

Pada Khamis lepas, Sidang DUN Perlis telah meluluskan pindaan Seksyen 117 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis 2006 yang menyelaraskan definisi 'parent' iaitu Ibu ATAU Bapa, bukannya 'parents' iaitu Ibu DAN Bapa.

Dengan pindaan terbaru, seksyen tersebut menyatakan seseorang yang bukan beragama Islam boleh memeluk agama Islam jika dia sempurna akal dan sudah mencapai umur 18 tahun; atau jika dia belum mencapai umur 18 tahun, ibu ATAU bapa atau penjaganya mengizinkan pemelukan agama Islam olehnya.

Ketika sesi pengundian kesemua, 12 ADUN UMNO dan 1 ADUN PAS menyokongnya manakala 1 ADUN PKR menentang, 1 ADUN MCA tidak mengundi.

Rentetan daripada itu, Kerajaan Negeri Perlis dikritik keras oleh parti MCA, MIC, Gerakan dan parti bukan Islam yang lain.

Hari ini pula,Ketua PKR Sarawak Baru Bian bersama Persatuan Gereja-gereja di Sarawak (ACS) mendesak Kerajaan Negeri Sarawak meminda Seksyen 69 Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 yang membolehkan kanak-kanak diislamkan secara sebelah pihak.

Mengapa pula sehingga pemimpin bukan Islam pula hendak mengarah Kerajaan meminda undang-undang Islam.?

Sungguh, ini perbuatan melampau.

Bukan sahaja di Sarawak, undang-undang Islam di Perak, Wilayah Persekutuan, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan juga menggunapakai definisi 'parent' itu ialah Ibu ATAU Bapa.

Mungkin ramai yang tidak tahu, hal ehwal Islam adalah kuasa Negeri sepertimana tertakluk dalam Butiran 1, Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Sebab itulah para Sultan dan Raja-Raja Melayu merupakan Ketua Agama Islam di setiap negeri masing-masing.

Jadi, sebarang pindaan terhadap enakmen undang-undang Islam adalah kuasa Kerajaan Negeri, bukannya Kerajaan Persekutuan.

Ada yang berhujjah menggunapakai keputusan Kabinet pada 24 April 2009 yang memutuskan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.

Keputusan Kabinet itu ditegur oleh JAKIM pada 25 April 2009 dengan menyatakan "Status agama anak: Perlu lihat hukum syarak".

Bahkan, keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 - 25 Jun 2009 telah membincangkan Status Agama Anak Bawah Umur Selepas Salah Seorang Pasangan Memeluk Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak dibawah umur juga adalah Islam dan penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam;

2. Oleh hal yang demikian apabila salah seorang pasangan (ibu atau bapa) memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan adalah secara langsung beragama Islam;

3. Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa penjaganya tidak perlu dipinda.

Adalah jelas bahawa keputusan di atas telah disandarkan pada asas hujahan yang kukuh dan bersesuaian dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan sebagaimana termaktub pada Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Kita hidup di sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama. Sifat saling menghormati dan toleransi sememangnya perlu diamalkan bagi membentuk perpaduan dan menjana keharmonian.

Justeru, adalah amat tidak wajar pemimpin bukan Islam cuba masuk campur hal ehwal undang-undang orang Islam.

Apakah perasaan mereka seandainya orang Islam pula mendesak penganut Kristian, Hindu dan Buddha meminda undang-undang agama mereka?

*  SYED AHMAD FADHLI.  Pegawai Pusat Penyelidikan PAS 


Peluang BN Selangor pada tuah Donald Trump

Posted: 13 Dec 2016 10:40 PM PST

 
Oleh SUBKY LATIF


Umno Selangor mungkin boleh meletakkan harapan lebih besar dari PRU13 dengan formula satu pembangkang yang dirasakan hampir mustahil.  UMNO boleh memasang harapan peluang berkuasa semula di Selangor bertambah sedap.
 
Tetapi saya tanya pandangan awam pemerhati politik di Selangor. Andaian mereka peluang itu ada kiranya mengemukakan seorang pemimpin yang dapat diterima oleh semua.
   
Apakah Tan Sri Noh Omar tdak boleh jadi pemimpin itu? Dia adalah orang yang paling banyak mendapat publisiti di Selangor mengalahkan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali dan lain-lain pemimpin politik di Selangor.
    
Reaksinya ialah 'orang Umno pun tak suka Noh.'
    
Apakah  tidak ada tokoh Umno yang lain?
    
Setakat ini belum nampak dan belum ada yang ditonjolkan.
    
Andaian itu boleh jadi betul dan boleh jadi juga idak betul. Tetapi Umno mestilah sensitif dengan pandangan seperti itu bagi menjamin ia tidak terlepas peluang yang dikira baik dari tahun 2013 atau lebih baik dari semua masa sejak tahun 2008.
   
Umno tindak menindakkan risiko atas politik Noh yang penuh masa mendekati semua orang dan semua budaya. Dia bukan saja berpakaian Orng Asli semasa bersama Orang Asli dan berbudaya Maharaja India bila mendekati masyarakat India. Cuma tak sama dengan Maharaja itu dia tiada tanda di dahi.
    
Apa yang lemahnya pada Noh Omar? Ikut media dia seolah-olah popular.
    
Dia tidak macam PM Najib dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pijak semut pun tak mati.  Imej dan wataknya seolah-oleh menyamai si Donald Trump. Kasar, bengis, cakap pun tak berkira sangat.
   
Siapa yang sangka Doland Trump boleh mengalahkan Hillary Clinton bagi menjadi Presdien Amerika? Kebanyakan pemimpin kanan Republikan mengira dia tidak layak jadi Presiden Amerika. Hatta Presiden George Bush diberita keluar juga mengundi tetapi merosakkan kertas undinya.
    
Sedunia orang meramalkan Hillarylah pemenangnya. Tetapi calon yang tidak popular, kasar, celupar, rasis dan cengis itu yang menang. Nyonya Clinton yang tiada apa yang mati dipijaknya menjadi pilihan majoriti. Calon yang macam Noh itu yang menang di Amerika.
   
Sehingga ini dan hingga PRU14 nanti peluang Umno Selangor untuk kembali berkuasa, bergantung pada tuah seperti si Trump itu.
   
Pengamatan para pemerhati di Selangor hanya akan meleset kalau si Noh sama tuah dan  nasibnya dengan si Donald Trump.
   
Bagi menyedapkan hati Umno dan penyokong Noh, boleh berdoa dan meletakkan keyakinan Noh akan senasib dengan Donald Trump.
  
Populariti, lemah lembut, digemari oleh banyak orang belum tentu menjadi jaminan kemenangan. Di jalan-jalan di Selangor masa ini yang menaik banyak orang ialah yang macam Dato Jamal baju merah. Orang keras itu yang orang suka. Yang tidak keras ditakuti jadi orang lembut.
   
Jika ikut semangat Umno pimpinan Najib, pilihannya ialah yang wasatiyah, yang sederhana, tidak keras dan tidak lembik.
   
Jika pandangan pemerhati itu mencerminkan politik di Selangor, yang berasa lapang ia pembangkang, antara Pakatan dan grup ketiga. -

Tiada ulasan: