Khamis, 1 Disember 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


500 alas kaki ada ayat al-Quran dirampas

Posted: 01 Dec 2016 07:07 AM PST

 500 alas kaki ada ayat al-Quran dirampas
Salah satu alas kaki yang mempunyai ayat al-Quran. – Foto Sinar Harian
 
 
MELAKA TENGAH - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyita kira-kira 500 alas kaki mengandungi helaian kertas bercetak ayat al-Quran di sebuah gudang barangan jualan keperluan rumah di Krubong, di sini, hari ini.

Sitaan terhadap alas kaki itu dibuat anggota penguat kuasa JAIM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka dan polis selepas membuat pemeriksaan di gudang berkenaan kira-kira jam 2 petang.

Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, selain ayat al-Quran, pihaknya turut menemui terjemahan al-Quran dan doa-doa harian serta tulisan arab pada helaian kertas di bahagian dalam alas kaki berkenaan.

"Gudang ini dimiliki sebuah syarikat mengedar beberapa peralatan rumah termasuk alas kaki yang diperoleh dari Semarang, Indonesia dan ia akan dibekalkan di beberapa premis termasuk pasar raya di negeri ini dan Johor.

"Semasa pemeriksaan kita mendapat kerjasama dari syarikat malah mereka telah pun mengasingkan alas-alas kaki ini. Sitaan dibuat untuk siasatan lanjut dan tujuan perlupusan dengan kerjasama KDN," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.


ZAHID SINDIR NAJIB?

Posted: 01 Dec 2016 07:02 AM PST

 shahbudindotcom

 

 
 
Dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO oleh Najib Razak tahun ini, nama yang paling kerap disebutnya ialah Tun Mahathir Mohamad.

Walaupun bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu bukan lagi ahli UMNO, namun Najib tetap memberi keutamaan dengan menyebut nama Tun Mahathir berulang-ulang kali.

Berbanding seorang lagi bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Tun Abdullah Ahmad Badawi, walaupun turut berada di Dewan Merdeka, beliau sebaliknya seolah-olah dilupakan begitu saja oleh Najib.

Ketika di media-media sosial mula terdengar kata-kata agar mereka yang bukan lagi ahli UMNO tidak perlu sibuk-sibuk memperkatakan tentang Perhimpunan Agung UMNO tahun ini, Najib malah seolah-olah menampakkan beliau "tidak boleh hidup" tanpa menyebut nama Tun Mahathir.

Tetapi dalam sidang media selepas Presiden UMNO itu  menyampaikan ucapan perasmiannya, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi nampaknya berbeza perkiraan dengan Najib.

Kata Zahid, perwakilan dan ahli UMNO tidak perlu mengagung-agungkan tokoh yang bukan lagi bersama dengan perjuangan parti itu kerana ia juga boleh membawa kesan sampingan yang lain.

"Jika nama seseorang itu diulang-ulang, walaupun dalam bentuk yang negatif, akhirnya nama yang sudah tenggelam itu akan muncul semula.

"Lagi diasak lagi akan muncul, maka adalah lebih baik untuk dilupakan saja," pesan Zahid lagi.

Kenapa Zahid memberi pesanan itu sedangkan beliau tahu Najib sendiri dalam ucapan peramiannya menyebut nama Tun Mahathir dengan banyak kali?

Apakah perwakilan dan ahli UMNO boleh mengabaikan daripada menyebut nama Tun Mahathir, walhal Najib sudah menyebutnya berulang-ulang kali dan seperti mahukan perwakilan serta ahli UMNO juga terus "membelasah" Pengerusi PPBM itu?

Adakah Zahid sedang cuba menguji pengaruhnya sama ada pesannya yang akan didengari oleh perwakilan dan ahli UMNO atau "signal"  daripada Najib yang mereka ikuti? 
 
 
 
 

KJ dan Pemuda Umno pengkhianat negara sebenar, kata Ezam

Posted: 01 Dec 2016 06:56 AM PST

BORHAN AHMAD
 
 
Ketika dunia hina negara, KJ kekal pertahankan pengkhianat sebenar, kata Ezam Mohd NorKetika dunia hina negara, KJ kekal pertahankan pengkhianat sebenar, kata Ezam Mohd Nor


Pengkhianat negara sebenarnya bukan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi Khairy Jamaludin dan Pemuda Umno, kata Mohamad Ezam Mohd Nor, bekas pemimpin Pemuda Umno.

Ezam yang kini meninggalkan Umno dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempertikaikan di mana Khairy yang lebih dikenali sebagai KJ apabila pemuda Cina yang bernama Jho Low menyapu duit berpuluh bilion dari rakyat.

"Bila seorang pemuda Cina bernama Jho Low sapu duit rakyat berpuluh billion, mana KJ dan Pemuda Umno yang hari ini gah dabik dada jadi pemuda hero Melayu?

"Malu lah kepada pemuda-pemuda Cina yang bangkit tentang perangai jijik Jho Low. Mereka pemuda Cina tapi mereka minta Polis tangkap seorang pemuda Cina jahat bernama Jho Low ini. Mana pemuda Umno Melayu?" tanya bekas ketua pemuda Parti Keadilan Nasional kini PKR itu.

Bagi Ezam yang pernah menjadi setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi timbalan perdana menteri itu, sebagai pemuda Melayu yang pernah belajar di Universiti Oxford, KJ sepatutnta faham apa yang berlaku dalam kes perbicaraan 1MDB di mahkamah Singapura.

"KJ lulusan Oxford tak faham Jho Low bukan sahaja sudah hilangkan billion duit kita tapi lebih parah Jho Low ini telah hilangkan keyakinan dunia pada kita.

"KJ tidak faham mengapa Singapura sanggup tutup bank mereka gara-gara Jho Low? Mereka mahu tunjuk pada dunia mereka ambil tindakan supaya keyakinan dunia pada Singapura tidak hilang.

"Di Malaysia kita langsung tidak ambil tindakan," kata Ezam, bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan.

Jika ini pemikiran KJ dan Pemuda Umno, kata Ezam, "Maknanya di Malaysia kita tidak kisah hilang billion ringgit. Kita tidak kisah dunia hilang keyakinan pada kita."

"Bila seorang negarawan tua umur lebih 90 tahun kisah dan desak tindakan diambil untuk selamatkan negara anak-anak muda dalam Pemuda Umno ini panggil dia pengkhianat?

"Kamu biarkan seorg pemuda Cina Jho Low ini belasah duit rakyat kita, ranap dan siat maruah negara kita, kamu jilat lagi pemimpin yang lindungi pemuda Cina ini kerana anak menantunya rakan kongsi, rakan berpoya.

"Hanya kerana habuan duit untuk kamu, habuan jawatan untuk kamu, kamu rela bangsa ini ditipu hidup-hidup.

"Kalau bukan pengkhianat apa lagi nama sesuai kamu wahai pemuda Umno?" kata Ezam dalam kenyataannya.

Pemuda Umno perlu hentikan api perkauman, fokus skandal 1MDB

Posted: 01 Dec 2016 06:53 AM PST

 MALAYSIA DATELINE
Wong Kah WohWong Kah Woh

Pemuda Umno perlu berhenti memainkan sentimen perkauman dan 'ugutan politik' terhadap rakyat pelbagai kaum negara ini.

Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY), Wong Kah Woh berkata, ucapan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun pada Perhimpunan Agung Umno 2016 semalam seolah-olah mahu mengalih perhatian masyarakat dari skandal mega 1MDB yang telah menjejaskan negara.

"Telah banyak kerosakan yang dibuat oleh kerajaan Umno-BN, termasuk skandal terbesar negara 1MDB yang masih belum selesai.

"Khairul tidak patut cetuskan isu perkauman dan abaikan masalah skandal terbesar negara yang menjejaskan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama," katanya.

Menurut Kah Woh, fokus negara saat ini perlu ditumpukan dalam memerangi rasuah dan penyelewengan serta urustadbir yang baik.
Tambahan pula, tegasnya kedaulatan undang-undang negara ini telah tercemar akibat skandal 1MDB kerana tidak seorang pun individu yang terkait ditahan kerana merompak dana awam walaupun ia telah didedahkan lebih dua tahun lalu.
"Jika Umno dan Perdana Menteri Najib Razak terus memimpin negara, ia akan musnah.
"Kepentingan seluruh rakyat Malaysia, tidak kira Melayu, Cina, India, Iban, atau Kadazan akan terjejas di bawah pemerintahan kleptokrasi," ujarnya dipetik Roketkini.

Dalam ucapannya semalam, Khairul memberi amaran kononnya sokongan berterusan masyarakat Cina kepada DAP hanya akan melebarkan lagi jurang kaum negara ini dengan mengubah lanskap politik negara yang lebih didominasi kaum Melayu.

SAMBUNGAN EPISOD MELAYU MUDAH LUPA, SUDAHKAH KJ MELIHAT CERMIN PAGI INI SEBELUM PERGI KE PAU2016?

Posted: 01 Dec 2016 06:48 AM PST

shahbudindotcom


Siapa Pengkhianat? KJ dan Pemuda UMNO, bukan Tun M.

1. Bila seorang pemuda Cina bernama Jho Low sapu duit rakyat berpuluh billion...mana KJ dan Pemuda UMNO yang hari ini gah dabik dada jadi pemuda hero Melayu?

2. Malulah kepada pemuda2 Cina yang bangkit tentang perangai jijik Jho Low. Mereka pemuda Cina tapi mereka minta polis tangkap seorang pemuda Cina  jahat bernama Jho Low ini. Di mana Pemuda UMNO Melayu?

3. KJ pemuda Melayu belajar Oxford tak faham kes perbicaraan 1MDB di mahkamah Singapura? KJ lulusan Oxford tak faham Jho Low bukan sahaja sudah hilangkan billion duit kita tapi lebih parah Jho Low ini telah hilangkan keyakinan dunia pada kita.

4. KJ tidak faham mengapa Singapura sanggup tutup bank mereka gara-gara Jho Low? Mereka mahu tunjuk pada dunia mereka ambil tindakan supaya keyakinan dunia pada Singapura tidak hilang. Di Malaysia kita langsung tidak ambil tindakan.

5. Maknanya di Malaysia kita tidak kisah hilang billion ringgit. Kita tidak kisah dunia hilang keyakinan pada kita.

6. Bila seorang negarawan tua berumur lebih 90 tahun kisah dan desak tindakan diambil untuk selamatkan negara, anak-anak muda dalam Pemuda UMNO ini panggil dia pengkhianat?

7. Kamu biarkan seorang  pemuda Cina  Jho Low ini belasah duit rakyat kita, ranap dan siat maruah negara kita. Kamu  jilat lagi pemimpin yang lindungi pemuda Cina ini kerana anak menantunya rakan kongsi, rakan berpoya. Hanya kerana habuan duit untuk kamu, habuan jawatan untuk kamu, kamu rela bangsa ini ditipu hidup-hidup. kalau bukan pengkhianat,  apa lagi nama sesuai kamu wahai Pemuda UMNO?

Petikan di atas adalah tulisan Ezam Mohd Nor yang diambil daripada laman Facebooknya. 

Sudahkah KJ melihat dirinya di cermin pagi ini sebelum pergi ke Perhimpunan Agung UMNO? 


Pulau Pinang bina hospital patuh syariah pertama

Posted: 01 Dec 2016 06:36 AM PST

MALAYSIA DATELINE
 
 
Abdul Malik Abul KassimAbdul Malik Abul Kassim


Kerajaan Pulau Pinang akan membina sebuah Hospital Islam Pulau Pinang berkonsepkan patuh syariah yang pertama di negeri ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata hospital itu akan dibina di atas tanah kepunyaan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di Bayan Baru.

"Tapak cadangan pembangunan Hospital Islam Pulau Pinang terletak di persimpangan Jalan Mayang Pasir 1 dan Jalan Mayang Pasir 2, di Bayan Baru dengan keluasan 10,265 meter persegi," katanya ketika menggulung Bajet 2017 Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di Georgetown, semalam, lapor Bernama.
Beliau berkata hospital dengan kos RM280 juta itu terdiri daripada sebuah bangunan 14 tingkat termasuk tujuh tempat letak kereta dan dilengkapi 200 bilik pesakit dengan tumpuan kepada bidang perubatan pediatrik, ginekologi, endoskopi dan kardiologi serta dilengkapi kemudahan pembelajaran dan ruang perniagaan.
Beliau berkata Yayasan Islam Pulau Pinang memilih Hospital Pakar An-Nur di Selangor, sebuah hospital patuh syariah, sebagai operator Hospital Islam Pulau Pinang.

3 mati, wartawan RTM cedera tembakan rambang di Pulau Pinang

Posted: 01 Dec 2016 06:35 AM PST

MALAYSIA DATELINE
 
 
Tempat kejadian tembakan rambang berhampiran pusat komersial E-Gate, lebuh raya Jelutong Express. Tempat kejadian tembakan rambang berhampiran pusat komersial E-Gate, lebuh raya Jelutong Express.


Tiga meninggal dunia termasuk seorang 'Datuk', manakala wartawan sambilan RTM cedera parah akibat tembakan rambang berdekatan pusat komersial E-Gate, Lebuhraya Tun Lim Chong Eu, Pulau Pinang petang ini.

Suspek kes tembakan rambang yang berjaya diberkas polis.Suspek kes tembakan rambang yang berjaya diberkas polis.Jurukamera sambilan RTM itu dilaporkan cedera parah di bahu kiri akibat ditembak individu tidak dikenali.

Menurut BH Online, dalam kejadian kira-kira jam 7.15 petang itu, mangsa Mohamad Amirul Amin Amir, 27, dipercayai sedang menaiki motosikal bersama seorang rakannya menuju ke Tapak Pesta Pulau Pinang.

Bagaimanapun, kedua-duanya menghentikan motosikal berhampiran Pusat Komersial E-Gate kerana mahu melihat kemalangan, sebelum mangsa ditembak seorang individu tidak dikenali.

Mohamad Amirul kini berada di Wad Kecemasan Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan lanjut.

Sementara itu, seorang lelaki Cina dan seorang lelaki India dikatakan mati terkena tembakan itu.
Manakala seorang lelaki Cina, seorang perempuan Cina dan seorang India Muslim lain tercedera.

Seorang penunggang motosikal turut menjadi mangsa tembakan ini.Seorang penunggang motosikal turut menjadi mangsa tembakan ini.
Menurut saksi kejadian yang juga seorang wartawan, Zainul Fakar Yaakub, beliau terpaksa menempuh kesesakan trafik di Jelutong Expresway itu dalam perasaan penuh cemas.

Beliau berkata, seorang suspek kes tembak ini berjaya ditahan oleh polis.

Bagaimanapun polis masih belum dapat mengesahkan motif kejadian ini.

"Buka pintu, kelapa sawit menghijau, buka almari dapur, minyak tak ada" - Shahaniza

Posted: 01 Dec 2016 04:20 AM PST

 
 
Shahaniza Shamsuddin
Shahaniza Shamsuddin

Kerajaan perlu menangani segera permasalahan yang dihadapi warga Felda di Pahang jika tidak mahu kehilangan banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Wakil pembahas dari Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, kawasan Felda hari ini berdepan cabaran getir dengan pelbagai isu yang gagal ditangani.

Kata beliau, pengundi Felda yang sentiasa berada di belakang kerajaan pada PRU lepas kemungkinan besar akan menunjukkan undi protes jika hal berbangkit tidak diambil tindakan segera menjelang PRU14.

"Pada PRU13, sebanyak 48 Parlimen dalam kawasan Felda menang, enam tewas. Jika diandaikan pembangkang mampu menambah 23 kerusi Parlimen di Kawasan Felda, berakhirlah era pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO.

"Kami di Pahang ada 12 kerusi Parlimen yang di dalamnya kawasan Felda. 10 BN menang dan tewas dua kerusi, manakala di peringkat DUN BN memenangi 27 kerusi dan empat kerusi jatuh ke tangan pembangkang.

"Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin, dua Pusat Dalam Mengundi (PDM) di kawasan Felda turut hilang dari genggaman, menunjukkan kawasan Felda kini bukan lagi benteng pertahanan yang ampuh untuk orang Melayu," katanya dalam sesi membahas usul di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PETC), di sini, hari ini..

Shahaniza yang juga ADUN Maran berkata, turut mengingatkan kerajaan, penubuhan makmal bagi menyelesaikan masalah Felda tidak boleh mengambil masa terlalu lama kerana warga Felda bukan "Tikus Makmal" yang boleh dijadikan bahan uji kaji.

"Masalah di Felda mestilah diselesaikan segera. Yang mustahak diselesaikan, ialah isu pembelian buah kelapa sawit, yang mana pembayarannya sering ditangguhkan dari tiga hingga empat minggu.

"Wahai Felda, carilah ikhtiar dan baikilah aliran tunai agensi ini supaya pembayaran pembelian buah kelapa sawit boleh dibuat serta merta," ujarnya.

Beliau turut mendedahkan, isu penyata hutang tanam semula dan sara hidup Felda Technoplan yang membebankan dan tidak dikemaskini juga masih gagal ditangani.

Begitu juga, katanya, masalah perumahan generasi kedua Felda dan pelbagai isu lain yang belum selesai hendaklah ditangani segera, termasuk kehidupan mereka yang semakin terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup.

"Baru-baru ini, apabila timbul isu terputus bekalan minyak masak, kawasan Felda juga turut terjejas, sedangkan pada masa sama, Felda antara pengeluar minyak sawit terbesar dunia.

"Tak jadi bahan lawakkah? Buka pintu rumah, nun menghijau pokok kelapa sawit, tapi buka almari di dapur tiada bekalan minyak untuk digunakan sebagai keperluan harian.

"Inilah antara isu yang kita harus lihat. Ia adalah realiti yang menyakitkan masyarakat," katanya. -- MalaysiaGazette


Kemuncak penderhakaan Tun M bersengkongkol dengan Soros - Najib

Posted: 01 Dec 2016 04:13 AM PST

MALAYSIA GAZETTE


Ucapan perasmian Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Perhimpunan Agung UMNO ke 70 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 01 DISEMBER 2016.
Ucapan perasmian Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Perhimpunan Agung UMNO ke 70 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 
 
 
Tun Dr. Mahathir dahulunya negarawan terbilang kini sudah melakukan kemuncak penderhakaan kepada UMNO, bangsa dan tanah airnya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata, bekas Perdana Menteri itu bukan sahaja bersubahat dengan pembangkang seperti DAP tetapi sanggup bersengkongkol dengan penyangak matawang yang pernah dibencinya, George Soros.

"Dr. Mahathir yang dulunya seorang negarawan terbilang, tapi kini sudah berpaling tadah terhadap parti yang pernah diterajuinya selama puluhan tahun.

"Sehingga tidak keterlaluan jika dikatakan, beliau yang pernah kita sanjung sebagai seorang tokoh dulu, kini, kini telah tergamak dan terlibat dalam perbuatan keji dan bersubahat pula dengan pihak DAP,

Perhimpunan Haram BERSIH, Parti Amanah Negara, PKR dan lebih teruk dari itu bersekongkol dengan musuh-musuh luar negara seperti Soros yang pernah dibenci dan disuruh kita benci sebagai penyangak matawang.

"Hakikatnya, inilah dia satu bentuk kemuncak penderhakaan pada UMNO, bangsa dan tanah airnya," kata Najib semasa ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di sini hari ini.

Beliau yang juga Perdana Menteri juga melahirkan rasa kecewa dan hampa atas sikap Mahathir pada masa ini.

Najib juga membayangkan mimpi ngeri dan nasib buruk orang Melayu sekiranya tersilap memilih keindukan kepimpinan pembangkang yang DAP menjadi penentunya.

"Ertinya, orang-orang Melayu dan Bumiputera serta rakyat Malaysia keseluruhannya kini, sedang berdepan dengan satu persimpangan paling genting dalam tawarikh politik negara, di mana, pada Pilihanraya Umum Ke-14 nanti, para pengundi akan menentukan dengan pemikiran dan tangan-tangan mereka, di peti-peti undi akan siapakah yang sebaiknya menerajui pemerintahan negara ini.

"Pokoknya, persoalan pilihan keindukan kepimpinan ini bukanlah perkara yang boleh diambil mudah dan enteng-entengan, kerana saya khuatir, barangkali ada antara umat Melayu dan Bumiputera yang masih leka tentang hal ini.

"Pada ketetapan takdir ini kelaklah, sekiranya negara ini jatuh ke tangan DAP yang memperjuangkan liberalisme melampau dan fahaman sekular berbahaya, pastinya, hak dan keistimewaan yang diperjuang serta dipertahankan oleh UMNO selama ini, termasuk Institusi-institusi Bumiputera antaranya MARA, FELDA, RISDA, FELCRA dan TERAJU akan pupus dan lenyap.

"Begitulah juga institusi Pengajian Tinggi kebanggaan orang Melayu dan Bumiputera selama 60 tahun, yakni UiTM, tidak akan lagi mampu mengekalkan falsafah penubuhannya," ujarnya lagi.

Malah Najib berharap kalaulah orang-orang Melayu dan Bumiputera boleh menyelami apa yang tersurat serta isi maksud yang tersirat daripada ucapannya akan natijah buruk dan mimpi ngeri yang bakal tiba serta melanda hidup serta nasib mereka, beliau yakin orang-orang Melayu juga Bumiputera berasa takut dan bimbang, lalu akan berpaut seteguh-teguhnya kepada UMNO, sebagai satu-satunya parti yang mampu membela nasib anak cucu keturunan dan memperjuangkan masa depan mereka.

Katanya, sekiranya tersilap pilih anak cucu kita nanti pasti tidak akan mengampunkan 'dosa' yang dilakukan.

"Apalah akan menimpa bangsa kita nanti? Bila semua sudah punah berkecai, apabila UMNO sudah tidak ada lagi, umpama kupang tembaga yang tidak berguna, apabila orang-orang Melayu sudah tidak ada tempat bergantung harap, akan tersungkur dan tertiaraplah, menjadi hina, merempat, mengemis, bahkan terbangsat di tanah sendiri.

"Pada masa itu, zahir UMNO akan tercarik dan luka, batin parti Keramat ini juga, pastinya menjerit-jerit dan luluh binasa. Alangkah berhiba-hiba di hati, tamatlah riwayat Melayu sejati. Nobat nafiri pun tiada bergema dan tidak akan berbunyi lagi," kata Najib.

Mengenai DAP, beliau melontarkan kebimbangan yang syiar Islam akan diremehkan sekiranya parti sosialis itu diberi tampuk kepimpinan.

"Bahkan, lebih dahsyat dari itu, jika dikaji Perlembagaan parti DAP, tiada langsung menyebut Islam sebagai agama Persekutuan, tidak dinyatakan untuk menjunjung institusi Raja-Raja Melayu dan tidak tertulis satu ayat pun, tentang usaha untuk melindungi hak dan keistimewaan Orang-Orang Melayu serta Bumiputera.

"Oleh itu, saudara dan saudariku sekalian, kita tidak akan sesekali membiarkan kesemua ini berlaku. Bak sumpah nenek moyang kita, langkah dulu mayat saya dan semua umat Melayu, kita akan bangkit dan pertahankan habis-habisan!" tegas Najib.

Kerajaan berindukkan UMNO, katanya, akan sentiasa istiqamah dan wasatiyah dalam menghargai semua golongan, tanpa mengira bangsa dan agama.

"Seiring itu, kepada rakan-rakan dan saudara-saudara kita rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak, usahlah bimbang, selagi mana Kerajaan Malaysia diinduki oleh kepimpinan UMNO, maka kami akan terus berlaku adil.

"Seperti mana yang dituntut dan diperintah oleh Tuhan di dalam Al-Quran, bersandarkan lebih berpuluh-puluh ayat suci, yang menganjurkan supaya pemimpin berlaku adil kepada semua,tidak kira apa latar belakang agama mahupun kepercayaan," katanya.

Tambahan lagi, menurut Najib, peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang menjamin hak dan kepentingan orang-orang bukan Islam, akan tetap dipelihara oleh Kerajaan tunjangan UMNO untuk selama-lamanya.--MalaysiaGazette


Pilihan Raya Umum Ke-14 tidak lama lagi - Najib

Posted: 01 Dec 2016 04:02 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal tiba tidak lama lagi, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
 
Menguatkan lagi kenyataan beliau itu, Najib berkata Perhimpunan Agung Umno 2016 di sini adalah untuk para perwakilan menerima amanat dan pesanan sebagai persiapan bertempur di medan juang PRU14.
 
Mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang bakal berakhir pada Jun 2018.
 
Walaupun tidak menyatakan bila pilihan raya itu akan diadakan, perdana menteri berkata PRU14 akan menjadi penentu sama ada keindukan kerajaan pimpinan Umno dikekalkan atau rakyat memilih kerajaan baharu yang diterajui DAP.
 
"Kalaulah orang Melayu dan Bumiputera mengetahui mimpi ngeri yang bakal melanda hidup mereka, saya yakin mereka akan berpaut seteguh-teguhnya kepada Umno, sebagai satu-satunya parti yang mampu membela nasib anak cucu keturunan dan memperjuangkan masa depan mereka," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Umno 2016.
 
Najib berkata kejayaan BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan menyuntik semangat kejayaan besar BN pada PRU14 nanti.
 
Dalam ucapan dasar yang disampaikan secara berterus-terang dan matang itu, Najib yang bercakap sebagai seorang Melayu, seorang Islam, seorang bumiputera dan seorang anak Malaysia, telah membakar semangat para anggota Umno untuk bersiap sedia meraih kemenangan BN pada PRU14.
 
Perhimpunan Agung Umno 2016 dihadiri 2,643 perwakilan dari 191 bahagian.
 
Setakat semalam, keanggotaan Umno telah mencecah 3,577,719 orang dengan bilangan cawangan sebanyak 21,653

SPRM analisis 8,000 baucar, 12 tan fail JANS

Posted: 01 Dec 2016 03:56 AM PST

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menganalisis 8,000 baucar dan fail seberat 12 tan dalam siasatan berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan membabitkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).
 
Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki siasatan kini memasuki fasa terakhir dan dijangka siap dalam masa terdekat sebelum kertas siasatan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.
 
SPRM mengambil tempoh sebulan untuk menganalisis baucar-baucar pembayaran mulai 2008 hingga 2016.
 
"Baucar-baucar itu diekstrak daripada fail-fail yang mengandungi puluhan ribu dokumen melibatkan dokumen tuntutan pembayaran keseluruhan jabatan-jabatan kerajaan negeri Sabah.
 
"Dianggarkan keseluruhan berat fail-fail yang dianalisis dan disemak tersebut mencecah sehingga 12 tan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
 
Azam berkata proses siasatan tersebut dilakukan secara teliti dan mendalam bagi melihat pelbagai aspek perundangan dengan penglibatan 137 pegawai SPRM dari Ibu Pejabat, bahagian serta negeri-negeri lain.
 
SPRM, katanya, amat serius dalam penyiasatan isu rasuah khususnya yang melibatkan kepentingan rakyat namun memerlukan masa yang mencukupi bagi memastikan semua bukti dapat dikumpul agar tidak wujud sebarang masalah ketika prosiding di mahkamah.
 
Beliau berkata SPRM mendapat perintah reman ke atas 28 individu melibatkan seorang bekas pengarah, dua bekas timbalan pengarah, 23 jurutera dan juruteknik serta dua orang awam yang mempunyai kaitan dengan kes terbabit.
 
SPRM juga telah merakamkan percakapan lebih 200 saksi bagi membantu siasatan yang dijalankan sejak 4 Oktober lalu.
 
Sepanjang tempoh operasi, SPRM turut merampas, menyita serta membekukan harta bernilai kira-kira RM114.5 juta terdiri daripada wang tunai, akaun bank, amanah saham serta aset-aset alih dan tidak alih dalam dan luar negara. 
 
 

Jangan lantik pengkhianat pegang jawatan kerajaan, kata perwakilan Melaka

Posted: 01 Dec 2016 03:54 AM PST

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar & Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang perwakilan Umno hari ini mengingatkan pimpinan tertinggi agar tidak mengulangi 'sejarah' dengan melantik individu tertentu 'yang diragui kesetiaanya kepada parti' ke dalam jawatan penting dalam kerajaan.
 
Perwakilan Melaka, Mustafa Musa berkata, tindakan sedemikian akhirnya hanya akan memakan diri Umno kemudian hari.     
 
"Sebahagian dari ahli Umno perangainya seperti Tun (Mahathir), khianat kepada parti. Sebab itu, kalau ada jawatan, jangan bagi kepada peloncat parti. 
 
"Kerana itu hanya melepaskan anjing tersepit. Bagi dia jawatan senator, bagi apa saja.. bila dah tak dapat, dia gigit tangan Umno balik. Ini manusia munafik.
 
"Kita lantik orang luar yang setahun jagung setampuk pinang. Dia pengkhianat paling durjana, kita sumpah menjadi gunung," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Umno, petang tadi.
 
Bagaimanapun Mustafa tidak menamakan mana-mana pemimpin secara spesifik. 
 
Umum mengetahui, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bertindak keluar Umno dan menubuhkan parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kononnya kerana kecewa dengan parti Melayu tertua serta bermatlamatkan untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Razak.
 
Parti serpihan itu turut disertai oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
 
Turut mengumumkan penyertaan ke dalam PPBM adalah bekas Senator Dewan Negara, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor pada Oktober lalu.
 
Ezam adalah bekas Ketua Pemuda PKR yang menyertai Umno pada 2008, yang kemudian dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada 2010. 
 
Jawatan terakhirnya dalam kerajaan adalah Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan sebelum mengumumkan untuk menyertai PPBM.
 
 

Tiada ulasan: