Nuffnang

Pengikut

.

sumber :-

.


Penderitaan rakyat Aleppo mendapat perhatian Darul Hijrah

Posted: 22 Dec 2016 03:44 PM PST

TABUNG UNTUK ALEPPO

Penderitaan dan kesangsaraan saudara seagama kita di  Aleppo Syria angkara kekejaman regim Bashar as-Assab  mendapat perhatian masyarakat seluruh dunia. Dunia sedang menangis dan kepiluan apa yang dialami mereka kini.

Pengeboman para pemberontak fahaman Sunni yang menguasi bumi Aleppo oleh regim Bashar merupakan peristiwa menyanyatkan hati sebagai menutup tirai tahun 2016. Tanpa mempersoalkan hak dan kebesan bersuara mereka, apa yang berlaku itu satu kekejaman Syiah terhadap Sunni.

Hari ini ribuan rakyat Aleppo hidup dalam penderitaan dan kesengsaraan kehilangan tempat tinggi, kemusnahan harta benda serta melarikan diri mencari perlindungan. Manakala kanak-kanak dan orang tua terus dihimpi kesejukan dan kelaparan. Kita akan kekeringan air mata melihat gambar suasana di bumi Aleppo yang hancur lumat, serta rakaman gambar nasib dialami kanak-kanak dan orang tua angkara kekejaman itu. 


Para simpatis kini sedang memerhati dan bergerak bagi membantu sedaya mungkin nasib saudara seagama itu. Dunia juga sedang menangis mengenangkan apa yang berlaku itu.

Tidak terkecuali perhatian dan rasa simpati itu juga dirasai sama oleh Datul Hirjah sebuah NGO yang aktif di Kelantan dan sinonim dengan apa-apa masalah yang di derita rakyat Kelantan dipengerusikan bekas Exco Husam Musa.

Penglibatan Hijrah dalam membantu menyelamat dan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan akhir tahun 2014 lalu menjadi orang mengenali keperihatinan NGO berkenaan. Atas kecekapan dan kepantasan menyediakan pelan tindakan dalam isu banjir menyebabkan ia dipercayai dan diyakini. Bertolak dari itu juga Darul Hijrah mendominasi dalam mengatasi masalah mangsa banjir menyediakan prasarana dan sebagainya bahkan ianya bertindak lebih agresif berbanding kerajaan negeri sendiri. 

Bertolak dari pengalaman itu Darul Hijrah dilihat menjadi sebuah Ngo yang bukan sahaja menyelamat maruah kerajaan Kelantan dalam kes masalah banjir sebaliknya kesungguhan dan keberkesanan pengurusannya ia dilihat berjaya serta mampu bergerak lebih jauh. Usahanya untuk mengongsi penderitaan dengan rakyat Aleppo dikira tepat.

Kini Darul Hijrah sedang melakukan sesuatu yang lebih bererti untuk menumpahkan simpati kepada saudara kita di Aleppo. Sehubungan itu Darul Hijrah telah melancarkan tabung kemanuisaan Syaria yang dinamakan "Syria Di Hati". 

Semua pihak dialu-alunan untuk bersama Darul Hijrah, eloklah menggunakan ruang untuk berbudi dan berkorban membantu nasib saudara segala kita di Aleppo yang di buka oleh Darul Hijrah ini sebaik mungkin.  

Untuk penjelasan lebih lanjut disertakan kenyataan Pengerusi Darul Hijrah , Husam Musa di bawah ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

SYRIA DI HATIKU

Pengeboman udara dan serangan darat ke atas Bandaraya Aleppo,Syria menyaksikan kematian dan  penderitaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Kini, masih terdapat puluhan ribu lagi rakyat Aleppo termasuk yang cedera dan yang cuba melarikan diri tetapi terperangkap. Antaranya bayi, kanak-kanak, dan warga tua.

Mereka kesejukan dengan suhu di bawah 5 darjah celsius - tidur di tepi-tepi jalan menunggu pasukan pembantu.

Puluhan ribu telah tiba di sempadan Turki selepas mengalami perjalanan yang sukar dan menakutkan. Namun, kemudahan dan peralatan untuk mereka sangat tidak mencukupi.

Yayasan Darul Hijrah (YDH sebagai pertubuhan berdaftar) sejak dulu, Alhamdulillah berterusan melaksanakan MISI KEMANUSIAN untuk rakyat Syria.

Tiga warga Syria petugas sukarelawan YDH kini berada di lapangan iaitu Saudara Imad, Husam dan Mohanad.

Kami bekerjasama dengan Omari Society For Orphan yang beribu pejabat di Gaziosmanpaşa, İstanbul, Turki. Pertubuhan ini menjaga anak-anak yatim yang baharu tiba dari Syria dan menguruskan kebajikan pelarian.

YDH menyeru rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dapat bersama YDH dan Omari Society For Orphan (www.omariorphan.com) bagi menghulurkan apa jua bantuan untuk Rakyat Syria yang sedang menderita atas perang yang ditimpakan ke atas mereka.

Hulurkan segera sumbangan/infaq/zakat untuk Tabung Bantuan Kecemasan Syria Dihatiku. Bantuan anda sangat besar maknanya untuk saudara kita di Syria. Sumbangan Tuan/Puan akan digunakan khusus untuk membeli makanan,ubatan,selimut,baju sejuk, dan khemah buat mereka.
Sumbangan boleh di salur ke akaun: 
Maybank: Yayasan Darul Hijrah (5660 1060 9934).

Mohon maklum setiap sumbangan via whatsapp 018-359 0403 dan email ke admin@yayasandh.com untuk urusan resit dan audit.

Moga sedikit amal jariah meringankan kesusahan saudara kita diterima Allah S.W.T sebagai amal soleh kita yang paling ikhlas.

YB Dato Haji Husam bin Musa,
Pengerusi Kehormat,
Yayasan Darul Hijrah
.Inline image 1

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT