Nuffnang

Pengikut

.

sumber :-

.


Ahmad tolak jadi presiden Kafa, tepat

Posted: 16 Dec 2016 04:40 PM PST

MENJOLOK MENTARI

Saya ternampak print skrin muka depan sebuah akhbar memaparkan tajuk berbunyi "Tolak jawatan presiden", di samping tajuk itu tertera gambar MB Kelantan Ahmad Yakob. Mulanya terfikir jawatan presiden itu, ialah presiden parti agama (Pas). Lepas mengamatinya baharu faham, rupanya presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Kandungan berita itu seterusnya saya tidak baca lagi, apakah alasan atau sebab kenapa Ahmad Yakob tidak mahu memegang jawatan itu, kurang pasti. Penolakan beliau itu selari dengan pandangan timbalannya, Mohd Amar Nik Abdullah sebelum ini yang mengatakan Kelantan (Kerajaan), tidak berminat dengan bola sepak, apabila ada pihak menganjurkan supaya pemimpin Kerajaan menerajui Kafa.

Jawatan presiden Kafa menjadi isu apabila Annuar Musa telah melepaskan jawatan itu. Walaupun dipujuk dan didesak namun MP Ketereh yang juga Ketua Penerangan Umno Malaysia itu tetap enggan memegangnya lagi. Dia nampaknya berminat untuk memegang jawatan lebih tinggi, Presiden Persatuan Bola Sepaka Malaysia (Fam).


Ekoran peletakan jawatan oleh Annuar itu menyebabkan keadaan Kafa atau bola sepak Kelantan sekarang ini terkapar-kapar, tidak menentu.  Khabarnya pihak pengurusan Kafa sudah membuat keputusan akan menarik diri dari menyertai saingai liga Malaysia, sebabnya, kerana ketiadaan wang.

Sebelum ini saya sudah menyinggung dan mempersoalkan dengan penuh kehairanan macam mana kantong Kafa kering sedang jumlah penonton di zaman bola sepak Kelantan memuncak stadium Sultan Mohamad ke IV senantiasa penuh.

Apakah duit yang dipungut hasil jualan tikit itu dimasukkan ke dalam akaun lain? Pernah juga ada pihak-pihak tertentu mencadangkan agar wang hasil jualan tikit serta potong levi stadium diaudit.

Dalam satu laporan menyebut dalam tabung Kafa kini hanya ada RM700 - RM800 ribu sahaja. Dengan angka itu tentulah ia tidak dapat untuk menggerakkan pasukan itu. Wang sekadar itu cukup untuk dibelanja dua minggu sahaja.

Kegahan dunia bola sepak Kelantan tampaknya hanya seketika sahaja, macam keindahan pelangi selepas hujan panas. Begitulah kalau sesuatu aktiviti yang bukan haq.

Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai Kafa dan masa depannya di sini. Bagi saya bola sepak bukan perjuangan dan bukan juga mekansime perjuangan menegakkan hukum Allah. Apa yang hendak saya nyatakan di sini ialah munasabah kalau Ahmad Yakob tidak sedia untuk menerima jawatan Presiden Kafa itu. Dan tepat juga kalau Nik Amar mengeluarkan kenyataan Kelatan tidak berminat dengan bola sepak.

Jangan cuba hendak mengusahkan kerajaan Kelantan dengan memberi biawak hidup kepadanya. Bagi saya Kafa adalah biawak hidup dalam konteks kerajaan Pas Kelantan. Bagi saya kerajaan Pas tidak pun perlu menggalakkan sukan berkenaan tanpa ada perubahan cara dikendalikan yang lebih bersyariat.

Walaupun bola sepak sukan yang boleh merapatkan ukhwah tetapi ia bukan instrument sesuai dengan kerajaan Kelantan yang berslogankan Islam. Lagipun dalam sukan berkenaan dengan cara penganjuran sekarang ini, ia tidak menunjukkan keIslaman yang dituntut. Bola sepak dalam konteks hari ini tidak lebih daripada sebuah game dan hiburan semata-mata. Kerajaan Kelantan juga sedikit sebanyak turut lara dengan kejayaan Kafa sebelum ini.

Budaya bola sepak negara kini yang diciplat langsung daripada Barat menyebabkan ia menghilangkan budaya Timur rakyat negara ini. Perhatikan sahaja gelagat peminat dan penyokongnya yang sesetengah estrim. Apa yang berlaku di Eropah atau Amerika Latin itu juga yang berlaku dalam stadium di negara ini.

Saya bukan anti sukan, tetapi membenci budaya hendonsime yang dibawa menerusi sukan itu ke negara ini. Bolasepak tidak berjaya dibentuk mengikut acuan bangsa.

Justeru sukan itu bertentangan dengan nilai atau hasrat kerajaan Pas Kelantan, dan kalau ia menumpukan kepada sukan berkenaan ia boleh dianggap sebagai bersubahat membangunkan kemungkaran. Sebelum ini pun apabila Ahmad Yakob atau di zaman arwah Tokguru Nik Aziz diheret ke stadium untuk menyaksikan perlawanan Kelantan yang berjaya ke peringkat akhir, saya sudah geli gelimen melihatnya.

Terbetik juga dalam kepala saya rasa hairan kenapa arwah Tokguru betah untuk berada dalam suasana sorak sorai, riuh randah di stadium sedang dia sangat menjauhi suasana sebegitu? Saya yakin kehadiran itu bukan atas kehendak nalurinya tetapi ia tidak lebih sebagai menunjukkan understanding nya untuk meraikan peminat bola sepak. Kehadiranya tidak lebih daripada itu dan ia bermotifkan politik. Demikian juga dengan Ahmad Yakob.

Jadi mengenai bola sepak ini ia tidak sesuai sangat dengan Pas. Ia lebih sesuai dengan pemimpin Umno. Soalnya kenapa ada orang menghalakan penyakit itu (Kafa) kepada kerajaan Kelantan, kepada Ahmad Yakob? Kenapa tidak kepada yang lain? Apakah ia merupakan satu perangkap politik?

Misalnya, kenapa tidak kepada kerabat di raja yang mana mereka mempunyai masa untuk itu? Banyak kerabat di Raja di negeri lain terlibat dalam memajukan sukan itu di negeri mereka.   Pemangku Sultana Kelantan mungkin boleh dihulurkan jawatan itu? Atau baginda juga tidak berminat kerana menyedari yang sukan itu tidak memberi banyak manfaat akhirat.

Atau pun kenapa tidak dihulurkan kepada Pengersi Umno Kelantan Mustapa Mohamed? Atau pun kepada Awang Adek Hussein?  Mereka lebih layak dan berkemampuan berbanding dengan Ahmad Yakob.

Mereka lebih sesuai kerana mempunyai ruang untuk mendapat kewangan lebih besar. Hubungan mereka dengan kerajaan  Pusat, lebih panjang langkah berbanding dengan Ahmad Yakob? Kedudukan Mustapa sebagai menteri dan Awang Adek selalu bekas timbalan menteri adalah lebih baik dan luas peluang mendapat sumber kewangan berbanding dengan Nik Amar atau Ahmad Yakob.

Apabila Annuar Musa mengambil alih Kafa dahulu awal-awal lagi sudah diduga apa yang dimahu capai menerusi bola sepak. Di samping dia ingin memenuhi masanya yang kosong kerana tidak memegang apa-apa jawatan apabila kalah dalam pilihan raya, dia digunakan untuk membina semula pengaruhnya. Dia sanggup melakukan apa sahaja. Annuar seorang yang pandai mengambil peluang dan reti menilai apoturniti.

Ternyata usaha itu berbaloi apabila bersama kejayaan bola sepak Kelantan dia juga berjaya merampas semula kerusi parlimen Ketereh dalam Piraum ke 13. Annuar berjaya menjadikan dirinya seorang yang dilihat hebat, berkrampilan dan ikon bola sepak di Kelantan. Kejayaan bola sepak Kelantan orang melihat kehebatan kepimpinannya, bukan keperibadiannya. Kejayaan itu sekaligus melenyapkan keburukan peribadinya. Itulah yang beliau ingini.

Walaupun apa yang disuluh kepadanya dia tetap berpolitik menerusi bola sepak dan akhirnya dia berjaya. Bola sepak menjadi jambatan membina semula maruah dan hubungan buruk beliau dengan pengundi di Kelantan khasnya di Ketereh. Dengan bola sepak beliau berjaya menjinak anak-anak muda untuk bersama. Setidak-tidaknya bola sepak juga meletakkan dia boleh duduk sebumbung dengan Istana.

Atas dasar orang politik dan begitu sebenarnya hati budi Annuar, setelah segala hajatnya tercapai, maka apa guna lagi dia berpening kepala dengan Kafa. Dia kini sudah menjadi Pengerusi Mara yang mana kedudukann lebih besar dari Pengerusi Kada. Kada telah pun diserahkan kepada sahabat dunia akhiratnya Alwi Che Amat, di mana Alwi pula sering dapat mengencapi nikmat i apa yang Annuar tingglkan sahaja.

Dan peluang kini terbuka juga kepada Alwi untuk menunjukkan kehebatannya sama dengan Annuar. Elok beliau mengambil alih jawatan presiden Kafa dan cubalah bawa bola sepak Kelantan untuk sekali lagi mengapai kemenangan tiga piala, trible.

Sekali lagi ditegaskan ada pun Ahmad Yakob atau Nik Amar tidak pantas dan sesuai untuk mengambil alih kepimpinan Kafa, bukan apa kerana bola sepak bukan termasuk dalam juzu penting perjuangan Pas. [wm.kl.8:11 am 17/16/16]

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT