Rabu, 7 Disember 2016

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Azwan Bro Angkat Sumpah Sebagai Senator

Posted: 06 Dec 2016 07:25 PM PST



Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara pagi ini.

Beliau mengangkat sumpah kira-kira 10.12 pagi tadi.

Khairul yang lebih dikenali sebagai Azwan Bro memiliki Ijazah Sarjana Pengurusan (Master of Management) pada tahun 2007 dari Open University Malaysia (OUM).

Selain itu beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan pada tahun 1999 dari Cardiff University of Wales.

Khairul turut menyertai pengajian pra-universiti dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1996.

Khairul mengangkat sumpah bersama lima senator yang baru iaitu Datuk Rabiyah Ali, Datuk Hanafi Mamat, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff, Datuk Fahariyah Md Nordin dan Rahemah Idris.


Walak Najib Walak 'Kongsi Gelap'

Posted: 06 Dec 2016 06:20 AM PST



Isu walak atau kesetiaan kepada Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan agung Umno lalu disifatkan menjadi kalimah "ugutan" semata-mata.

Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, ia berbeza dengan pengamalan dalam tradisi Islam apabila walak diberi, bukan diminta, kepada ulama atau pemimpin kerana sikap mereka.

"Kedengaran di Persidangan Agung Umno Najib memeras ugut orang yang tidak berwalak kepadanya sebagai pengkhianat dan sebagainya kerana dia adalah khalifah.

"Dalam konteks parti, khalifah itu adalah presiden dan dalam konteks negara khalifah itu adalah perdana menteri walaupun seorang yang mengamalkan kleptokrasi ('pencuritokrasi')," sindir bekas naib presiden PAS itu.

Dalam perhimpunan agung Umno lalu Najib berkata parti itu bertahan sehingga kini kerana prinsip walak dan kesetiaan dalam tradisi mereka.

Katanya, prinsip walak wajib diberikan kepada pemimpin yang sah, dan dalam konteks Umno iaitu presiden parti manakala bagi kerajaan ialah perdana menteri.

Mahfuz mendakwa sistem dalam Umno itu mirip kepada kesetiaan dalam kumpulan kongsi gelap "yang menjalankan kegiatan haram yang juga memaksa ahli kumpulannya setia bersama ketua kumpulan."

"Seperti ahli kumpulan mafia yang belot atau khianat (tak walak) kepada ketua dan kumpulan akan dihapus," katanya dalam kenyataan hari ini.

"Maka perkara yang sama berlaku dalam parti politik Umno apabila mereka yang bercakap benar menegak yang makruf dan menentang yang mungkar dilakukan pemimpin Najib dianggap tak walak pada presiden dan dihapuskan (pecat)."

Beliau justeru mengingatkan bahawa ketaatan dan kepatuhan sepatutnya diberikan kepada perkara dan tidak melanggar syarak, bukan ketaatan membuta tuli.

"Tahniah Najib menjadikan walak melindungi diri. Tahniah perwakilan yang sudah pun pulang dan selamat sampai dengan 'dedak' yang berat," sindirnya.

- mkini

Tiada ulasan: