Selasa, 6 Disember 2016

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Polis Maut Terjun Bangunan Elak Dicekup JAIS

Posted: 05 Dec 2016 10:51 PM PST



KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis Balai Polis Bukit Jalil, di sini, maut manakala seorang lagi parah selepas dipercayai cuba melarikan diri daripada diperiksa pegawai pencegah maksiat di dua lokasi berasingan awal pagi tadi.

Dalam kejadian pertama, pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu satu unit kediaman di tingkat empat sebuah pangsapuri di Pandan Perdana, jam 3 pagi.

Bagaimanapun, sebaik memasuki kediaman berkenaan, pegawai JAIS menemui seorang wanita di dalam sebuah bilik dengan satu tingkapnya didapati terbuka dengan seorang lelaki didapati terbaring di bawah pangsapuri berkenaan.

Hasil siasatan, wanita berkenaan mengakui lelaki berkenaan kekasihnya yang bertindak sedemikian terjun kerana bimbang ditangkap penguat kuasa JAIS.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Ampang sebelum disahkan meninggal dunia jam 6.45 pagi. Dalam satu lagi pemeriksaan, seorang anggota polis cedera selepas dipercayai turut terjun dari sebuah pangsapuri sewaktu pemeriksaan JAIS di Taman Puchong Perdana.

Identiti anggota polis berkenaan bagaimanapun belum diketahui dan keadaannya kini dilaporkan kritikal. Sementara itu, Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim, mengesahkan kejadian berkenaan namun enggan mengulas sehingga siasatan sepenuhnya dijalankan.


Myanmar Siar Kartun Sindir Najib

Posted: 05 Dec 2016 08:34 PM PST



Laman web berita bebas Myanmar The Irrawaddymenyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dituduh sebagai "pengajar seni muslihat" dalam kartun yang diterbitkannya.

Kartun oleh Kyaw Thu Yein menggambarkan Najib bersongkok berjalan di atas tali dan membaling bola yang tertera perkataan "Hentikan Pembunuhan Etnik" sambil membawa beg yang dilabel "rasuah".

Kartun itu dimuat naik dalam akaun edisi Inggeris Facebook Irrawady, malam semalam dengan tajuk tajuk "Najib Razak Stunt".

Ini susulan selepas Najib dan beberapa pemimpin Umno menyertai PAS pada perhimpunan di Kuala Lumpur untuk membantah pembunuhan beramai-dakwaan kaum minoriti Rohingya di negeri Rakhine di Myanmar.

Tentera negara itu didakwa terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai, tetapi kerajaan Myanmar menafikannya dan menyalahkan militan tempatan.

Yangon berkata, mereka juga akan menghantar aduan rasmi kepada Putrajaya berhubung perhimpunan Ahad lalu itu.

Perhimpunan berkenaan juga mendorong bantahan terhadap Najib di Yangon.

Bekas perdana menteri dan pengkritik lantang Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perhimpunan Ahad ini hanya bersandiwara kerana sebagai perdana menteri, Najib berada pada kedudukan untuk bertindak dan bukannya menyertai bantahan.

Najib bergelut dengan tuduhan rasuah selepas RM2.6 bilion dijumpai berada di dalam akaun bank peribadi miliknya.

Walau bagaimanapun, Peguam Negara pada Januari lalu berkata dana itu disumbangkan oleh keluarga diraja Saudi dan membersihkannya daripada sebarang salah lalku.

Pengkritik mendakwa dana itu berasal dari firma pelaburan negara, 1MDB, tetapi Najib telah secara konsisten menafikan menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadinya.

- malaysiakini

Pembantu Rosmah 'Recycle' Cerita Basi Mahathir Hina Nabi

Posted: 05 Dec 2016 03:00 AM PST



Pembantu isteri perdana menteri Rizal Mansor mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad "memperlekehkan" Nabi Muhammad.

"Ramai juga kawan-kawan yang terkejut dengan kenyataan itu yang dibuatnya semalam.

"Sebenarnya kita tidak perlu terkejut dengan kenyataan itu. Memperlekehkan Nabi bukan perkara baru bagi Tun Dr Mahathir," kata pembantu Rosmah Mansor itu.

Mahathir dalam sidang media di kongres tahunan DAP semalam berkata pemimpin Umno seolah-olah menyamakan perdana menteri dengan nabi apabila mengaitkannya dengan kehendak Allah.

Rizal juga mendakwa Mahathir memperlekehkan janggut Nabi pada tahun 1997 dengan berkata:

- Siapa tahu janggut nabi macam mana?
 
- Siapa biasa tengok janggut Nabi, ada gambar?
 
- Di zaman itu dia bukan ada (pisau cukur) Gillette.
 
- Pisau cukur pun tiada zaman itu, jadi macam mana nak cukur. Naik unta sana sana sini. Bukan boleh dapat air di padang pasir.

"Kerana kata-katanya itulah membuatkan BN kehilangan kerusi Parlimen Arau dalam PRK 1998," kata Rizal lagi daam kenyataannya hari ini.

Sementara itu, Rizal juga berkata, apabila bersama DAP Mahathir "perlu menunjukkan yang beliau lebih DAP dari DAP sehingga sanggup memperlekeh Nabi sendiri".
 
- mkini

Tiada ulasan: